Pages

Tuesday, December 27, 2011

Apa Ada 2011..? Career

2011 tinggal berbaki berapa hari je lagi.
Lepas terbaca N3 Lea terasa nak review jugak la 2011 ni.
Tapi buat by category la sbb sejak mengandung ni xleh buat N3 panjang2.
Takleh fokus.

Career Mama
Selepas 4 bulan jadi kononnya suri rumah yang gagal.
25 Januari 2011 - Last Day di JVC
1 June 2011 - First Day di AL***
Sebagai Process Engineer menjaga Cold Rolling.
Industri yang berat yang dikatakan tidak sesuai untuk wanita.
(Even ada lelaki yang masuk keje 1 hari je pastu cabut sbb gerun tgok machine2 besau)
After about 6month dekat sana so far so good.
Da merasa g Korea gak la untuk training.
Aksi mama mengandung 4 bulan.

Bersama budiez di Korea Bagi dorang Engineering + Lady is tak sesuai.


Antara yang dihantar kesana

Da dapat surat kompom dan sempat la merasa bonus sipi2 sbb tak sampai setahun.
Rezeki baby ingat tak sempat merasa tapi ada la jugak.

So far ku rasa company ni ok dan nampak ada potensi untuk ku terus berjuang.
Banyak ilmu yang bleh dipelajari dan ditimba.


Target 2012
Untuk menyumbang sesuatu kepada company dan menambah nilai diri ini sebagai Engineer yang sebenar.


Saya nak test

Test..

Saturday, December 24, 2011

Checklist Baby

Rasanya bila tak tulis rasa macam tak tau apa yang nak sebenarnya.
Untuk new baby ni takder la apa sangat yang nak disiapkan.
Tapi selagi tak listkan selagi tu la tak sedar apa yang kita perlukan sebenarnya.
Ok la baby sayang, ni mama rancang untu baby..

1. Baju New Born
Papa berpendapat yang kena la jugak beli yang baru. Sian baby tak merasa barang baru.
Ok la Papa.

2. Sarung Tilam Baru dan Bantal.
Same as Papa said, masa Kaseh dulu excited cari kekabu and buat tilam sendiri.
So untuk baby mama jait sarung tilam ngan bantal yang baru.
Nanti mama cari kain jaitkan untuk baby ye.

3. Almari baby / Shelf
Da ada 2 anak ni semestinya baju pun double.
So dok pikir2 nak beli yang macamana.
So far Kaseh, mama letak dalam bakul je.
So dok consider nak beli shelf aje,
so masa dalam pantang sok susun je dalam tu letak kat sebelah baby.


4. Nursing Pillow.
Untuk BF preparation, nak merasa gak la guna ni.P
Pam sume da ada so just nak topup2 je la.

5. Storage Bottle.
Untuk baby mama nak kumpul stok banyak2 stok sebelum berkerja.
So nak tambah skit2 lg storage yang ada.
Nak guna plastic katanya xberapa elok tapi nak kena buat survey dulu.

6. Persiapan mama berpantang.
Dengan ini nak umumkan mama da pantang betul2.
40 hari pakai bengkung.
So mama nak beli 1-2 lagi bengkung sbb ada 1 je xeh recycle tak terbasuh nanti.
Jamu lak da survey ingat nak pakai NR tapi taknak beli set sbb rasanya tak terpakai kot sume tu.
So pilih je mane yang nak bila da bersalin sok, da kompom baby xder jaundis,
baru la nak beli.
Sebabnya takut jd cam dulu tak leh makan sbb Kaseh jaundis.

7. Selongkar barang Kaseh.
Ni nak kena bukak balik kotak, pilih and cuci sume.
Tapi tunggu la nanti da 7 bulan sok.T
Tapi ni pun da excited.
Heeee...


Saturday, November 26, 2011

Buat yang tersayang..

KU berjanji akan menjadi insan yang lebih baik..
Untuk Anak-anak ku..
Untuk Suami ku
Untuk keluargaku
Dan orang diseliling ku.
Rasailah kebahagiaan diriku ini.

Bahagialah bila disamping ku.

Salam Maal Hijrah


Erti Maal Hijrah.
Ku tak laukan sebarang research..
Tapi cukup la sekadar pengetian untuk diri ini.

Hijrah - Perubahan..
Perubahan untuk menjadi yang lebih baik.
Untuk menjadi yang lebih baik kita mesti tahu apa yang tidak baik(Kurang baik) pada diri ini.K
Ku akui banayk kelemahan dan kekurangan diri ini.
dari segala segi..
Selama ini bukan ku tak tahu tapi...
hati, nafsu dan segalnya mengusai..

Ya Allah..
Ku Berharap semoga tahun baru ini akan menjadi titik tolak perubahan dalam diri ini.
Untuk menjadi muslimah yang sempurna.
Menjaga hubungan ku dengan Mu
Menjaga amalan ku terhadap Mu
Menjaga amanat Mu terhadap ku.

Ya Allah..
Ku bersyukur atas segala nikmat dan kebahgiaan y Engkau kurniakan.
Sebaik mana sekali pun diri ini, jika tiang dan asas kehidupan tidak dijaga,s
semuanya tidak bermakna.

Anak-anak Ku.
Ingat lah..
Setinggi mana puncak kejayaan hidup ini kita kecapi..
Cuba kita renung, asasnya dan tiangnya adakah utuh?
Atau hanya ilusi sahaja segala tiang itu?
Bina lah tiiang yang kukuh untuk kita berlindung dari segala kegagalan yang abadi iaitu di AKHIRAT..
Kejayaan yang hakiki adalah di Akhirat.

Salam Maal Hijrah.. Salam Perubahan..

Sunday, November 6, 2011

Hanya Yang Terbaik

Setiap ibu ingin yang terbaik untuk anaknya.
Bukan dari segi kebendaan.
Tapi dari segi sahsiah, Iman, Kesihatan, dan segala-galanya.

Sebagai ibu, mama nak anak ibu menjadi manusia yang berguna pada agama, masyarakat dan diri sendiri.
Mama sentiasa berfikir bagaimana ingin membentuk anak-anak mama
supaya menjadi anak yang baik dari segala segi.
Mama tidak mahu anak-anak mama menyusahkan orang lain dan dibenci orang lain.
Jika mama gagal membentuk anak-anak mama,
mama akan merasa kecewa.

Mama minta maaf sayang.
Mama marah kerana mama tak mahu mama menyesal dikemudian hari
dan anak-anak mama menyalahkan mama.

Maafkan mama sayang.
Mama hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mama.

Mama sayangkan anak-anak mama.

Wednesday, October 26, 2011

Twinkle Twinkle Little Star



Ni pun beberet kaseh.
Kalau nak lagu ni "Ikel-ikel-ikel"
Means for Twinkle-twinkle
sebelum mama jumpa video ni pun mama da biasa nyanyikan lagu ni untuk Kaseh.
Kaseh nyanyi bunyi ujung2 je sambil buat gaya bintang kat tangan.
Aduisss.. takut mama bila pikir bila mama kena berjauhan dari Kaseh nanti..
Kecut perut.. I Love U sayang.

chicken dance ha ha



Peberet Kaseh..
Even bukak je mata "Dance-dance"..
Means for chicken dance.
Bila dengar je lagu ni mula la gaya goyang bontot, tangan kepak2 pastu tepuk tangan.
Pecah perut..kadang dia suruh skli kta join..
Anak..Ohhh..anak..
Terima kasih meberikan kebahgiaan dalam hidup mama.
Terima kasih Tuhan.

Monday, October 24, 2011

'Kaseh Nak Dapat Baby' @ 'Kaseh Kena Jadi Baby?'



Agak2nya la kan...
Itu la y bermain dipikiran Kaseh.

Sebagai persiapan mental Kaseh, mama da selalu cakap kat Kaseh pasal baby.
Mama selalu pesan y dalam perut mama ada baby.
Dan Kaseh selalu sayang perut mama dan perut PAPA!!!
Kalau ditanya dalam perut Kaseh ada apa?
"Baby!!!"
Sampai kat skolah pun Kaseh dok cakap dalam perut Kaseh ada baby.

Kasih sayang sebagai seorang Kakak da menyerlah.
Pantang nampak baby orang lain sume dia nak.

Baby Kaseh kat rumah Tiger citer Pooh tu (malas nak snap gambar)
Kalau baby nak tido di dodoikan
"la..la..laa"
Stand for "Lailahaillallah"
Biasanya mama dodoi Kaseh camtu.

Tapi semalam kemuncak segala2nya.
Petang ahad mmg susah nk suruh tido tengahari.
So apa mama buat, tarik langsir sliding door kasi redup skit,
bentang toto y kecik tu y biasanya guna masa kaseh baby dulu.
Tau tak apa jadi?
Dia meluru datang dan baring kat atas toto tu.
Buat gaya baby.
Genggm tangan, kaki angkat skit pastu buat punyi baby.
Susah nk gmbarkan kat sini.
Tpi cuba bayangkan baby y br sbln 2 tu.
Camtu la gayanya.

Papa test buat acah2 baby
"ala..ala baby"
"dia datang terkedek2 buat gaya baby br pandai jalan.

Mama rasa tu sume kaseh tengok kat skola baby lain.

Tapi Kaseh sayang mama.
Mama kata mama akan dapat baby tak bermaksud Kaseh kena jadi baby balik.
Tapi mama akan kasi Baby baru untuk Kaseh dan Kaseh akan ada kawan.
Dan kebahagiaan mama akan berganda lagi.

Terima Kaseh Allah.


Sunday, October 23, 2011

Anugerah Terindah..

Today is my birthday..
Da umor 27 tahun..
Apa yang aku ada di umur begini?

Saya ada...


Dan Ini..



Anugerah terindah yang tak boleh ditukar ganti walau dengan apa sekali pun.

Hari-hari yang dilalui sangat ***Blink***Blink***.
Terima kasih anak mama dan suami ku dan baby ku..

Saturday, October 15, 2011

Dengan Nama Allah...



Fuhhh..
Berdebr nak taip. mau taknya berkurun-murun tak update blog.
Kenapa?
Mood kebulan..
Hati nak berbelog tu ada..
Tiap kali buat apa2, dok pikir kalau buat N3 ni best gak ni..
Tapi cukup la sampai situ.
Nak bukak laptop..
Nak taip perkataan blogger pun taknak.
Harini?
Saje lepas gian..

Sori sayang mama Kaseh ku,
Nnt mama updaate pasal kaseh.
Tpi apa yang mam leh kata ayat yang paling suke mama bisikkan kat Kaseh ada lah
"Bercinta dengan kaseh adalah benda yang paling best dalam hidup Mama"

Ilove u my princess..

Friday, June 17, 2011

Update Mama's Life

Assalamualaikum.
Setelah membayar hutang Kaseh dengan N3 Development Kaseh,
sampai mama kompius Kaseh 15 or 16 bulan.
sekaang nak hupdate idup mama lak since da bergelar pekerja kembali.

Heeeee..
Alhamdulillah.
Tempat baru memang laaaaiinnn sangat dan pengalaman mmg baru.
Tapi 1 ayat y simple u menggambarkan perasaan n nasib aku sekarang adalah,
"I'm feel lucky"

Ermmm.. lain sangat la.
camner eak nak gambarkan?
Sepanjang 2minggu kat situ ku rasakan aura2 positif mengalir ke aliran2 darahku.
Heeee..

1. Bos.

Sangat supportive. Sangat mengambil berat. Or maybe sbb dia xpernah
amik pompuan sblm ni. so dia pun ngaku jugak la klu dia ada layan tak kena bgtau la.
Masa 1st day org y nk temankan aku lunch pun dia carikan.
Dia sangat "berfikiran' la sbb secara patutnya orang y baru msti xbiasa dengan selok belok kilang tu, tambah lagi kilang tu mmg agak kritikal pasal safety.
So laluan jalan kaki pun ada route2 tertentu.

Pastu dia da kenal pasti kelemahan dlm sistem pentadbiran dia y menyebabkan engineer sblm ni belah, so improve bila time aku.
Dengan harapan aku akan stay lama kat situ dan isu2 sblm ni takkan timbul.
Padaku susah beb orang y nak mengaku kelamahan sendiri kat org bawahan dan cuba improve kat depan kita.
Membuatkn aku salute sgat kat dia.

Bila aku bgatu y aku kena g surau at least 2 x sehari dalm kol 10.30 and kol 2.30 ptg untuk mengepam, dia crikan port y aku xpayah jalan jauh2 g surau.
***Itu pentingnya berterus terang***

2. Enviroment kerja.

Huis.. ku tak payah la bgtau aku kerja kat mana
Apa y ku bleh bgtau Malaysia ni hanya 2 syarikat sahaja yang menjalankan
aktiviti seperti kilang ku.
Company ni tersenarai dalam KL Stock Exchange.
Company international dan untuk region asia kilang ni ada kt malaysia n Korea.
Region lain ku malas nak ingat.

Enviroment mmg lasak.
Nak masuk plant kena pki safety booth, google and ear plug.
Kiranya heavy duty pnyer manufacturing la.

Wanita hanya berapa kerat je y rmi pun kat finance, sales, hr n makcik buat kopi.
Tapi klu y deal direct ngn productions ada 2 orng aku and sorang lagi chinese.
Am0i ni mmg buat aku kompiden la y aku leh stay kat sini.

Y kerja sini y mostly da 10 tahun keatas.
Kagum tol. So mmg ramai y setia dengan company ni.

Ada uniform n aku blom dapat.
Jenuh hari2 nk kena pikir nk pakai baju mana.

Ak da biasa keje kilang jepun n masa sangat tight.
Bila lunch semua orang berebut masa y singkat untuk makan n berehat and beratur beli makanan.
Xcukup masa nk lepak2 pas makan.
Kat sini sgt relax.
Kantin tak ramai orng.
Paling ramai beratur pun 5 org.
Tapi kantin tak banayk pilihan makanan cam JVC dulu.
Bila makan ramai2 aku selalu bangaun dulu.
Sbbnya kau tggu drg hbis makan,
so bila da hbs mkn aku inagt drg bangun la terus.
ropa2nya lepak2 dulu.
Alih2 aku jalan srg2.
Sudahnya u mengelakkan isu aku selalu tinggalkan org so aku g kantin srg2 so
sapa y aku jumpa kt sana aku mkn la sama2 so bila aku nk blah pun aku tak payah tunggu drg.
Still mode menyesuaikan diri dalam keadaan relax.

3. Aura
Seminggu dua ni aku akan lalui induksi.
Ada jadual u jumpa setiap manager department drg akan bgtau pasal apa kerja department drg
Seronok. Masing2 ada passion tentang kerja msg2.
skli induction msti overdue sbb xcited nk tya soklan.
pantang org tya ' any question?'
mmg ada je.

4. jobscope.
mencabar beb nk kna handle mesin y menakutkan tu.
tpi nama pun engineer kan.
heeee

Tapi basicly, aku happy dengan life aku sekrang.
Dlu pun aku happy.
aku selalu bernasib baik sbb kat mana pun aku keje,
sumenya aku rasa best.
Dari..
Powercool (Bkt Puchong - Tak smapi 1 bulan)
sgat kesal kerana bosnya sgt baik, berjasa dan superb la tp ku kena brehenti bg masa depan sndr. mintak maap bosss
.
.
.
Creden (9 bulan 9 hari) Bkt Puchong
Ni pun bos best, kawan best, kerja best sume la best.
Aku siap nangis 2 lagi bila aku dapat kad dari staff lain.
Pun brenti sbb life improvement la.
Bos siap tawrkan nak upkan gaji n nk promote aku lgi pujuk spya xbrenti.

.
.
JVC S. Alam (2 tahun 9 bulan)
Bos best, keje best, kawan best, sumeeee best.
Ni org y nangis sbb aku nk brenti. Heee.
brenti sbb nk merasa jd suri rumah n nak refresh diri.

.
.
Sekarang.

Alhamdulillah, dalam dunia kerja ni,
aku tak pernah rasa usaha aku tak setimpal dengan gaji.
aku tak pernah merungut company kasi bonus/ gaji y tak setimpal.
aku tak pernah rasa tertekan dengan kerja aku
(tertekan smpai bawak ke rumah la maksudku)
Sebabnya..aku tahu apa y aku buat.
jujurkah aku dalam bekerja..ikhlaskah aku dalam berkerja..
Sepenuhnyakah aku bekerja untuk setiap nafas y au hembuskan dlm 8 jam aku berkerja.
Bila kita sign offer letter bkn skadar kita setuju dngan gaji tapi termasuk dengan kerja y kita lakukan.
itu rezeki.
jika kita mahu dibayar lebih, sudikah kita menerima kerja y lebih?
kadang2 Allah tak membayar kerja kita dengan duit, tapi mungkin dengan memiliki hati yang tenang, anak2 y berjaya, suami y mengambil berat dan mungkin sekecil orang memberi laluan kepada kita dijalan raya.
oleh itu, apa y kita terima tidak semstidnya dalm bentuk wang ringgit tetapi dalm bentu misteri dan hanya Allah y mengetahuinya.

Ku bersyukur atas rezeki harta, ketenangan, kasih sayang, keimanan dan kesihatan yang diberikan oleh Allah.

Wednesday, June 15, 2011

Kaseh At 16 Month

Di saat kemarau mood untuk berblogging,
ini la n3 y blom ku langsaikan.
Ku coba buat la eak.
Time ni kol 5.15 am.
Bangun nak sahur tapi cam xder selera so just mkan kurma je la.
Bukan takder masa nk bt N3 tapi since da keje ni cam spjg ada kt umah rasa cam nak lekatkan idung kt pipi Kaseh je.
And tak smpi hati nak tolak2 tangan dia bila kacau bila kita bukak lappy ni.
So ku amik keputusan biar la ku hadap anak ku y nyomot ni puas2.

Ok.
Lets talk about my princess at 16 month.


Mama da keje almost 2 weeks da,
so sepanjang tu juga la Kaseh g skool.
Jumpa balik kawan2 lama.
Mama keje mula rabu so isnin just g duduk2 di skool waktu petang nak biasakan Kaseh dengan suasana.
Mula2 tu dia tercongok je kat pangku,
tapi bila lama2 dia mula da nk nak bangun.
Main kejar2 dgn budak2 lain.
Ku perasan Kaseh ni klu dgn budak dia peramah kl ngan orang dewasa ni dia mmg tak la.Even hanya pandang je dia xnak.
Dia mula main bawah tangga dan main ngan toys y ada.
Hari selasa, ku antar dlm kol 10 am and nk tinggal sbb nak budget susu.
Ku masuk je skool duduk2 dulu.
Tapi bila dia bangun main bawah tangga ku lari balik.

Ku amik dalam kol 5 lebih,
Kaseh nangis katanya.
Biasa la tuuuu.
So Kaseh minum dalm 2 botol je.

So Rabu ku mula keje,
mmg pagi tu antar meronta2 la.
Xper la.
So smpai hari ke- 6 hantar da xnangis,
Ummi hulur tngan je dia terus nk g.
Da boleh salam da ngan mama bila mama nk g keje.
just babai je blom sbb mungkin dia biasa babai kat org je kat mama xpernah.

Tapi y tak tahan, masuk hari ke 3 Kaseh kat skool da mula bunyi sound y tak best kat idung.
Cam nak selsema.
Ku g la klinik mintak nasih doktor.
Dia suggestkan multivitamin for kids.
Baru 1 hari kasi, lusanya terus sah selsema, batuk and panas.
terkilan gak la, selama 4 bulan Kaseh ngan mama, tak pernah selsema,
makan pun belasah je aiskrim ke air sejuk ke.
AAAAA..
Bermula lagi ujian untuk mama.
Minggu pertama, demam on off,
tp xder la smpi coti almaklum la baru mula keje.
Masukk minggu ke dua tak baik lagi Dr sok On antibiotik.
So hr ni rabu dalm usaha menghabiskanla.
Tapi demam ngan batuk da kurang, just selsema je still ada n banyak OK.
Tido Kaseh tak selesa.
Ya Allah, berikan lah anakku kesihatan yang baik.

Ok. Stop talking about benda y tak best.
Chill la Mama.
We talk about apa Kaseh boleh buat.
Ermmmmm...

Ouhhh..
1. Tarik tangan.
Tau apa sign y Kaseh nak nenen.
Selain dari dia akan selak2 baju / tudung.
Kalau ku dalam keadaan duduk dia akan carikan bantal soh aku baring.
Dia nak aku baring telentang bukan mengiring, dan dia bukan nenen sambil dia baring.
Dia akan duduk tersengeh buat gaya lompat macam menunggu hidangan y nak di hidangkan.
Pastu panjat perut mama, nenen sambil meniarap dangan aksi perbagai.
kadang2 tertonggeng2.
Kadang2 ku biar je, nnt dia selak baju sendiri.
Ok, da pandai tarik bra sendiri.
Kalau ku kat tempat lain pun dia akan tarik tangan,
pimpin kat mana ada bantal,
bila da baring dia buat muka xcited.
Huuuuhhh...Priceless momment.

Jom la baring mama, Kaseh nak nenen ni.

Haaaa.. Dapat pun nenen. Edapnya... Mama nak rasa?

Malu la syaya mama..


2. Kasihhhhh...
Epan ni suke panggil Kasiiiihhhh..
Dengan nada lembut, y Kaseh ni pun ngikut la.
Masa MIL ckp "Kaseh baru belajar sebut nama sendiri"
Ku tak perasan sangat la.
Bila balik umah..
Dia dok
Acihhhh...
Tacihhhh..
Ku rasa cam pernah dengarrr..
pastu baru teringat tu gaya Epan panggil Kaseh.

Ini la 2 ketui budak y selalu peningkan nenek.

3. Kaseh da pandai doakan mama n papa.

Da citer pasal Kaseh solat kat sini.
Sekrang da ada improvement lagi.
Da pandai cari telekung.
Bila tahiyat akhir da naikkan jari telunjuk.
**Mesti tengok papa sbb mama pki telekung mana Kaseh nampak**
Da baca doa bunyi Psssttt Pssstt.
Tiru gaya papa tadah tangan.

Kasehhh..Solat betul2 tau, nanti besar solat tanpa mama suruh n doakan mama n papa.

4. Mama air da masak.
Huisss.. Yang ni mmg dia pemerhati y bagus.
Klau bunyi je cerek menjerit ku berbunyi, dia y akan bangun nak matikan api.
Ku perati je, so far dia nak matikan pandai la.
Idupkan blom la.
Ini budak arrrr.. sangat bijak.

5. Sejukkkk Mama.
Ni pun br 2-3 menjak ni baru pandai.
Bukak fridge.
Dulu dia tarik je tngan mama suruh bukakkan.
sekrang da pandai bukak sendiri.
kalu da bukak dia akan cuit2 sume botol2 sbb sejuk kot.
tao skrg ni da pandai angkat2 da.
Biasanya dia akan amik jeli kat dalam mangkuk pastu kasi kat mama,
cakap nak, pastu dia lari g amik lagi dlm fridge.
Dia just nak main bukak tutup fridge je.
Sbb tu skrg jeli 2 y bersepah dan akan ada dimana2.
Kalu almari leh la nk ikat2 klu fridge cmner?

6. Meh sini Kaseh tolong.

Pantang nampak mama manyapu,
mesti ada adegan berebut.
kasehhh, penyodok tu lagi tinggi dari awak.

7. Mama... Da petang la, jom la mandi.

Kejadian ni sabtu lepas.
Mama n papa golek2 depan Tv,
papa tido,
mama nenenkan Kaseh, tapi sbb nenenkan telentang terlelap la kejap.
Skli bunyi ketuk2.. rupa2nya Kaseh da ketuk pintu bilik air.
Sib baik kunci.
Da tak bleh bukak dia datang tarik tangan.
"Kaseh nak mandi ke?" Mama tanya.
Masa tu dlm kol 6, maybe kat skool kol 5 da mandi.
"Bukak baju dulu"
Dia pun selak2 baju tanda nak buruh bukak.
Ku bukakkan la.
"Kaseh masukkan baju dalam bakul baju kotor ye"
Dia pun buat gaya kedek2 angkat baju dia masukkan dalm bakul.
Ada 3 bakul, 1- bju mama n papa, 1- baju Kaseh 1 - bakul pampers.

Dia masukkan dlam bakul bju mama.
Bila ada y terkeluar2 tak masuk sepenuhnya, dia tolak2 kasi masuk dengan sempurna.
Gud girl.
Pastu dia nak bukak pampers.
Dia pkai Drypers pants, so kena tanggal cm seluar la.
Mama perhatikan dari jauh je dia dok berusaha.
Berjaya!!!!
Dia masukkan dlm bakul baju mama jugak.
Sib baik nmpk klu x hbis la dimesin semua skli.
Pas da bukak pampers, dia angkat kepala,
mana mama ni?
Tu kot y ada dalam kepala dia.
Hehehehe.
Anak mama da besar.


8. Mama jangan la nangis..
Ni rentetan, 1 hari ku demam, pastu mmg xsedap badan la.
Kepala berat je.
Y kaseh lak dok melekat je kat perut mama, dok nenen.
Bila da lama nenen rasa sakit la sbb gigi kaseh dok bergesel.
mama mintak Kaseh stop sbb Kaseh saje je nak nyonyot.
Kaseh taknak.
Mama ni klu tak sehat suka mengerang, buat bunyik,
pastu nenen lak sakit,
mama nangis la.
bila kaseh nampak je mama nangis Kaseh pun nangis.

Sejak tu ku buat2 nangis smbil tutup muka dia akan tarik tangan,
klu tak dapat dia pun nangis jugak.
Heheheheh.

Mama jangan la nangis

Kalau ikutkan banyak benda nak citer tapi cam da panjang sgat je N3 ni.
Da kol 6.30 pagi. Mama nak mandi.
Kalau papa masuk mandi dulu lama sangat.

Jika Kaseh yang baca :

Kaseh umur berapa ni masa Kaseh baca N3 ni?
Mama and Papa tengah buat apa tu?

Kaseh da solat ke?
Da mandi?

Itu la cerita masa Kaseh dok belajar solat n mandi sendiri.

Kaseh good gurl masa kecik2 dulu.
Gelagat Kaseh selalu buat mama n papa ttersenyum.
Kalau Kaseh still a good gurl sampai sekarang,
Kaseh g kat mama,
Kaseh peluk cium mama n papa,

bagitau kat mama "I'm Still A Good Girl, Mama"

Cepat, gi sekarang.
I love U my Princess.

Tuesday, June 14, 2011

Nak Buat...

Idea bertimbun2 nk bt post,
Tp ketenangn dek anak y syomot ni kasi xder.
ni pn dia sebok nk pki suar 2=3 lapis.
k la. just update that

i'm having a wonderfull life now!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, June 1, 2011

Xleh tido

Waaaa. xleh tido. Sok da la 1st da keje. mate xleh lelap. apa ntah y dok pikir ni. geart2 dlm kepala ni masih aktif bfungsi. waaaa. nk turun on laptop sah2 la xtido. ni da hbs gaya da bposing atas katil. cik lynd tido la sok nnt mata panda muncul. lalalalalala. tido la mama kaseh. lalalaalala tido laaaaa.

Tuesday, May 31, 2011

Mari Bercinta : I Love U Part 3

Drama bersiri bersambung lagi.
Mintak mangap le kepada y boring baca.
Sapa y xnk baca just ignore selagi tajuk bermula dengan Mari Bercinta : .........

Kepada ANAK2 mama, jangan tanya lagi macamana mama n papa kenal.
Baca je. Mama malas da nak cerita ulang2 tiap kali anak mama bertambah.
Kepada Kaseh, nanti tolong bacakan dekat adik2 ye.
**nota ini u bacaan 10 tahun lagi**
(^_^)v

Setelah Part 1 dan Part 2 jom kita sambung Part 3.
Selepas perjumpaan kali pertama.
Kami kontek cam biasa.
Dan perasaan pun xberubah.
Masih berkawan.
Nak ke perjumpaan kali ke-2,
mama ajak jumpa kat Klang.
mama g umah mak angkat mama
Dari bangi ke Klang mama naik komuter.
Sampai sana dalam kol 5.
tunggu papa kat komuter 1 jam ok.
1 Jam!!!!!
mama nak call tya kat mana takut nnt nmpk sgt terdesak.
Selepas mama da bengang mamat ni tak muncul2,
mama mmg yakin da mama mmg da kena kencing.
mama mmg da janji ngan diri mama da xnak kawan dengan dia lagi.
mama amik teksi g ke bustand klang.
Da smpi sana dia call mama kata da smpi komuter.
mama ckp la ak malas da nak tunggu, mama da kat bustand da.
Dia suruh tunggu.
Akhirnya tercongok dia kat situ.
mama mmg kna tggu kat bus satnd pun sbb mak aku dtg dr kampung turun situ nnt.
Ropa2nya tayar kete pancit dia xnak bgtau sbb takut ak cancel nak jumpa dia.
Ouhhh. rela buat mama sakit ati menunggu dari mama cancell eak.

Da perjumpaan diteruskan untuk kebeberapa kalinya selepas itu.
Masa dok kontek2 sms tu perasaan mula berubah.
hahahaha.
Tapi Papa Kaseh ni berlagak xnak bgtau direct.
Tapi dok main2 hint lak.
Rasa cam nak pang je.

Tapi y paling buat mama sasau adalah,
masa aku balik kampung.
masa tu aku guna line DIGI so still xder line kat kampung.
Mmg lama la ktrg xkontek.

Pada 1 malam.
mama terdengar lagu RelaKu Pujuk by Spider.
Mama inagt yang Papa pernah bgtau y dia suke lagu ni.
tapi mama xperasan sanagt la lirik dia.
Skli malam tu mama dapat dengar betul2.

Ku dikejar bayang2 resah,
bila hati mu masih tak berubah,
enggan dipunya dan dipenjara,
belaian cinta ku ini.

Memang sah papa syok kat mama.
Heheheheh.
Mama rasa cam nak g cari public phone je nak kompomkan benda ni.
heeeee.
Tapi apakan daya mmg xdapt la.

Bila mama da balik UKM balik papa xberterus terang lagi.
Mama pun simpan jugak lagi.
Tapi mama mmg cri idea nak buat papa berterus terang.
Sbbnya mama xnak melepas lagi.

Melepas lagi?
Heee. Sebenarnya mama pernah suke seseorang masa mama umur 18 tahun.
Tapi sbb play hard to get mama y melepas.
Padahal mama da sasau kat dia.
Bila kami da loose kontek, kawan budak tu ada bgtau y mamat tu mmg suke giler kat mama tp tu la mama berlagak sangat.
Hamikkk.

So kali ni mmg mama nak buat papa mengaku.
Apa mama buat?
Kejadian ni berlaku sehari sebelum 31 August 2004.
Papa ajak mama celebrate malam merdeka.
Mama tolak sbb xkan mama nk kuar malam2 ngan laki y baru mama kenal.
Sah2 la celebrate merdeka sampai tengah malam kan.
Pastu papa da xsms mama da.

Mama pun antar msg kononnya kawan mama y antar.
"kawan" mama ni konon2nya nak bocorkan rahsia mama.
"dia" bgtau y mama mmg syok kat papa,
tapi tunggu papa mulakan dulu je.
So "kawan" mama ni suruh papa ajak mama kuar siang 31 August tu.
Siap pesan lagi jangan reply sms tu takut nnt kantoi.
hahahahah.

Dan dengan tak malunya, pada malam tu papa ajak mama kuar.
Heeeee. **malunya**

So kami pun kuar la.
G makan kat food court metro Kajang.
Pas makan on da way balik tu dia bawak kete slow je.
Masing2 diam.
Masing berdebar kot.
Yang mama tunggu la papa say something.
Yang papa lak dok pikir nak buat ayat.

Sudahnya papa antar mama macam tu je.
xder ckap per2.
hampeh tol.
So takper la.
Pas papa antar mama, mama lepak kat bilik TV pastu g angkat kain jemuran.

Otw nak naik tangga nak ke bilik..
Tett..tet..tettt..

SMS Masuk..

"I Love U"

Huahuahuahua.

Terduduk kejap kat tangga.
**Xder la terkejut mana pun sbb ak da rancang..just terpikir akhirnya dia bgtau jugak**

Dok pikir apa mama nak jawab.
Jangan jawab lagi.
Nanti nampak gelojoh.
Lebih kurang 20
Mama jawab
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..................
Kaseh tanya mama sendiri ye.
Sebab nnt acik2 lain baca nnt muntah lak.
Hhahahaha.
Minta maaf. Terpaksa ditapis sbb maluuuuuu.
Heeee.

Begitu la ceritanya bercintan cintun mama n papa.
Sambungan?
Tengok la kalau mama rajin cari idea lagi.

Fakta2 lain mengenai cerita di atas :

1. Sume tipu helah tu sudah ku dedah setelah setahun kami bercouple.
Papa cakap dia pun mcam xnak percaya bab 'kawan' tu.
Tapi disebabkan nak meluahkan tu dia amik la peluang tu.
Cume y sampai sekarang dipertikaikan adalah "SAPA MULA DULU?"

2. Papa kata dia xder niat pun nak tuju lagu Relaku Pujuk tu kat mama.
Mama je y sasau sendiri.
Elehhhhh.. Tak ngaku.
**Kaseh nak caya mama ke papa?"

3. Bleh lagi taknak ngaku syok kat mama.
Papa tanya mama klu nk cat kete warna apa ye.
Mama kata la biru smart.
Alih2 pastu datang dengan kete y bersalin kulit jadi biru.
Haaaaa!!!!!!
Apa lagi nak dinafikan?

4. Papa xnak ngaku lagi y dia xsyok kat mama dulu?
Mama simpan tau segala sms papa y papa mmg da tungjuk sngat angau kat mama.
Siap taip balik lagi dalam word.
Time tu blom couple tapi da berbunga2 da.
Kaseh nak tengok?
Mintak ngan mama.

5. Perjumpaan 31 August tu perjumpaan kali ke - 6.
1st : McD Kajang
2nd : A&W Klang
3rd : Papa jemput mama balik Klang. Bawak mak Jah.
4 th : Jumpa kat Klang. Papa kata nak jumpa mama sblm mama balik kampung.
**Balik kampung y ni la dengar lagu Rela Ku Pujuk**
5th : Kuar makan kat seksyen 1 bangi ngan Aretie.
**Konon2 mama kena blnje papa sbb mama kalah teka teki, padahal cari sebab je nak jumpa mama**
6th : 31 August 2004.

Pssstt : Mama cerita je ni tapi jangan ikut tau.
Belajar dulu.
Mama bercinta ngan papa pun masa mama umo 20 tahun.
Papa "kekasih" pertama mama.
nak bercinta kena pandai.
Jangan cinta y melalaikan.
Kita kena pandai mempergunakan cinta untuk kebaikan kita.
macamana?
Nanti mama buat sambungan.




Monday, May 30, 2011

Mari Bercinta :Blind Date Part 2

Sambungan ye.
Dari part 1
Selepas berSMS agak lama jugak la,
just SMS. tak pernah jumpa.
Tapi agak rapat la jug la.
Dia pernah ajak jumpa tapi ak taknak.
Tak ready lagi.
Tak pernah jumpa beb. Takut la.
Lagi pun aku agak macam 'terpelihara' skit la bab2 ajak laki kuar ni.
Tapi klu mmb y da kenal Ok lak aku kuar.
Cakap tepon pun tak pernah just SMS sebetul2nya.
SMS pun pernah la dia naik bas dari Perlis, tak boleh tido,
aku pun tak tido jugak. 'Temankan la kononya'

Sampai la 1 insiden yang memusnahkan benteng prinsip "perempuan baik" aku.
Kejadian ni dalam bulan March 2004.
Dipendekkan citer ada orang sound aku sbb dia syok kat aku api aku taknak.
Orang tu kata
"Ingat Linda, kalau orang buat camtu kat orang nnt orang buat camtu jugak kat ko"
Lepas je kecoh hal ni, aku sms Redo, ajak dia kuar.
Aku pikir alang2 orang da anggap aku pompuan jahat biar la aku jahat betul2.
Dia pun setuju je.

So lepas set masa sume Ok.
Petang tu, ak tunggu dia datang amik kat Kolej Keris Mas.
Dia call bgtau dia da sampai.
Aku tanya naik kete warna apa?
Dia kata kete putih.
Ku turun aku tengok la sorang mamat ngan sunglass dia sangkut kat kolar belakang baju.
Dia ulur tangan nak salam.
Aku terus angkat tangan bagi isyarat menandakan xnak salam.
Heee. pas da couple dia cakap malu nya Ya Allah bila aku xnak salam.
Ni 1st time dia hulur tngan dulu tapi dimalukan plak.
Biasanya pompun ulur tangan dulu.
**Katanya**
Aku lak pikir mamat ni mmg xleh buat boypren, suke2 je ulur tngan nak salam.

Aku masuk kete dia ktrg g makan kat McD Kajang.
bongok tak bongokkan da la 1st time jumpa, ko da masuk kete dia.
Tapi u keselamatn ku da tinggalkan no telipon dia dan no kete kat roomate aku.
Klu in case aku tak balik.
heeee.. Still bahaya la.
Jangan amalkan.

Kejadian kat McD.
Aku order kentang je, malu la beb nak makan burger bukak mulut besar2.
Bila makan kentang lak aku penyekkan kentang tu ket kertas.
Buang minyak la dulu kataku.
Padahal nebes.
Y Redo lak, makan burger cubit.
Patahkan sikit2.
Aku dalam hati mengutuk. Nak cover la mamat ni.
Kejadian tu mmg jadi bahan kutuk ktrg sampai sekarang.

Itu la citer Blind Date kami.
Sambungan : I love u Too.

Fakta2 menarik sebelum blind date :

No 1 :
Redo pernah antar gambar ni melalui email.
Ak ada terima email 4 feb 2004.
Disebabkan aku tengok sumenya tak ensem aku pun abaikan je la email ni.
Aku langsung tak amik kisah pasal y mana 1.
Hahahahahah.
Bukan aku nak buat boypren pun.
So ada aku kesah pasal muke dia.
Hahahahah.
Jahat ko Lynd.
Da declare baru la ku jumpa balik email ni.

Fakta No 2:
seminggu sebelum ku decide nak jumpa dia,
ada sekali ku call dia guna public phone.
saje nak corak for the 1st time.
Tapiiii.. bila dia angkat dan aku da perkenalkan diri,
dia kata dia kat balai polis ni nanti dia call balik.

mastu tu aku pikir malunyeeee.
Da la 1st time call alih2 xleh cakap.
Pastu baru aku terpikir kenapa dia kat balai?
Ada kes apa?

Fakta 3:
Ingat tak pasal Huda?
Huda kata no Redo asyik dok kcu dia.
Sbnrnya kawan Redo guna hp dia sbb nak kcau huda.
Huda tu kawan sekolah dia.

Fakta 4 :
Pasal Linda y pada awalnya Redo ingt aku tu?
Betul. Ada Linda lain y aku tak kenal masa tu.
Linda tu knal aku dan dia da desribe aku ni ropanya mcmana kat Redo sblum kami jumpa lagi.


Fakta 5 :
Macamana aku leh layan je dia.
Sebab kami ada persamaan.
Kami masing2 xkan ckp dulu klu kami suke sesiapa.
So disebabkan persamaan tu la aku pikir y kami xkan bercintan cintun sbbnya sapa y nak mula dulu?
So sbb ku yakin hubungan kami no heart feeling so aku sonok layan.
bukan mcm kes mamat sorang tu.
layan skit da nak feeling2.





Mari Bercinta : How We Meet Part 1

Ok la.
Diz idea came when i read about one of the public figure.
**I don't want to mention who**
seronok bila dia bt N3 how she met her fiance.
So it is just a few days, genap lah 2 tahun perkahwinan kami.
So ku nak buat N3 ni.
Macamana Mohd Ridho dan Siti Norhaslinda berjumpa.

Lebih kurang 2003 dekat2 akhir tahun la.
Pada suatu hari, sepatutnya tengahri tu ku ada Exam AutoCad,
tapi lepas kelas pagi,
aku balik bilik di Kolej Aminuddin Baki, UKM.
Pada malam sebelum tu aku tak tido langsung, xtau sebab apa.
Aku lupa.
So bila balik tengahari tu, aku terlelap "kejap".
Ak rasa cam sekejap.
Bangun je, tengok jam da kol 2 lebih.
Exam tu kol 2.
Camner nak kejar?
Jarak kolej ke fakuti kejuruteraan klu jalan kaki setengah jam jugak.
masa tu sesumpah ijau belum wujud lagi dengan aku.
G la naik bas.

Cuba nak masuk y kol 4 tapi tak boleh sebab nama ak da register u kol 2.
So, balik la kolej.
Dalam kegilaan dan kebengongan tu, ku dapat masa dari DIGI,
yang menyatakan aku dapat kredit percuma RM62.00.

Gumbira la kejap.
Banyak tuuu.
Lepak kat bilik sebelah sambil mengenang kebengongan hari ni.
Tiba2 kawan aku yang bernama Huda, cakap nk pinjam hp sbb ada no dok kacau dia.
Alang2 kredit aku da banyakkan.
So dia mintak aku siasat no sapa y dok kacau ni.

So aku pun call la,

Aku : Hello, Hasanah ada?
Dia : Erkk.. Salah no kot.
Aku : Ouhh. Yeke? Sapa ni ?
Dia : Along
Aku : Along? Dari mane?
Dia : Perlis.
Aku : Ouhh. Sorry la saya salah no kot. Minta maaf ye.
Dia : Ok, takper.

Memang sah la kawan aku tu tak kenal dia.
Xtau la. Kalau dok mengacau tu xkan nak mengaku.

So sume benda tu terhenti disitu.
Memang ku xsave no dia.
Sampai 1 hari ku dapat 1 SMS.
' Hai. Apa Kabar? Buat apa tu?'

So aku time tu mmg ingat member2 la kan sebabnya biasa klu org y xknal SMS,
dorang akan tanya 'sapa ni?' ' kat mana ni?'
Tu y aku pikir la.
So apa y aku pikir mmg kawan2 lama la.
So aku reply la.
Aku tanya sapa ni?
Dia kat REDO.
Ak pun pikir la sapa Redo?
Ku terus teringat ku ada kawan nama Ridzuan.
Kawan2 panggil dia sebutannya bunyi Ri-DU.
So aku ingat dia la.

Tapi lama2 aku rasa cam lain macam.
Ak tanya dia betul2.
Dia bgtau la y hari tu ak ada tersalah call dia.
Cissss...cisss cissss
baru aku teringat.
masa tu aku ngtau la y aku Linda dan bljar kat UKM.

Sebonarnya, dia pun syak aku menipu sbb mmg ada orang nama Linda dari UKM dok msg ngan dia jugak.
So dia syak aku nak mainkan dia dengan tukar no.
Tapi nak jadi kebeltulan jiran sebelah bilik aku tu nama Linda dan dari fakulti y dia sebut jugak.
Aku g tanya la dia, dia bgtau bukan.
Dia tak kenal mamat tu.


So i just live it.
Tapi dia still sms.
Nak berborak la.
Aku jual mahal tapi layan.
Ak hanya akan reply pertanyaan dia dengan 1perkataan shj.
Smada 'Ye' 'tak' 'tak nak'
Dan aku xpernah tya dia soklan.
**Membazir betul**

Lama jugak la benda ni berlalu.
Dalan 2-3 bulan jugak la.

Pastu lama2 aku pun da kira OK jugak la.
BerSMS.
Aku pun tak tau apa y aku dok SMS ngan dia.
Sambung next N3 for our blind date.

Tuesday, May 24, 2011

New Planner

Lagi seminggu nak start keje tempat baru.
Fuhhhh..
Berdebar nak mula tempat baru pun ye,
Takut memikirkan macamana la life aku sbgai wanita, ibu, anak dan pekerja nnt pun 1 hal.
Pikir camner nak manage idup 1 hal.
Nak buat budget baru dengan new income 1 hal.

Waaaaa.
Kalau nak diimaginekan keadaan sel2 dalam otak ku ini umpama,
gear2 yang berkarat dan sedang berusaha keras untuk bergerak dengan smoothnya.

Nak kena polish dan organise 1 demi 1 supaya ia boleh berfungsi dengan lancar dan se optimum mungkin.
Waaaaa.
Target nak idup without stress.

Hidup ni susah kalau kita pikir susah.
Dan idup ni pun susah kalau kita gagal mengurus dan merancang dengan bijak.
Waaahhhh.
Lynd..Ganbatte.

Sunday, May 22, 2011

Balik Kampung

Kemas2 sawang skit la laman sesawang ni.
Heeee

Assalamualaikum
Almost 1 week ku meninggalkan dunia cyber ni.
Kemana?

Balik kampung.

Heee
Pas kompom je dapat keje hari tu,
terus book tiket,
maka terbang lah kami 2 beranak ke kg halaman ku.
Balik ber2 je..papa tinggal.
Sebabnya balik tanpa dirancang so papa xsempat apply coti.
Tambah lagi nak balik lama skit,
nak bayar "utang" sebelum mula berjuang untuk berkerjaya lagi.

Kat LCCT pagi2 bota.

Puas hati balik kampung kali ni sebab..
banyak benda.
Heee.

1. Sbb papa tak ikut so mama bleh melepak rumah kawan2 tanpa perlu tengok jam.
Puas hati la.
Dia antra kawan mama y rapat la masa zaman sekolah rendah lagi.
Even ngan family dia pun ku mmg rapat.
kami berkawan y jenis xder protokol.
Main belasah je.
Soooonoookkk sgt.
Slma ni ku balik kejap2 so mmg xsempat nk melapak ngan dia.

2. Jumpa cikgu y mmg ku takkan lupakan sampai bila2.
Cikgu matematik msa skolah rendah.
Cikgu Abdullah.
Jumpa secara tak sengaja.
Boleh tak masa berckp ngan dia tu air mata aku bergenang.
Sbb seronok sgt.
Cikgu ni mmg kelakar.
ingat lagi klu soklan penyelesaian masalah tu mmg bersungguh dia bercerita nak memahamkan kami.
Bila cuti hujung tahun dia still lagi buat kelas for "FREE".
Y datang berapa kerat je tapi dia still buat jugak.
Cikgu berhati mulia.
Jasa mu takkan ku lupa samapi bila2 Cikgu Abdullah.

3. Kaseh bukan main rapat lagi ngan nenek.
Mas ahri mula2 je Kaseh xnak ngan nenek.
pastu mmg melekat je.
Org tu nak mandi pun diketuk pintu bilik air.

Daaaa banyaakkk lagi.
Mmg agak pelik la aku cerita ni macam tak pernah balik kampung je.
Tapi jujur mmg balik kg kali ni paling seronok.
Dari zaman belajar Form4 ku bukan jenis y asik balik kg je.
Dalm setahun adalah apaling bayk pun 2 kali je aku balik.
Tu pun raya je.

Heeeee
Bila kdg2 balik tu la y seronok sgt.

Thursday, May 12, 2011

Bercampur Aduk

Haaaaa....
Jam kol 2.55 AM
Mata xleh lelap.
Kepala ni macam machine y still aktif berfungsi.
Huuuu...

Shut Down Laptop
.
.
Cube pejam
.
.
Tak bleh
.
.
Cium Kaseh
Wanginya dia.
Bau baby y kadang2 buat aku kecur air liur.
My princess
Apa aku pikirkan?
Huuu...

Ak g interbiu tadi.
2nd interbiu actually.
It can be consider as da dapat la.
Just bincang gaji n a few things.
Alhamdulillah.. Rezeki menyebelahi ku.
Gaji OK la.. Dapat lbhkrg cm ak mintak.
Alhamdullillah sgt.
Location pn OK, lagi dekat dr tmpt dulu.
Dkt ngan opis En Suami ku.
Pasal keje tu sume consider as OK.

BUT.
I'm thinking of my...
Haaaa.
Bl ku da start keje balik bermakna kaseh da kena g skool.

Ya Allah.
Ku xbleh bayang perasaan dia masa 1st day.
Dikelilingi oleh strangers.
Kaseh mmg agak choosy sejak stay ngan kau.
Dia mmg xnk langsung dgn org y dia xpernah nampak or jarang namapk.
Boleh dikatakan tahap sosial dia agak merudum la.
klu kat skool nnt?
Myb sementara je tp ouhhh..
hati ibu ini terus mcm disiat2 membayangkan kaseh ketakutan nanti.

Second thing is, bl da skool bila kaseh nk rasa air tangan masakan aku?
Malam je?
mampu ke ak nk masak u Kaseh malam bila da blik keje nnt?

3rd - Cukup kasih sayang kah Kaseh bl kat skool nnt?

Tapi ku pikir bukan aku sorang dalam dunia ni y hantar anak g nursery.
Ramai lagi.
Tapi hati ibu ini.....

ku pikir pilihan lain.
Antar ke umah MIL.
Tapi..
Sejak awal lg ku xpernah terpikir nnt suruh MIL jaga.
Cukup la 9 anak dan sorang cucu y dia jaga.
Biar la dia berehat.

Ku paham kadang dia kata boring lg2 sejak Epan da dijaga sepenuhnya oleh mama dia.
Tapi biar la dia menjaga orkid dan melayan kerenah anak2 nya.

Mungkin tidak adil bagi kaseh,
jika dia dijaga oleh nenek sendiri dia akan dikelilingi oleh Kaseh sayang.
Tiada belah baginya.
Tapi....
Hati ini masih memujuk yang bukan aku sorang yang hantar anak g nursery.

Kaseh..
Mama minta maaf,
Mama bukan mama yang sempurna untuk Kaseh,
Tapi percaya la sayang,
apa yang Mama buat hanyalah yang terbaaik untukmu, sayang.
Mama sayang Kaseh.



Tuesday, May 10, 2011

Di Sebalik Nur Kasih

Masih Ingat Cerita Ini?

NurKasih The Series.

For me i have another story about Nur Kasih.
Bleh dikatakan nama princess ku KASEH Melissa Lyana tercetus dari the series la.
Cite ni mmg glemer masa aku pegnen kan Kaseh.
Dok tengah pikir2 nama, tertimbul lak nama ni yang menepati ciri2 nama pilihan ku.

Ciri2 nama y aku nak ?

1. TIDAK bermula dengan huruf 'S' atau 'N' dan sebelum huruf tersebut.
Kenapa?
Jenuh beb. Nama gurl mmg banyak bermula dengan siti, nur, nurul.
Nama ku Siti so klu nk tggu turn nama kita tu jenuh.
klu nk cari nama dekat list pun da kat belakang2.
Kalau peksa pun mmg dok belakang dan dikelilingi wanita.

2. Unik
Nama KASEH unik dan simple didengar.

3. Jarang nama bermula dengan Huruf 'K'

Tapi mintak maap la. Nak letak nama simple je tapi berlaku konflik lak.
En Suami suka dengan nama 'Lisa' so msa peknen mmg dia panggil baby Lisa.
Lyana pulak, disebabkan Kaseh dan Melissa xder maksudnya dlm bhsa arab,
so bg melengkapkannya ku jumpa la LYANA yang bermaksud kelembutan.

Itu la cerita disebalik Nur Kasih.

Tapi sekarang orang sibuk memperkatakan mengenai..

Nur Kasih The Movie

Nak tengok tp xtau la.
Sejak ada anak ni susah nk tgk wayang.
Movie last y aku tengok cite 'WOLF"
masa tu aku pegnen 8 bulan.
Heeee

Monday, May 9, 2011

Racun Ulat Buatan Sendiri

Makcik ni ada la tanam pokok2 dalam pasu ni.
Cam pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan dll.
Pokok limau purut ni peberet aku.
Klu nk beli kena beli bnayk, tapi pakainya 2-3 lai je.
Kalau tanam sendri petik je la.

Tapi musuh utama dalam industri **1 pasu bleh kira industri ke?**
adalah....
Benda alah ini..
Iya.. En Ulat.

Bila melawat pokok je, daun2 muda sume botak.
Bawah pokok berterabur benda bulat2 cam biji sawi ynag merupakan
najis En Ulat.
Biasanya klu da begitu keadaanya,
cer jenguk cer jenguk,
mesti ulat tu da gedi2 **besar**
So bagi mengelak dari pencabulan keatas pokok2 kesayangn ku itu,
kita kena selalu menjengok pokok itu dan mencari anak2 ulat,
yang berwarna hitam dan kecik.
langkah pencegahan sebelum dia makan dan membesar seperti gambar 1st tu.

Klau ada En Anak Ulat, boleh la dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan2nya adalah,
Bawang Putih, Cili dan Sabun Basuh Pinggan.

Cara membuatnya,
Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama2.
Tumbuk dengan kulit ngan tangkai pun bleh.
bukannya nak makan pun.
Sukatan pun suke ati je, sesedap rasa.


Da lumat, masukkan dalam bekas,


Pastu campur air.
Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.

Pastu tapis dan masukkan dalam bekas y kita nak gunakan untuk spray.
Masukkan dalam 1 sudu besar sabun, dan koncang.

Boleh la di spraykan ke pokok2 kita.
Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan.
Ku jumpa rumusan ni kat majalah LAMAN.
Berkesan.
Dan jimat.
SELAMAT MENCUBA..!!!

Kaseh 14 Bulan


Time to talk about my Princess at 14 Month.

Gigi -
4 gigi geraham atas bawah kiri kanan.
4 atas depan
3 bawah depan.
Total 11, bila gelak nampak gigi yang hampir sempurna

Biskut Bantal.
Suke sangat makan kerepek pisang, kerepek ubi, maruku dan paling peberet biskut bantal.
Papa Kaseh suke beli biskut bantal,
dia tahu bekas mane ada biskut bantal tu,
diangkut terkedek2 suruh buka bekas.
Y tak tahan tu samapi taknak makan nasi.
Mama sorokkan bekasnya.
Mungkin sebab gatal gusi kot sebab tu Kaseh suke makan benda keras.

Pemakanan.
Da agak susah nak kasi makan.
Apa ku buat, ku kasi dia makan sendiri dan Kaseh nak makan kalau hanya dimeja makan.
Sepah pun sepah la.
Nak make sure kaseh dapat pegang ku potong sayur dan ayam besar,
so dia bleh pegang sendiri.
Peberet Kaseh, brokoli, tomato and carrot.

Penyusuan
Kaseh mmg reject minum guna botol.
So thanx to my MIL y melayan Kaseh minum guna cawan atau straw.
Mmg kena sabar la.
Klu sok Kaseh kena g Skool cmner?
Huu.. Risau mama.

Emosi.
Huuuu.. Mmg susah diramal.
Dia da mula ada perasaan "NAK"
yang tak tahan tu ku tak paham apa y Kaseh nak.
Bi datang hangin dia nangis pastu tarik2 tangan tu y main teka teki apa yang dia nak.
Senjata rahsia mama kadang2 takleh pakai.
Dulu dia nangis je angkat baju, terus je nenen.
Sekarang da pandai geleng kepala.

Bahasa.
Da paham gak la orang cakap.
Dan ikut orang cakap.
Bila nampak kucing je "Tet" = Cat
Da paham hulur tangan dan kaki untuk dibasuh pastu sapu kat mulut.
**Sampai air kat kolam ikan mama pun dicelup pastu sapu kat mulut..aduihh**
Lain-lain :

Da pandai ikut mama gosok gigi, gosokkan badan dengan span bila mandi.
Dan Kaseh da tak takut mandi shower, siap ulur kepala lagi.

Kalau mama masak, nak kena buat apa pun sambil dok kat bawah sbb klu berdiri kaseh tak sampai nk tengok mula la dia pegang kat kaki.

Dan pandai "menonton" laptop,
kalau dulu di"penyekkan" laptop.
Suke tgk video twinkle2 little star.

Kalau merengek nak nenen,
bila mama amik bantal nak baring je,
dia da mula gelak gatai.
Rasa cam taknak kasi sebab nak kaseh gelak camtu lama2.

Da pandai mintak pangku,
biasanya nenek ngan papa la y kena.
Bila dorang baring je, di tarik tngan suruh duduk.
Pastu dia parking kat pangku.

Da kurang la masukkan barang dalam mulut,
tak macam dulu.

Iklan Ribena yang musicnya ada "Auw..auww..auww"
pastu org menari kat vendor machine tu peberet skrg.
iklan tu start je dia da "aa..aaa..aaa" padahal music blom mula.
Dia tau iklan dia da nak mula.

Suke "bercerita" tapi tak paham.
"Paaa..petu petu petu petu"
Siap panggil lagi Paaaa.. Maaaa..
pastu membebel.

Acik peberet Kaseh MakSu Huda.

Suke kacau kalau maksu tido.
Maksu ni da la kerempeng,
nak angkat kaseh pun tak larat.

Acik y suke melayan Kaseh lak,
Cik Wawa,
kalau dok umah MIL Cik Wawa laa yang mandikan.
Kdg2 Kaseh xleh nak berenggang.
Org tu nak mandi pun nak ikut,
nak g skolah pun nak ikut.

Untuk Kaseh dapat makcik2 y sudi melayan Kaseh.

Kepada Kaseh,
Walaupun Kaseh tak tahu mengungkapkan Selamat Hari Ibu,
mama tahu Kaseh sayangkan mama.
Mama tahu Kaseh sayangkan mama hanya kerana mama adalah mama.
Bukan kerana paras rupa dan harta benda.
Mama sayang Kaseh.
Jika disaat Kaseh membaca rekod hidup Kaseh ini,
mama sudah tiada,
tahulah sayang, Kaseh adalah anugerah terindah dalam hidup mama.

Jika semasa Kaseh membaca ini,
mama sudah banyak melukakan hati Kaseh,
ketahuilah sayang, mama hanya mahukan yang terbaik untuk mu sayang.

Terima Kasih Ya Allah, kerana nikmat usia y Kau berikan untuk aku terus bernafas,
dan menumpang kebahagiaan di sisi anak ku.

Berikan lah dia kebaikan dan kebahagiaan walau dimana dan dengan siapa dia hidup
kerana anak itu telah membenarkan aku untuk merasai kebahagiaan dimasa hayat ku.

Amin..