Pages

Thursday, April 5, 2012

Kelahiran Hannah Damia Awatif

Alhamdulillah.
Syukur Ke Atas Kurniaan Allah.
Saya selamat melahirkan Hannah Damia Awatif binti Mohd Ridho,
pada 30-03-2012 pada jam 16:16.

Awatif lahir dengan berat 3.89kg di Hospital Sungai Buloh secara normal.
Terima Kasih atas doa semua.

**Aktiviti Blogging dihentikan seketika**
**Tengah seronok berpantang, tak sabar nak update**
 
 

Tuesday, April 3, 2012

Langkah 3 : Pengurusan Kewangan Peribadi - Rombakan Bajet Kewangan

Bab ini saya seronok nak kongsi.
Sebab bagi saya, ia berkesan.
Kalau dilihat pada entry ini,

Pada langkah ke-6, membaik pulih hutang piutang.
(Tak sampai ke langkah tersebut..Hehehe)

Dan seperti yang dinyatakan dalam entry,

Salah 1 matlamat kewangan saya adalah untuk bebas dari cengkaman kad plastic itu.



Kisah Sebenar Saya :

Saya ada 1 kad kredit.
Saya apply kad kredit ini sebelum kahwin lagi atas alasan dapat rebate isi minyak dan untuk kegunaan 'emergency'
Tapi jika pembayaran setiap bulan hanya dilakukan pada jumpah yang minimum.
Dan terjebak pulak pembelian tiket airasia untuk penerbangan "emergency"
Dan ada juga "emergency" tak patut, jumlah baki pengunaan terus meningkat.

Pernah dilangsaikan tapi bila ada balance terjebak lagi dengan perkara emergency.

So setelah lebih kurang 1 tahun juga kesedaran mula timbul dengan mendisiplinkan diri hanya menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak,
kesedaran lain pula timbul..

Bila nak habis bayar jika guna isi minyak RM 300
bayar setiap bulan RM 350..????

Ini bermaksud saya hanya bayar penggunaan setiap bulan tetapi saya tidak mengurangkan baki penggunaan sebelum ini.
Bayar interest pun tak lepas.

Kalau nak stop terus guna kad kredit ini bermaksud bajet saya akan double.

RM350 - Jumlah minimum kad kredit.
RM300 - Untuk petrol.

Huis.. Tak makan nasi lemak den pagi-pagi.

Bila terbaca dalam buku tersebut, antara tips yang diberikan adalah
1. Menyelesaikan hutang yang mempunyai interest paling tinggi terlebih dahulu dan kad kredit adalah salah 1nya.

2. Membuat pinjaman peribadi (dengan keluarga) untuk menyelesaikan hutang yang mempunyai interest yang tinggi. Boleh buat perjanjian dengan keluarga untuk memulangkan dengan interest sekali tapi kena lebih rendah dari kredit kad lah.. 

Selepas difikir dan buat beberapa kajian dan perbandingan,
Keputusan telah dibuat.
Saya tanya En Suami, berapa dia peruntukan untuk bayar kad kredit setiap bulan.
(Fenomena penggunaan kad kredit kami suami isteri lebih kurang je sama)

Saya Jumlahkan.
Saya kira berapa jumlah interest yang kami sedekahkan dekat bank jika kami ingin langsaikan semuanya dalam tempoh masa tertentu dengan jumlah yang konsisten dengan syarat kami stop terus guna kad kredit itu.
(Abaikan hal yang kena sediakan budget lain untuk petrol)

Saya telah buat kajian mengenai beberapa Personal Loan dengan bank-bank yang ada di Malaysia ini.
Tengok syarat, jumlah ansuran dan yang paling penting interest.

Akhirnya jumpa,
Dengan kadar interest yang ditawarkan jauh lebih rendah, dengan kadar ansuran yang kurang separuh dari jumlah kami bayar kredit kad setiap bulan, kami masih lagi untung dari segi jumlah derma interest kepada bank.

Alhamdulillah..
Dipermudahkan..

Kelebihan yang kami dapat dari rombakan ini :

1.Sekarang kami dapat kurangkan 50% dari jumlah pembayaran yang biasanya kepada kad kredit (3 bank) kepada hanya 1 bank sahaja.

2. Kurangkan derma kepada pihak bank.

3. Berhentikan terus penggunaan Kad Kredit.
Best giler dapat statement balance SIFAR.
Call service center pasal nak tutup account dengan berlagaknya.
Ada 1 bank ni siap pujuk2 lagi supaya tak payah stop.
Tapi mostly mmg pihak bank tanya la kenapa nak stopkan.
Kami suami isteri da framekan kad kredit tu, simpan buat kenangan. 

4. Bajet lebih itu kami boleh gunakan untuk isi petrol secara cash.
(Sebab tu saya da boleh guna sistem sampul untuk petrol)


So dengan langkah ini senarai bajet saya dan En Suami dapat dipendekkan
(Bertuah En Suami dapat isteri bijak macam saya)

Bijak ke?
Korek lubang tutup lobang?
Buat diri saya dan suami, ini adalah yang terbaik.
Jika ada cara atau kaedah pembaca lain yang lebih bagus jom la kongsi-kongsi.

Saya risau jugak jika sebenarnya saya terambil langkah yang silap.

So far buat masa sekarang ini, hanya itu yang mampu kami buat rombakan.
Masihh lagi mencari-cari ruang untuk memperbaiki hutang piutang kami.
Hutang-hutang lain yang tinggal :

PTPTN : Hujung tahun ni habis (Yeah..!!!!!)

Kereta : 5 tahun lagi habis (Tiada sumber nak langsaikan)
 
Rumah : Ni memang lambat lagi la nak habis. 
Hutang rumah adalah hutang terakhir yang perlu dibayar.


Seperti yang saya nyatakan, apa yang ingin saya kongsikan adalah sesuatu yang realistic dan saya sudah/ akan buat.

Ada banyak cara lagi yang boleh kita gunakan.
Boleh baca disini untuk meguruskan hutang. 
Saya belum buat, masih study lagi kaedah ini.


Secara umumnya, menerangkan kaedah penyelesaian hutang yang berjumlah kecil terlebih dahulu.
(Bukan bayar bulanan kecil tapi baki jumlah hutang yang paling kecil terlebih dahulu)

Kalau berjaya saya kongsikan nanti.

Monday, April 2, 2012

Langkah 2 : Pengurusan Kewangan Keluarga - Penyediaan Sampul

Langkah 2 : Penyediaan Sampul

Seperti pecahan yang telah saya buat di entry sebelum ini.
 
Bagi saya, sistem sampul adalah wang yang kita perlu gunakan setiap bulan.
Tapi kita perlu monitor berapa banyak kita habiskan untuk perkara-perkara tersebut.
 

Jadual di atas adalah perkara yang saya telah peruntukan untuk sampul-sampul saya. 
(Tanpa segan silu saya reveal nilai sebenar)

TOL :  
 
Bagi tol, lagi senang kalau kita guna 
Touch n Go.
Supaya kita tidak pelu pegang cash dan senang kita nak monitor.
Topup secara konsisten setiap bulan dengan jumlah yang sama walaupun ada baki pada akhir bulan.
At least jika ada bulan yang terlebih budget kita still ada back up tanpa menggunakan budget lain.

Selain dari tak pelu beratur untuk bayaran secara tunai, touch n Go juga ada sistem rebate.

Petrol 


 
Untuk Petrol pula, juga boleh amalkan isi minyak pada hari yang sama setiap minggu.
Apa yang saya amalkan, saya akan isi minyak setiap hari isnin sebanyak RM50.
So kalau weekend tu nampak macam tak cukup je minyak nak sampai hari isnin, kita kurangkan jarak merayap dihujung minggu.
Kalau emergency takper la tapi yang penting simpan resit.

Saya keluarkan cash Rm 300 dan simpan dalam purse ke?

Ada beberapa cara. 
1. Keluarkan terus RM300, simpan di rumah dan bila nak isi minyak tarik je la.
Bila malam sebelum tidur, selit la resit kat dalam sampul tu.

2. Keluarkan duit by weekly dari ATM dan simpan resit.
Sebelum tidur update dalam senarai budget.

Saya lebih suke kaedah pertama sebab saya nak elakkan pergi ke ATM machine terlalu kerap dan saya boleh monitor setiap hari berapa duit balance dalam sampul saya itu.

Keperluan Rumah



RM100 je?
Cukup ke?
Takdernya cukup.
Tapi bagi kami suami isteri, kami sudah membuat peruntukan kewangan masing-masing.

Kebanyakan kami berbelanja secara mingguan untuk barangan basah,
dan secara bulanan untuk barangan keperluan lain seperti diapers, susu dan sabun saban.
Kebanyakkan keperluan tersebut berada dibawah budget En Suami,
saya just topup sikit-sikit je.
tu yang budget Rm 100 je.
(Kalau saya malas masak dan kena makan luar pun akan masuk budget ni.
Heeeee.. Sapa suruh malas masak.)

@Office

Biasanya kita akan lunch and breakfast kat luarkan kalau kita bekerja?
So saya peruntukan Rm 200.
Saya da gunakan sistem ni selama sebulan, so far cukup jika saya makan di kantin sahaja.
Siap belebih lagi.
Saya memang jarang keluar lunch diluar sebab saya rasa seperti tak cukup waktu untuk rehat.
So lunch di pejabat menjimatkan waktu, tenaga dan wang.

Penyediaan budget makan di pejabat juga mengelakkan saya makan entah apa-apa.
Salah 1 tips diet, kalau tak pantang makcik kantin keluarkan kuih panas-pnas memang semua dibelasah.

Untuk sampul @office ini saya sediakan 1 bag kecil
(free kenduri kawin biasanya)

Lebih kurang macam ni la rupanya.
Boleh letak dalam poket uniform.
So saya tidak perlu bawa purse.
Hari2 sya boleh tengok berapa balance dan boleh kontrol makan.

Macam-macam

Saya baru nak mulakan sampul macam-macam dengan budget yang rendah dulu.
Ini termasuk untuk hiburan / topup mane yang kurang.



***Untuk kaedah sampul ini, lagi specifik peruntukan yang kita buat lagi bagus.
Sebab kita boleh monitor setiap sen yang kita keluarkan.

***Saya dah cuba gunakan kaedah ni selama 2 bulan, so far saya berpuashati.
Dan untuk bulan ini, memandangkan saya bercuti tidak boleh la buat cubaan yang seterusnya.

***Setiap bulan kita boleh buat pengubahsuaian supaya kita selesa dan jadi lebih baik dalam pengurusann kewangan peribadi.
 
 

Sunday, April 1, 2012

Langkah 1 : Pengurusan Kewangan Peribadi - Penyediaan Budget

Assalamualaikum.
Setelah Project Financial Management Week saya tersangkut sehingga minggu ke-2 sahaja.

**Atas sebab-sebab tiada mood nak sambung dan sangat tak suke update perkara yang berasaskan buku**

Jadi saya Sudah buat rangkuman sendiri dan telah schedule beberapa post.
So even saya sudah bersalin post mengenai pengurusan kewangan peribadi ini akan dipublish.

**Doakan saya sempat sediakan entry2 tersebut dan set schedule**



Setelah terjebak dalam dunia Organising dengan membuat rujukan di blog-blog yang kebanyakannya adalah bersumber dari luar negara,
saya telah terserempak dengan kaedah pengurusan kewangan keluarga / peribadi.
Secara keseluruhannya kelihatan sama dengan apa-apa keadah / nama yang diberikan, tetapi saya mencari sesutu yang realistik.

Nanti saya sediakan link2 untuk sahabat sekelian boleh rujuk.

Langkah Pertama : Penyediaan Budget

Sama seperti yang saya sediakan di 

Kita perlu senaraikan kemana pendapatan kita.
Saya kategorikan kepada beberapa bahagian.

Bil Utility :
Streamyx / Broadband
TnB
Syabas
Astro
Telifon

Pinjaman :
Kenderaan
Perumahan
Pendidikan
Pinjaman Peribadi
Kredit Kad

Kebajikan :
Ibu-bapa
Simpanan
Insurance Pendidikan
Insuran Kesihatan 


Sistem Sampul :
Petrol
Tol
Makan di tempat kerja
Perbelanjaan Dapur
Macam-macam


  Tips :
  • Ada balance?Sebagai permulaan, asingkan dulu supaya untuk bulan pertama kita boleh buat adjustment / terus masukkan ke simpanan.
  • Adalah disarankan semua pembayaran (kecuali untuk Sistem Sampul) dilakukan secara online dan pada setiap hari gaji.
(Saya memang teruja nak tunggu hari gaji sebab nak bayar bil)
Saya bertuah kerana tiada pembaran ansuran yang dibayar secara by hand.

Dan teringat secara tak sengaja ada seorang rakan terberitahu mengenai amalan ayah beliau yang hanya akan mengeluarkan duit / membelanjakan duit jagi hanya pada 1 haribulan setiap bulan walaupun gaji keluar awal.


  • Segala pembayaran wajib perlu dibuat seawal mungkin sebelum digunakan untuk berbelanja.
  • Elakkan pembelian secara "ambil dulu bila gaji bayar". Disebabkan itu kita digalakkan menyediakan budget ini seawal 2 minggu sebelum gaji iaitu selepas kita dah dapat semua bil so sebelum hari gaji lagi kita sudah tahu berapa balance duit kita untuk berbelanja.
  • Boleh rujuk entry ini
  • Jumpa di Langkah ke 2 : Penyediaan Sampul.

Thursday, March 29, 2012

Marah Anak.. Mendidik atau mendera

Saya sangat percaya yang sesekali kita kena marah anak.
Kecil bagaimana sekali pun.
Tapi cara nya mungkin berlainan mengikut umur anak.
Serius saya tidak buat kajian khusus lagi mengenai cara memarahi anak.
I just want to talk about Cerita Kami di entry ini.
Cerita Kami :
Sesekali saya marah juga bila dia angkat kaki untuk menyepak, mengangkat tangan untuk memukul.
Marah.. Tapi tak consisten.
Kadang-kadang dibiarkan sahaja.
Tapi takut nanti dibuat depan orang, malu kami sebagai ibu-bapa.
Bila dimarah kadang-kadang Kaseh menangis,
Kadang-kadang dilawan balik kita.
Bila saya marah?
Bila 2-3 kali diberitahu "tak baik" tapi masih buat, mula la mama bersuara tegas dan jari naik and say "NO"
Kadang-kadang nangis.
Tapi apa yang saya perasan macam tak berapa lekat je apa yang saya buat.
Tu yang kadang-kadang dibiarkan.
Mungkin beberapa sebab :
1. Tidak consisten
Kadang-kadang boleh..Kadang-kadang tak boleh.
2. Saya pun sama.
Bila bergurau angkat tangan, kaki (Terutama dengan papa)
Tapi bila bab "Boleh" dan "Tak boleh" ni berkesan dengan Nenek.
Sekali marah aje, nangis sekali pastu Kaseh da tak buat da.
Hari tu Kaseh cuba nak meludah, sekali marah, sekali nangis, terus tak buat.
Amalan nak sepak2.. Da beberapa kali saya cuba tegur dan marah,
Tak berkesan.
Tapi bila nenek ada terus ilang penyakit tu.
Kadang-kadang dia nak tersebut jugak tapi Kaseh sempat brek.
Ermmmm.. Terkantoi depan nenek yang mama bergurau ngan Kaseh nak sepak2.
Mama yang kena marah sekali.
Lepas tu kami 2 beranak insaf..
Selain marah disebabkan oleh diminta berkelakuan baik,
1 faktor penyumbang butang marah ditekan adalah,
Kaseh ni jenis kalau dia dah nak atau apabila keinginan dia tak dituruti memang dia "TEGAS" nak jugak.
Terutama bab :
1. Nak susu - Memang takder perkataan "sabar", "nanti dulu" "kejap". 
Time-time tu jugak la yang dia nak.
2. Nak mandi / main air.
3. Bila disuruh kita duduk dimana-mana. Ditangga ke, depan TV ke.
(Nak kita ikut perintah dia je)
4. Bab barang dia.
Terutama bantal Mouse.
Walaupun dia tak guna tapi kalau dia kata dia nak, takdernya istilah pinjam.
5. Kalau dah berjanji.
Jangan lah tersalah sebut "Cepat pakai baju, nak g jalan ni"
Dia akan tuntut.
Naik didit ke, nak g taman la,
Jangan dijanji untuk buat syarat dia ikut cakap kita.
Tiada kompromi dah.
Bila bab ni nenek kalah.
Nenek suka ikutkan cucu dia nan tolang ni sebab taknak dia nangis and merengek.
So bila tak dapat dengan saya dia akan pergi ke nenek.
So dia akan sentiasa menang.
Lama-lama saya dah tak boleh tahan.
Suke-suke je dia memerintah nenek, suruh naik atas la.
Nak minta angkat la.
Saya kadang-kadang ikutkan juga sebab malas nak dengar dia merengek.
Tapi bila dah tak larat mula la saya naik angin.
Hari tu ada tengok Nanny 911,
jika kita kata "tak boleh" really mean it.
Biarlah dia menangis macamana pun asalkan tak membahayakan diri.
Kalau kita kalah nanti dia akan guna rengekan itu sebagai senjata untuk dapat apa yang diingini.
Masa nenek takder memang saya buat begitu,
tapi bila ada nenek macam segan la anak asyik merengek je.
Kadang-kadang cakap jugak kat nenek dalam beberapa situasi supaya dibiarkan sahaja dia menangis.
Tapi bila dah habis bab nangis2 tu, keKaseh saya ini akan datang pujuk.
Dia tahu saya marah dia.
Dia akan datang dan panggil "Mamaaaa.." dalam nada memujuk.
Time tu saya akan angkat dia dan pesan yang la saya bukan marah dia tapi saya marah perbuatan dia.
Bab2 lain Kaseh memang kira boleh berkompromi lagi.
Terutama bab g kedai.
Kaseh bila mama kata amik 1 jenis sahaja, dia akan letak balik segala bagai jajan yang dia sudah ambil.
Kaseh bukan jenis yang merengek bila dikacau dia tido.
Saya nak kena study la macamana nak mendidik anak / memarahi anak.
Mama sayang Kaseh.
Mama just taknak Kaseh menyusahkan orang dan jadi anak yang baik.

Wednesday, March 28, 2012

Kisah Bonda dan Kembar

Disaat da over due ni..
Tadi g checkup untuk check BP je.
Doctor kasi date sampai 31 March untuk g hospital.

So tanya la Cik Misi tadi biasa kalau tahan wad dorang buat apa.
"Masuk Ubat"
"Induce?"
Ye..


Balik rumah cakap dekat bonda.
Tiba-tiba nenek bonda bukak cerita.
"Kalau induce tak sakit"
"Yang ni mak boleh cerita, yang lain tak boleh"

**Baru perasan yang bonda tak pernah cerita pasal pengalaman bersalin dia. Aku je yang dok cerita pengalaman orang tu orang ni, baca sana sini,
 Ya Allah**

Rupa-rupanya masa mengandungkan adik saya yang kembar tu mak saya overdue 9 hari.
Dan sampai la hari bersalin mak saya tak tahu yang dia mengandungkan kembar.
Tiada sakit tiada tanda-tanda (Orang dulu maner der search2 ni)
Orang hospital datang rumah dan bagitau yang mak kena masuk wad sebab dah lebih hari.

Mak kena induce melalui kaedah drip.
Nurse tanya sakit tak..Mak kata tak sakit.. Nurse tambah dose kot..
Pastu mak baru rasa macam perut kembung dan "terapung".

Nurse tanya " Mana awak tahu yang awak mengandung kembar?"
Mak saya pelik la.. bila masa mak saya tahu.. Memang mak tak tahu pun.

Dah selamat bersalin (Normal Okkk.. dan tiada koyakan even bersalin kembar)
Nurse suruh mak jalan g cari baby.
Jarak lebih kurang 50 meter.
Masa pegi larat patah balik da tak boleh.
(Mak kata ada sesuatu yang nurse tu nak tengok kot sebab tu dia suruh jalan)

Tak lama selepas tu datang seorang lelaki..
Dengan buku cek..
Suruh mak tulis amount yang mak nak untuk jual si kembar yang lelaki..!!!
Dia cakap macamana mak nak jaga 2 baby dengan anak sulung kecik lagi.
(Masa tu saya umur 2 tahun)
Lelaki tu cakap yang bukan nak putuskan hubungan adik beradik, 
sekadar nak tolong jaga.

Tahu apa mak saya jawab dalam keadaan mamai tu..?

"Saya tak sanggup makan daging anak saya sendiri" 

Mak tahu kenapa mak boleh terjawab macam tu.
Dari mane datangnya lelaki tu memang tak diketahui.

Ermmm..
Kalau la mak buat keputusan untuk jual adik saya yang lelaki tu ntah la apa nasib kami sekeluarga sekarang.



 

 Ini lah gambar si kembar.








 

Ini Kami Bertiga.

Masa ni kami tinggal dikampung kat Raub, Pahang.
Keluarga kami susah.

 






 

Suke tengok gambar time kecik2 dulu.
Prinsip mak "Adil"
Mak benarkan kami naik bas g bandar semasa berumur 12 tahun.

Dengan syarat : Cukup 3 beradik. Tak boleh pergi dengan kawan-kawan.

Pergi cari kelengkapan sekolah, dan jalan2.
Tak sampai nak tekan loceng bas, mintak orang yang tekan kan.
(Zaman sekarang mana boleh.. Tak selamat)    

Kalau mak g mana2 memang bawak 3-3 kalau tak semua tinggal.



 Inilah kisah kami 3 beradik....



Tuesday, March 27, 2012

Home Organising - Kid's Closet

Assalamualaikum.
Setelah beberapa ketika pemburuan Chest of Drawer untuk pakaian anak-anak dilakukan.
Akhirnya pemburuan berakhir.
Beberapa cara dilakukan bagi mendapatkan yang murah.
Buru kat mudah.com dan juga ke kedai2 barangan terpakai.

Akhirnya malas nak fikir, terus ke kedai perabot.
Dapat la seperti ini.

Asalnya nak beli yang drawer sahaja,
means tiada bahagian yang baju untuk disangkut tu.

Tapi disebabkan oleh perbezaan harga RM50 sahaja,
papa cakap "alang-alang".
Bila da diletak kat ruang tamu, terasa cam gabak besar.
(Niat asal taknak menampakkan ciri-ciri almari baju. Nampaknya berubah lagi la layout rumah saya selepas pantang nanti)

Takper la.
Puas hati gak la.

Niatnya nak update bila semua da complete.
Tapi jari ini menggigil je sebab ku baru upgrade 1 part.
So ku update by progress la nampaknya.
Jika sebelum ini saya menyusun baju Kaseh begini.


Tapi selepas consider anak no 2,
saya da tiada tempat nak letak bakul bersusun lagi.
That's why la decide nak beli drawer pakaian ni.

Memandangkan drawer ini ada 4 tingkat,
so saya devide 2 untuk Kaseh, 2 untuk adik baby.
Tapi buat sementara ni baju adik baby tak banyak,
1 tingkat pun da cukup,
So 1 tingkat lagi mama letak kelengkapan dalam pantang je la.

So apa rupa dalam drawer ini.

Drawer pertama :

 

Menempatkan baju yang dipakai seharian.

Drawer ke - 2 :


Menempatkan gaun dan pampers Kaseh.
 
Nampak tak devider yang saya guna tu?
Itu la upgrade yang  saya maksudkan.

Saya beli dari COSWAY.

Niatnya nak cari bakul kecil untuk dibuat divider sebab nak kasi nampak kemas.
Tapi susah gak nak dapat bakul yang ngam-ngam.
Da tertengok kat catalog COSWAY,
melompat2 la saya.
Semalam beli 1 set dulu sebab takut tak menjadi.
Bila da cun hari ni g lagi ingat nak beli 3 set lagi, 
sekali da habis la pulak, tinggal 1 je.
Malas da nak g ke TESCO.
**kat area yang sama ada 3 stokis Cosway**


Setiap 1 set ada 5 keping divider.
So boleh adjust dan potong
(Saya tak potong..Just lipat je.. Sayang)
1 Set RM 7.90
(Rasa cam penjual barangan COSWAY plak)

Dan untuk adik baby belom buat lagi sebab da xder stok.

Tingkat 3 :
Ruang lapang tu nak letak diapers adik baby.

Dan ini level paling bawah.

Saya letak bengkung,
booties and miten, barut dan dll.
Pun ada divider gak.
Masa beli diapers new born hari tu dapat free. 
Best..

2 drawer kecil paling atas, 
menempatkan bedak, tower, segala bagai krim Kaseh.
Bahagian tinggi untuk baju yang digantung pulak,
buat sementara saya letak set berpantang,
tilam, toiletries baby dll. 
Kira drawer ni da jadi one stop center untuk mama and baby dalam pantang nanti.
Tak payah cari-cari lagi da.

Perkara seterusnya yang nak diupgrade adalah nak buat label.
En Suami kesayangan tu suke tanya "Ma.. Mana..?"
Belum cari lagi da tanya.
Kena ambil dan letak depan mata baru diam.
Kadang2 baju siang hari dipakaikan kat anak waktu malam.

Tak payah nak citer pasal baju yang da lipat nak letak kat mane.
Memang tak tahu la.. (Sebab saya tak pernah suruh kot)
So bila da label jangan sebut lagi perkataan "Mana.."

Dan Kid's Closet ni dikira complete bila saya da habis pantang kot.
Sebab semua kelengkapan berpantang sudah tidak perlu diletakkan disini.

So nantikan update dimasa hadapan.
Bagaimana anda menyusun baju anak-anak.
Jom Kongsi.