Pages

Monday, August 30, 2010

Baby Sitter VS Nursery

Skrang ni mode cari nursery / babysitter baru untuk Kaseh.

Status skrang ni :
Kompom cari lain
Baby sitter da ada
Tapi still consider nak cari nursery.

Ermmm.
Baby sitter da jumpa da.
Isteri security kat kilang aku ni.
Pernah jumpa skli.
Base on cover judgement cam ok.
Suami dia pun ok je.
Dok kat taman seblah je.
Tapi dia request nak berkenalan dulu.
Ku pikir ok la sbb msti la kena kenal sapa yang nakjaga anak kita.
Tapi kan...
Malam tadi En Suami ku bersuara.

Suami ku ni jenis yang tak banyak cakap.
And mostly hal rumah tangga ni dia kasi kat aku yang decide.
Termasuk la hal aku nak tukar nursery.
Masa aku nangis time insiden yang ku citer kat sini.
Ku kata nak tukar nursery dia kata tak kisah la.
Bila start minggu lepas ku nekad nak cari nursery lain pun dia tak kata apa.
Bila ku tanya pendapat dia yang sebetulnya pun dia jawab
"Ermmmm... Ntah la"
Ku takut gak la ku buat keputusan sendri je.
Dan penilaian ku salah.
Maner la tau suami ku ada pandangan dia sendiri.

Tapi malam tadi.
Dia termenung pandang puteri kami sedang beradu.
Ku tanya la "Papa pikir apa?"
Dia kata nursery yang sekarang ni da tak cam dulu.
Biasa papa amik Kaseh petang2 muka Kaseh comot sampai hingus kering ke pipi.
Tapi dipakaikan bedak nak cover comot tu.
DUlu kuku Kaseh panjang je dipotongkan.
Skrg ni da itam tangan.
Ktrg nak potong pun malam je yang sempat.
So skrg ni potong time Kaseh tido malam je.
Kadang2 Papa tunggu lama kat depan nursery.
Katanya Kaseh Uk-uk kena tukar baju dulu.
Tapi cam comot je tengkuk dia berdaki
dannnnn baju kotor 3 pasang je bila ku check.
Klu baju kotor kena yayak mesti baju kotor 4 pasang.
Ku syak dia tak mandikan just tukar baju je.
Tapi tu kitrg "SYAK" je.
Tak kompom tau.
Tapi hati ku tak sedap.
Dan suami ku jugak tak puas dengan budak2 yang ramai kat bawah tu.
Ermmmmm...
Akhirnya ku yakin yang ku buat keputusan yang tepat.

Dan pasal babysitter la.
Dia kalau bleh nak antar ke nursery.
Ku pun sbnrnya.
Ku lagi suke antar nursery.
Kalau bleh aku nak Kaseh ni terjaga tapi tak manja.
Klu antar bbsitter takut dia terlebih manja.
Tak pun klu org tu tak baik / cara cakap tak baik nnt Kaseh terikut lak.
Wallahuaklam.
Dan dia kata 'Jom kita cari nursery dulu"
Fuhhhh
Lega aku.
Selama ni ku tak daya nak pusing2 cari nursery.
Tapi bila Papa Kaseh pun da menyuarakan hasrat.
Rasa cam bersemangat skit.
Soooo Misi cuti ni nak pusing2 caru nursery.

Tapikan betul ke andaian ktrg yang nursery lagi bagus dari bbsitter.
Ni ku listkan pro and cons nya.

Nursery
Pro :
1. Ada jadual tetap antar kol braper amik kol brpe klu terlebih bayar OT
So ada sistem.
2. Pengurusan bb ada sistem so melatih anak supaya hidup berjadual.
3. Penjaga tak buat keje sampingan lain.
4. Melatih anak dari segi sosial. Pandai bergaul dengan orang.
5. Tak nak bb manje sangat.

Cons :
1. Kalau bb tak balance dengan penjaga so anak tak dijaga dengan betul.
2. Kurang belaian. Sbb takdernya klu bb nangis skil terus angkat. So bb takder la manja. Tapi kalau nangis teruk2 langsung tak dijaga cam penderaan mental dan emosi lak.


Apa2 pun mama dan papa cuba untuk cari yang tarbaik untuk Kaseh
Kami sayang kaseh sangat.

Thursday, August 26, 2010

Bronchiolitis


Perkembangan Kaseh pas admit sbb Bronchiolitis 2 Aug 10 yang lepas.
Bleh refer kat N3 ni dan ini.
Sejak tu Kaseh still on and off batuk ngan selsema.
Masa g follow up hari tu paed kat DEMC suruh stop kasi ubat selsema sbb
ubat selsema tak elok kasi kat infant dalam jangka masa yang lama.

Dan sejak 3 hari lepas Kaseh demam.
Asal malam je dalam kol 4.00 am dia akan jaga sbb bernafas tak selesa dan badan dia panas.
So aku still tak bawak g klinik.
Just continue kasi ubat demam and ubat batuk.
Tapi hati ku tak sedap sbb deman dia berpanjangan dan malam je teruk.
Ku risau denggi.
So pagi ni ku decide g klinik dekat ngan umah aku dulu.
So kalau tak yakin nnt aku g hospital lak.

Bila masuk dalam bilik Dr aku bagitau la yang Kaseh demam, batuk n selsema.
Dan aku citer gak la yang pasal dia admit hari tu.
Dan aku citer gak y paed tak kasi bagi ubat selsema.
Bila aku kata aku syak sbb denggi dia senyum.
Dia kata kalau denggi awak takkan tunggu samapi 3 hari baru datang bawak jumpa DR.
Denggi hanya 1 hari demam shja dan pastu terus masuk ICU.
Sbb babt takkan dapat bertahan.
Tanda2 denggi, tempereture naik mendadak dan even makan ubat demam pas 1 jam mesti naik balik.
Hanya parent yang ignore pasal baby drg je yang akan tak bawak anak drg jumpa Dr kalau da jadi keadaan macam tu.
So bila awak kata da 3 hari demam bukan denggi la.
Ermmm... Lega dan rasa terperli jugak la sbb pas 3 hari baru g jumpa Dr.
Ni kes ragu2 nak g jumpa Dr mana la ni.
Sampai diri sendri jadi Dr.

So Dr tu pun citer la pasal Bronchiolitis.
Bronchiolitis bermaksudkan radang / infection dibahagian bronchioles.
Bronchioles ni adalah bahgian antara hidung dan paru-paru
Ini terjagi apabila bronchioles dipenuhi oleh mukus, lendir dan kahak yang menyebabkan baby susah bernafas dan berhingus atau selsema.
Punca atau sumber kepada bronchiolitis ini adalah SELSEMA yang disebabkan oleh virus.
So, nak rawat penyakit ni kena rawat selsema tu.
Sebab bila baby selsema, hidung akan menghasilkan mukus dan akan masuk ke bronchioles.
Dan bronchioles akan mengeluarkan kahak untuk memerangkap mukus tu dari masuk ke paru-paru.
Tapi bila da terlampau banyak mukus yang terhasil bronchioles akan menjadi sempit dan kemungkinan untuk mukus tu masuk ke paru-paru adalah tinggi. .

Credit to Mr Google

Ku tanya kenapa demam teruk malam?
Jawapan : Sbb demam ni disebabkan virus so virus active bila keadaan sejuk.

Langkah Rawatan (diulang RAWATAN bukan PENCEGAHAN) :
1. Rawat selsema dimana ia menjadi punca.
2. Elak membawa baby ke public atau di tempat yang sesak.
3. Jangan guna kipas siling bila tido malam sebab kipas tu akan circulate udara / habuk dalam bilik ke atas so bila kita bernafas kita akan menyedut habuk skli. So guna table fan dan menghadap atas kepala baby bukan depan atau tepi.

Fakta mengenai bronchiolitis :
1. Mudah berlaku kepada bayi dan kanak-kanak disebabkan sistem pernafasannya yang sempit.
2. Biasanya terjadi kepada kanak-kanak dibawah 2 tahun dan semasa 3-6 bulan adalah peak time (mmg kena la Kaseh kena time 5 bulan)
3. Biasanya pada kanak-kanak lelaki, bayi yang tidak minum susu ibu dan bayi yang sentiada terdedah kepada persekitaran yang crowded.
4. Virus yang menyebabkan bronchiolitis adalah respiratory synsytial virus (RSV)

So skrang ni Dr bekalkan ubat untuk Kaseh.
Nnt ku buat N3 pasal ubat la eak di masa hadapan.
Dan ku jumpa 1 web yang agak berguna untuk ibu-ibu mengenai kesihatan baby.

Wednesday, August 25, 2010

Susah Hati

Punya la susah hati.
Hari ni da 2x tukar templete rumah huru hara ku ini.
Benda yang berlegar2 dalam kepala otak ku ini dari time sahur td.
Nak cari nursery lain untuk Kaseh.
Ku tak sedap hati la 2-3 menjak ni.
Tak tau.

Ada la bebera insiden yang jadi sebelum ni yang pada mulanya ku positifkan aje.
Tapi ntah la.

Situasi 2:
Ada skli tu ku antar Kaseh lambat.
Biasa ku antar sampai depan pintu je.
Tapi hari tu ku bagitau ku nak antar sampai atas sebab nak kenal sapa kawan Kaseh.
Kat skool Kaseh ada 3 org penjaga termasuk penjaga.
Ku bahasakan Ummi Bos, Ummi 1 dan Ummi 2 la eak senang.

Bila ku naik atas, ummi 1 ketuk pintu bilik yang dikhaskan untuk baby.
So aku terpikir "Oooo mmg ada org jaga la dalam bilik tu"
Masa tu Ummi bos takder.
So maybe ummi 1 jaga kat bawah dan ummi 2 ada kat bawah.
Belum sempat ktrg masuk nampak ummi 2 baru kuar dari toilet.
So ok lagi la.
Ku masuk dalam ada 2 baby termasuk Kaseh ada 3 la baby.
Dan ada srg baby boy yang da leh merangkak.
Ku terpikir baby yang bleh merangkak ni tak kacau ke 2 baby lagi ni yang baru meniarap ni.

Aku da letak Kaseh, cayang2 dia sikit sbnyak.
Bangun la nak kuar.
Skli baby girl y srg lagi tu nanges.
Budak, maybe bila tengok org nak tinggal tu dia nanges la.
So aku kuar and ummi 1 pun kuar dan dia tutup pintu.
Masa tu ummi 2 still dok kat luar bilik godek2 apa ntah kat almari tu.
Dan budak tu dibiarkan menangis.
Yang jadi persoalan tu :
1. Baby boy yang merangkak tu tak apa2kan anak aku ke? Ummi 2 still kat luar lg.
2. Sampainya hati baby girl tu nanges ditutup pintu.
Waaa...Sayu hati ku. Mungkin Kaseh pun dilayang cam tu.

Situasi 2 :
Ku nak g amik Kaseh petang tu.
Skli yang sampai skli ada la dlm 4 parents.
So keadaan kelam kabut.
Yang kelihatan hanya Ummi Bos dan Ummi 1.
Dorang pun kelam kabut la angkat bag antar budak2.
So ku dok la kat kerusi depan pintu.
Dalam kelam kabut tu ada la srg budak pompuan dalam1 thun lebih dok nanges.
Mungkin mintak angkat kot.
Sebab bila ummi bos masuk dia diam.
Bila ummi bos kuar dia nanges balik.
Dan sampai la giliran aku yang last.
Ummi 1 naik atas amik Kaseh.
Ummi bos tarik budak tu menghala kedapur.
pastu ku dengar suara dia sayup2.
Pastu ummi bos nagn ummi 1 kuar antar bag and Kaseh.
Ku terpikir " Mane budak tadi?"
Bunyi suara nangis.
Terus terpikir " Ya Allah, dia kurung budak tu kat bilik belakang ke?"
Masuk kete mmg aku da tak leh tahan.
Aku nangis semahunya.

Aku terpikir yang apa la yang Kaseh lalui kat situ hari2.
2 3 menjak ni dia suke merengek.
Taknak diletak.
Klu dia tengok aku je dia bunyi.
Kadang2 kat mane aku duduk dia mesti mengengsot ke aku.
Tapi dalam keadaan terpaksa aku still lagi mempositifkan diri.
Mungkin budak tu dok ngan ummi 2 kot..
Mungkin masa aku antar Kaseh tu kebetulan Ummi 2 tu kuar kejap kot.
Tapi naluri ibu ni tak sanggup tengok anak orang apatah anak kita dilayan macam tu.
Ke memang sume skool drg buat cam tu?
Camner nak evaluate skool yang terbaik.
Kalau nak g skool baru camner nak tau skool tu elok ke x.


Tuesday, August 24, 2010

Bila Da Jadi Ibu

Ni bukan merungut tau.
Just nak meluahkan or maybe kongsi perasaan apabila da jadi seorang ibu.
Bak kata seorang rakan; " Bila da ada anak ni kita penat risau je"
Ermmmmm
Betul..
Ku setuju.
Risau adakah kita da kasi yang terbaik untuk anak kita.
Risau adakah penjagaan kita ni betul.
Risau masa depan dia.
Risau kesihatan dia.
Dan macam2 la.
Sini ku listkan antara dilema / perkara yang perlu dikonsider bila da jadi ibu.

1. Susu
- Yang ni ku da yakin ku da kasi yang terbaik untuk Kaseh.
Tiada keraguan.

2. Lampin
- Nak kena konsider dari segi keserasian dengan anak dan tahap ekonomi ibu bapa.
Ada baby yang serasi yang mahal cam Mami Poko dan ada baby yang serasi dengan brand Tesco je pun.
Tapi sekarang da ada option Cloth Diapers.
Tapi ni pun ada banyak brand untuk dikonsider.

3. Nursery / Baby Sitter
Waaaaa... Dari dulu kat dada ni sesak bila pikir bab ni.
Ku pikir apa la yang Kaseh lalui kat sana hari2.
Ku tengok anak ku OK je.
Tapi dari segi jiwa dan dalamannya kita tak tau.
Terpikir nak sorok kemera kat mane2.
Apa yang ku dok pikir, cara penjagaan, pemakanan, keselamatan dan kasih sayang.
Waaaa... Sesak dada.

4. Clinic / Doctor / Hospital
Biasa la budak2 selalu sakit.
So what should we do if they get sick.
The best way is go to see Doctor.
Butttttttt...
Keadaan sekarang da tak sama cam dolu2.
Ibu bapa or orang kebanyakan cam kita ni pun tau pasal ubat.
Klu dulu dulu di set ubat adalah benda baik.
Tapi dengan knowledge yang makin berkembang kita pun tau antibiotic tak baik untuk baby, ubat selsema tak elok diberi secara berpanjangan dan macam2 lagi.
It will make all the mommies not confident to give all the ubat.
Takut kasi kesan sampingan.
So ibu2 ni buat decision sendiri bila nak kasi ubat.
But the actual is Allah je yang tau.

Ditambah lagi sekarang ni Doktor / Hospital zaman sekarang ni bukan hanya "Merawat"
Tapi cari making business.
They sell the "rawatan"
So sometimes they sell the not necessary "rawatan" to make business.
It's happen in front of my eyes.
So who we should trust?

So bila orang cakap kalau sakit g je la klinik.
Ouhhhhh.
It make me think "Which doctor that i should trust"
And recently i think i should trust Government Hospital.
Coz they don't have any business.
But another "Risau" come.
It's they really care about my daughter?
So it will be the endless risau of trusting doctor and hospital.
And the best medicine is "Mother's Doa"
and sometimes with a little doctor in my heart.
(Maksudnya sesedap rasa la nak kasi ubat ke tak)
5. Insurance / Future
Zaman yang tak boleh diramal dan dunia yang memerlukan duit sekarang ni mmg memerlukan perancangan dan langkah berjaga-jaga dari awal lagi.
Tanpa insuran klu time emergency nak g bawak ke hospital berdekatan yang klu kat Shah Alam ni private je la yang bersepah mmg agak susah.
Nak masuk private kena bayar deposit dulu.
Blum lagi bil yang mencecah lutut.
So insuran penting.
Tapi jangan pikir pasal medical aje.
Pikirkan skali pasal education.
Lagi 17-20 tahun lagi Kaseh nak masuk universiti kalau bleh tak nak la berhutang PTPTPu.
Jenoh nak membayarnya.
Mama and Papa blum lagi hbis bayar pinjaman anak nak sambung amik hutang lagi.
Tu pun klu time tu PTPTPu still wujud sbb skrang ni berapa ramai yang tak bayar.
So insuran and skim simpanan pelajaran adalah penting.

Tips : Klu nak amik insuran dengan mane2 agen pls make sure yang dia full time or part time.
Sbb ada kes yang agen ni tahu jual je tapi lets say ada problem jadi kat client dia pun tak tau nak buat apa.
Insuran ni bukan sekadar "ADA" tapi kena tahu "GUNA" bila sampai masa.

6. Pemakanan
Zaman sekarang ibu bapa sangat prihatin dan berpengetahuan.
Bukan Doktor je yang tahu pasal kesihatan.
So sekarang ni nak kasi makan pun kena pikir berzat ke.
Sayur ni ada vitamin apa?
Masak gini tak hilang zat ke?
Makanan ni ada MSG ke ada bahan pengawet ke?
Dengan lambakan JUNK FOOD yang ada dipasaran
mencabar kekuatan ibu bapa untuk mempengaruhi anak2 supaya tidak mengambil makanan sampah.
Huisssss...
Blum lagi bab nak beli makanan kena baca kandungan bahan-bahannya.



Kempen 1 Blog 1 Bendera


Salam Kemerdekaan
Mari kita menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mengibarkan
Jalur Gemilang


Monday, August 23, 2010

Besarnya Pahala Mencium Anak

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Cium lah anak mu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah diantara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah rumah kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan oarang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar dari pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barang sipa memulikan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilkukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata :
"Anakku 10 orang banyakknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."

Sabda Nabi SAW: " Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah: pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah2 memerdekan anak Nabi Ismail.

Seoang lelaki bertanya : " Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab Baginda : " Berbaktilah kepada ibu bapamu."

Kata lelaki itu : " Ibu bapa sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; " Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anak mu pula berhak ke atas dirimu."

Hadirmu Merupakan Anugerah Terindah Dalam Hidup Mama.
**Anak merupakan lubuk ibadah bukan bebanan**

Dilema Solid Food Kaseh

Weekend hari tu ku praktis kasi makan kat Kaseh.
Sabtu ku kasi puri pisang yang dicampur susu badan.
Ada amik gambar tapi lupa nak transfer.
Ermm..
Kaseh cam fobia bila nak masukkan sudu.
Maybe dia ingat nak kasi ubat kot.
So ku celup jari kasi dia isap jari ku.
Kasi kenal rasa je.

Hari ahad ku kasi bubur nasi.
Beras ku blender pastu baru masak.
Ku kasi dia xnak.
Bila ku baring and dudukkan dia kat atas perut ku and papa suapkan dia nak la.
Buat muka cam tak sedap tapi bila disuap nak aje.
Tapi still tumpah2.
Maybe tak pandai telan.

Bubur beras tu ku letak dalam storage avent pastu bekukan
untuk kasi kat skool sok.
Berdebar tol.

Pagi tadi masa antar bagi tau yang Kaseh da start makan bubur nasi.
Tapi akak tu tanya "Tak kasi nestum ke?"
Ermmm...
Sebenarnya ku nak elakkan makanan segera ni.
Nak elak bahan pengawet.
Tapi bila dia tanya gitu ku cam terpikir yang "mmg kena kasi nestum ke?"
1 hal lagi dia tanya nak kasi pakai sudu ke botol?
Huis..Suduuuuuu
Bahaya botol.
Melilau ku cari sudu getah untuk Kaseh.
Sib baik jumpa brand Tolly Joy.
Xcited mama cari barang nak kasi Kaseh solid food.
Hehehehe..

Kol 10.00 am tadi.
Ku tepon tuan punya nursery.
Ku baru je nak bagitau pasal bubur tu dia kata da kasi da Kaseh makan.
Dia kata takder masalah nak kasi frozen bubur tu tapi dia kata kasi halus lagi.
Xcited mama Kaseh da makan.
Hehehehehe.
Orait..
Malam ni mama buat yang baru.

Harap2 dipermudahkan segalanya.
Nak menimba ilmu lagi ni.
Target nak kasi Kaseh makan air tangan mama je.
Kat sini ada cara pengurusan solid food.
Blog kegemaran ku.


Friday, August 20, 2010

Wahai Anak Bangsa Ku

Coba teka, apa isu tengah hot sekarang?
Bazar Ramadan?
.
.
Juadah berbuka puasa?
.
.
Jualan Aidilfitri?
.
.
Tempah Kuih Raya?
.
.
Tempah Langsir?
.
.
Penyeludupan Mercun?
.
.
Bantuan Lambat Tiba kepada Mangsa Banjir di Pakistan?
.
.
Dato' Lee Chung Wei Tak Berlatih di London?
.
.
Atau
.
.
MAYAT BAYI DIJUMPAI DI..........?
Yup.
Tu la issue yang tegah panas di Malaysia.
Ya Allah.
Sukar nak luahkan.
Apakah perasaan "sepatutnya di panggil IBU" disaat dia melahirkan, membungkus, mencampak,
meninggalkan anak yang tidak berdosa itu?
Apakah perasaan dia bila dia melihat berita menyatakan bayi / mayat bayi dijumpai?
"Oh, tu yang aku buang td"
"Alamak!!! Camner leh drg jumpa ni"
"Mati ke? Masa aku tinggal td elok lg"
.
.
Tak tau
Serius aku tak tau apa perasaan dia.
Cuba tengok gambar ni.
Ada gmbr close up tp tak sanggup aku nak paste kat sini. Ni pun 2 - 3x pikir nk letak ke tidak.
Sila ke sini klu nk tgk artikel penuh.
.
.
Klu diperhatikan betul2 ada najis di badan baby ni.
Tak tau nape ku terpandang y itu.
Tau tak apa yang aku terfikir?
.
.
Wahai ibu kepada mayat bayi ini..
Kalau lah anda melahirkan anak ini dengan cara yang "sepatutnya"
kat hospital Kak Misi akan datang tanya
"Baby da buang air besar?"
Tau tak itu lah yang kita tunggu.
Pengalaman itu.
Pengalaman menunggu baby buang air besar, membersihkannya.
Tau tak najis sebegitu hanya untuk baby yang baru lahir.
Bila baby kita da buang kita akan bagitau Kak Misi "DAH BUANG"
Itu sume pengalaman seorang ibu.
Patutnya baby tu td diuruskan oleh ibu.
Ditukar lampinnya bukan dibiarkan meninggal bersama najisnya.

Ya Allah.
Itukah bahagian yang diterima oleh bayi yang tak berdosa itu?
Berikan lah ibu kepada bayi ini dan semua bayi yang dibuang dan bakal dibuang petunjuk.
Berikan rasa seorang "IBU" kepadanya.
Atau sekurang2nya rasa kesian untuk seorang manusia yang tak berdosa.
Walaupun baby tu tak pandai berkata2, tak pandai nak saman di makamah, tak pandai report polis dan hanya tahu menangis tapi dia tetap seoarang MANUSIA.
MANUSIA
MANUSIA
macam kita.
Yang 1 hari nanti akan jadi macam kita.

Wahai anak bangsaku, sedarlah.
Minta petunjuk dari Allah.
Kepada yang dah terlanjur, kembali kepangkal jalan dan jangan tambah dosa membunuh pulak.
Kepada yang masih "selamat" berdoalah semoga Allah pelihara hidup kita dari sebarang kemungkaran, kesesatan dan semoga diperkuatkan iman kita.
Kepada ibu-ibu, doakan lah anak kita dijauhkan dari segala keburukan.

Balasan didunia mungkin kita boleh lepas.
Tapi Akhirat hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Thursday, August 19, 2010

Kaseh : Are U Ready For Ur First Solid Food

2- 3 hari ni dok search pasal solid food je.
Kaseh da nak masuk 6 bulan.
And paed pun da advice start solid food.

Tanda -tanda yang anak anda bersedia untuk solid food :

1. Boleh Mengangkat Kepalanya Dan Mengekalkan Posisi Itu.
-Kaseh Lulus-

2. Duduk dengan baik apabila di pegang
-Kaseh Lulus-

3. Melakukan Pergerakan mengunyah
-Kaseh Lulus-

4. Telah naik berat badan secara sihat
-Kaseh Lulus-

5. Sangat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
-Sangat Lulus-

Masihkah perlu saya memberi susu badan?

Ya. Susu badan dicipta sebagai makanan yang lengkap untuk bayi bagi enam bulan pertama. Susu badan dan susu formula memberikan vitamin, zat besi dan protin yang penting dalam bentuk yang mudah dicerna. Walaupun dalam sedikit masa dan secara perlahan-lahan, makanan pejal akan menggantikan sebahagian daripada keperluan bayi anda, susu badan atau susu formula tetap menjadi sumber nutrisi yang utama dan penting sehingga umurnya satu tahun. Malah, Kementerian Kesihatan menyarankan supaya susu badan dikekalkan sebagai sebahagian daripada diet bayi anda sehingga dia berusia dua tahun.


Macamana nak membantu Kaseh membentuk tabiat pemakanan yang sihat?

1. Mencuba pelbagai jenis makanan

2. Jangan paksa Kaseh makan kalau dia taknak. Tanda-tanda yang Kaseh taknak makan adalah Kaseh palaingkan muka dan taknak bukak mulut.


3. Kasi Kaseh pelbagai makanan protein, karbohidrat, buah dan sayuran.

4. Elakkan gula, garam dan makanan berlemak, pedas dan berempah.

5. Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Sebaliknya, gunakan pelukan, ciuman dan perhatian yang banyak untuk ini.

Sebonarnyo den amik dari Baby Center.

Untuk keterangan lanjut leh la terus g sana.


Wednesday, August 18, 2010

Kaseh da Besarrrrrr





Hari ni Kaseh cocok Hepetitis.
Kira cocok 6 bulan la.
Lg 2 minggu cukup la 6 bulan.
28 Aug nnt Kaseh cukup 180 hari.
Akak misi kata da bleh start kasi solid food.
Berdebar den.
Jom layan gambar Kaceh yang da beca.


Kaceh dok bersantai ngan papa dia sambil tunggu turn kat DEMC last week

Kaseh masa kena fisio hari tu. Selamber je muke dia.

Kaceh Malam tadi bertudung

Nanti raya mama belikan tudung eak

I miss you my daughter.
I love you so much
Mmmmmmuuuaaaahhhhh.

Akhirnya di Ramadan 8

At last....
It's here...
Maklum la 2-3 menjak ni mood nak hapdet blog tentang kehidupan ku mmg ke laut sume.
Dok join GA je..

At last jugakk...
Setelah aku melalui zaman kejatuhan..
Hari ni bangkit kembali.
Usaha ku tak sia2.

Hasil tenusuku kembali stabil.
1 hari leh la dapat cukup untuk keperluan Kaseh 1 hari, 16 Oz.
Jadual ku?
5.30 am
9.00 am
11.00 am
2.00 am
4.30 am
12.00 am
Walupun kadang2 1 sesi dapt dalam 2 -3 oz je.
Ku syukur.
Dan hati ku puas bila sebelum tido bila ku tengok fridge tersusun 4 botol yang setiap 1 nya berisi 4 oz hasil tenuku.
Alhamdulillah..
Allah Maha Besar..
Usaha ku tak sia2..
Bila Jumaat ku bleh simpan buat Frozen stock.
Ahad n Sabtu just catch up u hari isnin.
Hati ku puas.
Syukur sangat.
Allah tak pernah lupa akan janjiNya.
Alhamdulillah..
Kehidupan Ramadan ku?
Balik keje awal 10 minit dari biasa.
5.35 pm , bell bunyik ku angkut cooler bag ku menghala ke main lobi.
Ku abaikan segala benda yang bleh mengganggu pejalanan ku.
hehehehehe.
Perjalanan dari Shah Alam ke Felda Bukit Cherakah biasa 30 minit,
sekarang leh jadi 1 jam lebih.
Ni pun da puas tanya orang jalan short cut.
Kira ok la.
Takder la sangkut yang menyakitkan hati.

Hari2 buka umah mertua ku.
Suami ku amik Kaseh kat Skool terus balik umah nenek.
Aku sampai sana tinggal angkat makanan kat tempat santapan je.
**Buka puasa bersila sebab meja makan tak muat**

Da buka, kemas2, sembahyang pastu lepak.
Dalam kol 9 mentong (Bhsa jawa yang bermaksud topup makan la sblm tido ke 2nd round ke)
Pastu tapau apa yang patut pastu balik.

Sampai umah perjuangan sebagai isteri dan ibu menyusukan bermula.
Mula2 mesti buat Kurma Blended dulu.
Hidangan wajib ku da 3 malam ni.
Buat 1 mug yang tinggi dan besar.
Sambil minum sambil masak nasi dan lauk untuk sahur.
Sambil2 layan Kaseh.
2 3 menjak ni dia suke merengek.
Nak tido pun susah.
Dulu sambil nenen pun leh lelap.
Sekarang ni di biar dia golek2 smpi tertido sndr.
Time tu jugak la nak basuh botol susu Kaseh.
**Walaupun Skool da antar yang da basuh ku tetap basuh skli lagi kat umah**
Kemas barang Kaseh nak g skool.
Da setelllllll sume keje rumah.
Sembayang Isyak.
Sesi mengepam yang terakhir untuk hari ini.
So dalam kol 12.30 am aku baru leh tido.

Soknya kol 4.45 aku bangun sahur tinggal masak benda y bergoreng je.
Da 2 hari da menu sahur ku sup lobak putih yang dimasak pada malamnya dan ikan bilis goreng yang dimasak paginya.
Lalu aje aku makan.
Suami ku?
Kalau dulu tak sahur tapi sejak kawin bangun sahur sbb sian tengok aku makan srg2.
Si dia makan pun cuit2 je.
So menu ikut suke tekak aku la.
Tanya dia nak makan apa nak bangkitkan selera sahur dia kata sume tak jalan.
** Ni baru nak layan kerenah suami bersahur kerenah Kaseh sok???**
Tak sabar lak nak puasa ngan Kaseh.

Da makan..Da kemas.. Sesi mengepam yang pertama untuk hari itu.
Kadang2 Kaseh bangun jgk.
Layan la dia.
Kadang2 terlelap jugak kadang2 tak tido pun.

Kol 6.45 am g keje.
Tapi nape ntah pagi pun jalan jem jugak.
Begitu la ku hari2.

Yang pasti hari ni ku gumbira.
Terima Kaseh Ya Allah atas kurniaan-MU

Nak g mengepam duluuuuu..
Semoga dimurahkan rezeki..


Here I Come 1st Anniversary GiveAway

Ku di tag oleh Umialya untuk joing GA ni.
Bleh terbang ke sini klu nak joing.

Jom ramai2 memeriahkan suasana.

Monday, August 16, 2010

Alya 1st Besday Give Away

Blog Peberet ku buat Give Away lagi.
Dengan rasa hormatnya saya nak joing.
Jom pakat joing ramai2.
Nak keterangan lebey lanjut bleh jengok disini.

Hepi Besday Alya..!!!
Semoga membesar jadi anak yang baik, yang bijak dan penghibur hati keluarga.
Pssssttt : Cadangnya nak buat N3 untuk hadiah Syafiq Give Away hari tu tak terbuat lagi kak.
Ampun kak. Tapi saya sukeeeeeeeeee sangat hadiah tu. Sangat best. Terima kaseh banyak2 kak

Give Away Raya by Kak Nor

Senin Mood untuk Joing GA.
GA yang best ni mesti joing.
Walaupun tak wajib buat N3 tapi nak buat jugak untuk memeriahkan suasana.
Jom2 Joingggggg disini.


Lucky Draw : Who's the Lucky One

Ku telah di tag dek Imaan09 untuk joing Lucky Draw ni.
Hadiah dia chumel2.
Sila Klik disini untuk detail information.
Jom Join Beramai2.


Ku nak Tag :
Kam
Ayu
Farah Alia
Kak Azwa
MamaArfan

Thursday, August 12, 2010

Ramadan, Mama dan Kaseh

Hari ke-2 Ramadan.
Selamat Menyambut Ramadan dan
Selamat menunaikan ibadat puasa wahai rakan2.
Semoga kita dapat menunaikan amal ibadat dengan sempurna untuk tahun ini.
Dan Maafkan segala kesalahan ku wahai rakan2.

Hari ni baru ku menjengah opis selapas 2 ahri ku MC.
Sakit tekak dan batuk yang agak teruk.
Rasa azab sangat.
Malam susah nak tido.
Terganggu dek batuk bermaharaja lela.
Nasib baik anak mama tak terganggu dengan batuk mama.

Ntah la.
Patah semangat.
Rasa blurrrrrr.
Hasil tenusu ku.....
Ntah la.
Tak tau nak kata.
Pressure.

Ya Allah..
Sempena Ramadan ni berikan lah aku kekuatan.
Sesungguhnya Kau hanya menguji orang mampu menghadapinya.

P/S : Hari ni Kaseh gi follow up.
Alhamdulillah Kaseh da sehat.
Terima kaseh kawan2 yang mendoakan.

Saturday, August 7, 2010

Perkembangan Kasehku

Kuar ospital daaaaa hari Rabu petang.
Bunyi kat paru-paru da tak der.
Tapi batuk n selsema still ada.
So hari2 ku kena perperang tuk kasi makan ubat.
Ada 4 jenis.
Masa mula2 tu ku kasi sume dlm 1 masa.
Muntah dia.
Sian anak mama.
Mau taknya kalau da 1.8 +2.0+2.0+2.5 ml
7.3ML bendasing masuk dalam perut.
Da la masa tu baru pas nenen.

Countermeasure ku amik kasi separuh.
Kasi dulu 2 jenis after 2 hours give the balance.
But have to remember the sequent.
Mana kasi dulu mana ksi kendian.
So ku sambung lagi cuti sampai hari ni.
So monday la baru masuk keje.
Sian lak nak g antar nursery.
Orng nak kasi ubat lagi, takut jangkit ngan orng lain lagi and plus jiwa ku tak tenang lagi.
Plus jugak lagi....Ku pun demam.
sakit tekak, selsema and batuk.
Dr ckp jangkit kat hospital kot.

Aku g klinik petang semalam untuk ku amik ubat.
Tapi check paru2 kaseh skli and sunatkan dia skali.
Bleh lak Kasehku tu disunat langsung tak nangis.
Dr cakap "Anak awak ni selamber je"
Bila kuar ada acik tu tanya Kaseh naper.
Ku cakap la sunatkan.
"Tak dengar pun dia nanges"
Hehehehe..
Anak ku ni kuat semangat kot.

2 hari aku berlibur dirumah ngan Kaseh.
Ku tengok dia semakin lasak.
Tak boleh tinggal.
Letak tempat lain....Jumpa tempat lain..
Lasaknya ya Ampunnnn.
Ni baru leh berguling.
Da merangkak sok tak tau la.
Ku letak bantal kat keliling dia taknak kasi dia kuar dari toto yang besar tu.
Ada yang lepas...Ada yang tak.
Klu yang kat bantal tinggi tu ku tengok dia tak lepas.
Sampai tehempas kepala dia.
Ku perati dulu kalau dia nak nanges.
Tak derrrrnyerrrr.
Di cari cara lain...
Dia tolak badan dia kedepan.
Mmg demam cari akal la budak ni.

Hopefully thid monday she will be better.
Tak tau camner nak bayangkan nursery kena kasi ubat.
Next appointment kat DEMC is 12 August.
Dats day we will know she fully recoverd or not.
For those who are praying for her...
Thank You very much for your support..
We really appreciate that.

Tuesday, August 3, 2010

Moment With New Born Contest


Contest yang menarik.
Klik Moment With New Born Contest untuk detail.

Gambar permata hati ku yang ingin dikongsi adalah :

Nama Bayi : Kaseh Melissa Lyana binti Mohd Ridho

Tarikh Lahir : 23 March 2010

Berat Semasa Lahir : 3.52 kg

Masa gambar diambil : 30 minit selepas dilahirkan

Nama Ibu : Siti Norhaslinda binti Abu Bakar

Email : sitinorhas_linda@yahoo.com

Detik ketika gambar diambil :
Tak mampu digambarkan dengan kata-kata bagaimana bahagianya rasa
apabila anak yang menemani tanpa dapat ku lihat selama 9 bulan
ada di depan mata.

"Ini lah dia" hanya itu yang dapat ku fikir.

Kesakitan semasa baru melahirkan semua ku lupa.

Terima Kaseh puteri mama kerana hadir dalam hidup mama.


Imaan dan Kaseh

Kaseh oh Kaseh.
2 minggu lepas g melawat Imaan sakit.
Semalam Kaseh pun admited ward DEMC semalam...
with the same reason "bronchial pneumonia"

Hai Lea, kita best pren anak kita pun best pren jugak la nampaknya.
Bermula dengan selsema hari Ahad,
malamnya kol 1.30 pagi Kaseh nangis tiba2..
Nangis kesakitan (Every moms will know the patern of their baby)
Suara dia sangatttttt lain.
Suara sakit tekak yang sangat teruk.
Nenen pun refuce sbb maybe sakit tekak kot.
Sampai tertido.
Tido pun nafas bunyi kuat.
Kol 4.. skali lagi nangis.
Ku pujuk2 lagi.
Kol 8 pagi ku g klinik dekat ngan rumah.
Dr cakap paru2 bunyi bising.
Dia kasi gas untuk cairkan kahak.
Time tu Kaseh blum demam.
Aku g keje dulu jap sbb ada meeting penting.
Encik Suami jaga dulu.
Tengahari ku balik bunyi nafas Kaseh still kuat dan batuk still ada dan bnyi sangat menakutkan.

Ku nekad bawak g DEMC kol 2.30 ptg.
Dr checked and the explanation is same.
But he asked weather want warded or not coz Kaseh needs nebulizer every 3 hours.
So we decided to stay because everythings are here and we can't take any risk by staying at home.
Ku baru berfikir2 nak buat N3 untuk Kaseh semalam sempena Kaseh 5 bulan semalam.
02032010 ---> 02082010
Tapi N3 lain lak yang ku buat hari ni.

Keadaan Kaseh.
Dia still ceria.
Masa nebulizer still leh sengeh.
Masa masuk petang semalam temp 38.0 degree and td last check 36.5 degree.
So temp da ok.

Pg td Dr ckp nak sedut tapi aku tak kasi.
Tak sanggup aku tengok.
Ku suruh tepuk aje sbb keadaan Kaseh tak teruk pun dah.
Nafas da tak kuat.
batuk pun da better.
So buat ape sedut.
Hope my decision is correct.

Tadi fisio pun Kaseh still leh sengeh2.
Dr cakap anak awak kuat tapi mak dia yang terlebih takut.
Mau tak beb.
Ku mak dia, mak mane yang sanggup tengok anak dia menangis.
(ke aku y over????)
Dr cakap lets your baby batuk or "uk-uk".
Kahak tu akan kuar pas fisio.
Hari ini da 3 kali Kaseh uk-uk yang cair.
Which is good coz all the kahak go through that way.
Pandai anak mama.

** Anak org sebelah tengah nangis and dok sebut "sakit..sakit.."
Luluh hati aku.
Admited sbb dalam mulut ada ulser so refuce makan or menyusu.
Nangis sejak pas "cuci" mulut pagi tadi.
Dugaan bagi ibu bapa**

Back to Kaseh.
Dia banyak tido.
maybe kesan ubat kot.
Ubat batuk, selsema, demam, antibiotik.
ku tak kasi nurse yang kasi kan.
Bior la dia menjerit ngan aku.

Pagi td ada opis mate ku tepon.
sbnrnya nak citer pasal keje.
Tapi membebel dulu kat aku.
Kat opis mmg dikenali pengepam tegar.
Drg sume tau yang anak aku just minum SI je.
tapi alih2 sakit sampai kena warded.
Katanya....
"Anak ko minum susu badan patutnya tak macam ni"
"Ko la makan mimum yang tidak2"
"Anak ko yang kena. Sian dia"

Yang membebel tu lelaki tau.
Hampeh tol.
Aku kena bebel lak
Pikir balik.....
Betul ke salah aku..?
Masih merenung kata2 dia..
Ada logiknya.

Ermmmm...
Apa2 pun kalau ku tak kasi SI mybe anak ku lagi teruk.
Doakan kami ye kawan2.