Pages

Wednesday, February 27, 2013

Where you Put Your Hand Bag?

Masuk rumah je dimana anda landingkan segala bagai bag yang anda bawa?
Saya ada beberapa project sekerat jalan.
So xleh nak update lagi sebab nama pun sekerat jalan.
Buat malu je.

Ada beberapa perabot saya pindahkan.
Terutama rak ni saya dah pindah naik atas.
untuk tujuan ruang keluarga di tingkat atas.



Tapi issue sekarang saya dah xder tempat letak bag saya dan anak-anak.
Tempat surat pun xder lagi.
Tempat laptop pun guna coffee table je.

Buat sementara waktu saya ubah suai skit rak serbaguna 3 rak kepada 2 rak untuk memuatkan bag saya.
Bag anak-anak terus masuk bilik belakang.

Tapi tak cantik la.
Bestnya kalau boleh buat mudroom macam ni.

Banyak anak sok boleh la buat cam ni.

Sangat suke stail bench camni.

Lokasi strategik.
Sebelah tangga.
Kalau ruang bawak tangga saya camner nak buat?

Sekarang dah jadi "rumah Kaseh"


Pasal tempat laptop plak suka idea ni.

Tengah cari idea lagi ni.

Tuesday, February 26, 2013

Clear The Mess Up

Yes.. Home Organising make me feel good.
Selepas 2-3 minggu hidup seperti tiada visi.
Urusan bergantung kepada mana yang sempat je.
Blogwalking pun sekadar sepintas lalu.
Dengan alasan "tak sempat".
(Tapi perkembangan kisah Fizz Fairus ikut pulak)

Mencari kunci semangat.
And i find it.
Home Organising.
Cukup sekadar membelek blog2 Home Organising, cukup untuk menaikkan semangat saya untuk terus hidup dengan visi.
Belum buat pun lagi.
Baru baca-baca je.
So sekarang semangat saya berkobar-kobar.
Kebanyakan topik2 blog feveret organising say semua menarik untuk bulan ni.
(Boleh refer blog list sebelah)
Macam-macam idea nak buat bagi menyelesaikan masalah saya sekarang.
Just saya perlukan 1 senarai supaya saya boleh lihat dari semua sudut.

Contoh senarai tu adalah :


Baca list ni membuatkan keluar bunyi 'ting..ting..ting..' cambahan idea dalam kepala.
Heeeee...

Yup my life quite mess up 2-3 menjak ni.
Sebab?
Tiada sebab..

Tapi yang menyebabkan saya lagi tak tentu hala bila tugas-tugas tidak diselesaikan dengan sempurna.

Contoh : Landry management.
Biasa terjadi lipat baju separuh jalan.
So baju yang dah lipat tak sempat nak masuk dalam almari.
So bersusunlah ia di lantai bilik.
2-3 hari terbiar.
Dari elok2 menggunung sampai habis.
Samada digunakan atau dah runtuh disebabkan anak-anak yang sedang sibuk mengekplore dunia.
Pernah terjadi bila pagi saya cari deretan bajuk anak-anak yang sudah siap berlipat tapi seingat saya belum dimasukkan dalam drawer je.
Takder di tempat kejadian.
Cari punyer cari Kakak Kaseh kesayangan hamba da tolong masukkan dalam drawer.
Walau pun dah jadi "longgokan baju separa tersusun" tapi masih tersenyum dan bangga sebab Kaseh tau rutin saya.
Dan dia tahu asingkan drawer mengikut baju Awatif dan baju sendiri which is my En Suami pun saya tak pasti tahu ke tidak.

So saya kena organise my laundry management.
Saya pernah dapat tips dari Kakak Nurse tempat keje lama.
Cukupkan 1 load mesin basuh (Samada setiap hari atau 2 hari sekali),
sidai malamnya atau pagi sebelum pegi keje.
Balik keje terus angkat dan lipat.
So takder la berlonggok.
Mungkin perlukan hanya 10 minit.
Saya sekarang mmg basuh bila cukup 1 loading tapi lipat hanya weekend which is dah berlambak dan perlukan lebih masa.

1 lagi masalah saya ada management keje rutin.
Contohnya basuh pam, botol susu, kemas baju nursery anak, iron baju dll.
Semua tu tak tetap.
kadang-kadang pagi sebelum g keje baru nak buat semua tu.
Tu yang liat nak bangun pagi sebab memikirkan perjalanan pagi yang tak lancar.

Cleaning
Saya pernah mention saya jarang menyapu rumah.
Saya hanya vacuum dan mop seminggu sekali.
So bila saya miss the weekend untuk cleaning, isnin saya bermula dengan down sebab rumah tak kemas.
Kan bagus kalau saya boleh buat benda tu sikit-sikit during weekday so keadaan takder la teruk mana bila saya miss kemas during weekend.

Love this article.

http://askannamoseley.com/2013/02/how-to-keep-your-house-clean/

Exactly same as what happen to me.
And boleh guna tips ni nanti.


Ada beberapa lagi yang bermain kat kepala ni.
Yeahhh.. Buat list dulu.
Anda ada list and tips?
Jom kongsi sitinorhas_linda@yahoo.com

**Terima Kasih Allah kerana berikan aku petunjuk*

Monday, February 25, 2013

Kids Besday Around The Corner

Pejam celik da nak bulan March.
Bulan penuh bermakna untuk kami.
Boleh dikatakan sepanjang bulan boleh meraikan besday anak-anak.
Kaseh 2 March dan Awatif 30 March.
2 hari pertama dan 2 hari terakhir March.

Tahun lepas cerita besday Kaseh disini 


Tahun ni plan lebih kurang sama jugak.
Buat kat nursery.
Konon combine untuk Kaseh n Awatif sekali walaupun Awatif tak tahu apa pun sebab baru 1 tahun.

Dok cari idea untuk goody bag.
Dok tengah survey Apam Polkadot.
Tahun lepas da Apam tahun ni apam lagi?
Ntah la.. saya rasa comel dan sesuai sangat untuk budak-budak.

Date belom ada sebab nak sediakan sekali untuk celebrate kat kampung.
sekali dengan kenduri akad nikah adik.
So sekali harung.
2 sesi siap dengan kenduri lagi besday anak-anak.
Heee.. tompang kenduri orang.

So yang pending soal date je la.

Yang dilema lain pulak, hadiah dari mama n papa untuk anak-anak.

I'm was thinking of....



Anak perempuan kan.. biarlah dia berimaginasi ala perempuan.
Tapi tak dapat kelulusan papa Kaseh.

Papa pulak nak kasi ni...


Mama dia pulak tak berkenan.
Sapa yang betul2 follow blog ni mesti tau.
Memang la kagum tengok budak2 yang kecik2 lagi da tau slide benda2 eletronic camni.
Tapi.. pada aku tak natural.
Nak kena pulau dengan anak lepas kena pulau dengan suami?

Then hari tu tengok Kaseh dok cuit-cuit main scooter Arfan..

Kami suami isteri agak sepakat dan bersetuju.
Tapi bila direview balik, dari segi tunggangan, kat rumah ni da ada 4 ketui kenderaan.
Yang kayuh, yang letrik yang tolak.
Even tahun lepas kami kasi basikal masa besday Kaseh.
So tahap keyakinan nak beli scooter ni menurun.

Bagi pihak mama, ingat nak siapkan bilik Kaseh.
Langsir yang tak berjait tu da berapa kali Kaseh tanya bila nak pasang.

Untuk Awatif pulak i'm thinking of toys je.
Toys tu pun tak sure lagi apa.
Ermmm.. pikir mama, jangan tak fikir.

Any others idea hadiah untuk budak umor 3 tahun?

Thursday, February 21, 2013

Ke Laut

Bukan jadi nelayan.
Heeee.. Just otak tidak berfungsi dengan lancar.
Biasa la pompuan ada kadang-kadang nak ke laut kadang-kadang ke bulan ke matahari je belum pernah dengar.
Heeee..

Setelah hampir 2minggu dilambung ombak,
cuba berlabuh dan kembali ke aliran yang betul.
Huaaa.. ayat.. aku sorang je yang paham.

Rindu untuk fully operate.
Terutama ke dunia maya yang dicintai.
Dunia Home Organising.


Kalau tengok IHeart edisi bulan ni memang mengujakan.
Banyak cerita pasal Kitchen.
Terutama bahagian cutlery and pantry.
Ni yang menggigil nak ke dapur tengok apa yang boleh dicuit.

Kalau A Bowl of Lemon, edisi cleaning.
Setiap hari ada je tip-tip cleaning.

Organizing Made Fun pun da mula cerita basic of home organising.

Masa ke laut hari tu selalu cari idea apa yang sebenarnya boleh buat saya bersemangat.
Berforum harian dengan BFF dia suka tengok katalog Cosway.
Heee... Macam2.

Dalam tempoh tu saya pulak bertukar-tukar kopi.
maner tau suntikan caffein dapat menyemarakkan semangat saya.

Bukan lah takder semangat langsung.
Tapi lebih menghala ke pikir hari ni nak masak apa.
2-3 menjak ni semangat makan air tangan sendiri semakin menjadi-jadi walaupun tak sedap.
Heeee...

So di harap minggu baru nanti dapat memulihkan semangat saya.
Anyway next month Kaseh dan Awatif nak celebrate besday.
Da besar da anak-anak mama ni.

Ok lah.
Happy weekend readers.
(Sabtu ni keje..waaaaa..)


Cinta hati saya..



Ayat Orang Berjaya

Sapa berjaya?
Saya?
Semestinya tidak or in other words "belum lagi"
Bila kita berkomunikasi dengan orang-orang yang benar-benar berjaya means sudah mencapai tahap yang paling tinggi dalam kerjaya mereka,
ada persamaan respond y kita terima.

Apa sahaja jawapan pada pertanyaan mereka, perkataan pertama yang mereka sebut adalah "Great", "Good", "Brilliant", "Excellent"

Setiap perbincangan atau cadangan kita mesti respond pertama "Great" "Good"
Then baru diikuti dengan komen.

Pada saya mereka sentiasa memandang positif kepada pendapat orang.
Itu yang saya perasan bila saya berkomunikasi dengan orang yang benar-benar berjaya.

Saya?
Sebab tu saya tak berjaya sebab kalau berbincang je sibuk nak potong cakap orang.
Then komplen pendapat orang.
Ada je yang tak kena pada orang.

Orang berjaya, sentiasa memandang positif sesuatu perkara.
Dan saya ada kenal seorang rakan sekerja.
Kira rakan walaupun dia sebaya dengan ayah saya.
Sudah pencen tapi dia dipanggil kembali secara kontrak untuk menyelesaikan masalah kualiti kat company.
Sangat passion berkerja.
Mengagumkan.
Tapi yang membuatkan saya bertambah kagum dengan dia adalah kesopanan dia.
Dengan orang yang sangat berpengalaman dan bukan calang-calang kalau company boleh panggil balik dia berkhidmat untuk menyelesaikan masalah.
Kalau dia nak nyatakan sesuatu pendapat, ayat dia bermula dengan 
"I'm maybe wrong....."

Then kalau kita kasi pendapat respond dia "Good Linda.... But...."
Baru la dia bagi pendapat dia.
Pengalaman dan kemahiran seseorang itu mungkin boleh berada pada thap yang paling tinggi tapi untuk seiring dengan kesopanan dan kerendahan diri tu yang susah.

Saya?
Skill tarak budi bahasa pun tarak.
hooo.. Camner?
Muhasabah diri..




Friday, February 8, 2013

Deilema Breastfeeding Journey Awatif

Alhamdulillah.
Rezeki breadtfeeding Awatif masih berjalan walau pun kais pagi makan pagi.
Tapi goal untuk meneruskan perjalanan ini sehingga Awatif 2 tahun mungkin tidak kesampaian.
(Apa ke cepat mengalah punyer mak)

May or June nanti saya dijadualkan akan ke Korea untuk 1 minggu.
Graduation untuk training EDP.
So semestinya dalam tempuh itu saya akan berjauhan dari Awatif ku cayang itu.

Dengan Stok yang boleh dikatakan "0" macamana saya nak teruskan journey ini?
Ada 2 pilihan

1. Dalam masa 3-4 bulan ni pulun buat stok.
Stok seminggu?
Sekrang siang Awatif 3 x 5oz = 15 Oz
Kalau 24 jam?
5 x 5 Oz = 25 Oz
25 x 7 hari = 175 Oz

Omak aiiii..
Boleh ke?
Sekarang pun kais2 je.

2. Tamatkan journey untuk seminggu.
Tapi rasa macam terlalu awal.
Mastu Awatif 1 tahun 3 bulan.

Macamana nak wean off sementara?
Kat Korea nanti nak kena pam lagi ke untuk maintain demand?
EBM tu buang?
Tak sampai hati !!!
Kat sini Awatif consume FM dulu?

Or stop terus?
Nak ke Awatif FM?
Waaa.... dilema.

Pendapat suami?
"Apa salahnya dia minum susu biasa? Sekarang pun dia da makan macam apa?"

Huhhhh.. Bagusnya kalau saya boleh berfikir sesimple itu.

Thursday, February 7, 2013

Kipas Ceiling Dengan Lampu

Sekarang project rumah yang on going adalah family area and bilik Kaseh.
Untuk family area da dicreate kat atas ruang antara bilik-bilik.
Tv dan rak dah siap kat atas.
Mmg agak lengkap.
Lain kali update tp masih tak setel adalah kipas.
Buat masa sekarang just guna table fan.
And even ruang ni still tiada lampu sebeb ceiling tinggi.
So just tumpang lampu tanggan dan lampu bilik.
Selain dari point yang tinggi, masalahnya hanya 1 point saja.
Kami perlukan lampu dan kipas.

So alterntive yang ada adalah kipas dan lampu sekali.
Buat masa sekarang dekat Hall ada 1 yang lebih kurang macam ni.



Tapi cam dah boring je nak guna yang macam ni untuk bilik Kaseh n ruang family tu.
Lagi pun macam tak kena konsep je.
Ada hari tu try servey lain sikit.
jumpa kipas dengan lampu LED.
Mahal la 300 lebih.
Yang say sekarang ni pun tak sampai 2 ratus pun.
Menarik je bila google ada macam2 jenis.

Nak kena survey and kumpul duit dulu.
Dah ada kipas baru kira project ni komplete.
Heee...

Wednesday, February 6, 2013

Awatif @10Months

Seperti biasa lambat update lagi.
Awatif mmg dah jadi toys mama.
Digolek digelek dipicit ditarik.
Tu pun rasa blom puas. 
Kalau lah Awatif tu boleh dibuat macam segumpal kertas mmg mama picit2 aje.
Greeeemmmmm..
Apa geramnya?
Sengeh dia tu.
Rasa nak geget mulut dia tak kasi dia sengeh.

Ok kita review status Awatif sekarang

Gigi 2 ketui.
Da 10 bulan baru ada 2.
Seketui besar belah atas.



Kaseh bangga adik dia ada gigi.
Sebelum ni dia kata "Awatif tak boleh makan, Awatif takder gigi"
Sekarang "Awatif da ada gigi la"

Berjalan.
Belom boleh.
Tapi dah mahu bertatih sambil dipegang.
Dah coba2 berdiri dan lepas.

Makan
Banyak.
Makan je apa sahaja yang orang lain makan.

Ciluk Baaaa...
Itu yang paling best.
Tengok cermin "Baaaaaa..."
Pakai Baju "Baaaa..."
Jumpa mama "Baaaa..."
Kalau dia dok panjat belakang mama masa mama duduk dia akan jenguk dan "Baaaa..."
Geram...
Even tengah nangis pun bila berlaku salah satu situasi diatas mesti dia "Baaa..."

Geram..


Cilukkkkkk...


Baaaaa...


Baaaa...


Budak takder masalah.

Breastfeeding
Alhamdulillah masih berterusan.
Dengan bekal 15 Oz ke nursery.
Agak sopan berbanding kakak.
Tak pandai nenen gaya bebas.
Hanya duduk atau sambil mengiring sahaja.

Besfren.
Kakak.



Apa sahaja kakak dia pegang dia nak.

Dah pandai meniru gaya.
Tiru orang batuk, menguap dan pukul manja.


Apa-apapun Awatif ttp toy mama. tengok dia mmg tak jadi buat keje.
Love You Sayang.
Harap dia membesar dengan sihat dan sempurna akal, fikiran, jiwa dan imannya.






Tuesday, February 5, 2013

Stok Makanan Di Rumah

Rentetan dari gambar ini yang di upload ke Facebook.


Gambar hasil seni Kaseh.
Tersengeh saya pagi2 bila tengok hasil dalam fridge ni.
Patut malam sebelum tu dia dok diam je kat dapur, ini rupanya keje Kaseh.
Terus snap dan upload di FB.
Then ada y menegur mengenai kelapangan fridge saya.
Tiada stok makanan.

Entry sebelum ni dah cerita sebabnya kan?
So saya pun pikir la apa stok makanan yang biasa ada kat rumah.


Nutella.
Memang kehantuan kami sekeluarga.
Bila beli roti je mesti kejap je habis 1 bungkus.
Sedap wooo.. Kacang + coklat combination yang lengkap.


Biskus tiger dan chipsmore.
Wajib ada.
Kehantuan saya sorang yang sudah berjangkit dengan Kaseh.
Biskut Tiger or Chipsmore Hazelnuts yang dicicah air kosong.
Memang marbeles.
1 bungkus tu boleh sekali hadap je.
kenapa air kosong/
Sebab biskut ni da manis.
Tak elok makan manis2.

Tu je yang wajib ada.
Yang lain ikut musim.
Dan saya memang tak galakkan simpan jajan dirumah.
Biskut takper.

Sekian.

Monday, February 4, 2013

Fridge Saya Nan Lapang

Assalamualaikum.
Biasanya kalau bercerita pasal organising terutama dapur,
mesti ada menyentuh mengenai fridge.
Sebagai contoh : 




Dan banyak lagi.
Saya hanya dapat recall blog yang baru update pasal fridge je.

Tapi saya?
Kenapa tak pernah update pasal firdge organising?
Sebab.. Fridge saya lapang..

Tak banyak barang.
Mungkin sebab,
1. Saya tak suka simpan benda yang mmg saya takkan makan.
Contoh makanan hari ni yang tak habis.
Memang sah-sah saya dah tak makan esoknya so lebih baik saya buang terus hari ni.

2. Tak semua benda saya suke letak dalam fridge.
Sebagai contoh buah-buahan.
Saya lebih suke letak kat luar dari dalam fridge.
Even betik, tembikai or apa sahaja yang biasa org kata "Sedap kalau sejuk"
Tak kat atas meja dalam bekas ni.


Saya baru habiskan buah pear y terakhir.
So ambil gambar bekas je.

3. Stok makanan seminggu sahaja.
Masa gambar ini diambil adalah pada hari sabtu.
Hari beli barang dapur adalah selasa.
So mmg dah xder barang sangat la.
kalau saya beli barang basah pun, sayur 3-4 jenis sahaja untuk 3-4 kali masak sahaja.
Memang saya beli ngam-ngam.
Lagi pun kawasan saya banyak kedai yang jual sayur2 pada waktu petang,
so dari saya beli banyak2 then belom tentu pakai baik saya beli ngan-ngam, kalau tak cukup balik keje singgah je kedai.
Tak membazir.

Jom kita tour fridge saya pulak.

Kan betul lapang.
Hanya ada sebotol tempoyak, cili giling and 2 tupperware kecik tu ada belacan n cili api.
Dalam plastok bawak tu pun ada bendi je.
Ngam2 untuk sekali masak lagi.

Atas pulak.
Stok EBM 2 ketui dan 2 bekas ayam dan ikan.
Tu pun tinggal untuk 2x masak je lagi.
Kalau selasa malam biasa ada 4-5 bekas jugak.

Kat pintu ada ni je,

Ice Pack dan botol sos in kicap.
Lain tarak.
Apa lagi yang boleh simpan makanan buat stok eak?