Pages

Wednesday, May 8, 2013

Tak nak pakai baju Pemantin

Anak dara 3 tahun saya ni. 
Sekarang pagi-pagi mintak mandi sebelum pgi sekolah.
Then mama suka la.
Boleh melawakan anak pagi-pagi.
Rasa macam antar anak g sekolah.
Jenuh la si emak ni cari baju lawa2 and toncet macam-macam pesen.


Berbaju kurung di pagi jumaat.

Dah lawa-lawa tapi berbotoi susu.
Tak cun la.


(Camner nak stop bottle feeding ni)

Kadang2 dah 5 hari dah tak tau nak pakaikan baju apa pagi2.
Mesti lah kalau dengan mama nak kena melawa kan?

Masih ingat baju ni?



Baju yang maksu beli untuk majlis nikah
Baju ni Kaseh panggil baju pengantin.

Kaseh tahu nanti kita akan balik kampung lagi untuk majlis kenduri maksu.
Soooo.. baju ni dia tak nak pakai sebab nak simpan pakai untuk kenduri nanti.
Saya tak suka simpan baju budak2 sbb kalau tak sedar nanti bila nak pakai dah tak muat.
So saya memang suka pakai je baju2 anak lawa2.

Tapi bila saya keluarkan je baju ni mintak dia pakai mesti dia jerit suruh simpan balik
"Simpan balik baju pemantin. Kaseh nak pakai pegi kenduri"

Jenuh la nenek pun pujuk kat telifon bagitau yang Nenek dah jait baju lain untuk kenduri.
So baju ni boleh pakai.
Tetap tak makan saman.
Aiyakkk... ini macam punyer budak pun ada ka?
Kaceh ohhhh Kacehh..

Camni lah bila di minta senyum.

Tuesday, May 7, 2013

Kisah Anak-Anak

Dah lama betul tak cerita pasal anak-anak.
Bila nak mula je rasa tak tau nak mula dari mana.

Anak-anak mama yang tengah baca blog mama ni mesti tertanya-tanya apa pekembangan diri sendiri bila dah hampir setengah tahun 2013 berlalu.
(Dah May? Cepatnya)

Ok lah cerita Kaseh dan Awatif.
Dah pandai beraktiviti bersama.
Samada adik buli kakak, kakak buli adik or anak-anak buli mama.

Ini salah satu hasil kerja Kaseh.




Sang adik gelak je la.
Yang tak tahan sang kakak gelak sambil cakap 
"Mama, tengok muka Awatif pink"
Mula-mula tak dapat tangkap.
Esoknya baru terfikir.
Tau la adik dia gelap sikit, bila disapu bedak, kelabu lah dia.
Itu yang dipanggil "PINK"

Antara aksi Awatif sekarang adalah suka baring kat perut Kakak.

Kakak suka la sambil buat suara kasih sayang 
"Apa Awatif ni manja Kaseh, tak malu."
Tapi dengan suara yang lembut dan kasih sayang.
Suke mama dengar.

Ermmm..
Sayang Kamu Berdua.


Suka bila Papa cakap "Tengok la keje 2 beradik tu"
Suka istilah "2 beradik"
Tak tau la.
Terasa cam comel sangat istilah tu.
Tak pernah guna tapi bila papa tersebut buat mama senyum sorang2.

Celik Momz Jun 2013

Assalamualaikum.

Saya nak ajak rakan-rakan join



Saya dah register.
Siapa yang berminat boleh tengok sini.
Jom jumpa kat sana.
Saya dah lama sangat tak join program-program macam ni.
Tak sabau pulak.
Nekad jugak join walaupun lone ranger.
Jom kawan-kawan.

Friday, May 3, 2013

{Sticky Post} Give Away : Perlancaran Blog Hidupku Rumahku Terurus

At Last.
Saya sudah ambil keputusan...
Untuk mewujudkan blog khas organising.
Yang diberi nama..



Jika last week saya baru ambil keputusan untuk stick to 1 blog, but after a few discussion with my friend, do some researh, saya ambil keputusan untuk mewujudkan blog tersebut.

Sebenarnya blog ini masih under construction dari segi Layout dan Template.
Tapi dari segi isi kandungan dan entry saya sudah mula keluarkan satu persatu nanti.
So abaikan dulu wajah blog itu.
Just hayati entry-entry yang sangat gelojoh saya keluarkan.
Tak sabar jari ini untuk menari di keyboard berbanding melayangkan mouse untuk design layout.

Dan semua entry adalah fresh dari ladang.
Maksudnya project-project terbaru in progress.
Entry lama Home Organising di blog Kasehku-Hidupku akan kekal disini.

So sebagai acara launching blog Hidupku Rumahku Terurus,
saya nak anjurkan simple Giveaway.

Caranya adalah :

Jadi follower blog Hidupku Rumahku Terurus
(Itu sahaja)

2 Cara Pemilihan Pemenang 

Kategori Pertama :
1 pemenang akan dipilih daripada 10 follower terawal.

Kategori Ke-2 :
2 pemenang akan dipilih dari semua jumlah follower yang terkumpul sehingga tarikh tutup.

Tarikh Tutup :
3 May 2013
11.59 pm

Pemilihan pemenang adalah menggunakan kaedah Random.org

Hadiah..

3 x Set Container dari Cosway
(Sorry xder gambar, kalau ada gambar saya add lagi)

So apa lagi. 
Jom jom follow Hidupku Rumahku Terurus Beramai-Ramai

My 3 Years Old Kaseh ber Alfatihah


Salam Jumaat yang berkat.
Jom layan Kaseh baca Al-Fatihah


Thursday, May 2, 2013

Apa nak buat dengan voucher RM100

Bagi meraikan pencapaian company mencapai 3 Juta Jam kemalangan tanpa hilang masa. (Betul ke nama tu?)
So semua pekerja dapat Tshirt dan Vaucher Jusco RM 100.

Dulu masa capai 2 Juta jam pun sama.
Dapat Tshirt and vaucher 100.
Masa tu beli stroller Awatif.
Just tambah duit lagi seratus lebih dah dapt stroller elok sikit la.

Untuk kali ni xtau nak beli apa.
Saya memang jarang shopping jusco.
Sebab xtau nak beli apa selain dari barang special need.
Contoh macam seluar pregnant dulu saya beli kat Jusco.
Kalau beli kat butik2 khas untuk ibu memang mahal amat.

Takkan lah saya nak beli barang2 keperluan rumah?

Ada 2 pilihan samada saya beli je barang yang kecik tp boleh dapat banyak barang.
macam hanger ke, baju anak-anak ke.
(Kat jusco baju budak xder yang murahnya. paling murah pun Rm 30 kot)

Atau beli barang besar dan tambah duit skit, 
macam cadar ke, almari ke.

Erm.. tengok la nanti.




Haisss.. Dapat benda free pun xtau nak bt apa.

Wednesday, May 1, 2013

It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO

 It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO

Musim Giveaway melanda lagi.
Tapi kali ni GA menarik-menarik semuanya.
Terbaru GA yang dianjurkan oleh Creative By Two.




Design yang menarik bagai mencuit-cuit jiwa.
Alangkah indahnya kalau boleh dapat free.

So yang lain meh join beramai-ramai.


Saya Tag