Pages

Wednesday, November 6, 2013

My First Komuter Trip

Assalamualaikum..
Sejak Kaseh dah mula bijak pandai dan petah bercakap,
saya rasa lagi mudah untuk melihat keterujaan dia dengan perkara-perkara baru.

Jadi saya selalu memikirkan aktiviti yang luar dari rutin supaya dia teruja dan belajar benda baru.
Satu ketika dulu and even sekarang saya suka sangat kalau dapat jemputan kenduri.
Sebabnya Kaseh suka pegi kenduri.
Masalahnya pantang nmpak khemah semua dia nak pegi.

So saya fikir sebenarnya tak payah palan nak g bercuti jauh2 untuk menggembirakan anak-anak.
Pegi ke kawasan lembah klang ni pun dah banyak yang boleh buat.
Sebelum ni tak berminat pun sebab fikirkan sendiri punya hal 
"Nak buat apa gi sana saya dah gi tak best pun"
Lupa pulak yang saya ada anak dan perkara biasa2 tu merupakan sesuatu yang baru bagi mereka. 
so bermulalah kisah "Perkara biasa jadi Luar Biasa"


Antara aktiviti yang saya dah buat gi Wet World, Zoo dan terbaru pengalaman naik Komuter.
Biasa Kaseh tengok dari jauh je.
Ntah macamana saya terfikir why not bawak je Kaseh naik komuter.

Then pagi2 hari Deepavali kami tercongok kat Komuter Batu 3 Shah Alam.
Nak ke KL Sentral.


Sampai je komuter ke arah KL baru sampai.
Memang tak sempat nak menyeberang la sebab baru beli tiket.
Kami acah la, "Tak boleh naik dah sebab keretapi dah terlepas"
Katanya takper nanti dia pusing balik.
Lepas beli tiket, sementara tunggu train lain arah ke KL, komuter ke Pelabuhan Klang lalu.
Dia dah kecoh suruh naik.
Dah mula gelabah.
Kami gelak je la bagi alasan pintu tak bukak.
Dia dah mula salahkan mama sebab lambat.
Salahkan sebab mama gi beli tiket dulu.





Masa tu orang dah start ramai.
termasuklakh warga asing.
Bila msuk je komuter, memang xder seat.
Tapi ada orang kasi seat sebab saya dokong Awatif, then sorang chinese pulak bangun untuk kasi papa and Kaseh duduk.
Then yang lain ada warga asing tu bercakap nagn kawan dia suruh anjak supaya kami dapat duduk 1 tempat.
Kagum sungguh dengan semua yang ada kat situ.
Macam 1 switch dan tahu peranan masing2.
bersyukur saya ditemukan dengan orang2 prihatin dan environment intelligent yang lulus cemelang.

Jangkaan saya, Kaseh akan xcited, sengeh-sengeh dan excited bercakap itu ini.
Tapi jangkaan saya meleset.

Apa yang jadi, terselit kat ketiak papa.
Malu tersipu-sipu.



Saya tak pernah tengok dia malu macam tu.
Tak tahu apa yang buat dia jadi gitu.
Mungkin sebab dia tak sangka yang komuter ni kena naik beramai2.
So bila dia tengok ramai sangat orang, dia shock dan malu dengan orang yang rmai.
Mungkin jugak dia jadi perhatian mat-mat bangla tu.
Dia punya tersipu tu sampai mat2 bangla tu senyum and risau.
Awal2 tu siap ada yang pindah tempat sebab mungkin takut Kaseh malu sebab dia.
Lama2 ada yang mengusik main2 mata ngan Kaseh.
Serius saya tak pernah tengok dia dalam keadaan macam tu.
Dan sampai ke KL Sentral dia macam tu.
Saya ngan Suami memang gelak je la.
Kelakar tengok muka dia.

Adik?





Dengan dunia tak kisah dia.
Dia memang takder masalah.


Dah turun komuter baru berani bercakap.

Peace gaya Awatif 




Lepak McD, jalan2 kejap, tukar diapers Awatif then gerak balik lagi.
yang ni pun kecoh. 
Nak naik komuter arah Seremban.
Tak sabau sangat nak naik keretapi.

Nak balik dok dalam coach yang paling depan dan mungkin sebab masih awal, orang masih tak ramai.
So dapat duduk dan lengang.
Masa perjalanan balik tu dah berani nak main2.
Haissss.. Budak-budak..

Apa-apa pun pengalaman ni mama takkan lupa.
Kaseh and Awatif akan tahu bertapa gembiranya mama dengan baca entry ni.
Nasib mama ada blog boleh jadi cerita pujangga untuk anak-anak.

Ermmm.. next aktiviti apa ye?



1 comment:

Anonymous said...

Seronok! aku ingat lagi satu masa dulu, waktu tu anak sulong akak aku baby lagik...kami naik komuter dari bangi ke Kl kalau tak salah...giler susah..sebab baby tu meragam taknak duduk setempat :) dahla aku n akak aku jek ada...KAM