Pages

Sunday, March 31, 2013

Selamat Hari Lahir Yang Pertama Sayang

Alhamdulillah.
Sudah 1 tahun pinjaman Allah kepada saya Hannah Damia Awatif berada disamping kami sekeluarga.

Seindah namanya.
Yang memberi maksud Kesayangan dan Kercerdikan, dia menjadi kesayangan kami sekeluarga dan kecerdikan Awatif menjadi penghibur kami.
Terima Kasih Allah atas pinjaman ini.


Walaupun semasa melahirkan mu, ada kesukaran sedikit tetapi itulah bayaran untuk melahirkan anugerah terindah ini.

Semoga Awatif membesar dengan sihat, bijak dan dipenuhi dengan kebaikan.





Hari hari Pertama mu di dunia.





Hari Raya Pertama Mu

Hari ini, gelak tawa mu rindu mama di pejabat.







 Awatif,
Kehadiran mu melengkapkan hidup kami.
Awatif penghibur mama.
Terima Kasih atas kehadiran mu dan mama minta maaf jika ada kekurangan dari mama dalam membesarkan mu sayang.

Mama Love You So much.


Thursday, March 28, 2013

Blog Home Organising Baru dan GiveAway

Diselubungi Ke"eksitetan" berganda.



Pertamanya adalah, pemilik blog Sioca Kecil telah melebarkan kretiviti beliau dengan mewujudkan bblog khas untuk home organising.




Masa mula-mula tengok belog ni memang agak sentap.
Cantik dan mengagumkan.
Yang paling best bercitarasa tempatan.

Yang menambahkan lagi kesentapan makcik adalah entry kitchen cabinet.
Ingat show room mana.
Ropanya romah dia.

Sila lah lawat belog beliau, Puan Fizah.

Perkara kedua adalah, Give Away yang dianjurkan.
Hadiah menarik beb..!!!!


Jom lah join ramai2.
Jom ramai2 terjun ke dunia Home Organising dan buat blog lagi bagus.
Jom buat kominiti Home Organising.

(Ini bukan entry penyertaan Give Away.. hanya promosi.. Next week baru up entry penyertaan.)

Wednesday, March 27, 2013

Wish List Makin Panjang

Makcik nak salahkan citer "Cinta Bertamu di Abu Dhabi"
Kerana citer tu satu lagi wish list bercambah.
Tapi memang hanya santapan nafsu.
Apa yang di wish kan?
Gi Abu Dhabi?
.
.
.

Nope

Dating ngan Fahrin Ahmad
.
.
.
Nope
(Wlupun baru2 ni mimpi lari dari penjahat dgan Fahrin Ahmad)

Nak ada kilang beras macam Haji Ilham?
.
.
.
.
Semestinya tidak.

So apa ke bendanya?
.
.
.
.
Saya nak
.
.
.
.
.
Ni




Apa kaitannya drama ni ngan pinggan mangkuk?
Cer kenang-kenangkan.
Cer review..
Da berapa kali scene kat meja makan Fahrin Ahmad and Tasha Shila.
Mata I terpukau dengan set pinggan mangkuk 4 segi.
Sangat menangkap mata dengan susunan 4 segi ngan ngam ngam.

Makcik nak..!!!!!
Tpi jom berangan dulu.
InsyaAllah akan jadi kenyataan.

**Lama jugak tak citer pasa dapur. Ada beberapa update.
Tpi nanti saya buat photoshoot dulu br lum sum dalam 1 entry ye. Nantikan**

Bangun kol 3:36 am tanya pakcik google pasal mangkuk 4 segi tu.
Heeee...

Tuesday, March 26, 2013

Cocoa Collegen Power Plus

Sambung product review yang minggu lepas.
Nak cepat2 clearkan destop dari gambar-gambar selepas update semua hutang entry.
(Anyway ada ke yang tunggu update review kecantikan dari orang yang tak cantik ni?... Abaikan.. Teruskan syok sendiri)

Last week saya update pasal

dan
(Sebenarnya 2 entry ni saya schedule terbalik.. hahahahakan diri sendiri)

Next is.. Makanan Tambahan.
Mau Kak Non ni tak terjebak.
Biasalah manusia ni tak pernah cukup dengan yang ada.
Jika dulu "Cukuplah sekadar wajahku ini xder jerawat. Tidak kepinta lebih dari itu"
Tapi bila dah xder jerawat "Kenapa muka aku tak glowing blink blink.. Wajah kusam"

Ikut trens yang tengah hot sekarang ni adalah Collegen.
Macam2 product ada cocok, minuman, krim dan powder.
Setelah dipertimbangkan dari segi budget dan komitmen makcik yang memang   angin "M..." selalu bertiup so ku pilih 



Collagen Power Plus Drink

Pasal benefit secara jualannya silalah tanya Pakcik Google sendiri.
Kat sini saya just bagi point kenapa saya pilih product ni.

1. Mesra Mama Lynd.
Heee.. Sebab ada kopi dan ada rasa coklat (Nama pun Cocoa)
Mostly product collagen drink ni dalam bentuk Soya which is makcik xberapa gemau.

2. Murah.
Paling murah saya dapat 3 kotak Rm 45 untuk bekalan 1 bulan.

3. Berkesan kah?
Kalau baca benefit / promosi mmg sume product cemerlang gemilang.
Biasalahkan.. Nak jual barang.
Antara benefitnya bukan sekadar untuk kulit wajah tapi untuk 1 badan.
Saya ada masalah kulit tapak kaki pecah.
Bukan tumit ye, kat tengah2 tapak kaki.
Saya perasan bila minum ni pecah tu dah kurang.
Bila saya stop hari tu selama 1 bulan kaki dah pecah balik.
That's why saya consume balik bulan ni.

Antara kesan lain pada saya adalah,
sistem "peperutan" saya berjalan lancar.
Tiap2 pagi saya akan mengeluarkan isi usus saya secara konsisten.
Dan mungkin dengan cara ini juga badan saya tak menyimpan toksin yang boleh memudaratkan kemulusan kulit ku.
Ingat dulu nurse tempat keje marah saya bila saya tahan pembuangan,
 sound direct punyer "Patut la muka jerawat rupanya suka simpan toksin dalam badan"
Hamik ko..

Keberkesanan lain, no comment sangat la sebab xdapat ukur.
Saya minum 1 cawan sebelum tido.

Kalau yang mampu beli lah yang harga ratus ratan tu.
Saya hanya mampu beli yang ni je.
Mana nak beli?
Boleh cari kat kedai2 jamu n barang kepeluan ibu bersalin tu.
Saya tak jual ye.

So any question?
Just email me to sitinorhas_linda@yahoo.com

Monday, March 25, 2013

Disapa Tuhan

Assalamualaikum.
Kita mulakan minggu dengan cerita yang taknak diingat,tak nak dikenang tapi harus dijadikan peringatan.

Ada sesapa tak pernah merasa 1 kejadian yang sangat mengejut dan membuatkan kita tersedar dari kelekaan rutin hidup kita.

Saya panggil ia sebagai "Sapaan Tuhan"
Allah "mencuit" saya.
Cuba memberi peringatan.
Cuba menyedarkan kita dengan kejutan atau memberi kita "sentakan".
Supaya kita sedar.

Yup.
Saya menerima sapaan itu beberapa hari lepas.
Tanggal 21 March.
Malam.
(Tak nak ingat tapi cuba kenang sebagai peringatan)

cadang nak keluar dengan papa dengan motor nak cari barang skit untuk kenduri esoknya.
kuar nagn moto senang parking.
Kaseh merengek nak ikut.
So ku ajak je sebab seharian saya dah tinggal g amik adik.

Selesai beli barang, on the way balik, En Suami rasa macam tayar motor macam kempes.
Pusing kat petrol stesen kat kampung tak jumpa plak pam angin.
So teruskan jugak perjalanan balik.

Sampai sepruh jalan, seperti yang dijangka tayar motor pancit.
Disebabkan rumah dah tak jauh saya suruh En Suami balik je ngan Kaseh dan saya jalan slow2 sementara balik amik kete.
En Suami tak kasi sebab da malam saya nak jalan sorang2.
So dia suruh saya tunggu kat 1 kedai runcit ngan Kaseh.
So ok lah.

Sementara tunggu saya masuk dalam kedai ngan Kaseh beli air.
Nak tunggu gitu je segan.
Atuk kedai tu peramah je tegur2 Kaseh.
Then dah bayar say tunggu depan kedai.
Pangku Kaseh, borak2 gurau2.

Then saya nampak kete En Suami bagi signal.
Saya "Hah tu kete papa"
Kaseh turun dari pangku dan saya nak amik barang2 yang dah dibeli.
Hanya beberapa saat toleh saya terfikir nak pegang Kaseh sebab nanti buatnya En Suami masuk kedai tu tak nampak Kaseh.
Saya baru toleh saya tengok Kaseh dah melompat-lompat hala ke jalan raya sambil panggil "Papa..papa..papa.."
Allahu Akbar..
saya hanya mampu menjerit "Kakak..Kakak.. tunggu..tunggu".
Kaseh dengan gembiranya melompat2 ke jalan yang kereta yang memang laju.
Saya terfikir nak lari sekuat hati nak block kereta yang sedang laju ke arah Kaseh.

Saya boleh dengar En Suami menjerit dari dalam kereta di seberang jalan.
Jeritan saya yang terakhir "Melissa...!!!!!!!" 
Kaseh berhenti betul2 di line putih tepi jalan.
Kereta pertama terlepas dengan lajunya.
Kereta lain terus memperlahankan kenderaan.

Saya boleh nampak wajah2 orang yang dalam kereta yang memperlahankan kenderaan.
Saya terus tarik Kaseh dan peluk dia.
dan dia masih sengeh-sengeh.
Saya sempat toleh ke dalam kedai.
Atuk dan keluarga dia pun keluar.

Saya terus baling barang2 yang saya pegang dalam kereta dan masuk dalam kereta.
(Masih terfikir nak pegang barang2 tu)
En Suami terus jerit dan Kaseh menangis.
Awatif pun menangis sebab terkejut papa jerit kali pertama tu.
(Papa balik ambil kereta dan Awatif nak ikut)

Menggigil.
sampai kerumah.
Saya cerita benda tu kat mak and adik.
saya hanya mampu terduduk dipintu.
Saya masih menggigil.
Tak mampu nak bayang perkataan "Kalau...."

Saya peluk Kaseh.
En Suami marah saya sebab biarkan Kaseh.
Tapi saya rasa benda ni terjadi terlalu pantas.

Malam tu memang mood saya ke laut.
Tak daya nak ingat kejadian tu.
Phobia dengan bunyi kereta.

Ntah pukul berapa tido masa tu.
Asal pejam je terbayang kejadian tu.
Kaseh tido pun saya tenung je sbb "Kalau tak..."
saya mungkin tak dapat pegang Kaseh, tenung dia.
Allah.
Tak boleh nak bayangkan.

Kami suami isteri langsung tak sebut pasal hal tu sampai lah malam tadi.
Selepas 3 hari baru mampu sebut hal tersebut.
Kami memang sangat takut nak sebut "Kalau..."

En Suami cakap dia nak melintangkan kete tapi Awatif ada dengan dia.
Saya menjerit dengan harapan kereta yang laju tu akan dengar dan brenti.

Saya cakap "Ini Sapaan Tuhan"
Suami saya cakap "Ada sesuatu yang menyelamatkan Kaseh"

Kaseh berhenti betul2 di tepi line putih.

Allah.
Aku tak mampu bayangkan.
Apatah mengalaminya.
Terima Kasih atas sapaan ini.
Aku bersyukur atas pinjaman mu ini dan aku tak mampu untuk kehilangan mereka.

To all parent.
Beringatlah.
Keselamatan anak-anak tidak boleh diambil lewa walau sesaat.
Kita tidak akan mampu mengubahnya jika terlambat.

Friday, March 22, 2013

Hansaegee Nature : Charcoal Mineral Mask

Betul ke eja?
Ok seperti yang dijanjikan.
Review pertama untuk bulan ini.

Saya perkenalkan product dari Hansaegee Nature.
Dah lama juga "jumpa" product ni masa "Google" mengenai penjagaan wajah 1 ketika dulu.

Product buatan Korea.
Mula-mula saya tertarik dengan Nose Pack nya.

Tapi sekarang saya lebih jatuh cinta dengan barisan product mask Hansaegee nature.

Paling menjadi pojaan adalah Charcoal Mineral Mask.



Jika dulu saya pakai yang jenis peel off which is menyakitkan dan menakutkan anak-anak.
(Kaseh pernah menangis ketakutan masa saya pakai mask charcoal peel off pastu kena marah dengan En Suami dah tu nak tanggalkan susah)

Kenapa saya suka?
1. Memang saya cari product yang fokus on to reduce the pore size.

2. Lepas tanggal mask ni tak payah basuh, just urut baki2 cecair/krim yang masih melekat pada wajah dan biarkan kering dan tido.

3. The best part is bila bangun pagi wajah tak berminyak.
(Biasanya kalau saya baru lepas buat sesi facial sendiri kat rumah mesti bangun esoknya muka saya berminyak)

4. Senang nak tanggal bila tiba2 Kaseh terjaga.
(saya hanya berfacial bila anak2 tido sebab Kaseh masih takut dengan "topeng" hitam ni.

Cara Guna.

Senang je.
Pastikan anak tido (For those who have)

Basuh wajah, scrup (Saya suka guna tomato) dan stim wajah (kdg skip).
3 langkah diatas adalah untuk menyediakan kulit wajah dalam keadaan yang paling bersih supaya nutrien dari mask akan diserap semaksimum mungkin.

Then letak toner (Saya letak Serum Vitamin C Adha)
Then baru letak mask.

Biarkan selama 20 minit, buka mask dan urut kan wajah.
Then tido.

Kalau xtido xbleh ke?
Tips hasil dari research En Google " Selepas pukul 11 malam adalah waktu untuk kulit menyerap apa sahaja pada wajah dengan efektifnya"

Sebab tu kenapa pentingnya krim malam (yang saya selalu skip).
Lepas kol 11 malam tido la.
Anyway org yang bg tips ni pun ada anak ekcik jugak sbb tu dia bg cadangan buat facial malam.

Banyak lagi barisan product mask kat Hansaegee Nature.
Bleh tengok kat website mereka.




Wajah yang ditakuti Kaseh.
Oushhh.. Lopa nak bgtau yang mask ni macam kecik sikit.
Macam xpuas ati bila tak dapat tutup keseluruhan hidung.
Ke hidung jambu makcik ni yang terlampau besar???

Dan Dahi
(Ke dahi orang korea xjendol macam dahi makcik?)

So that's it.
Selamat menjaga kecantikan.

Thursday, March 21, 2013

Hansaegee Nature : Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack

Fuh.. Panjang betul namanya.

Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack



Sebelum ni saya memang agak buat tahu pasal nose pack.
1st sebab berkesan mana sangat la nose pack tu "menarik" kotoran dari pore.
2nd ada ura2 yang bila kotoran "ditarik" lobang akan dibiar terbuka untuk kotoran lain masuk? 
So?

Tapi dengan Nose Pack ni 
1st Boleh nampak tau macam jarum halus melekat pada strip tu lepas kita tarik keluar.
Yes..!! Ia betul2 menarik..

Boleh gi kat website Hansaegee Nature dan g ke bahagian review.
Ada org yang da siap review and ada gambar lagi rupa hasil "tarikan" tu.

2nd : Set ni didatangkan sekali dengan serum.
Lepas je "tarikan" sapu serum pada hidung dimana secara imaginasinya selepas segala kekotoran ditarik keluar, serum ni membantu untuk menutup ruang pori yang terbuka.

That's why saya konfiden nak guna nose pack ni.

Ok tips jimat nak shopping di Hansaegee Nature ni, sila pegi di bahagian Promotion.
Kat situ ada tawaran kombinasi beberapa product dengan harga yang lebih jimat dan harga termasuk dengan kos penghantaran.
Kalau nak pilih 1 per 1 yang mana berkenan pun boleh.

That all untuk product penjagaan wajah tambahan.
Minggu depan saya sambung lagi review product kecantikan.
Kalau Hansaegee Nature adalah dari Korea,
yang saya nak review next week dari negara lain pulak.
Ok. Selamat bercantik.



Note : Saya review seikhlas hati Sharing for Caring.
Saya tidak mendapat sebarang keuntungan dari review product ini.
Dan review saya adalah base on hasil dari penggunaan saya sendiri.
Hasilnya mungkin berbeza dari orang lain.

Wednesday, March 20, 2013

Product Review

Dah lama tak buat product review dan bercerita tentang kecantikan wanita.
Huaaaaa.. Ayat..

Bila tengok kat Popular Post, didapati bahawa entry yang paling mendapat tempat di hati peng"google" adalah 


Penjagaan wajah berjerawat.
Ada beberapa product yang masih saya guna sampai sekarang.
Kenapa? Ada product yang saya dah tak pakai ke?
Tak bagus ke?
Jawapanya adalah bukan.

Nak hupdate sikit yang saya sudah bebas dari product yang berkaitan dengan jerawat.
Kenapa? Saya dah xder jerawat ke?

Kalau last facial kat Herbaline bulan January hari tu dah xder komen " Kulit you jenis berjerawat" dan saya tidak lagi dicalit dengan pimples krim diakhir sesi facial... soooo... paham-paham sendiri la.
(Ayat belagak camni mmg tak lama makan tuan ni)

Boleh dikatakan 90% bebas jerawat.
Ada la yang sesat sesekali tu pun sebab saya mengabaikan penjagaan rutin sekejap.
Abai sekejap, naik cepat sembuh lambat.
Moral of da story jangan sesekali diabaikan rutin penjagaan wajah.
Dan sebenarnya once sudah sembuh, kita hanya perlu maintain je.

So since saya dah xder masalah jerawat ni saya da stop g facial.
So saya just maintain dengan facial sendiri kat rumah.

Ye betul.
Menyembuhkan tu mahal tapi nak maintain tu murah.
Rm 80 ringgit sebulan untuk facial tu mahal la bagi saya.
Heeee...

Apa product yang saya guna sebagai maintainance wajah setiap bulan?
Tunggu... beberapa entry product review yang akan datang.
Jangan risau.
Saya tak mungkir janji.
Semua sudah dischedule.

Nanti kan kemunculan yang ditunggu-tunggu..
Ada ke?

Tapi Ingat...


Minggu Istimewa

Minggu ni ada beberapa event dalam senarai.
Hari ni celebrate besday Kaseh and Awatif kat nursery.
Nnt i compile sume besday celebration anak2 sepanjang bulan ni.
(Punyer la ntah berapa kali kaseh tiup lilin)

Event pagi, lepas ni dalam lepas Zohor gerak balik kampung.
My only sister akan kawin on Friday.
Akad Nikah je, kenduri bulan 5.
So this week i just keje 2 hari.
Yeahhhhh..
Pastu coti..!!!

Gerak balik rumah ayah dulu then lepas maghrib baru gerak terus.
Disamping akad nikah adik, nenek excited nak celebrate besday cucu kat kampung.
Dari hanya nak beli kek makan family je, setiap hari ada je update.
nak panggil budak2 keliling rumah je, esoknya nak goreng beehoon je, esok lagi nak masak laksa je then tak tau la da jadi lagi besar dari kenduri akad nikah ke.

Kita tengok lah nanti.

Sooo... Minta maaf jika segala comment anda tidak diapprove sbb mungkin saya berada di kampung.
(Huh.. macam la ramai sangat nak comment)



Doakan kami sekeluarga selamat dan semuanya berjalan lancar.


Tuesday, March 19, 2013

Organise Office

Alang alang semalam da cerita pasal office dan terjumpa pulak gambar yang ntah bila snap tapi xbuat entry pun.

Just nak share camner saya organise drawer kat opis.
Jika dulu saya main lambak je ubat, Nescafe 3 in 1, dan sudu.
(Pun ada snap tp xtau letak kat mana)


So ada 1 gambar ni je la.

Ohoooo.. Tu je.
Minta Maaf.

Monday, March 18, 2013

Ciri-ciri orang berjaya

Please don't take serious for the statement.
Heeee..
Ingat tak pasal entry ni

Salah satu ciri-ciri orang berjaya adalah selalu sebut dan respond dengan ayat dan perkataan positif.
Salah 1 ciri-ciri lain adalah...

Mereka meletakkan gambar keluarga di atas meja kerja mereka.
Cer review balik citer2 melayu ke mesti ada letak family potret kat dalam opis.
Cer pikir cer pikir.

Dan saya sebagai stalker pun perasan MD, Plant Manager, dan beberapa manager lain pun ada letak gambar family kat opis.

Oleh yang demikian..


Saya pun letak jugak..!!!!!
Hehehehe..


Xder kaitan pun tapi cuba mengkaitkan jugak.
Saya tak pernah pun letak gambar family selain kat dari wall paper destop.
Tapi entak mana datang tiupan teringin pulak nak.



Masa 1st day gambar ni bermastautin kat meja saya,
nak balik tu saya xsampai hati nak biarkan Awatif tersengeh "sorang2".
Sudahnya saya tumbangkan frame tu.
Ada jugak terdetik nak bawak balik sebab xsampai hati nak tinggal.
Heeee..
Sekarang dah masuk minggu ke-2 saya dah mula biasa dengan gambar tu.
And you know what.. setiap kali pandang gambar tu hati saya selalu rasa "fresh".
Tak penat untuk meneruskan keje.
And saya rasanya minggu lepas adalah minggu paling tinggi utilization waktu keje saya.
Ohoooo.. sekarang saya faham kenapa orang2 berjaya itu berjaya.
Sebab mereka selalu bersemangat.
Kenapa mereka bersemangat?
Sebab jiwa mereka selalu "Refresh" setiap kali pandang gambar family kat tempat keje.
Sooo... Apa kata anda pun mencubanya.

Thursday, March 14, 2013

Bila terlampau tekun

Inilah hasilnya.



2-3 menjak ni busy skit kat opis.
(Xcited nak dapat bos baru?)

Banyak benda nak kena buat.
Nak kena finalize MES screen, display, downtime.
Hari-hari ada je email tugas tambahan yang perlukan urgent reply.
Benda gini y ganggu jadual keje asal.

2 RFA nak kena buat untuk budget tahun depan.
Huaaaa... banyak project nak datang.
(Tak payah pahamkan pun apa yang saya taip)

Bila masuk opis je berderet dah keje rutin.
masuk meeting menjawab soklan-soklan mencabar minda.
Banyak benda nak kena update.
Bila dah kol 3 otak dah jammed.

So keluar lah aktiviti taip nama ahli keluarga pastu tukar2 font.
Gambar diatas adalah printscreen.
Dah tak daya ngadap data, baik ku tatap nama-nama org kesayangan.

Apa aktiviti anda?

Wednesday, March 13, 2013

Saya Nak kurus..!!!

Dah mula stres..
Ntah berapa kali up topic nak kurus ni kat belog kasayangan ku ini.
Belog ini pun dah naik menyampah dah nak simpan keluh kesah wanita gemuk ini.

Makcik tiba-tiba sentap bila 2-3 hari lepas buat video untuk training convocation EDP.
Bila replay balik video tu tiba-tba terdetik "Wanita gemuk mana ni?"
Waaa...
Sebenarnya dah lama sedar i dah gemuk tapi saje nak buat-buat sentap.
Tanda-tanda kegemukan makin menyentuh jiwa bila uniform yang dulunya gedobos sekarang dah "selesa" dipakai.

Mungkin : Baju ni dah semakin mengecil.
Yang Pasti : Saya mengembang mengikut saiz baju.

Mau tak gemuk Cik Lynd kalau budak kantin tu dah perli 
"Satu hari akak makan berapa kali?"
Hampagas punyer budak.
Kalau bukan akak ko ni yang habiskan kuih ko yang asik keluar berasap-berasap tu sapa lagi nak habis kan?

Tak salahkan budak tu jugak.
Mau tak kena perli.
Pagi kol 8 tak pernah miss tercongok kat kantin makan nasi goreng ngan telur mata.
Kalau tak beli bawak bekal pun mesti tercongok jugak kat kantin tu.

Tengahari kol 12.45pm dah mula "Nasi, separuh, tray"
itu ayat biasa bila beratur kat kantin.
Lauk mesti penuh 4 petak tray tu.
Selalu kena perli juga "Huis, semangat nya makan".
Jawapan saya "Kalau panjang lagi tray ni mau nak isi lagi".

Siap main course, dessert lak.
Keropok lekor 2rgt ke, ubi ketuk 3 ketui ke.
Closing Kopi Mahkota Dewa.
2-3 kali gak dok ulang alik kat counter.
Mau tak kena perli.
Orang cakap gak "makan banyak takper sebab awak keje jalan dalam plant"
Dengan erti kata lain makanan y berlonggok tu kononnya akan digunaka balik masa keje nanti.
Takdernya.
Orang Engineering yang keje berpoloh smpai basah baju pun tak makan cam aku.

Tu siang.
2-3 menjak ni rajin pulan masak benda pelik-pelik.
Masak lomak tempoyak ikan tenggiri, ikan bakar cicah budu letak tempoyak disulami plak dengan ulam-ulaman.
Yang heran tu sedap pulak aku masak.
Ihikkk..!!!
Licin.
Sampai nasi kaseh pun dihabiskan sebab kesian tengok budu tak dilicinkan.
Huaaaa...

Nak tido baru rasa menyesal sebab menganiaya tubuhku sebegitu.

Action plan?
Ada beberapa tapi tak jalan-jalan.

Kat opis ada sorang mamat yang kaki gym.
Tengok makanan dia mmg Protein Diet.
Mmg untuk body builder.

So ada jugak la tanya2 dia pasal tips pemakanan dan exercise untuk kuruskan badan.
Dia mention pasal senaman "Burpee"
Sila google ye.
Haram tak buat sebab tengok pun semput.
Apatah lagi buat.
Anyway ada try buat exercise sndr kat rumah tp boring.
So he suggest pgi gym sbb kita ada commitment sbb dah bayar dan equibment pun cukup.


So terdetik pasal Fitness Studio on the way back home.
Kalau ikut plan secara kasar balik keje kol 4.30 smpi sana kol 5,
start exercise sejam kol 6 balik la.
Ermmmm.. anggaran kasar macam OK.
Yang cun lagi siap ada dancing, yoga n mcm2 la. 
Tpi kena ikut jadual.

Timbang-timbang, pintal-pintal terfikir option lain.
Puasa.
puasa belom habis ganti.
Kalau register gym bila nak puasanya?
So fikir2 balik habiskan ganti puasa dulu la.
Tapi tak mula2 jugak lagi sbb mungkin niat tu dahh tak ikhlas kerana ibadah.
Asik tak jadi je.

Apa da Cik Lynd.
So sekrang tak tahu mana nak mula.
Nak tahan makan mmg susah lah.
Nak kurangkan tu kena beransur-ansur.
Target kurus sebelum bulan 5 sbab nak nampak cantik di keduri adik kahwin nnt.
(Wei cik Lynd orang tu yang nak kawin awak yang nampak cantik apsal)
Harus lah.

Saya tau ramai yang sebumbung dengan saya.
Saya tau bukan saya sorang y gemuk.
Anda pun kan?
Jom kurus..!!!


Tuesday, March 12, 2013

Home Organising : 2013 Filing

Yes i know, already March 2013.
Baru nak update filing?

Alasan tak boleh pakai : I ikut calender fiscal year which start from April.

Alasan Sebenar : Ermmm.. tak berkesempatan.

Ok back to the topic.

Saya pernah update mengenai sistem filing saya dalam entry ni.


Lebih kurang setahun lepas.
Dimana setiap file adalah untuk setiap urusan.
But organising is all about improvement.
When i see the weakness (only for me) i will improve it.
Mungkin untuk orang lain lain pula caranya.

Last weekend saya buat setelah sebulan lepas segala filing saya pindah ke tingkat atas.
Yo lah, kena la confidential skit (Tpi bgtau kat sini).
Then setelah beberapa perkara dah di setelkan dan ditambah sy decide nak buat system baru.

Saya guna 1 file sahaja untuk semua update monthly and yearly.
Contohnya bil telifon, bil credit card dan untuk tahunan plak seperti bank statement dan insurance.

Mula-mula lambakkan dulu semua file.



Sediakan kotak kosong untuk "sampah"


Kemudian belek 1 per 1 yang mana boleh simpan dan yang mana buang.
Yang mana yang sudah fix seperti document kereta, rumah dan agrement bank saya kekalkan dalam 1 file yang asal.

Bil2 lama seperti 3 credit card yang sudah dipotong pun boleh buang.

So setelah di simpify yang tinggal hanya 1 file ini sahaja untuk bil.
Saya asingkan menggunakan kertas ni.
Saya tak tau nama apa.
Selain boleh tulis label di setiap helai,
ada 1st page yang saya boleh listkan terus.

Pada saya sangat senang dicari.

Dalam belek-punyer belek saya jumpa resit saya beli perabot masa mula-mula beli rumah ni.
Tengok date.
3/9/2009

Mula-mula ingat nak buang.
Tp bila pikir balik sentimetal value plak.
Simpan balik.


So hasil yang dibuang tak banyak sangat pun sbb sy mmg selalu buang klu mmg sah saya tak guna.

So siaplah sistem filing saya yang baru.
Tu je.
Bagaimana dengan sistem filing anda?