Pages

Showing posts with label FinancialKu. Show all posts
Showing posts with label FinancialKu. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Cost Down Project

Assalamualaikum.
Salam Isnin.

Kita mulakan minggu ini dengan entry berinfo.
Tercetusnya idea untuk entry ini bila seorang sahabat yang nak buat "investment".
Bila sebut soal mampu atau tidak dia cakap 
"Nanti kena review balik la perbelanjaan yang perlu dan tak perlu"

Ya.. Pada saya langkah yang sangat perlu even bukan sebab kita perlukan budget baru.

Saya share tips penjimatan yang saya amalkan.
Dan ada antaranya saya review sempena akhir tahun hari tu.

1. Talian Telifon
Saya baru tukar talian telifon dari A ke B. 
Sebab untuk talian A saya perlu bayar fix minimum 8+.++ walau berapa banyak penggunaan pun.
So saya pilih talian B sebab saya bayar fix Rm 4+.++ dan tambahan untuk depend banyak mana penggunaan saya.
So bayaran saya setiap bulan dalam keadaan kawalan saya.

2. Unbill
Untuk sesetengah perkhidmatan cas akan dikenakan untuk jika kita request detail bill.
So gunakan bill online sahaja.
Jimat kos dan jimat ruang dan menyelamatkan alam sekitar dengan peperless.
Heee... So sila check sekarang yang maner boleh online sahaja.

3. Pay online
Ada sesetengah bpendapat tak save pun sebab ada cas antara Rm 1.50 - 2.00 untuk transaction inter bank. 
Hanya pembayaran bil dan bank yang sama sahaja free.
Kepada saya, online masih paling jimat sbb bank untuk bayar kereta, cash deposit selalu sangkut.
Pernah 3 kali gi bank untuk buat bayaran.
So kalau tolak campur mmg masih save dari segi masa, minyak kete dan tenaga.

4.  Petrol
Heee.. Tips ni mungkin berguna kepada saya sahaja.
Secara tak sengajanya kami ada 3 kete (2 utang 1 clear)
Tapi demi cost down juga, kereta peribadi (wahhh ayat.. kete pertama saya)
saya kasi adik guna dan dia bayar.
Walaupun dengan berat hati.

So sekarang ada 2 kete je la kat rumah ni.
1 kete suami saya yang boleh dikatakan kete formal.
Means y biasa kami gunakan untuk perjalanan jauh / or nak keluar weekend.

1 lagi kete kesayangan En Suami juga.
Kami panggil Si Biru.
Kete y mention kat atas Si Hitam.
Kete dia guna dari zaman belajar.
Kete tu pintu belakang hanya boleh buka dari luar.
Pintu 1 lagi xbleh bukak.
Kalau hujan lebat mesti bocor.
Pintu belah pemandu kena ada skill baru bleh bukak.
Hand Brake da x jalan so klu park kete On Gear.

Tapi apa kelebihan kete ni?
Jimat minyak..!!!

Kalau Si Hitam bergaya dan nampak gagah dijalan raya,
dengan RM 50 hanya bertahan 5 hari termasuk penggunaan weekend dlm keadaan budget2.

Kalau Si Biru boleh tahan 8 hari dengan penggunaan yang sama dengan Si Hitam.

So saya lebih rela menghentak2 pintu Si Biru demi menyelamatkan budget minyak dari bersenang lenang dengan Si Hitam tp asyik g petrol pam 2 kali seminggu.

Pernah minta kebenaran suami nak g keje  ngan moto tp dia tak kasi sbb dia kata saya bawak moto cam kayu.

So kepada yang lain mungkin boleh review kadar penggunaan petrol kenderaan anda. 
Ada beberapa tips untuk jimat petrol antaranya kada tekanan angin tayar.

5. Electrik
Range normal bil letrik kat rumah saya adalah antara Rm 30 - 35.
Lebih dari tu da kira tak normal.
Saya rasa tu kira rendah la tu.
Mungkin sebab takder aircond dan water heater.
Tp antara langkah yang saya ambil untuk kawal kadar elektik adalah, 
saya tak guna water dispenser untuk air panas.


Saya guna ini.

Bunyinya macam keretapi.
Saya pernah ada 3 water despenser hadiah kahwin.
1 saya kasi mertuaku, 1 saya jual, 1 lg simpan guna time memerlukan sahaja.
Untuk susu kaseh saya guna termos.
Boleh tahan 3 hari ooo..

Selain dari tu, En Suami pasang timer kat lampu porch.
So xder issue lupa matikan atau lambat matikan.

6. Air
Walaupun air tak bayar pun.
Tapi masih perlu jimatkan air.

So saya tukar semua paip getah kepada ini.


Kalau kaseh mandi memang air terbukak je so dengan paip gini selain organise ia juga menjimatkan air.
(Niat asal adalah sebab entry ini-->Link)

Saya review segala pembelajaan / bill secara keseluruhan.
Samapi sangkut.
Means sampai xder ruang lagi nak jimat.
Tp mungkin silap niat saya.
Berjimat sebab nak lebihkan budget kat tempat lain.
Heeee... Tak patut..

Jimat Rm 1.00 pun sudah berharga.
Apa cara anda..?

Tuesday, April 3, 2012

Langkah 3 : Pengurusan Kewangan Peribadi - Rombakan Bajet Kewangan

Bab ini saya seronok nak kongsi.
Sebab bagi saya, ia berkesan.
Kalau dilihat pada entry ini,

Pada langkah ke-6, membaik pulih hutang piutang.
(Tak sampai ke langkah tersebut..Hehehe)

Dan seperti yang dinyatakan dalam entry,

Salah 1 matlamat kewangan saya adalah untuk bebas dari cengkaman kad plastic itu.



Kisah Sebenar Saya :

Saya ada 1 kad kredit.
Saya apply kad kredit ini sebelum kahwin lagi atas alasan dapat rebate isi minyak dan untuk kegunaan 'emergency'
Tapi jika pembayaran setiap bulan hanya dilakukan pada jumpah yang minimum.
Dan terjebak pulak pembelian tiket airasia untuk penerbangan "emergency"
Dan ada juga "emergency" tak patut, jumlah baki pengunaan terus meningkat.

Pernah dilangsaikan tapi bila ada balance terjebak lagi dengan perkara emergency.

So setelah lebih kurang 1 tahun juga kesedaran mula timbul dengan mendisiplinkan diri hanya menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak,
kesedaran lain pula timbul..

Bila nak habis bayar jika guna isi minyak RM 300
bayar setiap bulan RM 350..????

Ini bermaksud saya hanya bayar penggunaan setiap bulan tetapi saya tidak mengurangkan baki penggunaan sebelum ini.
Bayar interest pun tak lepas.

Kalau nak stop terus guna kad kredit ini bermaksud bajet saya akan double.

RM350 - Jumlah minimum kad kredit.
RM300 - Untuk petrol.

Huis.. Tak makan nasi lemak den pagi-pagi.

Bila terbaca dalam buku tersebut, antara tips yang diberikan adalah
1. Menyelesaikan hutang yang mempunyai interest paling tinggi terlebih dahulu dan kad kredit adalah salah 1nya.

2. Membuat pinjaman peribadi (dengan keluarga) untuk menyelesaikan hutang yang mempunyai interest yang tinggi. Boleh buat perjanjian dengan keluarga untuk memulangkan dengan interest sekali tapi kena lebih rendah dari kredit kad lah.. 

Selepas difikir dan buat beberapa kajian dan perbandingan,
Keputusan telah dibuat.
Saya tanya En Suami, berapa dia peruntukan untuk bayar kad kredit setiap bulan.
(Fenomena penggunaan kad kredit kami suami isteri lebih kurang je sama)

Saya Jumlahkan.
Saya kira berapa jumlah interest yang kami sedekahkan dekat bank jika kami ingin langsaikan semuanya dalam tempoh masa tertentu dengan jumlah yang konsisten dengan syarat kami stop terus guna kad kredit itu.
(Abaikan hal yang kena sediakan budget lain untuk petrol)

Saya telah buat kajian mengenai beberapa Personal Loan dengan bank-bank yang ada di Malaysia ini.
Tengok syarat, jumlah ansuran dan yang paling penting interest.

Akhirnya jumpa,
Dengan kadar interest yang ditawarkan jauh lebih rendah, dengan kadar ansuran yang kurang separuh dari jumlah kami bayar kredit kad setiap bulan, kami masih lagi untung dari segi jumlah derma interest kepada bank.

Alhamdulillah..
Dipermudahkan..

Kelebihan yang kami dapat dari rombakan ini :

1.Sekarang kami dapat kurangkan 50% dari jumlah pembayaran yang biasanya kepada kad kredit (3 bank) kepada hanya 1 bank sahaja.

2. Kurangkan derma kepada pihak bank.

3. Berhentikan terus penggunaan Kad Kredit.
Best giler dapat statement balance SIFAR.
Call service center pasal nak tutup account dengan berlagaknya.
Ada 1 bank ni siap pujuk2 lagi supaya tak payah stop.
Tapi mostly mmg pihak bank tanya la kenapa nak stopkan.
Kami suami isteri da framekan kad kredit tu, simpan buat kenangan. 

4. Bajet lebih itu kami boleh gunakan untuk isi petrol secara cash.
(Sebab tu saya da boleh guna sistem sampul untuk petrol)


So dengan langkah ini senarai bajet saya dan En Suami dapat dipendekkan
(Bertuah En Suami dapat isteri bijak macam saya)

Bijak ke?
Korek lubang tutup lobang?
Buat diri saya dan suami, ini adalah yang terbaik.
Jika ada cara atau kaedah pembaca lain yang lebih bagus jom la kongsi-kongsi.

Saya risau jugak jika sebenarnya saya terambil langkah yang silap.

So far buat masa sekarang ini, hanya itu yang mampu kami buat rombakan.
Masihh lagi mencari-cari ruang untuk memperbaiki hutang piutang kami.
Hutang-hutang lain yang tinggal :

PTPTN : Hujung tahun ni habis (Yeah..!!!!!)

Kereta : 5 tahun lagi habis (Tiada sumber nak langsaikan)
 
Rumah : Ni memang lambat lagi la nak habis. 
Hutang rumah adalah hutang terakhir yang perlu dibayar.


Seperti yang saya nyatakan, apa yang ingin saya kongsikan adalah sesuatu yang realistic dan saya sudah/ akan buat.

Ada banyak cara lagi yang boleh kita gunakan.
Boleh baca disini untuk meguruskan hutang. 
Saya belum buat, masih study lagi kaedah ini.


Secara umumnya, menerangkan kaedah penyelesaian hutang yang berjumlah kecil terlebih dahulu.
(Bukan bayar bulanan kecil tapi baki jumlah hutang yang paling kecil terlebih dahulu)

Kalau berjaya saya kongsikan nanti.

Monday, April 2, 2012

Langkah 2 : Pengurusan Kewangan Keluarga - Penyediaan Sampul

Langkah 2 : Penyediaan Sampul

Seperti pecahan yang telah saya buat di entry sebelum ini.
 
Bagi saya, sistem sampul adalah wang yang kita perlu gunakan setiap bulan.
Tapi kita perlu monitor berapa banyak kita habiskan untuk perkara-perkara tersebut.
 

Jadual di atas adalah perkara yang saya telah peruntukan untuk sampul-sampul saya. 
(Tanpa segan silu saya reveal nilai sebenar)

TOL :  
 
Bagi tol, lagi senang kalau kita guna 
Touch n Go.
Supaya kita tidak pelu pegang cash dan senang kita nak monitor.
Topup secara konsisten setiap bulan dengan jumlah yang sama walaupun ada baki pada akhir bulan.
At least jika ada bulan yang terlebih budget kita still ada back up tanpa menggunakan budget lain.

Selain dari tak pelu beratur untuk bayaran secara tunai, touch n Go juga ada sistem rebate.

Petrol 


 
Untuk Petrol pula, juga boleh amalkan isi minyak pada hari yang sama setiap minggu.
Apa yang saya amalkan, saya akan isi minyak setiap hari isnin sebanyak RM50.
So kalau weekend tu nampak macam tak cukup je minyak nak sampai hari isnin, kita kurangkan jarak merayap dihujung minggu.
Kalau emergency takper la tapi yang penting simpan resit.

Saya keluarkan cash Rm 300 dan simpan dalam purse ke?

Ada beberapa cara. 
1. Keluarkan terus RM300, simpan di rumah dan bila nak isi minyak tarik je la.
Bila malam sebelum tidur, selit la resit kat dalam sampul tu.

2. Keluarkan duit by weekly dari ATM dan simpan resit.
Sebelum tidur update dalam senarai budget.

Saya lebih suke kaedah pertama sebab saya nak elakkan pergi ke ATM machine terlalu kerap dan saya boleh monitor setiap hari berapa duit balance dalam sampul saya itu.

Keperluan Rumah



RM100 je?
Cukup ke?
Takdernya cukup.
Tapi bagi kami suami isteri, kami sudah membuat peruntukan kewangan masing-masing.

Kebanyakan kami berbelanja secara mingguan untuk barangan basah,
dan secara bulanan untuk barangan keperluan lain seperti diapers, susu dan sabun saban.
Kebanyakkan keperluan tersebut berada dibawah budget En Suami,
saya just topup sikit-sikit je.
tu yang budget Rm 100 je.
(Kalau saya malas masak dan kena makan luar pun akan masuk budget ni.
Heeeee.. Sapa suruh malas masak.)

@Office

Biasanya kita akan lunch and breakfast kat luarkan kalau kita bekerja?
So saya peruntukan Rm 200.
Saya da gunakan sistem ni selama sebulan, so far cukup jika saya makan di kantin sahaja.
Siap belebih lagi.
Saya memang jarang keluar lunch diluar sebab saya rasa seperti tak cukup waktu untuk rehat.
So lunch di pejabat menjimatkan waktu, tenaga dan wang.

Penyediaan budget makan di pejabat juga mengelakkan saya makan entah apa-apa.
Salah 1 tips diet, kalau tak pantang makcik kantin keluarkan kuih panas-pnas memang semua dibelasah.

Untuk sampul @office ini saya sediakan 1 bag kecil
(free kenduri kawin biasanya)

Lebih kurang macam ni la rupanya.
Boleh letak dalam poket uniform.
So saya tidak perlu bawa purse.
Hari2 sya boleh tengok berapa balance dan boleh kontrol makan.

Macam-macam

Saya baru nak mulakan sampul macam-macam dengan budget yang rendah dulu.
Ini termasuk untuk hiburan / topup mane yang kurang.



***Untuk kaedah sampul ini, lagi specifik peruntukan yang kita buat lagi bagus.
Sebab kita boleh monitor setiap sen yang kita keluarkan.

***Saya dah cuba gunakan kaedah ni selama 2 bulan, so far saya berpuashati.
Dan untuk bulan ini, memandangkan saya bercuti tidak boleh la buat cubaan yang seterusnya.

***Setiap bulan kita boleh buat pengubahsuaian supaya kita selesa dan jadi lebih baik dalam pengurusann kewangan peribadi.
 
 

Sunday, April 1, 2012

Langkah 1 : Pengurusan Kewangan Peribadi - Penyediaan Budget

Assalamualaikum.
Setelah Project Financial Management Week saya tersangkut sehingga minggu ke-2 sahaja.

**Atas sebab-sebab tiada mood nak sambung dan sangat tak suke update perkara yang berasaskan buku**

Jadi saya Sudah buat rangkuman sendiri dan telah schedule beberapa post.
So even saya sudah bersalin post mengenai pengurusan kewangan peribadi ini akan dipublish.

**Doakan saya sempat sediakan entry2 tersebut dan set schedule**



Setelah terjebak dalam dunia Organising dengan membuat rujukan di blog-blog yang kebanyakannya adalah bersumber dari luar negara,
saya telah terserempak dengan kaedah pengurusan kewangan keluarga / peribadi.
Secara keseluruhannya kelihatan sama dengan apa-apa keadah / nama yang diberikan, tetapi saya mencari sesutu yang realistik.

Nanti saya sediakan link2 untuk sahabat sekelian boleh rujuk.

Langkah Pertama : Penyediaan Budget

Sama seperti yang saya sediakan di 

Kita perlu senaraikan kemana pendapatan kita.
Saya kategorikan kepada beberapa bahagian.

Bil Utility :
Streamyx / Broadband
TnB
Syabas
Astro
Telifon

Pinjaman :
Kenderaan
Perumahan
Pendidikan
Pinjaman Peribadi
Kredit Kad

Kebajikan :
Ibu-bapa
Simpanan
Insurance Pendidikan
Insuran Kesihatan 


Sistem Sampul :
Petrol
Tol
Makan di tempat kerja
Perbelanjaan Dapur
Macam-macam


  Tips :
  • Ada balance?Sebagai permulaan, asingkan dulu supaya untuk bulan pertama kita boleh buat adjustment / terus masukkan ke simpanan.
  • Adalah disarankan semua pembayaran (kecuali untuk Sistem Sampul) dilakukan secara online dan pada setiap hari gaji.
(Saya memang teruja nak tunggu hari gaji sebab nak bayar bil)
Saya bertuah kerana tiada pembaran ansuran yang dibayar secara by hand.

Dan teringat secara tak sengaja ada seorang rakan terberitahu mengenai amalan ayah beliau yang hanya akan mengeluarkan duit / membelanjakan duit jagi hanya pada 1 haribulan setiap bulan walaupun gaji keluar awal.


  • Segala pembayaran wajib perlu dibuat seawal mungkin sebelum digunakan untuk berbelanja.
  • Elakkan pembelian secara "ambil dulu bila gaji bayar". Disebabkan itu kita digalakkan menyediakan budget ini seawal 2 minggu sebelum gaji iaitu selepas kita dah dapat semua bil so sebelum hari gaji lagi kita sudah tahu berapa balance duit kita untuk berbelanja.
  • Boleh rujuk entry ini
  • Jumpa di Langkah ke 2 : Penyediaan Sampul.

Thursday, February 16, 2012

FM Week 2 : Menetapkan Matlmat Kewangan

Masa untuk menyelesaikan janji.

Selepas langkah pertama : Menentukan Kedudukan Kewangan Sekarang

Kita ke langkah yang kedua iaitu Menetapkan Matlamat Kewangan.
Mungkin ramai yang tak sedar.
Tapi mungkin juga rama yang hanya "Terlintas" difikiran tapi tidak pernah menulisnya.

Cuba anda tulis.
**Saya pun baru nak mula sebenarnya**
Kita boleh renungkan apa yang kita nak buat dimasa hadapan.
Atau berdasarkan senarai di Langkah 1, apa yang boleh kita perbaiki.
Melalui matlamat yang kita nampak dan ditulis,
kita boleh merangka langkah / strategi dlam mencapai matlamat kewangan kita.

Mari saya kongsikan apa yang saya impikan dalam matlamat kewangan.
Kita bboleh kategorikan mengikut jangka masa panjang, sederhana dan pendek.


1. Menyelesaikan Hutang Kad Kredit - Dan hidup bebas tanpa kad plastik itu.
Selain interest yang tinggi dimana antara 16 - 18 % (Siapa y tahu ada yang lagi rendah ke?)
Ia juga memupuk tabiat berbelanja diluar kemampuan dan diluar kesedaran diri.
Jika sudah TERjerumus, untuk melangsaikannya agak susah, dan setiap bulan interest y banyak dibayar tanpa sedar.


Action : Tinggal beberapa langkah lagi untuk merealisasikan matlamat ini.
Nanti sudah berjaya ku akan kongsikan.

2. Mempunyai tabungan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapat sekarang.
Action : Tengah pikir camner nak merealisasikan.

3. Membuat pelaburan.
Pelaburan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi dan tidak mencuri masa berharga ku bersama keluarga.
Biarlah sedikit, janji dapat mempercepatkan matlamat no 2 ku.

4. Anak-anak yang bebas dari pinjaman tabung pendidikan.
Tak kisah la apa jenis tabung skli pun.
Biasiswa tak per.
Tapi tak nak pinjaman yang bila da habis belajar esok anak-anak kena membayarnya.
So far ku da buatkan Insurance Pendidikan untuk Kaseh.
So at least untuk cover yuran Kaseh kat Universiti nanti da ada la sumber.
Tinggal kasi duit belanja setiap bulan je la kot.
Diharap dengan duit alaun dari parents membuatkan anak2 lebih menghargai duit itu.
Berbanding duit yang tiba2 masuk dalam akaun sendiri tanpa dipinta2 kepada ibu bapa.
Untuk bakal anak2 mama, untuk kalian pun insyaAllah tiada bezanya.

4. Mempunyai aset hartanah.
Fuhhh... bunyi cam Donald Trumph punyer empayar.
Tapi tak salahkan?
Antara bidang yang paling meningkat sekarang adalah hartanah.
Tak kisah la perumahan ke, perladangan ke and even sekeping tanah kosong yang muat sebijik pondok.
Dalam masa lebih kurang 5 tahun 2 kereta kami akan habis dibayar.
So diharap kami akan terus hidup dengan apa yang ada sekarang supaya peruntukan itu dapat digunakan untuk merealisasikan matlamat kewangan kami yang ini.

5. Syurga Impian Kami
En Suami mempunyai impian untuk mempunyai sebidang tanah yan akan dibina rumah yang sederhana besar. Pondok pun tak per asalkan ada ciri2 kat bawah :
Dikelilingi dengan pokok buah-buahan (terutama durian).
Kawasan yang cukup untuk park kereta anak-anak dia.
(Yang ni dia slalu merungut nak park 3 kete sndr pun da berebut ni kan pulak nak tambah kereta Kaseh dan adik2)

Tu antara impian kewangan saya.
Disusun mengikut jangka masa pendek ke jangka masa panjang.
Bila da list macam ni da buat saya beringat, jangan berangan nak tukar kereta la.
Capai dulu impian yang lebih berharga untuk hari tua.

Apa impian anda?

Wednesday, February 8, 2012

FM Week 1 : Menentukan Kedudukan Kewangan Sekarang

Selamat datang ke minggu pertama.
Ku namakan sebagai FM Week (Financial Management Week)
Untuk langkah pertama, kita perlu menentukan kedudukan kewangan sekarang.
Macam apa yang ku buat, ku memang ada list khas setiap bulan apa yang patut ku bayar.
Ku da amalkan benda ni sejak dari awal ku kerja.
Ini bagi mengelakkan ku termiss bayar apa yang sepatutnya.
Dan jika kita da tetapkan apa yang kita patut bayar kita akan tahu balance gaji kita sebelum kita berbelanja ke arah yang tidak sepatutnya.

Contohnya adalah seperti dibawah,

Format yang ku gunakan adalah seperti diatas lah.
Sebelum gaji lagi kita da tau berapa balance gaji kita.
Kalau ada hutang peribadi atau ansuran / kutu ke masukkan sekali.

Ruangan TOTAL adalah untuk jumlah sepatutnya dibayar.
Manakala setiap bulan adalah untuk yang actual kita bayar.

Dari senarai ni ada beberapa perkara yang kita boleh rumuskan / pertimbangkan.

1. Berapa peratus baki gaji bersih selepas tolak perbelanjaan yang fix?

2. Bagi perbelanjaan WAJIB tapi tak menentu, seperti minyak dan belanja makan,
kita kena fikirkan 1 method supaya kita dapat monitor kemana duit itu pergi dan berapa peratus dari wang kita dibelanjakan kearah itu.
**Untuk bulan ini ku tengah menjalankan 1 method,
masih dalam tempoh percubaan jika berjaya ku akan kongsi**


3. Kena pertimbangkan list ini bersama suami atau asing.
So far kami buat secara berasingan, kami da bahagikan apa y ku patut bayar dan apa yang En Suami bayar so sendiri paham la. So xder la isu gaduh2 suami isteri.
Tapi memandangkan akan ada rombakan family financial berikutan beberapa perubahan dalam keluarga dalam 2012 ini, kami kena buat rombakan juga la tentang pembahagiaan ini.
So yang ni jugan akan dikongsi bila selesai rombakan nnt.

4. Senarai hutang sangat penting ye.
Walaupun sekecil RM20.
Tulis nama kepada siapa kita patut bayar.
Ni mana la tahu jadi apa2 kat kita at least En Suami atau saudara terdekat tahu.
Selain itu, ini akan menjadi motivasi untuk kita untuk memendekkan senarai hutang kita.
Kalau da list rupa2nya hutang sampai 2 helai kertas panjangnya.
Dan buat plan macamana kita nak bayar, secara ansuran / lum sum dan tempoh pembayaran.

5. Elakkan tunggakan.
Bagi yang berpendapatan tetap memang sangat penting untuk elakkan tunggakan bil.
Pendapatan kita fix, kalau sangkut bulan ni bulan depan bukannya kita dapat income tambahan untuk cover jumlah tunggakan.
Budaya "Lagi 2 bulan bonus, aku setel time tu la" adalh sangat tidak sihat.
Bagi yang sudah terlanjur, rancang dan set target bila mau setel.
Biar la sakit sikit 3-4 bulan janji sampai masa kita hanya bayar yang kita pakai bulan itu sahaja.

6. Simpanan.
Yang ni pun boleh masuk senarai "Wajib bayar"
Ku memang kena transfer masuk account lain.
Kalau tak mmg tak sedar diri la g cocok kat ATM machine.


Sebab tu ku mmg suka hari gaji, bukan sbb dapat duit tapi sbb nk bayar apa yang patut dan tengok balance berapa.
Lagi best bila ada senarai hutang yang dapat dilupuskan.
Kenikmatan yang tak terhingga.

Ok. Berjumpa lagi dalam langkah dan minggu yang seterusnya.

**Tak sabar nak setelkan PTPTN. Dalam bulan 8 nanti habis la**

Tuesday, February 7, 2012

Financial Management Week

Assalamualaikum.
Agak lama menyimpan hasrat ini.
Nak kongsi kaedah pengurusan kewangan keluarga / peribadi.
Kalau kita search dan taip "Pengurusan Kewangan"
mostly apa yang ku nak tak dapat.
Yang ada pun mostly bercerita pasal investment.
Yang ku mahu adalah sesuatu yang "personal"
Macamana anda uruskan kewangan setiap bulan dengan income yang ada.

Ku mmg suka baca2 information macam ni.
Tapi baca je tapi tak buat ikut flow betul2.
Tapi dengan pelancaran project ni mungkin ku boleh reveal dan kongsikan apa yang ku buat dalam menguruskan kewangan keluarga.
Bukan la bagus, ku cuma kemaskini mengikut sistem.

Kalau sesiapa yang nak reveal kaedah masing-masing pun memang la sangat2 dialu-alukan.

Ok. Ku amik base on buku " Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang" keluaran Karangkraft.

Ada 1 bab dalam tu menceritakan mengenai 7 Langkah Kursus Kewangan Kilat

Dan devide semua langkah by minggu.
Setiap minggu ku akan update 1 langkah.

WEEK 1 : Menentukan Kedudukan Kewangan Sekarang
WEEK 2 : Menetap Matlamat Kewangan
WEEK 3: Menyediakan Rancangan
WEEK : Menyimpan Rekod
WEEK 5 : Menyediakan Belanjawan
WEEK 6 : Membaik Pulih Hutang-Piutang
WEEK 7 : Pemantauan

Ku harap dengan buat planning camni ku akan lebih istikhamah untuk menyelesaikan project ini.
Tunggu ye rakan2 sekelian alam.

**Sangat susah nak jumpa informasi yang tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam pengurusan kewangan**

Monday, December 13, 2010

Yahoo!! Financial


Ni bleh dikira sebagai new interest ku la.
Selain dari BW ke blog ibu2 sambil berkongsi cerita dan tips.
Ku suka mengekplore 1 lagi benda.


Apa yang menariknya?
Kat situ ada culculator.
Gi kat Personal Finance.
Dan bleh la Explore culculator kat situ.
Baru2 ni ku ada la baca buku pasal personal financial management.
Dalam hidup kita ni, lagi2 bila dah jadi ibu bapa.
Banyak benda yang kita perlu rancang dari SEKARANG untuk masa depan.
Contohnya Education.
Katalah 17 tahun lagi Kaseh masuk Universiti.
Memerlukan belanja.
Target aku taknak la meminjam dengan PTPTN.
Sebab utang tu nak membayarnya lama.
Apa kata menabung dari sekarang.
So kata lah untuk 4 tahun Kaseh memerlukan 40ribu.
Katakan ku simpan dalam ASB, dividen 10% la katakan.
So cuba kira berapa banyak kita perlu simpan dari sekarang?

Meh, jom kita kira.
Tak berapa clear.
Berapa Duit untuk Education sekarang = $ 0
Berapa yang diperlukan = $ 40 000
Berapa tahun lagi duit itu diperlukan = 17 Tahun
Dividen tahunan (ASB etc) = 10%

Hasilnya kat situ $987.00 setahun.
Sebulan $82.25.
Bagaimana?

Antara perkara lain y kita perlu consider dari sekarang adalah :
1. Education.
2. Menunaikan Ibadah Haji.
3. Retirement.

Dan banyak lagi.
Kalau kita tak merancang memang kita akan menggelabah dimasa hadapan.
Ni buat yang aku takut.
Bila aku mampu menunaikan haji?
Bila aku pencen sok macamana life aku?

Sekarang ni asal ada duit je cukup bulan habis.
Da habis baru nak beringat.
hehehehe.
Peringatan untuk diri sendiri.

Life is not just what we do or what we have today.
Life is about what / how is our life in the next 20 / 30 / 40 years.

Tuesday, November 2, 2010

EPF Investment

Jangan salah faham ye kawan2.
Ku bukan agen bagi mana2 pihak.
Just nak berkongsi info pasal financial planning ni.

Korang tau pasal public matual x?
Aku sekarang ni baru je berjinak2 nak belajar / amik tahu benda2 gini.
Sebelum ni apa yang ku tahu...
Terima Gaji
Simpan
Belanja
Paling kuat pun insuran
Kalau dapat bonus
Simpan la ASB

Bila tengok prgram melibatkan ekonomi ni mmg tak amik tau langsung la.
Kadang2 bila kat mall jumpa orang yang bukak meja.
Hulur brosur amik je la.
Kadang2 angkat tangan je.
Mmg ku abaikan.
Apa y terkeluarkat kepala ni
"Nak jual Insuran la ni"
"Nak kelentong apa la ni"
Sorry ye wahai kawan2 atas sangka buruk ku ini.
Tapi kadang2 betul gak tau.
Yang paling membengangkan kalau y kasi kredit kad tu.
Kadang2 benda gitu baik jangan dengar langsung kalau takut terpengaruh.

Apa yang aku melalut ke tempat lain ni.
Haaaa..
Pasal pelaburan / investment.
Ku pernah tengok Wanita Hari Ini.
Tak silap hari rabu kot yang mmg drg citer pasal financial and Invesment.
Biasa la kadang2 wanita ni tak amik port benda2 gini.

Tapi sekarang ni, salah 1 dari cabang financial planning adalah
Investment.
Selain dari simpanan.
Bila kita sebaut pelaburan je mesti terpikir..
"Takder kaitan dengan aku"
Ni aku dulu la.

Investment ni ada macam2 bentuk.
ASB adalah investment.
Pulangan 8 - 10 % kot.

KWSP pun investment gak.
Selain dari syarat wajib untuk pekerja.
Duit yang ada di akaun 1 juga dilaburkan.
Pulangan 4% kot.
Akaun 1 tak boleh dikeluarkan sampai umor 55 tahun kot.

Pelaburan Hartanah.
Tak semestinya beli tanah je.
Beli rumah pun boleh.
Ada orang beli rumah yang under construction.
Da siap jual balik.
Hartanah ni jarang turun.
Naik je.
Lagi kalau tempat stretegik.
Macam aku beli rumah aku.
Aku lewat seminggu je.
Bezanya da 10k.
Ngokngek bukan rezeki.

Investment lain cam ada modal sumbangkan kat perniagaan orang.

Apa yang aku nak share adalah.
Skrg ni ada investment KWSP akaun 1.
Dengan public matual.
ada syarat2 dia la.
Balance dalam akaun 1 ada berapa.
Kena g jumpa agen drg la.
Nak bagitau ni menarik program ni.

Kalu kita biar je duit dalam KWSP pulangannya 4% je kot.
Tapi dengan Public Matual ni dapat 10-12% kot.
Masa ku dengar2 ni hari tu cam ragu2 jugak la.
Tapi semalam bila tengok kat dalam paper ada iklan.
So yakin skit la.

Nak senang paham macam ni la prinsipnya.
Kalau simpan kat KWSP masa kita umor 55tahun nnt kata la ada 10 ribu.
Tapi kalau kita buat investment mungkin balance ada 11 ribu.
Camtu la bh krg.
Penerangan bagi orang yang berapa paham cam aku ni.

So kepada yang berminat boleh la hubungi mana2 agent yang berkaitan.
Ku bukan agent tau.
Ku just sharing info je.
Jangan salah paham.

Pssst :
Sumber atas segala percentage yang aku tulis tu adalah secara kasarnya
dan dari sumber yang tak berapa diyakini.
Untuk penerangan lanjut dan sahih sila tanya orang bertauliah.

Tuesday, June 8, 2010

Tips Menabung

Sumber ni ku amik dari majalah ANIQAH.
Recently ku suka baca pasal financial management ni.
Baru belajar nak manage so kena la cari ilmu supaya berkesan dan effective.
Jom kongsi.
Mane tau berguna.



1. Kenal Pasti Kepentingan
Sebelum mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu, kena kenal pasti kepentingan.
Sikap orang beli kita pun kena beli sangat bahaya.
2. Belanjawan
Listkan segala bagai bil, loan dan yuran yang perlu dibayar.
So kita akan nampak balance duit kita berapa untuk bulan tu.
Bagi bayaran tahunan yang bejumlah besar seperti road tax atau yuran persekolahan,
buat perancangan awal.
Sbgai contoh, jika road tax berjumlah RM 1200 so 6 bln seblm road tax mati simpan la Rm 200 sbln.
So masa hari kejadian takder la terasa sangat mengeluarkan jumlah yang banyak pada 1 masa.
Mengenalpasti dan merancang perbelanjaan amat penting.
3. Bayar Hutang Credit Card.
Merupakan penghalang utama untuk kita menabung.
Selesaikan hutang ini terlebih dahulu dan jangan membayar pada jumlah minimum pada setiap bulan.
Bekukan kad dalam peti ais!!!
Kredit kad bukan wang kita.
Hutang itu sume!!!
Kepada yang berdisiplin sangat berguna dan pada yang tak berdisiplin memeng tak guna.
4. Pelan Pencen
Salah satunya adalah KWSP.
Selagi boleh jangan mengeluarkan simpanan KWSP ini untuk renovate rumah atau apa sahaja yang tidak berkempentingan.
ATAU
Boleh juga dikeluarkan jika jumlah simpanan dari akun 1 sudah melebihi RM 50 000 untuk pelaburan yang diiktiraf.
Bagi kaki tangan swasta, kita tiada skim pencen so kita sndr yang kena merancang sebijaknya.
5. Adakan Pelan Penyimpanan.
Pelbagai cara boleh dibuat mengikut kebijaksanaan kita merancang.
Sebagai contoh, adakan tabung IMPIAN dan KECEMASAN.
Jika anda mempunyai impian buat peruntukan untuk itu dan tidak boleh menggunakan wang kecemasan untuk impian.
6.Melabur
Macam2 ada.
ASB, unit trust, saham dan membeli hartanah.
Tapi pastikan diiktiraf.
Ingat..Pulangan rendah risiko rendah..
Pulangan tinggi risiko tinggi..
Terpulang kepada tahap keberanian anda.
7. Memaksimumkan kemudahan syarikat.
Medical claim, skim pinjaman perumahan dan kenderaan.
Sebabnya biasanya interestnya lebih rendah berbanding loan bank.
8. Ambil Insuran.
Jika kita terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk kesihatan dan mungkin kemalangan apa kata sediakan payung sebelum hujan.
9. Kemas kini Wasiat.
Ermm.. Tak tau sangat nak komen.
Tapi bersiap sedia sebelum perkara yang tak diingini berlaku.
10. Rekod Bersih.
Make sure sume loan dibayar dengan konsisten untuk mengelakkan black list.
Dan kepada peminjam PTPTN sila bersihkan rekod anda.
Hehehehehe.
***Sangat teringin nak g AKPK nak mintak advise. Huhuhuhu...

Thursday, May 6, 2010

FinancialKu

Dilema ku dalam pengurusan kewangan adalah "Fail to Save"
Walaupun aku rasa kadang2 aku rasa gaji aku more than enough tapi
bila akhir bulan licin.
Kenapa aku cakap "more than enough"
Sbbnya bila ada kes2 tertentu macam ada kena bayar bukan perbelanjaan bulanan
ku still bleh survive.
And even xder kena bayar apa2 pun duit ku licin gak.
Kemana hilangnnya duit tu????
Ermmmmm???
Nak kata aku ni kaki shopping tak jugak.
Tapi kemana????
Huhuhuhu..

So aku rasa the best thing is assume as you have emergency every month.
Huuuuu..
Ni azam aku for next month.
Lagi pun gaji aku da naik la skit bulan ni.
Lagi la kena berjaga2.

Gudluck to me.. Ganbatte Lynd..