Pages

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Resepi dan fakta mengenai oat

Assalamualaikum.
Entry sihat sahaja minggu ni.

Sejak nekad nak diet ni memang selalu search pasal kesihatan dan resepi sihat.
The basic diet thing is should be sedap and fun.
I taknak too suffer then bertahan 2-3 hari je pastu dah give up.
Sebab tu selalu cari fakta dan pengetahuan supaya kita tahu apa yang terjadi pada badan kita dan kita rasa kesannya so kita akan lebih bersemangat untuk meneruskannya.

Salah satu amalan baru yang saya amalkan sekarang adalah amalkan pemakanan oat.
Kalau ikut instruction kat packaging senang je, tambah air panas pastu makan.
Tak lalu nak telan beb.

So google la.
Boleh refer sini untuk resepi2 menarik.

Resepi






Tapi yang masak2 tu tak sempat nak buat pagi2.
Pagi tadi saya try letak 3 in 1 nesvita campur oat dalam 5 sudu,kasi pekat and makan dengan buah kiwi.
Sedap  ooooo..

Nanti kalau saya cuba resepi kat atas tu saya kongsi.
So far tak pernah try sendiri lagi.

Fakta menarik dan santai mengenai oat.

Tuesday, July 9, 2013

Resepi : Nasi Ayam Ala Mok Yu

Huaaaa... Tak pernah-pernah post pasal masak-masak.
Tapi nak jugak.

Terjatuh cinta dengn nasi ayam yang disediakan oleh adik ipar.
Minta resepi dan try la last week.
Semangat berkobar-kobar.

3 Perkara yang kita akan sediakan ye puan-puan.

Nasi
Ayam
Sup

Cara-cara :

1. Rebus ayam.
(Ayam ini juga yang akan digunakan sebagai lauk nnt)



Cara penyediaan nasi :

1. Panaskan planta di dalam rice cooker.
2. Tumis bawang merah, bunga lawang dan kulit kayu manis.




3. Selepas naik bau, masukkan beras dan gaul.



4. Dan kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.

5. Masukkan sedikit serbuk kunyit bagi menaikkan warna kuning nasi.
Dan tutup periuk dan biar sehingga masak.


Cara Penyediaan Ayam:

1. Tumbukkan halia dan bawang putih sehingga lumat.


 
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi bersama dengan sos tiram, kicap dan sedikit garam.





3. Ambil ayam yang sudah direbus tadi dan gaul dengan bahan-bahan di atas.


4. Perap seketika bahan-bahan tadi.


5. Dan goreng dengan minyak yang sedikit.
Tak perlu goreng lama-lama sebab ayam tadi dah masak.
Cukup sekadar bahagian luar ayam garing.

Penyediaan Sup :

1. Masukkan perencah sup bunjut kedalam air rebusan ayam tadi.
Dan masukkan garam.



Dan inilah hasilnya. 
Presentation kena gempak.



Walaupun tak sedap.. Kakak makan nasi siap tambah lagi.

First time buat.
Markah untuk diri sendiri 5/10.
Ada ke bagi resepi tapi cakap tak sedap?
Hahahahaha..

Kena fine tune sikit lagi.
Nothing wrong with the resepi. 

Ok.. dah tambah 1 lagi jenis makanan yang Mama Lynd "berani" buat.

Friday, June 4, 2010

Ayam Pandan

Memandangkan dalam peti ais ada ayam ngan ikan kerisi so ni resepi untuk ayam yang akan ku coba.
Hohohooo.
Klu nak rasa datang la rumah.

Bahan-bahan :1
4 ketul ayam yang telah dipotong sedang2
4 biji bawang merah
(**)4 ulas bawang putih
(**)1 inci halia
(**)½ inci kunyit
(**)1 inci lengkuas
(**)3 batang serai
(**)1 sudu kecil serbuk ketumbar
(**)1 sudu kecil serbuk jintan manis
(**)6 biji cili kering ( pedas ikut suka )
(**)2 sudu besar santan pekat (optional)1 sudu besar maduGaram, gula dan perasa ikut secukup rasa
14 helai daun pandan

Cara-cara :
Tumbuk semua bahan bertanda (**). Gaulkan dengan ayam, madu, santan, garam, gula dan perasa.
Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam ke dalam poket itu.
Balut ayam dengan daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar. Ataupun boleh juga diselit2kan lebihan daun tersebut.
Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
Siap bungkus, goreng hingga golden brown dengan api sederhana.

IKAN bAKAR TOMYAM

Dok pikir2 apa la nak masak sok ni.
Aku ni jenis xpandai masak.
Tapi recently suke lak aku cari resepi2 baru.
Godek2punya godek jmpa la 1 resepu kat blog ni.
Nak try la.

Bahan-bahan :
2 ekor ikan kerisi
1 biji bawang besar
4 biji cili merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3 biji cili padi - tambah jika nak lebih pedas
1 biji tomato - dipotong nipis
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis @ lemon @ limau kasturi
2 camca besar pes tomyam

Cara-cara :
Kisar cili merah, bawang putih, bawang besar, serai dan pes tomyam dengan sedikit air.
Susun ikan di atas aluminium foil. Aturkan tomato yang telah dihiris dan juga daun limau purut.
Curahkan bahan2 kisar dan juga jus limau.
Balutkan dengan aluminium foil tadi dan bakar selama 30 minit.