Pages

Saturday, January 28, 2012

Kaseh Buat Air Mata Mama Bergenang..

Bukan air mata sedih.
Bukan air mata marah.
Bukan air mata kecewa.

Tapi air mata "gembira"
Syukur..
Bangga..
Mengharap..

Mungkin terlalu awal untuk mama menilai Kaseh.
Sangat awal.

Tapi mama nak Kaseh tahu,
perjalanan rasa mama terhadap Kaseh.

Dalam minggu ni, berlaku aksi berebut telekung.
Asal mama nak solat je Kaseh nak "ayam" (sembahyang)
Sebelum ni takat ikut je.
Tapi skrg dia pakai telekung dan sembahyang sndr.
Dengan gaya qiam, ruku' dan sujud baring.
2-3 rakaat da siap.
Air mata mama bergenang.

Syukur dengan kebijaksanaan hamba Allah yang 1 ini.
Mengharap Kaseh akan terus menjadi anak yang beriman.
Walaupun Kaseh tak tahu kenapa kita kena solat, apa maksud solat,
tapi cukup la buat masa sekarang yang Kaseh tahu kita kena solat.

Sejuk ati mama bila asal basuh tangan kat sinki je,
Kaseh buat aksi amik wudu'.
Basuh muka, Usap Kepala, cocok telinga.
Kaseh tak tahu maksud itu semua, jadi menjadi tanggungjawab mama untuk menerangkanya secara berperingkat.

Sebentar tadi,
Kaseh dok golek2 nak tido da,
tiba2 dia angkat kepala sebut "Quran"
Sebelum ni tak kira la azan ke, bacaan alQuran ke, zikir ke semua dia sebut "AZAN".
Dalam kete skrg mama mmg pasang bacaan alQuran amalan2 semasa mengandung.
Dan kat rmah pun ada mengaji skit2.
Dan tiap kali mama mengaji Kaseh akan amik buku lain dan duduk sama2.
Tak pun dia cari pen buat jadi penunjuk.
**Serius ku katakan ini ku rasa apa yang dia tengok kat skolah**

Tapi tadi lepas dia sebut Quran, dia terkedek2 datang kat pangku mama.
Mama skrg jarang dok kat lantai sebab xlarat nak angkat perut.
Bila di sofa senag skit nak bangun.


Mama bacakan al-Fatihah.
Dia boleh baca serentak dengan Mama walaupun pelat.
Setiap patah perkataan tu ada bunyi yang betul dan ditempat yang betul.
Untuk kali pertama ku rasa cam tak yakin.
Ku try 2-3 kali.
Dari Bismillah..
Alhamduilllah...
Sampailah ke
...waladhoolin..Amin..
Ku baca "serentak" dengan dia bukanlah dia baca sendiri.

Tapi itu sudah cukup buat air mata mama bergenang lagi, sayang ku.
Mama sangat yakin yang 70% adalah dari apa yang Kaseh belajar dari skolah.
Mama terus SMS papa.
And salah seorang Ummi..
"Umi. Kaseh pandai baca al-fatihah sampai habis, wlupun pelat. Sy xtau nak ckp apa ummi. Terima kasih je la u semua ummi"

Ummi reply ..
"Alhamdulillah. Sama2 kita didik ya bu. umi didik dekat taska ibu dkt rumah. umi da anggap budk2 dekt taska cam anak umi. Kaseh mmg dapat tangkat apa umi taska ajar walaupun dalam bahasa Kaseh"

Walaupun bunyinya agak klise bagi semua pengasuh,
tapi ku dapat rasa keikhlasan.

Ya Allah..
Ku bersyukur atas nikmat rasa ini.
Ku bersyukur atas kurniaan kebijaksanaan ke atas hamba-Mu ini.
Ku pohon semoga Engkau berikan aku petunjuk dan juga kebijaksaan dalam memikul amanat-Mu ini kearah menjadi hamba-Mu yang beriman.
Aku hamba-Mu yang hina dan kerdil tidak mampu memikul amanah-mu tanpa petunjuk dari-Mu.

**Nukilan ini hanya la sebagai catatan diari seorang ibu kepada anaknya satu masa nanti.
Supaya dia tahu perasaan ibunya dalam membesarkan dia. Walau apa pun keadaan dia semasa dia membaca entry ini, ibunya ingin dia tahu yang dia pernah buat ibu rasa bahagia**


No comments: