Pages

Thursday, September 26, 2013

Amalan Diet Serbuk Kayu Manis dan Madu

Assalamualaikum.

Gagahkan diri buat entry tanpa gambar.
Tapi tak sabar jugak nak update.

Saya ada mention sebelum ni saya ada amalkan minum madu campur serbuk kayu manis.

Kalau google cinnamon + Honey ni memang banyak benefit.
Antaranya :

Menurunkan kadar kolesterol
Jangkitan Pundi Kencing
Keguguran Rambut
Sakit gigi
Kolesterol
Jerawat
Masalah kulit
Masalah penghadaman.
dan
Paling Penting Mengawal Berat Badan.

Dengan mengamalkan minum air madu + cinnamon ni dapat menghalang dari lemak accumulate dalam badan walupun kita mengamalkan diet tinggi calori.

Kalau ikut cadangan suruh minum pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tido.

Saya amalkan 1 sudu madu dan setengah sudu serbuk kayu manis dicampur dengan setengah gelas air.

Rasa?
Azab.

Tips nak minum air ni, setiap kali nak masuk mulut perlu kacau laju-laju.
Sebab kalau kita minum ala-ala minum kopi memang lagi sengsara semasa hirupan terakhir.
Sebab serbuk cinnamon akan mendap ke dasar cawan sebab ia tak larut dalam air.
So bila bila kita hirup tanpa kacau dulu memang awal2 rasa boleh tahan, nanti bila last memang melekat serbuk tu kat tekak.
Tapi siapa yang boleh minum sekali teguk je memang lagi senang.

Saya memang menghayati rasa tu.
Hahahahaha..



Apa yang saya perasan bila minum air ni malam, badan kurang lesu pada keesokan harinya.
Keinginan to coffee pun kurang.

So gurls, why not you try?
Bukan sebab untuk kurun pun boleh.
Ada banyak kebaikannya.



Tuesday, September 24, 2013

Exercise dan Penguat semangat

Assalamualaikum.

Kalau bercakap pasal exercise je ada-ada je alasan Mama Lynd ni

Bosan.
Tak sempat
Anak-anak sapa nak jaga.
Takder semangat.
Takder facility.

Tapi yang paling utama bagi saya adalah :
TIADA SEBAB YANG MENGUJAKAN.

So relate la dengan semua senarai kat atas tu.

Tapi yang penting semangat la.

Terima kasih kepada BiBi Yusof
Kerana entry dia la yang menyebabkan saya teruja untuk get start the healthy diet ni.
Saya rasa saya tak keseorangan.

Dari blog dia la saya jumpa video ni




Da dekat 2 minggu da pakcik ni membebel petang2 dengan saya.
Masih belum rasa nak bertukar ke video lain sebab saya belom lagi dapat Complete 30 minutes exercise ni.

Masa mula-mula ikut 10 minit da semput 15 minit pancit.
2 - 3 hari jugak la memang 15 minit je.
Tapi petang semalam 25 minit..!!!!!

Bak kata Tuan Penasihat diet saya, 
"You buat all out. Nak tau all out ke tak you semput sampai tak boleh cakap. You tak perlu nak work out sampai 1 jam. 20-30 minit cukup tapi hantam kau-kau punyer."

Kata tuan penasihat juga, dengan cara begitu kadar metabolisme akan meningkat dan akan kekal tinggi sehingga up to 24 - 30 hours.
So bila lepas exercise apa yang kita makan dalam masa 24 jam tu akan dibakar dengan cepat.

Terbeliak biji mata saya semalam bila dia cakap gitu.
Waaa.. dan-dan tu jugak semangat nak balik exercise.
Tu yang dapat 25 minit semalam.

Haaa.. akak-akak lain semangat tak nak work out?

Satu lagi, masa 1st week workout tu saya rasa rambut dan muka saya berminyak sangat.
Tanya la Tuan Penasihat, katanya "That's good sign. Your body are responding to your diet and work out"

Lagi la makcik berkobar-kobar.

Then lepas 1 week rutin saya tu saya perasan rambut saya sangat kurang gugur.
Kata Penasihat lagi, blood calculation during workout tu yang menyebabkan improve rambut dan skin condition.
Skin tu belom nampak lagi la.
Rambut tu alhamdulillah la, nampak perubahan.

Terima kasih la tuan penasihat atas kata2 semangat anda untuk meneruskan perjuangan ini.

Bila Mama Lynd workout?

Balik keje tu sementara tunggu makanan mentah beku dicairkan, time tu la.
Kalau tak saya akan tersadai depan laptop je.
Boleh je seltkan dan cari masa kena bijak sikit la.

Masa 1st week memang sakit2 badan and penat bila malam.
Tpi bila da masuk 2nd week da ok da.
Kena bertabah sikit masa awal2 tu.

Jom-jom kita amalkan gaya hidup sihat jom.

Azam Kurus dan Handphone

Assalamualaikum.
Da dekat sebulan saya hidup tanpa Samsung S2 saya.
Rosak.
Saya perasan memang ada problem tapi ada beberapa kali Awatif da buat drop test.
So padam la dia.

Gi repair katanya LCD problem, da repair bawak balik rumah simcard pulak tak detect.
Dah tu lepas check sume dia kata tak boleh repair kalau repair pun mahal baik beli hp baru.
Pasrah.

Keperluan utama saya untuk smartphone adalah wassap.
Saya ada "pendamping".
Yang selalu ada bersama saya.
Kalau apa2 pun yang terlintas terus saya wassap pendamping saya itu.
Kadang2 send wassap sekadar nak meluahkan apa yang terlintas kat kepala je.
Dan tak mengharap feedback pun dari dia.
Lagi bagus update kat dia dari update kat FB.
Heeee..

Tapi since takder hp ni terasa "sunyi".
Tiada kawan bercerita.
Hanya dia yang tahu hampir segalanya tentang saya.
Kadang2 cerita separuh je, dia da paham apa maksud saya.
Kalu orang lain, mungkin tak faham / salah faham / taknak faham.

Miss U.
Anda tahu siapa anda.

Selain dari wassap, kegunaan sampingan lain adalah FB.
Jarang sangat update.
Kalau update pun cerita pasal anak2 je.
Baca update orang je.
Tapi itu mendatang perkara yang tidak baik.
Datang perasaan dan bisikan mengulas update orang.
Sangat tak baik.
Dan ini yang menyebabkan saya rasa tenang bila tiada HP.

Yang lain mcam internet ke apa tak kritikal sangat sebab kat rumah and opis ada tenet.
Satu lagi yang paling penting pasal hp ni adalah camera.
Haaa... sebab tu mood update blog ke laut sebab xder gambar.
Dan kali ni semangat berkobar2 melepasi paras normal tu yang gagah jugak taip entry ni.

Last week da survey2 jugak handphone pengganti.
Tapi terasa sayang pulak duit nak dikeluarkan untuk perkara yang tidak dijangka ini.

Tiba-tiba, masa tengah mandi beberapa hari lepas, terdetik idea yang mencabar.
Iaitu..

Saya hanya akan beli handphone baru bila berat saya dah cecah 55kg.

Nekad.
Terutama untuk mengabaikan pendamping.
Ko kena doakan aku kuat semangat baru kita dapat connect balik dengan lancar.

Itu azam saya.
Harap dapat bertahan.

Monday, September 23, 2013

Resepi dan fakta mengenai oat

Assalamualaikum.
Entry sihat sahaja minggu ni.

Sejak nekad nak diet ni memang selalu search pasal kesihatan dan resepi sihat.
The basic diet thing is should be sedap and fun.
I taknak too suffer then bertahan 2-3 hari je pastu dah give up.
Sebab tu selalu cari fakta dan pengetahuan supaya kita tahu apa yang terjadi pada badan kita dan kita rasa kesannya so kita akan lebih bersemangat untuk meneruskannya.

Salah satu amalan baru yang saya amalkan sekarang adalah amalkan pemakanan oat.
Kalau ikut instruction kat packaging senang je, tambah air panas pastu makan.
Tak lalu nak telan beb.

So google la.
Boleh refer sini untuk resepi2 menarik.

Resepi






Tapi yang masak2 tu tak sempat nak buat pagi2.
Pagi tadi saya try letak 3 in 1 nesvita campur oat dalam 5 sudu,kasi pekat and makan dengan buah kiwi.
Sedap  ooooo..

Nanti kalau saya cuba resepi kat atas tu saya kongsi.
So far tak pernah try sendiri lagi.

Fakta menarik dan santai mengenai oat.

Gaya Hidup Sihat Mama Lynd

Assalamualaikum Readers yang dichentai.

Bersemangat membara nak update blog pulak.
Terasa kosong hidup ini tanpa menyemadikan perjalanan hidup Mama Lynd ini di blog comot dan comelini.
Ihiii...

Kali ni nak cerita sikit kat pasal gaya hidup sihat yang saya amalkan.
Sihat ke?
Anggap je sihat.. asal diri rasa begitu, itu dah kira sihat.
Apa yang saya meraban ni.

Kalau sesiapa ynag betu2 mengikuti kehidupan saya di belog ini mesti ada yang perasan ntah berapa kali makcik Lynd ni sentap nak kurus.
Tapi tak kurus jugak.

Ok la mengakulah.
Status sekarang ni tinggi 158mm dengan berat average 62-63 kg.
Lepas puasa hari tu 60 kg.
Lepas puasa 62 kg.
So nak sentap apa cik kiah oiii..
Dah berapa kali berazam tapi tinggal azam je.

Tapi disebabakan 1 situasi minggu lepas menyebabkan macik sentap untuk kesekian kalinya.
SAYA PERLU KURUS DAN SIHAT.
Kejadian apa?
Biarlah ku simpan dalam lipatan hati ini.
Ceeewahhh.

So dengan segala ilmu kurus yang disimpan dalam hati pada paras bawah tanah sekian lama, sekarang ku korek dan ku implimentasikan.
Niat asal tak nak citer lagi.
Da ada kesan baru nak cerita.
Sebab takut nanti separuh jalan buat malu je.

Tapi selepas seminggu, terasa kesannya, terasa segar dan sihat so berani la nak update supaya menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

Jom saya kongsi apa yang saya amalkan.

STEP 1 : Take your photo.
Ini memang first step yang akan menjadi pembakar semangat perjungan.
Dok depan cermin atau suruh orang ambil gambar keadaan kita sekarang.
So kiranya ambil gambar BEFORE la.
Simpan dulu.

Step 2 : Pemakanan.
Tiada sumplement diambil.
Hanya mengawal jenis dan kuantiti makan.
Saya tak skip makan tapi kawal makan.
Ini adalah rutin saya.

Bangun tidur : Segelas air kosong.
Sebaik je bangun terus minum air kosong kerana dapat membantu meningkatkan metabolisme kita seawal pagi2 lagi.

Breakfast : Oat + susu / Telur rebus 2 biji
(Amalkan sarapan berasaskan protein kerana dapat mengawal rasa lapar lebih lama berbanding karbohidrat seperti nasi dan roti gandum)

Snack Pagi : Green Tea
Sambil2 buat report sebelum meeting kol 10 pagi minum dulu green tea.
Mula2 tu tak tahan jugak.
Bila da hari2 rasa macam lain macam je lidah ni bila tak rasa kepahitan green tea tu.
Kebaikan green tea boleh google ye.

Sebelum Lunch : Apple
Dalam  kol 12, makan apple sebiji dan minum air lebih sikit.
Ini untuk mengawal selera makan yang membuak2 bila lunch nanti.
Bilalunck kol 1 nanti takder la nak cedok semua lauk sebab kita dah tak berapa lapar.

Lunch : Seperti Biasa
Nasi ambil dalam 4 sudu.
Lauk lebihkan sayur dan kurangkan lemak.
No more coffee after lunch.
Pencapaian paling besar bagi saya.

Snack Petang : Green Tea / Coffee.
Minum green tea 1 round lagi atau kalau mengantuk amik minum la kopi SETENGAH cawan.
Setakat nak lepas gian kopi sebab perlu kawal pengambilan gula.


Dinner : Macam biasa.
Sangat bersemangat nak balik masak sebab dengan masak sendiri je dapat mengawal diet dan jenis makanan yang kita ambil.
Nasi 4 sudu dan sayur dilebihkan.

Sebelum tidor : Air Madu + Cinnamon.
Yang ni paling tak sedap tapi kesan best.
Khasiat madu and cinnamon ni nanti la saya share.
Tapi yang bestnya bila amalkan ni badan rasa bertenaga dikeesokan harinya.
Badan kurang lesu dan ini yang menyebabkan saya dapat mengawal pengambilan kopi.

Exercise : Cardio workout.
Balik keje, cepat2 keluarkan ayam ikan dari fridge, rendam kat singki,
Sementara tu ambil cermin besar, pakai kasut sport, jom aerobic depan cermin.
Tiada lagi tersadai mengamati laptop dengan FB yang tidak ada kesudahan itu.
Hahahahah..
Boleh bukak youtube dan rasaikan kehangatan peluh yang menyegarkan.
Nantilah saya share video feveret saya.


Jom sapa nak join cabaran sihat and jimat ngan saya.
Jom.

Sekarang ni tengah search resepi2 makanan sihat.





Tuesday, September 17, 2013

Allah Lebih Mengetahui.. Bertuahnya anda


Saya : Weh.. wife ko bersalin bila?
Dia : Ko tak tau eak?
(Dengan senyuman yang masih terukir)

Saya : Kenapa?
(Dalam kepala terfikir dah bersalin awal ke?)

Dia : Anak aku dah meninggal. (Masih senyum.. Aku terkelu)
Sambung dia lagi : Lasak sangat. Terbelit tali pusat.

Dalam hati aku. Allah Maha Besar

Dia : Kesian kat wife aku la.

Ya. Kesian. Hati yang mendengar dan mengingat bertapa sukarnya pasangan ini menempuh saat2 kehamilan itu.
Usah diceritakan.

Tapi bila ingat muka kawan ni bercerita pasal gerakan anak dia yang lasak, bertanya pasal persiapan untuk sambut baby, terus saya tak boleh nak bayang bagaimana perasaan pasangan ini.

Takper sahabat.
Anda telah mempunyai anak syurga.
Allah telah memilih kalian untuk Anugerah ini.

Kepada Isteri,
Anda bertuah mempunyai suami yang tabah dan tidak putus2 menyebut mengenai anda.





Wednesday, September 11, 2013

Nak Nangis..

Mencuri masa.
Tarik nafas.
Saya perlukan ketenangan.


Baru lepas baca entry BFF.
Pasal pergolakan dunia.
Pergolakan yang boleh dielak jika kita bawa bertenang.
Tapi orang mesti cakap "cakap senang la, ko itu, aku ini"
Sudahnya abaikan je la urusan dunia diluar bidang kuasa.
Seperti kata BFF, doa.
Konon memperjuangangkan hak.
Adakah cara pemperjuangkan itu cara yang betul.
Tapi tak guna cakap sebab semua orang rasa dia sentiasa betul.
Dah stop.

Sambil menaip ni bos dok bercakap ngan saya bagitau yang sorang hamba Allah ni baru kematian isteri.
Anak masih kecil.
Isteri meninggal mengejut.
Allah..Kesian tapi difikir sesak dada ni.
Dada ni da cukup sesak dengan masalah.

Apa masalah saya.
Masalah kerja sebenarnya.
Bukan merungut.
Tapi sedang mencari cara nak setelkan masalah.

Tapi cabaran paling besar.
Nak work with people.
Communication.
Orang suruh buat ini, katanya susah.
Sudahnya konon taknak susah menjadi makin susah.
Dan susah itu drag ke orang lain.

Gasakan pihak lain yang mengatakan kita buat keje tak cukup bagus dan kita tak buat keje.
Saya bukan tak buat keje tapi keje yang saya buat masih tak dapat setelkan problem.
Saya masih tak jumpa cara nak setelkan masalh itu.
Bukan saya tak buat keje.

Bila kita bagitau keje kita dan halangan yang kita hadapi,
pihak lain pulak mengatakan kita mendedahkan aib sendiri.
Housss... Sekarang kepala saya berdenyut2.
Air mata sudah bergenang.
Sakitnya kepala.
Rindu smartphone yang diistihar total lost nak ber wassap dengan BFF.
Tapi kalau ada pun apa yang saya nka bgtau dia?
Nak merungut n menyumpat?
Tak la..
Maybe boleh say and talk something yang boleh buat say bawak bertenang.

Sakitnya kepala.
Sudah mau lunch time.
Nak g mana?
Nak g kantin cam biasa takkan buat saya lega.
I need reset button supaya saya boleh settle problem ni satu per satu.

Allah.

Saturday, September 7, 2013

Lamanya..

Tak tahu nak tulis tajuk apa.
Baru selesai update entry2 untuk blog Hidupku Rumahku Terurus.
Sekarang tiba masanya untuk kita membebel dengan lebih santai di blog comelku ini.

Apa dah jadi dengan kehidupan saya sepanjang tak berentry?
Satu ketika dulu kehidupan saya bergerak seiring dengan entry-entry saya.
Berblogging kadang2 memberi semangat untuk saya "hidup".
Sebab saya perlu hidup untuk saya update diblog.

Saya buat apa-apa pun akan terdetik "Ini boleh dijadikan entry"
Kalau untuk blog HO saya akan fikir "Saya kena selesaikan kerja ni supaya saya boleh update diblog"

Tapi ada seorang rakan tersebut lebih kurang gini ayat dia
"Kita dihargai dialam maya berbanding kat luar that why kita mengharapkan kehidupan lain supaya kita lebih rasa berharga"

Sentap juga.
Bukan sentap marah tapi sentap untuk saya berfikir.

Tapi bukan sebab statement tu lah saya tak ber belog.
Permintaan tanggungjawab kerja yang sibuk.
Even saya ada up sebelum raya hari tu, saya kena kerja shift untuk beberapa hari.
Persiapan raya yang memang ala kadar.

Walaupun sibuk kerja tanggungjawab banyak tapi saya tetap enjoy.
Masalah di tempat kerja menentukan harga kita sebagai pekerja.
jika kita dapat handle maksudnya kita mampu untuk menjalankan tugas.
Komplen mengenai kerja banyak bukan cara untuk kita menunjukkan kita mampu atau layak untuk mendapat ganjaran yang kita mahukan.

Bercakap pasal ganjaran.
Alhamdulillah Increment tahunan saya hari tu agak menepati apa yang saya mahu.
Diulang.. Apa yang saya mahu.
Saya mahu tapi kalau ikut logik akal memang saya tak layak.
Tapi berkat doa saya dapat apa yang saya mahu.
Sebab saya sudah ada niat untuk jumlah yang saya dapat tu ada peruntukan baru yang saya sediakan.
Alhamdulillah.
Itu yang dikatakan kuasa doa.

Kalau diikutkan memang mengumuman kenaikan gaji hari tu memang delay.
Tapi saya fikir, Allah buat benda tu delay sebab Allah nak kita doa.
Selagi kita tak dapat keputusan selagi itu Allah memberikan kita peluang untuk berdoa, meminta dan merayu.

Saya ada juga cakap begitu kepada rakan2 yang merungut.
Macam2 jawapan yang mengundang senyum 
"Surat dah print, nak doa apa lagi", 
"Company memang dah plan nak kasi sikit, nak doa apa lagi"

Apa-apa lah.
Bagi saya alhamdulillah dengan rezekiMu.

Dan recently, saya perasan macam2 "ujian" yang saya terima.

Gelang Nikah saya hilang.
Allah.
Tak sanggup nak fikir.
Dimana dan bila last dilihat saya tak pasti.
Memang totally lost.
Tapi masih berdoa saya akan jumpa balik.
Masih menyimpan harapan.

Handphone saya rosak.
LCD rosak.
Melayang Rm 200.
Then sim card tak detect.
Sampai sekarang pun tak siap lagi.

Dulu terasa bengang juga tak dapat nak wassap dengan BFF.
Tapi sekarang saya redha je la.
Ada hikmah.
Antaranya saya takder la dok mengadap hp kat meja makan sambil mengabaikan kawan2 yang makan semeja dengan saya.
Tapi yang saya terasa sangat tu camera.
Saya sangat perlukan camera hp tu.
Rasa janggal bila nak ambil gambar baru perasan yang hp takder.

Jam Rosak
Jam pemberian sang suami rosak lagi.
Lasak sangat kerja.
Belom bawak g kedai apa masalahnya.

Dan beberapa lagi la yang saya perasan yang menyebabkan saya "kehilangan"
Tapi tak perlah, ujian Allah.

Harap semua akan back to normal.

Anyway blogging ni memang kehidupan lain yang membuatkan kita sentiasa ada teman.
Ada tempat untuk bercerita.
Love my blog..

Heee.. ada orang baca ke entry panjang tanpa gambar ni?