Pages

Saturday, November 27, 2010

Hasrat Hati Seorang Ibu

Benda ni berputar-putar di fikiran since last weekend.
Selama ni ku dok risau kalau anak orang buat Kaseh di skool.
Tapi kejadian last week membuat ku membuka mata.
Kaseh da lama tak jumpa Arfan, sepupunya.
Asal balik je Arfan ke rumah mamanya.
Umur Arfan ni genap 1 tahun beza dari Kaseh.

Bila Kaseh jumpa Arfan dipanjatnya budak tu dan di pup..pup.
Ku terpikir kat nursery Kaseh kerjakan anak orang camni gak ke?
Soknya ku tanya Ummi.

Ummi cakap Kaseh ni lasak.
Dia mmg suka panjat2.
Suke amik barang kat tangan orang tapi bila kawan dia amik balik dia tak leh terima.
Aiyoooo.
Gundah gulana aku.
Salah didikan ke?
Normal ke untuk seorang baby yang berumur 9 bulan?

Ku tak nafikan ku bergurau ngan suami ku pun agak kasar.
Main pukul2.
Takut lak Kaseh tafsirkan itu sebagai berkasih sayang.
Ahai la.

Susah hati aku.
Bila baca2 pasal parenting mmg baby akan ikut apa yang ada dikeliling buat.
I know and realise i am not a good example to my baby.
Waaaaa.
Susah hati.
Tapi betul la.
Kalau kita nak orang jadi baik kita kena jadi baik dulu.
Waaaa.

Mama nak Kaseh jadi a good girl.
- Good Behaviour
- Talk nicely.
- Be patient
- Listen to mama and papa
- Know how to take care yourself
- Can control "DO" and "Don't" by yourself
- Always with Allah

Tinggikah harapan mama untuk Kaseh?
Layak kah mama minta Kaseh buat walaupun mama sendiri pun tak buat?
Kalau Kaseh baca entry ini mungkin waktu ini Kaseh da besar dan boleh berfikir.
Walaupun siapa dan bagaimana pandangan Kaseh terhadap mama, mama nak Kaseh tahu, yang mama sentiasa inginkan Kaseh jadi yang terbaik.
Bukan untuk mama.
Tapi untuk Kaseh.
Mama minta maaf kerana mama bukanlah ibu yang terbaik untuk membentuk Kaseh yang terbaik.
Mama sayang Kaseh sangat2.

Nursing Room - On Discussion

Walaupun blum kompom tapi ku da berbunga-bunga.
Tadi masa g mengepam kat klinik, bos klinik datang (HRD la)
Dia kata ni perjumpaan ibu2 menyusu ke?
Sebenarnya sorang akak ni tunggu turn nak mengepam sebab dia tertinggal pam
so kena pakai pam aku.
So nampak la crowded skit kat dalam bilik nurse ni.

So secara tak sengaja terkeluar la cadangan untuk membuat nursing room.
Sebabnya untuk yang pakai letrik akan bermasaalah sebab kat bilik rehat takder plug.
So menempel kat bilik Doktor.
Bila ktrg mengepam orang lain nak check blood pressure pun tak leh.
Dan kadang2 bila nurse tak der so kitrang pun melilau cari port lain.

Dan cadangan untuk nursing room tu diluluskan oleh bos.
Nanti ku snap gambar bila nursing room tu da siap.
Bagus tol kilang ni.

Friday, November 26, 2010

Cerita Cuti Sekolah

Apa la kaitan cuti sekolah ngan Mama Kaseh ni.
Walaupun orang panggil cuti sekolah Kaseh still need to go to school.
Selagi mama berkerja.
Kaseh tak kisah kan?
Kat skool Kaseh ramai kawan kan?
Kaseh nak jadi budak pandaikan?
Mama selau dengar Ummi ajar A..B..C..1..2..3..
Baca doa dan sembahyang.
Kaseh jaga diri eak.

Apa aku melalut ni.
Ku suka cuti sekolah.
Jalan tak jem.
Bahagia.
Pagi2 gerak kol 7.00 am kol 7.30 am ku da berlenggang ke kantin.
Kalau tak delay gak la 10 minit.
Kadang2 ku terpikir apa la kaitan budak sekolah dengan lalu lintas?
Adakah kereta2 cikgu mempengaruhi bilangan kenderaan dijalan raya?
Adakah ibu bapa yang menghantar anak2 g skola on da way g keje,
tak perlu berkerja bila cuti skola?
Entah la.
Tapi ku suke.
Lagi 1 bila cuti skola ku takyah ikut jalan jauh untuk balik umah.
Sebab jalan menuju ke rumah ku lalu depan skolah.
Time aku balik lebih kurang dengan waktu budak skolah kuar untuk sesi petang.
So mesti sangkut punyer la dengan kete parents and budak skola melintas.
Walaupun ada jejantas, dorang tak guna.
Sebabnya klau cross terus 2-3 langkah da sampai seberang.
Kalau jejantas mau 5x ganda jarak.
Kalau aku pun pilih cross terus.
SO nak balik pusing la jauh skit nak elak jem.

Tadi g klinik jap amik ubat selsema Kaseh.
Musim budak berkhatan.
Macam2 pesen.
Ada yang masuk separuh patah balik tarik tangan ibu
"Mama, jom balik"

Ada yang menakut2kan adik2 dorang.
Tadi ada time srg ni dok menakut2kan adik dia,
skli kuar budak lain dr bilk doktor buat muke selamber je,
siap2 kipas2 lagi kain pelikat, dia pun jerit
"Aik, selamber je dia. Tak sakit ke?"

Sume orang gelak.
Macam peil la.
Budak2 zaman sekarang da tak takut kot.
lagi trend berkhatan beramai2 lagi la nak prevent perasaan takut budak.

Teringat kisah adik lelaki ku.
Adik ku kembar laki-pompuan.
Dorang rapat sangat walaupun berlainan jantina.
Mandi-tido pun sama.
Bila berkhatan mak da tak kasi tido n mandi sama.
Susah gak la nak pisahkan dorang.
Tapi lama2 ok la.
Tapi bila da besar suke sangat gaduh.

Yang tak best cuti skola ni lak, shopping complex penuh even weekday.
Semalam ku dipaksa bos g Sunway Piramid antar camera department y rosak.
Da la tak aksi g berpasangan.
Ku da la tak pernah g sendiri.
G pun orang bawak je.
Parking penuh.
Tak jumpa kedai camera.
Tak jumpa pintu parking.
Hais Tension.
Ku mmg tak suke g mall yang sesak.

Huhuhuhu.
Tu je la citer cuti skolah.
Nanti Kaseh da skolah sok tak tau la apa ceritanya.

**Bebelan hari jumaat**
**Tension sebab sok kena keje**
**Berdebar menunggu keputusan sesuatu yang akan mengubah perjalanan hidupku**
**Mama Rindu Kaseh**

Thursday, November 25, 2010

Nyee Kaseh Nak Datang



Nyee?
Apa tu.
Moyang la.
Nenek ku.
Ancestor.

Moyang Kaseh nak datang.
Hari tu masa balik raya haji ku ajak la dia datang.
Patu dia kata dia tak larat.
Dan ku pikir kalau nenek datang pun nanti ku keje camner.
Dan memandangkan aku akan "bercuti" panjang.
Ku da book tiket kapa tube untuk nenek.
Besh..besh..besh..
Seronok sangat.
Tadi tepon dia.
Dok kata berapa hari lagi eak.
Tak sabar nak tunggu.
Apatah lagi aku.

Huhuhuhu.
Balik raya hari tu dia kata terasa cam nak g pantai.
Ku bawak la g pantai.
Seronok bukan main dia.
Dia kata da lama dia nak datang tapi xder orang bawak.
Mau taknya.
Mesti orang ingat dia main2.

Seronok2.
Toing
.
.
Toing
.
.
Toing.

**Mek jaga diri leklok. Makan ubat. Minum Susu biar tulang kuat. Nanti bleh datang sini**

Wednesday, November 24, 2010

Urutan Sebelum Mengepam Bersama Lovebaby

Best..Best..Best..
Masa mengepam tadi ada sesi mengurut ngan Cik Fid Lovebaby.
Best.
Dapat banyak tips.
Terutama tips mengurut.
Terpaksa amik gambar tukang urut je la.
Yang diurut takleh le.
Antara tipsnya mengurut adalah:
1 - Urut bermula dari belakang leher, bahu dan ke dada sebelum mengepam.
2 - Pastu urut di bahagian areola dan picit skit nipple kasi kuar susu.
3 - Pastu pam.
4 - Bila da tak susu tak kuar stop pam dan urut lagi.
5 - Bila dok lepak2 kat umah dengan pasangan boleh la minta dia urutkan kat belakang.
6 - Atau pun bleh la g mengurut 1 badan.

Fakta yang baru ku tahu :
1. Buat power pumping kena buat beberapa kali baru nampak hasil.
Untuk kali pertama mmg tak berapa nampak hasilnya.
Teruskan dan anda akan nampak hasiknya.

2. Bila pam tak ikut jadual, contohnya tiba2 kita nak mengepam time2 subuh, hasilnya tak banyak sebab badan tak biasa dengan schedule baru.

3. Banyakkan makan ulam-ulaman terutama yang pahit yang bertindak sebagai milk booster.

4. Pengeluran susu bergantung dengan emosi si ibu.
Bila makin petang hasil da makin berkurang sebab kita kita berkerja dan penat.
Yang penting relax.

5. Peralatan mengepam tak perlu dibasuh setiap kali guna.
Hanya perlu letak dalam bekas tertutup pastu letak dalam peti ais.

6. Boleh mengepam dimana sahaja.
Boleh gunakan ponco, selendang, dan nursing cover untuk menutup bahagian
yang patut ditutup.

7. Even nenek pun boleh menyusukan.
Ini disebabkan oleh setiap wanita yang pernah menyusukan umpama kilang
yang berhenti beroperasi sebentar.
So bila diperlukan boleh on balik menggunakan kaedah2 yang diperlukan.

So far tu je yang ku ingat.
Terima Kasih Cik Fid.
Jasamu dikenang.

**Walaupun kami bekerja di kompani yang sama tapi lain bangunan so jarang
/ tak pernah jumpa direct**

Tuesday, November 23, 2010

Idaman Ku

Waaaa.
Bleh tak ku inginkan ini?
Credit to Uncle Google

Mampu kah?
Hahahaha.
Rasa cam badan ni da berat.
Da tak fit da.
Lemau je.

Orang kata joging je la.
Free je.
Tapi alasannya adalah.
Bilanya nak g joging?
Kaseh cmner?
En Suami nak ikut ke?
Takkan nak tinggalkan anak, rumah dan suami ku?
Kalau benda alah ni ada kat umah,
pagi2 sebelum anak bangun leh la berjoging dulu.
Hahahahaha.
Alasan tu sume.
Takut 1 lagi jadi gajah putih.
Beli riban2 dok tersadai.
Baik ku buat cabinet dapur.
Hahahahah.
Cok lindot.

Dok pikir ruang masa dan tempat yang membolehkan aku
bersenaman secara tak sengaja.
Buat keje rumah macam mengemop dan menyapu , der la ku buat hari2.

Yang terbayang sekarang ni aku nak berjalan keliling kilang sebelum masuk opis.
Tadi ku kira langkah aku dari parking ke opis lebih kurang 1000 langkah.
Aku jalan laju skit so terasa gak la mengahnya.
So kalau aku pusing 1 kilang mahu 5000 langkah.
Sebab aku dari parking ke opis lebihkurang 1/5 ukur lilir kilang.
Hahahahah.
Apa punyer pengiraan daaaa.
So kita try dulu la eak.

Bukan setakat nak kurus je.
Nak kasi fit skit dan bersemangat.
Ni buat keje skit semput.

Dalam kepala sekarang oikir nak kurus je.
Mau taknya kalau da dalam 1 minggu cuti ku da naik lebih sekilo.
Dengan tanpa segan silunya ku mengaku yang berat ku pada
23 November 2010 adalah 63kg.
Target nak 55 kg.
Berat sebelum pregnant.

Ku tak salahkan dunia dengan keadaan ku ini.
Ku slahkan perutku dan seleraku yang buruk lantak ni.
Tambah lagi sekarang masak je kat umah so untuk megelakkan pembaziran kena la habiskan.
Waaaaaa.
Salahkah aku?

Huhuhuhu.
Majalah rapi bulan ni yang gambar Ilyana ada 100 tips untuk diet.
Nanti ku kongci2.

Pssst :
Xder sapa nak hadiahkan treadmill kat ku ke?
Doakan kejayaan ku untuk kurus.

Monday, November 22, 2010

Tag : Istilah / Bahasa dengan Anak

Layak aku nak buat tag.
Tapi nak try gak.
Ini bersempena dengan da ada anak ni.
Aku dok pikir2 sesetengah benda tu perlu kita guna perkataan yang
sesuai bila berinteraksi dengan anak.
Tak boleh terlalu direct.
Supaya bila kita sebut bunyinya sopan je.
Antaranya adalah:

1. Private Part
Boy -
Gurl -
2. Punggung
3.Buang Air Besar
4. Buang Air Kecil
5. Pukul
6. Tido
7. Breast Feeding
8. Makan

Dan Jawapan Ku adalah :

1. Private Part
Boy - Bird
Gurl - Tu
Aku tak tau the best word nak guna.
Ada kawan ku sebut "Special", "flower" dll.

2. Punggung - Montot

3.Buang Air Besar - Uk-uk

4. Buang Air Kecil - Tencin

5. Pukul - Pup

6. Tido - Babom

7. Breast Feeding - Nenen

8. Makan - Mamam

So far tu je la.
Jom kita buat beramai-ramai.

Sy nak tag :
Umialya
Imaan09
Ayu
Naluri Seorang Wanita

Dan sesapa sahaja yang sudi membaca rumah keceq sy ni.
Pastu tinggal je komen kat sini nanti sy jenguk2 rumah2 anda.





SyamilaMohd's Giveaway

Di Tag oleh Umialya untuk join GA ni.
Da lama tak join.
Klik sini untuk detail.

Friday, November 12, 2010

Kangaroo Sudah Sampai

Ni penangan hadiah Imaan09 la.
Ni citer bag yang dibawak oleh En Kangaroo.
Semalam.
Pas je baca n3 hadiah otw.
Terus telepon akak lobi.

Dia kata blom.
2 jam kemudian call lagi.
Dia kata blom.
Tak puas hati.
G tanya sendiri kat lobi.
Memang sah tak der.

Pagi ni.
Dapat panggilan.
"Linda, ni ada barang untuk awak!!"
Tanpa usul periksa
"Ye kak, saya datang sekarang juga"
Hati kembang bermangkuk2.

Bila sampai sana akak tu buat selamber je.
"Mane barang saya kak?"
"Xder pun barang awak"
"Habis tu sapa yang call saya tadi?"
"Ntah, akak tak call pun"

Pastu baru ku terpikir sapa yang call eak.
Suara lain je bukan suara akak lobi.
Yang aku terperasan lagi, orang tu call direct hp.
Biasanya lobi call tepon opis.

Tak puas hati.
Singgah klinik.
Pinjam telipon.
Call security.
Terpikir yang takut kanggaroo tak leh masuk sebab antar barang personal.
"Ada sesapa yang call Siti Norhaslinda tak?
"Kejap eak"
Dok dengar dia tanya orang lain "Ada sesapa yang call Siti Norhaslinda tak?
" Takder"
"Ok, terima kasih"

Keciwa.
Kat receiving kot.
Ntah2 kanggaroo tu antar g recieving kot.
Kanggaroo mabuk ke.
Call receiving.
Tut tut tuuttt...
Xder orang angkat.

Nak kena menapak ke recieving la ni.
Rasa cam nak pinjam basikal pak guard je.
Kilang ni beso.
Nak ke reciving tu mak aiiii jaohnya.
Da la ada kutub utara kutub selatan punyer reciving.
Nak kena decide nak g yang mana dulu.

Sampai je ke reciving first.
"Kak, ada barang saya?"
"Ada, tu ha"

Keciwa.
Benda ni yang datang.
Sample dari supplier.
Ngok ngek tol.
Tu la tanpa usul periksa.
Main terjah je.

Tau tak, untuk mencari tu perjalanan ku ntah berapa kilometer.
Dari opis ke lobi --> Klinik --> Reciving --> Opis balik.
Tau tak lebih kurang 2KM.
Kurus makcik.

Dah tu.
Kol 12 pm ku baru nak g klinik untuk mengepam.
Tepon bunyi.
"Linda, barang awak da sampai"
Sah suara akak lobi.
Hehehehe.
Akhirnya yang ditunggu dah tiba.


Ku da gayakan g Giant 13.
Sume orang yang aku jumpa ke selisih yang aku kenal sume aku tayang.
Tak kira.
Nak jugak.
Lebik2 lagi yang ni.

Hehehehe.
Psst : Dok berkira2 nak buat bag skool kaseh ke bag mama g keje.
Hari ni aku dok kejar kanggaroo je.


Hati Berbunga


Wink..Wink.. Wink..
Hasil tenusu ku masa ku pam kol 10.00am td.

10 oz ye kawan2.
Setelah lama ku tak merasai saat2 begini.
"Apa makan?"
Tu antara soklan y ditanya.
Huhuhuhu.
Macam2 ku buat.
Power Pumping.
Pam sekerap 1.5 - 2 jam sekali.
Tak kisah la hasilnya 2 oz skli pun.
Dan..
1 lagi petua yang dikasi oleh Imaan09 yang agak tuuuttt.
Tanya dia sendiri.

Dan begitu la hasilnya.
Alhamdulillah.
Kuasa Allah.
Dia nak tengok macamana hambanya melalui ujian yang diberikan.
Apa yang kita buat.
Sapa lah kita tanpa ujian.
Permata hati mama.
Gaya Kaseh tido malam tadi.

Ni pagi tadi.
Nak g skool.
Papa cayang Kaseh pun Kaseh tak bangun.
Ngantuk sangat ke sayang.
Sekarang Kase da pandai pegang mama kuat2 masa Umi nak amik Kaseh kat skool.

Kalau mama balik keje, Kaseh nampak mama gate.
Kaseh hantuk2 kepala kat sliding door konon2 nak g tempat mama.
"Sayang mama, itu cermin. Kaseh leh nampak mama tapi Kaseh takleh lalu ikut situ"

Panjat tangga tu da jadi peberet Kaseh.
"Bahaya sayang"

Apa2 pun Kaseh permata hati mama.
Kaseh penyeri hidup mama.
Kaseh permata hati mama.
I Love You Sayang.








Thursday, November 11, 2010

Contest Berapa Nilai Kami?


Jom kita join contest ini.
Dan Mari Kita teka.

1. Harga untuk Sticky board
Rm 15.00

2. Hand Made Bag
Rm 27.00

Mari Kita Coba Nasib.

Tukar Port Mengepam

Hohohoooo.
Sekarang ku da tukar tempat mengepam.
Ku mengepam kat klinik.
Sebab?
Dapat menjoyah sambil mengepam.
Hehehehehe.
Pam sambil berborak dengan Puan Misi.
Macam2 citer dari hal anak dan pengalaman dia keje kat hospital.

Kadang2 mengepam secara berjemaah dengan Kak Umi.
Mummy kepada Maryam.

Apa motif n3 ni?
Ye.
Tujuannya adalah TUKAR PORT MENGEPAM.

Wednesday, November 10, 2010

Ku Nekad..Ini Keputusan Ku


Kaseh g check up untuk 8 bulan hari ni.
Check up je.
Tak cocok.
Berat 7.8 kg.
Patut la tangan mama lenguh kokong Kacih.
Ta beca ta.

Ku kasi 5 bintang kat Klinik Kesihatan Meru.

Layanan staff
Sangat manis mukanya.
Tak seperti yang dimomokkan sebagai gamen servant y lain.
"Kaseh da pandai buat apa?"
"Hai sayang'"
Sejuuuukkk ati mak ni ha.

Keefficiensiannya
(Efficiency)
Saaaangat la bagus dan mabeles.
Kalau orang lain g klinik kerajaan siap kena amik half day lagi.
Cam biasa kol 7.30 am ku da tercongok kat depan klinik tu.
Dan biasanya pintu da bukak.
Dan Kaseh akan dipanggil la untuk timbang dan ukur tinggi.
Kol 8 sharp angka giliran akan berbunyi untuk kita jumpa nurse.
Kol 8.25 am sume setel.
So ku just amik time slip.
Hari ni Kaseh tak cocok so awal la.
Kalau cocok atau jumpa Dr tambah la lg setengah jam.

Ku pernah g konon2 nak g private ospital la.
Appointment kol 9.00 am kalau g awal pun kol 9 jugak dia suruh register.
Nak menunggu tu pun 1 hal.
Sudahnya dekat tengahri jugak la setel.
Ermmmm..
Sudahnya ku cakap kat En Suami kita g gomen la.
Tak payah amik cuti.
Perrrriiii lagi
**It's not all about the money**

Apa sebenarnay yang aku nak citer?
Ouhhh.
Pasal perkembangan Kaseh.
Tadi masa jumpa nurse dia kata Kaseh da 8 bulan so da tak payah blender nasi.
Da bleh kasi y kasar.
Ouhhhh..
Anak mama da besar.

Kebetulan lak aku memang mengalami konflik dalaman dalam penyediaan solid food Kaseh.
Sekarang ni ku kasi dalam bentuk begini.
Di blender.
Tak kisah la campur carrot ke, ikan bilis, brokoli, kentang dan ayam.
Dalam 3 bekas untuk 3x makan.

Tapiiiiii..
Aku tengah nak mengkongsider da taknak bekalkan.
Sebab skool kaseh ada gak sediakan makanan u baby lain.
Mama Kaseh je yang terrajin sudaaa.

Tapi Lagikan.
Apa laaa jasa yang mama Kaseh ni buat kalau Mama tak bekalkan air tangan
pengikat rasa ni untuk Kaseh.
Lagi pun ku tak tau apa y Kaseh makan
Apa yang Kaseh suke
Apa yang Kaseh tak suke.

Sooooo..
Hari ni ku nekad.
Seiring dengan matlamat penyusuan ku.
Ku akan terus menyediakan makanan Kaseh sampai dia berumur 1tahun at least.
Dengan kaedah baru seiring dengan perkembangan gigi Kaseh yang 2 batang tu.
Mama Sayang Kaseh.

Power Pumping

Apa la Pn Linda ni buat malam2 blum tido.
Ku tengah ber powerpumping.
Da 1 jam.
Sesi ke 3.
Hasil?
2 oz je.
B rasa penuh tapi susu xnak kuar.
Blum cukup relax kah?
Badan ku kompius kah?
Apsal la tuan aku ni mengepam lak time2 gini.
Wahan cik badan, I need more milk.
My cuty muty baby need my milk.
So please up up up the production.

Sok Kaseh checkup 8 bulan.
So tak la rushing sangat nak g keje.

En Suami tido berdengkur dengan hebatnya.
"Dia saaaangat menafikan y dia tido berdengkur"
Anak si permata hati tido dengan lenanya.
'Gerrrraaammm mama tengok"
Mau tak lena, malam ni pecah rekod panjat tangga samapi step y ke 6.
Biasa step ke 3.
pastu main buai2 dalam kain pelikat papa.
Siap hayun2 kaki lagi.
Nanti Kaseh besar sok mama tunjuk videonya eak.
Ingatkan mama eak nanti.

Segala khazanah dalam blog ni adalah untuk Kaseh.
Diari mama untuk Kaseh baca bila Kaseh besar sok.
Jika mama tak berkesempatan nak ceritakan sendiri,
mungkin blog ni la harta mama untuk Kaseh.

Mama sayang sanagt kat Kaseh n Papa.
Mmmmmuaaahhhh.

***Alamax.. Citer power pumping ntah ke mana citer Kaseh yang datang**
Dok tunggu next session jap lg.

Tuesday, November 9, 2010

Terima Kaseh

Terima Kasih Kapada Allah kerana mengurniakan anak untuk menyinari hati ku.
Mengurniakan suami untuk menemani ku.
Ku syukur atas segala kuniaan-Mu.
Ku terima ujian-Mu dengan hati yang terbuka.
Apalah kebahagiaan tanpa ujian.
Berikanlah aku kebijaksanaan dan kekuatan.

Amiiiinnn

Tips Breastfeed 3 : Breastfeeding Di tempat Awam


Ni untuk Fara.
G tengok dia ari tu dia tanya camner nak kuar kalau breastfeed anak.

Fresh EBM
Pam siap2 kat umah atau dalam keta.
Susu bleh tahan selama 4 jam pada suhu bilik.
So if baby nak dalam masa tu bleh la kasi.

Chilled EBM
Bawak chilled dari rumah.
Bila baby nak nenen bleh guna warmer atau bawak termos air panas.
Tapi ni banyak perkakas dan perkakus nak kena bawak

Direct feeding
Ni yang biasa ku buat.
Bawak susu gantung je.
Ni memerlukan skill.
Y bermasalh skit masa nak sumbat masuk mulut anak je.
Kalau dia da melekat da ok da.
Ada beberapa cara.

1. Pakai pakaian yang longgar supaya aksi selak menyelang senang.

2. Pakai tummy cover.
Untuk mengcover perut yang gebu gebas itu.
Bleh pakai tube tapi pakai kat perut.

3. Nursing Blouse
Ada macam2 jenis da sekarang ni.

4. Bawak selendang

5. Cover pakai tudung

6. Praktis depan cermin camner nak selak baju tanpa terlalu terdedah.

7. Mintak suami cover.

8. Cari tempat yang bukan tumpuan orang ramai.

9. Praktis nenenkan dalam ringsling sambil berjalan.

10. Jangan pandang orang.
Buat tak tau je.
Masa mula2 selak baju tu je tengok keliling ada orang pandang ke tak.
Da selamat buat tak tau je.
Jangan melilaukan mata.

Apa2 pun kena kompiden dan abaikan segala mata2 gatai.
So far ku tak pernah lagi la jumpa org yang camtu.
Or orang tak perasan ku tengah bf anak.

Kaseh yang asik melekat je masa mama n papa nak celebrate our 1st aniversary.





Tips Breastfeed 2 : Mula Bekerja

Apa yang perlu anda tahu dan persiapan sebelum mula bekerja.

1. Simpan EBM dalam kuantiti yang ngam2 u skli nenen.
2.0 - 2.5 oz.

2. Kalau bleh praktis dulu la antar g bbsitter / nursery untuk 1 minggu.
Ni untuk kita estimate berapa banyak EBM untuk bb comey kita minum dlm 1 ahri.

3. Ajar / briefing dulu bbsitter mengenai pengurusan EBM.
Lagi cantik buat dalam bentuk kad.
Includekan cara memanaskan dan "Do / Dont's"

4. Untuk permulaan bekalkan 5-6 botol sehari.

5. Cairkan
Untuk menyenangkan bbsitter cairkan dulu frozen EBM kat umah.
Contohnya turunkan frozen EBM ke bahagian bawah pada malam hari.
Biasanya belum fully cair.
So bleh cairkan dibawah aliran air paip.

6. Numbering.
labelkan pada botol yang mana perlu dihabiskan dulu.
Sebabnya untuk frozen EBM hanya bleh digunakan dalam 24 jam.
So utamakan yang frozen dulu.
Yang chilled klau tak habis bleh guna esoknya kalau kita mengamalkan EBM secara OPTIMUM.

7. Post Mortem
Tanya bbsitter ada problem ke tak.
Mungkin dia memerlukan warmer.
Atau mungkin dia nak kita kasi dalam kuantiti yang lebih.
Kalau boleh biar bbsitter ikhlas dan tak rasa terbeban menguruskan anak kita.

Wednesday, November 3, 2010

Hati yang Lemau



Huuuu..
Seperti yang dinyatakan diatas.
Tapi seboleh mungkin taknak merintih di rumah keceq ku ini.
Nanti Kaseh da besar sok dan da tau baca nanti,
Kaseh baca blog mama.
Nanti Kaseh pikir mama Kaseh ni seorang yang lemau.

N3 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada otak dan jari melakukan apa yang dia suka.
***Apakah ini y aku suke?***

Tak la.
Bukan suke.
Tapi just looking for something dats make me realise.

Tarik Nafas.
Fuhhhhh
Tarik lagi
Huuuuuuu
Lepas..
Fuhhhhh.
Disulami Putttttt.
Hehehehehe.

Sok cuti.
Kilang ni mmg 1 mesia.
Cuti awal walaupun orang lain y berhari raya.
Tapi nnt ganti la.

Da 2 hari.
Da 2 hari lunch time aku terpaksa berkejar balik ke skool Kaseh sebab kasi bekalan EBM tak cukup.
Kaseh sekarang minum kdg2 3 botol.
Kadang 4.
Aku y mmg la teramat bizi ni asik terskip pam.
Bila 1 hari kacau schedule
so hari2 lain akan tergugat.
Inisiatif untuk mengepam malam mmg HANCUS cik lindot.
Samapi bila aku harus hidup sebegini.
Waaaaaaaa...
Kaseh.
Maafkan mama.

2011 menanti
Huuuu...
Da akhir2 tahun gini kepala ligat memikirkan apa nak buat tahun depan.
Impian dan cita2 banyak tapi takut tak terbuat.
**patut pressure ke benda ni**

Blogwalking.
Blog adalah harta kita dan cermin kita.
Pada ku kalau nak berbelog gunakan bahasa yang elok dan topik2 yang difilter.
Sebab takut anak2 da besar sok da tau baca nanti dia blogwalking blog mama dorang.
Apakah yang dorang pikir nanti.
Tapi tiada peraturan y menetapkan peraturan berbelog.
So Renung-renungkan dan selamat beramal.

Nak balik raya.
Sekarang kat kampung musin hujan.
Raya nanti banjir ke?

Rindu mak dan ayah
Waaaa..
Kaseh... Mama rindu nenek ngan atok.
Rasa nak baring di pangku nenek.
Nak dengar ayah buat lawak.

Nak makan laksa n cendol.
Tadi singkah kat depan Panasonic tu ramai sanagt orang smpi takder tempat duduk.
Tak jadi nak makan.

Banyak keje.
Banyak report nak kena buat.
Tapi ku LEMAU.
Terbayangkan suami dan anak bersama2 tergolek2 dihari cuti.

Gemuk.
Aku da gemuk
Waaaaa..
Bulan puasa turun 3kg.
Skrang naik 4 kg.
Lagi 6 kg away from my weight b4 pregnent.

Aku tak cantik.
**Apa punyer rintihan da**
Nak belajar mekap.
Tapi ngan sapa.

Butter Prown.
En Suami tanya semalam camner nak bt butter prown,
Tapi search kat tenet xder lak resepi tu.
Ada sesapa nak kongsi.

Absober kete.
Da kong.
Da rasa cam naik kete kuda je da rasa.
Waaaaa.

Lemau dan Lemah.
Nak g dapatkan injection Cafein kat vendor machine kat bawah.


Tips Breastfeed 1

Sapa lah aku nak kasi tips.
Tapi lebih kurang la kan.
Base on my xperiance la.
Terpikir nk buat N3 ni sebab 2-3 hari no dok kasi tips kat Ayu and Cik Ja.
Ibu baru yang tekad ingin menyusukan anak mereka.

1. Kuatkan semangat. Teguhkan Pendirian Dan Cekal hati.

2. Masa 1st time pump mmg hasil takkan banyak sebab
badan masih menyesuaikan diri dengan pam.

3. Jangan pikir sangat pasal hasilnya.
Pump je.
Kasi signal kat badan "I need more milk"

4. Nak kasi hasil yang agak lumayan.
Buat double pumping.
Takpun seblah nenen baby dan seblah pam.

5. Dalam pantang pam je.
Jangan risau camner nak bawak balik dari rumah atau space nak simpan.
Sebab hasil selepas pantang adalah bergantung kepada demand semasa dalam pantang.

6. Tumpukan pam / directfeeding pada belah yang kurang.

7. Masa nak bekalkan ke bbsitter or nursery,
gunakan kaedah EBM secara optimum.
Madsudnya adalah :
Jika baby minum 6 botol sehari.
Ibu juga menghasilkan 6 botol ditempat keje,
Jangan bekalkan kesemuanya frozen EBM atau semua chilled EBM.
Gunakan 1 frozen dan 5 chilled.
Ini mengelakkan stok frozen xpired jika tak digunakan.
Dan juga memastikan baby mendapat hasiat yang optimum.

8. Bekalkan EBM dalam botol yang cukup untuk 1 sesi.

9. Pam secara berjadual.

10. Jika hasil pada hari / minggu itu berkurangan.
Jangan pikir untuk campur dengan formula.
Tapi kerapkan pam.
Kasi signal kat badan.
"I need more milk"

So far tu je yang ku ingat.
Mungkin akan to be continue.

Hepi Breastfeed.


Tuesday, November 2, 2010

Dah 8 Bulan Da



Coba Tengok ni.

Da 8 bulan ropanya.
Da besar da anak dara sorang ni.
Permata hati mama.
Pengubat hati mama.
Pelembut hati mama.
Penggoda mama.
Pencinta mama.
Perindu mama.
Mama sayang Kaseh buat selama2nya.

Lagu yang mama selalu nyanyi untuk Kasih :
Lirik aje ye.

Acih ne bucuk
Itung ne penyek
Mama ne Lindu
Peyut ne boyoi
Mama ne tacih
Tati ne tecit
Mama ne cayang.
Mata ne cepet
Anak la cape
Anak ne mama
Mama ne cayangggggg...

Papa selalu tensen bila mama nyanyi lagu ni.
Lagu irama rap.
Sah xder org lain yang dodoikan anak guna lagu ni.
I lap u Kaseh Melissa Lyana.




EPF Investment

Jangan salah faham ye kawan2.
Ku bukan agen bagi mana2 pihak.
Just nak berkongsi info pasal financial planning ni.

Korang tau pasal public matual x?
Aku sekarang ni baru je berjinak2 nak belajar / amik tahu benda2 gini.
Sebelum ni apa yang ku tahu...
Terima Gaji
Simpan
Belanja
Paling kuat pun insuran
Kalau dapat bonus
Simpan la ASB

Bila tengok prgram melibatkan ekonomi ni mmg tak amik tau langsung la.
Kadang2 bila kat mall jumpa orang yang bukak meja.
Hulur brosur amik je la.
Kadang2 angkat tangan je.
Mmg ku abaikan.
Apa y terkeluarkat kepala ni
"Nak jual Insuran la ni"
"Nak kelentong apa la ni"
Sorry ye wahai kawan2 atas sangka buruk ku ini.
Tapi kadang2 betul gak tau.
Yang paling membengangkan kalau y kasi kredit kad tu.
Kadang2 benda gitu baik jangan dengar langsung kalau takut terpengaruh.

Apa yang aku melalut ke tempat lain ni.
Haaaa..
Pasal pelaburan / investment.
Ku pernah tengok Wanita Hari Ini.
Tak silap hari rabu kot yang mmg drg citer pasal financial and Invesment.
Biasa la kadang2 wanita ni tak amik port benda2 gini.

Tapi sekarang ni, salah 1 dari cabang financial planning adalah
Investment.
Selain dari simpanan.
Bila kita sebaut pelaburan je mesti terpikir..
"Takder kaitan dengan aku"
Ni aku dulu la.

Investment ni ada macam2 bentuk.
ASB adalah investment.
Pulangan 8 - 10 % kot.

KWSP pun investment gak.
Selain dari syarat wajib untuk pekerja.
Duit yang ada di akaun 1 juga dilaburkan.
Pulangan 4% kot.
Akaun 1 tak boleh dikeluarkan sampai umor 55 tahun kot.

Pelaburan Hartanah.
Tak semestinya beli tanah je.
Beli rumah pun boleh.
Ada orang beli rumah yang under construction.
Da siap jual balik.
Hartanah ni jarang turun.
Naik je.
Lagi kalau tempat stretegik.
Macam aku beli rumah aku.
Aku lewat seminggu je.
Bezanya da 10k.
Ngokngek bukan rezeki.

Investment lain cam ada modal sumbangkan kat perniagaan orang.

Apa yang aku nak share adalah.
Skrg ni ada investment KWSP akaun 1.
Dengan public matual.
ada syarat2 dia la.
Balance dalam akaun 1 ada berapa.
Kena g jumpa agen drg la.
Nak bagitau ni menarik program ni.

Kalu kita biar je duit dalam KWSP pulangannya 4% je kot.
Tapi dengan Public Matual ni dapat 10-12% kot.
Masa ku dengar2 ni hari tu cam ragu2 jugak la.
Tapi semalam bila tengok kat dalam paper ada iklan.
So yakin skit la.

Nak senang paham macam ni la prinsipnya.
Kalau simpan kat KWSP masa kita umor 55tahun nnt kata la ada 10 ribu.
Tapi kalau kita buat investment mungkin balance ada 11 ribu.
Camtu la bh krg.
Penerangan bagi orang yang berapa paham cam aku ni.

So kepada yang berminat boleh la hubungi mana2 agent yang berkaitan.
Ku bukan agent tau.
Ku just sharing info je.
Jangan salah paham.

Pssst :
Sumber atas segala percentage yang aku tulis tu adalah secara kasarnya
dan dari sumber yang tak berapa diyakini.
Untuk penerangan lanjut dan sahih sila tanya orang bertauliah.

Monday, November 1, 2010

Aktiviti Hujung Minggu


Tak kira.
Nak jugak update.
Da nyampah tengok dok tengok N3 y sama je dari minggu lepas.
Heeee.
Bz tahap gaban dan line tak berapa nak clear.

Weekend lepas.
Bestttt sangat,
Sebab dapat beraktiviti benda y da lama ku tak buat.
Hehehehehehe.

Bangon pagi2. tengok permandangan yang indah ni.
Senyuman anak yang comot.
Geraaammmm.


Turun bawah.
Tengok2 En Suami da siapkan sarapan.
Hahahahaha.
Beli je.
Roti canai telur ngan teh ais.
Pinggan sume da basuh.
Bahagia idup hari2 camni.

Setelkan keje rumah.
Basuh baju dan kemas pasir kat blakang.
Kemas pasir???
Keje yang da lama aku niatkan nak buat tapi tak terbuat.
Masukkan pasir dalam polybag sebab guni pasir lebih buat sinki dulu da reput.
So bersepah kat blkang.
Jadi buruh angkut pasir aku pagi tu.

Dok lepak2 tiba2 En suami bersuara dengan sumbangnya
"G sungai Buloh jom"
Aktiviti yang da lama ktrg tak buat.
Gi melawat kedai bunga kat Sg Buloh.
Da lama giler ktrg tak gi. Last aku g 2 hari sebelum bersalin.
Tu merupakan aktiviti bulanan kitorang masa aku mengandung dulu.
Sejak da melotop da tak g.
Tapi memandangkan Kaseh da besar.
Da leh tinggal2.
So bleh la ku memulakan aktiviti berkebun kami.

Rodger2 ibu mertuaku.
(Mmg geng Sg Buloh ku)
Dia on.
Pas zohor kami berangkat ke sana.
Huissss...
Kegilaan kami suami isteri yang terbaru.
ORKID...

Masa awal2 pindah rumah dulu.
Gilerkan keladi.
Masa tu pikir orkid ni bnayk sangat jenisnya.
So rambang mata tengok.
So tak minat sangat.
Tapi bila tengok koleksi ibu metuaku yang macam giler berbunga.
Kejelesan timbul.

Orkid ni macam2 jenis.
Ada yang berbau.
Ada yang kena tempat redup.
Ada yang takleh air banyak.
Ada yang berharga serendah Rm 10.00
Dan ada yang setinggi Rm 500.00
(Gilos la sapa yang beli ni)
Nape mahal?
Base on jenis bunga dan process perkahwinan dorang.
Ku bukan lah pakar orkid.

Tapikan.
Base on kepuasan ku prefer beli anak.
Biar la lama tunggu dia berbunga.
Tapi tu la.
Kepuasan.
Tapi ku beli jugak la yang da bunga.
Buat penyeri.
Nnt ku buat N3 lain pasal koleksi orkid ku.

Jalan2 tengok bunga2 lain.
Yang ni spesis pelik.

Kat kedai skit punyer cantik.
Tapi bila balik umah.
Bunga da mati.
Jangan harap dia nak bunga lagi.
Naper eak?
Macamana nak jaga bunga ni?

Cantikkan.
Water founten (Pancuran air)
(Cmner nak eja ni?)
Nak buat seketul camni mahal beb.
Ku lebih suka DIY.
Tapi cam da boring je yang ada kat umah tu.
Ermm..
Tunggu dulu la.
Ada projek lain y menunggu.


Yang gini pun mahu Rm 500.00
Biarkannnnnn....

Sudahnya.
Ini lah hasil "tengok2 aje" kami.
Inilah nasib kami bila g sana.
Stop beli pun sebab kete tak muat.
Nak beli benda lain sebenarnya.
Nak kena bawak lori kot.
So postphone dulu project sebab kete tak muat.
Waaaaaa...
Bulum tangkap gambar kat bonet lagi.
Ni hasil mertua dan menantunya.
Suami ku?
Dia sanagt la bijak.
Dia suka ngan benda2 gini.
Tapi dia biak bagi tidak mengeluarkan modal.
Dia jadi tukang bawak bini dan mak dia.
Dia tau bini dia tak sayang duit.
"Yang tu cantik Yang"
"Abang tunjuk aje. Ayang nak beli pun ok je"

Yang bestnya. Aku tukang beli.
Dia tukang jaga kat umah.
Itulah kami.

Da balik dr Sg Buloh masing2 dok membelek orkid yang ada kat umah ibu mertua ku.

Orkid ni kalau kena gaya macam giler berbunga.
Yang ni siap bercabang 3 lagi.

Dah banayk jugak koleksi ibu mertua ku ni.
Gantung bawak pokok belimbing je.
Tak susah jaga orkid ni.


Ni Namanya Lisa Surihani Dan Farid Kamil.
Rabbit Epan.
Papa dia belikan.
Tomei je.

Hari ahad lak keje ktrg dok kejekan taman kami.
Dan melambakkan pasir kat kawasan rumput carpet kami.
Kira cam process melupuskan rumput karpet kami.
Sebab sejak pasang awning ni rumput da taknak idup.
Sebab tak kena matahari.
Patutnya g Sg Buloh tu g beli batu ngan foot step tapi sbb kete tak muat.
Bantut la project kami.

Da malamnya bagi meraikan weekend yang best dan
bagi memulakan weekday yang mencabar.
Kami meraikan diri kami dengan memakan Cheese Nan..
Da lama ku cari cheese nan kat klang ni.
Tapi tak jumpa.
Tapi akhirnya ku jumpa jagak minggu lepas kat sini.
So aku ngan En Suami yang mempunyai minat yang sama terus la kesini.
Walaupun perut da kenyang tapi ku melantak jugak.
Nak meraikan diri punyer pasal.


Cheese Nan


Teh ais.

Kaseh pandang je eak.
Blom cukop umo.

Maka pada malamnya.
Kaseh pun pengsan setelah penat melayan merenah ibu bapanya yang ntah apa2.



Psssstttt :
Best giler dapat buat benda yang kita suke.
Cheese nan paling sedap adalah kat Amir Ali Seksyen 15 BBBangi.
Da nak kuar da.
Bos ku dok menunggu nak g supllier ni.
Hehjehehe