Pages

Friday, October 24, 2014

Salam Jumaat

Tempek gambar budak yang akan digentel esok..
 

 
Yeayyyyyyy.. Happy weekend..

Thursday, October 23, 2014

Sindrom Ibu Hamil or Wanita 3 Series

Today is my besday and i can't wait to finish this day.
heeeee...
tak tau la..
sebab mood mmg swing ke..
tak suka org wish happy besday..
haaaa.. cptlah berakhir wahai hari..
so please don't wish me anything today..

Wednesday, October 15, 2014

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Lagu Sheila on 7...
Nama belog yang aku selalu follow jugak..
 
Tak tau la pembawakan budak ke.. houuuusss... statement menyalahkan lagi..
jiwa kacau..
 
 
Masa depan..
Agak kurang kekuatan untuk fikir masa depan.
Hidup setiap hari hanya untuk menyelesaikan urusan hari ini..
Itu pun tak sempurna..
Even tak boleh pikir untuk hari esok.
 
 
As simple as "Lipat baju hari ini supaya esok senang nak kemas beg nursery esok"
soooo.. rela mengais baju dari longgokan baju untuk cari 2 pasang baju anak untuk letak dalam beg nursery.
 
haaaaaa...
kena cari kekuatan dengan Dia..
tak guna mengadu sana sini kalau dengan Dia kita buat-buat tak nampak..
Alahai...
 


Monday, September 29, 2014

Syukur



Alhamdulillah.
Allah membuat percaturan terbaik.
Hanya rasa Syukur yang ada dalam jiwa ini.
 
Terima kasih Allah.



Monday, August 4, 2014

Raya Paling Best 2014

Assalamalaikum.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin Semua.
 
 
Kebali bertugas dah hari ni.
Bersemangat.
Mungkin sebab puas beraya.
In other words puas bercuti.
 
Seminggu yang digunakan sepenuhnya.
 
Tahun ni turn raya kat rumah Nenek Felda dulu.
Tak kisah sangat sebab lepas raya cuti panjang ke rumah Nenek Kelantan.
Sabtu sebelum raya tu pun masih kerja.
Ahad je balik pagi2 rumah Nenek Felda sebab nak tolong2 masak.
Tido kat rumah sebab dekat je..
Just Kaseh je yang ditinggalkan dari hari sabtu sebab nak dapat feel raya.
 
Papa demam.
Malam raya mama ke Econsave sorang2 sebab nak cari barang2 untuk masak kat rumah Nenek Kelantan.
 
Malam raya tu Kaseh ikut balik sebab rumah nenek blackout.
Heeee.. Masuk kete terus pengsan.
 
Pagi-pagi raya gerak balik gi rumah Nenek Felda.
 
Dan ini keluarga besar kami.
 

 
Bukan main lagi pengantin lama tu peluk2 dikhalayak ramai.
 


 
Keluarga kecil kami.
Atif ni.. sibuk ngan botoi cucu dia.
 
Sellow pulak nak upload gambar lagi.
 
Nanti lah sambung citer lagi.
Ni kira part 1 lah.
 
Heeee.. jangan mareeee..
 
 
 

Tuesday, June 17, 2014

Ceria Pagi Bersama Kaseh dan Awatif

Assalamualaikum.
Cerita anak-anak waktu pagi.
Since Kaseh da tadika, memang pagi-pagi Kaseh kena mandi and pakai baju sekolah la.
Tapi satu ketika dulu..
Dari nak kejut, buka baju, siram, pakai baju sampai ke masuk kete macam mimpi ngeri bagi mama..
Hahahaha..

Macam2 alasan dan ragam liatnya nak bangun.
Sejuk la..
Ngantuk la..
Siap di tanya kenapa kacau dia tido.
Hamboi.

Adik pulak seboleh mungkin saya taknak kejutkan sebab 1 hal pulak nak uruskan 2 budak.

Tapi saya silap.
Selepas beberapa kali kakak mengamuk kat katil sampai adik terjaga.
Bila adik jaga kena mandikan dan siapkan kedua-duanya.
Rupanya itu lagi senang.



Bila adik bangun kakak pun bangun la.
Kalau tak ada je alasan dia, "nak dok kat rumah nanti dia jaga adik la"

Adik.. kalau dia bangun ceria aje..
eluk-eluk.. iyum..iyum.. ajak turun mandi senang je.

Cuma yang tak tahan tang dia gedik-gedik tonggekkan bontot sebelum pakai pampers tu yang rasa nak gigit.

So sejak tu, rutin pagi memang akan kejut adik dulu.
Kacau adik dulu.
Bila kakak dengar dia bangun la.
Bahagia mak.


So i'm having a very good start every morning.
Mandikan.
Pakai baju ni ikut mood anak-anak.
Ada angin dia nak toncet.
Gini la jadinya.




Bila hari dorang nak pakai tudung.



Ada hari yang nak pakai stokin.


Bahagia sangat.
Jadi mak ni pun tak kisah la sampai opis lambat pun.
Janji dapat bercanda dengan dorang dulu.
Lambat pun takder sampai lepas 8.30 am.

Love both of you.
Sayang kamu berdua ketat2..




Thursday, June 5, 2014

6 Hijau 1996 SKCE - Kerana Pokok Sena

Kerana Pokok Sena.

Ermmm.. tak tau mana nak mula.
Ok.

Saya suka pokok sena.
Even pernah buat entry masa musim bunga sena tahun lepas.


Then tahun ni musim tu datang lagi.
Beberapa kali saya upload kat FB pasal sawan pokok sena ni.

Sampai ada blogger siap komen kat FB yang perasan kesukaan saya kat pokok ni.

Ni antara gambar-gambar pokok sena kesayangan yang di upload.






Sampai lah satu hari, wassap yang jadi penyebab segalanya.


Wassap dari kawan zaman kanak-kanak.
Rohana Saad.
Wahhhhh.. nama penuh aku letak Ana.
Dia antar gambar pokok sena.

"Untuk mu Ngah..huhu"

Aduihhh.. nasibaik dia kat perlis.
Kalau dekat-dekat memang aku gi cium dah.

Apa yang seronok sangat?
Yela. 
Giler tak sawan mak bila kawan y jauh disinun antar gambar bunga y ko suka.
Maksudnya dia ingat kita.

Terlalu seronok makcik snap shot terus up kat FB.

Part seterusnya aku dah tak faham.
Things happened so fast.

Begin with the snapshot,
kawan-kawan seangkatan dengan aku and Hana mula komen.

Long (Fairus)
Baiti
Rusydina
Sabariah
Pudin
Main sahut menyahut kat komen.

Makin lama makin berkembang.
Tu keje Long aka Fairus aka  Ketua Darjah.
Kumpul punyer kumpul hampir nak cukup 44 orang semua ahli kelas dikumpulkan melalui FB dan wassap.

Fairus admin group wassap
Kerana Pokok Sena - SKCE

Everything happened less then 48 hours.
Dasat tol dorang kumpul geng.
Korek habis-habisan.

Part paling tak tahan Fairus siap buat sketch kedudukan dalam kelas.
Dan part paling sedih aku tak ingat aku dok ngan sapa.

Laju berdesut wassap.
Rasanya dekat seminggu kot yang trafik tinggi je.
Bayangkan ko tinggal hp ni 1 jam Unread Message boleh cecah 1000.
Memang tak daya nak baca kalau ko tgl ko kejap.
Memang skip la.

Part yang tak tahan bahagian mengilai sengeh2 sorang2.
Mak aku pun naik heran.

Baiti siap cakap tak jadi keje.
Bos jeling.
Tapi Baiti ni ibu mithali, dia layan bila siang je. 
Malam memang diam dia.
Family time.

Mc Da siap left group lagi sebab tak tahan dia nak audit tp edicted kat group ni.

Rusydina - seawal kol 5.30 pgi dah mula siaran.

Pudin - Ada je memanjang. Aku pun heran dia takder keje lain ke.

Long / Fairus - masih bertindak sebagai ketua darjah. Mengawal topic supaya tak sesat ke laut.

Saiful - Bini dalam pantang memang ke laut je la topic dia.

Norihan - Cikgu ke Sabah sana.

Noriman/ Ime : Dari zaman skola aku memang tak tahan ngan dia.
Asik buat lawak je.
Tapi apsal skrg ko cun melecun?

Hajar - Geng hoki dan nasyid.
Kecik comey budaknya. Ehhh.. mak budak.

Gee - Rupanya dia dok kat area rumah aku je. Tapi tak pernah jumpa lagi. 
InsyaAllah ada jodoh kita jumpa.

Duwe - Yang ni kejenya menulis je la.

Sabariah - Abang dia ensem ooo.. Ehh.. dia bukan sekadar kawan kat sekolah. Tapi kawan main pondok2 kat rumah nenek.

Ana - kawan teristimewa dihati ku.
Kalau pasal Ana ni 1 entry pun blom cukup.

Pengsan makcik nak sebut semua.

Apa-apa pun Group Wasssap Kerana Pokok Sena memang fenomena sekarang.











Sorry kalau tak sebut semua.
Kepala dah jem.
Anak dok ajak main.

Kalau rajin makcik up lagi.

Kerana Pokok Sena - SKCE