Pages

Thursday, January 19, 2012

Set Bersalin

Antara persiapan yang agak mendilemakan saat ini adalah pemilihan set bersalin.
Dilema sekarang antara

Set Bersalin Amway


Dan Set Bersalin NR


Ku listkan perbandingan antara 2 product ni.

HARGA
Amway : RM 293
NR : RM 300


KANDUNGAN
Amway
1. Herba Pembersih Wanita
2. Herba Mandian
3. Campuran Peramping perut
4. Minyak Urut Herba
5. Campuran Penghangat Badan
6. Pilis
7. Minyak Bayi
8. Teh Herba
9. Pil (2 Jenis)
10. Bengkung.

Komen:
Semua sudah dipaket 2o. So semuanya hanya untuk 20 hari sahaja ke?
Pil Amway boleh dimakan ke even anak ada jaundis?
Ada bengkung bengkung skali.

NR
1. Phytonatal - Pil
2. Uncang Cuci
3. Akar Herbanika
4. Herbanika Barut
5. Krim Barut
6. Herbanika Lulur

Komen:
Semestinya mahal dan 10 paket sahaja.
Takda Bengkung.
Even kalau pilih nak minyak herbanika, pil dan krim barut sahaja harganya dah RM250.
Nak kena beli lagi barut RM 50 so total RM 300 jugak.
Xder pilis.
Tapi pil sangat sesuai untuk orang yang sembelit dan even anak jaundis pun still bleh makan lagi.
Reviewnya mmg superb tapi harganya pun superb jugak la.

Objective :
Set yang praktikal.
Boleh diambil walaupun baby jaundis.
Penggunaan dalam masa yang panjang.
Berkesan mencegah sembelit (masalah utama ku masa 1st baby dulu)
Harga yang berbaloi.


Action Plan :
Check Review untuk AMWAY

Home Organizing - Mama Work Space

Tak boleh tido dibuatnya.
Diharap semangat berkobar-kobar ini berterusan dan project ini menjadi.
Tetapi diingatkan sekali lagi.
Objective / Moto bagi Home Organising Mama Lynd ni adalah :
Menggunakan perabot / bahan yang ada semaksimum mungkin tanpa melibatkan kos yang besar.
Heeee...

Memang kalau diiikutkan kena buat 1-1
Tapi disebabkan semangat membuak2 dan hormon yang tunggang langgang,
ku dok consider mengenai ruang kerja mama.

Coba tengok gambar diatas.

First is mengenai Lokasi :
Hanya diruang tamu dengan meja yang kecil.
Sebelum ni bila terpikir work station mestilah ada rak buku, kerusi cam kerusi ofis dan lokasi mesti lah di 1 bilik khas.
Tapi base on kata penulis blog ni dia letak kat ruang tamu sebab bila anak2 dia tengok TV ke dia still bleh join walaupun dia mengadap lappy.

Dan setelah dikenalpasti kedudukan dan ruang rumah ku,
Ruang kecil sebelah tangga adalah paling sesuai.
Still bleh tengok TV dan tidak terlalu expose ke ruang tamu.
Tapi masalahnya tempat tu tak panas situ la sbb xder excess kipas.

Meja pulak akan gunakan meje study papa yang sedia ada kat atas dan dibawa turun.
**Tapi blom dapat approval Papa**

Kedua adalah filling sistem.
Perasan tak gambar tu xder susunan file dan rak file?
Jumpa tak kotak putih bawah meje tu?
Itu adalah sistem filing penulis yang disusun begini.

Ku tak suke macam ni sebab cam susah nak cari.
Ku prefer masukkan dalam file.
Tapi idea meletakkan dalam kotak sebegitu boleh diambil kira supaya nanti tak nampak la
file yang ala2 pejabat lawyer bersusun dekat rak buku.

File da ada dan tersusun, tapi kotak belom ada.
Kriteria yang diperlukan adalah nampak cantik apabila diletakkan di kawasan awam.
Heee..

Conclusion :
1. Discuss ngan papa
2. Cari storage


Home Organizing - Look For Idea

Huis.. Serius.. Sindrom ni masih merebak lagi dalam diri.
Tapi as i mention before, it's more to mode cari idea.

Balik dari keje tadi teba2 je steriing kete terkona ke simpang Tesco.
Heeee..
Nak g MR DIY.
Kat sana dikatakan banyak barang storage yang menarik.
Memang pun.
Best jugak la kat situ, banyak barang.
Tapi dalam mode cari idea ku tak tergopoh gapah membeli.
Just tengok.. balik rumah cuba fikir kesesuaian.
**Ni mmg habit membeli aku, tengok - balik pikir - decide**
Sebabnya da beberapa kali ku rasa menyesal ngan apa yang aku beli bila aku balik.
So prinsip membeli aku, kalau balik rumah still teringatkan benda tu,
baru la ku g beli.

Tapi tersambar jugak la stationary organiser untuk meje kat opis.
Mmg dok cari pun ni.

So balik rumah.
Dok pikir apa barang ya aku belhe beli dan nak letak kat mana.
So still cari idea mode...

Tuesday, January 17, 2012

Home Organizing - Plan

Haaa.. sudah..
Addicted to the Home Organising la pulak..
Faktor2 keterjebakkan telah diterangkan sedikit sebanyak di N3 ini.

Punyer la terpengaruh..
Sampai hari ni masa training pun dok merancang apa nak buat, camner nak susun.
Sooooo... Balik je rumah hari ni,
memandangkan selasa memang ku tak masak.
**Ada pasar malam dekat ngan rumah so selasa memang hari aku cari bekalan makanan
untuk 1 minggu.**

Terus ku mulakan dengan rak buku kat hall.
So untuk stage no 1 ni ku nak kumpul dulu semua perkara mengikut kategori.
So mulakan dengan filling dulu.
Asingkan filing rumah, kereta, insuran dan surat2 official peribadi.
Memang da ada filling da juat update2 skit je.

Filling rumah papa yang simpan tapi bab payment untuk cukai taksiran, bil indah water dan penyata bank, mama yang buat.
So this time mama kompomkan mana yang da bayar dan update.

Blom susun lagi. Just asingkan mengikut katagori.
Takder la banyak sangat.

Pas g pasar, mandi, solat dan makan nasi ambeng ber-3 beranak.
Mama mulakan dengan bilik persiapan kami.
**Papa setelkan bahgian siang ikan, mama tinggal susun masuk dalam tupperware dan masukkan dalam fridge. Terima kasih papa. I love you so much sayang**

Dimulakan dengan ruang kotak2 and bag2 sepah.
Means kalau ada barang tak pakai je masukkan dalam kotak / bag.

Sume dikelurakan dan diasingkan ikut ketegori.

Antaranya kategori barang yang akan digunakan kembali 1 hari nanti, barang yang perlu dipulangkan kepada orang lain, barang yang masih boleh digunakan tapi da xnak guna (dermakan je) dan kategori yang paling besar adalah BUANG.

Pastu aktiviti dimerebakkan ke atas2 almari.
Setelah selesai dalam bilik, aktiviti diteruskan ke almari TV dan almari display diruang tamu.
Setelah diasingkkan semuanya..
Duduk dan ambil kotak kategori barang akan digunakan.
Asing pulak mengikut kategori alat tulis, peralatan komputer dan telifon, barang kenangan dan stok toiletries.
Masukkan dalam kotak2 kecik / paper bag yang muat2.
So yang ni hanya dikategorikan sahaja tp tak disusun mengikut kategori yang lebih kecil dan mengambil kira senang ambil apabila diperlukan.
Labelkan.
Mengagumkan banyak ruang yang kosong.

Ku buat sampai kol 11 malam td.
kaseh tolong bab punggah barang kuarkan dari kotak je.
Bab ni mama kena buat keje 2 - 3 kali sbb mama masukkan Kaseh kuarkan balik..
Sabar aje la.

So sekrang ni dok mengadap PC dan search mengenai arrangement dan storage yang sesuai.
So cari idea, bila da dapat tinggal susun balik je la kotak2 yang telah dikategorikan tadi.

Ko dok membelek disini.
Seronok baca2 idea2 dia.
Dan gambar2 yang menarik.
Nak kata mahal tak la tapi just idea tu membuatkan sume nampak organize.




Membelek2 jugak IKEA.
Just cari idea tapi xder la sampai nak beli barang IKEA.
Mahal beb dan jauh nak g Damansara sebab nak beli itu aje.
**Ku memang spesis malas nak g jauh2 smata2 nak cari 1 barang**
Just cari idea, than cari je kat kedai2 serbanika kat sekitar sini.
Paling jauh pun g Tesco / Jusco.

Tapi as per objective,
Keutamaan diberikan kepada menggunakan ruang sedia ada di rumah.
Soooo.. Next part of organising project ni is "Cari Idea"

**Nak snap gambar before and after tapi bateri camera flat and cable HP pulak tinggal kat opis**

Akhirnya Remove

Berat hati..
Selain kekangan mood..

Hati ini merasa berat untuk REMOVE icon Lilypie yang ini.

Hanya yang terbaik Untuk Kaseh..
Lilypie ni sepatutnya mama remove 4-5 bulan yang lepas.
**tak berapa ingat waktu yang tepat sbb kisah wean off rasa cm taknak disebut**

Tapi malam ni baru mama berjaya menguatkan hati dan minda.
Ni pun da puas mama tenung gambar ni.
Rasa berat hati nak remove tapi sememangnya tak layak da nak tempek kat blog ni.

Dan mama gantikan dengan ini.
Kaseh,
Mama sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mama.
Hanya gambar yang ditukar tapi kasih sayang, cinta dan rindu mama tak pernah berubah.
Kaseh tetap Kaseh yang sama dari saat Kaseh berada didalam rahim mama,
sampai lah ke saat ini.
Tiada galang ganti.
Tiada tukaran yang senilai dengan Kaseh Melissa Lyana..

Hak breastfeeding Kaseh mungkin setakat ini.
Tapi percaya lah sayang dan mama yakin Kaseh akan mengerti 1 masa nanti.

Home Organizing

Perkara yang berputar-putar dan berlegar2 dalam kepala mama 2-3 menjak ni.
**Actually selepas anak nak masuk 2 ni**
Dok pikir camner nak susun baju anak-anak.
So far baju Kaseh ku susun dalam bakul camni.

Sebabnya ku senang nak pilih n ambil.
Da siap lipat mengikut pasangan seluar dengan baju.
So kalau nak kemas masuk beg nursery pagi2 senang.
Tak payah pikir2 n cari2.
Cukup menyampah kalau baju tak dilipat.
Ku mudah pening bila tak jumpa pasangan.
Bju Kaseh pun tak banyak. Tapi Kalau tak basuh seminggu still cukup.

Dan almari setinggi 1.5 meter ni lak untuk letak baju gaun atau baju Kaseh yang jarang dipakai.
Sini pun tak banyak sebab kalau banyak sangat bju yang di hanger memang tak pakai la.
So bagi mengelakkan issue baju termiss pakai samapi tak muat memang ku lipat je.
Baju budak2 ni mmg tak leh ada istilah "sayang nak pakai'
Sebab nanti tak terpakai la.

Sooooooo..
Bila anak 2 sok cmner?
Bakul hijau tu akan jadi 4 kah?

Ouhhh.. Mana nak susun?
Terpikir nak tambah drawer camni..
Ada nampak kat Giant yang colorfull and sesuai dengan tema kanak2.
Lagi pun senang nak angkat.
Even dalam pantang sok pun letak je tepi tilam mama pun kira Ok lg.
Da masuk dalam Baby Preparation List pun.

Tapi setelah dimuhasahab diri dan diberi taufik dan hidayah dari Allah.
Ku terpikir.......
Tambah anak kena tambah barang ke?
Menggunakan kaeda Lean Manufacturing (Huis dasat tol)
Ku coba evaluate barang2 / perabot sedia ada dirumah ku ini,
didapati bahawa penggunaan ruang adalah tidak optimum.

Sebagai contoh..
drawer gambar diatas itu menempatkan 2 Drawer - baju basahan mama kat rumah,
1 Drawer - Stokin mama dan papa
1 Drawer - Barang2 kecil mama.
1 lagi Drawer mcam2 ada seperti bil2, cable dan lain2.
Kiranta 1 drawer dibazirkan sebagai drawer sepah.

Manakala Almari ini..
Menempatkan baju2 mama n papa yang dihanger.
1 Drawer - Baju / Suar papa yang dilipat.
1 Drawer - Juga menempatkan macam2 barang yang disorok / disepahkan.
Maksudnya 1 lagi ruang dibazirkan.

Di samping storage diatas, kami ada rak yang biasanya buat letak buku.
Ala y kita beli kat Tesco pastu balik assemble sndiri tu.
Ada 2 so, 3 x 2 = 6 Drawer.
Yang ni digunakan sepenuhnya untuk baju mama n papa yang dilipat.
**Tapi bila ditoleh2 macam still ada ruang nak improve**

Dan perasan tak semua storage diatas adalah macam untuk rumah orang bujang.
Memang punn..!!!!
Sume tu ku guna masa bujang.
Sume benda tu terletak dibilik bawah.
Sebab ktrg malas nak naik mandi n bersiap kat atas.
So sume aktiviti bersiap kami dibawah.
Sebabitu lah almari besar yang kat atas hanya menempatkan baju yang jarang / tak muat lagi pakai.
Dimana almari tu hanya 50% penuh.
Maksudnya still ada space digunakan.

Soal ruang meletakkan perabot tak timbul sebab rumah ni besar la jugak.
Still ada ruang nk letak barang.
Soalnya sekarang, apa yang ada pun tak fully used,
nak tambah barang untuk apa.
So ku decide this weekend which is coti panjang, aktiviti menyelongkar dan menyusun kembali
rumah ini akan diadakan.

Memandangkan salah satu azam 2012 mama n papa adalah,
untuk tidur ditempat yang betul..
(selama ni kami bentang toto depan TV kat bawah je sbb malas nk naik tangga)
Kadang2 berminggu kami tak naik atas.

So mama bleh la susun atur baju kami kat almari atas.
So kat bawah bleh guna untuk Kaseh and baby.
Kalau kompom tak cukup baru consider nak beli perabot baru.

1 hal lagi aku ni jenis kalau xpakai masuk kotak.
Sebab tu rumah ni banyak storage box.
Ruang bawah tangga pun ada lagi kotak2 yang dilabel.
Sebabnya orang spesis malas nak mengemas ni berfikir..
lagi kurang barang lagi kurang sepah lagi kurang mengemas.

Blom citer lagi bab dapur.
Pinggan ku letak cukup2 untuk kegunaan kami.
Pinggan nasi 3, pinggan lauk 4, pinggan sambal 2.
Mangkuk 2, besen pun setiap saiz ada 1 je.
Rak pinggan kecik je.
Orang malas ni berfikir lagi.
Lagi besar ruang, lagi banyak barang boleh letak, lagi malas nk basuh pinggan mangkuk.
So pinggan kena dari jenis yang sama so baru senang nak susun.
So ku mmg xsuke letak pinggan/ gelas yang dapat persuma tu sbb saiz macam2 so nak susun pun susah.
**Jangan salah faham semua pinggan mangkuk ku beli kat kedai serbanika, murah2 tapi syaratnya kena sama saiz / jenis**

Bekas2 plastik plak yang biasa ku guna untuk letak barang mentah untuk disejuk beku,
lepas pakai n kering terus cari partner penutup, terus masuk almari dapur.
Sebab tu jugak ku tak suke simpan bekas plastik aiskrim tu, klu ada pun adala 3 ketul yang sama jenis supaya bila susun dalam fridge bleh muat2 je.
**En somi selalu marah sbb ku suke buang barang2 peri**

Citer ruang tamu plak.
Lantaiku hanya berlapikkan tikar buluh RM 30.
Sebab ku spesis malas nak menyapu.
So bila lantai lapang aje kerja menyapu dan mengemop lebih senang.
Tak payah nak gulung2 ke apa ke.
Sbbnya kami mengemop rumah setiap minggu dan kadang2 klu da kritikal sgt malam pun mop.
Biasa la anak kecil comot kami itu.
Atas prinsip malas nak melarang, ku memang biar je Kaseh makan comot pun
**Part of learning process**
so lantai kami akan selalu kotor.

Ruang tamu kami hanya ada 1 rak buku almari display dan almari TV.
Pun tidak digunakan sepenuhnya.
Contohnya ini..

Hanya 2 tingkat atas yang digunakan.
Asalnya 2 tingkat bawah ku susun mainan Kaseh.
Tapi papa tak tahan asyik kena kutip je, papa dengan kejamnya masukkan sume mainan dalam bakul n sorokkan.
Yang tinggal 2-3 ketui je.
Kaseh ni pantang nampak mainan dalam bekas sume nak dicurahnya.

Dok consider nak beli rak untuk play corner Kaseh,
tapi bila tengok almari ni tak guna sepenuhnya pun,
terus tak jadi nak beli.

Ruang atas lagi la.
2 bilik memang ada tilam je dan kosong je bilik tu.
Master bedroom ada katil, almari, meja mekap dan meja komputer.
Ruang tengah memang kosong dan berabuk.
Sampai org streamyx datang pasang cable dulu tanya rumah ni mmg xduduk ke.
Ku iyakan aje..
Tp as per mention azam tahun 2012 kami nak gunakan ruang dirumah kami ni sepenuhnya.
Bagi mengelakkan isu ada yang 'menumpang'

Jangan salah sangka..
Saya bukan orang yang organise..
Tapi saya orang yang pemalas.
Prinsip saya lagi kurang barang lagi kurang kerja mengemas.
Kalau tengok barang yang ada pun tak tersusun so kurang barang kurang susun.

Soooo... Memang next project nak menyusun atur rumah ini supaya setiap ruang digunakan sepenuhnya tanpa melibatkan kos tambahan.
Kena siapkan sebelum baby kuar.
**Ini lah gunanya terlibat dalam dunia manufacturing ni banyak kaedah boleh diapplikasikan di rumah**

Seronok baca N3 Pn Pijot pasal organise ni.

Begitu juga tengok gambar disini..

Monday, January 16, 2012

Kaseh's Favourite Book

Ku percaya dengan kaedah pengajaran pada usia bayi.
Ada tips yang menyatakan even dari dalam rahim lagi kita da bleh bacakan buku.
Tapi tu la..
Tau je la tip tu tapi nak mengaplikasikan tu susah la.

Macam kes Kaseh..
Dia dikategorikan senang nak ajak baca buku.
Dia suke belek buku, kita sebut dan dia ikut.
Ku tak pernah guna flash card.. Macam malas.

Buku Kaseh ada 2 je.
Dulu buku A, B, C dengan gambar 1 per satu..
**xtau da buku tu kat mana da**
Guna sampai lunyai jugak la.
Even bila tunjuk gambar pun Kaseh da boleh sebut gambar apa.

Buku terbaru Kaseh adalah ni..

Beli bulan Oct tahun lepas.
Kenapa ku pilih buku ni?
Gambarnya menarik.
Combination number n huruf.
Ada story pendek2 utuk setiap huruf.
Katakan la hurul L for Ladybug.
So story adalah pasal lady bug.
Even sekarang Kaseh still ku tak bacakan cerita tapi bleh guna di masa depan.

Sekarang Kaseh suke tengok gambar / object,
dan sebut.
Even kalau kita sebut A, B, C .... Z pun Kaseh bleh ikut.
So i'm thinking of nak ajar muqaddam / Alif, Baa, Taa.
Nak kena cari buku ni.

Berbalik kepada cerita buku favourite Kaseh ni.
Page favourite dia adalah..

A for Animal.
Ku sebut Kaseh sebut dan tunjuk.
Yang kelakar bila OCTOPUS.
Kaseh asyik sebut Op-Po-Tus.
Da berbulan asyik dok sebut Oppotus.
Sudahnya malam tadi.
Kejadian ini berlaku.

Mama : Oc-to-pus
Kaseh : Op-po-tus
Papa : Op-po-cot
Kaseh : Ukann..!!
Papa : Habis tu ?
Kaseh : Op-po-tus

Aduhai.. Pecah perut mama gelak.
Awak marah orang tapi awak pun tak betul Kaseh ku.

Kalu kira lak.. Kaseh da bleh kira dari 1 sampai sepuluh dengan sendiri.
Especially bila naik tangga.
Bila dia naik tangga dia akan kira setiap 1 - 10 dengan sendiri.
Kira kagum jugak la.
yang ni mungkin dia dengar kat skola orang mengira.
Tu yang papa cakap..

Kaseh blom 2 tahun da tau kira..
Mama umor 2 tahun apa tau?

**Eleh.. Papa pun sama**

Rumah mama dulu atas tanah..xder tangga nak kira..

Target nak jar Kaseh Alif..Baa..Taa and Al-Fatihah.
Dok ajar Twinkle2 la, If You Happy la.. Old McDonald la..
Ajar al-Quran kan lagi bagus..
**Baru sedar diri**