Tak tahu nak tulis tajuk apa.
Baru selesai update entry2 untuk blog Hidupku Rumahku Terurus.
Sekarang tiba masanya untuk kita membebel dengan lebih santai di blog comelku ini.
Apa dah jadi dengan kehidupan saya sepanjang tak berentry?
Satu ketika dulu kehidupan saya bergerak seiring dengan entry-entry saya.
Berblogging kadang2 memberi semangat untuk saya "hidup".
Sebab saya perlu hidup untuk saya update diblog.
Saya buat apa-apa pun akan terdetik "Ini boleh dijadikan entry"
Kalau untuk blog HO saya akan fikir "Saya kena selesaikan kerja ni supaya saya boleh update diblog"
Tapi ada seorang rakan tersebut lebih kurang gini ayat dia
"Kita dihargai dialam maya berbanding kat luar that why kita mengharapkan kehidupan lain supaya kita lebih rasa berharga"
Sentap juga.
Bukan sentap marah tapi sentap untuk saya berfikir.
Tapi bukan sebab statement tu lah saya tak ber belog.
Permintaan tanggungjawab kerja yang sibuk.
Even saya ada up sebelum raya hari tu, saya kena kerja shift untuk beberapa hari.
Persiapan raya yang memang ala kadar.
Walaupun sibuk kerja tanggungjawab banyak tapi saya tetap enjoy.
Masalah di tempat kerja menentukan harga kita sebagai pekerja.
jika kita dapat handle maksudnya kita mampu untuk menjalankan tugas.
Komplen mengenai kerja banyak bukan cara untuk kita menunjukkan kita mampu atau layak untuk mendapat ganjaran yang kita mahukan.
Bercakap pasal ganjaran.
Alhamdulillah Increment tahunan saya hari tu agak menepati apa yang saya mahu.
Diulang.. Apa yang saya mahu.
Saya mahu tapi kalau ikut logik akal memang saya tak layak.
Tapi berkat doa saya dapat apa yang saya mahu.
Sebab saya sudah ada niat untuk jumlah yang saya dapat tu ada peruntukan baru yang saya sediakan.
Alhamdulillah.
Itu yang dikatakan kuasa doa.
Kalau diikutkan memang mengumuman kenaikan gaji hari tu memang delay.
Tapi saya fikir, Allah buat benda tu delay sebab Allah nak kita doa.
Selagi kita tak dapat keputusan selagi itu Allah memberikan kita peluang untuk berdoa, meminta dan merayu.
Saya ada juga cakap begitu kepada rakan2 yang merungut.
Macam2 jawapan yang mengundang senyum
"Surat dah print, nak doa apa lagi",
"Company memang dah plan nak kasi sikit, nak doa apa lagi"
Apa-apa lah.
Bagi saya alhamdulillah dengan rezekiMu.
Dan recently, saya perasan macam2 "ujian" yang saya terima.
Gelang Nikah saya hilang.
Allah.
Tak sanggup nak fikir.
Dimana dan bila last dilihat saya tak pasti.
Memang totally lost.
Tapi masih berdoa saya akan jumpa balik.
Masih menyimpan harapan.
Handphone saya rosak.
LCD rosak.
Melayang Rm 200.
Then sim card tak detect.
Sampai sekarang pun tak siap lagi.
Dulu terasa bengang juga tak dapat nak wassap dengan BFF.
Tapi sekarang saya redha je la.
Ada hikmah.
Antaranya saya takder la dok mengadap hp kat meja makan sambil mengabaikan kawan2 yang makan semeja dengan saya.
Tapi yang saya terasa sangat tu camera.
Saya sangat perlukan camera hp tu.
Rasa janggal bila nak ambil gambar baru perasan yang hp takder.
Jam Rosak
Jam pemberian sang suami rosak lagi.
Lasak sangat kerja.
Belom bawak g kedai apa masalahnya.
Dan beberapa lagi la yang saya perasan yang menyebabkan saya "kehilangan"
Tapi tak perlah, ujian Allah.
Harap semua akan back to normal.
Anyway blogging ni memang kehidupan lain yang membuatkan kita sentiasa ada teman.
Ada tempat untuk bercerita.
Love my blog..
Heee.. ada orang baca ke entry panjang tanpa gambar ni?
3 comments:
cik hani baca je walaupun xde gambar hihi
dah baca dah pun
MamaLynd...seriap dugaan yang datang tu sebenarnya terkandung hikmah yang tak siapa tahu.... Allah dah merencanakan yang paling baik untuk hambanya....
-sentiasa redha atas musibah yang Allah turunkan (hati kita akan tenang...insya Allah..
Cakap pandai...padahal saya pun pernah alami rasa tak sabar bila diuji..tapi bila duduk diam2..ingat balik semua benda kat atas...Alhamdulillah..hati rasa tenang...
Post a Comment