Pages

Tuesday, January 25, 2011

Terkilan Dalam Dunia Breastfeeding

Terkilan.
Tiba-tiba datang idea.
Disebabkan komen dari seseorang ini.
Dalam N3 ini.

Komen beliau berbunyi begini,
Anonymous said...

help me..mslh saya no.9..
baby takmo direct
puas pujuk..baru dalam 1 week ni dia jadi camni..
before ni saya balik kerja ja, dia terus melekap..tp sekarang.. seduh sangat sebab sy memang nak sangat bfeed baby..pls help me...

Monday, January 24, 2011

N3 Blurrr

Hoooo.
Hari2 bukak blog.
Tapi hembusan ilham untuk menaip tu takder.
Fuhhhh..
Tapi hari ni gatai gak nak menarikan jari jemari ini di papan kekunci ini.
(Fuhhh.. Begitu puitis)
Tapi nak ikut irama apa?

Cik Lynd!!!
Brenti melalut.
Hapdet..Hapdet diari mama.
Kaseh sekarang da umor berapa?
(Mama harap Kaseh jawab eak - jadi mama tahu Kaseh da pandai baca)

Sok last day ku di JMM.
setalh 3 minggu bekerja secara kontrak.
Apa la nasib diri ini esok.Setelah berbincang dengan En Suami, ku mengambil keputusan untuk berhenti menghantar Kaseh ke skool.
So mama akan jaga Kaseh 100%.

Camner la nasib Kaseh sok.
Mama Kaseh ni bukan pandai jaga budak.
Mama nak lancarkan hari menjaga anak!!!

Mama harap Kaseh pandai jaga diri bila dok ngan mama nnt.

Pssstt : Mintak maaf atas kemerabaian N3 ini.

Monday, January 17, 2011

Power Pumping Ver Mama Kaseh

Akhirnya ada idea untuk buat N3 berinformasi.
Kak Lynd bayar hutang untuk Farah.

Power Pumping (PP) adalah hyperstimulation.
Yang bermaksud ransangan melampau (version sy sndr)

PP ni bertujuan untuk mengosongkan breast dan memberi signal kepada otak yang
"we need more milk"
PP ni bukan bertujuan untuk mengumpun stok y banyak sahaja.
Tetapi untuk generate the signal.

Kalau waktu mengepam y biasa kita akan lakukan selama 15-30 minit untuk
setiap sesi.
Dan selepas 2 jam kita pam lagi.

So PP version mama Kaseh adalah
10-10.
10 minit pam
10 minit break
ulang2 dalam masa 2 jam.

Kalau mama pilih time siang sbb badan da biasa dengan schedule mengepam.
Kalau mengepam malam bila time Kaseh tido, badan mama kena menjalankan 2 fungsi.
Iaitu menyesuaikan badan dgn jadual baru mengepam dan mengosongkan breast.
Pernah jd konon2 nak buat PP malam.
Breast rasa cam ada isi tapi pam tak kuar.
Sebabnya tak pernah2 den mengepam time tu so badan den ni naik heran la.

So da masuk hari ke-3 baru nampak hasilnya.
So PP ni bleh dilakukan tak kisah la seberapa kerap pun.
Mama Kaseh ni bila da susu nampak cam merudum baru la nak buat.
Antara ibu contoh sedunia adalah Kak Tini.
Bleh rujuk kat sini.
Dia buat PP bila ada kesempatan bukan bila da nak jatuh cam mama.
Betul x Kak Tini?

Farah bleh buat macam2 cara.
20-10 ke.
20 minit pam dan 10 minit break.
20-20 pun bleh.

Dalam 2 jam sebelum buat PP ni Farah minum air banyak.
Buat horliks ke, susu ke, milo ke atau apa2 la y serasi sebagai milk booster.

Bleh study kat susuibu.com pasal PP ni.
Bleh klik sini,

Dan banyak lagi.
Selamat mencoba Acik Farah.

Pssstt : Terima Kasih susuibu.com atas segala ilmu.

Survey Mengenai Breastfeeding.. Jom Vote


Ku subscribe report dari Babycentre untuk perkembangan Kaseh.
So setiap minggu ku akan dapat email mengenai perkembangan baby diumur Kaseh.
Dan ada jugak tips dan artikel y menarik untuk dikongsi.
And diz week ku terjumpa 1 artikel
mengenai breastfeeding.
Ada juga survey mengenai tabiat penyusuan dan solidfood.
Jom vote.
Saje mau tengok patern pemakanan bayi didunia.
Click2 la disini.

Dan setakt y ku gvote jap tadi,
ini lah resultnya..

Apa la Cik Lindot.
Tak nampak da.
Ok la. Result.

Yes, I breastfed my baby exclusively for six months: 34%
I breastfed my baby but introduced solids before six months: : 39%
I only gave my baby formula for the first six months: 6%
I gave my baby formula and introduced solids before six months: 21%

Pada pengamatan ku,
kesedaran mengenai breastfeeding sudah ada tapi pemahaman dan keyakinan kurang.
Cuba tengok, breastfeeding but introduce solid b4 6 month adalah paling tinggi.
Maksudnya, mereka da bf baby tapi tak confiden y susu ibu adalah cukup untuk baby samapi 6 bulan.

So, jom vote dan tengok patern breastfeeding yang sebenar.

Friday, January 14, 2011

Alamax..!!! Tercicir...

Mood ku tercicir.
Ada orang nampak ?
Tolong carikan bleh?

Emosi agak tak stabil.
Padahal hari ni jumaat.
So patutnya kena Happy!!!!!

Waaaa.
PMS kah?
Setelah setahun tujuh bulan satu hari aku tak dikunjungi oleh mybest pren ni.
Akhirnya!!!
Dia menjenguk.
Mungkin jugak.

Mungkin jugak sebab aku dapat perutusan dari seseorang yang agak mengganggu emosi.
Mungkin jugak.

Mungkin jugak ku terlampau kenyang.
Mungkin jugak sebab suami ku kata dia kena keje sok.
Mungkin jugak aku blom call mak aku hari ni.
Mungkin jugak sebab ku belum mengepam untuk 2nd session hari ni.
Mungkin jugak aku rindi mak aku.

Sah.
Memang sah.
Aku PMS.
Apa tu PMS?
Sila rujuk N3 minah ni.
Aku nak suruh En Suami ku baca blog ni sebab sejak kami kawin,
dia tak pernah bertembung dengan "best pren" aku ni.

Oleh itu, abaikan N3 meraban aku ni.


Thursday, January 13, 2011

Caricature and Kenny Rodgers

Semalam merupakan

So kami sekeluarga bermerah mak ngah ke Tesco Setia Alam,
menjamu perut yang kelaparan.

Suke Kaseh dapat makan potato sampai comot.

Terima Kaseh kepada Alyyani atas informasi anda.
Kami sekeluarga menghargainya.
Hehehehehe.

Pastukan, kami sepatutnya bergegas ke 1 lagi pasaraya lain
untuk membeli pampers Kaseh.
Sebab dekat pasaraya tu harganya murah.
Beza hampir Rm 10.00 dari harga kat Tesco.
Tapi lalu kat foodcourt tengok benda alah ni.
Hehehe.
Dengan pantas dan tuntas decide nak buat untuk Kaseh.
Tapi pikir punyer pikir, apa kata kami buat untuk kami 3 beranak, pastu framekan.
Hehehehe.
Idea menghabiskan duit mmg datang tanpa segan silu.
So bermula la mengKARIkan kami.
Hasilnya...
Tadaaaaa...
Dan pelukisnya adalah ..

Next is
me..
Tadaaaa...
Hasil kerja adik ni...
Adik???
Ku belum tua, tapi sebab ku da ada anak kira naik pangkat tapi by age and face i'm still young.
Huahuahuahua.
Budget tak sedar diri.

Papa tidak dipinggirkan walaupun ku rasa dia tak ensem.
Hasilnya..
Orang yang terpaksa bersusah payah menjadikannya sebegitu adalah..
Mamat ni lukis base on gambar kat camera je.
Sebabnya Papa kena g masuk dalam Tesco sbb nak beli pampers.
Kena la gak beli kat situ sebab sah sah pasaraya y kami nak g tu mesti da tutup time tu.
Sib baik time tu ada less.
So bezanya dalam 2 ringgit je la.
Tapi ku rasa mamat ni buat tak betul la gambar papa tu.
Cuba tengok balik.
Gambar tu lagi ensem than orang betul.
Mesti dia nak amik hati papa.
Akak mintak maaf la dik sebab adik terpaksa bertungkus lumus.
**Adik lagi**

Apa2 pun ku suke.
Nanti nak beli frame letak kat umah.

Iklan..iklan..
Dorang2 ni akan berada di Tesco Setia Alam sampai hujung bulan ni.
So sapa nak buat sila la pergi kesana.

Sapa nak dapat info direct, bleh call no dibawah.

Harganya pulak..
Jemput la datang.

Pssstt : **Ku tak dapat komisen pun buat iklan ni, saje je nak buat amal
(perlu cakap ke cik Lyndot)**

Wednesday, January 12, 2011

Update Power Pumping

Update
.
.
Update
.
.
Berikutan N3 ini
Ku ada bgtau y breast ku denyut2.
Hasilnya?
.
.
.
12 oz untuk sesi kol 10.30 am tadi
.
.
Toing
.
.
Toing
.
.
Alhamdulillah
Bukan nak belagak tapi nak kasi semangat kat ibu2 yang hampir kalah berjuang.
Yang penting usaha.
Tadi buat power pumping lagi.
Dari kol 1.30 pm - 3.00 pm.
Hasilnya 5oz.
Alhamdulillah.
Boleh la buat stok seketui.

Kepada mimi, jom sama2 berjuang.
Best of luck to all my frenzz

Power Pumping @ Clinic

Semalam.
Pas baca N3 Yana disini.
Pasal dia buat power pumping kat opis.
Terasa lak nak buat jugak.
Sebabnya ?

1. Terasa kemeruduman hasil tenusu.

Biasa pam pagi2 dapat dalam 8 - 12 oz.
Tapi sekarang nak dapat 8oz pun kena tahan nafas.
Bila next2 session ada la 3-4 oz.
So supply kat Kaseh cam ngam2 dan gagah je.

Time kat rumah ku rasa bila Kaseh nenen direct cam hasil pengeluaran tu less then ku pam.
Maybe Kaseh malas nak menyusu or dia syiok sangat main ngan mama dia.
Bila cuti lama je for the next day bila pam mesti rasa cam kurang.

Tambah lagi, Kaseh da kurang nenen malam.
Biasanya ada la 2-3 kali dia bangun nenen.
Tapi skrang skali or tak bangun langsung.
Mula2 tu rasa seronok la sebab konon2 da tak kacau tido.
Tapi lama2 terasa lak breast kurang keras time waktu pagi.
Untuk ibu y breastfeed anak ni, tanggungjawab untuk bangun tengah malam
tu tak terasa sangat.
Sebab kita tak payah nak ketung-ketang buat susu.
Cukup sekadar susukan sambil baring.
**Kagum ngan Fara y nenenkan Aiman sambil duduk walaupun malam**
Dalam keadaan mamai pun ok je.
Tambah lagi bila Kaseh da 10 bulan ni, dia da pandai cari sendiri.
Pernah skli ku selak je baju, dia y bangun melepek kat atas badan aku.
**Pemalas punyer mama**
Untungnya jadi mama y breastfeed baby ni.
Hehehehe.

2. Susu Formula akan naik harga.
Semalam lepak kat klinik.
Citer pasal susu ibu ni la.
Skli ada akak ni cakap susu formula jenama N*****
Akan naik harga nanti.
Dalam 20-30%.
Huhuhuhu.
Tambah la ku kuatkan semangat untuk tidak memikirkan option lain selain susu ibu.

3. Nak buat stok.
Ku mmg "0" stok da 3-4 bulan gak la.
On demand.
Supply dan guna.
Tengah plan nak upkan hasil n bila cuti nanti nak tambah session mengepam,
sebanya ku tak tau apa aktiviti aku pasni.
So xtau camner life aku pasni.
So amik peluang untuk persiapan di masa depan.

Kenapa ku tak buat power pumping kat rumah?
Ku pernah buat kat rumah sebelum ni, pada waktu malam,
dimana diluar pada sechedule mengepam ku.
hasilnya kurang memberangsangkan disebabkan badan kita tak sesuai
dengan jadual baru.
So bila pam malam kita kena buat 2 keje which is nak stimulate penghasilan susu dan membiasakan diri dengan jadual baru.
Hasilnya akan up selepas 2-3 x buat.
Si bila ku buat di watu biasa ku pam,
power pumping berkerje dengan 1 tujuan sahaja.

Bagaimana ku buat power pumping semalam?
Mula kol 11.00 am sampai kol 12.30 am.
Buat selang 10min.
10 min pam
10 min rest

Minum air yang banyak.
Hasilnya?
1st session

2nd session

3rd session

And so on.
Total dapat la 4 oz.
Alhamdulillah.

Pagi ni breast rasa denyut2 da.
Harap murah rezeki Kaseh.
Hari ni nak buat lagi la.

Boleh ke aku mengepam time keje?
Ermmm..
Ku da tak bz sangat in house.
Pas je aku buat power pumping ku terus g supplier.
Untuk petang aku pam kat rumah.
Alhamdullah dengan keje yang agak flexible.
Da terima Kaseh kpda Kak Zana Cik Misi yang kasi aku lepak kat klinik untuk buat power pumping.
Sambil mengepam ku tolang dia isi ubat.
Hehehe.

Wish me luck for the power pumping.

Tuesday, January 11, 2011

Hadiah Telah Di Pos

Tiba2 cam menggelabah bila baca N3 Imaan09.
Pasal hadiah y tidak dipos.
Ampun wahai kawan2.

Kepada Follower 30.
Hadiah sudah dipos semalam ye kawan2.

Kepada mimi, kak Mieja, Kak Tini dan Yana.
Mintak maaf ye atas ke alpaan diriku ini.
Dapat mungkin dalam minggu ni kot hadiah tu.

Diharap hadiah yang kerdil tu dapat membantu menceriakan hari2 anda untuk tahun 2011.
Terima Kaseh sebab sudi mengunjungi rumah keceq ku ini.

Pssstt : Kalau hadiah tak sampai dalam minggu depan bgtau eak.

Facebook Will Be End March 15th


Betul ke?
Tapi Betul jugak.
Facebook membawa 1 gelombang y besar dalam dunia ni.
Dari kawan yang zaman kecik2 dulu sampai la ke kawan yang kita tak pernah jumpa.
Ada baiknya facebook ni.

Bab silaturahim yang terputus disambung balik.
Bab making new friend tu bagi ku tak penting sangat.
Dan ada jugak yang berniaga menggunakan facebook.

Asal jumpa je, u ada facebook?
FB is the one way to know more about others.

Yang tak baiknya,
ada yang terlalu taksub dengan FB ni sampai mengabaikan dunia luar.
Ada yang pincang hubungan yang nyata disebabkan hubungan di alam maya ni.

Mak aku kat kampung pun bercakap pasal facebook.

Aku dan facebook?
Takder la aktif mana.
Bila orang asik tya u ada facebook tak?
Nak tengok gambar anak u la.
So ku bukak la.

Ngan facebook ku tahu apa adik ku buat.
Lg2 yang pompuan tu.
Aktif sangat fb dia.

Bak kata owner fb ni.
"He want his life back"
So to all my frenzzz, back to our old life la eak.
So cara nk berkongsi your life maybe melalui blog je la eak.

Psssttt : Gambar tu kecik eak?
Leh baca x?
Kalau nak file bgtau email.
Meh sy forward original email.

Monday, January 10, 2011

Cerita Tak Der Cerita



Sejak Kaseh da 10 bulan ni, da macam2 keletah.
Nak marah tak leh.
Huhuhu.
Weekend hr tu datang mood nak tangkap gambar.
Let the picture tell you the story.
Berguling2 dengan dunia sendiri kat umah nenek.
Ktrg ni kalau takder xtiviti mmg suke lepak umah MIL.
Lagi pun kat sana ramai orang yang rajin melayan kerenah Kaseh.
Dalam gambar kat atas tuk Mak Wa / Cik Wawa.
Form 2, tapi badan macam budak darjah 5.
Nik Cik Jah / Mak Jah.
Darjah 5. Y ni cool skit tapi suke baut pelik.
Ti dia tengah makan nasi impit yang di masukkan dalam plastik
pastu makan ikut bucu yang dibocorkan.


Ni Cik Uda / Mak Su /Cik Su.
As her name, means bongsu la.
manja yang amat.
Darjah 1.
Nak angkat Kaseh pun tak larat.
Kurus kerempeng sangat.

Weekend lepas takder aktiviti sangat.
Lepak kat umah je, sebab EN suami ku tak sehat.
Selsema, berbungkus dalam selimut je.

Kasehku yang suke sengeh.
Boleh tu time tido, terjaga kejap, buka mata, betulkan kedudukan kepala.
Kami da suspen takut dia terbangun terus.
Skli dia pandang ktrg, sengeh "Ngeeee" pastu sambung tido.
Ngigau tol.
Geget nnt pipi tu macam chewing gum.
Da paham istilah "kejar" dan "lari".
Kalau ku kejar dia lari cari bantal pastu hempas muka.
Risau takut salah landing je.
Kadang2 lari selamatkan diri dengan memanjat papa dia.

Sebenarnya mama xder idea nak buat N3.
Nak kena kuar ni.
Tapi montot ni rasa cam berat je.

Apa yang ku nak buat sebenarnya?
Nak g renew lesen.
Da 2 minggu mati tapi baru jeparasan.
Ni disebabkan oleh renew 2 tahun skli so der la amik kisah sangat.

Tapi nak g post office nk cocok duit dulu.
ATM kilang ni out of servise.
ni bab yang malas ni.
Nak kena singgah2 dulu.

Nak g post office nak pos hadiah untuk Follower 30 GA.
Da seminggu gak tersadai dalam kete tu.
Waaaaaa...
Maaf wahai kawan2.

Nak kena g supplier jap.
Malas tol nak keje disaat menghabiskan saki baki kehidupan kat sini.

Ni 1 hal lagi.
Orang datang nakp pasang line streamix.
Ada ke hr ni.
Orang tunggu weekend hari tu tak datang.
Hari ni baru nak datang.

Agen insuran ku ni jadi ke tak datang malam ni.
Da berapa kali da cancel.

Huuuu.
Tapi apa pun tak jadi kalau ku tersangkut kat kerusi ni.
Bangun Cik Lynd!!!!
Baik lah.
Saya nak g mengepam kat klinik dulu.
Pastu solat.
Pastu amik kete.
Gi cocok duit.
Renew lesen
Pos hadiah
G supplier
Balik!!!!

Doakan kelancaran perancangan ku.
Babai.
Terima Kaseh sebab sudi melayan saya meraban.





Friday, January 7, 2011

Kaseh 10 Bulan


Walau pun agak delay,
tapi takper.
Late is better than never.
Kaseh Melissa Lyana ku da 10 bulan.
Da besar.
Cayang anak mama.



Suke main air.
Ni gambar masa g Jeram Toi kat N9.
Suke dia main air.


Da pandai buat muka comey.
Buat muka fake crying.
Geram nak geget.

Apa yang Kaseh da boleh buat sekarang?
Dia da boleh bangun dan bendiri sendiri.
The best part is, the 1st time is in front of my eyes.
Kalau sebelum ni development dia tak boleh nak detct bila the first time.
Maybe kat skool or mybe kat rumah.
Then masa ku cuti seminggu lebih hari tu i can see it.
Sangat bangga.
Anak mama da besar.
Just tak sempat nak snap.
Sebelum ni dia panjat2 dan lepas tangan, sekarang without any support.
I'm proud of U, my Kaseh.

Best achievement boleh melangkah 2 step.
Past tu collapse.
Bila tatih dia just hold my hand, i can feel actually dia da tak fully depend on my support.
Camner la gaya dia bila da pandai jalan sok.
Mesti tak larat nak kejar.

Dia punyer bising mulut dia Ya Allah.
Suke sebut "A-Pe".
Nampak kucing - "A-Pe"
Bila kita borak2 ngan orang lain and ignore her dia pun bising "A-Pe"
Tak tau maksud dia apa. Tapi takkan la "Apa?"
Huhuhuhu.

Gigi da 6 batang.
2 bawah, 4 atas.
Gigi da banyak, dia suka makan biskut, gigit timun, carrot.
Kalau tengok orang makan dia pun sebok nak jugak.
So sekarang kalau makan kat luar kena make sure yang diorder mesti yang
Kaseh pun bleh makan.
Kalau ada timun pun jadi la.
Kalau tak dia akan mengganas.
Pastu sume benda masuk mulut.
Dan suke gigit bucu tangga dan grill.
Tak leh leka.
Nanti bunyi "krup..krup" asah gigi kat bucu tangga.

Pandai mintak angkat.
Disebabkan masa nenek ku datang hari tu, sepupu ku yang umur 9 tahun ikut skali.
Dia suke layan Kaseh.
Didokong la.
Sorong naik stroller la.
Bila da takder orang dia akan mintak angkat ngan papa dia.
Papa pun layan naik motor petang2 pusing taman.

Bila nyanyi pok amai2 dia akan tepuk tangan.
Even tengah lalok pun dia leh tepuk tangan bila kita nyayi.
Kalau time duduk tepuk tangan sambil goyang2 badan.
Kalau malas dia golek2 montot bulat je.
Hehehe.
Da pandai lambai tangan bila nak babai.
Tapi ikut mood.
Kalau datang mood dia, berdiri kat grill sapa yang lalu dia lambai.
Dalam keta selisih ngan kete lain pun dia lambai.
Sebut je babai, dia akan lambai.

Penyusuan.
Masih sama.
Ku bekalkan 16 oz ke skool.
Da pandai pilih botol.
Tukar botol lain dia taknak.
Kaseh pakai botol Avent tapi teat MAM.
Hasil tenusu ku?
Ngam2 la.
10.30 am - 8oz
1.30 pm - 5 oz
5.00 pm - 4 oz

Kaseh ni ada masalah keturunan.
Hehehe.
Rambut nipis, halus dan lambat panjang.
Ikut sapa?
Aku.
Heheheh.
Cukur masa 3 bulan.
Tapi sekarang, masih camni.
Heheheh.
Tak per la.
Janji sihat.

Sosial.
Sangat suke berkawan.
Nampak je budak lain, dia akan pandang dan buat gaya bercakap "Peh..Peh.."
Kalau dengan ngan Arfan, dia yang kejar Arfan, padahal orang tu da bleh jalan.
Kadang2 Arfan yang ajuk Kaseh merangkak.

Bersama Acik2 Kaseh.

Ermm..Apa lagi eak.
Mama Kaseh ni da dok pikir2 apa nak buat untuk besday Kaseh nanti.
Perlukan?
Lambat lagi kan?
Hehehehe.

Sangat suke buku.
Malam tadi, dia jumpa buku PAMA.
Gambar baby.
Mula2 tak perasan dia buat apa.
Skali pandang...
Ni time ni dia tak perasan lagi ku amik gambar.
Ni la gayanya.
Bila da nampak camera dia da tak senang duduk.
Mari mengganas.
Tangkap mama..!!


Panjat peyut mama yang boroi.
Dapat mama..!!
Kaseh menang.


Semoga Tahun Baru ni membawa kebahagiaan untuk kita sekeluarga.
Anyway, masa Kaseh 10 bulan hari tu which is 020111, adalah besday Papa Kaseh.
Happy Besday Papa.
Papa da tua. Da 30 da.
Diharap impian Papa akan terlaksana di dekad baru kehidupan Papa.
Walaupun kita tak kaya material, tapi kita kaya Kaseh Sayang.
I Love You Papa.

Thursday, January 6, 2011

Di Mana Energy


Hari ni.
Masuk opis lambat.
Gerak cam biasa.
Tapi jem n hujan.
Terlewat sudaa.

Nak menambah nasib kurang baik hari ni.
Nak amik beg dari kete tengok2 ada beg pam je.
Beg harta karun ku, camera, purse and diari tetinggal.
Sah tadi angkut beg skool Kaseh and beg pam je.
Sib baik hp letak dalam poket.
**Ada gak bab nasib baik**

Takder la nak merungut.
Kalau pikir balik, bukan selalu pun camni.
Lagi pun luar kawalan kita.
Allah nak jugak uji kita kadang2.
Kalau kita bagus sekarang tak semestinya bagus selama2nya.
Dan istilah "Bagus" tu kadang2 kita declare sendiri bukan dimata orang lain.
Manusia.. Bila time rasa dia "bagus" canang 1 dunia,
tapi bila time tak "bagus" mencari alasan untuk merasakan diri ini masih "bagus"
Ingat Cik Lynd, dunia ni Allah yang punyer, tiada apa yang dapat menghalang
untuk Dia menguji kita.
Rasa "bagus" itu merupakan 1 ujian.

Ku bersyukur dengan apa yang aku ada.
Ku tahu ku banyak kelemahan.
Ku mencari ruang untuk menjadi lebih "bagus"
"Lebih Bagus"?
Ouh.. tidak.
Ku tak pernah bagus so camner nak jadi lebih bagus?

Tukar2.
Dari tak bagus menjadi bagus.
**Lama2 sebut perkataan bagus membuatkan aku pening. Apa maksud bagus?**

Hehehehe.
Ku bukak facebook.
Terbaca ni.

Tak nampak la pulak.
Ku taip balik.
"Seawal 5.30 pagi, mami ni da sibuk dgn anak2, htr anak sekolah, pergi kedai, uruskan hal kedai, amik anak sekolah, balik masak, ke kedai semula, balik dari kedai, masak makan malam, lepas tu melayan anak-anak dan suami samapi semuanya tido slm pukul 10 (anak) dan 12.30 malam (bapaknya). Itu lah routinenya. Masa untuk mami tak tau nak menyelit kat mane. Hehehe:-)"

My dream of life.
Huuuu. Boleh mengetepikan diri sendiri untuk orang y tersayang.
Waaaa. Cik Lynd, Dimanakah anda?

Pssst : Mood down skit hr ni.
.
.
.
Tergendala sebentar.
Semput. Ada budak pengsan. Tolong angkat g klinik.
Katanya tak bleh buat keje y sama, nnt collapse sendiri.
Ermmmm.. Syukur sy takder penyakit.
Sakit kepala aku.
Semput.
Fuhhhhhhh
Sekian Terima Kasih.

Wednesday, January 5, 2011

Buat Apa Yang Patut Dulu

Huuu..
Tak tau nak kata.
.
.
.
Kita dahulukan apa yang PATUT / WAJIB kita buat dulu.
Yang NAK kita buat tu menyusul kemudian.
Tapi bila hati dan otak berlaga-laga mengatakan yang DIA patut didahulukan,
tu yang membuatkan kita tension.
Dengan erti kata lain apa pun tak jalan.

Ya Allah..
Berikan lah aku petunjuk.
Berikan aku kekuatan.
Berikan aku kebijaksanaan.
Jauhkan aku dari segala keburukan.
Kepada-Mu aku bergantung dan kepada-Mu aku berserah.
Amin.

Pssst : Malu dengan Allah

Tuesday, January 4, 2011

My Women Stuff

Kembali bersiaran dengan semangat baru.
Biarkan yang lepas berlalu dengan tenang.
Yang tak elok jadikan pengajaran
Yang elok boleh diteruskan dan diimprovekan.
I love 2011
.
.
Toing
.
.
Toing
.
.
Toing
.
.
Apa yang nk kongsi hari ni?
Pagi2 lagi ku masuk opis berkobar2 nak search pasal 1 product skin care yang ku baru nak coba.
Skin Care apa?
Ermmm..
Nanti la ku review lain kali kalau ku da pakai dan berkesan.
Search punya search..
Ku jumpa la 1 website ni

Best.
Selain dia review product yang dia pakai,
dia juga memberi pengetahuan mengenai penjagaan wajah dan beberapa istilah yang
sebelum ni ku tak amik port.
Contohnya, apa itu Double Cleanse, penggunaan facial lotion
dan lain2.
Ku tak habis lagi explore benda ni.
Ku suka.
Bagi orang yang berazam untuk "Having A Good Skincare" dan baru nak belajar
memang sesuai sangat la untuk ku study benda ni.
Hehehehe.
So mari belajar jadi wanita.
Heeeee.

Pssssttt : Biarpun dilewat usia 20-an masih belum terlambat untuk belajar.
Dok pikir da kena amik product anti-aging ke?
Hehehehe.
Risau jugak takut hangit2 t*** ayam.
Ganbatte Lynd.

Saturday, January 1, 2011

Tak dapat Pikir Tajuk

Dalam keadaan menenangkan diri.
Banyak benda nak conteng kat sini tapi
sume benda tu cam berebut2 nak kuar dari jari ni.
Ya Allah..
Bawak bertenang ye cik lindot.
Ok. Ku listkan 1-1.

1. Mohon Maaf Seribu Kali Maaf.
Kepada pemenang untuk GA Follower 30, harap dimaafkan segala kesilapan sy.
Sy masih belum dapat menghantar hadiah atas sebab yang sangat tidak dapat dielakkan.
**Bukan tak dapat nk elak tapi ada je aral melintang pukang menghalang laluan ku menguruskan urusan penghantaran hadiah**
Ampun sangat2. Akan ku uruskan secepat mungkin.
Sekali lagi mintak maaf.

2. Selamat Tahun Baru 2011.
Selamat Tahun baru wahai kawan2.
semoga tahun baru ni akan membawa kehidupan kita ke arah kehidupan yang lebih baik.
Apa yang jadi tahun lepas biar la menjadi kenangan dan pengajaran dalam hidup kita.
Apa azam tahun baru anda?
Diharap berjaya untuk tahun ini.
I Love U All.

3. Rindu Bersiaran
Ku tersangat la rindu bersiaran.
Rinduuuu sanagt.
Dok kat rumah sangat tak berpeluang.
laptop En Suami bawak g keje, line sellow dan takder masa.
Hari berpeluang sebab sume orang da balik. Mak dan Nenek da balik kampung.
Kaseh dan En Suami tengah tido.
Line pun berkelip2 ni.
Huuuuhhh.
Tengah pikir option2 yang boleh menyelesaikan masalah ni.
Huuuuu.

4. Berdebar.
Ermmmm.. Selasa ni start keje balik.
Selama 3 minggu.
Pas tu?
Wahhh.
Berdebar.
Rancangan ada.
Nak menjalankannya tu yang berdebar.
Taktau apa rintangan yang bakal mendatang.

Huuuhh.
Ok la kawan2.
Rasanya sampai sini je kot.
Dok berdebar.
Berdebar tak tau bleh publish ke tak N3 ni.
Babai sume.
Jaga diri leklok dan SELAMAT TAHUN BARU.
lOVE u aLL.