Pages

Tuesday, September 24, 2013

Azam Kurus dan Handphone

Assalamualaikum.
Da dekat sebulan saya hidup tanpa Samsung S2 saya.
Rosak.
Saya perasan memang ada problem tapi ada beberapa kali Awatif da buat drop test.
So padam la dia.

Gi repair katanya LCD problem, da repair bawak balik rumah simcard pulak tak detect.
Dah tu lepas check sume dia kata tak boleh repair kalau repair pun mahal baik beli hp baru.
Pasrah.

Keperluan utama saya untuk smartphone adalah wassap.
Saya ada "pendamping".
Yang selalu ada bersama saya.
Kalau apa2 pun yang terlintas terus saya wassap pendamping saya itu.
Kadang2 send wassap sekadar nak meluahkan apa yang terlintas kat kepala je.
Dan tak mengharap feedback pun dari dia.
Lagi bagus update kat dia dari update kat FB.
Heeee..

Tapi since takder hp ni terasa "sunyi".
Tiada kawan bercerita.
Hanya dia yang tahu hampir segalanya tentang saya.
Kadang2 cerita separuh je, dia da paham apa maksud saya.
Kalu orang lain, mungkin tak faham / salah faham / taknak faham.

Miss U.
Anda tahu siapa anda.

Selain dari wassap, kegunaan sampingan lain adalah FB.
Jarang sangat update.
Kalau update pun cerita pasal anak2 je.
Baca update orang je.
Tapi itu mendatang perkara yang tidak baik.
Datang perasaan dan bisikan mengulas update orang.
Sangat tak baik.
Dan ini yang menyebabkan saya rasa tenang bila tiada HP.

Yang lain mcam internet ke apa tak kritikal sangat sebab kat rumah and opis ada tenet.
Satu lagi yang paling penting pasal hp ni adalah camera.
Haaa... sebab tu mood update blog ke laut sebab xder gambar.
Dan kali ni semangat berkobar2 melepasi paras normal tu yang gagah jugak taip entry ni.

Last week da survey2 jugak handphone pengganti.
Tapi terasa sayang pulak duit nak dikeluarkan untuk perkara yang tidak dijangka ini.

Tiba-tiba, masa tengah mandi beberapa hari lepas, terdetik idea yang mencabar.
Iaitu..

Saya hanya akan beli handphone baru bila berat saya dah cecah 55kg.

Nekad.
Terutama untuk mengabaikan pendamping.
Ko kena doakan aku kuat semangat baru kita dapat connect balik dengan lancar.

Itu azam saya.
Harap dapat bertahan.

7 comments:

bibi yusof said...

haah ..tk terpikir nak give reward kalau dah achieve target... yeah... good one mama lynd..

Mama Lynd said...

Reward mesti ada untuk pembakar semangat.

adianiez AIDA said...

wah! a very good motivation :-)
in shaa Allah sukses!

Fizah said...

nk beli hp apa? aku pun tgh survey..motorola atrix ok ke ek?

Mama Lynd said...

Aida : InsyaAllah. Moga kuat semangat.

Mama Lynd said...

Pijot : Da bisa ngan samsung dok tengok samsung je la.

mamasyafi said...

First time menjengah....memang awesome
Reward diri lepas achieve something..ala2 sugar & cane gitu. Good luck dear.

Sedikit perkongsian mengenai azam kurus di blog sy ye.


https://mamasyafi.wordpress.com/2013/08/22/bila-lecithin-dan-alfalfa-bergabung/