Pages

Monday, December 24, 2012

List To Do

Mood tahun baru membuak-buak.
Ada beberapa perkara nak diselesaikan sebelum tahun baru.
Just nak buat persiapan supaya 2013 dilalui dengan lebih lancar.


Ini dia.
Tak banyak perkara diikutkan dengan baki seminggu lebih ini.
Tapi takut asyik menangguh diri ini lopa sedar-sedar 2013 datang menjenguk.

Service Spectra 3
Da seumur Awatif spectra 3 ku tak berservice.
Isnin ni call and petang hantar ke Subang.
Ambil kesempatan bersempena jalan kurang jem ni.

Go To Tabung Haji.
Tidak mahu bertangguh lagi.
Nak daftar haji sebab dengar berita last few days lebih dari 1 juta umat islam yang tengah tunggu turn nak gi haji.
Lagi pun nak kena simpan duit kat akaun y takder ATM baru aman damai duit tu kat situ.

Change Telephone Line
Sakit hati nagn CELCOM..!!!!
Klu call kat rumah ni mmg line xclear.
Internet pun x available je.
Nak kata line punyer pasal asal lin En Suami OK?
Nak kata HP punyer pasal da tukar HP pun sama je.
Sim card pun da tukar last week klu sbb sim tu da terlalu lama.
Tapi masih sama jugak.
Do pertimbangkan Digi or U Mobile.
Maxis? Plan nya mahal2 semuanya.

Get my E72
Hp lama antar repair ngan operator.
tak follow up sbb da ada hp baru.
By next week nak amik sebab come to worth saya nak kena pakai 2 line so 2 hp.
Tapi amat dielakkan sebab make my life complicated.

Repair my SII

Huhhh 3 item citer pasal Hp je.
Hp ni pun mcam buat hal.
Camera kadang2 blank.
Ada bunyi macam shutter tak bleh bukak.
tapi kadang2 je terjadi.
tapi tak suka klu buat dia datang meragam di masa yang memerlukan?
Repair dulu memandangkan masih dalam warranty.
**Dalam hati da ada niat jahat nak rembat IPhone tp cepat2 cantas niat murni aku tu**

Go To Dentist
Da setel sbenarnya.
3 ketui gigi ditampal.
Da skip jumpa dentist last year sebab mengandung.
So tahun ni rembat terus 3 ketui.
Heeee...

Surau
Project Organising menular ke surau opis.
Heee.. aku tengah make over surau opis so tinggal beberapa perkara lagi tak setel.
So sebelum hujung tahun surau kami berwajah baru.

Home Filing
Awal tahun lepas ada buat sistem baru untuk filing kat rumah.
Tapi memandangkan beberapa hutang da setel tahun ni so nak close la beberapa file and nak sediakan sistem untuk tahun depan.
Seronot bila berjaya mengkuburkan beberapa hutang tahun ni macam PTPTN (Sampai sekarang still tak dapat surat kompom pelepasan hutang. Geram betul apa ke sellow sangat)
Utang kad Credit
Tahun ni juga bebas dari kredit card.
Hanya ada 1 je untuk bayar insurance anak2. Tu pun memang bayar sampai habis setiap bulan so siap untung lagi la sebab ada bonus setiap bulan.
So 2012 tahun setel hutang 2013 tahun kumpul duit.

Ok Cik Lynd..!!!
You have only less than 1 week to settle it.
And next year will be a blink-blik year for me..
InsyaAllah.

(Ngetes water mark and gigih dok setelkan planner tahun depan)


Thursday, December 20, 2012

Pakai Apa Di Rumah?

Topik santai.
Apa puan2 pakai kat semasa di rumah?
Ada terbaca di satu blog ni, ayat dia lebih kurang macam ni,
"Jangan lah pakai baju kraftan depan suami"
Kena baca the whole story baru faham la maksud dia.
Apa yang saya faham dari apa yang dia tulis, kat rumah kita kena jaga penampilan lagi2 depan suami.
Jangan mentang dok kat rumah pakai baju selebet je.
Baju kraftan  macam ni ka?



Kalau breastfeed jangan cari pasal pakai baju ni.
Tapi rasanya sekarang dah ada design untuk BF mommies.
Ermmm.. Dulu pakai jugak.
Kadang2 terasa ayu.
Tapi selepas baca statement cik puan tu, terfikir apa yang kita boleh pakai kat rumah tapi still nampak cantik?

Pakai macam ni?

Erm.. kalau tak keluar buang sampah ke amik barang dalam kereta ke ok la.
Klu nak kena keluar2 lg, haissss tak kena kalau orang nampak.

Macam ni?

Cute memang la cute dengan corak kartun dan bunganya.
Tapi buat berebut dengan anak je baju cute sangat.

Baju macamni saya ada.

Gambar Angy bird.
Heee.. Pakai ngan seluar steng.

Kalau macamni terbaik.


Tshirt and track bottom.
Senang klu nak kena keluar g kedai ke apa ke tarik tudung je. 
Baju tak payah tukar,.

Atau begini?


Tshirt/ Baju kurung kedah dengan kain batik.

So apa anda pakai dirumah?

Tuesday, December 18, 2012

Welcome 2013

Assalamualaikum.
Counting 2013.
Macam-macam dok melintas kat kepala ni. 
Apa plan nak buat next year?
Bak kata pakar-pakar motivasi, impian dan rancangan kita haruslah ditulis.
So percentage untuk menjadi kenyataan tu meningkat sikit lah.
So rakan-rakan jom taip impian anda..!!!

Anak-anak
Haruslah.
Mereka no 1.
(Suami semestinya rakan kongsi yang ada tempatnya sendiri)
Anugerah dan amanah.



Diapers Free Kaseh - Sebenarnya 70% berjaya. Just tak tau camner nak bgtau kat nursery supaya latih Kaseh diapers free.
Kat rumah pernah lah the whole day tak pakai pampers.
So target sebelum bukan 3.

Bottle Free Kaseh - Ermm.. Mungkin agak sukar. Sebab tengokkan keadaan sekrang bottle susu tu da macam terapi dia. Nak tido ke, lepas nangis ke she need that. So nak kena berforum keibubapaan dulu nak ajar macamana nak stop bottle feeding.
Nak bincang dengan nursery juga macamana ni.

Continue Breastfeeding Awatif - Walaupun dengan keadaan productivity yang agak tungganglanggang ni, masih mengharap perjalanan breastfeeding ku ini dapat berpanjangan selama mungkin.

Sleep in her own room - Dalam entry sbelum ni [Link]  ada citer serba sedikit pasal hal ni. Tapi target ni haruslah selepas diapers and bottle free.

Home Organising
Rasanya yang major adalah nak menggunakan tingkat atas sepenuhnya.
Ada beberapa plan / flow yang pelu diikut.

1. Organise barang-barang dalam store. Tak suka guna perkataan store. Tapi dah semua barang yang dulu kat bawah tangga dah hangkut naik atas so apa lagi yang layak dipanggil alau bukan store? Ok la. What ever pun saya akan over haul barang2 tu dan taknak lagi istilah "sayang". Saya berjanji akan buang/derma barang yang kompom2 dah tak pakai.

2. Safety Gate.

Kalau dah nak beraktiviti kat atas faktor keselamatan harus diutamakan.
Kaseh dah tak risau sangat, Awatif la nanti.
Walau apa pun nak buat kat atas memang wajib pasang ni dulu.

3. Bilik Anak-Anak dan Master bedroom.
Harus lah yang menjadi faktor keterujaan mama.
Dah lama mengimpinkan master bedroom ala-ala romantik.
mestilah faktor cat, langsir dan cadar menjadi perhitungan.

4. Penggunaan sepenuhnya.
Haruslah mengenai macamana nak menguruskan pakaian dan urusan jika nak guna tingkat atas.
Guna maksudnya mandi dan bersiap kat atas.
Sekarang ni baju semua lambak kat bawah.
Heiii.. Kamu sekelian alam.
Kongsi la tip macamana kamu menguruskan hidup dirumah 2 tingkat.
Ke saya je makhluk dalam dunia ni yang malas nak ulang alik naik tangga.
Sebab tu ke saya gemuk?
Heeeee.. Merapu.
So cari idea lgo.
Jom kongsi.

Career

Nak setelkan personal Objective sebelum April.
Target AMPA yang lebih baik.
Nak ikrar/kempen 100 hari tanpa MC/EL.
Selagi boleh control mmg kena control sehabis baik.

Blogger

Tiba-tiba terasa nak ada water mark n header sendiri.
Tapi saya sangat suka template sekarang



Mungkin basic saya nak ada a cup of coffee with laptop and family potret kat sebelah.
Baru idea and tengah2 servey lagi ni.
Saja nak pembaharuan.

Selain itu nak memperbanyakkan lagi entry berinfo dari entry berhabuk (Sbb la tak update)


Financial

Mestilah mahu menguruskan kewangan peribadi dengan baik.
Target untuk ada simpanan tunai 3 kali gaji sebelum akhir tahun.
Kalau baca pasal pengurusan kewangan peribadi yang sihat adalah simpanan tunai adalah 6 kali gaji.
Maksudnya kalau apa2 terjadi pada pekerjaan kita, kita ada income back up 6 bulan gaji.
Sekrang ni menyimpan.
Tapi menyimpan untuk melunaskan kehendak duniawi.
Heeeee
(Wah.. plan nak itu ini dulu baru plan nak simpan duit banyak2)

Health

Impian yang dah 3 tahun tak pernah tercapai.
Nak berat sebelum kahwin 55kg.
Kesihatan dan kecergasan badan supaya saya dapat bergerak dengan tangkas sepanjang masa.

So lain2 haruslah sama dengan semua insan yang lain.
Untuk menjadi Hamba yang beriman dan terbaik.
Menjadi anak, isteri, ibu, pekerja dan masyarakat yang terbaik dan memberi sumbangan kepada orang-orang yang disayangi.

***Jika 2012 adalah tahun menyesuaikan diri dengan status mak beranak 2.
2013 adalah tahun stabilize. Menstabil dan menetapkan rentak untuk menuju puncak kejayaan***

SELAMAT TAHUN BARU 2013



Monday, December 17, 2012

Cerita 2012

Salam Penghujung 2012.
Walaupun masih berbaki, tapi dah tak sabar nak recap balik kehidupan sepanjang 2012.

Kehadiran Hannah Damia Awatif 2013



Mestilah perkara paling besar tahun ni.
Kehadiran puteri ke 2 kami pada 30-03-2012 memeriahkan lagi keluarga kecil kami.
Boleh ikuti kisah kelahiran Awatif disini --> Link

Kisah Berpantang

So sejak tu juga bila saya buat tracking blog ini,
kebanyakan adalah dari carian "Persiapan Berpantang"
Ada yang cari review product berpantang, resepi berpantang, cara berpantang sendiri dan lain2 lagi yang berkaitan.

Boleh refer disini untuk rujuk kembali persiapan saya --> Link
Dan disini --> Link


Parenting



Kaseh Melissa Lyana membesar dengan baik dan sentiasa menguji kesabaran dan kebijaksaan mama.
Ada beberapa konflik ibu ini yang membuatkan rasa tugas ini mencabar.

Kisah pe-el anak yang semakin membesar disini --> Link
Kisah Kaseh yang buat mama rasa sangat down di sini --> Link
Boleh dikatakan awal-awal tahun tu agak konflik ibu dan anak.
Or mungkin ibu yang stress terlebih.


Home Organising


Dan 2012 juga boleh juga dikata tahun permulaan saya terjerumus dalan dunia Home Organising ini.
Bermula dengan semasa mengandung asyik dok fikir macamana mahu menguruskan 2 orang anak.
Google and cari maklumat terjumpa lah dengan blog dari luar negara ni.


Semenjak itu bermulalah episod demi episod cerita home organising.
Mungkin bermula dengan project work space --> Link
Dan kemudian bilik bersiap --> Link
Playroom untuk anak-anak --> Link
Dan mungkin penutup untuk 2012 project Dapur --Link
Dan kisal keseluruhan home organising boleh tengok disini --> Link

Masih mencari dan mengharap komuniti Home Organising Blogger akan terus berkembang, dan lebih bercita rasa tempatan.

Antara blog tempatan yang berkaitan Home Organising adalah.


Ada yang saya tertinggal?
Please tinggalkan jejak.

Career



Agak tough sebab banyak tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan difikir sampai pernah nak terlelap tu terngiang-ngiang bunyi forklift.
Masih sangat-sangat dalam fasa belajar.
Masih selesa di sini walaupun kerjanya mencabar tapi I enjoy dengan cabaran ini.

2012 akan berakhir dengan 1001 pengalaman hidup.
Yang baik jadikan kenangan, yang buruk dijadikan aktibar.

2013 akan datang dengan janji dan azam untuk menjadi yang lebih baik.
Segalanya demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Demi menuju yang Satu.

Thursday, December 13, 2012

Semangat Kejiranan

Mari kita tenangkan jiwa dengan bincangkan isu masyarat.
*Sebonarnya isu saya sendiri*



Saya dah dok sorga kami ni da lebih 3 tahun.
Tapi percayakah anda yang kalau saya berselisih dengan jiran depan rumah kat tempat lain memang sah saya tak kenal.
Ok meh sini saya test tahap mana kenalnya saya dengan jiran.
Jiran belah kanan

Khidir+ Nisa
Tak tau
Sha + (Tak tau nama Suami)
Kawan sekolah En Suami + Isteri (Tak tau nama)

Ok tu je yang aku kenal.
Belah kiri
Anis + Wan
Hajar + Ayin
Noh + Isteri
Hilmi + Norma
Bekas ketua blok + Isteri

Belakang
Kak Ida + Suami
Linda n family

Depan
Suami isteri cikgu
Orang pintu pagar besar
Orang persona merah

Ok.. Sudah.. Conclusionnya sampai situ je yang saya tahu.
Dan sebenarnya saya hanya tahu orang y betul2 sebelah rumah.


Kenapa begitu?
Jiran kiri kanan sume keje.
Anak blom masuk skolah.
So bila tak keje hanya habiskan masa kat dalm rumah.
Takdernya dok luar pagar borak-borak.
Hanya bila berselisih ata kebetulan park kete sama2 bila balik keje sekdar tegur2 n borak kejap2 hulur tangan salam2.

Dan ini hnya terjadi di baris saya sahaja.
Baris lain saya tengok elok dorang lepak petang2 borak2 sambil monitor anak-anak masing2 bermain.

Ermmmmm... kesimpulannya apa?
Suami say pun bukan kaki lepak luar rumah.
Kadang2 apa yang jadi keliling rumah pun tak tahu.

Satu kisah yang buat saya agak terkilan.
Bulan puasa tahun lepas.
Dapat surat undangan dalam post box jemputan sembahyang hajat.
Mulut jahat ni keluarlah "Apasal buat keje pelik sangat buat sembahyang hajat bulan puasa. Tak tahu ke org nak terawih ke apa ke"
Sampai situ..memang tak pegi lah sebab bukak puasa rumah MIL

Then dalam bulan raya lepas tu En Suami balik keje dia nampak tape polis n kereta polis kat jalan belakang.
Jalan kecil yang biasa kami guna nak elak trakfik light n jem kat depan sekolah.
Pun kami tak amik kisah.
Hanya sebut je "Ada kete polis kat belakang"
Tu je.
Seminggu lepas tu, akak kat opis yang dok kat taman sebelah seberang jalan nun call kat meja opis "Ehh.. Akak dengar ada orang jumpa mayat dekat taman awak seminggu lepas"

Hah...!!!!!
Terkejut b**** la makcik ni.
Masakan makcik tak tahu.
(Eleh ko tak bergaul dengan org cmner nak tahu?)
Then mmg xleh share info apa la sbb saya pn tak tahu.
Terus sms org belakang rumah.
Tanya hal yanga sebenarnya.

Reply Kak Ida "Biar betul awak tak tahu. Orang jumpa mayat mak orang depan rumah awak. Dia hilang sejak bulan puasa hari tu"

Hah..!!!!
Mak jiran aku hilang sejak bulan puasa????
orang depan rumah aku pulak tu.

Tak puas hati sebab sms, malam tu konon nak gi beraya, gi rumah kak Ida korek cerita.

Ya Allah.
Undangan sembahyang hajat yang aku terima tu sebab nak cari mak dia hilang.
And even sepanjang bulan tu orang memang buat gerakan mencari di kawasan keliling taman sebab ada petunjuk menyata......
(Hah tak nak sambung)
Mayat dia dijumpai oleh orang Syabas yang nak cat tangki lama.

Kesalnya Ya Allah.
Dah la tak amik tahu apa yang jadi keliling, undangan sembahyang hajat dijawab dengan kata2 tak patut.
Kesalnya.
Tapi itulah.

Entah apa cerita lagi yang kani tak tahu.
Aktiviti persatuan penduduk aktif.

Ada gotong royang, barbeque, sukaneka.
Macam2 la.
Just kami tak join.
Alasan?
Mungkin anak kecik.
En Suami, kalau saya tak ikut mmg susah dia nak g.
Ermm.. tunggu la anak-anak besar sok.


Wednesday, December 12, 2012

Cerita Dapur Lagi

Yup. Belom habis lagi cerita dapur.
Harap ada yang sudi baca.
Untuk versi ini ia lebih kepada "I Wish.."
Apa lagi yang saya nak untuk dapur ku ini.

First is Set Periuk.

Samada Set Periuk Standless Steel

 Atau set Kaca begini.





Tapi harganya haruslah mahal.
Main ratus.
Tapi dapat 1 set jadi lah.
Heeee..
Sekarang ni dok guna periuk yang dah berzaman usianya.
Guna dari zaman bujang dulu.
And even ada 1 kuali tu guna dari zaman dok rumah sewa masa belajar dulu.
Harap dapat lah sambar 1 set.
Untuk guna ye bukan untuk display dalam almari.

Dining Table 4 Sited.

Yang ada sekarang 6 kerusi.
So rasa tak cute.
Heeee... Mengharap nak dining table yang simple and kecik macam ni je untuk dapur ku.


Atau idea En Suami ala-ala kopitiam.




Tapi kalau makcik jual dining table yang sekarang kalau orang datang nanti nak makan bersila?
lain la kalau ada dining area.
Kalau ikutkan boleh je wujudkan dining area kat hall sebab mmg makcik tengok jiran2 makcik sume buat macam tu.
Tapi makcik suka hall makcik selapang padang bola senang anak-anak nak mengganas.
Heeee...
Tiba-tiba timbul idea nak cat je dining table makcik tu dengan warna yang matching dengan cabinet.

Langsir

Dah beli sebenarnya kain langsir untuk dapur ni.
Tapi blom siap disebabkan semangat berkobar-kobar tergendala disebabkan oleh demam hri tu.

Tak tahu lah hasilnya akan "naik" ke tak.
Saya memang agak gagal dalam pemilihann fabrik ni.

Tpi macamtertarik dengan langsir jenis camni.



Tapi camner nak buat eak.
Biasa pakai yang kayu lobang2 tu je.

Biasalah.
Impian memang tanpa sempadan.
Tapi percaya atau tidak bila berimpian dan berangan ia akan membawa kita makin dekat dengan kenyataan.
Walaupun pada logik akalnya xder ruang nak capai.
Tapi percaya lah....



Tuesday, December 11, 2012

Impian : Bilik Tidur Anak-Anak

Assalamualaikum.
Sudah masuk December.
Kepala aktif memikirkan apa plan tahun depan.
Beberapa plan membuatkan ibu ini berimpian.
Salah satu plan saya tahun depan, saya nak gunakan ruang tingkat atas rumah ini sepenuhnya.
Buat masa sekarang hanya master bedroom yang digunakan.
Tu pun naik hanya untuk tidur.

So since kami da rembat TV baru so TV lama hangkut naik atas.
Tapi tak guna pun.
So salah satu item yang dalam pertimbangan adalah nak buat bilik untuk anak-anak.
Next year kaseh da 3 tahun, dan sekarang pun dia da ada sifat kepunyaan.
Saya ada buat play room untuk Kaseh kat bawah tangga.
Boleh refer sini --> Link

So walaupun dia tak main kat bawah tu sepenuhnya tapi dia amat menghargai "Rumah Kaseh".
So dengan adanya bilik sendiri mungkin dia lagi seronok.

Nak buat bilik yang simple je.

Item-item yang mungkin diperlukan.

Katil
Mula-mula ingat nak cat katil bujang sekarang ni jadi putih.
Tapi, ini bermaksud Kaseh tido bilik tu sorang-sorang.
Ermmmm.. mungkin tidak.
Mungkin bila Awatif dah umur setahun nanti saya sudah boleh mula terapkan "Kaseh dan Awatif tido bilik sendiri"
Even mungkin Awatif perlukan saya untuk BF tengah malam tapi at least untuk tido tu boleh sama2.
**Tengok dulu macamana**
So mungkin saya hanya guna tilam queen yang lama tu.
So just cari cadar bertema yang sesuai sahaja.
Blom beli katil lagi sebab tak tahu lagi anak2 boleh terima ke tidak bilik sendiri.

Cat
Waaa..Bab ni paling mengujakan.
Anak perempuan mesti la ala2 pink, purple and beige.

Saya suke combination ni.

Pink + green

Or 

Pink + Purple

Pink pun bukan pink y betul2 pink tu.
Pink ala2 beige

Langsir

Harus lah matching dengan cat.



Bilik tidur anak Wardina Safiyyah.
Warna dinding and langsir yang matching.
Suka cermin juga.
Simple je.

So tu je benda besar yang diperluakn untuk bilik anak dara saya nanti.
So nantikan updatenya untuk siaran 2013 nanti.

Tuesday, December 4, 2012

Cooler Bag Review

Assalamualaikum.
Lama betul tak cerita pasal breastfeeding ni.

`Nak review skit pasal cooler bag yang pernah saya guna.

First Cooler Bag Moms Little Ones.

Beli 1 set dengan bag pack.
Lama betul guna. Dari zaman Kaseh lagi.
Banyak berjasa.

Then bila sekarang guna ais cepat cair. 
Dalm kol 6 ais pack totally cair dah.
Terfikir mmg begini atau jangka hayat cooler bag ni dah tamat.
Sebab selama ni simpan EBM dalam fridge then balik baru transfer masuk cooler bag.
Then sekarang memang totally harapkan coolerbag je dari pagi sampai petang.
Mungkin sistem kekedapannya sudah tidak berfungsi dengan baik sebab da basuh 2-3 kali jugak dah.


Then 2-3 bulan lepas pakai la cooler bag Autumn ni.


Murah je Rm19.90. 
Heran gak kenapa murah.
Tapi hasilnya tetap sama.
And dengan 3 ketui ais pack pun tak boleh tahan sampai petang dan susah nak organise dalam bag tu.


So dalam 2-3 minggu lepas pegi Littlewhiz.
Rembat terus cooler bag Autumn ni.


Sekarang Littlewhiz ada sale.
Harga asal RM46.90 tap lepas diskaun RM 37.50.
Review. 
Best walupun dari segi design ia hanyalah 4 segi.

Apa yang best?
Kat dalam ada getah dan y jaring2 tu.
Saya tak tahu apa tujuan sebenarnya.
Tapi saya buat untuk letak ais pack.


So saya boleh letakkan 4 ketui ais pack dan xperlu alih2kan bila nak isi EBM.
Sangat best dan buat proses kita sangat lancar sebab tak perlu keluarkan dulu aispack masukkan EBM pastu susun2 adjust2.

Then saya pernah terlajak balik lambat ais pack boleh tahan sampai kol 8 malam.
Lupa nak bgtau ais pack pun saya tukar ke autumn.
So EBM saya masih selamat disitu.

Yang lain xder apa sangat la.
So sepatutnya setiap manufacturer kena declare tahap ketahanan cooler bag.
Tapi mungkin jugak bagaimana cara kita kendalikan bag tukan.
Saya juga rasa kita tak boleh kerap basuh cooler bag nanti tahap kekedapannya akan berkurangan.
(Sila betulkan jika saya silap)


Monday, December 3, 2012

Minum Petang Dari Kaseh

Salam Isnin.
Masih belum sembuh sepenuhnya.
Esok mungkin kembali bertugas.

Petang Ahad, walaupun tekak terasa amat perit.
Nak makan pun tak lalu.
Tapi bangun jugak petang tu buat cekodok. 
Entah la terasa nak buat.

Yang dibantu oleh Kakak Kaseh Cayang.




Gigih dia kacau tebung cokodok.
Alhamdulillah tahap kesepahan dalam keadaan terkawal.
(yo la makcik tengok dalam tibi klu anak2 kacau tepong jo borsepah 1 romah, tu yang makcik takot tu)




Then buat air teh plak.
Lepas buat mama tuang la nak minum kat dapur.
Tak kasi.
Katanya nanti minum kat depan.


Inilah hasilnya.
Then dengan sopan santun pegi kejut papa.
"Papa, bangun, makan kodok"

Kaceh buat kodok untuk papa.

Apa aktiviti baby Awatif masa ni?


Pengcan.

Saturday, December 1, 2012

Demam

Sangat mensyukuri nikmat sihat yang tuhan berikan.
Dalam semangat yang membara untuk memulakan kerja selepas training EDP, tiba-ta Allah berikan ujian kesihatan.


Pagi Rabu bangun je kepala terasa berat,
tekak terasa "tebal". 
Masih ke ofis tapi pegi jumpa in-house nurse minta ubat sakit kepala and ubat sakit tekak.
Tengahari terasa makin teruk, sejuk yang amat.
Tido kat surau masa lunch tu.
Bila dah pukul 3 muka da ra bahang, minta kawan testkan kepala and dia kata mmg panas.
Kol 4 terus ke surau untuk mengepam and solat asar so kol 4.30 bleh terus punch out and g klinik panel.
Tak daya tertido kat surau dekat kol 5 baru bangun.
Cepat2 keluar and ke klinik.
Nasibaik parking senang dapat.
Dah tu menunggu lama pulak nak jumpa doktor.
Dekat 40 minit jugak sampai tertidur kat kerusi.

Jumpa Doctor, lain dari yang biasa.
Dia kata demam saya memang tinggi.
Terus dia kasi MC 2 hari.

SMS bos and SU, dpt MC 2 hari tapi klu OK saya masuk keje esok.
Wahhhh gigih sebab ingat sakit biasa.

OTW drive balik mmg xon aircond.
muka rasa kebas je.
cilok seboleh mungkin nak cepat samapi rumah.
Amik anak2.
sampai rumah terus pengsan.
SMS suami supaya cepat blik sbb xdaya nak melayan anak.

Kaseh merengek mintak susu dibiarkan aje sambil pesan tunggu papa balik.
Ya Allah, memang berbungkus je dalam selimut.
En Suami beli sup jamah sikit je.
Pastu terus pengsan.
Tapi ibu tetap ibu, bila samapi masa Awatif tetap disusukan.

Khamis, kepala berdenyut Ya Allah.
Tak sangka En suami balik tengahri lepas balik dari mahkamah.
Jamah nasi ayam sikit.
Memang melepek dalam kesakitan yang amat.

Pagi jumaat kemuncak sakit.
Samapi terfikir sakit beranak boleh lagi tahan sebab tahu akan keluar hasilnya.
sakit kepla ni tak tahu apa punca.
Call En Suami minta balik nak g klinik nak check apa sebab y sakit amat ni.
Jumpa doktor tekanan darah terlalu rendah 80/40,
so amik darah takut denggi.
Nk redakan sakit kepala tu memang basahkan kepala je memanjang.
And decide amik postant.
Petang dapat result darah tiada denggi.
Alhamdulillah.

mungkin sebab postant so rsa lega sikit tapi badan masih panas.
Hari ni, bila da tanda2 nak sakit kepla lagi saya terus amik ponstant.
Saya taknak bazirkan masa hujung minggu dengan tersadai je.

Dalam keterpaksaan masih mampu jemur baju, masak siakap 3 rasa and masak lemak pucuk meranti.
harap esok akan sihat sepenuhnya.
nak habiskan antibiotik je.