Pages

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Laman Kami

Buat Organizing Photo.
Jumpa la gambar2 lama.
Seronok gak tengok gambar2 lama.
Dan terjumpa la gambar ini.

Wanita mengandung yang sedang menggosok batu.
Heeee...
Tak ingat masa ni pegnenkan Kaseh berapa bulan.
Huuu.. Bukan nak fokus pada gambar wanita itu.
Tapi aktiviti wanita itu.

Ku pindah ke rumah ni masa bulan August 2009.
Dan masa mula2 pindah mmg suka sangat mengerjakan laman yang sekangkang kera tu.
Masa raya orang sibuk beraya kami suami isteri sibuk dok mintak pokok bunga orang.
Paling tidak sebulan sekali mesti ke Sg Buloh sbb nk cari pokok bunga.
**Geng ngan MIL**
So ku pun kumpul2 la gambar transformasi laman.
Yang mana jumpa je la.

Masa zaman ni xder la mula berblogging lg tapi mmg suke gmbr.
Skrg ni amik gambar salah 1 agendanya sebab nak update blog.



Ni masa gambar masa tengah2 excited dulu.
Tanam rumput karpet.
Pokok yang macam2.
Susun2 batu.
Ni salah 1 sudut.
Macam2 pokok ada..
Pokok yang diminta dari rumah orang dan ada yang beli.
Water fountain tu lak kami beli saperate dan "bina" sendiri.
Kalau beli 1 set mau Rm 200 - 300.
Yang ni modal dalam RM 130 je.


Ni Sudut yang lain.
Pokok2 dirembat ditepi jalan.
Pokok pisang kipas tu je yang beli RM 10.

Ni salah satu sudut yang ku paling suke dulu.
Pokok gantung warna purple tu hidup dengan segar bugar dan menjalar sampai ke line merah bawah tu.
Tapi pokok jenis ni xtahan lama.
Da sampai masa kering lah dia.

Tapi perubahan bermula selepas...
Ku pasang awning.
Sehari sebelum ku bersalin.
Heee.. Isnin ku cuti sbb org nak pasang awning..selasa ku bersalin.
Heeeee

Terus pasang full.
Rumput karpet tu kna cahaya matahari.
So bila pasang awning rumput tuda mula kuning.

So kami melupuskan rumput kami.
Lagi pun bila park 2 kete, rumput yang paling tepi selalu kna gilis kete.

Maka terkubur la rumpur itu..
Ratakan pasir.

Dan letak batu2 licin hitam putih tu. (xder gambar)
Mengharap la jadi ala2 bali.
Tapi tidak...
Masalah tetap sama..
Bila park kete batu tu jadi terbenam.
Tak cantik jugak la.
Lagi pun sekarang mama yang kena park sebelah dalam so angle selalu over shot.
Heee..
Dengan ini.. kami mengambil keputusan untuk babai kepada taman astakonah kami.

Simen je semua.
Tinggal je skit kat ujung pagar.
Simen yang lebih tu papa tutup atas longkang kat luar.
Sume pasu diletak je kat luar.
Maka yang tinggal hanya la ini.

Dok berangan kalau ada budget tiles je semua.
huuuu.. lambat lagi la.
Project menyimen laman tu dilaksanakan masa cuti CNY hari tu.
Mama dok Home Organizing dalam rumah papa dok buat kerja2 penurapan di luar rumah.
Modal?
Hanya 1 bag simen.
Pasir guna yang lebih buat singki 2 tahun lepas.
Modal kederat papa je la.
1 lagi kelebihan bila DIY.
Bila nak buat je beli barang terus ON.

Apa akan jadi di masa depan xtau lagi.
Datang idea buat je la.
Masa Kaseh dan adik2 baca N3 ni ntah apa rupa rumah kita ni kan..

Sunday, January 29, 2012

Kaseh Dibesarkan Serba Sederhana

y
Sorry la pembaca sekelian.
(Ku tau pembaca xramai.. ni untuk yang terbaca)
Mood malam ni agak emosi.
Mungkin sebab seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni.
Atau mungkin sebab papa xder menyebabkan emosi ku terlencong..
Atau mungkin sebab hormon ibu mengandung ini.

Bila tengok Kaseh jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain,
Kaseh sangat la serba cukup2 aje.
Ini mungkin disebabkan life style papa and mama dia jugak.
Kami sangat la cukup2 aje.
Tiada pakaian branded (baju longgok pasar malam rm 5 je kami pakai)
Tiada handbag mahal / branded
(Skrg ku dok guna beg yang menang giveaway setahun lepas dari Imaan09)
siaran TV pun guna yang free aje (guna ariel TV cap Giant harga RM 30)
Tiada cuti2 Malaysia sana sini.
Tiada makan makanan yang berbelit2 lidah nak sebut.

Sangat la biasa.
Mungkin sebab kami tak terfikir kearah benda2 bgitu?
atau kami suami isteri berfikiran songsang?
Atau kami tak mampu?
Atau kami tak berfikiran luas?
Atau kami ketinggalan zaman?

Ok la.
Back to soal Kaseh tadi.
Ku kategorikan dari beberapa espek.

Kami Tiada Astro / DVD Player
Jadi Kaseh takkan tau pasal Astro Ceria ke, Discovery Channel Ke.
Kaseh takkan kenal CD Upin-Ipin / BoboiBoy yang boleh ditengok berulang kali.
Kaseh hanya tengok yang disiarkan 15 minit Upin Ipin.
Bila cakap habis.. maka habis la.
Atau mungkin sebab Kaseh blum pandai tengok lagi.
Tengok la setahun dua lagi da pandai minta2.
Sekarang ni hanya tau mintak Chicken Dance, Twinkle2., If You Happy, Pin-Pin and Boboiboi kat youtube.
Kalau tak on lappy so xder la dia minta.

Kejam kah kami membantutkan hiburan anak ku?

Kami Guna Baju Sampai Reput.
Kalau tengok papa skli pun, baju 5-6 tahun lepas pun pakai lagi.
Ada yang sampai kolar reput.
Tapi yang tu best pakai kat rumah.
Lembut dan sejuk.
Mama banayk rembat baju2 lama papa.
Jadi begitu juga Kaseh.
Baju yang Kaseh pakai dari sebelum 6 bulan pun Kaseh still pakai sampai sekarang
sebab masih muat.

Contohnya baju ni.

Ada jugak baju Kaseh yang da bertahi lalat.
(Tak tau la sbb cra aku menguruskannya tak betul kot)
Still ku pakaikan kat rumah.
Kalau da tak muat sangat baru ku simpan.
Hari tu masa basuh baju2 lama untuk baby baru,
ku basuh je semua dan lipat balik.
Ada yang da nampak sangat teruk bertahi lalat dan ada yang nampak lusuh.
Terdetik gak, bleh pakaikan lagi ke ni?
Tapi ku simpan jugak.

Borak2 ngan MIL, dia kata yang tak elok tu buang je la.
A'ah la.. buat ku terpikir balik.
Apa daaa.. Ada ke yang da teruk2 pun still simpan.

Tapi mak bapak dia pun selagi muat mmg pakai walaupun da lusuh.
Tu yang best pakai.
Kejamkah kami?

Kami Guna Barang Murah
Serius.. Kalau baju ibubapa Kaseh ni kalau cecah RM30 pun da rasa mahal.
Tapi ada la beli tp sangat jarang.
Kalau macam utuk raya ke beli la.
Tapi tak menjadi kebiasaan beli baju setiap bulan.

Begitu juga Kaseh.
Kalau nak merasa baju2 mahal pun hadiah dari makcik2 Kaseh.
Macam gaun2 adik ku yang kat kulim tu suke belikan.
Biasanya harga dalam Rm50 - 70.
Kalau suar jeans / TShirt / Sandal branded cam Poney ke adik ipar ku suke belikan.
Tu 1 piece mau dekat seratus.
Segan gak sbb mama tak pernah belikan barang2 mahal untuk Kaseh.
Mama rasa la yang paling mahal pun botol susu Avent yang besar tu.
Dalam rm70 gak.
Memang klu bab penyusuan / pemakanan Kaseh ku mmg berikan yang terbaik.
Susu Kaseh pun paling murah masa awal2 dulu.
Mau tak murah klu BF - Free je tapi tak ternilai. Tak jual kat mane2 pasaraya terkemuka.

Pas da amik formula ni, Kaseh minum susu yang paling murah jugak yang paling senang dapat dipasaran.

Kami Beli Yang Perlu
Kami suami isteri ni mmg la sehati sejiwa.
Kalau jam tangan, mmg 1 jenis je.
Xdernya cam sesetengah org jam hari2 tukar.
Selipar pun 1 aje, xdernya bersusun macam2 patern dan pakai mengikut warna baju.
Sbb tu sandal ku warna hitan / coklat sahaja.
Boleh match sume, da putus atau lunyai atau da cukup syarat nak masuk plastic sampah,
baru la beli yang baru.
Sbab tu la rak kasut kami sangat lapang.

Begitu juga Kaseh.
Terutama bab toys.
Kaseh xder toys yang pelbagai.
Macam anak patung.
Ku beli la 1 patung Tiger yang tingginya dalam 2 kaki.
Tu pun sbb ku tengok kaseh xder toys.
Yang bleh jadi 2-3 ketui kat rumah ni pun sbb orang punyer,
Tiger Kecik - Arfan punyer. Kaseh suka sbb kecik kot dari yang mama beli.
So senang nak dibabykan.
Sampai sekarang tu la toys peberet Kaseh.
Di pakaikan pampers, bila balik skolah je dia akan g kat baby dia tu buat gaya
"Alalala..baby"
**Ni ade citer menarik pasal Kaseh n babynya.. Kena bt N3 lain**

Patung Mouse - Selongkar kotak2 lama terjumpa la patung ni.
Kepunyaan adik aku.
Ku basuh dan kasi Kaseh main.

Patung Bear - Adik ipar ku si Mak Jah yang kasi sempena besday kaseh yang pertama.

Patung Turtle - Ni beli masa kat kampung dulu. Ni pun atas sebab kaseh xder toys.

Macam toys lain seperti kereta ke lori ke semuanya nenek yang belikan.
Ktrg tak belikan sebab rasa tak perlu.

Bola ada 2 sbb ltk kat rumah 1 letak dalam kete 1 sbb standby klu nak g lepak dataran.

Toys Bunyi - Ala yang macam konon2 lappy tu.
Bila tekan ada bunyi animal.
ni pun ku beli sbb bila g rumah orang tgk toys org berbakul2 dan Kaseh suke main yang ada bunyi.
So mama pun belikan la.

Toys yang jenis beli2 kat kedai2 runcit ni ku tak pernah belikan sebab ku rasa tak perlu.
Sian Kaseh bila g umah nenek macam2 toys Arfan ada.
Kaseh tompang main.
Tapi kami suami isteri berfikiran banyak2 pun Kaseh bukan main sepanjang masa benda tu.
So tak guna, jadi tidak diperlukan so tak payah beli.

Kejamkah kami?

Kami yang Tidak Menyeronokkan
Sapa kat sini yang tak pernah g Taman Tema Genting Kota Keriangan?
Kami Suami Isteri..
Sapa yang tak merancang pun nak ke Taman Tema Genting Kota Keriangan?
Kami Suami Isteri.

Adakah bermaksud kami tidak riang?
Ouhhh.. Kami sangat riang dengan cara kami sendiri.

Kami suke benda yang relax cam lepak dataran Shah Alam,
lepaskan kaseh kat padang main basikal / bola.
Gi Wetworld / mandi Sungai / pantai.

Tapi kalau kaseh ajak g Genting 1 hari nanti?
Tak riang kah Kami?

Dari beberapa perkara yang disenaraikan di atas,
adakah kami mendidik anak2 kami tidak mengikut peredaran zaman?
Salahkah kami?

Kaseh, mama dan papa minta maaf jika cara pemikiran dan lifestyle kami membuatkan Kaseh tidak sama / ketinggalan dari kawan2 Kaseh yang lain.
Apa2 pun kami tetap mahu Kaseh jadi yang terbaik walaupun kami tidak memberikan yang terbaik untuk Kaseh.

Saturday, January 28, 2012

Kaseh Buat Air Mata Mama Bergenang..

Bukan air mata sedih.
Bukan air mata marah.
Bukan air mata kecewa.

Tapi air mata "gembira"
Syukur..
Bangga..
Mengharap..

Mungkin terlalu awal untuk mama menilai Kaseh.
Sangat awal.

Tapi mama nak Kaseh tahu,
perjalanan rasa mama terhadap Kaseh.

Dalam minggu ni, berlaku aksi berebut telekung.
Asal mama nak solat je Kaseh nak "ayam" (sembahyang)
Sebelum ni takat ikut je.
Tapi skrg dia pakai telekung dan sembahyang sndr.
Dengan gaya qiam, ruku' dan sujud baring.
2-3 rakaat da siap.
Air mata mama bergenang.

Syukur dengan kebijaksanaan hamba Allah yang 1 ini.
Mengharap Kaseh akan terus menjadi anak yang beriman.
Walaupun Kaseh tak tahu kenapa kita kena solat, apa maksud solat,
tapi cukup la buat masa sekarang yang Kaseh tahu kita kena solat.

Sejuk ati mama bila asal basuh tangan kat sinki je,
Kaseh buat aksi amik wudu'.
Basuh muka, Usap Kepala, cocok telinga.
Kaseh tak tahu maksud itu semua, jadi menjadi tanggungjawab mama untuk menerangkanya secara berperingkat.

Sebentar tadi,
Kaseh dok golek2 nak tido da,
tiba2 dia angkat kepala sebut "Quran"
Sebelum ni tak kira la azan ke, bacaan alQuran ke, zikir ke semua dia sebut "AZAN".
Dalam kete skrg mama mmg pasang bacaan alQuran amalan2 semasa mengandung.
Dan kat rmah pun ada mengaji skit2.
Dan tiap kali mama mengaji Kaseh akan amik buku lain dan duduk sama2.
Tak pun dia cari pen buat jadi penunjuk.
**Serius ku katakan ini ku rasa apa yang dia tengok kat skolah**

Tapi tadi lepas dia sebut Quran, dia terkedek2 datang kat pangku mama.
Mama skrg jarang dok kat lantai sebab xlarat nak angkat perut.
Bila di sofa senag skit nak bangun.


Mama bacakan al-Fatihah.
Dia boleh baca serentak dengan Mama walaupun pelat.
Setiap patah perkataan tu ada bunyi yang betul dan ditempat yang betul.
Untuk kali pertama ku rasa cam tak yakin.
Ku try 2-3 kali.
Dari Bismillah..
Alhamduilllah...
Sampailah ke
...waladhoolin..Amin..
Ku baca "serentak" dengan dia bukanlah dia baca sendiri.

Tapi itu sudah cukup buat air mata mama bergenang lagi, sayang ku.
Mama sangat yakin yang 70% adalah dari apa yang Kaseh belajar dari skolah.
Mama terus SMS papa.
And salah seorang Ummi..
"Umi. Kaseh pandai baca al-fatihah sampai habis, wlupun pelat. Sy xtau nak ckp apa ummi. Terima kasih je la u semua ummi"

Ummi reply ..
"Alhamdulillah. Sama2 kita didik ya bu. umi didik dekat taska ibu dkt rumah. umi da anggap budk2 dekt taska cam anak umi. Kaseh mmg dapat tangkat apa umi taska ajar walaupun dalam bahasa Kaseh"

Walaupun bunyinya agak klise bagi semua pengasuh,
tapi ku dapat rasa keikhlasan.

Ya Allah..
Ku bersyukur atas nikmat rasa ini.
Ku bersyukur atas kurniaan kebijaksanaan ke atas hamba-Mu ini.
Ku pohon semoga Engkau berikan aku petunjuk dan juga kebijaksaan dalam memikul amanat-Mu ini kearah menjadi hamba-Mu yang beriman.
Aku hamba-Mu yang hina dan kerdil tidak mampu memikul amanah-mu tanpa petunjuk dari-Mu.

**Nukilan ini hanya la sebagai catatan diari seorang ibu kepada anaknya satu masa nanti.
Supaya dia tahu perasaan ibunya dalam membesarkan dia. Walau apa pun keadaan dia semasa dia membaca entry ini, ibunya ingin dia tahu yang dia pernah buat ibu rasa bahagia**


Check List Berpantang - Belum Settle

Rasanya agak menyesakkan la jugak.
Ada 2 barang besar yang belum setel.
Sekarang @32 Weeks.
Still ada masa tapi tu la.. selagi tak setel selagi tu tak tenang.
Nak menenangkan diri sendiri sampai mengganggu ketenangan orang lain.
Sibuk ku tanya pendapat orang sana sini.

1. Set Bersalin.

Seperti yang diterang di N3 sebelum ini.
Masih dalam dilema.
Al-maklum la investment kira besar la jgak
(Lebih dari Rm 100 da kira besar bagi I)

Setelah di narrow downkan pilihan yang ada..
Set AMWAY - RM 275 (lengkap bengkung dan percuma tunggu baby)

Pil Phytonatal (RM 140) + Minyak Herbanika (RM 70) + Bengkung (RM40) = RM 250

Kedua2nya investment yang besar dan yang merisaukan kalau tak guna.
Waaaa... sebelum ni guna mustika ratu, hanya 30% digunakan.
Nasibaik murah je (RM 1++).Link

Tapi klu tak beli bila nak guna takder rasa menyesal pulak.

2. Almari.

Seperti yang dimeracaukan di N3 ini..
Statusnya masih belum terjual.
Dan ada beberapa masalah disitu.
a. Kata penjualnya - tak muat nak masuk dalam kete.
b. Nampak cam kecik je - Nasibaik Lea perasan.

Tapi dia suruh g tengok dulu.
Kt Putra Perdana (Area rumah sewa lama ku).
Kalau kecik cam tak berbaloi nak beli..
Kalau besar camner nak hangkut ngan kete.
Dilema jugak lagi tu..

So ku dalam proses survey lagi.
Terutama dikedai2 perabot supaya drg bleh hantar.
Dan ku ada perasan kedai barangan terpakai di Klang.
Pun bleh try tengok kat sana.

Friday, January 27, 2012

Kenapa Saya Memasak..?

Itu adalah antara yang ku rasa perubahan yang besar jugak la dalam hidup mama.
Ku rajin memasak dan ku enjoy memasak.

Kalau dulu ni jadual / menu masak ku :

Isnin - Pasar Malam (Shell)
Selasa - Pasar Malam (Batu 8)
Rabu - Masak
Khamis - Makan Luar
Jumaat - Semestinya Makan Luar
Sabtu - Lunch : Masak Dinner : Pasar Malam
Ahad - Makan luar / Rumah mertua ku.

Tapi sekarang Selasa je gerenti ku tak masak sebab g pasar malam untuk cari stok barangan mentah untuk masak dikemudian hari.

Bab menu lak biasa2 je.
Kalau rabu ku masak pelik2 cam tomyam ke, masak2 lemak ke,
hari khamis ku akan masak yang simple je goreng ikan / telur je.

Selang seli la.
Sebab En Suami katanya masak simple2 pun tak per.
Kalau datang buang tebiat beli benda pelik2 cam ikan keli ke, ikan pari ke mula la search kat internet resepi2.
Seronok bila tengok En Suami dan anak makan walaupun sekadar telur goreng.

Ku ingat lagi satu ketika dulu...
masa tu pegnenkan Kaseh,
ku masakkan sup ayam dan ku tau ku masak tak sedap pun.
masak skit je semangkuk dan suamiku tak habiskan pun.
Amik 2 -3 ketui je.
Masa tu dia demam pun.
Kecik la hati ibu mengandung ini, balik keje kol 6.30 ptg,
terus masuk dapur.. masak tapi suami makan skit je,

Nak cari pasal lak.. Soknya kononnya meluahkan perasaan la..
Masa tu sarapan kat kedai makan,
bgtau klu makan kat kedai bukan main smpi kuah dihirup.
Sekali suami ku cakap " Da masak xder rasa"

Berjuraianlah air mata ibu mengandung itu dikedai makan.
Sejak tu merajuk da xnak masak da.

Tapi sekarang.. bila tengok dia ratah lauk smpai ke tulang temulang..
fuhhh... Hamik ko masakan takder rasa da melangkaui sempadan.

Tapi kenapa ku sekarang ku rajin masak ?

1. Anak dara ku tidak dapat dikawal lagi.
Makan luar memang tak kenyang dengan aksi panjat meja dan berlari sana sini.
So baik makan kat rumah je.

2. Masa di rumah lebih panjang.
Kalau makan kat luar, pas maghrib baru leh kuar.
Balik rumah da kol 9 malam.
Kalau masak, azan maghrib ku da siap masak, mandi, solat, makan kol 8 da siap urusan perut.
Bleh la tergolek ke nak beraktiviti lain.
Lebih santai dan tak payah tukar bju.

3. Ikatan kekeluargaan lebih akrab.
Seronok beb bila anak makan lauk y kita masak suap pakai tangan.
Bila Kaseh cakap "Nak pish (fish)"
Belasah sampai 2 ekor ikan cencaru,
Setakat tumis kobis pun sampai mama kena makan budget2 sbb tak cukup nasi Kaseh.
Kembang beb hati ni.
Biar la setakat jadi daging dihujung jari kaki Kaseh pun cukup la.

Bila En Suami, terkuis2 meratah lauk.
Bahagianya.

Ku dalam usaha mencari 1 hidangan istimewa.
Means bila anak-anak balik dari asrama / balik melawat mak bapak diorang ni,
mereka nak makan masakan mama.
Kena usaha lagi ni.

Jika dulu ku pikir balik kerja nak duduk dan rehat.
Tapi sekarang penat tu hilang walaupun hanya sempat merebahkan badan ni bila mata nak pejam je.

Ya Allah..
Janganlah Kau tarik rasa bahagia dan tenang ini.
Dan kurniakan lah aku kekuatan dan kebijaksaan dalam menjalankan amanat Mu.

Home Organizing - Make me feel good

Trust me.
Ku ni tak der la minah sepah mane.
Tapi klu ada sistem ku ikut.
Ku jenis senang mengikut peraturan.
Yang penting ada peraturan la.

Tapi dalam life ku, ku tak boleh mendeclarekan / menetapkan sendiri sesuatu peraturan.
So bila takder peraturan tu yang idup ku tunggang langgang.
Tapi sejak terjebak dalam dunia organizing ni ku rasa ada guide camner nak tetap kan sesuatu peraturan.

Sebagai contoh, ku sebelum ni mmg ada sistem filling yang bagus jugak la.
Tapi kelemahanya sume document ku letak dulu ntah mane2 bila smpai masa yang lapang ku akan cari dan baru susun ikut file yang betul.

So dalam dunia organizing ini,ku diperkenalkan dengan 1 sistem INBOX and OUTBOX.
yang bermaksud apa sahaja surat / dokument yang baru dapat dan tidak dapat diasingkan lagi diletakkan 1 tempat dan peruntukkan 15 minit seminggu untuk asingkan mengikut file.

Kalau outbox pulak, cam urusan yang kita perlu selesaikan nanti.
Sebagai contoh, bil dan apa2 yang perlu dibawa keluar dari rumah.

So kita akan tahu apa urusan yang belum setel dengan merujuk ke tempat outbox.
Sebagai eksperimen selama seminggu ni,
ku rasa semua urusan ku DONE.
Dan segala bil yang perlu dibayar juga sudah standby menunggu gaji.
(Ku mmg spesis suka bayar bil - suka tengok amount dlm akaun berkurang cpt sbb nak setelkan utang - normal kah..?)

Dalam urusan dapur pulak.
Dapur ku xder la sepah mane sblm ni.
Tapi disebabkan kena alih itu ini bila nak buat keje disebabkan xder ruang kerja yang memuaskan so dapurku nampak cam sepah.
Tapi sejak terjebak dalam organizing jugak la, ku rasa kerja dapur ku semakin lancar.

Boleh dikatakan setiap hari ku masak sekarang,
Sampai En Suami kata "Nak masak lagi ke hari ni?"
**Tak tau apa niat dia tya mcam tu**
Mungkin dia tak percaya ku bleh masak lebih dari 3x seminggu.
Hahahaha..
Tapi ini disebabkan dapurku yang organize dan ku masak dengan lancar.

Still ada beberapa benda yang perlu diperhalusi dalam Home Organizing ku ini
supaya hidup ku lebih "Feel Good"

Ini salah salah satu contoh organize ruang dapur.
Kiri - Before
Kanan - After


Dicilok dari sumber ini.

Masih Mode mencari idea sebelum meletup ni.
So bila da anak 2 nanti ntah sempat ke tak nak pikir sume benda ni..

Haaaa... masa ada tapi idea xder

Hari2 sebelum ni idea melimpah ruah nak berbelog..
Tapi kekangan Kasehku dan suami ku asyik dok menejling je bila ku dok ngadap PC lama2.
Ku simpan dulu idea2 tu.

Tapi malam ni En suami g conference 3 hari smpi ahad
dan seawal kol 8.15 pm Kaseh da tido (Maybe rindu papa)
Ku ada 100% masa untuk berbelog.
Tapiiiii.... idea plak tandus...

En Suami.. Engkaulah sumber inspirasi ku..
I Love U Papa..

Thursday, January 26, 2012

Kaseh dan "K"

"K" for Kaseh.
Faktor pemilihan nama anak pun coba ku elakkan huruf "S" dan "N"
Sebab ramai sangat yang bermula dengan huruf2 tu terutama perempuan.
So cam susah je nak amik turn.
*Berfikiran jauh betul mama (pengalaman sendiri)*

Dan da nak masuk 1 tahun 11 bulan.
Kaseh da boleh bercakap yang bermaksud.
meniru orang bercakap tak payah citer la.
Sangat berhati2 bila bercakap.
macam recorder rosak..

Tapi yang menarik..
Ada beberapa perkataan yang Kaseh tukar dan bermula dengan huruf K
Contoh:

Jumpa = Kumpa
Sampai = Kampai
Semut = Kemut
Comot = Komot
Lompat = Kompat

Dan lain-lain.
Ntah kenapa.. tapi kenan huruf K kot.
Nama saya Kaseh Kelissa Kyana..!!!!

Wednesday, January 25, 2012

Second Pregnancy @ 31 Weeks

Hari check up.
Berita yang menggembirakan dan melegakan.
Dalam masa 2 minggu, untuk julung kalinya berat mama hanya bertambah 0.85 kg.
Biasanya naik 2 kg dalam masa 2 minggu.
HB mama pun da naik balik.

Mesh sini mama listkan progress checkup mama sepanjang preggy 2nd baby ni.

4 Oct @15 weeks
Weight : 60.2 kg
HB : 12.3 g/dL
Tinggi Rahim : 15 cm

1 Nov @ 19 weeks
Weight : 62.2 kg
HB : 12.4 g/ dL
Tinggi Rahim : 20 cm

29 Nov @23 Weeks
Weight : 65.15 kg
HB : 12.5 g/dL
Tinggi Rahim : 23 cm

23 Dec @27 Weeks
Weight : 67.6 kg
HB : 11.6 g/dL
Tinggi Rahim : 27 cm

6 Jan
Minum air gula
Fasting : 4.4 mmol/L
2 HPP : 6/8 mmol/L - Normal

10 Jan @ 29 Weeks
Weight : 69.05 kg
HB :
Tinggi Rahim : 30 cm

25 Jan @31 Weeks
Weight : 69.90 kg
HB : 11.9 g/dL
Tinggi Rahim : 30 cm

Kalau yang biasa checkup kat klinik kerajaan ni la praktis biasa.
Mula2 check up 4minggu skali.
Bila da masuk minggu ke 30 checkup 2 minggu skli.
Dan ambil darah sebulan sekali.

Sebelum ni ku hanya risau pasal berat je.
Tapi bila hari tu terjoin ceramah mengenai anemia ketika mengandung ku mula ambil berat mengenai bacaan HB (Kandungan Zat Besi Dalam Darah)

Lagi2 antara minggu 23 ke 27.
Dari 12.5 ke 11.6.
(still normal sbb Minimum 11)
Nurse da tanya kenapa turun mendadak?
Erm.. ku cakap xtau.
Dan nurse suruh tingkatkan pengambilan makanan berzat besi tinggi
seperti kerang, hati, sayuran hijau dll.

Tapi kannnn...
Ku tau faktor sebenar penurunan bacaan HB tu.
Walaupun bergantang makanan tinggi zat besi atau makan besi skli pun
kalau ku tak tinggalkan 'habit' ini mmg la zat besi aku

Teh..Kopi..Soya..Susu..

Ini la faktor utamanya.
Heee.. 4 sumber utama ini adalah penyebab kepada kenapa zat besi tidak diserap ke dalam darah.
Kalau nak ambil pun kena 2 jam sebelum / selepas mengambilan makanan utama.
Jika kita selang minum dengan bahan2 diatas.
Apa yang kita makan hanya jadi Nxxxx (Kata nurse la)

Huuu.. Pada bulan tersebut memang da jd habit..
Breakfast ngan Nescafe..
Pas lunch Nescafe lagi..
Heeeee..
So lepas tu muhasabah diri.
Tunggu 2 jam dulu.
nak tinggal terus kena slow2.
So far record tebaik hari ni la.. minum bila da petang bila da xtahan sangat da.

Masa pregnant kan Kaseh ku mmg tak minum langsung nescafe.
Heeee.. Bila da no 2 ni tak berapa nak jaga2.
Sori sayang.

Apa2 pun setiap pregnancy ada ceritanya sendiri.
Yang ni lagi la.. 2 pengalaman yang berbeza.
Cerita N3 lain kot sbb da panjang sgt da.

Take care mama..



Tuesday, January 24, 2012

Home Organizing - Kitchen

Bila da memindah randahkan 1 space,
space lain pasti akan terjejas.
So bgi project workspace mama, dapur la yang terjejas.
Dapur ku kira luas jugak la, so bila letak meja makan kat dapur,
ruang kerja ku xder la terbatas sangat.

Ku tak mengidam dapur yang luas terbentang macam padang bola.
Sumber Google

Cukup la sekadar ada built in cabinet yang lengkap dan tersusun dan
setakat gerak maksimum 5 langkah da dapat capai barang yang kita nak.
Sumber Google
** Suke rak pinggan tepi singki yang terletak kt dinding tu**


Ku paling suka dapur rumah sewa ku dulu masa kat Puchong.
Memang sempit.
Kalau buat keje 3 orang da cukup untuk tersimpul kaki masing2.
Ada cabinet, table top warna light orange, dinding color stricking Orange.
Dan menurut tuan rumah, untuk buat itu aje dia habis almost 10K
(termasuk buat dinding konkrit nak cover ruang dapur dan pintu masuk)

Huuu.. so dapur idaman ku pun begitu jugak.
Tapi tu la budget besarrrr ooooo...
So ku simpan dulu impian ku dalam hati dan dalam blog ni.
Kalau selalu ingat mesti jadi kenyataan.

Okkkkkk... back to Realiti.
Sebenarnya dengan memindahkan meja makan ke dapur xder la terjejas mana.
Tapi demi misi organizing ini, ku memerlukan 1 ruang kerja / work kaunter yang selesa.
Maksud selesa adalah tiap kali nak buat keje ku tak payah nak alihkan itu ini.
Dan semestinya selamat.
Anak dara ku yang da makin tinggi tu da boleh mencapai barang kat atas cabinet dapur.
Salah 1 tempat yang bahaya kat ruamh adalah dapur.

So ku kena improvekan ruang buat susu untuk Kaseh.
Sebelum ini adalah ...

Botol susu, termos, dan bekas susu ku susun kat atas almari yang berwarna coklat tu.
Tapi Kaseh ku yang bijak pandai tu da dapat capai barang kat situ.
Selain itu kadang bila ku masak periuk juga ku letak bersebelah.
kadang2 jugak bila ku nak guna oven ku kena alihkan barang kat situ dulu.

Sooo... Ajak papa g giant..
Maka ruang itu menjadi begini..

Ku sukeeeee...
Ruang kerja ku menjadi luas..
Kaseh mesti tak boleh capai lagi.

Walaupun tak cantik.. tapi organise dan keselamatan diutamakan.
Ku suke buat kerja di dapur ku ini.

Info Dapur :
1. Memang susun atur dapur ku sangat minimum.
Rak pinggan kecil dan peralatan dapur pun skit je sbb prinsipku lagi banyak barang lagi banyak keje.

2. Kaunter untuk persediaan memasak papa buat sendiri, masa Kaseh nak lahir dulu.
Nak tempah table top mahal oo.. so papa DIY je.
Bancuh simen, tampal tiles,
siap senget benget lagi sebab salah ukur tiles.
Kenangan tu.. sebab nak sambut anak lahir punyer pasal.
Nak dijadikan tempat mandikan baby, klu pakai singki je mesti tak kukuhkan.
Dan ruang tu memang sangat berguna dan sentimental.
Nak tengok?
Haaa.. malu laaa sebab biasa2 je tapi bangga dengan kegigihan papa melayan orang rumah dia ni.
Nanti kalu ada N3 yang berkaitan ku tempek la gambar ruang peberet mama tu.

Home Organizing - Mama Work Space 2

Sempena CNY, coti 4 hari, tiada plan kemana-mana, tiada undangan.
Fuhhhh.. Rahmat Allah.
Kehidupan Impian Ku.. Dok kat rumah dengan anak dan suami.
Heeee.. rehat yang secukupnya..
**Rehat bagiku bukan dok diam2 tapi dok dirumah sambil buat kerja rumah dan keluar bila da boring. Bukan keluar dulu lepas tu baru balik buat kerja rumah. Ouhhh.. itu coti yang tdak bermakna bagiku**

Ok. Let's fokus to the topic.
Seperti yang diterangkan di N3 sebelum ini.
Ku merancang satu work space / activiti space / multipurpose space untuk mama.
Mula2 nak buat kat sini.


Dimana agak tersorok dari pintu masuk.
So kalau sepah pun tak per.
Tapi banyak kekurangan diruang itu antaranya,
plug xder so nak kena cross ikut tengah rumah kalau nak guna ruang itu untu cas laptop.
lagi pun sistem pengudaraan tak bagus dan panas skit la.
Kalau banyak sangat kekurangan dan kena adjust itu ini nanti tak guna lak ruang itu.

Lagi pun kalu objectifnya nak sorokkan ruang bersepah maka objective Organizing tidak dapat dicapai.

Ciri-ciri organizing adalah,
Kena establishkan ruang itu supaya sentiasa kemas dan tersusun dengan aktiviti harian kita.
**Objectif tafsiran ku sendiri**

So ruang lain telah dipilih.

Ruang ni bertentangan dengan tangga.
Asalnya meja makan tu kat dapur tapi masa buat open house hari tu terus je letak situ.
Maka meja makan itu menjadi ruang serbaguna jugak la..
Meja makan, meja laptop, meja landing barang bila balik kerja dan kadang2 meja menjait.
**Gambar ni disnap setelah kerja2 memindah dimulakan so agak bersepah la. Dan tali yang terjuntai itu digunakan untuk mengikat tali almari dimana Kaseh suka buka dan hempas**

Dan setelah dipindahkan ruang ini jadi begini..
Rak buku dipindahkan ke situ.
Almari display tadi pindah ke tempat rak buku dimana sebelum ni bertentangan dengan pintu masuk.
Meja study diletakkan di situ dimana bersebelahan dengan plug.
Nasibaik rak buku matching color dengan meja unless for the kerusi la.
Kerusi meja makan digunakan..heeee
**Kata objektif menggunakan barang yang ada**

Bab lokasi dan kepraktikalan memang sangat berpuas hati.
Da 2 hari guna area ni.. Ku tak payah angkut2 laptop untuk cas.
Kadang2 dok cari maner aku selit laptop aku ni.
Heeee... Memang tak organise langsung.

Tapi bab organize rak buku itu sendiri masih blom berpuas hati. Antaranya :

1. Rak ni jadi landing space papa.
Maksud landing space ni, bila masuk je rumah where you drop all your stuff.
Macam wallet, pen, bag dan semua2 la.
Suami ku ini quite cerewet skit bab usik2 barang2 dia sbb dia jarang ubah2 tempat dia letak barang.
Ku pernah mencadangkan tempat lain tapi dia letak situ jugak..
So aku kena pikir method supaya walaupun dilambakkan 1 tempat tapi still nampak kemas.
Yang advantagenya suami ku ini tak letak banyak tempat seprti aku. Heeee.
Ni will be mini project for organizing.

2. Document Arrangement
Nampak tak file yang macam opis lawyer tu?
Tu pun da kira better sebab ku da tukar file guna file yang seragam.
So xder la caca merba sangat.
Tapi sebagai ruang yang boleh dilihat oleh orang dengan jelasnya,
agak kurang senang la bila orang nampak nampak mane kita letak document rumah, insuran dan sebagainya.
So my next mini project adalah sistem filling yang menarik dan tak terdedah sangat.

3. Arrangement Barang Kaseh
So far toys Kaseh ku masukkan dalam kotak.
Kalau tak selagi ada tersusun elok selagi tu la dia keluarkan.
Tapi plan nak buat ruang ni sebgai ruang aktiviti Kaseh jugak.
Nak belikan meja kanak2 dan play mat.
sok da ada baby mesti baby nak berguling2kan.
So ni pun masuk dalam list project jugak la.
Tpi ni kira project besar so lambat skit la.

So far ni la progress Work Space mama.
So next step is settlekan mini project dan make sure ruang ini kekal kemas dan berguna.
Suke tengok gambar2 dan idea2 di tempat orang.


Ada sesiapa yang nak update bagaimana anda mengorganizekan rumah anda?
Tolong la update dan beri idea.
Saya yang serba kekurangan ini amat memerlukan bimbingan anda.

Monday, January 23, 2012

Nak Ini..

Antara dilema Mama..
Pemilihan storage untuk menjadi ibu beranak 2 nanti.
Ingat nak storage begini sahaja.
Yang boleh didapati dengan harga RM 30 - 60.
Tapi nak cari yang ada ciri2 anak-anak la.
Tapi dalam coti ni ku melaksanakan project Organising ku ini
**Nanti ku upadate**
Ku rasa cam Ermmmm tak sesuai.
Sebab nanti banyak sangat movement.
Salah satu ciri organising yang bagus adalah..
Untuk 1 task kita tidak perlu banyak bergerak sebab sume sudah lengkap tersusun di satu tempat.

So storage yang paling sesuai yang ku idamkan adalah..

Ciri-ciri yang terdapat di almari ini adalah :
1. Ada space untuk ku parking bag nursery.
2. Bleh susun pampers dalam salah 1 drawer.
3. Bleh muat baju Kaseh skli.

Sekarang punyer kaedah storage mempunyai ciri2 diatas tapi untuk anak sorang boleh la.
Anak 2 cmaner ku nak susun bakul banyak2.

**Ilham dari N3 Imaan09 yang mendapat kebanyakkan barang dapat di Mudah.my so ku pun mencoba nasib. Masih menunggu orang diatas memberi jawapan. Sms dulu sebab sbb da tengah malam. Pagi sok call. Harap Ada rezeki. Ada sesapa nak let go disini?** Hehehe




Sunday, January 22, 2012

Persiapan Berpantang Sendiri

Masa berpantang yang lepas,
pengalaman berpantangku 2 minggu kat rumah sendiri tapi mak ku datang la jaga.
pastu 2 minggu dirumah mertua ku.

Tapi untuk kali ini ku nekad nak berpantang dirumah.
Mak ku katanya nak datang.
Tapi ku taknak la menyusahkkan bonda ku itu menguruskan aku.
Kalau bonda datang mesti da tak sesenang dulu sebab dia nak kena jaga Kaseh lagi.
Seronok la Kaseh nenek dok lama kat sini.
Sekarang ni pun nenek sekali sebulan mesti datang sebab rindu cucu.
Kalau dulu skit punyer susah.

Kalau bonda tak datang memang Kaseh kena g skool la.

Nak amik Confinment Nanny?
Bestnya kalau dapat.
Tapi mahal oooooo.

So ku just membayangkan ku berpantang sendiri je la.
So antara persiapan :

1. Home Organising.
Sebab tu la beriaya sangat ku dok buat perubahan kat rumah ni.
Susun atur sume perabot.
Basuh semua baju baby awal2.
Plan nak susun baju baby macamana.
Supaya bila baby keluar esok, ku tak perlu susah2 nak cari itu ini.
Semuanya diletakkan ditempat yang senang ambil dan tak tercari2.

So dok pikir 1 method yang bila dalam pantang ku bleh letak 1 tempat je termasuk kelengkapan baby dan kelengkapan ibu mengandung juga.

2. Mengurut dan Pengurusan Bayi.
Sebelum ni tukang urut datang rumah tapi kena g jemput la.
5 hari berturut2 nasibaik papa coti lama.
Tapi kali ni ku mmg cari orang yang boleh datang rumah sendiri dan yang bleh bertungku and mandikan baby sekali.
Da jumpa da la.
Dia amik Rm 50 sehari.
Kira murah la.
Tapi masak2 dia tak buat la.

3. Set Berpantang
Ni bab nak mandi herba la, nak mandi air suam la, nak bengkung la,
dan sume2 la nak kena cari yang paling senang dan ringkas.
Tu yang dilema samapi sekarang tu.
Yang ada pun mahal.

4. Senarai keperluan.
Ada 2 jenis senarai.

Senarai Awal
Maksudnya senarai barang yang ku pikir ku akan guna dalam pantang dan boleh beli sekarang.
Contohnya besen ke, kerusi plastik ke, tungku, bengkung, periuk besar dan apa2 la yang akan digunakan

Senarai Semasa
Ni macam barang mentah yang tak boleh disimpan.
Macam senarai keperluan lauk pauk dalam pantang ke.
Sebab tu da listkan juga senarai resepi dalam pantang,
so seminggu skli ke papa leh g pasar beli barang2 tu.
Contohnya halia bara ke, lada itam ke, ikan haruan ke.

Selain dari yang berkaitan dengan masakan,
barang2 keperluan dalam pantang seperti daun sireh, daun mengkudu, daun jambu dll juga disenaraikan siap2 supaya papa tau apa yang mama nak pakai nanti.

So far ni la persiapan ku untuk berpantang sendiri.

Kenapa Nak Berpantang Sendiri?
Memang xdernya ku nak balik kampung semasa berpantang.
Tak tahan oooo tak jumpa En Suami.
Dia la peneman tempat kongsi susah senang sedih gembira.
Tanpa dia ku rasa macam dok dalam penjara.
Setiap hari walaupun takder citer ku akan cari jugak citer nak borak ngan En Suami.
Kalau dia takder ku rasa daya kreativitiku untuk bercerita terbantut.
En Suami, kau la segalanya.
Cehhhh.. **Da masuk citer lain lak**

Selain itu ku tak nak menyusahkan orang.
Selain itu ku nak tunggang langgang macamnapun kat rumah sendiri tak per.
Xder perasaan segan ke apa ke.
Ku nak layan ragam baby baru ku ini tanpa mengganggu orang lain.

Ku tanya seorang bapa kepada 6 orang anak.
Dia uruskan semuanya sendiri semasa isteri dalam pantang.
So tak mustahil la ku boleh buat.

So tema berpantang ku kali ini adalah,

Hanya Aku dan Dunia Ku

hahahahahah.. Apa daaa...







Kerisauan Dalam Pantang

Selain dari debaran menyambut baby baru,
adalah beberapa kerisauan yang berputar2 kat dalam kepala ni.

1. Jaundis.
Kaseh dulu prolong jaundis.
Kena selalu g klinik untuk amik darah.
So bila da jaundis ni banyak benda yang kita kena pikir ambil kira.
Pemakanan ibu (Sbb BF)
Nak menghadapi petua2 cam kena jemur la, mandi air bunga cina la,
tapi ku da xnak berkompromi bila bab disuruh kasi minum itu ini.

2. Sembelit
Ku memang ada masalah sembelit yang teruk masa pantang dulu.
Tu yang search set pantang yang boleh menyelesaikan masalah ni.
Selain itu ada jgak yang ckp makan prune.
Ok. yang ni boleh dipertimbangkan.

3. Rengat
Dulu dalam 3-4 minggu selepas bersalin,
ku selalu rasa sakit pinggang atau sakit cam kontraktion nak bersalin tu.
Terutama masa dekat maghrib.
Mula-mula ingat sebab sembelit, pastu ingat sebab tak bengkung betul2,
pastu ingat berdiri lama dalam toilet sebab basuh baju Kaseh
(Basuh pakai tangan masa kat rumah mertua)

Pastu ku terbaca pasal rengat.
Simptom2nya sama la yang macam aku rasa tu.
Huuuu.. Diharap ini takkan berulang.

4. Jagaan
Huuu.. yang ni memang nekad nak pantang sendiri kat rumah.
Sebab ku ada tanya2 orang, dorang berpantang sendiri je selepas anak pertama sebab da biasa.
Nanti ku buat N3 lain pasal ni.

5. Baby Meragam
Yang ni boleh dikatakan 'biasa la tu'
Masa Kaseh dulu, di awal2 kelahiran tak jadi issue sebab jaundis akak menyebabkan baby tido je.
Tapi bila da lama2 dia da mula meragam time malam.
Then pas 2 minggu ku berpantang kat rumah mertua ku Kaseh start meragam siang.
Boleh jadi macam2 sebab, kembung ke, baby tak dapat menyusu dengan betul ke, baby tak selesa atau sebab memang dia nak meragam.
Tapi walau apa pun sebabnya ku kalau boleh taknak tangisan tu mengganggu orang sekeliling aku.
Biar lah aku ngan En Suami je yang menghadapinya.
Tu salah 1 faktor ku nak berpantang sendiri kat rumah.
Biar la ku tunggang langgang kelam kabut menenangkan anak ku tapi tidak sampai mengganggu orang lain.

6. Kaseh
Penerimaan Kaseh macamana la agaknya.
So far ku mmg da bgtau dia yang dia akan jadi kakak dan dalam perut mama ada baby nak keluar nanti.
Tapi actualnya tak tau la.
Y ku perasan dia suka main ngan 'baby' dia pakaikan bedak, pampers la.
Nanti ngan baby betul esok berebut ngan dia ke xtau la.

So far ni je la yang buat ku tertanya2 apa yang bakal terjadi.
Walau apa pun aku akan hadapinya dengan tabah demi anak-anak tercinta.




Saturday, January 21, 2012

Koleksi Buku dan Majalah

Salah 1 project semasa coti panjang yang indah ini adalah..
Menyediakan work station mama.
Merupakan antara salah 1 project Home Organizing.

So sebagai langkah pertama, ku alihkan dulu buku-buku kat rak supaya senang skit nak dipindahkan ke lokasi baru.

Then ku perasan yang banyak jugak koleksi buku ku.
So saje la nak share dengan pembaca blog berpenyakit ni.

Di kategorikan kepada beberapa bahagian :

PARENTING

Sebagai ibu baru banyak la yang nak kena belajar.
Dan sebagai ibu zaman moden kita tak bleh hanya bergantung kepada praktis orang di sekeliling kita.
Dan juga sebagai ibu yang menjaga anaknya sendiri tanpa bantuan dari maid / parents,
Dan juga sebagai ibu yang inginkan yang terbaik untuk anak2..
Ku perlu buat rujukan samada di website parenting / melalui buku.

So antara koleksi yang berkaitan adalah :


Ada buku resepi kanak-kanak.
Ada buku tips penjagaan ibu dan bayi.
Ada buku mengenai Susu Ibu dan Code of Ethic.

Paling suke buku Mama..Saya Lapar..
Sangat santai dan realistic.

Buku Berpantang Secara Alami tu terbaru la.
Cadangnya nak ikut panduan dalam tu la bila pantang nanti.
Diharap berjaya.

SELF DEVELOPMENT

Sebagai ibu berkerjaya dan menyimpan impian untuk menjadi yang terbaik di tempat kerja dan di rumah.
Ku memang memerlukan panduan supaya perjalanan / rutin harian ku berjalan lancar.
So antara buku berkaitan adalah :



Buku KEMANA WANG ANDA? tu beli kat pasar malam je.
Tapi sangat best dalam panduan menguruskan kewangan kita.

Membina Sahsiah dan Keperibadian Peribadi -
Hadiah dari papa sempena anniversary yang ke-2

This is your life not the dress rehearsal
Buku motivasi pertama yang aku beli dalam bahasa Inggeris.
Beli masa zaman belajar dulu.
Sangat best.. menceritakan macamana kita nak bangkit dari kegagalan macamana kita nk mencapai impian walaupun kita pernah berada ditempat yang paling corot dalam dunia.
Bestttt..

I Love You Too..
Beli kat pasar malam.
Panduan suami isteri.
Sangat santai dan realistic.
Cerita mengenai hubungan suami isteri dari pandangan orang lain.
Jika kita adalah isteri - buku ni menceritakan mengenai apa yang kt patut paham dari pandangan suami.
Dan begitu juga sebalikknya.
dan contoh yang digunakan mmg kebanyakkan adalah perkara yang biasa berlaku dalam rumahtangga.
So kadang2 tersenyum sendiri sebab rasa cam " Buku ni perli aku je"

BIOGRAFI

Sangat sayangkan buku
Biografi Muhamad bin Abdullah
Menceritakan asal usul Nabi Muhamad dan asal usul sesuatu perkara yang kita hanya biasa dengar jalan cerita sahaja tapi sebab2nya tidak ditonjolkan.
Suke sangat sebab jalan penceritaannya lain.
Juga fokus terhadap kebijaksaan Nabi Muhamad dalam mengatur strategi perang.

ONLINE BUSINESS


Banyak panduan dan step by step yang kita boleh gunakan jika kita ingin mulakan online business.
Juga ada panduan mengenai pengurusan isteri / ibu yang ingin menjalankan online business dari rumah.

HEALTH

Heeee.. Buku gedik2 bila datang semangat berkobar-kobar untuk menjalani cara hidup sihat.

MEGAZINE

Jenis magazine yang ku beli ikut musim dan zaman.
Contoh.
Masa mula2 pindah rumah dulu dan penyakit nak buat lanskap laman dan tanam pokok bunga tengah merebak,
ku suke beli majalah LAMAN.

Masa zaman dok umah bujang dulu, suke beli majalah RAPI, Anjung Seri and Impiana.

Bila da jadi mak ni majalah PAMA la pulak..


Ni koleksi majalah PAMA dalam 2 tahun ni la.
Majalah lain da masuk kotak.
Heee.. dikatakan tidak releven sbb skrg mmg banyak fokus pada anak.
Hal lain sorok masuk kotak.


Kesimpulannya :
Ku lebih suke buku berbentuk panduan.
Bukan la nak kata ku ulat buku tapi ku jenis kalau nak tau kena tanya, baca dan dengar.
Al-maklum la membina hidup sendiri ni kena ada panduan sebab kita tak tau apa yang betul dan apa yang salah.
Tapi zaman sekarang ni internet ada.
just taip apa yang kita nak tau, nanti kuar la ia.
Heee..

Jadikan membaca budaya kita.

Friday, January 20, 2012

Tiada Kawan

Baru lega dari kebedebaran yang boleh membuatkan demam.
Semalam dapat PM dari Umialya bagitau yang rumah keciq kasehku-hidupku ni xbleh bukak
sbb ada virus dari antara link yang ku buat.
Masalahnya ku still bleh update cam biasa dan pelawat pun cam biasa gak.
Tu yang tak perasan.

Bila guna PC kat opis pun still bleh bukak.
Suruh Imaan09 bukak pun xder problem katanya.
Bukak blog siocakecil, dia ada komen kt entry yang ku komen bgtau yang dia xleh masuk blog ku.
Last sms adik ipar tanya ada bukak blog ni ke tak.
Dia kata tak boleh bukak sampai dia ingat ku block dia dari bukak blog serba kekurangan ku ini.
Dari opis mmg serba tak kena.
Rasa cam nak amik halfday sbb nk setelkan problem ni.

Balik tu amik Kaseh, terus mengadap PC.
Idea aku hanya check N3 lama2 dan delete link yang dikatakan bermasalah tu.
Baca PM Kak Tini dia cadangkan Unfollow je blog SxxxSxxxx tu.
Ku cari la blog tu kat list blog y ku follow tapi xder.
**Malam sebelum tu ku delete y link ke kat tepi tu je tp still tak berjaya**
So ku amik keputusan untuk Unfollow semua blog. **89 je**
Tercongok la depan PC sambil coba juga check N3 lama.

Da terpikir da nak kena buat blog baru ke.
Bleh ke save je sume N3 lama tu.
**Harta tu sok nak kasi kat anak-anak**

Ku terjelingkan Kaseh, dia minum susu sambil golek2 dari tengah hall sampai ke depan TV.
Main sorang2.
Sian dia.
Mungkin dia paham perasaan mama dia yang tak keruan tu.
Setelah segala ikhtiar yang terbaik da dibuat dan jalan da buntu.
Even aku tak belh check pun masalah selesai ke tak.
Ku amik keputusan nak stop. Dekat kol 7 blom masak lagi.
Baru nak masuk dapur.
Kaseh tarik tangan,

Kaseh : Nak ulish (Nak tulis)

Dari tadi dia tak kacau, bila aku bangun nak masak dia plak da minta perhatian.
Ku amik pen n kertas.

Mama : Kaseh tulis mama nak masak.
Kaseh : Uduk Ini (Duduk sini) sambil tepuk2 lantai sebelah dia.

Nak dibiar tak sampai hati sbb dr tadi ku tak layan dia dan dia pun tak kacau aku.
layan dia tulis2 baca2 kejap..

Mama : Kaseh, mama nak masak ye, kejap lagi papa balik nak makan nasi.
Kaseh : Unggu..Unggu (Tunggu..Tunggu) sambil angkat tangan.

Ku layan lagi.
2-3 kali gak minta diri tapi ayat dia still sama.
Tapi bila da lambat sangat..

Mama : Jom Kaseh kita masak jom.

Ku terus bangun.. dan Kaseh pun ikut je.

Bakar ikan cencaru je ngan goreng kacang buncis.
Da siap masak, sebelum naik mandi, coba nasib bukak pesbuk.
Alhamdulillah.. Kak Tini kata da ok.
Wahhhhh... lega rasa.

Tapi ku perasan, ku da xder kawan.
Waaaaaa... da tak dpat tengok update kawan2.
tapi takper la..janji masalah selesai.

Terima kasih kak Tini kerana bagi idea.
Terima kasih Kaseh sebab faham perasaan mama.
Mintak maaf papa, hari ni papa makan lewat kol 9.oo mlm.
Biasa kol 8 da selesai urusan perut.

Ada sesapa yang tahu macamana nak prevent masalah ni?

Thursday, January 19, 2012

Set Bersalin

Antara persiapan yang agak mendilemakan saat ini adalah pemilihan set bersalin.
Dilema sekarang antara

Set Bersalin Amway


Dan Set Bersalin NR


Ku listkan perbandingan antara 2 product ni.

HARGA
Amway : RM 293
NR : RM 300


KANDUNGAN
Amway
1. Herba Pembersih Wanita
2. Herba Mandian
3. Campuran Peramping perut
4. Minyak Urut Herba
5. Campuran Penghangat Badan
6. Pilis
7. Minyak Bayi
8. Teh Herba
9. Pil (2 Jenis)
10. Bengkung.

Komen:
Semua sudah dipaket 2o. So semuanya hanya untuk 20 hari sahaja ke?
Pil Amway boleh dimakan ke even anak ada jaundis?
Ada bengkung bengkung skali.

NR
1. Phytonatal - Pil
2. Uncang Cuci
3. Akar Herbanika
4. Herbanika Barut
5. Krim Barut
6. Herbanika Lulur

Komen:
Semestinya mahal dan 10 paket sahaja.
Takda Bengkung.
Even kalau pilih nak minyak herbanika, pil dan krim barut sahaja harganya dah RM250.
Nak kena beli lagi barut RM 50 so total RM 300 jugak.
Xder pilis.
Tapi pil sangat sesuai untuk orang yang sembelit dan even anak jaundis pun still bleh makan lagi.
Reviewnya mmg superb tapi harganya pun superb jugak la.

Objective :
Set yang praktikal.
Boleh diambil walaupun baby jaundis.
Penggunaan dalam masa yang panjang.
Berkesan mencegah sembelit (masalah utama ku masa 1st baby dulu)
Harga yang berbaloi.


Action Plan :
Check Review untuk AMWAY

Home Organizing - Mama Work Space

Tak boleh tido dibuatnya.
Diharap semangat berkobar-kobar ini berterusan dan project ini menjadi.
Tetapi diingatkan sekali lagi.
Objective / Moto bagi Home Organising Mama Lynd ni adalah :
Menggunakan perabot / bahan yang ada semaksimum mungkin tanpa melibatkan kos yang besar.
Heeee...

Memang kalau diiikutkan kena buat 1-1
Tapi disebabkan semangat membuak2 dan hormon yang tunggang langgang,
ku dok consider mengenai ruang kerja mama.

Coba tengok gambar diatas.

First is mengenai Lokasi :
Hanya diruang tamu dengan meja yang kecil.
Sebelum ni bila terpikir work station mestilah ada rak buku, kerusi cam kerusi ofis dan lokasi mesti lah di 1 bilik khas.
Tapi base on kata penulis blog ni dia letak kat ruang tamu sebab bila anak2 dia tengok TV ke dia still bleh join walaupun dia mengadap lappy.

Dan setelah dikenalpasti kedudukan dan ruang rumah ku,
Ruang kecil sebelah tangga adalah paling sesuai.
Still bleh tengok TV dan tidak terlalu expose ke ruang tamu.
Tapi masalahnya tempat tu tak panas situ la sbb xder excess kipas.

Meja pulak akan gunakan meje study papa yang sedia ada kat atas dan dibawa turun.
**Tapi blom dapat approval Papa**

Kedua adalah filling sistem.
Perasan tak gambar tu xder susunan file dan rak file?
Jumpa tak kotak putih bawah meje tu?
Itu adalah sistem filing penulis yang disusun begini.

Ku tak suke macam ni sebab cam susah nak cari.
Ku prefer masukkan dalam file.
Tapi idea meletakkan dalam kotak sebegitu boleh diambil kira supaya nanti tak nampak la
file yang ala2 pejabat lawyer bersusun dekat rak buku.

File da ada dan tersusun, tapi kotak belom ada.
Kriteria yang diperlukan adalah nampak cantik apabila diletakkan di kawasan awam.
Heee..

Conclusion :
1. Discuss ngan papa
2. Cari storage


Home Organizing - Look For Idea

Huis.. Serius.. Sindrom ni masih merebak lagi dalam diri.
Tapi as i mention before, it's more to mode cari idea.

Balik dari keje tadi teba2 je steriing kete terkona ke simpang Tesco.
Heeee..
Nak g MR DIY.
Kat sana dikatakan banyak barang storage yang menarik.
Memang pun.
Best jugak la kat situ, banyak barang.
Tapi dalam mode cari idea ku tak tergopoh gapah membeli.
Just tengok.. balik rumah cuba fikir kesesuaian.
**Ni mmg habit membeli aku, tengok - balik pikir - decide**
Sebabnya da beberapa kali ku rasa menyesal ngan apa yang aku beli bila aku balik.
So prinsip membeli aku, kalau balik rumah still teringatkan benda tu,
baru la ku g beli.

Tapi tersambar jugak la stationary organiser untuk meje kat opis.
Mmg dok cari pun ni.

So balik rumah.
Dok pikir apa barang ya aku belhe beli dan nak letak kat mana.
So still cari idea mode...

Tuesday, January 17, 2012

Home Organizing - Plan

Haaa.. sudah..
Addicted to the Home Organising la pulak..
Faktor2 keterjebakkan telah diterangkan sedikit sebanyak di N3 ini.

Punyer la terpengaruh..
Sampai hari ni masa training pun dok merancang apa nak buat, camner nak susun.
Sooooo... Balik je rumah hari ni,
memandangkan selasa memang ku tak masak.
**Ada pasar malam dekat ngan rumah so selasa memang hari aku cari bekalan makanan
untuk 1 minggu.**

Terus ku mulakan dengan rak buku kat hall.
So untuk stage no 1 ni ku nak kumpul dulu semua perkara mengikut kategori.
So mulakan dengan filling dulu.
Asingkan filing rumah, kereta, insuran dan surat2 official peribadi.
Memang da ada filling da juat update2 skit je.

Filling rumah papa yang simpan tapi bab payment untuk cukai taksiran, bil indah water dan penyata bank, mama yang buat.
So this time mama kompomkan mana yang da bayar dan update.

Blom susun lagi. Just asingkan mengikut katagori.
Takder la banyak sangat.

Pas g pasar, mandi, solat dan makan nasi ambeng ber-3 beranak.
Mama mulakan dengan bilik persiapan kami.
**Papa setelkan bahgian siang ikan, mama tinggal susun masuk dalam tupperware dan masukkan dalam fridge. Terima kasih papa. I love you so much sayang**

Dimulakan dengan ruang kotak2 and bag2 sepah.
Means kalau ada barang tak pakai je masukkan dalam kotak / bag.

Sume dikelurakan dan diasingkan ikut ketegori.

Antaranya kategori barang yang akan digunakan kembali 1 hari nanti, barang yang perlu dipulangkan kepada orang lain, barang yang masih boleh digunakan tapi da xnak guna (dermakan je) dan kategori yang paling besar adalah BUANG.

Pastu aktiviti dimerebakkan ke atas2 almari.
Setelah selesai dalam bilik, aktiviti diteruskan ke almari TV dan almari display diruang tamu.
Setelah diasingkkan semuanya..
Duduk dan ambil kotak kategori barang akan digunakan.
Asing pulak mengikut kategori alat tulis, peralatan komputer dan telifon, barang kenangan dan stok toiletries.
Masukkan dalam kotak2 kecik / paper bag yang muat2.
So yang ni hanya dikategorikan sahaja tp tak disusun mengikut kategori yang lebih kecil dan mengambil kira senang ambil apabila diperlukan.
Labelkan.
Mengagumkan banyak ruang yang kosong.

Ku buat sampai kol 11 malam td.
kaseh tolong bab punggah barang kuarkan dari kotak je.
Bab ni mama kena buat keje 2 - 3 kali sbb mama masukkan Kaseh kuarkan balik..
Sabar aje la.

So sekrang ni dok mengadap PC dan search mengenai arrangement dan storage yang sesuai.
So cari idea, bila da dapat tinggal susun balik je la kotak2 yang telah dikategorikan tadi.

Ko dok membelek disini.
Seronok baca2 idea2 dia.
Dan gambar2 yang menarik.
Nak kata mahal tak la tapi just idea tu membuatkan sume nampak organize.




Membelek2 jugak IKEA.
Just cari idea tapi xder la sampai nak beli barang IKEA.
Mahal beb dan jauh nak g Damansara sebab nak beli itu aje.
**Ku memang spesis malas nak g jauh2 smata2 nak cari 1 barang**
Just cari idea, than cari je kat kedai2 serbanika kat sekitar sini.
Paling jauh pun g Tesco / Jusco.

Tapi as per objective,
Keutamaan diberikan kepada menggunakan ruang sedia ada di rumah.
Soooo.. Next part of organising project ni is "Cari Idea"

**Nak snap gambar before and after tapi bateri camera flat and cable HP pulak tinggal kat opis**

Akhirnya Remove

Berat hati..
Selain kekangan mood..

Hati ini merasa berat untuk REMOVE icon Lilypie yang ini.

Hanya yang terbaik Untuk Kaseh..
Lilypie ni sepatutnya mama remove 4-5 bulan yang lepas.
**tak berapa ingat waktu yang tepat sbb kisah wean off rasa cm taknak disebut**

Tapi malam ni baru mama berjaya menguatkan hati dan minda.
Ni pun da puas mama tenung gambar ni.
Rasa berat hati nak remove tapi sememangnya tak layak da nak tempek kat blog ni.

Dan mama gantikan dengan ini.
Kaseh,
Mama sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mama.
Hanya gambar yang ditukar tapi kasih sayang, cinta dan rindu mama tak pernah berubah.
Kaseh tetap Kaseh yang sama dari saat Kaseh berada didalam rahim mama,
sampai lah ke saat ini.
Tiada galang ganti.
Tiada tukaran yang senilai dengan Kaseh Melissa Lyana..

Hak breastfeeding Kaseh mungkin setakat ini.
Tapi percaya lah sayang dan mama yakin Kaseh akan mengerti 1 masa nanti.

Home Organizing

Perkara yang berputar-putar dan berlegar2 dalam kepala mama 2-3 menjak ni.
**Actually selepas anak nak masuk 2 ni**
Dok pikir camner nak susun baju anak-anak.
So far baju Kaseh ku susun dalam bakul camni.

Sebabnya ku senang nak pilih n ambil.
Da siap lipat mengikut pasangan seluar dengan baju.
So kalau nak kemas masuk beg nursery pagi2 senang.
Tak payah pikir2 n cari2.
Cukup menyampah kalau baju tak dilipat.
Ku mudah pening bila tak jumpa pasangan.
Bju Kaseh pun tak banyak. Tapi Kalau tak basuh seminggu still cukup.

Dan almari setinggi 1.5 meter ni lak untuk letak baju gaun atau baju Kaseh yang jarang dipakai.
Sini pun tak banyak sebab kalau banyak sangat bju yang di hanger memang tak pakai la.
So bagi mengelakkan issue baju termiss pakai samapi tak muat memang ku lipat je.
Baju budak2 ni mmg tak leh ada istilah "sayang nak pakai'
Sebab nanti tak terpakai la.

Sooooooo..
Bila anak 2 sok cmner?
Bakul hijau tu akan jadi 4 kah?

Ouhhh.. Mana nak susun?
Terpikir nak tambah drawer camni..
Ada nampak kat Giant yang colorfull and sesuai dengan tema kanak2.
Lagi pun senang nak angkat.
Even dalam pantang sok pun letak je tepi tilam mama pun kira Ok lg.
Da masuk dalam Baby Preparation List pun.

Tapi setelah dimuhasahab diri dan diberi taufik dan hidayah dari Allah.
Ku terpikir.......
Tambah anak kena tambah barang ke?
Menggunakan kaeda Lean Manufacturing (Huis dasat tol)
Ku coba evaluate barang2 / perabot sedia ada dirumah ku ini,
didapati bahawa penggunaan ruang adalah tidak optimum.

Sebagai contoh..
drawer gambar diatas itu menempatkan 2 Drawer - baju basahan mama kat rumah,
1 Drawer - Stokin mama dan papa
1 Drawer - Barang2 kecil mama.
1 lagi Drawer mcam2 ada seperti bil2, cable dan lain2.
Kiranta 1 drawer dibazirkan sebagai drawer sepah.

Manakala Almari ini..
Menempatkan baju2 mama n papa yang dihanger.
1 Drawer - Baju / Suar papa yang dilipat.
1 Drawer - Juga menempatkan macam2 barang yang disorok / disepahkan.
Maksudnya 1 lagi ruang dibazirkan.

Di samping storage diatas, kami ada rak yang biasanya buat letak buku.
Ala y kita beli kat Tesco pastu balik assemble sndiri tu.
Ada 2 so, 3 x 2 = 6 Drawer.
Yang ni digunakan sepenuhnya untuk baju mama n papa yang dilipat.
**Tapi bila ditoleh2 macam still ada ruang nak improve**

Dan perasan tak semua storage diatas adalah macam untuk rumah orang bujang.
Memang punn..!!!!
Sume tu ku guna masa bujang.
Sume benda tu terletak dibilik bawah.
Sebab ktrg malas nak naik mandi n bersiap kat atas.
So sume aktiviti bersiap kami dibawah.
Sebabitu lah almari besar yang kat atas hanya menempatkan baju yang jarang / tak muat lagi pakai.
Dimana almari tu hanya 50% penuh.
Maksudnya still ada space digunakan.

Soal ruang meletakkan perabot tak timbul sebab rumah ni besar la jugak.
Still ada ruang nk letak barang.
Soalnya sekarang, apa yang ada pun tak fully used,
nak tambah barang untuk apa.
So ku decide this weekend which is coti panjang, aktiviti menyelongkar dan menyusun kembali
rumah ini akan diadakan.

Memandangkan salah satu azam 2012 mama n papa adalah,
untuk tidur ditempat yang betul..
(selama ni kami bentang toto depan TV kat bawah je sbb malas nk naik tangga)
Kadang2 berminggu kami tak naik atas.

So mama bleh la susun atur baju kami kat almari atas.
So kat bawah bleh guna untuk Kaseh and baby.
Kalau kompom tak cukup baru consider nak beli perabot baru.

1 hal lagi aku ni jenis kalau xpakai masuk kotak.
Sebab tu rumah ni banyak storage box.
Ruang bawah tangga pun ada lagi kotak2 yang dilabel.
Sebabnya orang spesis malas nak mengemas ni berfikir..
lagi kurang barang lagi kurang sepah lagi kurang mengemas.

Blom citer lagi bab dapur.
Pinggan ku letak cukup2 untuk kegunaan kami.
Pinggan nasi 3, pinggan lauk 4, pinggan sambal 2.
Mangkuk 2, besen pun setiap saiz ada 1 je.
Rak pinggan kecik je.
Orang malas ni berfikir lagi.
Lagi besar ruang, lagi banyak barang boleh letak, lagi malas nk basuh pinggan mangkuk.
So pinggan kena dari jenis yang sama so baru senang nak susun.
So ku mmg xsuke letak pinggan/ gelas yang dapat persuma tu sbb saiz macam2 so nak susun pun susah.
**Jangan salah faham semua pinggan mangkuk ku beli kat kedai serbanika, murah2 tapi syaratnya kena sama saiz / jenis**

Bekas2 plastik plak yang biasa ku guna untuk letak barang mentah untuk disejuk beku,
lepas pakai n kering terus cari partner penutup, terus masuk almari dapur.
Sebab tu jugak ku tak suke simpan bekas plastik aiskrim tu, klu ada pun adala 3 ketul yang sama jenis supaya bila susun dalam fridge bleh muat2 je.
**En somi selalu marah sbb ku suke buang barang2 peri**

Citer ruang tamu plak.
Lantaiku hanya berlapikkan tikar buluh RM 30.
Sebab ku spesis malas nak menyapu.
So bila lantai lapang aje kerja menyapu dan mengemop lebih senang.
Tak payah nak gulung2 ke apa ke.
Sbbnya kami mengemop rumah setiap minggu dan kadang2 klu da kritikal sgt malam pun mop.
Biasa la anak kecil comot kami itu.
Atas prinsip malas nak melarang, ku memang biar je Kaseh makan comot pun
**Part of learning process**
so lantai kami akan selalu kotor.

Ruang tamu kami hanya ada 1 rak buku almari display dan almari TV.
Pun tidak digunakan sepenuhnya.
Contohnya ini..

Hanya 2 tingkat atas yang digunakan.
Asalnya 2 tingkat bawah ku susun mainan Kaseh.
Tapi papa tak tahan asyik kena kutip je, papa dengan kejamnya masukkan sume mainan dalam bakul n sorokkan.
Yang tinggal 2-3 ketui je.
Kaseh ni pantang nampak mainan dalam bekas sume nak dicurahnya.

Dok consider nak beli rak untuk play corner Kaseh,
tapi bila tengok almari ni tak guna sepenuhnya pun,
terus tak jadi nak beli.

Ruang atas lagi la.
2 bilik memang ada tilam je dan kosong je bilik tu.
Master bedroom ada katil, almari, meja mekap dan meja komputer.
Ruang tengah memang kosong dan berabuk.
Sampai org streamyx datang pasang cable dulu tanya rumah ni mmg xduduk ke.
Ku iyakan aje..
Tp as per mention azam tahun 2012 kami nak gunakan ruang dirumah kami ni sepenuhnya.
Bagi mengelakkan isu ada yang 'menumpang'

Jangan salah sangka..
Saya bukan orang yang organise..
Tapi saya orang yang pemalas.
Prinsip saya lagi kurang barang lagi kurang kerja mengemas.
Kalau tengok barang yang ada pun tak tersusun so kurang barang kurang susun.

Soooo... Memang next project nak menyusun atur rumah ini supaya setiap ruang digunakan sepenuhnya tanpa melibatkan kos tambahan.
Kena siapkan sebelum baby kuar.
**Ini lah gunanya terlibat dalam dunia manufacturing ni banyak kaedah boleh diapplikasikan di rumah**

Seronok baca N3 Pn Pijot pasal organise ni.

Begitu juga tengok gambar disini..