Pages

Sunday, June 30, 2013

{Sticky Post} Giveaway "Jom Menang Set Bekas Ikea!"

Cik Fizah buat hal lagi.
Bukan buat hal apa.
Dia buat GA lagi untuk blog Susun Atur Sioca.

Hadiah Best..



Apa kata jom ramai2 join GA ini dan follow 3 blog beliau dan semarakkan Fenomena Home Organising dan Susun Atur di Malaysia.

Thursday, June 27, 2013

I Love My Work Place

Ingat tak saya pernah cerita pasal pokok sena di kawasan kilang tempat saya bekerja.
Boleh refer sini.

Another reason why i love my work place.
The tree around the factory.
Love love love it.
Tak tahu la orang lain perasan ke tak.

Pokok ni.

 Serius tak tahu nama pokok ni.



Ni Isnin 

Ni Rabu.


Daun yang kering semakin banyak.


Cantik sungguh.

Macam musim luruh kat luar negara.
Jerebu lagi la membuatkan gambar jadi real.
Agak-agak kalau saya dok kat bawah pokok tu sambil pakai baju tebal mesti orang ingat saya kat obersi.

Menambah lagi keindahan kilang ni.
Bunga melur


Bunga ros.



Pokok-pokok ni ada sepanjang jalan dari tempat parking kereta ke kantin.
So pagi-pagi memang best menikmati keindahan alam kilang ni.
Heeee.. tu untung datang keje awal.
Dapat berlenggang ke kantin sambil tengok keindahan alam.
(Heeee.. Agak-agak orang lain yang keje kat sini sependapat ngan aku x? Heeee.. ke aku sorang je yang rasa kilang ni indah?)

Agak-agak korang percaya tak yang ni adalah kawasan kilang saya?

Wednesday, June 26, 2013

Kaseh Nak Botak Macam Papa..

Hais.. Anak.. 
kalau gi mana-mana ramai yang akan tegur rambut Kaseh.
Kerinting dan Perang.

Pagi-pagi memang kepuasan hati mama kalau dapat mandikan dan toncet rambut Kaseh.
Kadang2 sudah jugak nak pujuk Kaseh toncet.
Dalam bag skolah mmg akan standby 1 plastik getah rambut.

Tapi weekend lepas.
Saya dok kat bawah dengan Awatif,
Kaseh n papa kat tingkat atas.

Then Kaseh turun cakap 
"Kaseh nak botak macam papa"

Selamat.
Diguntingnya rambut depan.
Memang la papa dia baru gondolkan kepala, tapi si anak ni pun.. 
Haissss..
My mistake jugak sebab letak gunting bersepah..



Esok pagi gi skolah cuba juga toncet.
Gini la rupanya.

Sudahnya malam papa potong jugak bahagian lain.
Dah habis rambut curly anak mama ni.

Yang senang nak mandikan dia pagi2 la.
Da tak payah toncet.


Moral of da story jangan lletak gunting sepah2 ye mama..

Tuesday, June 25, 2013

Awatif 15 Bulan.. Masih Baby..?

Adakah budak yang berumur 15 bulan ini harus dipanggil baby.



 Rasa macam baby bila : 
Belum boleh bercakap. 
Hanya perkataan "Nak", "Bik", "Papa / Mama / Tatak" yang clear

Tapi :
Sangat faham cakap orang.
Kalau dok rumah nenek, bila tersebut je perkataan "balik" dia akan cepat-cepat salam semua orang.
Bila disuruh masukkan baju dalam bakul atau buang sampah, dia boleh buat.


Rasa macam baby bila :
Dari dapur ke depan pun nak mintak dokong.

Tapi:
Bila pintu terbuka laju je keluar tanpa disuruh pun.


Rasa macam baby bila: 
Memang pantang kalau nampak kakak dekat dengan mama.
Mama dia je la yang dia ada dalam dunia ni.

Tapi :
Bila datang anginnya,
Tatak adalah permata hati.


Ohhh.. Anak..
Sengehmu buat mama sasau..




Wednesday, June 19, 2013

Cerita Pokok Sena

Sapa sini tak kenal pokok sena?
Saya rasa tak ramai yang tahu pasal pokok ni walaupun banyak di sekeliling kita.

Pokok ni jenis yang pokok yang besar dan rendang.
Berbunga secara bermusim.
Dan wangi.

Saya suka.
Boleh dikatakan saya membesar dengan dikelilingi dengan pokok sena.

Masa zaman sekolah rendah.
Sepanjang pagar ada pokok sena, bila musim bunga saya ngan 2-3 orang kawan akan bawak bekal makan bawah pokok ni.
Walaupun pokok ni dekat dengan tong sampah dan bersebelahan dengan pasar basah dan kekadang bau busuk pasar menusup jugak ke hidung.
Ku rela jugak berkelah kat bawah pokok.
Cantik bila tengok bunganya gugur dan bertaburan dekat atas rumput padang.

Then sekolah menengah MRSM, lagi syok.
Boleh dikatakan sepanjang jalan dalam sekolah ada pokok ni.
Ni yang buat jalan jadi redup.
Bila musim bunga.. Allahuakbar cantik ciptaan Allah.
Atas jalan kuning je dengan buang yang gugur.
Petang-petang kitanrang kumpul2 bunga tu dan baling konon2 bunag tu gugur sendiri.
Cantik oooo...

Dan sekarang.
Tempat kerja sekarang.
Sepanjang pagar sempadan kilang sebelah.
Dekat sebelah kantin.
Depan surau.
Depan klinik.
Banyak pokoknya.
Tapi tak berbunga lebat.
Heran.
Pokok besar.
Tapi tak per.. Saya tetap suka.

Yang heran bila tanya kawan2 ada yang tak tau pasal pokok ni.
Even ada yang tak perasan pokok ni berbau.

Huhhh.. heaven ooo dapat cium bunga ni.
Kalau suami saya tanya nak bunga apa sebagai hadiah, saya nak bunga pokok sena.
Mana nak cari?
Hahahaha...


Inilah bunganya..



Pokok depan Klinik


Depan surau


Depan Kantin




 Impian jauh dilubuk hati, nak tanam pkok ni kat rumah.
Tapi semestinya rumah teres tak boleh.

Pokok sena.. kau tetap teristimewa..
(Bukan Pokok Sena Kedah)

Tuesday, June 18, 2013

Nuffnang : Saya perlukan bantuan anda..

Assalamualaikum

Saya nak tanya kepada sesiapa yang palkar kat sini.

Kalau kita nak masukkan iklan Nuffnang di blog ada 3 jenis kan?

Leader Board.
Skyscrapers
Large Rectangular

Kalau nak masuk 2 dari padanyan kena gi ke Edit HTML than Expand Widget kan?
Dan seterusnya masukkan kod yang di berikan?

Tapi masalahnya billa saya nak masukkan untuk blog Hidupku Rumahku Terurus,
bila ke edit HTML yang ni ke;uar.


Mana pergi Expand widget?
Ada sesiap boleh tolong?

Wednesday, June 12, 2013

Sila Buang Sampah Dalam Tong Sampah..

Tajuk serius bukan main.
Tapi bagi sesetengah orang fikir tu kecil.
Tapi as per tajuk.. Impactnya besar.

Rakan-rakan pernah tak lepak kat taman awam dan lepaskan anak main dan kita monitor je dari jauh.
Tapi perasaan tu masih tak konfiden untuk betul2 lepaskan sebab ini...





Sampah bertaburan di lantai.
Kulit kuaci, puntung rokok.

Kita risau anak kita kutip dan masuk mulut.
Ini untuk anak-anak kecil macam saya.

Mungkin masih ada segelintir kecil rakyat kita yang masih sampai hati untuk membuang sampah merata-rata.
Tidak ada perasaan sayang dengan keindahan yang ada dan dinikmati secara percuma.
Bagi kami suami isteri, kami rela simpan sampah dalam bag terlebih dahulu jika kami tak jumpa tong sampah.
Sayang dengan keindahan alam.

Ada yang terfikir "Ala takat aku sorang yang jaga tapi orang lain buang merata-rata juga, xder beza pun"

Kalau sorang fikir macam tu memang tiada kesan.
Tapi kalau 10 orang, 50 orang, 100 orang..
Impactnya besar.
Saya percaya yang buang sampah macam ni kat taman2 awam ni tak sampai pun 10 orang. 
Tapi impactnya kepada semua pengunjung yang datang ketaman tersebut sepanjang hari.

Ada idea tak macamana nak wujukan kesedaran mengenai penjagaan harta awam kepada masyarakat kita?

Friday, June 7, 2013

This is the time?

Setelah 3 hari attend training yang best.
Kembali ke sarang.
Biasanya selepas sesuatu training semngat untuk bekerja berkobar-kobar.
Tapi kenapa tidak untuk kali ini eak?
Adakah sebab...

It's the time to......
Ermmm... ayat mulia say "Looking for career improvement"

Hooo.. terpengaruh dengan En Suami.
Dia da beberapa ketika sibuk cari keje lain.
And finally, dia dapat and hantar la resign letter.
Kat tempat baru bab gaji ada increament la tapi yang paling penting, lokasi dan secure.
Company sekarang you cannot predict anything.
Company skrang strong tapi nasib individu tu x strong..

Tapi company sekarang offer gaji yang jauh lebih tinggi and offer post lain.
(Sebabnya sang suami kata keje sekarang terlebih load)
Sebenarnya ada la beberapa sebab lain.
So sekarang En Suami ada dalam fasa consideration.

So kepala ni mula la fikir nak keluar dari comfort zone skrg.
Nothing wrong with this company but it is just me..
Self satisfaction..

Erm.. Harus kah?
Saya mengorbankan keselesaan sekarang demi $$$$$$$..

Tuesday, June 4, 2013

Our 4th Anniversary

Merangka-rangka,
mencongak-congak.
Entry yang macamana nak dibuat untuk Ulang Tahun Perkahwinan Siti Norhaslinda dan Mohd Ridho yang ke 4 ini.

Tiada idea.
Tak per lah papa sayang.
We make it simple and cute.



Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke 4.
Semoga tautan kasih kita akan lebih erat walaupun berapa lama hubungan ini terjalin.
Semoga Allah memelihara ikatan suci ini hingga akhir hayat,

03/06/09 - 03/06/13


Monday, June 3, 2013

She Is My Sister

Tiba-tiba Shahdu.
Tengah belek-beleh FB adik, gambar-gambar kahwin dia hari tu.
Sorry to say that my sister such a beautiful lady.
Yes.



Photogenic and her smile is so sweet. 
Tengah belek-belek gambar.
Tiba-tiba keluar gambar ni.

I don't know about this picture.
Tapi air muka adik gambar sebelah kiri tu macam buat saya tersedar 
"Hey.. She is my sister"
Maybe without make up memang sangat menunjukkan air muka adik yang satu ketika dulu kami membesar bersama.
Mungkin bila dah remaja perjalanan dan pengalaman yang kami hadapi berbeza.
Tapi masa kecik rumah, katil, baju dan segala-galanya tiada beza.
Semuanya sama.


Mungkin untuk adik saya yang sorang lain ada sedikit berbeza kerana dia lelaki.
Tapi untuk kami memang hampir tiada beza.

Mula berbeza bila saya masuk asrama.
So kami terpisah.
Jumpa bila cuti sekolah panjang.
Macam saya citer dalam entry sebelum ni saya jenis jarang balik kampung.
Tpi biasanya baju raya saya serahkan dekat dia untuk decide warna.
Saya ikut je.

Sampai lah saya kahwin.
Saya ada kehidupan sendiri.
Tapi..
Sekarang..
Giliran dia..
Mungkin ini yang dia rasa masa saya kahwin dulu.
Saya tak pernah fikir pun yang saya akan rasa macam ni.

Bila saya tengok gambar dia dengan dengan suami dan keluarga mertua dia,
lagi saya rasa "Hey.. Tu adik aku.. Kenapa dia dengan orang lain?"
Tapi saya terus terfikir, mungkin itu yang dia rasa dulu.

Satu ketika dahulu...
Yang tak mungkin diputar kembali.








Adik,
Semoga adik bahagia dengan kehidupan baru.
Kami semua harapkan yang terbaik untuk adik.
Minta maaf kalau selama ni ada kekurangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kakak.
Kami semua sayang adik.



Huhhh... Dah basah baju dengan air mata ngan hingus.
Ok.. Bye..