Pages

Thursday, December 23, 2010

Akhirnya..

Apa la makcik ni bt malamw2 buto ni blom tido..  Tak  jmPA bTG ANTER LAK. BERSIARAN DR HP NOKIA EN SUAMI. XJMPA CMNR NK TKAN ENTER. HEHEHE. BIOR LA CACA MERBA JANJI KU DPT UPDATE UMAH KECIK KU INI. SOK XDPT NK BERSIRAN SBB LAPTOP EN SUAMI BWK G KEJE. HBS 2 DEN NAK BUAT APO? MULO LA SETAN DOIT DTG MENGHASUT. WAJARKAH AKU SMBAR LAPTOP SENDIRI BARANG SEKETUL 2? SEKETUL CUKUP KUP..WINK WINK WINK. SLMA NI AK ONLINE KT OPIS JE. KT UMAH MALAS NK LAYAN SBB LINE SLOW , KASEH SUKA KACAU, SUAMI PAKAI LAPTOP DAN XDER MASA. HEHEHEHE.  TP DA DOK UMAH XKN AKU NK BERBICARA DENAGN TV JE? HUISSSS. IDEA BIJAK CPT LA DTG MENJELMA. KLU DA PKI LAPTOP SNDR NNT NK KNA ADA BROADBAND. NK PKI BB KE NK PSG STREAMIX EAK. STREAMIX LAJU SKIT KOT TP X MOBILE. Y MOBILE 2 PKI PREPAID PN BLEH KN? HUIS. IDEA IS IMPORTANT..IMPLEAMENTATION IS LATER. HEHEHEHE. TP I NEED INTERNET. WAAAAA. HUPDATE SKIT STATUS KEJE KU. DA LAST HR NI. FAREWELL PN SUDAH. URUSAN LHDN PN SUDAH. SO TUNGGU 4HB MASUK KEJE BLIK SELAMA 3MGGU SECARA CONTRACT. AKHIRNYA..SAMAPAI JUGA WAKTUNYA. SOK G LCCT AMIK NENEK. SUKE LA KSAEH ADA KAWAN NK MELAYAN DIA. HUAAAAA..NGANTUK DA. AMPUN ATAS N3 Y CACAMERBA NI. SMAPAI JMPA LG. NTAH BL AKU DPT OL LG NI. BYE2 KAWAN2. LAP U POGEBE.

Tuesday, December 21, 2010

FareWell Dinner..Nak G Ke ?

Huuuu.
Dilema tol.
Sok department buat dinner.
Tak bleh bawak family.
Waaa.
Dilema samada nak g ke tak.
Klu g means this is my first time stay away from my Kaseh without my husband at night.
Waaaa.
Dulu pernah la tinggal ngan MIL sbb g dinner company En Suami.
Tapi ni sorang.
Ouhhhh.
Nak g ke x?
Kalau tak g cam kurang sopan.
And plus this is the last time.
Waaa. Dilema.

Zaman Dolu2
Bye2 Uniform.
**Dulu masa awal2 rasa cam nurse hospital swasta je uniform ni**
Pikir2 dulu la. Sok buat keputusan,

My English

Bahasa Omputih.
Nak cerita pasal bahasa omputih aku.
Aku memang malas nak baca artikel dalam bahasa omputih.
Kalau atas sebab2 yang kukuh sahaja aku aku akan baca.
Macam agreement ke, term and condition ke atau apa2 la.
Tapi kalau artikel ke buku ke majalah ke akau rasa aku sangat kena bekerja keras nak baca.
Tak relaks.
Tapi recently ku jumpa 1 blog budak2 la.
Xder la budak maner pun.
Mostly dia guna BI tapi ku suke lak baca.
Suke cara dia cakap.

Communication in English.
Ada cerita.
Dulu ku bljr kat UKM.
Masa tu ku pikir nak cakap omputih ni senang je.
Bila ada budak Jerman masuk kelas ktrg, ku tak pernah borak ngan dia.
Tapi ada la kawan ku srg ni kira best pren la ngan dia.
Cakap omputih.
Ku pikir senang je bahasa dia tapi ku sekadar senyum je.
Tak pernah tegur.
Sampai la ktrg 1 kelas g Sg Congkak buat bbq.
Masa tengah lepak2 mamt Jerman ni makan rambutan.
Budak2 lain sume lepak la jugak.
Dia tanya aku " What is this?"
Tolong la, ku nak cakap "This is Rambutan" berbelit lidah aku.
Rasa malunya.
Mungkin sebab segan kot aku rasa cam susah.
Nak sebut "THIS" pun aduih lidah aku tersimpul.
Baru la ku tahu y English ni kena latih lidah.
Masa tu kuda tahun 3 ku risau la nnt nak interbiu camner.
Sejak tu dok kat umah pun cakap omputih ngan housemate.
Thanx my pren 4 support me.

Ni rahsia aku yang ingin ku kongsi..
Aku mmg risau pasal interbiu masa tu.
Apa ku buat aku praktis interbiu semasa "menunaikan hajat"
Kan sambil duduk tanpa buat apa2 ku bayangkan konon2 ada org interbiu aku.
So kalau orang tanya ni aku jawab ni.
Biasakan lidah dan lenggok badan.
Allhamdullillah.. Sepanjang 2 tmpt da aku keje aku hanya g interbiu dlam 5 tempat je.
Kalau aku tak dapat keje tak pun aku dipanggil untuk 2nd interbiu.
So mane y kompom dulu aku sambor dulu.
Aku tak g la interbiu lain.
**Tiada unsur riak disini, tapi nak bgtau y interbiu sgt penting untuk menarik perhatian**

So kepada adik2 y nak cari keje tu sila pastikan bahasa anda boleh difahami.
Tak perlu berasap tapi simple dan difahami.

Dan sekarang ku keje ngan Jepun2 ni bahasa ku da jadi EngPan.
English-Japan.
Bahasanya mmg lain.
Ngan Jepun2 ni tolong jangan guna bahasa yang cange2.
Grammer ni tak penting.
Yang penting perkataan yang mempunyai maksud.
Dan ada perkataan tambahan yang menunjukkan kejepunan,
macam "ne, ka" dlll.
**Tiba2 mata berpinau, idea tak kuar nak pikir contoh**

**Selepas break selama 1 jam**
Sambung balik citer.
Target tahun baru aku, nak rajin baca artikel omputih ni.
Selain dapat tambah pengetahuan tapi dapat improve keyakinan diri bila
communicate ngan orang.
Rasanya bahasa Inglish ku da berkarat da ni.
English yang betul ye.
Bukan EngPan.

Monday, December 20, 2010

BreastFeeding Stage

Perkenalan dan dunia breastfeeding ni ada beberapa stage.
Just to share my opinion just and we will know where we are.

Stage 1 : Knowing The BreastFeeding World.
Sume orang tahu mengenai polisi penyusuan susu ibu.
Only breast milk until 6 months and continue the breastfeeding with the solid food until 2 years.
Lebih kurang gitu la.
Sume orang tahu pasal benda ni sebab kalau hospital kerajaan sblm kita bukak buku merah tu mmg dia akan kasi briefing pasal benda ni.
Sejujurnya..
Masa stage ni aku berpikiran.. ini hanya la POLISI.
Baby and formula milk is the reality.

Stage 2 : I will breastfeed my baby.
Masa ni kita akan berada dizaman Baby and breastfeeding is the nature.
So kita akan bertekad untuk menyusukan anak kita.
Korek dan gali segala ilmu.
Buat research, baca blog, baca forum SUSUIBU.COM, mintak petujuk dari orang berpengalaman.
Dan bleh hadir ke breastfeeding preparation class
Masa ku dulu tercetusnya aku untuk ke stage ini adalah disebabkan Kak Anita.
Baca sini untuk kisah mentor ku.

Stage 3 : Selepas Bersalin
Ni time cabaran paling kuat.
3 hari pertama.
Kalau dapat memboloskan diri dari stage ini.
InsyaAllah, cabaran lain akan ditangkis dengan gagah perkasa.
Kenapa?
Pada stage ni orang tua2 selalu kata "Takder Susu"
Time ni la baby asik nangis je.
Sebabnya kita pun belum pandai nak BF anak.
Mungkin sebab tak pandai dan mmg susu takkan banyak sebab time kolustrum je ya ada.
Tapi ia CUKUP untuk baby.
Kalau kat private hospital kat nursery dorang kasi FM.
Dengan badan kita yang lemah.
Dengan suara kuarang sedap didengar suruh kasi FM.
Biasanya memang kelam kabut la.
Time ni kecekalan kena kuat.

Stage 4 : Back To Work
Time dalam pantang kena kumpul stok.
Reaserch pasal pengurusan EBM.
Membiasakan diri dengan pam dan sebagainya.
Time ni susu agak meriah.
Stage ni jugak kita dok arrange schedule mengepam kt opis.
Membiasakan diri dengan dunia mengepam ni.

Stage 6 : Baby Goes to 6 Month
Kalau bagi sesetengah orang tu kiranya graduation day la.
Tapi untuk ke stage ni pun ada gak la suara2 sumbang.
"Tak sukup sekadar kasi susu je kena kasi solidfood"
"Nanti baby tak pandai makan kalau lambat kasi makan"
Biasanya stok EBM masih berbaki.
Tapi da start ada turun naik la.
Dengan peningkatan permintaan dari baby.
Kalau Kaseh demand dia semasa di skool,
bermula dengan 10 oz semasa 2 bulan dan
16 oz semasa 6 bulan.
Nak sampai ke sini kita gundah gulana bila skool cakap
"Esok kasi lebih skit ye ibu"

Stage 7 : Baby Goes for Solid Food
Time ni kita pun xcited la intoduce solidfood.
Time ni biasanya mengharap y anak akan kurang skit la nyusu.
Kalau Kaseh time ni demand da tak meningkat tapi just maintain.
Sejak intoduce solid sampai skrg just maintain 16 oz.


Stage 8 : Production Drop.
Stage ni boleh terjadi bila2 masa.
Klu ku, panggil zaman ni "EXAM TIME"
Time ni Allah nak buat ujian mengenai kefahaman kita terhadap penghasilan susu.
Biasanya ayat berputar2 adalah..
"Susu da skit"
"Susu da kering"
Kalau kita paham mengenai prinsip penghasilan susu kita akan tahu apa y patut kita buat.
Biasanya
- Milk booster
- Power pumping
- Increase pumping session
dll.
Tu antara bab2 yang Allah nak uji.
Jika kita da buat semua ni Allah akan kasi markah dan ganjaranya.

Stage 9 : My Baby is 2 Years Old
Ni kiranya da pangkat Dr Falsafah la.
Ermmm..
Takder apa yang nak ku komen sebab ku belum sampai stage ni

Stage 10 : Totally Weaning my Baby
"Weaning / cerai susu tak semestinya stop terus susu ibu.
Weaning ni bermula dengan kita introduce solid food"
So totally weaning ni baru terus stop susu.
Kalau ikut adatnya selepas 2 tahun la.
Tapi tak salah kita nak teruskan penyusuan sampai yang kita nak.
Takder istilah "Susu da jadi darah"
Tepuk dada tanya baby.

So..
Kepada ibu-ibu yang terutama berada pada zaman kejatuhan pengeluran susu ibu,
jangan la fikir itu merupakan zaman yang menyebabkan kita memberhentikan penyusuan susu ibu.
Ingat..
Ia merupakan 1 zaman dalam kehidupan seorang ibu yang menyusukan.
Semua orang akan mengalamai zaman itu.
Tapi it's depend kita lulus tak zaman tu.
Kuatkan azam anda untuk BOLOS itu zaman.
Itu bukan dipanggil nasib/takdir tapi sebuah perjalanan.
Good Luck all Mama out there.

Thursday, December 16, 2010

Takut @ Risau

Hoooo..
Rentetan dari aku bakal dibiar tanpa bertali tak lama lagi.
It's make me scare@worry.

Apa Kelebihan Makan Gaji:

1. Ada insurance.
Lets say ada emergency company akan tanggung.
Termasuk lah dengan Kaseh.
Walaupun ada insurance sendiri tapi bila guna insurance sendiri nak kena urus sendiri.
Cam kes Kaseh hari tu.
Guna insurance company, just tunjuk kad je pas tu sume complete diuruskan oleh HRD dan pihak DEMC, walaupun ada masalah tapi dorang setelkan sesama sendiri.
Pasni, agen insurance aku akan berfungsi. Hehehehe.

2. Tanggungan.
Gaji kita fix.
Kalau sakit or emergency leave gaji kita still jalan.
Cukup bulan dapat gaji.
Maksudnya hidup kita ditanggung walau pada hakikatnya "Kerja" kita tak sepenuh gaji kita.
Boleh dikatalan ku dibayar untuk nafas yang ku hembus di opis ni.
Tak kisah la apa yang ku buat mengepam, berborak atau berblogging ku dibayar.
**Sebab tu ku tak pernah komplen gaji setimpal ke tak, aku naik gred ke tidak coz ku tau apa apa y aku buat**
**Dats why i love my job now**

Tu la 2 benda advantagenya makan gaji.
Tu yang aku risau tentang "KEHILANGAN" yang bakal aku hadapi.

Kerisauan yang lain adalah apa jadi ngan aku pas aku berenti keje sok?

1. Aku ni kaki tido.
Susah sangat nak bangun pagi.
Kalau da tak keje sok adakah aku sudah tidak berkesempatan untuk mencium tangan suami ku sebelum dia g keje.
Even skrang dia OT pun aku bangun ulur tangan je salam ngan dia.
Mata pejam.
Kepala kat bantal.
Kaseh?
Kami mengambil keputusan untuk tetap menghantar Kaseh ke skool.
Kol berapa la Kaseh g skool.
Waaaaaa.
Hantu tido ni makin mengganas la kot.

2. Time management.
Skrg ni kt tau kita ada berapa jam je kat rumah.
So sume benda PERLU diselesaikan on da dot.
Tapi selepas "kemewahan" masa yang kita ada ntah apa la ropa time management ku.
Sekarang ni En Suami takder la komplen pasal romah tongganglanggang.
Pasni klu rumah still tungganglanggan camner?
Apa alasan?

3. Financial Management.
Duit pampasan ku cukup la untuk aku tak keje selama 6 bulan.
**Tapi takder la aku nak jd suri rumah selama tu**
Tapi kalau dok kat umah banyak lak aktiviti masa lapang yang melibatkan duit.
Waaaa.
Tak tau dan takut.
Tu yang sibuk belajar mengurus kewangan ni.

Tu la yang berlegar2 di kepala botak ku ini.
Kerisauan dan kebimbangan.
Kepala berputar2 mencari ilham dan countermeasure untuk sebarangkalian.
Nak kena buat failure modes and effects analysis (FMEA).
Kata engineer
**Tapi da nak pencen**

Pssstt : Apa rancangan masa depan?
Tungguuuuu.
Semoga dipermudahkan dan nanti ku kongsi 1 hari nanti,

Wednesday, December 15, 2010

:: LITTLE FINGERS Personal Calendar Giveaway 2010 ::

Di Tag oleh Kak Mieja untuk mengejoin GA.
Den Suko


GA yang menarik.
Sukeeee.

Syarat :
1. Follower ke 2-2 blog tuan rumah - Complete
2. Buat N3 dan Sidebar dan link balik - Complete
3. 2 Keping gambar untuk Calender - Complete
(Kalau lbh nanti tolong pilihkan eak)



Gambar banyak tapi cam kureng menyentuh hati.
Heheheh.

4 - Date Istimewa : - Complete

Papa's Besday = 02 Jan 1981
Mama's Besday = 23 Oct 1984
Kaseh's Besday = 2 March 2010
Mama and Papa Anniversary = 3 June 2009
Mama and Papa CintanCintun Anniversary = 31 August 2004


5 - Tag ini ditujukan kepada :

Untuk keterangan lanjut sila rujuk disini. Klik -----> Sini

Ok.
Syarat dipenuhi.
Harap ada rezeki.

Tuesday, December 14, 2010

You Look Fat..!!!!

Pagi tadi.
Ada sorang supporter Jepun datang.
Last kami jumpa sebelum aku kawin dulu.
Tapi dia buat gaya macam kepak ayam.
Maksudnya adalah...
"You Look Fattttt"

Maner ada gemuk sangat.
Dari 55kg jadi 64 kg je.
64kg sahaja.

Takder la gemuk sangat kan?
.
.
.
Tipuuuu!!!
Tu masa 55kg.
April 2009.
Hahahaha.
Gambar sekarang?
Malu nak tunjuk.

Akan ku kurus sebelum aku mengandung lagi.
Azam 2011.


Monday, December 13, 2010

Yahoo!! Financial


Ni bleh dikira sebagai new interest ku la.
Selain dari BW ke blog ibu2 sambil berkongsi cerita dan tips.
Ku suka mengekplore 1 lagi benda.


Apa yang menariknya?
Kat situ ada culculator.
Gi kat Personal Finance.
Dan bleh la Explore culculator kat situ.
Baru2 ni ku ada la baca buku pasal personal financial management.
Dalam hidup kita ni, lagi2 bila dah jadi ibu bapa.
Banyak benda yang kita perlu rancang dari SEKARANG untuk masa depan.
Contohnya Education.
Katalah 17 tahun lagi Kaseh masuk Universiti.
Memerlukan belanja.
Target aku taknak la meminjam dengan PTPTN.
Sebab utang tu nak membayarnya lama.
Apa kata menabung dari sekarang.
So kata lah untuk 4 tahun Kaseh memerlukan 40ribu.
Katakan ku simpan dalam ASB, dividen 10% la katakan.
So cuba kira berapa banyak kita perlu simpan dari sekarang?

Meh, jom kita kira.
Tak berapa clear.
Berapa Duit untuk Education sekarang = $ 0
Berapa yang diperlukan = $ 40 000
Berapa tahun lagi duit itu diperlukan = 17 Tahun
Dividen tahunan (ASB etc) = 10%

Hasilnya kat situ $987.00 setahun.
Sebulan $82.25.
Bagaimana?

Antara perkara lain y kita perlu consider dari sekarang adalah :
1. Education.
2. Menunaikan Ibadah Haji.
3. Retirement.

Dan banyak lagi.
Kalau kita tak merancang memang kita akan menggelabah dimasa hadapan.
Ni buat yang aku takut.
Bila aku mampu menunaikan haji?
Bila aku pencen sok macamana life aku?

Sekarang ni asal ada duit je cukup bulan habis.
Da habis baru nak beringat.
hehehehe.
Peringatan untuk diri sendiri.

Life is not just what we do or what we have today.
Life is about what / how is our life in the next 20 / 30 / 40 years.

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!


Hari membayar hutang yang diberi oleh Kam.
Anyway selamat ulang tahun yang Ke 6 untuk tuan rumah.
Bleh Klik disini untuk detail.
Hadiahnya sangat best.
Harap2 ada rezeki.

Nak Tag Sapa Eak?
Ermm...
Umialya - Kak Tini
Ezurin- Ayu
Kak Nor

Tag : Mengenali KAMU Dengan Lebih Dekat

Di Tag oleh Sioca Kecil Pn Pijot.
Da lama da tapi tak berkesempatan nak buat.
Ni pun ada beberapa lagi yang belum langsai.
Memandang kan aku takde idea nak buat N3 hari ni so aku buat tag la hari ni.

All About MySelf :
1. Mama kepada Kaseh Melissa Lyana dan Isteri kepada Mohd Ridho Amad Kanan.

2. Anak Kepada Nooriani Rajab dan Abu Bakar Dollah.
Kakak kepada adik kembarku Mohd Ridzuan dan Nurul Azwani.

3. Sangat suke g Sg Buloh.
Beli bunga.
Sekarang my peberet is Orkid.
Tapi biasanya aku tukang beli suami ku tukang jaga.
Jeles tengok orkid ibu mertuaku uang macam gelojoh sangat berbunga.
Sampai sengat pasu.
Bercabang2 bunganya.
Ingat nak antar y kat umah aku ke umah MIL da nak bunga sok nak amik balik.
Aci tak??
Kira antar ke kawasan pemulihan la.

4. Berjumpa dengan suami secara blind date.
Ber"SMS" tanpa berjumpa selama 6 bulan.
Berkawan atas dasar "MUSTAHIL" untuk bercouple.
Sebabnya ada prinsip masing2 yang menyebabkan mustahil.
Tapi sebab lagu "Relaku Pujuk - Spider"
Gugur la segala ego dan tercouple la.
Tapi sampai sekarang y dia menafikan dia tujukan lagu tu kat aku.
Dia kata "I suka lagu tu"
Bukan "I tuju lagu tu kat U"
Waaaa. Ntah2 skrg ni aku da kawin ngan Prince Charles kot.
Tu la ko Lynd "Perasan" tanpa usul periksa.

5. Mase kecik dulu skolah belakang rumah so sangat dekat. Tapi teringin g skolah dengan basikal. So pagi bawak basikal pusing masuk ikut pintu depan sekolah sebab nak kasi jauh skit. Tapi balik jalan kaki sebab lupa yang bawak basikal masa g skolah.

6. Masa umur 6 tahun "terpatahkan" rantai mak yang ada nama.
Baling bawah katil.
Nyorok belakang almari dapur.
Mak cari aku dari pagi sampai petang.
1 kampung da kecoh dan tolong cari.
Kuar dari tempat persembunyian sebab lapar.
Tapi janji ngan diri sendiri kalau mak marah, nak nyorok dan taknak kuar samapi bila2.
Mak da nyaris2 nak call bomba sebab dekat rumah ada kolam dan mak risau g terjun dalam tu.
Hahahahah. Notty Gurl.

7. Ada adik kembar laki ngan pompuan.
Masa kecik dulu selalu kalah kalau gaduh sebab takder geng.
Kami 3 beradik je.

8. Terpikir nak jadi Engineer masa form 4 dulu.
Masa tu ada senior yang da berjaya datang skolah.
Ramai la yang datang dan macam2 bidang dorang ceburi.
Pastu dorang bagi2 la, sapa nak jadi lawyer ikut abang ni, sapa nak jadi engineer ikut abang ni.
Daaaannn disebabkan abang Mechanical Engineer tu Ensemmmmmm habis.
So ku ikut la.
Salah 1 sebab lagi dia cakap pasaran keje Menchanical Engineer takkan drop tapi ni la yang paling susah.
Tapi ku nekad.
Da sekarang aku pemegang Degree in Mechanical Engineer.
Tapi abang tu da jadi pengacara Selamat Pagi Malaysia kat TV1.

9. Tak boleh terkejut!!!!
Kalau aku terkejut mesti aku nanges.
Pernah Cikgu masuk kelas tiba2 buat announcement.
Aku tengah kusyuk buat keje terus menanges.
Cikgu tu cuak ingatkan kenapa.
Bila aku da pindah sekolah cikgu tu citer kat dalam kelas adik aku pasal kejadian tu.
Adik aku tahu la siapa yang dimaksudkan.
Cikgu tu tak tau y adik aku ada kat situ.

10. Amik VSS atas sebab hijrah dan nak kuar dari zone selesa.
Dok merangka masa depan yang bakal ditempuhi.
Bagi memenuhi impian diri dan kebahagiaan keluarga.

10 cukup kot.
Banyak2 nanti boring lak orang baca.


Friday, December 10, 2010

Dengan Ini Diumumkan

Secara tak sengaja terbagi tau kat N3 sebelum ni yang aku akan amik VSS.
Maksudnya perberhentian secara sukarela.
Company ni mmg buat tiap2 tahun.

Motif?
Ermmmm...
Malas nak huraikan.
Tapi taknak la orang anggap company kesayangan aku ni nak tutup.
Jangan salah paham ye.
Sebabnya dulu JVC Malaysia ni buat barang Audio dan Camcorder.
Tapi barang audio kurang jalan da kat sini so banyak la tenaga pekerja yang nak dikurangkan.
Sebab tu la dorang tawarkan VSS.

Untuk camcorder lak hasilnya masih masyukkk.
Tiap tahun ada je model baru.
Dan sekarang ni merupakan peak time untuk new model tahun depan.
JVC masih gah.
Aku sayang JVC ni.

Ni kali ke 2 aku apply.
1st dulu tak lpas.
Tapi kali ni Alhamdulillah mungkin rezeki Kaseh.

Bos dan rakan sekerja yang best.
Habis tu tapi kenapa ku amik VSS ni?

HIJRAH.
Itu lah sebabnya.
Nak mencabar diri.
Apa ku nak buat pasni?
Ermmmmm...
.
.
.
.
.
Menunaikan impian seorang bergelar ibu, wanita dan isteri.

Aku last day 23 Dec.
Tapi khidmatku masih diperlukan.
Sambung contract 1 bulan lagi.
Naik 4 Jan secara contract.

Debaran.
Debaran nak indipendent tanpa ikatan dengan mana2 pihak.
Mampu kah aku?
Hijrah.

Psssst : Mama lakukan ni untuk menjamin masa depan Kaseh dan nak bantu Papa.
Dan juga nak merealisasikan perjalanan impian mama dimasa depan.
I love you all...Mmmmuuaaaahhh..

Thursday, December 9, 2010

Dup..Dup..Dup..

Tak leh pikir.
Sebab?
Lapar...
Hahahaha.
Lapar.
Tak sempat nak bekpes.
Nak kena iron baju en suami dulu pagi td.
Dia ada dinner malam ni kat putrajaya.
Tak bleh bwak family.
Habis tu ku nak bawak diri ke mana?
Hidup ku tak bermakna tanpa En Suami.
Lari umah mak mertua aku la.
Padan muke dia.
Spa suruh tinggal bini ngan anak.

Haaaaa.
Apa melalut ni?
Nak bgtau sebab iron bju En Suami so gerak keje lambat
so tak sempat bekpes.
Nak beli air kat vendor machine pun tak sempat.
Perut da menggelupur.
Di tambah lagi dengan beberapa problem yang nak kena pikir.
Tapi disebabkan lapar punyer pasal sume tak leh pikir.
Laparrrrr.
Grrrrrrrrrrr...

Antara problem nak kene pikir :
1. Nak kena g LHDN nak setelkan hal VSS aku ni.
2. Tangki air kat atas umah aku tu bocor so nak kena tutup paip kat luar.
So da seminggu aku tak masak untuk Kaseh.
3. Dok pikir apa la nasib aku pas berenti keje nnt.
4. Dok countdown hari terakhir aku kat sini.
5. Bos still kasi project nak kena hendle saat2 akhir ni camner nak focus.
7. Malam ni kami tinggal ber2 je. Papa balik lambat. Nak larikan diri rumah mertua ku la.
Tapi nak kena balik dulu kemas barang.
6. Lapar..Grrrrrrr...

Pssstt : Maaf ye Kaseh. Mama mmg camni. Kalau lapar mmg tak leh nak di tahan.
Hilang segala focus.
Dok terpikir, aku ni manja sangat ke. En Suami takder idupku tunggang langgang.
Lapar...Grrrrrr...

Wednesday, December 8, 2010

Pendapatku Mengenai BreastFeeding

Da 9 bulan ku nenenkan Kaseh.
Da lebih 9 bulan ku kenal dunia breastfeeding ni.
Selama itu juga la ku menyokong dan mempromosikan breastfeeding ni.
Pendidikan secara formal takder la.
Cume secara pengalaman dan pembacaan.
Ada beberapa perkara yang ku pelajari dan perasan.
Antaranya :

1. Bila bercakap tentang kebaikan susu ibu dengan ibu yang sudah ada anak besar,
berhati-hatilah. Sebab mungkin dia ada kisah tak best mengenai susu ibu dengan anaknya.
Mungkin dia pengguna susu formula tegar.
Mungkin dia menyesal sebab baru sekarang tahu pasal susu ibu
Atau mungkin juga dia memang kondem susu ibu.
So berhati-hati.

2. Bila anak sakit.
Soklan yang ku pernah dapat,
"Kata susu ibu, nape anak sakit je"
Ingatlah wahai ibu-ibu sekelian sakit itu dari Allah, dikasi vitamnin paling mahal dalam dunia pun kalau Allah kata nak sakit, sakait la dia.
Ingat..Sakit itu ujian bagi kita. Ingat Allah sayang kita.

3. Breast Pam.
Jangan kaitkan susu ibu dengan breast pump.
"Yang ni bagus, harganya ni"
"Ni mahal skit tapi best"
'Kalau nak BF anak kena pakai pam ni"
"Pam ni tak elok sangat"
Bayangkan kalau kita dok cerita pasal susu ibu yang jimat tiba2 cerita pasal pam yang **mahal** nanti kang bantut lak niat nak BF.
Setengah orang tak dapat nak kira lagi long term investment ni.
Sooo..Tanamkan dulu knowledge susu ibu.
Semai biar subur dan tumbuh mekar.
Pastu baru la orang tu akan pikir pasal kos pam.
Masa tu niat BF akan mengatasi segala benda.

4. Jangan kondem orang yang guna susu formula.
Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui.
Hanya Dia yang Tahu urusan dimasa depan.

5. Direct Breastfeeding adalah cara paling senang nak dodoikan anak dan nak pujuk anak.
Sampai sekarang aku tak tau camner nak tidokan anak tanpa BF.
Kalau anak jatuh pun dan nanges, 1 - 1 nye method memujukku adalah BF.

6. Boleh pomot susu ibu kat suami2.
Kat opis ni group aku laki so aku bnayk pomotkan dorang bila aku tau wifey drg pegnen.

7. Pomot kat ibu mengandung adalah paling berkesan.

8. Rasa bangga bila orang tanya "Minum susu Brand apa?"
Jawapan ku " Susu badan JE"

9. Ibu kena "Degil", "Keras Kepala" dan "Tak dengar cakap" bila orang kata "Susu Tak der", "Baby lapar" " Baby taknak Direct".
Yakin diri dengan ilmu yang kita dah cari dan keputusan yang kita da amik.

10. Orang selalu ingat aku nak jual barang / ada niat tersembunyi bila aku citer pasal susu ibu.

**Susu Ibu adalah Yang Terbaik**
**Allah menciptakan sesuatu itu bersebab**
**1000 tahun dulu ada susu formula ke?**

Monday, December 6, 2010

Blues Tahun Baru

Sok
1 Muharam 1432 H
Lagi 25 hari
1 January 2010 M

Biasa la.
Da masuk tahun baru mula la nak review kejadian tahun ni
dan merangka aktiviti dan matlamat untuk tahun depan.
Tahun depan bakal menunggu adalah satu anjakan paradigma akan dilakukan.
Sekarang ku berada di zone selesa.
Da telampau selesa sampai there is no passion on life.

Fuhhh.
Nak mencabar diri sendiri dan mengenal kemampuan diri.
Keputusan sudah diambil.
Restu sudah diberi.
Everything is on myself.

Jangan kesal dengan keselesaan yang ditinggalkan.
Jangan mengeluh dengan kesukaran yang dihadapi.
Kesusahan adalah permulaan untuk sebuah kesenangan.

Hijrah.
Zaman Rasulullah dulu orang berhijrah meninggalkan Kota Mekah ke Madinah.
Meninggalkan rumah dan keluarga.
Tapi mereka beribadah secara bersembunyi ditindas.
Menghadapi cabaran semasa keluar dari Kota Mekah dan menghadapi cabaran penerimaan penduduk madinah.
Hasilnya..
Madinah menjadi sebuah kerajaan Islam yang Kuat.

Hidup ini ada 3 fasa.

Keselesaan
Kesukaran.
Kejayaan.

Keluar dari zon selesa menghadapi cabaran dan kesukaran dan hasilnya sebuah kejayaan.

Aku bakal meninggalkan zon selesa.
Cabaran menunggu didepan.

Ya Allah,
Kurniakanlah aku hati yang tabah.
Permudahkan lah segala urusanku.
Jauhilah aku dari mala petaka.
Kepada-Mu aku berserah dan bertawakkal.
Aminnnn..


Friday, December 3, 2010

Result "Follower 30"

Result da dapat!!!
Sori la kawan2.
Ku jenis tak sabar nak tunggu result.
Keputusan da ada.
Sebab syarat untuk 30 follower da ditepati.
So ku tak sabar nak announce pemenang.

Kategori 1. Pengkomen Pertama

2. Follower ke 30.


3. Lucky Draw 30.

Tahniah kepada pemenang.
Sila Emailkan Nama, Alamat dan No Tel ke
sitinorhas_linda@yahoo.com

Psst : Weekend ni ku g cari hadiah.
Dasat tol buat GA untuk 1 hari je.
Gelojoh tol Pn Lynda ni nak kasi hadiah kat orang.

Follower 30 - Perhatian Kepada Follower dan Silent Reader (Sticky)

Follower 30?
Ku tahu rumah keceq ku tak ramai follower.
1st entry ku 23 April 2010.
Sampai sekarang bila ku tengok bilangan follower ku tertulis 30.
Tapi bila ku check sebanarnya 28.
Sebab ada yang double follow dan 1 lagi aku sendiri.
So ku decide ku tunggu cukup 30 ku nak buat lucky draw untuk follower ku.
Tak kisah la samada ynag pernah lalu je ke atau selalu terjah N3 aku.

So sini ku listkan follower ku :


2- Srifairus Tiada Link

3- Rashliana Tiada Link


5 - Ainur_Insyirah - Tiada Link





10- Rodi_127 - Tiada Link

11- Hafiz dan Mawaddah - http://buatmuanakku.blogspot.com/


13 - Baincardin - http://www.baincardin.com/



16 - Sajirah Azlan - Tiada Link

17 - rose--{@ibuRafiq@}-- - http://rose-lina.blogspot.com/


19 - Normaliza@Chippo - http://chippoayang.blogspot.com/


21 - a-ann - Tiada Link


23 - Along Azrina - Tiada Link




27 - Ied84essur - Tiada Link

28 - Norlaili Salleh - Tiada Link

29 - Ibu_niyaz - http://dakapanrindu.blogspot.com/


Beberapa kategori akan ku buat :
Kategori 1. Pengkomen Pertama

Setelah N3 ini dipublish siapa yang komen pertama dia dikira pemenang.
Tak kisah la anda follower atau tidak.
Ini bagi menghargai silent reader.
Cepat222 Comment

2. Follower ke 30.

Juga bagi menghargai silent reader yang lupa untuk follow.
Kalau kategori pertama dan ke2 adalah orang yang sama salah 1 sahaja akan dikira.

3. Lucky Draw 30.
Bila follower ku cukup 30 ku akan buat 2 cabutan.

HADIAH
Belum decide lagi. Sebab ilham terjun camtu aje si ilham untuh hadiah belum terjun lagi.
Tunggguuu.
Tapi hadiah tak seberapa la.

Kenapa Angka 30?

1. 30 hari lagi En Husband celebrate besdaynya yang ke 30.
2. 30 je follower yang paling dekat. Nak tunggu 40 lambat sangat.
3. Ku bercadang nak buat GA untuk "sesuatu" so maybe pasni follower bertambah dan tak dapat nak kenalpasti follower GA atau follower perintis.

Thursday, December 2, 2010

Menunggu "30"

Apa 30?
Nantikan......

Dah 9 Bulan Da

Ku suke tunggu 2 hb setiap bulan.
Sebabnya Kaseh genap bulan.
Hari ni 2 December 2010.
Kaseh genap 9 bulan.
Meh sini mama nak citer apa Kaseh da buat untuk sembilan bulan ni.
Hari jantung mama nak gugur.
Hobi Kaseh memanjat.
Tak kisah la, tangga ke, kerusi ke, mama ke, papa ke.
Malam tadi paling suspen.
Kaseh panjat peha mama masa mama baring,
sekali kepala Kaseh tersungkur ke depan.
Ada bunyi "Krup"
Kaseh nanges tak ingat punyer.
Mama ngan papa da panik tak hengat punyer.

Tengok2 lidah Kaseh berdarah.
Maybe tergigit kot.
Kaseh da ada gigi 4 batang.
2 atas 2 bawah.

Mama n Papa takut gigi patah ke, hidung patah ke, dagu patah ke.
Mama tahu, sakit sangat sebab darah.
Tapi Kaseh kuat.
Kaseh nengis kejap je.
Sian anak mama.
Jangan la lasak sangat.
Gugur jantung mama.

Sekarang Kaseh da tau rindu2.
Minggu ni papa asik balik lambat je.
Kol 8 baru sampai rumah.
Papa sampai je Kaseh terus merangkak ikut papa.
Papa nak bukak baju nak solat pun tak sempat.
Papa angkat, Kaseh peluk je leher papa.
Mama nak amik pun Kaseh tak nak.
Rindu papa eak?

Da pandai henjut2kan badan bila dengar muzik.
Lagi2 iklan tv3 yang bila nak start citer baru.
Nanti mama beli CD Barney n Friends untuk Kaseh.
Orang kata music merangsang otak bayi.

Sekarang mama nak makan kat luar da tak senang.
Kaseh da taknak dipegang lama2.
So mmg 1st option masak kat umah je la.

Da pandai bising mulutnya.
Apa ntah y Kaseh cakap, mama tak paham.
Bila orang ajar Kaseh Taateh,
Kasuh pun "Tetetetetetetetete"

Da pandai ajak orang pok amai-amai.
Lagi2 ngan nenek.
Pegang tangan nenek suruk pok amai2 sambil nyanyi.
Kaseh Ngan Epan Naik Bebek

Kaseh da pandai mintak bantal kalau nak tido

Nenek belikan bacikal untuk Kaseh

**Dok pikir apa nak buat untuk besday Kaseh nanti**

Jom Terjah AnakDaraDen Contest

Budak Lea ni tag ku untuk join Contest ni.
Klik sini untuk detail.

Nak Tag Sapa eak.
KakNor
Kamala AnnaDa Lady


Wednesday, December 1, 2010

Kalau La Ku Dapat Kerja Cam Operator

Apa maksud ku?
Kalau dikilang ni istilah "Direct Worker" adalah istilah untuk operator.
"Indirect" adalah yang lain2 termasuk la engineer, HRD, security dll.
Kenapa?
Direct bermaksud orang terlibat secara terus dalam penghasilan sesebuah product.
Operator kan yang tukang pasang sume part tu.
Kalau takder dorang product takkan dipasang.
Mereka juga dikira dalam kos penghasilan product selain dari kos part yang hendak dipasang.

Indirect pulak orang yang terlibat secara tidak langsung.
Macam HRD.
Dorang tak buat product.
Kalau dorang takder setakat sehari dua ok lagi.
Product boleh terhasil.
Begitu juga enjinNaya.
Tapi sume bahagian adalah penting.

Apa yang ku nak cakapkan ni adalah prinsip operator.
Kat sini kalau ada problem macam part tak cukup, part ada problem ke dan
lain2 sebab yang akan menyebabkan operator tak bleh bekerja production akan
istiharkan "LINE STOP".
Line stop ni melibatkan DUIT.
Kalau misalnya operator tak berkerja selama 1 jam, maksudnya product yang sepatutnya dihasilkan dalam masa 1 jam tu tak dapat dihasilkan dan bayaran untuk upah dorang tanpa bekerja itu dibayar diistilahkan sebagai "LOST TIME".

Kalau contohnya aku tertido selama 1 jam kat depan PC ni, ke pengsan ke dorang takkan kira sebagai lost time.
Begitu pentingnya operator.

Pagi tadi ada la problem skit kat production.
So berkampung la jap kat sana.
Sambil buat keje tu ku terpikir, kalau la aku dapat bekerja cam operator ni.
Masa dorang sangat berharga.
Kalau nak kira keberkatan dan kebersihan gaji dorang,
aku rasa gaji dorang lagi berkat.
Takder ngula2 ni.
Time is money.
Walaupun bukan duit dorang tapi masa dan kederat dorang boleh menghasilkan duit.

Ku terpikir berapa percent duit gaji aku tu yang betul2 bersih digunakan untuk berkerja.
Blogging time keje, mersembang selepas mengepam, g kantin sebelum bell,
melencong time g supplier.
Kekesalan kah ini?
Takder la kesal tapi terpikir je.
Tapi kalau nak kira bidang keje ku dikira agak flexible dan bermusim.
Time development mmg bz da habis musim development rehat la jugak.

Kalau aku disuruh jadi operator selama sebulan agak2 mampu tak aku?


Pssttt : Dok cari arah untuk 2011.



Saturday, November 27, 2010

Hasrat Hati Seorang Ibu

Benda ni berputar-putar di fikiran since last weekend.
Selama ni ku dok risau kalau anak orang buat Kaseh di skool.
Tapi kejadian last week membuat ku membuka mata.
Kaseh da lama tak jumpa Arfan, sepupunya.
Asal balik je Arfan ke rumah mamanya.
Umur Arfan ni genap 1 tahun beza dari Kaseh.

Bila Kaseh jumpa Arfan dipanjatnya budak tu dan di pup..pup.
Ku terpikir kat nursery Kaseh kerjakan anak orang camni gak ke?
Soknya ku tanya Ummi.

Ummi cakap Kaseh ni lasak.
Dia mmg suka panjat2.
Suke amik barang kat tangan orang tapi bila kawan dia amik balik dia tak leh terima.
Aiyoooo.
Gundah gulana aku.
Salah didikan ke?
Normal ke untuk seorang baby yang berumur 9 bulan?

Ku tak nafikan ku bergurau ngan suami ku pun agak kasar.
Main pukul2.
Takut lak Kaseh tafsirkan itu sebagai berkasih sayang.
Ahai la.

Susah hati aku.
Bila baca2 pasal parenting mmg baby akan ikut apa yang ada dikeliling buat.
I know and realise i am not a good example to my baby.
Waaaaa.
Susah hati.
Tapi betul la.
Kalau kita nak orang jadi baik kita kena jadi baik dulu.
Waaaa.

Mama nak Kaseh jadi a good girl.
- Good Behaviour
- Talk nicely.
- Be patient
- Listen to mama and papa
- Know how to take care yourself
- Can control "DO" and "Don't" by yourself
- Always with Allah

Tinggikah harapan mama untuk Kaseh?
Layak kah mama minta Kaseh buat walaupun mama sendiri pun tak buat?
Kalau Kaseh baca entry ini mungkin waktu ini Kaseh da besar dan boleh berfikir.
Walaupun siapa dan bagaimana pandangan Kaseh terhadap mama, mama nak Kaseh tahu, yang mama sentiasa inginkan Kaseh jadi yang terbaik.
Bukan untuk mama.
Tapi untuk Kaseh.
Mama minta maaf kerana mama bukanlah ibu yang terbaik untuk membentuk Kaseh yang terbaik.
Mama sayang Kaseh sangat2.

Nursing Room - On Discussion

Walaupun blum kompom tapi ku da berbunga-bunga.
Tadi masa g mengepam kat klinik, bos klinik datang (HRD la)
Dia kata ni perjumpaan ibu2 menyusu ke?
Sebenarnya sorang akak ni tunggu turn nak mengepam sebab dia tertinggal pam
so kena pakai pam aku.
So nampak la crowded skit kat dalam bilik nurse ni.

So secara tak sengaja terkeluar la cadangan untuk membuat nursing room.
Sebabnya untuk yang pakai letrik akan bermasaalah sebab kat bilik rehat takder plug.
So menempel kat bilik Doktor.
Bila ktrg mengepam orang lain nak check blood pressure pun tak leh.
Dan kadang2 bila nurse tak der so kitrang pun melilau cari port lain.

Dan cadangan untuk nursing room tu diluluskan oleh bos.
Nanti ku snap gambar bila nursing room tu da siap.
Bagus tol kilang ni.

Friday, November 26, 2010

Cerita Cuti Sekolah

Apa la kaitan cuti sekolah ngan Mama Kaseh ni.
Walaupun orang panggil cuti sekolah Kaseh still need to go to school.
Selagi mama berkerja.
Kaseh tak kisah kan?
Kat skool Kaseh ramai kawan kan?
Kaseh nak jadi budak pandaikan?
Mama selau dengar Ummi ajar A..B..C..1..2..3..
Baca doa dan sembahyang.
Kaseh jaga diri eak.

Apa aku melalut ni.
Ku suka cuti sekolah.
Jalan tak jem.
Bahagia.
Pagi2 gerak kol 7.00 am kol 7.30 am ku da berlenggang ke kantin.
Kalau tak delay gak la 10 minit.
Kadang2 ku terpikir apa la kaitan budak sekolah dengan lalu lintas?
Adakah kereta2 cikgu mempengaruhi bilangan kenderaan dijalan raya?
Adakah ibu bapa yang menghantar anak2 g skola on da way g keje,
tak perlu berkerja bila cuti skola?
Entah la.
Tapi ku suke.
Lagi 1 bila cuti skola ku takyah ikut jalan jauh untuk balik umah.
Sebab jalan menuju ke rumah ku lalu depan skolah.
Time aku balik lebih kurang dengan waktu budak skolah kuar untuk sesi petang.
So mesti sangkut punyer la dengan kete parents and budak skola melintas.
Walaupun ada jejantas, dorang tak guna.
Sebabnya klau cross terus 2-3 langkah da sampai seberang.
Kalau jejantas mau 5x ganda jarak.
Kalau aku pun pilih cross terus.
SO nak balik pusing la jauh skit nak elak jem.

Tadi g klinik jap amik ubat selsema Kaseh.
Musim budak berkhatan.
Macam2 pesen.
Ada yang masuk separuh patah balik tarik tangan ibu
"Mama, jom balik"

Ada yang menakut2kan adik2 dorang.
Tadi ada time srg ni dok menakut2kan adik dia,
skli kuar budak lain dr bilk doktor buat muke selamber je,
siap2 kipas2 lagi kain pelikat, dia pun jerit
"Aik, selamber je dia. Tak sakit ke?"

Sume orang gelak.
Macam peil la.
Budak2 zaman sekarang da tak takut kot.
lagi trend berkhatan beramai2 lagi la nak prevent perasaan takut budak.

Teringat kisah adik lelaki ku.
Adik ku kembar laki-pompuan.
Dorang rapat sangat walaupun berlainan jantina.
Mandi-tido pun sama.
Bila berkhatan mak da tak kasi tido n mandi sama.
Susah gak la nak pisahkan dorang.
Tapi lama2 ok la.
Tapi bila da besar suke sangat gaduh.

Yang tak best cuti skola ni lak, shopping complex penuh even weekday.
Semalam ku dipaksa bos g Sunway Piramid antar camera department y rosak.
Da la tak aksi g berpasangan.
Ku da la tak pernah g sendiri.
G pun orang bawak je.
Parking penuh.
Tak jumpa kedai camera.
Tak jumpa pintu parking.
Hais Tension.
Ku mmg tak suke g mall yang sesak.

Huhuhuhu.
Tu je la citer cuti skolah.
Nanti Kaseh da skolah sok tak tau la apa ceritanya.

**Bebelan hari jumaat**
**Tension sebab sok kena keje**
**Berdebar menunggu keputusan sesuatu yang akan mengubah perjalanan hidupku**
**Mama Rindu Kaseh**

Thursday, November 25, 2010

Nyee Kaseh Nak Datang



Nyee?
Apa tu.
Moyang la.
Nenek ku.
Ancestor.

Moyang Kaseh nak datang.
Hari tu masa balik raya haji ku ajak la dia datang.
Patu dia kata dia tak larat.
Dan ku pikir kalau nenek datang pun nanti ku keje camner.
Dan memandangkan aku akan "bercuti" panjang.
Ku da book tiket kapa tube untuk nenek.
Besh..besh..besh..
Seronok sangat.
Tadi tepon dia.
Dok kata berapa hari lagi eak.
Tak sabar nak tunggu.
Apatah lagi aku.

Huhuhuhu.
Balik raya hari tu dia kata terasa cam nak g pantai.
Ku bawak la g pantai.
Seronok bukan main dia.
Dia kata da lama dia nak datang tapi xder orang bawak.
Mau taknya.
Mesti orang ingat dia main2.

Seronok2.
Toing
.
.
Toing
.
.
Toing.

**Mek jaga diri leklok. Makan ubat. Minum Susu biar tulang kuat. Nanti bleh datang sini**