Pages

Monday, October 25, 2010

Ku Gumbira..Terima Kaseh Majinta

Toing
.
.
Toing
.
.
Toing
.
.
Ku gumbira.
Suke
Bahagia
Syukur
.
.
Tak tergambar dengan kata2 la gembiranya.

Hari ni ku dapat
Ku kuarkan dari bag


Ku buka
Dan hasilnya adalah
Best giler
Rasa cam nak senyum sampai terbelah kepala.
Punyer la suke.
Tak sangka dapat besday present dari kawan ku yang comei ni.
Ku sukeeee.
Ku bahagiaa
Terima kasih Masitah.

Minah tomei ni tokey cupcake.
Nnt ku upload gambar hasil keje dia.
So kepada sesapa y nak tempah leh bagitau aku.
Or nnt ku tanya dia leh letak contact no dia ke tak.

Anyway.
Time kasih daun keladi
Tahun depan kasi lagi.

Friday, October 22, 2010

Bila Sakit



Mula2 baca N3 Imaan.
Pastu g la ke link y diberikan.

Baca cerita kesakitan yang ditanggung seorang ibu.
Sakit luaran dan dalaman melihat anak y juga sakit.
Tersentuh dengan ayat :
"Ujian yang Allah beri hanya untuk menjadikan hamba-Nya lebih baik, bukan utk menyeksa mereka"

Benar..
Tersangat la benar.
Kaseh dikategorikan sebagai selalu sakit.

Selsema.
Batuk.
Kesian.
Saaaangat kesian.

Kalau la aku bleh ganti kesakitan dia.
Bila dia aktif main, tiba2 dia berenti terbatuk.
Tak pun dia melepek je pandang kita sebab tak larat.
Ya Allah hati ni.
Kalau boleh letak kat luar kejap hati sbb tak nak rasa kesedihan tu.

Bila da melarat sakitnya.
Buat ke terpikir..
Mana silap aku?
Salah 1 apa y buat ku terpikir..
Ku terlalu konfiden dengan susu ibu.
Bila dikasi susu ibu anak susah sakit.
Terlalu konfiden hingga aku lupa kuasa Allah.
Sakit dan sihat itu datang dari Dia.
Aku lupa perkara itu.
Mungkin aku lupa untuk berdoa kepada Allah.
Mungkin aku lupa tentang kekuasaan Allah.
Mungkin Allah nak menguji ku dimana tahap kesabaran ku.
Dimana keimanan ku terhadap kekuasaan Dia.
Kepada siapa aku meminta jika Kaseh sakit.

Kaseh masuk bulan ke 7 ni baru aku tersedar.
Hanya pada Allah aku meminta.
Hanya pada Allah aku berserah.

Bukan menyalahkan nursery..
Bukan menyalahkan anak orang lain y berjangkit pada Kaseh.
Bukan sebab antibodi Kaseh da lemah sebab kes NICU dulu.

Semuanya dari Allah.
Siapa kita untuk menuduh orang lain.
Siapa kita yang nak menentukan yang terbaik untuk anak kita.

Allah menguji kita kadang2 bukan melalui diri sendiri.
Tapi melalui anak, suami atau sesiapa sahaja yang kita sayang.
Allah bukan menyiksa kita tapi memberi jalan untuk kita menjadi lebih baik.
Ujian kesusahan yang diberikan kadang2 1 jalan untuk Allah berikan sesuatu
yang lebih baik untuk.

Inilah kata2 yang aku ingat bila apa2 jadi kat aku.
Ingat la.
Allah memberi kita kesusahan sbb Allah sayangkan kita.

Kaseh..
Terima kasih sebab hadir dalam hidup mama.


Ya Allah..
Ku syukur atas segala nikmat mu.


Thursday, October 21, 2010

2310 @ 26


----- 2310-----

No keramat
2-3-10 - Tarikh keramat Kaseh Melissa Lyana dilahirkan.
23-10 - Besday mama Kaseh!!!!
And 23-10-10 Mama Keseh da umor 26 tahun.
Muda la kot.
Tapi da kat border.
But it just a number.
What is really need to consider is "Where / Who are you now"

At this age, ku ada srg anak y tomot.
Dengan seorang suami.
Dengan ibu yang tinggal sorang kat kampung.
Dengan ayah yang sangat best di Pahang
dan dengan mak kedua yang ku rindu belaian kelembutannya.
Dengan mak mertua yang sporting dan sekepala.
Dengan ayah mertua yang mengambil berat.
Ku bekerja di sektor swasta sebagai minah kilang yang suka komplen supplier.

Time2 gini ku suke pikir siapa aku skrg..
Siapa aku setahun lepas..
Siapa aku 5 tahun lepas..
Siapa aku 10 tahun lepas..
Siapa aku setahun akan datang
Siapa aku 5 tahun akan datang
Siapa aku 10 tahun akan datang

Meh buat review skit..
231009 - Ku keje kt sini gak. Dok srg2 sbb suami ku dalam utan training.
Time tu pun tengah pregnen 4bulan kot.
Nk mengubat sedey dihati, balik keje ku g facial kat Herbal Line Kota Kemuning.
Balik umah goreng ikan, makan nasi banyak2 pastu tido.
**Kat opis ternanges sbb ada akak tertanya "Pasni awak nak g mana Linda?"
Padahal orang tu tak tau hujung pangkal.
Maklum la terkenang diri yang berseorang dihari jadi***

231005 - Tak ingat sangat apa ku buat. Tapi masa ni ku kat UKM tahun 3 kot.
Tapi time blajar tak pernah mis celebrate besday.
Maklum la bercinta cintun.
Hadiah apa dapat tak ingat la.

231000 - Tahun 2000 ku kat asrama kat MRSM Beseri Perlis.
Form 4 masa ni.
Ku tak ingat gak apa ku buat.

Future :
231011 -
231015 -
231020 -
Dok tengah pikir ku nak buat apa dan dimana ku patut berada.

Aktiviti tahun ni?
Erm.. Takdernya nk celebrate apa.
Just dok muhasabah diri je.
Dok pikir apa y ku nak buat pada masa hadapan.
Dan bagaimana ku nak improve diri ni untuk menjadi lebih organise dan terbaik sebagai
Ibu kepada Kaseh Melissa Lyana
Isteri kepada Mohd Ridho Amad Kanan
Anak kepada Nooriani Rajab, Abu Bakar bin Dollah dan all my family
(Recently i'm really miss them)
Menantu kepada Mak Ani dan Wak Moh
Pekerja yang cemerlang!!!

Apa yang ku nak buat on my besday?
Ku cadang ku nak kemas rumah..
Nak ubah layout rumah..

Sekarang ni ku takleh fokus la nk keje.
Report belambak.
Nak kuar jap la.
Cari ketenangan kat Giant sambil cari pampers Kaseh.
Huhuhuhuhu.

Tuesday, October 19, 2010

Mama dan Antibiotik


Sebenarnya den jenoh citer pasal anak sakit ni.
Bukan give up.
Tapi tak tau nak kata.
Almost every month Kaseh demam, batuk dan selsema.
Da jadi rutin bulanan ku g Klinik An-Nur.
Kasi ubat selsema dan ku tidak akan kasi ANTIBIOTIK!!!
Walaupun diadvise oleh Doktor.
Nak jadi citer demam last month cam biasa Dr kasi antibiotik.
Ku cakap kat En Suami "Taknak kasi antibiotik"
So ku kasi la ubat demam, selsema dan kahak.
Ubat selsema pun ku klu bleh ku nak elak sbb ku dengar tak elok kasi ubat selsema
dalam jangka masa yang lama sebab anak bleh kena sawan.
So ku selalu gak la skip.
Lepas a few session of berperang kasi ubat.
En Suami cakap "Mama kata taknak kasi antibiotik"
Skli ku tengok ku tersalh kasi ubat.
Ku kasi antibiotik kat Kaseh.
Hampagas punyer mama.
Kasi ubat tak baca lebel.
Tolong jangan contohi sikap ini.

So tak pasal2 ku kena continue.
Tapi tu la tak konsisten.

Kenapa ku tak kasi antibiotik :
1. Akan membunuh kuman baik
2. Once u da kasi kena commit. So ku amik keputusan ku tak kasi.

En Suami selalu kata ku lagi bijak dari Doktor.
Dan ku ada citer pasal antibiotik ni.
Benda yang selalu berlegar kat kepala aku ni bila Kaseh selalu sakit adalah,
ku selalu blaim kejadian Kaseh masuh NICU masa umur 3 hari tu.
Kaseh da kena drip ngan antibiotik sebab tu sume kuman baik dalam badan Kaseh mati.
Sebab tu Kaseh selalu sakit.
Sebab tu ku katakan TIDAK pada antibiotik.
Lagi bengang bila orang kata "Kasi susu ibu pun anak asyik sakit"

Nak jadi citer bulan ni Kaseh demam lama.
Ku kasi ubat demam pun still ON OFF.
Ku amik keputusan ku g klinik pakar kanak-kanak.
Dr buat ujian result , Kaseh ada influenza B.
Kaseh dapat surat rujukan ke GH.
Malam tu jugak ktrg g Hospital Sg Buloh.
Smpai sana kol 11.00 malam.
Kol 01.30 baru turn Kaseh.

Dr tanya, da demam lama u tak kasi antibiotik ke?
Ku mengaku y ku tak kasi.
Sudahnya Kaseh kena amik darah dan X-Ray.
Alhamdulillah xder per2.

Kaseh dikasi antibiotik yang mesti diambil setiap 8jam selama 5 hari.
Ku nekad kali ni ku MESTI kasi dengan berdisiplin.
Dan semalam hari ke 5.
Alhamdulillah.
Selsema selama sebulan da hampir kering.
Papa cakap " Kalau dari dulu lagi kasi mesti xder melarat camni"
Ermmmmmmm.....

Kaseh.. Maafkan mama..

Taktau nak kata.
Ku suka membaca.
Banyak benda y ku amik dari pembacaan sampai cakap Dr ku taknak pakai.
Salahkan aku?








Monday, October 18, 2010

Pumping Session And Driving


Seperti yang dinyatakan diatas.
TIADA ALASAN LAGI..!!!
Setelah ku berjaya menyambar Power Inverter
sesi mengepam ku bleh dikatakan dimana sahaja.
Ku beli Power Inverter kat Sarakids.
Ku mmg teringin sangat nak g sana.
Nasib ku bertuah dapat jumpa Farah empunya Sarakids dan
Lactation Counselor yang ku follow citer di blog dia.
Blog Farah ni best.
Komplete dengan nilai keibubapaan dan
perjalanan ke arah menjadi businesswoman yang berjaya.

Alamaxx..
Ni bukan motif utama N3 ni dibuat.
(Ni la jdnya bila byk N3 yang tertangguh jadi 1 N3 nk lumsum msk sume tajuk)

Da 2 mggu gak ku beli Power Inverter ni.
Dan sangat berguna.

First time pakai, dalam perjalanan ke Taman Sentosa, Klang.
Perjalanan dari Seksyen 22 Shah Alam ni melalui Kesas klu biasanya mengambil masa 15 minit
Tapi kali ni ku bawak ala romantik la skit to make it 20 minit (per session)
Hasilnya memberangsangkan 7 OZ
(Bkn sbb Power Inverter 2 tau)

Dari supplier terus balik rumah pun skli lgi ku mengepam.
Jimat 20 minit perjalanan / mengepam.

Buat double pumping dengan kereta manual.
Caiya la Pn Lindot.
Camner Bleh botol tu melekat cm 2?
Ku pakai nursing bra so lock skli dengan corong.
Bila ON so dia akan lekat dengan jitunya.

Untungnya wanita bertudung.
Bleh cover guna tudung.
Nak jadi cerita hari tu topup touch n go ku habis
so takleh pakai smart tag.
Kena pakai tunai..
Ku make sure jarak kete ngan tol paling rapat sbb takleh hulur tangan lebih2 sangat.
Tol Kesas kan banyak traller so risau gak pakcik2 dreber tu leh nampak sbb treller kan tinggi.
Apa ku kesah janji ku tak mendedahkan aurat.
Sampai supplier ku tompang fridge supplier.
Apa ku kesah, ku bukan curik tulang atau curi susu.
Tiada alasan lagi.
Tapi apa y ku perasan nak memperjunagkan susu ibu ni banyak cabarannya.
(Tu salah 1 N3 ku yang cadangnya nak buat)

Apa2 pun.
To all mommies..
Apa2 pun jangan abaikan keselamatan diri semasa memandu.



Wednesday, October 13, 2010

Kehidupan berbelog ku

Rumah belog ku ini tak seperti dolu.
Kebizian y agak menggalakkan.
Idea nk buat N3 melimpah ruah.
Berjujokjujok menunggu giliran.
Tapi tak syiok la meluahkan akal fikiran kat rumah comot ku ini tanpa ketenangan.
Nak kena taip slow2.
Pikir ayat.
Pilih gambar.
Pilih layout.
Buat story board (bukan main lagi.)

Bila la masa y sesuai untuk berbelog dengan aman ni.
Waaaaaaa...
Bak kata mamat Singh depan ku ni "IDEA IS IMPORTANT"
Tapi idea without implementation make me stress.

Antara N3 y tak buat sampai sekarang is N3 raya.
Bulan raya da berakhir so da basi da.



"Sori Imaan hari ni Ibu Imaan Kaseh punyer"

"Kaseh..Mana Rambut?"

Thursday, October 7, 2010

Farewell to My Mentor..Kak Anita


Ku pernah mention pasal mentor ku sblum ni.
Orang y dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk
mencetuskan rasa dan memberi petunjuk untuk aku terjun/terjunam ke dunia
breastfeeding ni.
Dulu ku pikir penyusuan susuibu secara xclusive secara 6bulan adalah
sekadar polisi yang selalu ditampal kat klinik.
Just that..
Sampai la secara tak sengaja terborak ngan Kak Anita ni.
Masa tu nak survey pasal breastpump.
Just pikir orang pam kita pam.
Takder target langsung la.
Sampai la Kak Anita ni tercakap "Anak akak still breastfeed smpai skrg"
Masa tu baru ku tahu ada golongan yang memperjuangkan susu ibu.
Dan bukan sekadar POLISI di klinik/hospital.
Dia kasi artikel pasal BF.
Dia perkenalkan pasal Moms Little Ones dan Susuibu.com
Dan saat tu la baru terhegeh2 search kat tenet pasal BF.
Baru ku jumpa serienity.blogspot.
Dan perjuangan ku pun bermula disitu.

Tapi Kak Anita ni da nk berenti.
Mungkin rezeki dia kat tempat lain.
Apa2 pun terima Kaseh banyak2 kak atas segala ilmu dan perkongsian tips dari akak.
Sapa lah Kaseh tanpa akak.

Pas sorang2 geng penyusuan ku hilang.
Tapi takper.
Perjuangan diteruskan.


Kak Anita dan anak hasil penyusuan ibu.

Untuk Kak Anita :
GoodLuck ditempat baru.
Dan jangan lupa kami yang masih melekat disini.
You are my mentor for ever.


Tuesday, October 5, 2010

Cerita Penyusuan Ibu @ Kaseh 7th Month


Lama ku tak HupDet citer BF ku.
Masih tiada stok frozen or chilled.
Bak kata orang kais pagi makan pagi utuk at least 16 OZ per day.
Alhamdulillah.
Still bleh support.
Baru skli la ku tak sempat nk cukupkan sbb bz sangat.
Tapi sib baik kt skool Kaseh da kurang nenen so ada lebey y 1 day before.

Setiap problem atau kesusahan kita kena cari penyelesaian kan?
So dalam kebzian ku nak travel sana sini bila time keje ku memerlukan gadget yang membantuku.
Soooo.
Ku tengah aim benda alah ni.
Credit tu Uncle Google

Power Inverter.
Ku bleh mengepam semasa memandu or just stop kat maner2 and pam.
So no reason to skip pumping session lg.

Satu lagi dilemaku dalam misi penyusuan susu ibu ini adalah...
Nak handling schedule untuk membasuh, mensterile, mengering dan menyimpan botol EBM.
Sekarang ni apa ku buat malam je aku akan basuh dan keringkan.
Kalau malas ku kumpul samapi 2 hari baru basuh.
Keringkan kat dalam tapisan/besen.
Sterile ikut suka hati je bila sempat sekali seminggu ke skli sbulan.

Masalahnya adalah :
1. Kdg2 cam kelam kabut nk basuh botol disamping keje rumah yang lain.

2. Kadang2 botol tu tak kering betul2 bila pagi ku nk g keje.

3. Tempat nak letak besen tu terhad kat umah ku.
Kurasa cam bersepah besen dimana2.

4. Dari segi kebersihan cam tak kompiden je.
Walaupun skool da basuhkan tapi ku still basuh lagi skali.
Da la sterile sesuka hati.
Storage yang terdedah kat umah.

5. Penutup botol tu slalu hilang!!!!!
Da tak tally da antara botol dan penutup.

Ku ada beberapa pilihan.

1. Beli Bottle Rack.
Lebih organise ckit la compare to guna besen.
Tapi still kena basuh botol dan tak sterile.

2. Beli Steriliser
Tak payah la rebus2 botol da.
Tapi nak kena basuh botol gak.

3. Change to use Storage Bag

Credit to Uncle Google

Penyelesaian kepada sterile, basuh botol, tutup botol hilang dan simpan.
Tapi bermasalah dari segi ekonomi.
Pakai buang beb.
Lagi 1 ok ke skool nak handle?
Dengan pantas dan tuntas ku call ummi.
Dia kata OK je sbb dia pun penah tengok storage tu.
So senang jugak la tak payah basuh botol.

Yang lain takder problem sangat.
Hasil tenusu agak memberangsangkan.
Just nak improve bab nak mengepam kat rumah.
Agak liat skit nak mengepam kat rumah.

Apa-apa pun ku enjoy jadi ibu kepada
Kaseh Melissa Lyana
Dan
Isteri Kepada
Mohd Ridho Amat Kanan


Monday, October 4, 2010

"Kaseh Tau Mama Kat Mana"


Hari ni 04-10-2010
Kaseh 7 bulan 1 hari.
Tak perasan da 7 bulan da anak ku.
Dulu tiap2 bulan rasa cam lama je masa berlalu sebab nak tunggu 6 bulan.
Nak tunggu start solidffood.
Tapi sekarang da start just meneruskan penyusuan ibu je.

Pemakanan Kaseh.
Da seminggu la ku sediakan makanan Kaseh kat nursery.
Rutin harian ku?
Malamnya ku rendam beras dalam tarmos air panas.
Soknya ku tinggal masukkan sayur dan lauk je.
Setengah jam masak.
Klau tak rendam dulu lebih kurang 45minit jugak la nak masak.
Menu Kaseh bubur nasi campur ngan
Carrot, Kentang atau Brokoli.
So far ni je la y ku kasi.
Dalam kepala dok pikir nak kasi Jagung / Labu / SweetCorn.
Lauk lak samada ikan bilis atau ayam.
Tapi nampaknya kaseh suka ikan bilis.
Pas nasi masak ku blander dan letak dalam 3 bekas kecik untuk 3x makan.
Ok la kot sbb bila ku tnya skool Kaseh dia kata Kaseh makan je.
Dan ku perasan Kaseh minum 3 botol je minggu lepas maybe sbb da banyak makan.
Alhamdulillah...
Senang Hati Mama Kaseh Suka Makan Air Tangan Mama.

Kaseh sekarang Ya Allah lasak.
Jatuh Katil?
Panjat Tangga?
Ke Dapur?
Terhantuk kepala bawah meja?
Sume dia da rasa.
Mengengsotnya da laju sangat da.
Rumah sume di mop.
Merangkak boleh 2-3 langkah.

Kaseh da tumbuh gigi tau.
Sebulan lepas 1batang kat bawah.
Malam tadi papa Kaseh detect 1 lagi tumbuh kat sebelanhnya.
Patut la keje menggigit je la.
Tapi xder la smpi luke N aku.

Saparation Enxiaty pun da ada jugak.
Apa ku perasan dia suka kalau mama ngan papa dia tergolek kat sebleh dia.
Bila dia namapk kita ada dia boleh je main sendiri.
Kalau salah sorang bangun je mula la dia menangis cam orang cobet.
Tapikan..
Dia tau nak cari kat mane.
"Dapur"

Dia nanges je badan dia menghala ke dapur sambil nangis
"Ermmmmm...Ermmmm" - stand for MAMA
"Pah...Pah" - stand for PAPA.
Dia suke tangok ibu bapa dia dok berkepit je.
Kalau terjaga dari tido pun dia akan terus tuju ke dapur tanpa tengok keliling
Dalam kepala dia mesti pikir "Kaseh Tau Mama/Papa kat mana"

Tapikan pagi tadi saje la citer ngan Ummi nursery Kaseh da lasak.
Skli Ummi cakap yang Kaseh suke buat shortcut kalau nak jalan kemana2.
Tau tak shortcut lalu mane?
Panjat badan baby lain!!!!!
Terkejut aku.
Aku ingat selama ni dia suke panjat badan aku ngan Papa je.
Rupanya badan sume orang sebagai SHORTCUT.
Kaseh!!! Jangan kejekan anak orang la.
Kalau ada baby datang rumah, xkisah la lagi besar atau tua dari dia
mesti la dia yang kerja kan orang tu.

Bila ktrg g beraya dengan jiran2 ada baby lain yang lebih kurang baya Kaseh,
Beza dalam 2-3 minggu je tapi Kaseh PALING besar.
Kaseh terlebey sehat.
Tapi jangan la kejekan anak orang!!!!

Tapikan......
Walau apa pun.
Merengek ke.
Nangis ke.
Meragam ke.
Mama Bahagia Sangat.
Penat macam mana pun.
Memang Penghapus Duka.
Penghilang Stress.
I love U Bebez.






Friday, October 1, 2010

Kunci Hikmat

Kunci Apakah Ini?
Kunci BMW?
.
.
Bukan

Kunci Kapal Terbang?
.
.
Bukan

Kunci Istana?
.
.
Bukan

Tapi ini adalah
.
.
.
.
Inilah kunci Penyusuan.
Huhuhuhuhu.

Sekarang ni ku Toing..Toing gumbira.
Sebabnya kunci port tempat ku mengepam ku y pegang.
Sebelum ni clerk y pegang.
So tiap kali ku nk mengepam ku kena mengadap duli yang maha mulia Kak Anna.
Tapi 2 mggu lepas kunci ni ilang.
So ku kena jumpa bos dia tiap kali mengepam.
Segan skit la.
Biasa 4x da jadi 3x.

Tapiiii...
Semalam ku jumpa kunci ni kat atas meja orang depan meja aku.
Dia sangkut kat calender dia.
Ku perasan la.
Ku tanya mana dapat.
Dia ckp dia jumpa tapi xtau sapa punyer.
Nape la ku tak perasan kunci tu dok senyum kat aku selama ni.
Bila ku nak pulangkan Kak Anna cakap
"Awak Pegang la"
Toing
Toing
Toing
Gumbira rasanya.
Ku leh pegi sesuka hati aku je.
Nak buat Power Pumping pun bleh.
Hamik ko nak buat PP kat opis.

Tambah lagi tinggal aku srg je y mengepam skrg.
Klu dulu kena bt schedule tak pun mengepam secara berjemaah.
Ada yang da brenti dan ada yang da tewas.
Sooooo.
Ini akan memudahkan misi penyusuan ku.
Ganbatte Lynd.

MamaKaseh : Da 2 hr Kaseh da kurang nyusu kat skola sbb katanya dia da selara makan.
Lega mama.