Pages

Monday, July 15, 2013

Puasa Diperantauan

Assalamualaikum.
Hari kedua di Korea.
Baru ada angin nak update blog.

Teringin nak kongsi pengalaman sepanjang berada disini.
Tapi nak update di blog kena ada story board dulu.
Kann..

Kalau update di facebook, lebih simple dan dengan 1 shot je da boleh update.
Tapi tu la, facebook tu terlampau open.
Terasa nak segan nak share gambar-gambar apatah lagi cerita.
Tak mahu disalah sangka.

Di rumah kecilku ini, saya bebas meluahkan suara hati tapi masih dalam keadaan terkawal.
Dan pembaca pun terkawal.
Hanya yang suka dan berfikiran terbuka sahaja yang akan buka blog kita kan?
Dan dia blog juga pembaca rela untuk membaca mengenai penulis.
Sapa yang tak rela tapi bukak jugak http://kasehku-hidupku.blogspot.com
Kalau di facebook tak rela pun newsfeed akan tayang.

Ok sudah.
Back to topic.

Serius, bila memikirkan puasa yang dikatakan panjang (3.30 am - 7.50pm)
lebih 16 jam.
Risau juga.
Berbanding di Malaysia 14 Jam.
Hey 2 jam je la beza.
In fact waktu Korea awal 1 jam dari Malaysia so saya yang buka puasa dulu pun.
Yang beza just kami kena sahur awal.

Beberapa bulan lagi sebelum kesini memang risau.
Tapi selalu bisikan kata semangat bukan saya sorang dalam islam kat Korea pun.
In fact ada yang kena puasa sampai 19 jam.
SAYA MESTI BOLEH.

Bila baru tersedar yang tinggal lagi seminggu nak ke sini, saya memang banyakkan doa semoga Allah pemudahkan urusan saya.
Saya nak sangat berharap dan nak tunjukkan kat rakan sekerja saya di Korea walaupun kami berpuasa kami masih mampu untuk menjalani rutin harian kerja seperti biasa.
Suruhan Agama tidak menghalang urusan kerja kami.
Itu harapan saya.

Dan Alhamdulillah.
Sepanjang 2 hari ini dijalani dengan biasa-biasa sahaja.
Tiada cabaran besar.
In fact Allah masih memberi ruang untuk membaca al-quran walaupun sehalai 2.
Nasibaik baik bawak al-quran hari tu.

Hari pertama bersahur dalam flight Korean Airline.
Memang layanan istimewa untuk kami muslim.
Alhamdulillah dipermudahkan.
Sampai di Incheon Airport, dalam kol 8 pagi, naik teksi terus ke terminal bas Seoul.
Perjalanan lagi 2jam setengah untuk ke YeongJu.
Dimana terletaknya salah satu plant Novelis di Korea selain di Ulsan.
Alhamdulillah bila fikir logik memang challenging.
7 jam flight and another 2 and half hour by bus.
Tapi alhamdulillah.
Bdan segar kepala pun takder sakit.

Terminal Bas Seoul

Perjalanan ke YeoungJu membelah bukit bukau.
Masa datang dulu semua pokok warna coklat sebab nak masuk winter dah masa tu.

Dari flight even bas pun saya rasa sangat selesa.
Alhamdulillah.

Hari pertama sahur di YeongJu.
Saya masak sambal tumis udang.
Sambal bawak yang segera dari Malaysia, udang beli kat pasaraya masa sampai hari tu.

Yang lain ikan bilis dan sambal tempe yang anak-anak teruna ni bawak.


Buka puasa pulak, untuk 2 hari ni kami di bawak ke restoren seafood berdekatan dengan hotel.


Makan benda simple je, ikan bakar, salad and ikan kukus.
Semuanya masak simple je.
Kata tuan kedai ni, hidangan ni dia tak pernah sediakan di kedai yang baru beroperasi ini.
Hidangan ni khas untuk kami sahaja.



Sedikit mengenai YeongJu.
Sebuah pekan yang terkenal dengan ladang Epal dan Ginseng.

Biasalah kalau Cameron Highland banyak replika Strawberry,
kat sini Epal la, melambangkan industri kat sini


 Punggi Insam Market yang bermaksud Pasar Ginseng.



 Satu market ini hanya menjual ginseng sahaja dalam pelbagai bentuk.
Saya sambar jeli ginseng.

Fakta menarik lagi mengenai YeoungJu ini adalah sungai ni.

Pemandangan sungai dari bilik training.
Berhadapan dengan plant.
Sungai ini mengalir dari bandar YeongJu.

Mengikut cerita kawan Korea ni, sungai ni dulu mengalir arah bertentangan dari arah yang ada sekarang.
Tapi selepas terjadi satu peristiwa tanah runtuh yang besar disini, arah aliran sungai ini bertukar.
Allah maha besar.
Kalau Dia mengkehendaki sesuatu Dia boleh lakukan dalam sekelip mata.
Kun Fayakun.
Allah Maha Besar.

Ok lah..
Jadual esok.
Pukul 6.30 pagi saya sudah kena berada di plant untuk video conferance dengan Phil Martin.
Ceo Novelis.
Video conferance untuk setengah jam diwaktu pagi sebab Phil Martin dah nak balik keje.
Kat Altanta dah malam kot masa tu.

Then bergerak ke HongCheon.
Nanti saya update lagi kisah Bumi Allah itu,

1 comment:

ch@ said...

nak ole-ole. hihii. slmt kembali Lynd.