Pages

Tuesday, July 31, 2012

Kakak Kaseh dah sihat

Semalam kisah Awatif, hari ni citer Kakak Kaseh.
Entry sebelum ni ada bgtau y Kaseh tak sihat.
Tapi ada beberapa episod lagi selepas itu which is i don't want to bring up the story.
Biar la ia berlalu dan hanya berdoa yang Allah terus berikan kesihatan yang baik kepada Kaseh dan kami sekeluarga.
Kejadian itu sangat memberi kesan bahawa kesihatan adalah yang terpenting.
Dan bila da jadi ibu kita akan lakukan apa sahaja demi anaknya.

Sejak sihat, Kaseh tersangat ceria sepanjang masa.
Bila nampak je kereta mama sampai di nursery,
terus dia berlari ke pintu sambil menjerit 
"Tu mama Kaseh"
Buat rasa bangga sebab saya nampak she very happy to see me.
Dah lama juga riaksi sebegitu terhenti satu ketika dulu.

Menyanyi sepanjang masa.
lagu feveret saya untuk suruh Kaseh nyanyi adalah :

Lama-lama terbang melata.
Isap madu, cium bunga,
Terbangnya cantik warni-warna,
Tapi cayang idup tak lama.

Lama-lama read as Rama-rama.

Saya tak pernah dengar lagu ni dimana-mana.
2-3 kali dia nyanyi baru saya dapat tangkap patah perkataannya.
Kaseh pelat ok di usia 2 tahun 5 bulan ini.
tapi saya rasa inilah lagu kanak-kanak paling sedih.
Sebab ia menyebut mengenai kematian.
Walapun hanya kematian rama-rama.

Rasanya lagu ni panjang lagi kot sebab kadang2 dengar jugak ayat
"kepompong pecah keluar rama-rama'
nak find out la the actual song dengan pengasuhnya nanti.

Selera makan?
Kussss semangat.
Bulan puasa ni dia makan sama bila berpuasa.
dari segi portion i think it's normal if the last meal the she get is during lunch.
But i think nursery give minum petang also.
but...
1 malam tu da buka puasa dengan nasi ayam suku bungkus,
sebelum tido belasah nasi setengah senduk dan seekor ikan keli.
lauk yang sepatutnya jadi lauk sahur mama nanti.

kadang-kadang, sebelum kami berbuka saya suap dia makan dulu.
mmg feveret kaseh ikan goreng ngan sayur brokoli.
And recently memang dia suka makan bersuap,
kalau tak nak makan dili (Sendiri)

Mungkin masa dia kurang sihat dulu dia sangat takder selera so sekarang dia nak recover balik la.
Apa-apa la anak.
Janji sihat.

Da pandai request makan.
Mama, nak...
Kodok (cekodok jagung)
Ici (KFC)
Sate
Nasi Ayam.
Pish (ikan)
Kuli (Brokoli)
Nasi lemak.
Jagung.
Kopok (keropok lekor)


Datang angin xnak bergambar dia,
saje je xnak pandang camere.
Ingat diva?
Gaya seorang diva ke ni?



Tengok tu.
Saje je pandang tempat lain.
Penat mama sengeh.

Seee?

Cobaan mengambil gamabr ber-4 gagal.

Mama ni tak habis lagi ke?


Dapat pun gambar kakak.


Tahap kesepahan rumah tidak dapat dikawal lagi sejak Kaseh pandai mintak tukar-tukar baju.
Jika mama pakai kain dia pn sibuk cari skirt.

Anak ohhhh anak.
pening macam mana pun mama menguruskan kamu,
tapi kamu berdua adalah anugerah terindah dalam hidup mama.

Monday, July 30, 2012

Awatif 4 Bulan

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa di hari yang ke 10.
Blog ini terbiar.
Tiada sebab..
Tapi seperti biasa mood lupa beli tiket balik dari bulan.
Bila tiada mood so datang la alasan lain, 
tiada idea, tiada masa dan sebagainya.

Ok.
Back to topic.
Awatif 4 bulan sudah.
Terasa lambat bila nampak angka 4,
tapi terasa cepat bila terfikirkan yang dalam 2 bulan lagi Awatif willl ready for her solid food.


Di usia 4 bulan sudah boleh meniarap dengan senangnya.
Tapi posisi feveret still mengiring.

Sudah pandai repond to toys.
Sudah mula nak grap toys bila dihulurkan.

Awatif juga tahu yang dia ada Kakak.
Suke bila kakak berlari keliling dia.
Dia akan ikut pandang.
Sudah mahu berkawan.

Masa entry ini ditulis,
Awatif demam sikit untuk kali pertama.
Pakej dengan selsema.
Da g check Doktor,
paru2 clear just risau risiko bronchiolitis.
And baby tidak akan diberi ubat selsema ye ibu-ibu.
Pengambilan ubat selsema kepada bayi boleh meningkatkan risiko sawan terutama jika diberi dalam masa yang lama.
So just continue breastfeed and monitor demam.
The best thing pasal BF ni kita tak payah fikir pasal sukatan susu atau tahap kebersihan susu.
Klu kita beri FM, Doktor akan nasihatkan untuk cairkan sedikit susu jika anak batuk dan tahap kebersihan air dan botol perlu diambil berat.

So Awatif sayang.
Get well soon ye.

Breastfeed.
Masih sama.
Pernah tanya nursery 12 0z cukup untuk Awatif?
Ada pengasuh yang cakap tak cukup.
So start that saya bekalkan 15 Oz.
Last friday minta bawa balik susu lebih sebab satu tu Awatif tak ke nursery.
And sama seperti dahulu, pengasuh pulangkan 15 Oz.
Katanya Awatif kadang tak kuat menyusu.
Nasib baik nursery berikan yang frozen dulu yang chill digunakan kemudian.
So rezeki Kaseh la dapat guna susu ibu yang dimakan bersama corn flakes.
Kellassss Kakak.


Sudah agak selesa untuk outing dengan sikecil ini.


***Apa-apa pun Mama mengharapkan anak-anak mama membesar dengan sihat.
Dan Allah memberikan mama petunjuk dalam mendidik anak-anak mama.**

Thursday, July 12, 2012

Pengurusan EBM ke Nursery

Assalamualaikum.
Entry berinformasi.
Saya nak kongsikan bagaimana saya menguruskan EBM Awatif ke nursery.
Saya mengamalkan pengurusan EBM secara optimum.
Supaya Awatif menerima khasiat susu ibu seoptimum mungkin.

Bagaimana?
Apa maksudnya?
Ok.. begini..

Awatif perlukan 10 - 12 Oz sehari di nursery.
Disebabkan saya sudah packing EBM antara 5-7 oz untuk 1 plastic liner,
so saya perlu berikan 2 plastic liner sehari.

So bagi memastikan Awatif mendapat khasiat yang optimum dari susu ibu,
saya akan setkan 1 plastic liner (6 oz) adalah EBM yang saya pam sehari sebelum atau pagi sebelum sayapergi kerja.
Dan 1 lagi plastic liner adalah frozen EBM.

Saya pastikan yang Awatif masih memperolehi susu ibu yang fresh dan bagi mengelakkan stok frozen melapuk saya berikan juga yang frozen 1 plastic.
Kalau kita kasi sepenuhnya yang frozen khasiat tidak optimum.
So kita kena pandai adjust la.

Cara saya uruskan.
Sebelum tidur saya rendam frozen EBM dalam bekas yang berisi air paip begini.

Kalau guna botol pun prinsip yang sama juga.
Tapi kebaikan plastik liner adalah EBM cepat cair.
Even kalau terlupa nak cairkan sebelum tido, 
bila bangun tidur pun masih sempat.
Setengah jam pun da cair.

 Saya hanya hantar EBM ke nursery hanya dalam bekas begini.

Sebab jarak nursery mmg terlalu dekat.
So tak perlu isi dalam cooler bag.
Tapi pastikan kita masukkan EBM ni last sekali sebelum kita keluar rumah.
Jangan lak masukkan dlam beg siap2 baru gi pakai tudung bagai.

Bagi mengelakkan frozen EBM terekpired,
cara susunan EBM dalam freezer juga penting.
Bagi pengguna fridge 2 pintu macam saya ni,
penyusunan dalam fridge sangat penting supaya kita tak tertinggal EBM yang sudah terlalu lama dan memastikankita boleh susun EBM semaksimum mungkin.

Ini cara saya menyusun EBM di dalam fridge 2 pintu saya.

Cara saya susun supaya tak tertinggal tarikhnya adalah.
Bagi yang dalam bekas biru tu adalah separuh dari bulan awal JUNE.
Yang beratur cantik tu yang awal bulan May.


Bagi yang ini pulak.
Yang bawah bulan April (harus dihabiskan secepat mungkin)
Dan yang atas adalah bulan July.
Yang dok menyewa di rumah mertua ku lagi da kompom habis April.
So ada yang May dan June sahaja disana.

Sebelum ni saya pernah bekalkan 15 Oz ke nursery sebab nak cepat sikit habiskan frozen April.
Tapi bila hari jumaat saya nak bawak balik susu sebab Sabtu Awatif xgi skolah,
nursery pulangkan balik yang saya bekalkan hari tu 3 plastik.
Rupanya yang hari2 sebelum itu memang tak habis.
So tak boleh jadi.. Nanti drg kasi susu frozen pulak.
udahnya saya kasi ngam2 12 Oz.

Satu keburukan guna disposal plastic liner ini adalah kita tak dapat tahu kegunaan anak kita sebab platik itu dibuang.
Klu botol kita boleh tahu berdasarkan botol yang dipulangkan.
Tapi nak pakai botol malas nak membasuh dan space penyimpanan tak maksimum.
Heeee.

Ok ini sahaja perkongsian ilmiah kita hari ini.
***Tiada unsur menunjuk disini, harap tiada yang salah sangka, seikhlas hati sekadar berkongsi tips, harap maaf jika ada yang tersalah sangka**



Wednesday, July 11, 2012

Kisah Ibu Beranak 2

Kisah isteri dan ibu yang beranak 2.
Mengenai perubahan secara fizikal, pergelutan emosi, ketangkasan minda untuk menyelesaikan tanggungjawab.

Sejak beranak 2 ini ada beberapa perkara yang jika dulu tak amik kisah tapi sekarang sangat concern.
Yang tak faham tu kenapa anak 1 dulu tak rasa begini.

1. Bentuk badan


Kagum betul ngan Rita Rudaini.
Anak 2 tpi tengok perut dia.
Tak tau la naper dalam ramai2 terasa kagum dngan dia pulak.

2. Penjagaan Wajah.

Macam tak percaya sejak habis pantang saya berjaya mengikut rutin penjagaan wajah yang basic.

Cleanser - Toner - Serum - Moisturizer - Sunblock - 2 way cake compact powder

Kalau dulu bedak baby je saya tempek kat muka.

3. Stamina
Sangat penting selain saya kena energetic pada waktu pagi sebab saya nak g kerja.
Tapi saya kena kekal energetic bila balik rumah supaya perlu menguruskan rumah tangga lak.
Kalau balik da lesu mula la memikirkan suntikan caffeine.
Buat masa sekarang saya sedang berjinak-jinak nak minum madu setiap pagi supaya saya bertenaga.
Skarang ni too much depend on caffein.

4. Sendi
Waaa..sangat takut bila "Aduh sakit lutut" "Sakit pinggang"

5. Kesihatan.
Dah mula risau mengenai darah tinggi, diabetes, gaut dll.

Mungkin disebabkan kesedaran yang umur yang semakin meningkat.
Jika tidak dijaga sekarang akan memberi kesan bila umur da meningkat.

Anak baru dua.
Kecik-kecik lagi.
Mereka perlukan saya dalam waktu yang panjang lagi.

Suami?
Graf lelaki berkadar songsang dengan wanita.
So kena beringat la.

Bulan depan ada annual check up.
tak sabar nak tunggu result.



Tuesday, July 10, 2012

Awatif Si Tenang

Awatif sudah lebih 3 bulan.
Nk cerita sikit pasal si tenang ini.

Si tenang yang suka terkelip-kelip pandang mama.
Lepas tu menyeringai keluar gusi.
Tidak kira masa.
Terjaga sebab poopoo tengah malam pun sempat menyengeh lagi.
Tp bila dia buat muke selambe pun mama rasa macam nak terkam.

Masih tido di baby cot dengan lenanya.
Hanya pukul 6 pg sebelum saya bersiap nak ge kerja saya kejutkan untuk nenen.
Tak pernah tergambar yang saya memiliki tidur yang tenang  selepas ada new born.

Kalau dia nak tido dia tido je,
tak perlu dinenen atau di dodoi.

Kalau dibiarkan baring sendiri sudah tak boleh diletak atas tilam kekabu atau tilan yang tinggi.
Lebih selamat dibaringkan atas toto.
Sebab..
Dia boleh bergerak dengan lajunya ke lantai.
Gerakan ulat terbalik.
Kalau atas tilam kekabu nanti kepala dia boleh terhempas.

Okkk.. Diusia 3 bulan ada adegan susah pakaikan pampers.
Sebab gerakan  ulat dia tu la.
Kaki menolak bontot naik ke atas.  
Dan menjadikan tugas memakaikan pampers mencabar. 

Sudah boleh meniarap walaupun tak lancar.
Suke tido mengiring.
Awatif selalu buat mama kancing gigi sebab muka tenangnya seakan-akan melambai minta dikacau.
Mama boleh habiskan masa sejam semata-mata untuk merapu meraban mengerjakan Awatif.
Kalau nak buat keje, please la jangan pandang dia.
kalau dipandang memang tak jadi keje lain.

Kadang2 timbul rasa kesian kat Awatif.
Sebab ketenangan dia, selalu terbiar baring sorang2.
Bila mama pandang tengok dah terlelap sendiri.

Anak baik ini memang pencetus hormon adrenalin mama.
Boleh hilang pedoman bila tengok dia.
 


**Kasih sayang saya melimpah ruah sejak ada anak 2.**

Ibu Alam Semulajadi

Bukak blog macam biasa.
Dan terperasan ni.



Iklan Drypers kat sebelah tu.
"The Parent Pop Kuiz"
Klik la. So keluar App facebook.
So layan la.
Test yang nanti akak keluar result yang menunjukkan kita ni parents yang macamana.
Saya buat dan resultnya.


Ibu Alam Semulajadi?
Maksudnya..
"Saya gemar melakukan perkara mengikut lumrah alam terutamanya pembesaran si manja� Inilah sebabnya saya berupaya menjaga diri dan si manja agar bersinar setiap masa."
Ye la kot. 
Saya breastfeed anak saya - So tersangat la semulajadi.
Jom try buat.
Just klik je iklan kat sebelah tu.