Pages

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Terima Kasih Jururawat Desa

Entry penghargaan lagi.
Buat penghargaan banyak2 dengan hati yang tulus ikhlas untuk orang yang ikhlas berkhidmat tak per kan?
Tak salah kan?

Kali ini nak menghargai Cik-cik yang manis Jururawat desa di
Klinik Kesihatan Meru.
Sepanjang check up, tiada masalah dengan mereka.
Disambut dengan muka2 yang manis.

Selepas bersalin ada pulak pemeriksaan postnatal dan jururawat akan datang ke rumah selepas kita buat report selepas kita dah keluar dari hospital.

Sangat kagum dan menghargai jasa mereke.
Berpanas dengan uniform putih suci murni, naik moto.
Kadang2 sorang kadang ber-2 dengan beg besar.
Tiap kali mereka datang rumah saya suke tanya hari ni berapa rumah, tinggal berapa rumah lagi.
Kalau bonda ada bonda akan buat air.
Kalau saya sorang memang tak sempat la sebab dorang nak periksa saya lagi saya nak buat air lagi.

Terima kasih.
Hari ni hari ke 20 so kiranya lawatan terakhir la.
Mereka timbang Awatif.
Tahu tak berat berapa dalam masa 20 hari?
4.8 kg.
Lahir dulu 3.89kg.
Belom timbang lagi mereka da kata, besarnya baby awak.
Patut la syok je saya pusing-pusing, canai-canai anak saya ni time mandi.
Baby besar so tak gerun sangat la golek-golek dan gelek-gelek.

Sumber : Sini

Cik jururawat terima kasih.
Besar jasa cik kepada masyarakat.
Bagi saya berapa pun gaji mereka, jasa dan kerja mereka memastikan bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat adalah tidak ternilai.
Terima kasih cik misi..

Terima Kasih Alam Flora

Mesej khidmat masyarakat pulak hari ini.
Bila kita pernah merasa susah dan selepas itu kita merasa 'sedikit' senang,
kita akan lebih menghargai.

Apa ceritanya?
Bunyi remeh tapi sangat berharga.
Dulu masa dokkat kampung, kita akan buang sampah kat belakang rumah je.
Buat lubang ke apa ke.
Kalau sampah basah tu kasi ayam makan.
 Tapi bagi bonda saya dia lebih suka kumpul sampah2 yang tidak terbiodegradasi (Plasyik / tin) dan buang di tong sampah besar.
Malas nak bakar katanya.
Even jauh pun bonda saya akan buang di tong sampah besar.
**Bagus betul kesedaran alam sekitar bonda saya walaupun masyarakat sekeliling tidak mengamalkannya**

Dok rumah sewa masa belajar di UKM,
sampah dibuang ditempat khas.
Duduk rumah kedai.

Bila dah kerja duduk di apartment kat Puchong,
pun sampah kena buang kat rumah sampah.

So kiranya saya tidak pernah berhubung direct dengan kakitangan yang bertanggungjawab dalam mengutip sampah ini.

Bila da pindah ke rumah teres,
sampah dikutip oleh kontractor menggunakan lori.
Tiada jadual hari apa mereka datang kutip sampah.
Cerewet.. Buat kerja pun nak taknak je.
Sampah yang berat dicampak aje kalau bersepah kat atas jalan pun tak dikutip.
Kerja terjerit2 kalau sampah banyak.
And even jiran saya pernah diberi amaran jika mahu makan durian.
"Da makan sedap-sedap tu buang la kulit elok-elok"
Siap dipanggil lagi. 

So kami yang takut2 nak buang sampah.

2-3 bulan lepas.
Saya perasan sampah hanya dikutip seminggu sekali.
Kalau siang ikan memang berbau la sampai mereka datang collect sampah. 
Memang semerbak je kat depan.

Tanya akak belakang rumah,
katanya dorang dalam proses tukar kontraktor.
Biar la tukar, kontraktor sekarang memang kerek.

Sekarang tugas kutip sampah diambil alih oleh ALAM FLORA.

Sangat berjadual.
Sampah akan dikutip pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
Pekerjanya pun ramah.
Buat keje pun sambil senyum2.
Kaseh suke tunggu lori sampah ni.
Kalau bunyi je dia akan berlari dan babai.
Sampai driver lori tu pun memang da kenal Kaseh.
Dia pun lambai jugak.


Terima kasih Alam Flora dan Encik-encik yang ditugaskan di kawasan perumahan saya.
Jasa dan tugas anda sangat dihargai.
Saya sangat menghargai tugas anda.
Terima Kasih sangat.

Kepada pembaca, hargai lah setiap orang yang bertugas disekeliling kita walaupun kita rasa tugas mereka remeh. Percayalah remeh itu menjamin kesejahteraan hidup kita.

**Pernah kena sergah dengan pekerja Alam Flora masa kat UKM dulu sebab semasa saya berjalan kaki dan berselisih dengan lori sampah, saya tutup hidung.  Saya terfikir tak baik saya buat macam tu. Mesti mereka kecil hati. Sejak tu saya tahan nafas je dan tak tutup hidung**
 

Friday, August 20, 2010

Wahai Anak Bangsa Ku

Coba teka, apa isu tengah hot sekarang?
Bazar Ramadan?
.
.
Juadah berbuka puasa?
.
.
Jualan Aidilfitri?
.
.
Tempah Kuih Raya?
.
.
Tempah Langsir?
.
.
Penyeludupan Mercun?
.
.
Bantuan Lambat Tiba kepada Mangsa Banjir di Pakistan?
.
.
Dato' Lee Chung Wei Tak Berlatih di London?
.
.
Atau
.
.
MAYAT BAYI DIJUMPAI DI..........?
Yup.
Tu la issue yang tegah panas di Malaysia.
Ya Allah.
Sukar nak luahkan.
Apakah perasaan "sepatutnya di panggil IBU" disaat dia melahirkan, membungkus, mencampak,
meninggalkan anak yang tidak berdosa itu?
Apakah perasaan dia bila dia melihat berita menyatakan bayi / mayat bayi dijumpai?
"Oh, tu yang aku buang td"
"Alamak!!! Camner leh drg jumpa ni"
"Mati ke? Masa aku tinggal td elok lg"
.
.
Tak tau
Serius aku tak tau apa perasaan dia.
Cuba tengok gambar ni.
Ada gmbr close up tp tak sanggup aku nak paste kat sini. Ni pun 2 - 3x pikir nk letak ke tidak.
Sila ke sini klu nk tgk artikel penuh.
.
.
Klu diperhatikan betul2 ada najis di badan baby ni.
Tak tau nape ku terpandang y itu.
Tau tak apa yang aku terfikir?
.
.
Wahai ibu kepada mayat bayi ini..
Kalau lah anda melahirkan anak ini dengan cara yang "sepatutnya"
kat hospital Kak Misi akan datang tanya
"Baby da buang air besar?"
Tau tak itu lah yang kita tunggu.
Pengalaman itu.
Pengalaman menunggu baby buang air besar, membersihkannya.
Tau tak najis sebegitu hanya untuk baby yang baru lahir.
Bila baby kita da buang kita akan bagitau Kak Misi "DAH BUANG"
Itu sume pengalaman seorang ibu.
Patutnya baby tu td diuruskan oleh ibu.
Ditukar lampinnya bukan dibiarkan meninggal bersama najisnya.

Ya Allah.
Itukah bahagian yang diterima oleh bayi yang tak berdosa itu?
Berikan lah ibu kepada bayi ini dan semua bayi yang dibuang dan bakal dibuang petunjuk.
Berikan rasa seorang "IBU" kepadanya.
Atau sekurang2nya rasa kesian untuk seorang manusia yang tak berdosa.
Walaupun baby tu tak pandai berkata2, tak pandai nak saman di makamah, tak pandai report polis dan hanya tahu menangis tapi dia tetap seoarang MANUSIA.
MANUSIA
MANUSIA
macam kita.
Yang 1 hari nanti akan jadi macam kita.

Wahai anak bangsaku, sedarlah.
Minta petunjuk dari Allah.
Kepada yang dah terlanjur, kembali kepangkal jalan dan jangan tambah dosa membunuh pulak.
Kepada yang masih "selamat" berdoalah semoga Allah pelihara hidup kita dari sebarang kemungkaran, kesesatan dan semoga diperkuatkan iman kita.
Kepada ibu-ibu, doakan lah anak kita dijauhkan dari segala keburukan.

Balasan didunia mungkin kita boleh lepas.
Tapi Akhirat hanya Allah yang Maha Mengetahui.