Pages

Showing posts with label Kid's Closet. Show all posts
Showing posts with label Kid's Closet. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Jom Mengemas : Almari Anak-Anak

Assalamualaikum  Sohabat.
Dan salam isnin.
Berkobar-kobar.
Nak kongsi aktiviti weekend saya yang lepas.
Jika minggu lepas saya kemas dapur.

Boleh refer sini dan sini.

Minggu ni saya kemas almari anak-anak pulak.
Timenya macam biasa. 
Tengah malam selepas anak-anak tido.

Adakah ada yang tertanya "rumah makcik ni bersepah sangat ke sampai tiap-tiap minggu kena mengemas?"
Jawapannya YA..!!!
Ihiksss..

Sebenarnya ni kira overhoul rumah la.
Selongkar, asingkan yang mana boleh buang (Huh..Tu je lah keje makcik) dan susun balik.
Sepatutnya aktiviti ni kena buat setiap 3 bulan ke, 6 bulan ke or setahun sekali.

So saya rasa dah sampai masa untuk almari anak-anak ni di overhoul sebab, Bila nak masukkan baju2 yang dah siap lipat terasa macam dah tak muat dah. Nak kena beli almari baru ke?
Tambah lagi sejak Kaseh dah besar ni dah pandai pilih nk bju mana. Xberkenan campak balik dalam almari.
Same goes to papa.
Haisss... Sudahnya gini lah rupanya..


Memang cik kak Mama Lynd ni xmalu tunjuk kebersepahan rumah dia.
Ihiksss..
Ni kira low inventori sebab weekend memang kebanyakkan baju berstatus mesin basuh, ampaian or longgok bakul.

Ok, step by step apa saya buat.

Langkah 1 : Longgok dan kosongkan.


Keluarkan semua isi dalam drawer.


dan longgokkan.
(Yang mana masih elok berlipat tak perlulah nak bukak ye)
Saya buat by drawer.
Supaya tak pening.
Drawer kaseh ada 2 level so kosongkan 2 level tu.
Jangan campur dengan baju Awatif.

Langkah 2 : Categorikan.

Kategori yang perlu dipertimbangkan

In Used 
(Kegunaan sekarang)


Transfer 
(Kaseh dah tak muat bleh kasi Awatif)

Xder gambar.

Store / Donate
(Simpan sebab nak derma..Anyway saya dah ada penerima..Faktor lain yang excited nak kemas tu)



Dan feveret saya.....
Dispose
(Baju dah lusuh sangat takkan nak kasi orangkan.)


Yang dalam plastik tu yang nak buang.
Dalam bakul yang nak hangkut naik tingkat atas.
Yang mana dah xpakai la.

Hasilnya?

Jika sebelum.


Selepas

 Drawer pertama yang menempatkan baju yang dah siap dengan pasangan masing-masing.
Biasanya baju untuk stok nursery.
Lapang sebab yang lain masih dalam proses pendobian.


Level 2 : Baju tanpa pasangan.
Mean baju mix and match.
Kalu baju pasang untuk nursery dah habis baru la belek-belek drawer ni.


Lapang oooo.. Tak payah beli almari baru.
Dah siap ruang untuk menerima stok2 baju yang bakal dilipat nanti.

Ni Awatif punyer.
Awatif memang tak banyak baju sebab saya lebih suka dia ber rompers. 
So space untuk penyimpanan xbanyak.

Sebenarnya saya pernah cerita pasal kid's closet ni.
Boleh refer kat sini.
Divider Cosway tu masih practikal untuk saya guna.

So apa yang anda overhaul minggu ni.
Jom la share..jom la.. jom la..

Nota Kaki :
Boleh tak entry ni jadi entry penyertaan untuk GA SusunAturSioca

Tuesday, March 27, 2012

Home Organising - Kid's Closet

Assalamualaikum.
Setelah beberapa ketika pemburuan Chest of Drawer untuk pakaian anak-anak dilakukan.
Akhirnya pemburuan berakhir.
Beberapa cara dilakukan bagi mendapatkan yang murah.
Buru kat mudah.com dan juga ke kedai2 barangan terpakai.

Akhirnya malas nak fikir, terus ke kedai perabot.
Dapat la seperti ini.

Asalnya nak beli yang drawer sahaja,
means tiada bahagian yang baju untuk disangkut tu.

Tapi disebabkan oleh perbezaan harga RM50 sahaja,
papa cakap "alang-alang".
Bila da diletak kat ruang tamu, terasa cam gabak besar.
(Niat asal taknak menampakkan ciri-ciri almari baju. Nampaknya berubah lagi la layout rumah saya selepas pantang nanti)

Takper la.
Puas hati gak la.

Niatnya nak update bila semua da complete.
Tapi jari ini menggigil je sebab ku baru upgrade 1 part.
So ku update by progress la nampaknya.
Jika sebelum ini saya menyusun baju Kaseh begini.


Tapi selepas consider anak no 2,
saya da tiada tempat nak letak bakul bersusun lagi.
That's why la decide nak beli drawer pakaian ni.

Memandangkan drawer ini ada 4 tingkat,
so saya devide 2 untuk Kaseh, 2 untuk adik baby.
Tapi buat sementara ni baju adik baby tak banyak,
1 tingkat pun da cukup,
So 1 tingkat lagi mama letak kelengkapan dalam pantang je la.

So apa rupa dalam drawer ini.

Drawer pertama :

 

Menempatkan baju yang dipakai seharian.

Drawer ke - 2 :


Menempatkan gaun dan pampers Kaseh.
 
Nampak tak devider yang saya guna tu?
Itu la upgrade yang  saya maksudkan.

Saya beli dari COSWAY.

Niatnya nak cari bakul kecil untuk dibuat divider sebab nak kasi nampak kemas.
Tapi susah gak nak dapat bakul yang ngam-ngam.
Da tertengok kat catalog COSWAY,
melompat2 la saya.
Semalam beli 1 set dulu sebab takut tak menjadi.
Bila da cun hari ni g lagi ingat nak beli 3 set lagi, 
sekali da habis la pulak, tinggal 1 je.
Malas da nak g ke TESCO.
**kat area yang sama ada 3 stokis Cosway**


Setiap 1 set ada 5 keping divider.
So boleh adjust dan potong
(Saya tak potong..Just lipat je.. Sayang)
1 Set RM 7.90
(Rasa cam penjual barangan COSWAY plak)

Dan untuk adik baby belom buat lagi sebab da xder stok.

Tingkat 3 :
Ruang lapang tu nak letak diapers adik baby.

Dan ini level paling bawah.

Saya letak bengkung,
booties and miten, barut dan dll.
Pun ada divider gak.
Masa beli diapers new born hari tu dapat free. 
Best..

2 drawer kecil paling atas, 
menempatkan bedak, tower, segala bagai krim Kaseh.
Bahagian tinggi untuk baju yang digantung pulak,
buat sementara saya letak set berpantang,
tilam, toiletries baby dll. 
Kira drawer ni da jadi one stop center untuk mama and baby dalam pantang nanti.
Tak payah cari-cari lagi da.

Perkara seterusnya yang nak diupgrade adalah nak buat label.
En Suami kesayangan tu suke tanya "Ma.. Mana..?"
Belum cari lagi da tanya.
Kena ambil dan letak depan mata baru diam.
Kadang2 baju siang hari dipakaikan kat anak waktu malam.

Tak payah nak citer pasal baju yang da lipat nak letak kat mane.
Memang tak tahu la.. (Sebab saya tak pernah suruh kot)
So bila da label jangan sebut lagi perkataan "Mana.."

Dan Kid's Closet ni dikira complete bila saya da habis pantang kot.
Sebab semua kelengkapan berpantang sudah tidak perlu diletakkan disini.

So nantikan update dimasa hadapan.
Bagaimana anda menyusun baju anak-anak.
Jom Kongsi.