Pages

Sunday, January 15, 2012

Preparation For Breastfeeding

Apa yang baik dan terbaik mestilah diteruskan.
Dengan nekad dan jitu dan tegas dan tangkas,
perjalanan breastfeedingku akan bermula kembali.
So besides of others prpeparation for the baby,
mama juga prepare untuk next breastfeeding journey.

Kelengkapan.

1. Spectra Pump - DONE

Sbln/ 2bln sblm wean off Kaseh dulu ada g servis kat Histopoint.
Da guna setahun lebih baru sevise besides that pump screw suda loose so kena ganti cover sume skli.
Ok la. Sume skli Rm 80.
So everything should be in the good condition.

2. Event Manual Pump - Pending.
Hari tu kasi pinjam kat makcik so blom g amik lg.
Mmg xder niat nak jual sbb sentimental dan lengkap kehidupan kalau manual n letrik ada skli.

3. Cooler Bag, BP bag - DONE

Da siap basuh.

4. Ice pack - DONE
Ada 6 MLO Ice pack.
So ckup la kot.
Tapi dok consider Cold Man.

5. Storage - DONE
Yang lama tinggal dalam 10 lagi.
So beli lagi 20 pcs Bumble Bee.
And plastic storage lama masih berbaki.

Dok consider nak buna camner sbb dgr citer storage bag xberapa elok eak?
Nak kena study dulu ni.

Tapi dengan tekad dan keazaman nak kumpul stok banyak2 so kena cari storage method tang terbaik untuk fridge 2 pintu ku.

Dok Consider kaedah penyimpanan macamni.
Sumber dari blog Sarakids.
Mungkin space lagi maksimum digunakan.
Beku EBM dalam keadaan leper.
So bleh muat banyak keping.


6. Persiapan Knowledge mengenai BF semasa berpantang - In Progress

Sy baca di sini.
Di blog Puan Farah (SaraKids)
Dan Sini

Saya juga baca di blog http://www.diyaluna.com/diary/
Di link ini banyak yang kita boleh baca.


Pasal nak masuk keje tu kira ok la.
Da bersedia dengan jadual dan lokasi telah dikenalpasti.

So persiapan more tu macamana nak mula kumpul stok dalam pantang.

7. Checklist Persediaan EBM semasa di Nursery - Not Start Yet
Ni kira perkara baru, sbb masa Kaseh dulu mmg hanya briefing mulut je.
So untuk Adik mama nak buat list elok2 dan serahkan pada nursery.
Harap2 adik akan dapat yang terbaik dari sumber yang terbaik.
Kalau da setel yang ni mungkin mama bleh share.

Ermm.. So far ni je yang mama perlu prepare.
Bab pelaburan RM tu da setel.
Da tak banyak sebab da melabur time Kaseh dulu.
So Alhamdulillah.. Tak rugi..
Dan semoga perjalan BF kita akan berjaya dengan tiada kekesalan.

Kepada Mu Ya Allah, aku memohon.
Permudahkanlah perjalan ku dalam memberikan yang terbaik untuk amanat Mu ini Ya Allah.

Kisah 2012

Serius mood up and down nak berblogging.
Bca blog orng almost every day.
Tp nak update blog sendiri..
Ke Laut..

Mungkin sbb byk sgat nak diupdate samapi apa pun tak jalan.
So juat nak update kisah / mood skrg je la.
Malas nk korek benda yang lepas.

So da 15 hari masuk 2012.
Baru ada hati nak list down harapan untuk 2012.
Kira harapan dan bayangan apa yang akan dialami dan dilayari sepanjang 2012.

Sekarangberdebar/excited untuk menjadi ibu kepada 2 anak.
Apa perasaan?
Pembaharuan / semangat baru.
Sememangnya berkira-kira untuk beri Kaseh adik.
Supaya isu terlebih manja dan takder kawan dapat disetelkan.
So harapan mama dengan adanya adik Kaseh,
Kaseh akan jadi anak yang kuat, bertanggungjawab dan baik.

Diharap isu tak cukup kasih sayang disebabkan dapat adik tidak timbul.


Dengan adanya baby baru, mama akan jadi lebih matang, lebih bijak, lebih kuat dan lebih tangkas dalam menjalankan tanggungjawab.



Tahun 2012 juga merupakan titik penghijrahan Papa dalam career dia.
Penghijrahan yang agak besar dan menuntut pengorbanan kami dari segala segi.
Diharap ini merupakan tiket untuk sesuatu yang lebih baik.
Apa yang penting adalah kesabaran dan ketabahan kami dalam menempuh ujian sebelum mendapat ganjaran dari Allah.
Dia Maha Mengetahui apa yang dirancang untuk kita, Papa.


Tak berani merencana apa2 buat masa sekarang.
Tapi hanya mahu berikan dan jadi yang terbaik untuk semua orang.

Keluarga Kecil Kami


Separuh keluarga kecil kami..

Lagi separuh untuk keluarga besar.

Sepenuhnya keluarga besar..

Ku istiharkan tahun 2012 sebagai tahun

Learn, Improve, Establish & Be The Best





Tafsirkan..

Tak tau nak luahkan kat mana.
Nak tulis kat blog.. objective blog ini dibuat adalah untuk pembacaan anak-anak mama.
Nak tulis kat Fesbuk.. Bukan cara mama sbb rsa cam nak tunjuk perasaan kat org..
So last skli pilih blog jugak.. sbb mama nak anak-anak mama belajar dari kesilapan mama.

Hidup ni.. Bukan dalam kawalan kita.
Apa yang akan jadi esok kita tak dapat jangka.

Hidup kita juga bukan cerita cerekarama yang mepunyai fokus hanya pada pelakon utama.
Semua orang ada jalan cerita hidup masing-masing.
Semua orang ada tafsiran masing-masing tentang apa yang mereka jalani setiap hari.

Contoh.. Senyum.

Ada orang boleh senyum sepenuh masa walau apa yang bergelodak dalam hati dia.
orang sebegini kita tak dapat nak tafsir siapa dia yang sebenar.
Ada yang kata dia hipokrit..
Yeke?
Yela..Tak ke hipokrit kalau asyik berlakon je.
Nampak cam suke tapi dalam hati tu menyumpah seranah.

Tapi kalau saya kata dia kuat semangat?
Yela..dia boleh mengawal emosi dan riak wajahnya walaupun hati tak suka.
Orang macam ni dia boleh menjaga hati orang lain.

Ke dia xder perasaan?
Mungkin jugak..
Hati dia mentafsirkan sesuatu itu sama rata.

Ke blur?
Hati dia tak dapat nak proses emosi apa yang patut ditunjukkan.

Moral of da story..
Apa yang kita tafsirkan mengenai seseorang itu tak semestinya betul.
Dan apa sahaja yang apa yang kita tengok tak sama dengan apa yang kita biasa buat..
Itu tak semestinya SALAH.

Kita kena sentiasa ingat yang kepala kita adalah 1 titik kecil dalam dunia.
Apa yang kita tahu tak semestinya bermaksud 1 dunia berada dalam kepala kita.

Apa yang penting kita terima orang sekeliling dengan perasaan yang MENERIMA.
Kita tak tahu apa yang orang itu rasa..
Dan kita tak semestinya betul jika mereka berbeza dari kita.

Jika kita rasa mereka salah dan kita ada niat nak membantu?
Ermm.. Sebagai pengajaran dan peringatan untuk diri ini kesekian kalinya...

Tak semestinya apa yang kita tafsir / lihat dan rasa itu adalah benar..
Jadi biarkan sahaja..

Ampun Ya Allah..
Atas ketelanjuran hati ini mentafsir dan bertindak.
Ini menyebabkan lebih ramai yang terluka..
Akan ku biarkan dan diamkan jika itu yang terbaik..




Tuesday, January 10, 2012

@30 Week Pregnency

Plus Minus lagi 10 minggu perjalanan baby dalam rahim mama.
Mama da terlalu xcited buat persiapan.
Dari beli barang sampai la buat bantal.
Tapi this time sume kena consider 2 unit supaya Kakak Kaseh tak terasa terpinggir.
I cannot wait to see you sayang.

Tuesday, December 27, 2011

Apa Ada 2011..? Career

2011 tinggal berbaki berapa hari je lagi.
Lepas terbaca N3 Lea terasa nak review jugak la 2011 ni.
Tapi buat by category la sbb sejak mengandung ni xleh buat N3 panjang2.
Takleh fokus.

Career Mama
Selepas 4 bulan jadi kononnya suri rumah yang gagal.
25 Januari 2011 - Last Day di JVC
1 June 2011 - First Day di AL***
Sebagai Process Engineer menjaga Cold Rolling.
Industri yang berat yang dikatakan tidak sesuai untuk wanita.
(Even ada lelaki yang masuk keje 1 hari je pastu cabut sbb gerun tgok machine2 besau)
After about 6month dekat sana so far so good.
Da merasa g Korea gak la untuk training.
Aksi mama mengandung 4 bulan.

Bersama budiez di Korea Bagi dorang Engineering + Lady is tak sesuai.


Antara yang dihantar kesana

Da dapat surat kompom dan sempat la merasa bonus sipi2 sbb tak sampai setahun.
Rezeki baby ingat tak sempat merasa tapi ada la jugak.

So far ku rasa company ni ok dan nampak ada potensi untuk ku terus berjuang.
Banyak ilmu yang bleh dipelajari dan ditimba.


Target 2012
Untuk menyumbang sesuatu kepada company dan menambah nilai diri ini sebagai Engineer yang sebenar.


Saya nak test

Test..

Saturday, December 24, 2011

Checklist Baby

Rasanya bila tak tulis rasa macam tak tau apa yang nak sebenarnya.
Untuk new baby ni takder la apa sangat yang nak disiapkan.
Tapi selagi tak listkan selagi tu la tak sedar apa yang kita perlukan sebenarnya.
Ok la baby sayang, ni mama rancang untu baby..

1. Baju New Born
Papa berpendapat yang kena la jugak beli yang baru. Sian baby tak merasa barang baru.
Ok la Papa.

2. Sarung Tilam Baru dan Bantal.
Same as Papa said, masa Kaseh dulu excited cari kekabu and buat tilam sendiri.
So untuk baby mama jait sarung tilam ngan bantal yang baru.
Nanti mama cari kain jaitkan untuk baby ye.

3. Almari baby / Shelf
Da ada 2 anak ni semestinya baju pun double.
So dok pikir2 nak beli yang macamana.
So far Kaseh, mama letak dalam bakul je.
So dok consider nak beli shelf aje,
so masa dalam pantang sok susun je dalam tu letak kat sebelah baby.


4. Nursing Pillow.
Untuk BF preparation, nak merasa gak la guna ni.P
Pam sume da ada so just nak topup2 je la.

5. Storage Bottle.
Untuk baby mama nak kumpul stok banyak2 stok sebelum berkerja.
So nak tambah skit2 lg storage yang ada.
Nak guna plastic katanya xberapa elok tapi nak kena buat survey dulu.

6. Persiapan mama berpantang.
Dengan ini nak umumkan mama da pantang betul2.
40 hari pakai bengkung.
So mama nak beli 1-2 lagi bengkung sbb ada 1 je xeh recycle tak terbasuh nanti.
Jamu lak da survey ingat nak pakai NR tapi taknak beli set sbb rasanya tak terpakai kot sume tu.
So pilih je mane yang nak bila da bersalin sok, da kompom baby xder jaundis,
baru la nak beli.
Sebabnya takut jd cam dulu tak leh makan sbb Kaseh jaundis.

7. Selongkar barang Kaseh.
Ni nak kena bukak balik kotak, pilih and cuci sume.
Tapi tunggu la nanti da 7 bulan sok.T
Tapi ni pun da excited.
Heeee...