Pages

Thursday, July 5, 2012

Kisah Anak-anak

Assalamualaikum.
Kembali.
Gagahkan diri update cerita.
Bukan sebab apa.. mood blogging pergi bulan tak dapat tiket balik lagi.
Ok. Enough melalut.

Seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni yang Kaseh tak berapa sihat.
Dan sampi sekarang keyakinan saya yang Kaseh da sihat 85%.
Kenapa?

Nak cerita pun seram.
Selepas 2 minggu demam and even dah buat ujian darah di Darul Ehsan Medical Center (DEMC),
Tiada denggi, hanya kuman biasa yang disebabkan batuk.
Tapi hati ibu ni kata ada perkara lain yang menyebabkan Kaseh begitu.
Bila time elok, lompat2 nyanyi2 macam biasa.
Tapi bila demamnya datang, siap mengigil lagi.
Tu yang kol 5 pagi bergegas ke DEMC.

So lepas Doktor kasi antibiotik yang ke-3,
saya ambil keputusan untuk cuba rawatan islam.
Saya pergi ke Darul Syifa Meru.
Jumpa Ustaz dan ceritakan segala kejadian,
ustaz kasi air minum dan disuruh mandikan.
Alhamdulillah.
Dengan kuasa Allah, tiada langsung demam.
So betul la naluri saya ada perkara lain yang menyebabkan Kaseh demam.
Tapi walau apa pun penyebabnya, niat saya dari Allah penyakit itu datang kepada Allah juga saya memohon pertolongan.

Suka kata-kata Ustaz tu,
"Kita kasi anak minum air tu kena niatkan apa yang kita nak, sebut nama anak. Apa pun kita buat kita ada niat. Contohnya kalu tak makan, kalu niat puasa dapat pahala, kalau tak niat dapat lapar"

Dan Alhamdulillah, Kaseh sihat hingga ke hari ini.

Kisah Awatif.
Anak tenang tu?
Sentiasa tenang, sentiasa pencetus hormon keterujaan mama.
Bestnya ada 2 anak ni, terasa kasih sayang membuak-buak tak tau nak kasi kat sapa dulu.

Suami?
Jatuh no 2. 




Cubaan ambil gambar berempat.


**Taknak cerita detail pasal Kaseh sebab masa taip entry ni papa belum balik da dekat kol 8**

2 comments:

Imaan09 said...

besnya gambar berempat tu..

Outbound Training Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.