Pages

Sunday, April 14, 2013

Keputusan Miniature Cute Watch GIVEAWAY!

Keputusan Miniature Cute Watch GIVEAWAY!
telah diumumkan disini 


Pemenangnya adalah : 


Alhamdulillah.
Rezeki dapat jam yang comel.

Entry penyertaan saya kat sini 


Jujur.
Bila tengok penyertaan yang lain saya rasa macam tak layak menang.
Penyertaan lain memang gempak.
Dan saya dah agak kat luar sana memang banyak orang yang apply Home Organising ni, just tak ramai yang share.

Pengalaman yang paling berharga adalah saya dapat jumpa blog2 baru yang share pasal HO ni.


Anyway, terima kasih kepada penganjur Susun Atur Sioca.
Entry2 anda memang gempak dan saya sangat mengagumi idea2 anda.


Saturday, April 13, 2013

Autumn Storage Bag untuk Dijual

Tawaran Hebat.
Sapa cepat dia dapat.
Autumnz Breastmilk Storage Bag untuk dijual.



Harga : Rm 30 untuk 3 Pax
(Termasuk penghantaran)

Harga biasa Rm 12.90 1 kotak.

Siapa cepat dia dapat.
Berminat boleh email ke sitinorhas_linda@yahoo.com

Thursday, April 11, 2013

My Sister Wedding

Cari idea nak buat entry pasal apa.
Dah lama tak buat entry Home Organising tp xder bahan means gambar.

Belek-belek gambar baru perasan yang tak up lagi entry pasal my sister wedding.

Akad nikah 21 March 2013.
Jumaat.

Kenduri nanti bulan may.
Jom layan gambar.

Sang Pengantin


Semasa akad nikah


Selesai sudah


Bergambar time

Keluarga lengkap kami.



2 keluarga bersatu.


 


Orang yang paling sibuk mengalahkan pengantin haruslah Kaseh.
Perasan tak gaun polkadot yang dia pakai tu.
Sibuk dari hari sebelum kenduri nak pakai baju "pengantin"

Masa hari kenduri pun pagi2 lagi nak pakai.
So pujuk lah dulu supaya petang baru pakai.
Bila sampai masa, selesai mandi, dia dah kecoh tanya mana baju pengantin.
Masa tu sepupu saya yang handle Kaseh.
Tiba-tiba jeritan dia mengejutkan kami,
"Mama, mana spender pengantin????"

Kalau kalian yang tak faham maksud pengantin itu?
Apa yang korang pikir?
Apa kehenya adik aku si pengantin itu menyuruh kanak-kanak 3 tahun cari spender dia?

Huhh.. pening.

Apa-apa pun.

 Selamat Pengantin Baru Asyu.
Selamat menempuh alam yang baru.
Semoga bahagia hingga hujung nyawa.

Wednesday, April 10, 2013

Mom's Day Out : I Wish

Mode : Konflik Wanita Pertengahan Usia.
Ihiks.. harus kah ia dipersalahkan?

Antara impian dan harapan wanita ini adalah..


1 Day Mommies Day out with my BFF.
Lea.

Indahnya...
Cuti 1 hari untuk kami berdua menunaikan impian wanita.

 Hah.. Nampak tak?
Double massage?

Bersauna bersama sambil menjoyah.

 Berspa bersama.
Berborak sampai lebam.
Banyak benda nak di tanya, nak dikongsi, nak diforumkan.
Sekarang aktiviti forum Wassap terhenti.
Hp belom siap repair.
Forum SMS pun tak lancar sebab hp sekarang ni dah berkelip2 dah minta diberhentikan riwayatnya.

Lea?
Mahukan anda menunaikan hasrat sahabat mu ini?
Mode : Menghasut

Impian yang lagi besar?
Day out dengan kumpulan mommies yang lagi besar.


Pijot
Kam
Ayu
Baie
Elly
dan lain2 geng UKM.
(Bukan gambar di atas)
**Semua gambar sumber google kecuali..**

Ini Gambar sebenar

Tuesday, April 9, 2013

Saya Nak..

Masih lagi 
Mode : Konflik Wanita Pertengahan Usia.

Kepala makcik ni nak macam-macam.
Tapi mestilah memerlukan..


Hah.. Awak tu makan gaji.
bukan business juta-juta.
Wahhh.. Xder ke yang nak kasi duit sekarung kat saya atas alasan dia da tak tau nak buat apa ngan duit tu dan duit itu diberikan kepada saya seikhlas hati.
Wahh... Bestnya kalau ada.
Apa yang makcik berkonflik ni nak sangat?

Air Conditioner



Anak makcik yang No 2 tu sensitip pulak.
Seboleh mungkin makcik ni nak elak dari anak yang cerewet.
Tapi Awatif pulak tersangkut.
Tingkat atas memang panas and berbahang berbanding kat bawah.
Sekarang ni kan cuaca tak menentu.
Bila malam, panas yang amat.
Awatif memang senang berpeluh and tido malam boleh sampai basah baju.
Padahal kipas dah maksimum.
2-3 hari lepas siap tak boleh tido malam sebab panas.
Kalau dah berpeluh tu ruam memang senang naik.
Bila anak tak tido, maknya pun sama la.
Sudahnya sekarang kami tido kat bawah.
Mula la sekarang tension sbb pagi2 kena kemas toto bagai.
Dan rasa tak normal pulak bila tak tido kat bilik.
So penyelesaiannya air-cond.
Sapa nak buat giveaway hadiah aircond?

Ruang Tamu Yang sempurna



Sambungan dari krisis semalam.
nak penuhkan ruang tamu ni dengan perabot.
Pada pendapatan aku yang kuarang pendapatan ni, kalau dah ada aircond kat atas kami mesti banyak beraktiviti kat atas.
So kat bawah boleh isi perabot la sebab dah kurang bersepah.

Craft With Kids



Memang sah konflik Mama Kaseh and Awatif ni.
Teringin nak berkraft dengan anak-anak.
Main Hand panting ke.
Tampal2 ke.
I hate to say "Takder masa"
sebab semua tu kita yang tentukan.
tapi masalah saya, saya tak tahu camner nak mula.
Aktiviti camner yang sesuai.
(Tapi rasanya kat MPH ada jual set2 craft cmni kan?)
Wah.. yang ni tak perlu duit.
Perlu kebijaksaan je.

Monday, April 8, 2013

Konflik Wanita Pertengahan Usia

Why So Serious?
(Ayat bos K-Pop bila tengok kami meeting dgn seriusnya kat depan bilik dia)

Last week tengok Wanita Hari Ini.
Kebetulan MC so adalah peluang nak tengok citer tu.
Salah satu topik hari tu adalah seperti di atas.
Ia semestinya terjadi kepada wanita nya nak masuk usia warga emas sahaja.
Ia boleh berlaku kepada pelbagai peringkat umur.
Termasuk dari yang 20an nak masuk 30an.

Antara konflik yang selalu terjadi adalah tidak yakin dengan penampilan diri.
Yes it's happened to me now.
Terasa diri ini gelebeh dan selekeh.
Rasa wajah tak glowing.
Tu yang dalam kepala ni dok pikir nak buat sesuatu.
Nak g Gym..!!!
Ihiksss.. Dulu ingat nak g Fitness Studio kat Setia Alam.
Then hold dulu atas beberapa sebab.

Sekarang ni plak ada gym baru bukak dekat ngan rumah.
Haissss..
Macam melambai2 je.
Dengan En Suami pun macam dah kasi green light.
Dengan seorang rakan yang sudah terjebak ke dunia Gym.
Huaaa... makin mecuit2 lah niat dihati ini.
Tapi adakah ini salah satu simptom konflik wanita pertengahan usia.

Selain hal gym tu ada perkara lain juga dok berlegar kat otak ni.

Penuhkan Rumah
Saya selalu citer pasal rumahkan?
Mesti anda membayangkan rumah saya pernuh dengan perabot sebab tu say dok sibuk pasal susun atur rumah.

Tapi sebonarnya rumah makcik lapang.
Ruang tamu makcik hanya ada 1 baris sofa 3 sit (Asalnya L Shape),
Cabinet TV, TV 38" yang tergantung didinding dan almari display.
Itu je.
Terasa lapang dan masih rasa bersepah.
Dah niat tahun ni nak beli set sofa full set.
Tapi 2-3 menjak ni rasa mcam nak total make over.


Membayangkan macam ni.

Sebenarnya mostly jiran2 saya mmg letak meja dining kat ruang tamu macam ni.
Saya pun pernah buat.
Tapi since dah ada anak nak lapangkan rumah.
And dapur pun lapang tu yang letak meja makan kat dapur je.

Tpi tu lah krisis wanita pertengahan usia ni.
Mula lah dok pikir macam2.

Ohoooo.. banyak lagi benda yang wanita konflik ni pikir.
Haruskan dilayan apa yang difikir atau biarkan sahaja?

Sunday, April 7, 2013

Sticky Post (Scroll Down For Latest Entry): Miniature Cute Watch GIVEAWAY!

Seperti yang di war-warkan dalam entry ini.
Sudah sampai masanya untuk saya "melepaskan" entry penyertaan.

Syarat-syarat Penyertaan :

DONE

2. Slogan
 "Saya suka baca tentang susunatur tapi tak suka tulis cerita sendiri kerana project saya tidak cukup sempurna untuk dikongsi seperti tiada lable dan tak menarik di dalam gambar, so cam segan la nak share. Kalau project yang complete saya suka share.

3. Kerjaya
Engineer

4. Cerita Organising yang saya suka.
Pasal dapur dan filing

5. Promote Kedai Susun Atur
Cer tengok kat side bar makcik

6. Gambar Organising kat rumah makcik.
(Gambar sendirik)


Spice Rack

7. Tag Sahabat


8. Kalau aku pandai buat, entry ni akan sticky mode untuk sementara waktu.
(makcik dah lama xbuat sticky post ni)

9. Jom ramai2 join dan lepas ni kita buat buat kominiti untuk Home Organising Mommies.