Pages

Monday, December 6, 2010

Blues Tahun Baru

Sok
1 Muharam 1432 H
Lagi 25 hari
1 January 2010 M

Biasa la.
Da masuk tahun baru mula la nak review kejadian tahun ni
dan merangka aktiviti dan matlamat untuk tahun depan.
Tahun depan bakal menunggu adalah satu anjakan paradigma akan dilakukan.
Sekarang ku berada di zone selesa.
Da telampau selesa sampai there is no passion on life.

Fuhhh.
Nak mencabar diri sendiri dan mengenal kemampuan diri.
Keputusan sudah diambil.
Restu sudah diberi.
Everything is on myself.

Jangan kesal dengan keselesaan yang ditinggalkan.
Jangan mengeluh dengan kesukaran yang dihadapi.
Kesusahan adalah permulaan untuk sebuah kesenangan.

Hijrah.
Zaman Rasulullah dulu orang berhijrah meninggalkan Kota Mekah ke Madinah.
Meninggalkan rumah dan keluarga.
Tapi mereka beribadah secara bersembunyi ditindas.
Menghadapi cabaran semasa keluar dari Kota Mekah dan menghadapi cabaran penerimaan penduduk madinah.
Hasilnya..
Madinah menjadi sebuah kerajaan Islam yang Kuat.

Hidup ini ada 3 fasa.

Keselesaan
Kesukaran.
Kejayaan.

Keluar dari zon selesa menghadapi cabaran dan kesukaran dan hasilnya sebuah kejayaan.

Aku bakal meninggalkan zon selesa.
Cabaran menunggu didepan.

Ya Allah,
Kurniakanlah aku hati yang tabah.
Permudahkan lah segala urusanku.
Jauhilah aku dari mala petaka.
Kepada-Mu aku berserah dan bertawakkal.
Aminnnn..


2 comments:

baincardin said...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

mimi said...

salam maal hijrah. Good Luck!