Pages

Thursday, April 7, 2011

Saya Terabai..?




Nama Saya Sesumpah.
Saya sangat berjasa kepada tuan saya.
Masa tuan saya tahun 2 di Universiti Kebangsaan Malaysia, saya mula berkhidmat dengan dia.
Dengan bentuk muka bumi di UKM yang berbukit bukau saya berkhidmat dengan cemerlangnya.
Walaupun kadang2 semput gak naik bukit tapi saya tetap gagahkan demi tuan saya.

Saya pernah eksiden 2 x.
2 eksiden tu la yang menyebabkan saya hilang sayap kiri dan kanan.
Tapi saya masih berkhidmat dengan tuan saya.

Masa tuan saya dok rumah sewa di Seksyen 15 BBB,
saya amat diperlukan oleh tuan saya, gi kelas, gi warta, gi pasar malam.
dan tuan saya paling tak boleh lupa masa mak dia datang UKM.
Saya la yang bawak mak tuan saya g jalan2.
Turun naik bukit di UKM, sebab tuan sy nak tunjukkan kawasan UKM kat mak tuan saya.

Tapi kadang2 saya ada gak menyusahkan tuan sya.
Ada 1 musim tu, beteri sy asik kong je, so tuan saya selalu hantar bateri ke kedai moto u di cas.

Walaupun rupa fizikal sy tak cantik, dengan kulit sy menggelupas dan kehijauan, tuan saya tiada pilihan lain.
Sy setia menemani tuan saya.

Bila tuan saya habis belajar,
Sy masih digunakan.
Berulang alik dari Taman Putra Perdana ke Bukit Puchong,
untuk mengangkut tuan saya yang da semakin gemuk untuk g keje.

Tuan sy ni tak senonoh, saya dibawa secara haram,
bertahun saya tak dibayar cukai jalan.
Kena tahan ngan polis, di klentongnya polis tu kata road tax tertinggal.
Sy yang cuak mana tau saya kena angkut g balai.

Sampai la pada suatu hari, masa tuan saya balik dari keje,
saya tiba2 merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Sy mati ditengah jalan.
Tuan sy tolak ke tepi jalan.
Setelah dibedah siasat, rupa2nya tali minyak saya putus.

Ada la cobaan nak menyelamatkan sy dengan menggantikan dengan organ ya baru,
tapi sebab sy ni datang dari plenet lain so organ sy sudah tidak dijual lagi.
Maka berakhirlah tugas saya di situ.

Sekarang?
Saya masih disini.
Tuan sy ni baik.
Dia angkut sy sekali pindah.
Diletakkan sy dibelakang rumah.
Sekarang dia da kawin dan ada anak,
anak dia suka panjat2 sy.
Sy tak kisah.
Sy suke.
Tapi kadang2 sy dengar2 jugak tuan sy nak jual sy ke besi buruk, tapi dia kat sayang.
Banyak kenangan.
Sy tak tahu sampai bila sy akan terus disini.
Aku diabaikan?
Tidak..
Walaupun saya tidak lagi dapat berkhidmat dengan tuan sy, cukup lah saya dapat melihat keluarga tuan sy berkembang.
Saya tahu tuan sy pun sayang saya juga.
Ini la tuan sy yang sudah bersedia nak g kelas.
Saya sayang dia.

Pssst : Tiba2 rasa sebak pulak ingat zaman dulu2 mengenang jasa moto ni kat aku.
Lynd..Don't tell the others that you are almost crying now.




5 comments:

Imaan09 said...

menatang tu idup lagi???napa nama aku xtermaktub dlm cerita dia??

Kasehku said...

Sebab aku tau ko mesti komen punyer.
Hehehehe. Secara automatik termasuk la citer ni. Nak tambah "Selain tuan saya, saya ada angkut sorang minah yang tak kurang beratnya, dia tukang kasi signal kt roundabout sebab signal blkg sy tak idup" Huahuahuahua

umialya said...

teringat waktu belajar dulu, subjek BM wat karangan: saya adalah bla.bla.bla..

My Aisy said...

hehe...teringat masa2 kat pliteknik dulu...em..

oklah tu leh main gan anak tuan lak...

EllyEllies said...

ingat lagi muto lyn ni..huu..windunye zaman ukm dulo2