Pages

Thursday, April 28, 2011

Joundice / Demam Kuning

Joundice atau dalam masyarakat kita dikenali sebagai penyakit kuning.
Ia terjadi kepada kanak-kanak yang baru lahir, dimana kita boleh melihat kulit dan mata bayi agak kekuning-kuningan.

Apa itu Joundice..?


Dalam artikel Anne Smith IBCLC di sini,
menyebut bahawa joundice ini berlaku kepada bayi baru lahir apabila paras bilirubin dalam darah berada pada tahap yang tinggi.
Bilirubin adalah salah 1 dari pecahan sel darah merah yang berwarna kekuningan.

Bagaimana paras Bilirubin boleh jadi tinggi?

Semasa didalam rahim, bayi memerlukan sel darah merah yang tinggi untuk menyerap oksigen dari sistem badan ibu.
Dan sejurus dilahirkan, dan anak sudah boleh mendapatkan bekalan oksigen dari persekitaran dengan sendiri,
sel darah merah yang berlebihan perlu disingkirkan.
Dalam process menyingkirkan sel darah merah ini, salah 1 bahan yang terhasil adalah bilirubin.
Ia akan disingkirkan melalui process di buah pinggang dan keluar melalui meconium (Najis bayi yang berwarna hijau gelap di awal kelahiranya)

Tetapi mungkin disebabkan buah pinggang yang masih belum matang dan berfungsi sepenuhnya,
proses penyingkiran bilirubin ini agak perlahan dan ia tidak disingkirkan,
bilirubin akan menyerap kembali ke dalam sistem badan bayi.
Dan itu yang memberikan kesan kekuningan pada kulit dan mata bayi.

Jenis-jenis Joundis.

Normal Joundice (Physiologic jaundice ) -

Berlaku dikebanyakkan bayi baru lahir terutama bagi kelahiran bayi pramatang dan kurang berat.
Bayi yang baru lahir yang kurang menyusu dan membuang najis adalah penyebab kenapa bilirubin kurang disingkirkan dari badan.
Joundise ini akan mula bacaan paling tinggi pada hari ke 3-5 kelahiran.
Dalam tempoh itu kita perlu merujuk kepada Doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya dan memerhatikan bacaan bilirubin setiap hari.

Apa yang perlu kita sebagai ibu untuk mengawal peningkatan baccan adalah kerap menyusukan bayi supaya colustrum yang bertindak sebagai Laxative dapat membantu bayi kerap membuang najis.
Lebih kerap bayi membuang najis, lebih baik dalam proses menyingkirkan bilirubin dari badan.

Fhototherapy adalah kaedah rawatan yang biasa digunakan dihospital bagi merawat jundice ini.
Bayi diletakkan dibawah lampu biru yang mengandungi sinran UV terkawal dalam membantu memecahkan bilirubin dan memudahkan process penyingkiran.

Antara langkah yang dicadangkan oleh Anne Smith adalah,

1. Kerapkan penyusuan sepaya bayi mendapat susu yang cukup dan colustrum dapat membantu penyingkiran bilirubin. Perhatikan output / kekerapan air kencing dan najis.

2. Elakkan memberi minum air kerana hanya 2% bilirubin disingkirkan melalui air kencing.
Dengan memberikan air selain susu ibu, bayi akan merasa kenyang dan menolak untuk menyusu.

3. Bangunkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin, dan kejutkan bayi 2 jam sekali untuk menyusu. Joundise akan menyebabkan bayi mengantuk dan kurang menyusu, oleh iti kejutkan bayi.

4. Jika bayi asyik tertido jika menyusu direct dengan ibu, kerana Bf menyebabkan bayi selesa, cuba berikan susu perahan menggunakn cup, shringe atau sudu.
(Belajar dulu teknik menggunakan cup dan elakkan kan menggunakan botol)

5. Buka pakaian bayi dan dedahkan dia pada cahaya. Elakkan meletakkan pada matahari secara terik kerana kulit bayi sensitif.

6. Dapatkan pendapat doktor untuk pengambilan sebarang ubat / jamu kerana dikuatiri ubatan yang menyumbang kepada joundise.

Pathologic Joundice (Pathologic, or abnormal jaundice)

Akan mula kelihatan dalam masa 24 jam. Joundice ini disebabkan masalah kesihatan bayi.
Doktor akan membuat pemeriksaan lanjut jika bayi adal masalah lain, dan jika bayi ditahan di hospital, ibu masih digalakkan memberi susu ibu secara perahan kerana pada peringkat ini mungkin bayi mengantuk atau lemah untuk menyusu secara terus.


Prolonged Joundice (late-onset, or breastmilk jaundice)

Berlaku sehingga minggu ke-2 kelahiran.
Bersambung.....

**Sumber dari sini**

**Akan bersambung di N3 akan datang sebab panjang lagi nak citer, dan banyak breastmilk joundice ini disalah erti. So kupasannya akan bersambung nanti.
Tunggguuuuu..***


Tuesday, April 26, 2011

UNICEF Indonesia: ASI dan bahaya susu formula di Lombok

Bagus informasi begini.
Kenapa kat Malaysia takder ye.
Touching bila dia sebut pasal seorang ibu yang anak ke2nya bertarung dgn penyakit disebabkan oleh pemberian FM. Dan anak ke pertamnya da meninggal disebabkan punca yang sama.
Tak salahkan ibu itu tetapi disebabkan kurang pendedahan mengenai risikonya.
Diharap kat Malaysia tiada la sampai macam ni.

UNICEF: Inisiasi Dini Menyusu Air Susu Ibu

Suke sangat video ni.
Indah sungguh ciptaan Allah.
Ikatan Anak dan Ibu memang fitrah.
Tetapi disebabkan pilihan ke-2,
membuatkan fitrah ini dilupakan.
Wahai ibu, jom kembalikan hidup kita ke fitrah.

Monday, April 25, 2011

Jom La Keluar Mama

Huhhh..
Kalau la Kaseh leh bercakap mesti itu yang dia nak bagitau.
"Jom la kita keluar"
Itu lah Kaseh di usia 13 bulan 3 minggu ni.
Tudung memang ku kena sorok.


Kalau tak ia akan jadi begini.

Dan berlaku la adegan kejar mengejar.
Dia akan suruh pakai tudung,
walaupun 2 tudung dia jumpa 2 lapis tudung juga la dia suruh pakai.

Pas pakai ingat da setel ke?

Dia akan dok depan pintu soh pakaikan kasut.
Kalau tak main beskal kat depan rumah,
dia celup tangan dalam kolam ikan pastu basuh muka.
Itu lah kaseh.
Kalau bukak gate lagi la.
Laju je dia tuju ke bumper depan rumah.
Suka dia naik turun bumper tu.
Tapi since ada kejadian orang y mencurigakan brenti depan rumah dulu mmg ak tak brani dok luar lama2 time tgahari.

So mmg tudung tu mmg tak leh letak sepah2.
Kalau Kaseh jumpa habis la.

Pssssttt : Gambar rumah bersepah ku nak lipat kain. Heheheh

Saturday, April 23, 2011

Adni Turns 2 Giveaway


Princess Adni da 2 tahun da.
Besar da anak housemate ku ni.

Kaseh cakap :

Happy Birthday kat Kak Adni.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Dan membesar menjadi anak yang Solehah dan berjaya.

Jom Join GA ni disini

Hadiahnya sangat best untuk hantu choc cam Mama Kaseh.

Thursday, April 21, 2011

Bila diberi pilihan

Asik citer pasal Kaseh je.
Ni nak citer pasal mama Kaseh lak.

Status sekarang.
Masih suri rumah.
Tapi agak aktif mencari kerja.
Last week g MCTF kat Mid Valley.
Pas2 resume.

Dan semalam ada 1 company y call untuk interbiu.
Sok esok kol 2 ku akan g interbiu.
Pada sejam lepas, ku mengharap sanagt dapat keje ni,
sebab tempat tu sanagt la dekat ngan rumah dan company tu agak establish jugak la.
So keyakinan terhadap kestabilan dan benefit company tu agak tinggi.
So dari semalam dok bercakap sorang2 praktis interbiu.
Mu taknya da 3 tahun x interbiu tambahan pulak selama ni mmg ku kurang pengalaman interbiu sebab asal g interbiu je dapat.
***Hahahah.. bleh tak buat statement cam tu.***

Tapi itu sejam lepas.
Tapi selepas mendapat panggilan dari sesorang y offer ku 1 peluang yang agak menarik.
Da bercampur baur da.

Kalau korang diberi pilihan la kan..
PILIHAN 1 :
Katakan g interbiu, dan dapat dan keBESTsan kerja tu cam dinyatakan di atas la kan.
Makan gaji, balik fix time, bulan2 kompom masuk gaji banyak tu.

ATAU PILIHAN KE-2
Diajak set up bisnes, kira cam family bisnes la.
Tapak dan kelengkapan da ada.
Cume kederat ku diperlukan untuk menjalankan kerja2 admin.
Tapi kiranya ku ada share la.
Bila da bisnes sendiri ni, awal2 ni agak cam "sakit"skit la.
Tapi pulangan mengikut usaha, jka kita usaha kuat, insyaAllah la pulangannya berbalai.
Tapi disadvantagenya adalah, risiko kegagalan ditanggung la dan awal2 ni incom xtau la.
Tapi bisnes tu sume da ada just menjalankan je, customer sume da siap.
Errmmm..ikut pengamatan ku, potensi untuk berjaya bisnes tu ada.
Cume sanggupkah aku bersakit2 sekarang?

Waaa..kompius.
Tapi pendekatan yang ku amik sekrang,
untuk interbiu esok ku akan cuba y terbaik.
Kalau dapat camner?
**Cik Lynd abaikan perkataan KALAU itu.**

Psstt : Salah 1 keadaan y ku tak suke jika diberi pilihan.

Wednesday, April 20, 2011

Iklan Kegemaran Kaseh

Kat umah ni mmg TV terpasang je.
So Kaseh memang membesar depan TV.
Tapi recently ku cam rasa Tv ni tak memberikan pehdah dan menyebabkan kerja banyak terabai.
**Da lari tajuk da**

Ok.
back to the track.
Ni antara iklan kegemaran Kaseh.
Kalau kuar je antara 3 iklan ni,
tengah nenen pun bleh toleh,
da nak tido pun bleh celik.
Iklan LifeBouy.
Lagunya yang memeng catcy.
Sambil tersengeh dan goyang2 badan Kaseh dengar.

Iklan Dutch Lady 5x DHA.
Lagu dia sebut Mama tu yang menarik.

Iklan Fernleaf.
Lagu "Ibu..Ibu..Engkau lah ratu hati ku.
Macam paham2 je maksud lagu ni.
Mama tunggu Kaseh nyanyikan lagu ni untuk mama 1 hari nanti.

satu lagi yang kaseh suke,
kalau perasan dulu TV3 kalau antara program,
ada iklan, xtau orang panggil apa, promo kot,
kan yang ada gambar ala2 bumi ngan kartun2 kat atas tu.
Yang tahun lepas tp tahun ni da lain.

Tapi kalau perasan, lagu iklan susu ni pandai menarik kanak-kanak.
janagn sok kaseh pandai mintak susu tu sudah.

Tuesday, April 19, 2011

Kaseh Solat

Di umur 13 bulan Kaseh da ngikut apa aje y orang buat.
Termasuk la mengajuk orang solat.
Ia bermula dengan nampak dirapatkan kaki.
Pastu mulut bunyi "psstt..psssttt..pssstt"
2-3 kali dia tunduk2.
MIL perasan, "Dia sembahyang ke?"

Sejak tu ktrg perasan bila ktrg solat mulut dia dok "psstt..psstt"
Sekarang da kena bentang sejadah kat sebelah.

Telekung mama y sibuk dibelek.

Ni buat2 sembahyang sebab nak snap gambar bila dia mula solat sama.

Terlebih Sujud.


"Eh! Mama solat tipu2 yeee"

Sampai Hati Mereka

Ku saje buat tajuk yang tiada kaitan dengan isinya,
supaya hanya orang yang betul2 ingin baca blog ini sahaja yang tahu,
bukan atas ku nak buat citer sensasi.
**harap tiada yang salah faham**

Ku perasan 2-3 menjak ni ada isu dalam dunia Breastfeeding ni.
Iaitu mengenai "Tayang EBM"
Sampai wujud 1 page kat Facebook,
Kami Benci dipertonton EBM bertimbun2
Pandangan ku mengenai isu ini adalah,
ku tak kisah mengenai gambar dan perjalanan BF ibu2 lain di facebook atau blog.
Samada susah atau senang itu adalah perjalanan dia.
kalau suka tengok la lagi kalau tak suka tutup je la.
Orang biasa cakap "blog ku suka hati ku la nak letak apa"
so sampai ada yang timbul perasaan benci yang sanggup create page tersebut di FB adalah tidak patut.

Itu menunjukkan orang itu sangat marah.
Kita tak boleh nak tafsirkan niat sesorang itu meletakkan gambar EBM
mereka atas sebab riak atau apa sahaja.
Mungkin itu sebagai kenangan untuk anak dia.
Bila anak dia besar esok dia akan lihat perjalanan ibunya dalam membesarkannya.
**itu merupakan niatku dalam berblog ini**

Kalau ku tengok stok ibu lain yang banyak samapi tahap tersedak tu,
pandangan ku?
Kagum dengan ketabahan hati ibu itu mengepam.
Ada yang sanggup bangun tengah malam,
ada yang weekend pun mengepam,
ada yang bermula dari awal pantang lagi da start mengepam.
itu adalah usaha ibu2 itu dan Allah kurniakan rezeki yang setimpal.

Macam ku, mengaku yang ku tergolong dalam golongan orang2 yang usaha cukup2 makan,
sa hasilnya pun cukup2 makan.
So bila tengok orang y EBM berkepuk2 tu, ku rasa mmg patut la dengan usaha mereka.
tapi mungkin ada yang rasa demotivated,
saya cadangkan cuba positifkan diri, jika susu anda masih sedikit, mungkin usaha anda belum cukup untuk Allah berikan yang sepatutnya.

Kepada yang create dan LIKE page FB itu, mungkin sampai hati anda berfikiran 1 hala sebegitu.
Apa perasaan ibu yang sudah sekian lama menampal gambar2 EBM itu?

Hanya oarang yang membuak2 "benci" sahaja yang gagah untuk create page tersebut.
Kenapa ye?
Kekuatan anda untuk membenci dan melukakan hati orang lain secara terus amat la saya kagumi.

**Saya minta maaf jika ada yang membaca ini tergolong dalam golongan yang LIKE**
**Saya tak salahkan orang yang BENCI tayangan EBM, tapi saya kagum dengan orang yang sanggup create page FB tersebut**
**Kalau saya benci / tak suka sesuatu, saya akan elakkan dari bercakap / tengok hal2 tersebut, jadi saya akan kawal rasa benci saya**

**Ingatkan diri saya sendiri yang dunia ini luas, tak semestinya apa yang kita rasa betul, betul dimata orang lain**
**Tak salah jika pendapat kita disimpan untuk diri sendiri sahaja, daripada melukakan hati orang lain**


Malam Minggu Di Dataran Shah Alam

Weekend lepas, siangnya ku bz dengan kursus MBFPC,
malam ku ajak En Suami berpoya2.
Teringin nak tengok kaseh terkedek2 di tempat yang lapang.
So ku ajak la g Dataran Shah Alam,
terus rodger adik ipar ku y dok Puchong,
jumpa kat sana.
Tikar kecik orang ramai.
Mintak maap la.
So kami pun ber lepak2 la disana melayan anak-anak dan adik2.

2 ketui permata hati ku.

Makan yang tidak ssihat melambak depan mata.

Dorang ni makan sampai aku diabaikan

Jangan salah sangka ye.
Kami bukan lepak kosong.
Tapi ada forum perdana kat pentas.
Cume dengar tak dengar je. Heee
Kami keluarga y kecoh.

Ajak MIL tapi taknak ikut, sebab FIL blom balik masjid,
nanti kang mencari abah wife dia dilarikan di malam minggu.
Kaseh da ngantuk, "caprut" je.
**Maksudnya moncong**

Itu lah aktiviti kami kami dimalam minggu lepas.

Pssstt : Tengah ketandusan kreativiti.

Malaysian Breastfeefing Peer Counselor MBFPC


MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR.
Merupakan sebuah badan sukarelawan yang membantu ibu-ibu dalam mengharungi dunia penyusuan ibu.
Ia tidak sama dengan Lactation Counselor / Kaounselor Laktasi.
Peer Counselor adalah lebih kurang macam ibu ke ibu dan mereka adalah sukerelawan.

Bantuan yang diberikan adalah dalam beberapa aspek :
1. Memberi kesedaran kepada ibu dan bakal ibu mengenai relevannya penyusuan susu ibu ini di dunia yang serba canggih ini.
2. Membantu bakal-bakal ibu membuat persedian mental dalam penyusuan susu ibu.
3. Memberi cadangan dalam pengurusan penyusuan susu ibu.
4. Membantu ibu dalam menyelesaikan masalah penyusuan.

Alhamdulillah..ku berjaya menamatkan latihan selama 4 hari.
Banyak benda yang aku belajar terutama
dari segi komunikasi dengan ibu.
Pengetahuan secara teknikal boleh belajar tapi skill dalam menyelami hati seorang ibu yang datang berjumpa dengan kita adalah paling sukar diperolehi.

Ku kagum dengan mereka2 yang memperjuangkan penyusuan susu ibu ini
tanpa mengenal erti penat.
Banyak yang mereka korbankan.
Masa bersama keluarga, diri sendiri apatah lagi dari segi wang ringgit.

Pendekatan y mereka gunakan adalah sangat mengagumkan.
Ku silap selama ini.
Selama ni ku pikir mempromosikan penyusuan susu ibu adalah berapa ramai orang yang kita berjaya ajak untuk breastfeed dan berapa lama mereka bertahan.
Tetapi sebenarnya, kita kena menjaga ketulusan dan kemulian penyusuan susu ibu ini.
Maksudnya, bila kita bercakap mengenai penyusuan susu ibu dalam jangka masa yang panjang,
ia bukan hanya mengenai makanan tambahan, pam, gadget2 penyusuan, pakaian penyusuan tetapi lebih natural sesuatu itu lebih senang ia diterima.
Memang banyak la y aku belajar terutama dengan 1001 cerita pengalaman penyusuan.
Dari cerita ibu yang menghantar EBM dari semenanjung ke Sarawak setiap hari, ibu yang menjaga bayi pra matang dan bermacam lagi la.

Jadi kepada ibu dan bakal ibu yang ada masalah mengenai penyusuan susu ibu, boleh la email saya di sitinorhas_linda@yahoo.com atau call 019 - 603 8353.

Saya semestinya tidak sebagus PC yang lain tetapi saya akan cuba membantu selagi termampu.

Boleh juga ke website MBFPC untuk mendapatkan senarai nama Peer Counselor yang berdekatan dengan anda.
Ramai sukarelawan yang sedia membantu anda.

Pssst : Kagum dengan Pn Kamariah dan PCPA yang berhati mulia membuat kerja amal.
Tahniah atas kejayaan Pn Kamariah di Sejuta Impian.
Adakah mampu untuk aku menjadi semulia mereka?

Asma Di Kalangan Kanak-Kanak

Atas Permintaan Adik Ipar Ku, Pn Tina,
Ku tolong carikan artikel mengenai penyakit asma di kalangan kanak-kanak.
Ku just tolong search sahaja,
sumbertnya dari sini ;

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/asma.htm

ASMA

Asma merupakan penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.

Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan di susuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak akan pulih semakin umur mereka meningkat.

Kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.

Adakah keadaan ini serius?

Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.

Tanda-tanda

  • Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
  • Rasa lemas.
  • Bunyi nafas yang berdehit.
  • Batuk yang berterusan.
  • Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.

Apakah tindakan pertama?

  1. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami serangan asma.
  2. Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.
  3. Bertenang. Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut.
  4. Semasa menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.

Perlukah saya berjumpa doktor?

Bawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja anak mengalami serangan asma.

Apakah tindakan doktor?

  • Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus kedaalm bronkus. Serangan yang teruk mungkin akan memerlukan rawatan hospital dan dos yang lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena.
  • Jika terdapat tanda-tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan.
  • Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang. Doktor mungkin menentukan alergennya, sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah. Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik sahaja serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak anda mengalami serangan yang teruk atau sekiranya serangan tidak reda walaupun anak anda diberi dua dos bronkodilator.
  • Doktor mungkin akan mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid yang rendah mungkin perlu disedut tiga atau empat kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos yang lebih tinggi diberi dalam bentuk pil.

Bagaimanakah saya boleh membantu?

  • Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukannya sendiri. Catatkan bila serangan ini berlaku dan waktunya. Pastikan rumah anda bebas dari alergen yang biasa seperti kekabu. Gunakan pembersih vakum untuk memvakum habuk di rumah.
  • Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda membela haiwan kesayangan, minta bantuan rakan untuk menjaganya selama beberapa minggu untuk menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan. Pastikan anak membawa ubat pada setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah tentang kemungkinan serangan ini akan berlaku.
  • Rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri semasa berlaku serangan.
  • Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini akan membebankan paru-parunya.
  • Senaman ringan dapat membantu pernafasan anak tetapi latihan yang berat boleh membawa kepada serangan asma. Berenang merupakan latihan jasmani yang sangat baik.
  • Anak disyorkan memakai lencana "Medic Alert".
Arfan anak yang kuat, InsyaAllah semuanya OK

Wednesday, April 13, 2011

Tercicir

Ada sesapa nmpak mood sy x?
tercicir la.
Ntah kat maner jatuh.
Nak kena cari dulu la.

Bye...

Tuesday, April 12, 2011

"Mama, Kaseh Lapar "



Nak jadi citer malam tadi.
Untuk dinner ku goreng beehoon je.
Ku buat tak pedas la sbb nak kasi Kaseh makan.
Kaseh tido.
Kami suami isteri pun makan la ber2.
Seronok la tiada gangguan.

"Papa nak tambah lagi?" "Banyak ke Mama goreng?" " Cukup la untuk 2 orang"

Ku mmg tak suke simpan makanan bawah saji / dalam fridge.
Selagi muat ku habiskan.
Basuh kuali, basuh pinggan.
Kejap tu Kaseh bangun, merengek.
Ku kasi nenen dia ngap.

Ku perasan dia cam meragam.
Ku pikir dia penat kot, tak selesa kot.
Ku pun bukak la suar dia nak tukar pampers.
Nak g toilet lalu dapur.

Dia asik nak capai pinggan kat atas meja.
Ku dokong dia tunjuk pinggan.


" Ya Allah, Papa!!!!!!!"
Kaseh lapar kot.
Bihun da habis.
Lupa nak simpan untuk Kaseh.
Rasa cam nak hantuk kepala ke dinding

Tengok jam, kol 9.30 pm.
Nak kasi makan apa.
Biskut mesti tak kenyang.
Kaseh suke makan nasi ayam.
Nak kuar cari nasik ayam, Kaseh makan banyak mana sangat,
y lebihnya sapa nak makan.
Mama n papa Kaseh da kekenyangan.

Pikir punyer pikir.
Gi KFC la cari kentang putar.

Balik umah.
Suap.
Licin!!!!!!
1 mangkuk kecik dangan 2 ketul wedges.

Sengal punyer mak.
Lupa yang makanan kami da kena consider u 3 orang.
Pastu dia bleh tersengeh kekenyangan dan tido.

Mama minta ampun Kaseh.
Mama tak sengaja.
Heeee.

"Sampai hati mama makan tak tinggalkan untuk Kaseh"

Kaseh Refuce Bottle Feeding

Itu lah yang terjadi.
Last weekend ku g kursus untuk jadi Peer Counselor dengan MBFPC.
Program tu bermula dari pagi sampai petang.
So disebabkan Kaseh da more than 1 year Kaseh ku tinggalkan dengan MIL.
(klu bleh bawak punku takkan bawak Kaseh sbb anakand ku itu lasak)
Lebih krg sbln lbh jugak la aku mmg tak berenggang langsung dengan Kaseh.
So mmg direct BF jela.
Khamis tu mmg ku da tinggal Kaseh kejap dgn MIL.
Tapi half day je la.
Bila petang ku amik Kaseh
MIL ckp Kaseh taknak minum guna botol.
DIa gigit2 je.
So MIL kasi la guna cawan je.
Tapi tu la tumpah2 n skit je la ida minum.
Tapi dia tak merengek pun.
Makan banyak la.

Ku ingat maybe 1st day, so dia tak biasa.
Bila ku tinggalkan for the whole day hari sabtu,
ku balik tengok 1 botol je guna.

Same problem, MIL ckap Kaseh xnak guna botol.
It's same on Sunday.
Hari ni ku beli botol baru, tak tau la.
Nak kasi guna cup je sian lak kat MIL.
Tengok la next week camner.

**Saya da besar mama, no need bottle**

Friday, April 8, 2011

Anak Awak Selsema Sebab.....

Dapat call dari Farah.

1st Question :
Fara and Aiman selsema and Aiman
Doktor tanya "Awak breastfeed?"
" Ya, saya breastfeed anak saya"
"Awak kena elakkan minum ais dan makanan sejuk sebab tu anak awak selsema"
Betuk ke?

Jawapan ku :
It's depend, ada orang tu ok je minum ais.
Cadangan Kak Lynd, Fara test dulu dalam seminggu kalau Aiman ok,
mungkin juga la faktor itu.

2nd Question :
Doktor kata " Awak cuba la kasi susu formula kat anak awak, sebab bila awak gi keje,
awak letak susu tu dalam peti ais, pastu panaskan balik, sebab tu anak awak selsema"
Betul ke?

Jawapan ku :
ERKKKKKK...!!!

Terkejut mak.
Agak masuk akal..tapi kelakar.
Bab ni Fara jangan pakai.
Nak komen lebih2 pun tak berani.
Tapi Doktor ni memang berfikiran "mendalam"
Apa-apa pun jangan ambil apa2 nasihat menyeru kepada stop breastfeeding.

Setiap kaedah pengurusan susu ibu adalah berdasarkan kajian.
Kenapa susu bleh tahan 4 jam di suhu bilik.
Berapa lama susu tahan di freezer.
Kenapa susu memanaskan EBM adalah 60 degree.
Kenapa tak boleh panaskan direct ke atas api.

Semua itu dikaji berdasarkan perkembangan bakteria dalam susu dan pengoptimuman zat di dalam susu ibu.

Pssttt : Ada sesapa nak komen bagi Soklan No 2. Sori. den terkedu sebab Doktor tu berfikiran "jauh".
Tak salahkan Doktor itu mungkin "jauh"nya ke arah yang lain dan dia sendiri pun tak tau yang dia menyimpang.

Thursday, April 7, 2011

Saya Terabai..?




Nama Saya Sesumpah.
Saya sangat berjasa kepada tuan saya.
Masa tuan saya tahun 2 di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya mula berkhidmat dengan dia.
Dengan bentuk muka bumi di UKM yang berbukit bukau saya berkhidmat dengan cemerlangnya.
Walaupun kadang2 semput gak naik bukit tapi saya tetap gagahkan demi tuan saya.

Saya pernah eksiden 2 x.
2 eksiden tu la yang menyebabkan saya hilang sayap kiri dan kanan.
Tapi saya masih berkhidmat dengan tuan saya.

Masa tuan saya dok rumah sewa di Seksyen 15 BBB,
saya amat diperlukan oleh tuan saya, gi kelas, gi warta, gi pasar malam.
dan tuan saya paling tak boleh lupa masa mak dia datang UKM.
Saya la yang bawak mak tuan saya g jalan2.
Turun naik bukit di UKM, sebab tuan sy nak tunjukkan kawasan UKM kat mak tuan saya.

Tapi kadang2 saya ada gak menyusahkan tuan sya.
Ada 1 musim tu, beteri sy asik kong je, so tuan saya selalu hantar bateri ke kedai moto u di cas.

Walaupun rupa fizikal sy tak cantik, dengan kulit sy menggelupas dan kehijauan, tuan saya tiada pilihan lain.
Sy setia menemani tuan saya.

Bila tuan saya habis belajar,
Sy masih digunakan.
Berulang alik dari Taman Putra Perdana ke Bukit Puchong,
untuk mengangkut tuan saya yang da semakin gemuk untuk g keje.

Tuan sy ni tak senonoh, saya dibawa secara haram,
bertahun saya tak dibayar cukai jalan.
Kena tahan ngan polis, di klentongnya polis tu kata road tax tertinggal.
Sy yang cuak mana tau saya kena angkut g balai.

Sampai la pada suatu hari, masa tuan saya balik dari keje,
saya tiba2 merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Sy mati ditengah jalan.
Tuan sy tolak ke tepi jalan.
Setelah dibedah siasat, rupa2nya tali minyak saya putus.

Ada la cobaan nak menyelamatkan sy dengan menggantikan dengan organ ya baru,
tapi sebab sy ni datang dari plenet lain so organ sy sudah tidak dijual lagi.
Maka berakhirlah tugas saya di situ.

Sekarang?
Saya masih disini.
Tuan sy ni baik.
Dia angkut sy sekali pindah.
Diletakkan sy dibelakang rumah.
Sekarang dia da kawin dan ada anak,
anak dia suka panjat2 sy.
Sy tak kisah.
Sy suke.
Tapi kadang2 sy dengar2 jugak tuan sy nak jual sy ke besi buruk, tapi dia kat sayang.
Banyak kenangan.
Sy tak tahu sampai bila sy akan terus disini.
Aku diabaikan?
Tidak..
Walaupun saya tidak lagi dapat berkhidmat dengan tuan sy, cukup lah saya dapat melihat keluarga tuan sy berkembang.
Saya tahu tuan sy pun sayang saya juga.
Ini la tuan sy yang sudah bersedia nak g kelas.
Saya sayang dia.

Pssst : Tiba2 rasa sebak pulak ingat zaman dulu2 mengenang jasa moto ni kat aku.
Lynd..Don't tell the others that you are almost crying now.




Rasa Itu.. Terima Kasih Breastfeeding.

Da 13 bulan BF Kaseh.
Ada 1 perasaan yang mengalir dalam hati ni bila tengok gaya Kaseh nenen.

Bagai ada bisikan dari Kaseh
"Mama, I Need U"

Bila Kaseh jaga malam untuk nenen.

Dalam keadaan Mata Tertutup, hanya perlu suakan sahaja,
Kaseh bleh Ngap.
Ya Allah, Nikmatnya.
Besarnya tarikan itu.
"Mama, Kaseh lapar" "Mama, Kaseh nak Mama"
Ya Allah..Rasa diri ini amat bertuah.


Bila Kaseh nak nenen, mama amik posisi,
Kadang2 ku baru nak baring,
Kaseh gelak,
Ya Allah, Kalau la boleh diulang gelak itu.
"Yes, Kaseh dapat nenen"
"Cepat Ma, Kaseh nak nenen ni"


Bila dia sudah bersedia dengan mulut yang ternganga,
Ya Allah, Ku suka mimik muka itu.
Ku suka buat2 tutup supaya Kaseh bleh nganga lagi skli.

Bila Kaseh terjatuh,

Itu la 1-1 nya senjata mama,
bila disuakan aje, Kaseh diam.
"Mama, Kaseh Sakit"
Ya Allah, syukur kerana permudahkan urusan ku.

Rasa ini, hanya kerana ku menyusukan anak ku.
Rasa yang indah mengelinap ke dalam darah ku.
Syukur Ya Allah, Akan Rasa ini.

Rasa Bahagia.
Rasa Disayangi.
Rasa Dihargai.

Alhamdulillah, Ya Allah.

Psst : Bahagia..


Karipap Ohhh Karipap

Saja nak naikkan saham kat suami sendiri.
Heeee.
Peberet suami ku ni.
En Karipap.
Ini adalah cobaan ke 3.
Jom imbas kronologi pembuatan karipap Mama Kaseh.

Cobaan Pertama :

Cuba buat time mengandung ni.
Saje bangun awal nak buat surprise la konon.
Uli punyer uli tepung, lembik je.
Melekat je kat tangan.
Masa ni mmg angin la 1 badan.
En Suami turun.
Ku da nak nangis da time ni.
Sedih beb, nak buat tak jadi.
Lagi pun time mengandung agak sensitip.
Ku tinggalkan doh karipap pastu dok tcongok depan TV ngan muka moncong.
Nsib baik En Suami paham.
Aku dengar dia tong tang2 kat dapur.
Skli keluarlah.....
Roti Canai..!!!
Dari doh karipap tak jadi.
Heee... Touching.

Cobaan Ke 2 :

Da lama da.
Yang ni boleh la. Ada improvement.
Tapi takder rupa karipap la.
Rupa cam roti bom.
Y ni sama kes cam 1st trial, tapi ada ropa la.
Tak jadi roti canai.
Ada amik gambar tapi da tak jumpa save kat mana.

Cobaan Ke-3 :

Camni la ropanya.

**Tolong jangan gelak**
At least ada rupa. Next time cuba lagi.
Ganbatte Lynd.

Pssstt : Ada sesiapa nak tempah?
Ku tahu En Suami makin sayang aku. Hahahahah **Mode perasan**

Wednesday, April 6, 2011

Rupa Virus



Berkesinambungan dari N3 ini.
Mengenai virus.

**Klik untuk imej yang lebih besar**
So kawan2 jika anda menerima email seperti di atas,
tolong jangan buka.
Ia adalah virus yang sangat keji.
Takdernya Fedex atau DHL antar barang kalau kita tak pernah kasi alamat rumah kita kat sesapa untuk hantar barang.
Jangan tertipu apabila dikatakan attachment adalah tracking no parcel kita.

Harap disebarkan.

**Kalau sesapa yang tahu camner nak buat tolong bgtau eak sebab laptop ku da xleh fully format. Application untuk acces internet kena blok**

IBU KATA : Susahnya Nak BreastFeeding

Ku tak nafikan.
Breastfeed anak ini memerlukan komitmen yang tinggi dari ibu dan mungkin juga bapa.
Bila sebut pasal komitmen, orang akan pikir susahnya la.
Susu Formula je la senang.

1. ANAK ASYIK LAPAR JE.
Kata Ibu :
Susah la, anak saya kejap2 nak nenen, kejap2 nak nenen.
Saya pun nak rehat gak.
Badan lemah lagi baru pas bersalin.

Wahai ibu :
Anak yang mendapat susu ibu akan lebih kerap menyusu dari anak yang diberi susu formula.
Kerana susu ibu mudah dihadam jadi proses penghadaman mengambil masa yang singkat.
Lagi pun, perut anak masih kecil, jadi dia hanya boleh minum sedikat sahaja.
Manakala bagi susu formula, perut anak perlu berkerja keras untuk menghadam susu itu.
Memang anak kurang merengek tapi apa yang terjadi pada perut dia?

2. SUSAH LA NAK KELUAR.
Kata Ibu :
Susah la nak keluar2, nak kena bawak warmer la sebab takkan nak selak baju depan orang ramai.
Kalau nak tinggal kat rumah nak kena tinggalkan EBM lak.

Wahai Ibu :
Zaman da moden, kita selalu ada pilihan untuk melakukan sesuatu yang kita nak / patut buat.
Di pasaran ada baju penyusuan dan bra penyusuan.
Kita tidak perlukan "pendedahan" terlampau untuk menenenkan anak di tempat awam.
Kalau nak pakai baju biasa pun, praktis depan cermin skill selak baju tanpa "pendedahan" terlampau.
So, kita tak perlu tinggal anak kita dan bawa sebarang peralatan nak buat susu.

3. SKOP KERJA SAYA TIDAK MEMBENARKAN SAYA MENGEPAM.
Kata Ibu : Saya kerja travel so bila nak pam.
Saya sibuk je, tak sempat nak stop nak g mengepam.
Orang keliling saya lelaki so tak sesuai nak mengapam.

Wahai Ibu :
Cuba tanya di lubuk hati naluri kita, disebalik 3 alasan diatas, sebenarnya terselit rasa
malu yang nak mengaku "I'm Breastfeed My Baby".
Kalau kita mengaku yang kita BF anak kita, kita tidak akan segan silu untuk minta kebenaran bos/ rakan sekerja untuk cover line kita untuk g mengapam.
30 minit sahaja.
Kalau sibuk sangat boleh je mengepam sambil keje.
Saya ada seorang rakan, asal nak g mengepam je, dikecoh 1 opis.
Ada kebaikannya.
So kalau bos nak suruh buat keje pun tak jadi la sebab kita da bgtau nak g mengpam.
Busuk ati sangat la bos tu kalau tiba2 je kasi keje bila kita bgtau nak g mengepam.
Dibandingkan kalau kita sorok2 bos bukannya tau kita ada "hal" lain.
Buktikan pada rakan yang lain walau pun kita "curi" masa untuk mengepam kerja kita still siap.
Cari idea itu penting. Work Smart.
Ni salah 1 idea ye.
Untuk mengatasi masalah mengapam kat opis.

Banyak lagi la rungutan ibu2 mengenai BF anak ni.
Ini berdasarkan pengaman aku dengan beberapa orang ibu.

Tapi kawan2, tanya pada diri sendiri,
kenapa kita nak / perlu breastfeed anak kita?
KITA MAHUKAN YANG TERBAIK UNTUK PERMATA HATI KITA.
Apa pun rintangan kita pasti akan harunginya.
Untuk memberikan yang terbaik untuk permata hati kita.
Lagi 1, cuba bayangkan jika kita tidak diberi pilihan, BF 1-1nya pilihan kita.
Nak tak nak kita kena buat.
Bila kita tidak mempunyai pilihan apa yang ada itulah yang terbaik.

Pssstt : Ini semua disebabkan kurang pengetahuan bahawa sekarang teknologi memudahkan kita untuk memberikan yang terbaik untuk anak kita. Tuntut lah ilmu untuk mengatasi susah itu. Kerana pulangannya tidak ternilai.

Kaseh 13 Bulan, Mama Semput

.

.Lama betul tak citer pasal permata hatiku y sorang ni.
Da beca da.
13 bulan.
.
.
Apa Kaseh leh buat?
Kaseh leh buat mama pening.
Heeee..

Kaseh pandai "tolong" mama mengemas.
Ni salah satu tempat kejadian selepas Kaseh mengemas.
Keluar semua harta karun.
Kadang2 bagus gak leh umpa tutup bekas yang hilang.
Belum lagi bab Kaseh buat tarian singa, ketuk periuk dari dapur sampai ke pintu depan.
Periuk dalam rumah tutupnya kat luar.
Mari kita tengok almari nenek ada apa

Kaseh Telifon Mama
Tak kisah la handphone ke, remote TV ke, telifon rumah ke, semua nya jalan.
Masa awal2 dulu letak telifon kat bahu.
Sekarang da letak kat telinga.
Apa dia cakap?
"Mama, mamaaaaa" dengan nada menjerit.
Tapi 2-3 menjak ni, da cakap pelan2 tapi selit dengan buat2 gelak.
Belakon.
Ni mesti biasa tengok mama telifon nenek bercerita sambil gelak2.
Ahad hari tu.
Mama terlelap.
Kaseh pecah rekod naik sampai atas sorang2.
Papa perasan Kaseh da samapi atas bila dengar Kaseh sebut "Mama,mama"
Ropanya, dia da sampai atas sebab telifon rumah mmg kat atas.
Bila bangun tido papa citer, rasa cm gugur jantung samapi ke kerak bumi.
Kalau jadi per2 masa kaseh panjat tu camner?

Kaseh Pun Nak Laptop
Yang ni memang pantang.
Asal buka laptop je, dia pun sama sibuk la.
Tau plak pegang mouse sambil tekan2 keyboard.
Lagi2 kalau ada gambar dia, tongkat tangan sambil borak2.
Apa ntah yang dia citer

Kaseh sayang Asyuuuu..
Nape ntah dalam ramai2 acik2, Kaseh suke sangat kacau maksu.
Kalu maksu tido dia tepuk2 pipi.
Pastu buat2 borak.
"Kaseh, Maksu tak paham"
Last week, bila disuruh sayang, laju aje di sayang maksu.
Banyak kali lak tu.
Jealous mama.
Bukak mulut besar2 "Aaaaaa" cayang maksu.
Asyuu Kaseh yang kat belakang, kecik kenet tu.

Jom Gi Jalan Mama.
Pantang nampak tudung.
Nak pakai, pastu tarik kita keluar.
Ajak keluar.
Malu I.

Jom mama, kita naik didit.
Tolak la bakul ni mama, Kaseh da siap pakai tudung.

Kaseh Tahu Ada 2
Agak tak senonoh tapi nak kongsi jugak.

Alhamdulillah, Kaseh still breastfeed dan sepenuhnya direct.
So, aku kena la kreatif nak BF Kaseh, supaya tak bosan.
Heee.
Kaseh nenen macam2 gaya, mama terlentang ke, mengiring ke, duduk ke, sume diatasi oleh Kaseh dengan cemerlang.
Yang dia tahu kedudukan mulut dia ditempat yang betul.
Kaki, montot, tangan dan anggota lain, tak kisah la dimana pun.
Tapi sekarang Kaseg tau yang nenen dia ada 2.
Sesedap rasa je dia nak bertukar.
Pandai tarik bra sendiri.
Dan pilih dia nak yang mana dulu.
Itu lah Kaseh.


Kaseh Suka Ais Krim

Nama pun anak mama.

Mama suka aiskrim, Kaseh pun.
Dulu mama makan sorok2 takut selsema ke batuk ke.
Tapi sekarang rembat je.
Alhamdulillah, sejak Kaseh dok kat umah ngan mama, Kaseh tak pernah demam, batuk or selsema.
Diharap berterusan kesiahatan Kaseh baik.


Vrooommm..
Mama nak ikut?
*Muka tensen sebab kena simbah air ngan mama**

Ni la aktiviti petang Kaseh.
Mama siram bunga Kaseh main basikal.
Sambil tunggu papa balik.
Siap ada bunyi " Oummm..Oummmm.."
Betul ke bunyi moto camtu Kaseh?


Apa2 pun Mama Sayang Kaseh.

Thank You Allah for Giving Me The Little Princess in My Life.

Kekayaanku adalah
My Small Family.
**Papa, tutup mulut skit**

Pssstt : Kabel handfon ku baru jumpa, sume gambar da transfer.
Rasa cam nak masukkan sume gambar dalam ni. Heeee.


Tolong..Virus yang blok access internet.

Allah sedang menguji aku.
Setelah sekian lama ku tunggu Streamyx di rumahku, 3 bulan jugak la.
Last week sume ok.
Nikmatnya tak terkata, laju berdesup je tenet ni.
Dibandingkan klu guna broadband y sangat menduka citakan.
Datang la video ke, gambar ke, fail apa pun.
Ku buka dengan lajunya.
Sungguh nikmat hidup ku.
Tapi itu sementara.

Allah mengujiku lagi.
Disebabkan tenet y laju berdesup,
ku buka la attachment yang selama ni ku tak dapat buka.

PERHATIAN..!!!!!!
JIKA ANDA MENERIMA EMAIL DARI FED EX EXPRESS / DHL,
YANG MENGATAKAN
"PARCEL ANDA AKAN DIHANTAR DALAM MASA 2/3/7 HARI LAGI KE ALAMAT ANDA. SILA BUKA ATTACHMENT UNTUK TRACKING"

TOLONG JANGAN BUKA..!!!!
ITU VIRUS.
VIRUS YANG MENGATAKAN PASSWORD AKAUN / KREDIT KAD ANDA AKAN DICEROBOH KALAU ANDA BUKA INTERNET.
LINE INTERNET ANDA AKAN DIBLOK.


Da 2 malam en Suami coba format laptop ku,
tapi tak boleh.
Application untuk acces internet tidak boleh didelate.

Sekarang ni mati kutu da.
Sesiapa ada pengalaman?
Tolong.
Apa patut buat.

Allah mengujiku.

Tuesday, April 5, 2011

Keputusan GA : Lynd And Kids Collections Opening.

Seperti yang dijanjikan.
GA tamat pada 040411.
So hari ni dengan tak sabarnya ku nak umumkan pemenang.

Dengan penyertaan 86 orang.
Terima kasih ye kerana sudi join GA yang tak seberapa ni.
Pemenang ditentukan melalui cabutan bertuah,
dan saya menggunakan khidmat En. Random.Org.

Keputusannya adalah :
.
.
.
.
Pemenang Pertama :
NO 16 Anim
http://luvnabilndamia.blogspot.com/

.
.
.
Pemenang Kedua :
56. Azatiesayang
http://azatiesayang-contest.blogspot.com/

.
.
.
Pemenang Ketiga
13. MrS F!zA
http://mrsfizacontest.blogspot.com/

Tahniah kepada para pemenang.
Yang tak terpilih diharap dapat bersabar.

Kepada pemenang,
sila emailkan
Nama, Alamat, No telifon
dan pilihan hadiah (untuk boy / girl dan umor )
ke
sitinorhas_linda@yahoo.com

Minta mangap sebab tak dapat nak tempek gambar hadiah pilihan sebab laptop ku diserang virus dan gambar sume takder.
Ni pun pinjam laptop EN Suami.

Dan sebagai peringatan, semua peserta GA ini masih layak untuk mendapat harga istimewa di Lynd And Kids Collections sehingga 23 April ini, sempena ulang tahun blog Kasehku-Hidupku yang pertama.
Jom Shopping.

LYND AND KIDS COLLECTIONS
http://lyndandkidscollections.blogspot.com/

Monday, April 4, 2011

Opening GA : Lynd And Kids Collection (Sticky Post)


Assalamualaikum.
Dengan ini diumumkan yang saya telah melancarkan satu blog yang menjual pakaian kanak-kanak.
LYND AND KIDS COLLECTION
So, bagi memperkenalkan Lynd And Kids Collection saya melancarkan Opening GiveAway.

Syarat2 nya :

1. Mesti follow 2 blog saya iaitu
http://kasehku-hidupku.blogspot.com/
http://lyndandkidscollections.blogspot.com/

2. Buat satu N3 yang bertajuk "Opening GA : Lynd And Kids Collection"

N3 tersebut mesti mengandungi
"Lynd And Kids Collection telah dibuka. Selamat membeli - belah!!"

3. Letakkan Banner di N3 anda dan diside bar beserta link ke N3 ini.

4. Setelah semua syarat telah dipatuhi, tinggalkan komen di N3 ini dan tinggalkan link skli eak.

Hadiah :

3 x Baby Gap Pyjamas
(Design akan ditentukan base on request dari pemenang samada u boy or girl dan
tertakluk pada saiz yang available)


Tarikh Tutup :
040411

Tawaran Hebat :
Bagi menghargai pembaca dan peserta GA ini, saya akan kasi discount bagi setiap pembelian anda di Lynd And Kids Collections sepanjang GA ini berlangsung.

Apa yang perlu anda buat,
1. Sertai GA ini
2. Pilih product yang anda minat.
3. Email / SMS nyatakan code product dan sila nyatakan blog anda.

Saya akan sahkan penyertaan anda dan berikan harga discount tersebut.

Selamat menyertai GiveAway ini.
Dan diharap anda akan membeli belah di Lynd And Kids Collection.
Nantikan tawaran hebat yang akan datang.

Friday, April 1, 2011

Wajarkah Berterima Kasih Kepada Ibu?

Tajuk kontroversi.
Ku nak menyuarakan / menyampaikan apa yang berlegar2 di kepala botak ku ini.
Kepada sesiapa yang boleh bantu beri pandangan yang boleh membetulkan "akidah"sy ini, sangat2 la dialu2kan.

Saya just musykil, wajarkan seorang ibu mengajar anaknya supaya berterima kasih kepadanya kerana melahirkan mereka?
Saya minta maaf.
Ermmm.. Macamana nak cakap ye.
Sy rasa janggal bila seorang ibu mengatakan "Anakku patut berterima kasih kepada ibu kerana melahirkan awak."
Saya tidak bermaksud mengatakan ibu tidak patut diterima kasihkan.
Kalau nak cakap pun biar la orang lain yang ajar.
Bukan ibu sendiri.
kenapa sy rasa pelik?
Sebab da buat baik dengan melahirkan anak itu tapi disuruh berterima kasih.
Heeee.
ke saya sorang je y rasa camtu?

Ok la, ni pandangan ku sejak aku jadi ibu.
mungkin orang menekankan yang seorang ibu susah payah melahirkan anak.
Membesarkan anak.
Mendidik anak.
.
.
Tapi, aku tak rasa semua itu.
Proses melahirkan Kaseh boleh dikatakan senang.
ku bersalin normal tau, no drug.
Kalau ditanya ingat lagi tak sakit bersalin?
Aku akan rasa TIDAKK.
Ku rasa sok kalau ku nak kena bebel dekat Kaseh "susah payah mama mengandung dan melahirkan Kaseh"
ku rasa tidak layak mengatakan itu.
Sebab ku tak rasa susah pun.

Begitu juga bab menjaga, menyusukan dan mendidik.

Anak.
Adalah amanah dan rahmat.
Ku selalu berterima kasih dangan Kaseh sebab wujud dalam hidup ku.
yang memberi kebahagiaan yang orang lain tak dapat kasi.

Aku berterima kasih kepada ibu ku?
Haaaa.. Hidup umpama roda.
Aku ibu kepada Kaseh dan anak kepada ibu ku.
Sepatutnya apa yang aku harapkan dari anakku adalah harapan yang sama dari ibu ke?
betul tak?
kalau kita nak anak hormat kita, kita kena hormat ibu kita.
Aku dengan ibu juga sama.
Ibu adalah amanat.
Dia patut dihormati dan disayangi dan dijaga.

Aku hanya menjalankan amanat.
Samada anak atau ibu ku nakk menyayangi aku atau tidak itu terpulang kepada mereka.
Tapi kalau mereka nak jalankan amanat mereka kena la sayang aku balik kan?
heeeeeee.

Allah maha adil.
jangan meminta sesuatu yang kita sendiri tidak berikan hak mereka.

Ingat, siapa pun kita, ibu, anak, isteri, rakan, pekerja atau apa sahaja tugas kita.
Apa yang kita dapat, serahkan pada Allah.
Biarlah apa yang kita dapat "kita rasa" tidak setimpal dengan apa yang kita berikan,
Allah tidak pernah tercicir untuk menghisabnya.

Apa tujuan N3 ini?
1. Nak tau, perlu ke bagitau kat Kaseh yang dia kena say thanx to me sebab melahirkan dia?
2. Jika kita nak anak sayang dan hormat kita, kita perlu la hormat ibu bapa kita sendiri dulu.
3. Nak ucapkan terima kasih kat Kaseh sebab lahir kedunia ini memberikan mama kebahagiaan dan maafkan mama jika mama tidak menjalankan tanggungjwab mama dengan sempurna.

Psssttt : Da lama terpikir benda ni tapi 2-3 hari ni macam menyesak kepala disebabkan oleh isu2 tanggang moden. Anak derhaka dengan ibu bapa, tapi at the same time anak itu sendiri mepersoalkan tanggungjawab ibubapa mereka.
Takuuuttt..