Kenapa saya memilih breastfeed?
Bukan ke susah?
Banyak nak kena pikir..
Schedule pam..
Pam yang sesuai..
Tempoh penyimpanan EBM..
Berapa banyak stok EBM..
Cukup ke bekalan untuk esok..
Fridge penuh.. nak kena beli deep fridge..
Susu da krg kna makan milk booster..
Klu nak kuarkan susah..nak kena selak2 baju..
Berlambak2 blog citer pasal BF..
Siap ada support group lg..
Klau FM xder pun..
Benda senang.. Tak payah support pun..
Huis susu da habis.. Kena g beli..
Nak kuar bwak je 1 beg ngan air panas dan FM bancuh je la..
Kan senang...
Tapi kenapa Susu Ibu Juga Pilihan Ku?
Ni list ku masa mula2 ku memilih untuk BF.
Masa tu tengah pregnant 6 bulan :
(Susunan mengikut keutamaan)
1. Nak jimat kos, klu FM 2rts gak sebulan. Ngan duit nursery lagi.
2. Nak kurus cepat!!!!
3. Nak cepat pulih masa dalam pantang sebab bf menggalakkan pengecutan rahim.
4. Perancang keluarga yang free sbb tak period dalam masa terdekat.
5. SUSU IBU SUSU TERBAIK.
Perasan tak?
Susu ibu terbaik tu jatuh no 5.
Duit jatuh no 1.
Bila ingat balik sedih betul dan rasa bersalah pun ada ngan alasan aku tu.
Tapi tu duluuuuuuu.
Sekarang..
The only one my reason is :
I want to give the best for my baby.
What is the best?
Of Course.. BREAST FEEDING!!!!
Sbab2 lain tu kira bonus la.
Tapi pikir2 balik kira ok gak la what ever reason pun "tercetus" rasa itu kat hati ni.
Besar kuasa tuhan.
Dan bila da memilih untuk BF macam mana palak nak maintain rasa itu.
Ada banyak sebab yang boleh membantutkan misi bf ini.
Antaranya adalah disebabkan "KATA ORANG" :
1. Susu tak cukup
2. Baby tak kenyang
3. Baby senang berjangkit penyakit ngan anak.
4. Bondanya susah nak makan sebab takut anak kembung.
5. Bondanya nak makan ubat takut effect baby.
6. Nanti anak tak bleh berdikari.
7. Nanti anak tak pandai makan klau lambat kasi makan. 6 bulan tu lambat sgt.
8. Nanti anak tak nak menyusu ngan botol.
Antara alasan diri sendiri yang menyekat untuk terus BF adalah :
1. Nak beli pam mahal la.
2. Keje la cmner nak bf.
3. Kat tempat keje tak leh pam.
4. Malas la nak pam2 bagai ni. Menyusahkan.
5. Ada lagi ke org Bf zaman skrg ni?
6. Susah la nak kuar2 nanti nak kena selak2 baju. Lucah..
7. 8. 9. 10..........1001.
Banyak la alasan dan penyebabnya.
Kalu nak seribu daya taknak seribu dalih.
Kenapa ku memilih BREAST FEEDING :
1. What else that better than SUSUIBU?
Ku sayang anak ku. Ku tak mampu nak beli baju mahal2, bilik cantik untuk anak yang ku boleh kasi adalah nenenku yang free. G cari jauh2 nape...
2. This is the only one my quality time with my beloved daughter.
10 Jam berada diluar rumah.
Tidur 6 jam
Balance 8 jam untuk masak, kemas rumah or lain2.
Sebok kehulu ke hilir tiba2 anak nanges.
Apa buat?
Paham2 la bahawa anak kita berkata,
"Mama, duduk la sebelah Kaseh"
"Kaseh nak pandang wajah mama"
"Kaseh da lupa berapa banyak jerawat kat muka mama. Dok sini Kaseh nak kira"
"Kaseh nak mama borak ngan Kaseh"
"Kaseh nak mama duduk dan rehat la kejap"
Ini semua bleh dilakukan masa kita susukan permata hati kita.
Time tu la dapat belek2 anak kita.
"Laaa da panjang rupanya bulu mata anak Mama"
"Huis ada nyamuk gigit Kaseh la"
"Oooo kuku Kaseh da panjang. Patut la da bercakar muka tu."
"Da beca da anak mama ni. Kaki da terjulur kuar dari pangku mama"
** Dan dan rindu kat Kaseh**
3. Hak anak kita. Apa hukumnya mengambil hak orang?
Selalu kita tengok kat drama2 telebesen yang bila mak marah dia akan cakap
"Aku tak halalkan susu yang ko minum dari ku"
Tau tak. Tanpa anak itu susu ibu takkan ada.
Itu adalah hak dia.
Kenapa plak ibu nak cakap halal tak halal.
Ni aku pernah dengar ceramah yang bgitau ibu tak boleh cakap camtu.
Dan banyak lagi sebab secara klinikal dan saintifik yang belh dibaca diblog orang lain.
Hehehehe..Punya la pemalas nak taip
Oleh itu..
Kepada bakal2 ibu @ ibu yang tengah servey barang terbaik untuk anak ini lah yang terbaik.
SUSU IBU.
Bagaimana untuk make sure agar kita terus bersemangat nak BF anak kita.
1. Baca manfaat susu ibu dan hari2 recall dan bisikan dihati kita. Supaya kita tidak mudah lupa.
- 2. Bergaul / berkawan dengan rakan seperjuangan.
3. Elakkan dari ada option ke 2 cam FM.
Klu ibu baru jangan mencuba FM so kita tak dapat nak bandingkan apa yang senangnya FM dan apa susahnya BF.
4. Jangan rasa riak dengan apa yang kita ada.
Maksudnya jangan nak banding2kan anak ko minum apa anak aku minum apa.
Tuhan maha Kaya. Bila2 masa Allah bleh tarik balik "kelebihan" yang kita ada.
5. ALLAH MAHA BESAR DAN PEMURAH.
Berdoalah. Mintalah. Rayulah. Hanya pada Dia kita bergantung.
**Nukilan tak formal dari pengalaman dan bisikan hati sendiri**
Klu nak formal bleh baca kat blog2 lain yang mmg bnyak support ibu menyusu.
3 comments:
Hahahahaa.. Panjangnya N3 ni..
hahahaha.........ngalah n3 akak!!!
wahhhhhhhh...cayalah...suka bila baca..teruskan usaha anda kay..
Post a Comment