Selain ini merupakan filem pertama dan pengalaman pertama anak-anak menonton wayang,
Ini merupakan movie mama yang pertama selepas 3 tahun 10 bulan berpuasa menonton wayang.
Last movie yang saya tengok "The Wolf" masa mengandungkan Kaseh 8 bulan.
Berdebaunya mama nak g tengok movie ngan budak umur 3 tahun 9 bulan dan 1 tahun 8 bulan ni mengalahkan orang nak g interbiu.
Sebab tak tau apa nasib.
Adakah saya perlu keluar meninggalkan Papa dan Kaseh sebab Awatif meraung atau boring atau takut.
Tanya2 orang yang biasa bawa anak kecil masuk wayang.
Antara tips, gi time nap mereka supaya masuk je dalam tu dia akan tertido.
Bawak susu, selimut, stokin demi untuk keselesaan baby.
(Awatif kira baby lagi ke?)
Plan tengok kol 9.25 pm.
Beli tiket online supaya dapat pilih sit yang terbaik iaitu sit paling tepi supaya senang nak keluar masuk.
Sudahnya maghrib tu Awatif tido.
Mungkin sebab tengahari dia tido tak lama.
Dah mula risau buatnya dia meragam.
Tapi pemikiran papa optimis.
Dengan harapan dia cukup tido, makan and minum dia takkan meragam.
Kaseh excited bukan main sebab nak tengok wayang.
Padahal apa kebenda wayang tu pun dia tak tau.
Kaseh oooohhh Kaseh.
Pendek citer,
Orang yang paling melopong watching the movie is AWATIF.
Sambil makan popcorn.. menyuap ke mulut.. mata tak toleh kiri kanan.
Mama just pastikan supply popcorn di tapak tangan sentiasa cukup.
Kaseh.. Diam sambil malu2 bila cuit dia.
(Kaseh ada special mimik muka bila dia malu)
Bila dah nak habis2 tu dia sibuk bersesi "kenapa"
"Kenapa Anak (Anna) dia sakit?"
"Kenapa kakak dia lari?"
"Kenapa tangan dia biru?"
Ok.. She's learning..
Anyway the best part and hikmah about this movie is the sisterhood..
Kaseh dah start bahasakan diri dia KAKAK.
Kalau tak asyik Kaseh je sampai Awatif pun panggil nama je.
Apa-apa pun movie ni memang best.
Animasi yang cantik..
Lagu yang best..
Makcik kasi 11/10..