Pages

Wednesday, June 4, 2014

Kisah Gelang Nikah

Fokus.
Bukan apa..
Bila banyak benda nak cerita, jadi tak tau nak tulis yang mana dulu, 
sudahnya close.
Pastu tak jadi update.

So saya nak fokus 1 cerita je.
Cerita si gelang nikah.
Antara barang kesayangan.
Nama pun gelang nikahkan.
Takkan ada beberapa jenis lak.
Mesti 1 tu je.

Walaupun dikatakan "kecik macam janggut udang" dek tukang urut kat kampung aku.
Tapi tetap disayangi sebab dengan titik peluh suami terchenta.

Setiap emas yang ada ditubuhku ini semuanya ada cerita walau sekecil mana sekali pun.

Ceritanya.. lepas raya tahun lepas (2013), di opis, ku perasan yang gelang tu dah xder kat lengan ni.
(Punyer la kecik sampai tak perasan)

Masa tu mmg blur tak tau bila kali terakhir tengok.
Dok fikir mungkin kat katil, jatuh time tido.
Dalam hati "percaya" gelang tu masih ada.

Balik rumah tak cakap banyak (masa tu bonda ada), terus naik atas kemas katil.
Cari celah-celah tilam, bawah katil semua-semua la.
Takder jugak.
Cuba fikir balik. 
Last ingatnya masa raya 2 minggu lepas ada lagi.
Dan since that macam-macam benda dan tempat dah ku pergi.

Masuk kebun cari durian kat Pahang.
Masuk mill pit R1 bersihkan scrap.
Macam-macam lah.

So redha.
Tapi hati kata masih ada. 
Dan mengharap.
Bagitau bonda.
Tapi tak bagitau en Suami.

Sooo.. masa berlalu.
Termasuk jugalah kejadian banjir kat R1 yang menyebabkan mill pit bersih dan licin.
Masa tu terfikir, ada tak orang jumpa gelang tu.

Takper la.
Redhakan aje.
Sampailah 2 bulan lepas.
Dalam bulan 4 kot.

Bonda dok rumah ku.
Pagi dalam kol 10, bonda call.
Dengan suara mengah.
Dah cuak dah.
Ada kejadian apa kat rumah.

"Mama, nenek jumpa gelang mama"
Macam blur.

"Nenek jumpa kat mana?"
"Dalam longkang"
"Longkang mana"
"Longkang depan rumah ni"

So syukur.
Masih tak dapat true story lagi dari bonda.

Balik tu bonda cakap yang dia tengah sodok sampah dalam longkang.
Pastu lumut and pasir tu tak boleh nak angkat sebab tersangkut.
Macam ada "benang" dok tarik lumut2 tu turun balik.
So bonda tarik la "benang" tu guna tangan.

Tu yang biji mata bonda besau tu.
"Ehhh.. ni gelang mama yang hilang tu kot"
Bonda masuk dalam rumah cuci ntah berapa kali.
Sebab gelang tu dah dekat setahun kot dalam tu.
Ada minyak itam semua.

Syukur.
Kalau difikir logik memang tak logik.
Dari camner gelang tu boleh ada kat situ.
Kenapa gelang tu tak dibawa arus.
Longkang tu longkang luar rumah kot.
Hujan ribut taufan, gotong royong, atapi gelang tu dijumpai disitu.
Camner nenek terfikir nak tarik pakai tangan.

Semua tu kuasa Allah.
Kunfayakun.
La haulawalakuwwataillah billah..



Dah gi polish dah gelang tu.
Dan melekat balik ditangan.
Tapi masih ada sedikit phobia.
Takut kejadian berulang lagi.

Sekian Terima Kasih

Monday, June 2, 2014

Random Story of why I love My Kids

Assalamualaikum.
Lama betull tak update cerita di sini.
Kadang-kadang teringin sangat nak macam dulu.
Setiap aktiviti dengan keluarga di update terus.

Tapi tu la.
Kekangan.
Banyak benda tak update disini.
Tapi di FB selalu juga update.

Ok anak-anak mama.
Miss lots of your story here.
And also my beloved Awatif just delete a folder of 3++ pictures.
Love you Awatif.



Ermmm.. Mula-mula ingat nak citer pasal benda-benda lepas.
Tapi macam tak fresh.
So barang yang lepas usah dikenang.
Heeee..

So nak cerita pasal sekarang dan masa depan.
Wahhh..

Yeee..
Sekarang..
Sekarang saya terlalu ingin nak WAHM.
Dok rumah.. tengok anak sambil menjana pendapatan.

Kenapa sekarang?
Sebab anak-anak dah besar.
Dan saya rasa mereka sangat menjadi kawan saya.
Saya gembira mereka jadi kawan saya.
Dan mereka happy bila saya melayan mereka.

Kaseh.


Secara tak sedar..
Dia adalah sangat pandai menghargai sebagaimana dia suka dihargai.
Dia pandai ucap "Terima kasih mama, belikan Kaseh ni.."
"Terima Kasih mama bawak Kaseh jalan-jalan"
Sebut pasal terima kasih and mulut manis ni teringat Zakwan, anak Nad.
Zakwan dan Kaseh sebaya kot. 
Membesar sama2 di alam maya.
Ada sekali Nad sebut yang Zakwan cakap "Terima kasih mama."
Masa tu Nad belikan dia apa ntah..
Saya terus terfikir.. bestnya dapat anak yang "manis mulut".
Pandai Nad ajar anak.

Tapi sekarang Kaseh pun pandai menghargai.
Pandai Mama ajar anak.
Hehehehe..

Dan dia juga pandai minta "seronok" dengan mama.
"Mama jom kita main gelak2 macam semalam"
Buat saya terfikir, dia sangat suka/menghargai/ingat aktiviti seronok kami.
Itu membuatkan mama lagi dihargai.

So Kaseh buat mama meronta-ronta untuk spend masa dengan Kaseh lebih lagi untuk mama lebih dihargai.

Awatif



Haaaa.. budak ni..
Sampai bila-bila akan buat mama tak keruan.


Senyum dia.. 
Mata dia..
Selamber dia..
Lembut dia..

Boleh buat mama cancel semua program..
semata-mata nak gentel budak ni..

Ayat yang paling buat mama rasa nak gam pipi dia kat idung mama
"Atif nak mama je"
"Atif nak eluk ama"
"Atif nak sikit boleh x?"

Lemah lembut tutur katanya.
Buat hati mama cair.

Menguruskan mereka berdua diwaktu pagi memang menyenangkan.



tapi pikir balik ada bagus jugak mama keje dan mereka gi sekolah.
Kalau tak memang tak gi sekolah la dorang.
Sebab mama asik nak berkepit je ngan dorang.
Home schooling atas katil la nampaknya budak2 ni ngan mama.

Memang random habis..
Sebab apa yang terlintas tu yang di taip.
I love you kids.



Thursday, May 29, 2014

Rina Ellisa: SUMBANGAN IKHLAS HATI ANAK SAUDARA KU MUHAMMAD IZZ...

Rina Ellisa: SUMBANGAN IKHLAS HATI ANAK SAUDARA KU MUHAMMAD IZZ...: Hi & Assalammualaikum.. Info awal sakit Izz Rizzqi, boleh baca kat SINI .. Anak saudara saya memerlukan kos pembedahan anggaran R...

Friday, March 28, 2014

Awatif Si Bulan Terang Dah Nak Masuk 2 Tahun

Awatif oh Awatif
Mama tak tahan..
Bila melihat mu ku jadi sasau..

Manjanya yang amat..
Kelatahnya yang amat..

Kenapa panggil bulan terang?
Hikhikhik..
Perasaan ni mama sorang je yang rasa.

Bila nak tido kan..
Mama tidur tengah2..
Nanti Awatif mintak "elok" (Peluk)

Bila Awatif peluk mama kan..
Mama pejam kan..
Mama dapat rasa kehangatan dan cahaya depan muka mama..
Bila mama buka mata..
Tengok adik menyengeh dalam samar cahaya lampu..
Wahhhh.. part ni mmg paling tak tahan..
Memang tak jadi tidur la..
Memang adik mama kerjakan guling-guling..
Sebab tu mama jarang sangat tidur mengadap adik..
Dah puas kerjakan adik..
Nak tidur betul2 mama akan ngadap tempat lain..
Kalau tak memang tak jd tidur..

Sebab tu bed time story kami jadi 1 jam.
Kadang2 sampai roboh katil mama, kakak dan adik berguling sebelum tido.
Papa?
Biasa ngadap tv la time tu..
Besttt oooo..

Sapa yang pernah tidur ngan bulan?
Mama je..

 Sengehan mu memanah hati ku..


Sengeh pagi hari dia adalah seperti membuka tingkap yang menghadap pergunungan di pagi hari.



Menyegarkan.
Menenangkan.


Ouhh Awatif..
Walaupun rengekan mu buat mama rasa stress tapi sengehan mu pengubatnya.

Ouhhh Awatif..
Mama sayang kamu..
Kejap je dah 2 tahun dah kamu.


Sekian sahaja luahan hati mama untuk bulan terang mama ni.

Ouhhhh.. Rasa nak balik..


Monday, February 17, 2014

Kaseh Go To School

Dikira Event besar mama, papa, Kaseh and even Awatif.
Setelah decide memang nak hantar Kaseh ke Tadika Pintar Sayang, semua urusan register selesai dan ambil uniform.





Mama punyer sengeh sepanjang perjalanan balik sebab tak sabar nak tengok ekpressi Kaseh.
Kaseh ada mimik muka khas bila dia malu atau excited.

Dah sampai rumah harus lah excited nak fitting.
Awatif sekali naik dengan "Atif unye aju aghu"


 Tengok la tu..
baju sukan gedobos pun dirembatnya.
Awatif.. Si Bulan Terang




 As Expected reaksi Kaseh.
Tapi tak berjaya snap gambar.

Tapi adik masih yang paling sibuk..
Si Bulan Terang..




Bangun pagi esoknya terus pakai baju 1 set siap kasut.
Hari ahad anak-ku.
Kasut tu nyaris nak peluk tidur malam sebelumnya.


Ni First Day.
Dihari kejadian sebenar.
Eksen je naik basikal tu.
Mama antor naik didit dengan papa.

Awatif?
Nanges la..
Ada 2 sebab.
Sebab hantar naik motor biasanya hari cuti tapi hari tu hantar gi skolah lak.
sebab lain apsal dia sorang je yang turun.
Kakak Kaceh dah skolah lain.

Ni gambar masa dorang beratur.
Gambar ni salah sorang parent y stay and amik gambar and share kat group wassap.


Ada yang nanges gak.
Tapi nasib Kaseh Cool sebab dia memang excited nak g skolah baru.
Lagi pun kawan-kawan masih yang sama.



baju sukan sementara. 
Pakai setiap selasa.
baju sukan yang macam Awatif pakai tu terbesar sangat.
So kena tunggu dulu baru dapat saiz.

Tapi ada 1 perkara yang buat mama rasa sangat "respect" 
ermmmm.. ke terharu..
ke sayang melimpah ruah or apa2 je la..
Yang pasti mama terlalu sayang ngan Kaseh.

Sebelum tu bila citer pasal sekolah baru dia mesti berkira2 dengan perkara yang dia nak beli untuk skolah baru.
Baju baru..
Kasut baru..
Stokin baru..
Beg baru..

tapi tak..
Beg baru mama xbeli, sebab rasa macam tak perlu.
Beg lama masih elok.
Plus beg yang mama dapat dari company pun cute jugak warna pink and oren so mama xbeli la.

So masa pagi bersiap gi skolah..
Kaseh macam baru teringat "Eh.. mana beg skolah baru Kaseh"
Then mama explain la..
"Tak payah beg baru lah.. kita beli nanti lah.. beg kaseh elok lagi"

Then this part yang paling buat mama rasa macam...
tak tau what should i feel..

Kaseh ambil salah 1 beg yang company bagi, warna pink, then dia cakap
"yelah, beg ni elok lagi, baru lagi"
Ohhhhh.. anak 4 tahun..
Menerima explanation ibunya dengan sangat terbuka.

Ini lah beg yang dia pilih.
Terasa mama macam useless.
This big event dalam hidup kaseh pun i nak berkira.
Waaaaa... Tapi letak tepi dulu perasaan tu.
Bukan anak yang nak kena didik mak pulak yang lebih2.

Apa-apa pun..
Good Luck Kaseh..
Mama Love You..
Belajar rajin-rajin ye.

Bulan terang mama pun mama sayang.

Saturday, February 15, 2014

Mama minta maaf anak-anak

Assalamualaikum..
Anak-anak mama.

Terima kasih pada aunt Hani
Yang wassap mama..
bertanya khabar..
Sebab dah lama tak update cerita disini.

Dan buat mama tersedar..
Harta peninggalan mama yang satu ini ketinggalan.
Banyak cerita gembira yang patut mama share disini..
tapi i missed that.
Sorry Kaseh dan Awatif.

Malam ni mama transfer gambar dan cuba flashback beberapa kisah sepanjang beberapa bulan ini.

Terima kasih lagi sekali kepada Hani.
Tanpa sapaan anda saya mungkin terus lalai.
love this keajaiban hubungan alam maya.


Tuesday, December 3, 2013

Frozen Anna Dan Puteri Salju... Memang Best

Selain ini merupakan filem pertama dan pengalaman pertama anak-anak menonton wayang,
Ini merupakan movie mama yang pertama selepas 3 tahun 10 bulan berpuasa menonton wayang.
Last movie yang saya tengok "The Wolf" masa mengandungkan Kaseh 8 bulan.




Berdebaunya mama nak g tengok movie ngan budak umur 3 tahun 9 bulan dan 1 tahun 8 bulan ni mengalahkan orang nak g interbiu.
Sebab tak tau apa nasib.
Adakah saya perlu keluar meninggalkan Papa dan Kaseh sebab Awatif meraung atau boring atau takut.

Tanya2 orang yang biasa bawa anak kecil masuk wayang.
Antara tips, gi time nap mereka supaya masuk je dalam tu dia akan tertido.
Bawak susu, selimut, stokin demi untuk keselesaan baby.
(Awatif kira baby lagi ke?)

Plan tengok kol 9.25 pm.
Beli tiket online supaya dapat pilih sit yang terbaik iaitu sit paling tepi supaya senang nak keluar masuk.
Sudahnya maghrib tu Awatif tido.
Mungkin sebab tengahari dia tido tak lama.
Dah mula risau buatnya dia meragam.

Tapi pemikiran papa optimis.
Dengan harapan dia cukup tido, makan and minum dia takkan meragam.

Kaseh excited bukan main sebab nak tengok wayang.
Padahal apa kebenda wayang tu pun dia tak tau.
Kaseh oooohhh Kaseh.

Pendek citer,
Orang yang paling melopong watching the movie is AWATIF.
Sambil makan popcorn.. menyuap ke mulut.. mata tak toleh kiri kanan.
Mama just pastikan supply popcorn di tapak tangan sentiasa cukup.

Kaseh.. Diam sambil malu2 bila cuit dia.
(Kaseh ada special mimik muka bila dia malu)

Bila dah nak habis2 tu dia sibuk bersesi "kenapa"

"Kenapa Anak (Anna) dia sakit?"
"Kenapa kakak dia lari?"
"Kenapa tangan dia biru?"

Ok.. She's learning..

Anyway the best part and hikmah about this movie is the sisterhood..

Kaseh dah start bahasakan diri dia KAKAK.
Kalau tak asyik Kaseh je sampai Awatif pun panggil nama je.

Apa-apa pun movie ni memang best.
Animasi yang cantik..
Lagu yang best..

Makcik kasi 11/10..