Pages

Thursday, May 31, 2012

List Organising Project

2-3 kali asyik Draft entry ni.
Sebab banyak sangat point tapi meleret lebih,
so save draft lagi.
So kali ni cuba nak simplekan entry ni.

Ok.
Memandangkan saya sudah 98% kembali ke rutin tetap harian saya.
Dan rutin ini akan berterusan sehingga entah bila.
Saya memerlukan satu sistem pengurusan rumah tangga yang simple.
Faham?
**Inilah jadi kalau BI cuba ditranslate ke BM**
Means saya kena buat home organising supaya hidup saya lebih simple, cepat dan teratur.
Saya cuba nak kurangkan masa mencari barang dan cuba mengawal tahap kesepahan kerana saya tiada masa yang mewah untuk mengemas.
Itulah tujuan Home Organising Mama Lynd.
Bab cantik2 tu no seterusnya.

Setelah diamati selama seminggu saya mula bekerja ada beberapa perkara yang saya perlu lakukan.

1. Landing Table.
Maksudnya sebaik sahaja saya masuk rumah dimana saya letak segala bagai beg nursery anak-anak dan beg pam mama.
Tambahan lagi beg keje papa dan jacket papa.
Jika sekarang bag pam saya akan terus letak kat meja makan kat dapur sebab saya kena keluarkan kelengkapan yang perlu dibasuh, EBM dan ice pack yang perlu dibekukan.
Manakala beg nursery anak2 di coffee table diruang bersebelahan tangga.
Bag kerja papa masih ditempat dahulu di rak ruang kerja mama dan jacket di kerusi (Tak suke dan menyampah bila tgok baju bersidaian)

Gambar inspirasi.






2. Pakaian
Sebelum ni terfikir yang saya ingin gunakan tingkat atas sepenuhnya.
Means mandi dan bersiap di atas so saya perlu letak pakaian kami suami isteri di atas.
Tapi melihat kepada rutin selama seminggu ni saya rasa tak sesuai.
Sebab bila bangun pagi saya perlu turun untuk mengepam susu.
So takkan saya nak bersiap nak kena naik atas lagi.
Dan biasanya saya terus bawa Awatif turun.
So buat masa sekarang biarlah rutin begini.
So saya kena susun atur bilik bawah yang berfung sebagai tempat simpan pakaian, bilik solat, bilik bersiap dan bilik iron baju.
So far saya da susun rak baju dibilik tu ala2 closet mat saleh.
Dimana "bilik" yang digunakan untuk meletak segala bagai pakaian.
Dan layout bilik bawah ni mmg agak sesuai berkonsep begitu.
So tinggal saya nak susun iron table, kipas dan almari baju supaya tak menghalang lalu lintas.
Dan berimpian untuk peruntukkan 1 ruang bercirikan tempat solat means ada karpet dan hiasan dinding islamik.
Semua ciri2 itu diletakkan di dalam 1 bilik.
So kena cari idea.


3. Dapur.
Disebabkan kelengkapan mengepam, so ruang untuk botol susu da semakin bertambah. 
Selain itu, cukup tak suka soalan "Mama, mana..?" dari papa
so saya nak susun peralatan didapur supaya transparent, senang dilihat dan senang dicapai.
Pun sudah mula dan dalam proses mengenal pasti apa barang yang perlu dibeli.

So far ini project besar saya.
Kalau ada progress saya update.

Wednesday, May 30, 2012

Untuk Mu Anak-anak Mama.. Hayati Liriknya..

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku



Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja


Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna


Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


Lirik Sampai Syurga - Faizal Tahir

Ganti Cooler Bag

Sakarang saya guna cooler bag dari MLO.
Beli 1 set dengan back pack sebab sesuai untuk spectra 3.
Dari zaman Kaseh dulu sampai lah sekarang,
itulah harta perjalan breastfeeding saya.
Dan perjalan BF saya 1 tahun dihabiskan di tempat lama saya bekerja dulu.
Dimana ada fridge untuk saya simpan susu dan ice pack saya.
So cooler bag dan ice pack hanay digunakan untuk membawa EBM dari tempat kerja ke rumah.
Tapi bila di tempat sekarang tiada fridge untuk saya menyimpan susu.
Jadi saya hanya simpan dalam cooler bag bersama 3 MLO ice pack.
Dan ikut spec katanya suhu sejuk boleh bertahan selama 12 jam.
Tapi apa yang saya perasan, menjelang tengahari je icepack da 70 % cair.
Kalau yang paling atas mmg lagi la.

So buat saya terfikir, adakah ini performance sebenar cooler back dan ice pack ini.
Atau pun disebabkan diguna hampir 2 tahun dan saya sudah basuh beberapa kali so tahap kekedapan udara telah drop?

Saya perlukan cooler bag yang paling selesa bertahan 10 jam.
Maka hati ibu ini pun mula la terdetik untuk menggantikan cooler bag ini.
Intai di Littlewhiz website.
Terjumpa Fridge-To-Go.


Ikutkan product description,
Lipat dan simpan dalam freezer,
dan boleh digunakan antara 8 - 10 jam.
Tak perlu ice pack.
Ada macam2 jenis, harga antara Rm 80 - 140.
Macam menarik tapi tempoh 8-10 jam masih blom cukup selamat.

Tertengok pulak yang ni,


Cooler Bag Autumn.
Cantik-cantik.
Design menarik.
Perlu ice pack dan boleh bertahan sehingga 12 jam.
Tapi kenapa cooler bag saya 8 jam pun da cair?
Mungkinkah sebab usianya?
Dah la ice pack MLO ni ada 6 kot.
Perlu beli Cooler bag sahaja atau bersama dengan ice pack sekali?
Yang menghairankan kenapa harga cooler bag ni murah?
Antara Rm 20 - 40.

Yang menjadi persoalan jika saya guna cooler bag yang trendy mendy ni jadi bag saya untuk isi specta 3 akan asing la dalam back pack?
Banyak bag yang bersangkutan ditubuhku ini nanti.

Terfikir nak tinggalkan aje Spectra 3 kat ofis so kat rumah guna Avent Manual je.
Houss.. kat rumah la kerja2 mengepam perlu dilakukan dengan pantas.
Terasa malas nak mangayuh handle Avent itu.
Ermmm.. Kna buat lawatan serabut ke Littlewhiz ni nanti. 
Tapi apa yang pasti sesuatu perlu dibuat dengan cooler bag itu.
 

Tuesday, May 29, 2012

Perlukah Nursing Wear?

Kagum betul orang yang tak gunakan nursing bra bagi siapa yang breastfeed anak.
Sejak dari bersalinkan Kaseh saya hanya gunakan nursing bra sahaja. 
Yang jadi feveret saya Autumn yang jenis Comfort Bra.
Ada macam2 design. 
Dan yang menjadi salah satu feveret 
jenis Glenn.



Dan tempat yang saya suke beli adalah di Littlewhiz.
Selain dari dekat dengan rumah servicenya mmg terbaik.
Ada salah sorang jurujualnya (Dah agak berumur)
mmg bagi servis tiptop dalam pemilihan bra.
Kalau dia takder mmg saya tak jadi beli bra.
Saya datang lain kali.
Dia mmg advise saya cuba 1 per 1 bra yang saya nak beli.
Dia kata lain jenis lain saiznya.
Dia tunggu depan pintu dan ketuk "Sini amoi saya tengok"
Siap masuk sma dalam fitting room.
Disebabkan dia dah agak berumur so tak kisah sangat la.
Mula2 dulu segan jugak tp da 2-3 kali da rasa tak kisah. 
Dia ajar macamana nak dapatkan saiz bra yang betul dan macamana nak pakai bra supaya kita selesa.
Dia cakap untuk Bf tak berapa elok pakai yang wired bra.

Da lama jugak la tak gi beli bra baru.
Tapi biasanya harga nursing bra dalam RM35-50.
So beli sebulan 1 la (Nasihat en suami) 

Selain senang nak menyusukan anak,
nursing bra ni juga berfungsi sebagai free stail bila mengepam.
Bagi saya yang menggunakan spectra 3, hanya pasang shield pada breast dan klipkan bra. 
So saya boleh la main game sambil mengepam.
Heheheheh..

Selain Nursing Bra,
saya juga perlukan Nursing Inner.
Baru ada 1 beli masa awal2 keje dulu.
Uniform saya uniform lelaki so short sleeve.
Jadi saya lebih selesa mengenakan Inner bila pakai uniform.
 Dan saya juga guna inner Autumn.


Tapi harganya agak mahal la dari inner biasa.
RM 29.90.
Kalau yang biasa RM 10 je. 
Tapi yang ni mmg kain elok la dan tak kembang.

Tapi tak lama lagi dah nak dapat uniform wanita soinner ni da tak kritikal sgt da.

Sekarang juga datang mood nak melawa.
Sebab saya tak lawa so saya kena la melawa.
Rasa macam dah tak sesuai pakai TShirt.
Lagi pun nak mendapatkan keselesaan bila menyusukan.
Dah mula kumpul baju2 nursing.
Antara yang ada adalah ni,

dari Autumn juga.
Wahhh.. Autumn tak bayar saya untuk entry ini.
Asalnya beli masa pregnent dulu.
Nak cari yang 2 in 1 pregnent and nursing.
Samapi sekrang mmg suke pakai.
Sebab rupanya ala-ala cardigan dan design bukaannya menyenangkan nak susukan Awatif.

Nursing Wear yang lain 
dari jenama Aqeela.

Beli online melali FB kawan lama.
Ada disertakan ukuran.
So pilih la saiz L.
Sekali dia cakap "Aku rasa dulu ko kecik aje"
Sekali sampai baju mmg besar skit la.
Tapi still boleh pakai.
kata suami ku "Menutup susuk badan"
Suke pakai. 
Kain berkualiti dan harganya kira murah gak jika dibandingkan baju2 Autumn.
Banyak design Aqeela yang berkenan tapi bukan nursing pulak.

So far ni je nursing wear yang saya perlukan.
Macam poncho / nursing cover saya tak perlukan.
Sebab saya rasa dengan nursing wear dan tudung dah mampu nak cover semasa mnyusukan baby.

Sekarang ni dok aim baju kurung menyusu untuk raya nanti.

Monday, May 28, 2012

Hujung Minggu Yang Panjang

Mencuri masa untuk menaip entry ini.
Weekend ni panjang sebab hari ini saya bercuti.
Memang saya apply cuti untuk 1 hari sebab Awatif injection 2 bulan dan saya buat ujian Pap Smear.
So menjangkaka masa yang diambil mungkin lama.
So ambil cuti je dari dari ambil time slip.
Tapi masih berkira-kira untuk masuk half day jika semuanya habis awal.

Tapi ujian speciment mata awatif menunjukkan Awatif ada infection pada mata sebelah kanan.
Mata Awatif bertahi dari lahir sampai hari ke 44.
Masa cucuk 1 bulan Doktor minta ambil sampel tahi mata dan dihantar ke makmal.
Walaupun mata Awatif da tak bertahi tapi di kelopak mata ada kesan lebam 
atau macam urat yang biru.

Keputusan ada infection kuman yang agak kuat katanya.
Semua ubat yang dicdangkan dalam report tu semua tiada dai klinik kesihatan tu.
So Doctor buat surat refer ke Hospital Sg Buloh.
Bila jumpa Doctor da terangkan hal sebenar dimata mata Awatif tidak lagi bertahi.
Doctor buat beberapa ujian.
Mata Awatif mengikut pergerakan tangan Doctor dan semuanya normal.
Dan Doctor kata lebam di matanya hanay sedikit.
Memeng betul kalau dilihat pada angle tertentu sahaja lebam itu dapat dilihat.

So doctor tak kasi apa2 ubat sebab mata Awatif sudah tidak bertahi lagi.
Tapi doctor kasi masa 1 bulan untuk observation.
kalau lebam makin merebak atau ada tanda 2 lain boleh terus ke hospital.

So lega la.
Langkah kami seterusnya?
Alang2 da ke Sg Buloh menyinggah la ke syurga pokok  bunga.
Kali ni bukan nak cari bunga tapi nak tukar konsep water fountain.

Before





After.


Tak dapat seperti dibayangkan.
Sepatutnya air"terjun" melalui 3 penjuru tu.
Tap xtau mungkin speed pam xcukup so air hanya melelh dibahagian tepi.
So tiada effect bunyi.
Gagal.
Yang menenangkan telinga adalah effect bunyi air tu la.
Sudahnya di sengetkan sedikit.
So konsep masih sama seperti dahulu.
Hanya pasu je yang ditukar.

Kaseh pulak batuk.
Agak teruk.
Ubat langsung xnak makan.
madu boleh la dipujuk2.
Kesian da tidur tak lena.
Bila batuk lebih skit keluar semua isi perut.

Awatif pulak terus dengan ketenangan dia.

2 anugerah ini adalah penenang hati saya.

Saya pula?
Masih belum kemas baju nursery anak2.
Masih memikirkan bebarapa perkara.
Salah satunya esok kena ada training dgn engineer dari Korea.
Pagi2 nak kena assist sesi safety.
Program ni baru dilaksanakan semata2 tunggu saya balik dari maternity leave.
Dah la terlepas spring at Korea.
Sesi training di Korea bulan lepas dijalankan di Busan dan tepi pantai katanya.
Kalau di Seoul hari tu dibandar.
Tak per la bukan rezeki saya.
Tahun depan mungkin akan ada peluang lagi untuk sesi graduasi katanya.

**Kesian Kaseh batuk2**
Esok menunggu dengan segala amanah yang perlu dipikul.
Diharap saya dapat menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas.
Untungnya jika Allah menrima segala pekerjaan ku sebagai ibadah.
Membesarkan anak-anak dan mencari rezeki demi sesuap nasi.


Allah..
PadaMu aku berserah.
Pada Mu aku memohon kekuatan.
Berikan aku kebijaksanaan dalam menjalankan tanggungjawab aku dan amanah Mu.
Syukur Allah atas segala nikmat dan kebahagaian pinjamanMu ini.
Terimalah segala perbuatan ku sebagai ibadah.
 

Saturday, May 26, 2012

mama Bekerja dan Anak-anak ke Nursery

Akhirnya jumaat.
Setelah 5 hari berlalu.
Minggu pertama kerja.
Tempat kerja?
Masih lagi menerima ucapan tahniah dan bertanya mengenai anak-anak.
The best part yang menyababkan wanita ini kembang semangkuk adalah 
bila nurse company cakap "Wah.. cepat betul you slim?"
Slim kah?
Semestinya tidak.
Saya cume dapat balik berat saya sebelum mengandung
dimana pada ketika itu saya memang gomuksss.

Part yang ke-2 best bila ada seorang supplier lelaki cakap
"Anak U sudah 3 bulan? Lama U cuti"
Hellooo... I even 60 hari pun belom lepas lagi.
Dia nampak saya macam sangat bertenaga kalau wife dia 2 bulan tu pun lembik lagi.
Terima kasih Allah yang meminjamkan saya tenaga dan semangat ini.

Wahhhh..Sudah cerita mama yang kembang bermangkuk ini.

2 hari pertama saya dalam fasa menyusun jadual mengepam.
Jadual tetap mengepam saya untuk minggu ni.

Pukul 6.00 am -
 Sebaik sahaja selesai susukan Awatif (Biasanya dikejut)

Pukul 9.30 - 10.00 am : 
Setelah selesai buat rutin harian operation dan sebelum meeting.

Pukul 1.30 - 2.00 pm : 
Setelah lunch.

Sesi tambahan mungkin tapi masih dalam sesi pemantauan.
So far 2 hari cuba macam sesuai.
Saya balik kerja pukul 4.30 pm.
Biasanya saya rushing nak balik.
Tapi bila saya sampai rumah dalam kol 5.15 pm ambil anak2,
 susu masih berbaki dan saya kelam kabut nak solat dengan melayan anak lagi dan nak prepare dinner.

So schedule baru, kol 4.30 saya solat dan mengepam dulu sebelum balik.
Kol 5.00 gerak balik dan kol 5.30 sampai rumah.
Baling2 segalanya dalam kuali, kol 6.30 ambil anak2.
So dengan jadual begini saya dapat 1 sesi mengepam tambahan, saya selesai masak dan bila ambil anak2 saya boleh tumpukan perhatian kepada mereka buat seketika.
kalau gi ambil awal pun saya sibuk ke hulu kehilir dalam rumah.

Tengok keadaan kestabilan Awatif saya lari g mandi dan solat maghrib.
Sepanjang 5 hari ni Alhamdulillah, Allah sentiasa memberikan ruang untuk saya menunaikan kewajipan.

Lepas tu saya dinner ngan Kaseh.
En Suami?
Tak payah tunggu..!!
Kebulur nanti saya.
Kol 9 baru sampai rumah.
Kesian jugak.
Dia balik je saya da berkemas beg nursery anak2 dan barang2 mengepam dan bersiap untuk tido.
Kena tido awal supaya Kaseh tak meragam di pagi hari.

Ada ke cerita malam dulu.
Ok..sepanjang 5 hari ni Allah telah berikan saya ruang yang tenang.
Kaseh senang dikejutkan pada waktu pagi.
Dan kalau nak dengar intonasi paling lembut mama adalah waktu ini lah.
Ajak Kaseh mandi 
(Tips nak suruh cpt bangun cakap nak pakaikan baju cantik dan nak pakaikan lipstik, cepatlah dia angkat kepala)

Sambil mandikan nyanyi ala2 cikgu tadika "Bangun pagi, gosok gigi"
Dengan berus gigi barunya sambil goyang2 bontot.
Kamilah pasangan anak beranak yang paling ceria di pagi hari.

**Sambung balik menaip setelah cuci masker**

Siap pakaikan baju dia akan pikul beg dan tunggu mama pakai tudung pulak.
Segala bedak ke, pelembab ke pakai sebelum mandikan dia lagi
sebab buatnya dia buat hal saya yang tak sempat nak menepek.

Angkat beg Awatif, EBM (Expressing Breastmilk), beg pam dan air botol 2 liter.
Beg Kaseh bawak sendiri.
Angkat Awatif dan bergerak la kami ke nursery yang ada kat blok sebelah je. 
Rasa sangat puas hati bila dapat uruskan anak sendiri.
Tengok Kaseh g nursery dalam keadaan segar bugar dan rambut bersikat.
Kalau dulu masa anak sorang Ummi asik angkat je Kaseh sbb dia tido lagi.

Inilah muke budak suke gi sekolah.
 
 
Ummi cakap Kaseh suke mencece.
Memang pun..!!!
Letih nak menjawab.

Kadang2 saya g amik mereka jalan kaki.
Malas nak pusing2 kalau bawak kete.
Jalan kaki 200 meter je kot.



Kalau dulu kol 7.15 pagi baru terhegeh2 nak mandi.
Dekat kol 8 Kaseh g nursery dalam keadaan tido lagi,
mau taknya tido malam suke hati dia pukul berapa nak tido.

Sekarang..
Kol 6 pagi mama bangun susukan Awatif dan mengepam.
Pukul 6.30 babai Papa dan mandi dan solat dan bersiap.
Pukul 7 mandikan Kaseh dan siapkan Kaseh.
Kol 730 bersedia untuk gerak.
Kena standby awal mane la tahu buatnya salah sorang puteri ni meragam atleast ada toleranse masa.
Ko 10 mlm dah bersiap nak tido.

 Sebelum mula g nursery secara official,
Papa kasi trim dulu rambut ini budak.

 



Nak kata kelam kabut tak jugak.
Rasa seperti semuanya selesai dan tersusun.
Sentiasa cukup masa dan bertenaga.
Just kita kena tahu susun kerje mengikut keutamaan.
Online?
Pagi sambil mengepam.
Waktu lain biarlah saya mengadap anak2 saya setelah 10 jam hilang mama dari pandangan.
Terima kasih Allah kerana meminjamkan tenaga dan semangat ini.
Diharap semua ni berterusan.

Seronok betul cerita kenangan ada 2 anak ni.
Tak sabar nak tunggu Awatif besar nanti ada 2 anak yang terkedek2 bawak beg nak g nursery.
 

Friday, May 18, 2012

Kejadian Tersedak Susu Di Nursery Anak-Anak..

16 May hari pertama Awatif dihantar ke nusery.
Untuk test sebelum masuk keje.
Kaseh buat teman saya dirumah.

Kami keluar lunch KFC..
Blik rumah dalam kol 1.30 pm ramai sangat orang park kete kat area rumah.
Terfikir sapa yang buat kenduri hari rabu disiang hari ni.
 Macam nak tanya jugak kat 2 orang jiran lelaki yang kebetulan tengah borak depan rumah.
Tapi tak sempat keluar dari kete mereka dah balik.

Terpinga2 lah saya tengok orang ramai2.
Kebetulan cikgu depan rumah baru nak keluar mengajar.
Terdetik jugak "lambatnya dia keluar hari ni biasanya kol 12 dah keluar"

Macam dia tahu apa yang bermain kat dalam kepala ni,
dia tanya "Tak gi melawat ke?"
Saya tanya "Kenapa?"
"Anak orang tu meninggal."
Jiran sebelah lagi menyampuk "Tersedak susu hantar kat nursery hujung nun"

Gugur jantung ibu ini.
Tak tau nak fikir apa.
Menggigil dan menangis.
Call En Suami.
En Suami pun tak terkata.
Terbayang Awatif.
Bukan sebab kes nursery tu tapi sebab terbayang perasaan mak baby tu.
Baby tu baru 2 bulan dan ini minggu ke 2 di hantar ke nursery tu.
Masa tu tak tahu cerita sebenar lagi.

Dok fikir nak je lari g nursery tu nak tanya khabar.
Tapi saya xtau keadaan nusery tu sekarang.
Gagahkan diri call Ummi yang saya selalu contact.
Pekerja je bukan tuan punyer.
Tapi Ummi ni mmg baik dangan saya dan dia agak rapat dengan Kaseh.

Saya call dan tanya apa cerita ni.
Rupa-rupanya dia orang terakhir yang pegang baby tu.
Ya Allah.
Ikut ceritanya, baby tu tak disusukan di nursery.
Ibu baby hantar baby dalam pukul 8.30 pagi dan katanya baby menyusu dalam kol 7.
Dan dia bekalkan botol susu yang masih berbaki.

Baby dibawa masuk dan dimandikan.
Biasanya kalau dimandikan baby akan menangis tapi kali ni tidak.
baby masih aktif.
Disebabkan baby tak nangis so ummi tak kasi la susu.
Baby diletakkan dalam baby cot dan tidur.

Sejam lebih kemudian Ummi nak amik botol susu kat sebelah baby sebab nak buatkan susu baru.
Ummi perasan yang baby tu pucat dan tak bergerak.
Diletak tangan dihidung.
Tiada pernafasan.

Baby terus diangkat dan dibawa ke klinik depan.
Bila doctor periksa "Dia dah tak der"
Ummi "Biar betul doctor?"
Doctor "Habis tu takkan saya nak tipu" 

Ibu bapa baby dah dihubungi semasa dalam perjalanan ke klinik lagi.

Polis sampai ke rumah baby dalam pukul 2 petang.
Masa tu saya ada kat luar rumah sbb posmen hantar barang pos laju.
Depan posmen tu saya nangis sebab fikir kesian kat ummi tu.
Mesti phobia dengan baby yang baru meninggal dengan polis lagi.

Saya pergi melawat jenazah dalam pukul 2.30 ptg.
Parent baby tak nak ambil tindakan sebab taknak baby di post mortem.
Dan ikut cerita ibu tu memang sepadan dengan cerita Ummi.
Baby tak disusukan di nursery.
Baby tu ada selsema tapi masih aktif.
Tiada juga tanda2 tersedak susu.
Tengok jenazah baby muka dia sangat tenang.
 Ikut tanggapan mereke mungkin baby ditidurkan meniarap.
 Baby girl yang berumur 2 bulan 10 hari.
Ibu tenang.
Anak kedua.
Anak pertama perempuan juga berumur 4 tahun.
**Mesti lama menunggu yang ke-2**
Terdengar nenek baby cakap "Tu susu dalam peti ais banyak2 tak tau la nak buat apa"
Tak tahu nak kata.
Tak terkata.
Dan tak nak bayangkan perasaan ibu itu.

Berkira-kira nak ambil Awatif.
Tapi sebab kaseh tido camner nak tinggal.
Petang g amik Awatif.
jumpa Ummi L lg.
Dia cerita lagi.
Saya dapat lihat air mata dia bergenang.
Dia pun tak tahu punca.
Semuanya dalam keadaan normal dan baby aktif semasa kali terakhir diletakkan.
Dan....
Sebenarnya conclusion "Tersedak susu" adalah penutup cerita.
Sebab kalau doctor tulis kes lain nanti baby akan dibedah siasat.
Tapi jika parents memang nak panjangkan kes ini baru la report lain keluar.
**Baru la saya tahu. Berita mengenai tersedak susu di media mungkin sama situasinya**

Saya cuba siasat adakah baby tido meniarap.
Dia kata tak sebab baby selsema so memang takkan ditidokan meniarap.
Dia pun sudah jumpa ayah dan nenek baby bersama dengan polis.
Dan mereka taknak ambil tindakan.
Dan saya pun taktahu tahap "keredhaan" parents tu.

Saya tak tahu sebab saya tidak bereada ditempat mereka.

Ummi pun ada cakap di berserah kalau saya sudah tak percaya kepada pada nursery.
Kata maaf pun tak guna.

Selepas difikir dan bertanya kepada beberapa orang kepercayaan.
Saya decide untuk terus menghantar anak-anak dinursery itu.


Sebab?

1. Jika hantar ditempat lain kita tak biasa dengan jagaan mereka.
2. Kaseh dihantar dari lahir ke sana dan tiada sebarang masalah.
3. Dari cerita yang saya terima tiada tanda2 kelalaian dan kes ini apa yang boleh dikatakan  "benda dah nak jadi"
4. Jika ada kelemahan yang disorokkan dari saya mungkin selepas ini mereka akan lebih berjaga-jaga.

Ya Allah.
Engkau lindungi keluarga ku dari segala ujian-Mu yang tidak mampu aku hadapi.
Berikan anak-anak dan seluruh keluarga kesihatan yang baik.
Berkati dan rahmatilah keluarga ku.


Wednesday, May 16, 2012

Cerita Rambut Kaseh

Kalau orang pertama kali tengok Kaseh,
benda pertama yang ditegur adalah rambutnya.


 
Kerinting, perang, halus dan jarang. 
Halus and jarang tu mmg ikut saya.
Bab kerinting tu xtau la terkenan sapa.
Rambut saya pun xder la lurus tapi xder la macam Kaseh.

Kalau diikutkan Masa lahir dulu rambut Kaseh lebat jugak.
 

Tapi lepas dicukur lain pulak jadinya.
Ni masa cukur kali pertama.


Tapi disebabkan masa tu guna gunting je and tak sekata,
tak lama lepas tu cukur sekali lagi guna mesin.
 

Masa tu Kaseh belum pun 3 bulan.

Masa umur 10 bulan,
rambut still tak panjang and xnampak ciri2 sekarang.
 
Memeng ikut genetik saya.
Rambut lambat panjang.

Tapi bila da setahun lebih.
Dah mula nampak ciri-ciri kerinting.

 


Kalau nak pun sesekali ditoncet.
 
Tapi sekarang langsung taknak toncet.

Nasib baik kerinting so tak nampak sangat la ketidakurusan rambut itu.
Kalau berjaya pujuk pun diminyakkan la rambut tu so bermaya la sikit.

Tapi ku perasan yang hujung rambut Kaseh kasar.
So ingat nak trim la.

 Buat gaya ala2 nak main.
**Serius saya tak pernah potong rambut orang**
Ni sebeluum dibasahkan.
Then potong la yang hujung.

Ini lah hasilnya.

Takder beza pun sebenarnya.
Time Kaseh tido dibelek2 la rambut Kaseh.
Apa da mama ni.
Yang dipotong rambut bawah je rambut belah atas tak pun.
Sudahnya berapa % je sbnrnya rambut tu di trim.
 Lain kali je la sambung lagi. 

Agak-agak kalau la rambut Kaseh lurus mesti nampak ketara kejarangan rambutnya.


List Entry Berpantang

Assalamualaikum.
Seperti yang dirancang dan dijanjikan.
Saya nak bungkus cerita berpantang dan informasi berpantang pada minggu ini.
Sahabat sekelian boleh click sahaja link yang saya sudah listkan dibawah.
Persiapan Berpantang Sendiri [Link]
Update Berpantang Sendiri [Link] 
Update Berpantang Sendiri Hari ke 4 [Link]
Perkongsian Info semasa berpantang [Link]
Persiapan Beg Hospital [Link]
Persiapan Breast Feeding [Link] 
Persiapan Set Berpantang [Link]
Review Set Berpantang Amway [Link]

Resepi Berpantang [Link]
Tips Memasak Semasa Berpantang [Link]
Atau boleh saja click label
Persiapan Berpantang [Link]
Berpantang [Link]
Terima kasih kepada yang sudi membaca.
Saya dapat feedback yang blog saya dijumpai hasil dari carian berpantang sendiri.
So bagi menyenangkan perkongsian ini saya senaraikan link ini.
Semua ini adalah hasil pengalaman saya sendiri.
Dan info yang dikongsi bukan berdasarkan kajian atau sebarang pembuktian.
Ini hanya sekadar pendapat peribadi.
Sila rujuk kepada pakar untuk pengesahan.

Tuesday, May 15, 2012

Persediaan Awatif Ke Nursery : Kad Panduan Pengurusan EBM

Assalamualaikum.
Selain dari fasa menclearkan suasana berpantang,
minggu ni juga adalah persiapan anak-anak ke nursery.
Kaseh is back to school dan 
Awatif pulak welcome to school.
Salah 1 to-do-list adalah menyediakan panduan pengurusan
EBM (Expressing Breast Milk).
Kalau diikutkan nursery ni pernah uruskan EBM masa Kaseh BF dulu.
tapi ku perasan beberapa kesilapan.
Tapi nak betulkan / betulkan agak susah la kan.
So bagi mengimprove pengurusan EBM,
untuk Awatif saya sediakan dalam bentuk kad yang ringkas.
Mungkin yang basic lain mereka sudah tahu dan 
saya juga bercadang mahu hadiahkan buku pengurusan susu ibu kepada nursery itu. 
So saya hanya listkan point2 penting dimana masa Kaseh dulu berlakunya kesilapan.

So saya listkan dan print pada kertas foto.
Saya buat saiz separuh A4 dan tampal pada cooler bag yang akan dihantar ke nursery nanti.
Mungkin sebelum print saya akan tambah lagi kalau ada yang saya teringat.
So saya share hasilnya buat masa sekarang.
Kalau ada tambahan lain saya akan update lagi.

Simpang Siur Kepala seorang Ibu

Bersimpang siur rasanya task-task yang ada dalam kepala ni.
Ada beberapa hari lagi nak masuk keje.

Dengan anak-anak yang belum lagi dilatih ke nursery.
Plan nak hantar isnin.
Tapi disebabkan tak sempat nak jumpa tuan punyer nursery last week,
so plan plak nak hantar selasa.
Sekali bottle Avent Awatif ngan beg nursery Kaseh yang order
online tak sampai2 lagi. 
Geram betul schedule ingat sampai petang isnin tapi tak sampai2 lagi.
Feedback dah la sellow.
Memang la ni last da order kat web tu.
Sudahnya bagaitau Ummi nak hantar Rabu.
Tapi kalau sok botol Awatif blom smpai jgak cmner.
Nak beli lain rugi lak sbb y order tu 2 botol.
Kalau order lain total nnt ada 3 botol.
Den nak buat apa banyak.

Hal Kaseh xrisau sangat sbb paling koman pun dia menangis je hantar g nursery nanti.
Dah biasa dah tu.
Yang hal Awatif la.
Takut dia refuce bottle feeding.
tak pernah test guna bottle lagi ngan bottlenya tak sampai lagi.

Itu 1 hal.
Hal lain, rumah tunggang langgang.
Lepas je kenduri and dah balik rumah, tanpa berlengah lagi,
terus je laundry baju2 sampai 3 trip.
Sudahnya sekarang gerun nak angkat baju sebab nak kena lipat and susun pulak.

Yang menunggu untuk dilipat ni 1 bakul besar.
Yang gerun nak angkat tu ada lagi kat ampain.
Yang memperbanyakkan lagi baju bajan ni adalah,
disebabkan oleh ni minggu terakhir sebelum keje so sume benda nak kena clear.
Petang ahad laundry baju harian.
Isnin laundy cadar, telekung2, sejadah and even conforter.
Kedai dobi y biasa ku hantar conforter tu tak bukak lak.
Kena la laundry sendiri kat rumah.

Nak lipat and susun baju bajan tu 1 hal jugak lagi.
Memandangkan dah habis pantang, 
nak kenakan clearkan bilik bawah ni.
Nak kena pilih baju2 masa pregnent dulu lipat ang masuk kotak.
Dan memandangkan dah lebih sebulan ku tak menghiraukan keadaan bilik yang menmpatkan baju bajan mama and papa,
keadaan agak huru hara.
Sebab selama ni baju and kain batik yang dipakai semasa pantang ku memang letak 1 tempat dalam bakul.
So rak ke almari mmg ku tak hiraukan.
So bila dah habis pantang nak kena la pilih2 baju yang boleh dan tak bboleh pakai.

Dah tu bilik atas nak kene clearkan jugak.
Dah nk tido bilik atas la pasni so sebelum tu kena la bersihkan.
Nak kena buang habuk yang seinci tu, nak kena mop.
Pastu baru la papa boleh angkut baby cot and single bed naik ke atas balik.
Fuhhhhh... Sederet katil dalam bilik tu.
Anak baru 2 kalau anak 8?
Heeee.. Berangan ko Lynd.
Nak ajar Kaseh tido bilik lain macam awal sangat.
Master bedroom tu besar so mmg xder hal la letak katil banyak2.
Just secara interior deco2 cam tak cantik la.
Tunggu anak da besar la Puan Lynd baru anda boleh berangan nak ada bilik macam pengantin baru pun.

Itu baru hal baju bajan papa mamanya.
Belum lagi hal baju bajan anak-anak.
Dok pilih2 baju Kaseh, yang mane yang dah lusuh sangat tu nak buang or simpan je.
Kalau ikut mak bapak Kaseh yang pakai baju 5 tahun lepas ni mmg tak kisah la.
Tapi disebabkan Kaseh dah nak masuk skolah balik,
segan la ngan Ummi2 tu tengok baju2 Kaseh yang comot2 tu.
Kalau dok kat rumah je ok la.
Kaseh banyak gaun y tak terpakai sebab rasa cam tak sesuai dipakai untuk bersantai kat nursery.
Tapi kalau nak tunggu g jalan baru nak pakaikan mmg tak terpakai la.
Nasib la mama bukan kaki shopping kalau tak banyak lagi baju tak terpakai Kaseh.
Baju2 gaun tu sumbangan makcik2 and nenek2 Kaseh.
Biasa lah mereka suke tengok baju gaun cute2 ni.

Tu baju bajan Kakak.
Baju bajan Awatif pulak.
Dah keluarkan baju2 lama Kaseh.
Ada yang dah boleh pakai dan ada yang 1-2 bualn lagi beleh pakai la.
Dah tu nak simpan dalam almari ni macam semak.
Nanti bila tang papa yang amik baju dia main tarik je terus bersepah.
nak dimasuk kotak nnt terlupa plak nak pakaikan.

Tu dapur tu pun 1 hal.
Nak kena clearkan segala susunan orang mengandung.
Susunan orang mengandung?
Yela.
Masa preggy dulu xbleh kerap tunduk so banyak benda yang disusun tinggi.
Ku tak suke susun barang2 atas cabinet ni tp terpaksa la.
So sekarang nak kena masukkan balik semua dalam cabinet.

Apa susahnya?
Memandangkan dapur saya pernah ditakbir orlah Bonda so banyak susunan yang dah lari.
sebagai contoh tempat saya letak periuk dijadikan tempat letak makanan.
Saya jumpa 1 bungkus bawang yang tak diusik.
Huhh dah busuk.
Almari pinggan mangkuk tunggang langgang dengan tupperware.
Ni sebab saya main letak je sebab tak larat nak tunduk and susun masa mengandung dulu.
So saya nak kena susun balik dapur tu jadi dapur saya, nyawa saya.
Heeeeee..
Tambah lagi botol susu yang bertambah disebabkan rutin mengepam.
Dapur ni memang kena organise betul2.
Dapur ni luas tapi disebabkan impian mempunyai cabinet dapur idaman belum tertunai, so saya kena manfaatkan ruang yang ada.
**Tu sebab saya susah nak menggunakan dapur orang sebab saya rasa sangat terkial2**

Banyak hal lah.
Persiapan ke nursery anak-anak.
Persiapan mental mama yang nak balik kerja ni
Persiapan mental nak jadi super mama ni.

Dan yang paling mendebarkan.....
Follow Up check up khamis ni.
Diharap saya sihat.
Antara nikmat yang saya rasa nakkkkkkk sangat adalah nikmat KESIHATAN.
harap saya sihat untuk menjalankan amanat Allah.

Huhhh..
1-1 fikir Cik Lynd.
Goodluck super mama.