Pages

Monday, July 29, 2013

The Journey is Over

Assalamualaikum.
Dah lama tak cerita pasal breastfeeding.
Kalau dulu, blog ini sangat aktif memperjuangkan penyusuan susu ibu.
Tapi sekarang memang berdiam diri.
Bukan tak sokong tapi tiada apa nak update.

Last week ada sorang kawan dimasa kebujangan komen kat FB tanya pasal blog BF saya mungkin sbab dia baru dapat anak kot.
Segan nak kasi sebenarnya (mmg malu kalau orang yang kenal baca belog comot ni),
tapi kasi jugak la sebab niat mungkin ada info yang boleh membantu.

Bleh gi ke link ini.


Perjalanan breastfeeding saya bersama anak-anak.

Sekarang Awatif dah nak masuk 1 tahun 4 bulan.
Apa status breastfeeding Awatif?

It's TOTALLY over.
Last Friday
26 July 2013.

Dengan keadaan yang sangat mudah.

Sebenarnya, Awatif dah mula campur FM masa dia setahun hari tu.
Sebabnya da tak cukup supply ibu ini.
Tapi masih directfeeding dirumah.
Even kalau cuti pun memang whole day dia hanya directfeeding.
Saya redhakan je sebab saya stop mengepam pun sebab pilihan saya sendiri.
Sebab saya nak keluar dari rutin itu setelah 3 tahun.
Berhenti sekejap masa mengandung je.
Then sambung balik.
Ku akui semangat tak kuat.
Susu ibu masih yang terbaik dan masih tak sanggup nak tengok anak teguk FM diusia setahun.

Paling sukar bila nak tidurkan dia.
Dia hanya ngempeng je sampai lelap.
Tu je yang boleh buatkan dia tido.
Saya memang tak reti nak tidokan dia selain dari directfeeding.

Kalau jaga tengah malam pun jerit2 "Nak.. Nak.." sambil tarik baju mama dia.

Masa g outstation hari tu bengkak jugak breast saya selepas 24 jam tak susukan Awatif.
Pam tak bawak.
So marmet je la sekadar nak kurangkan rasa sakit.

Balik tu ingat Awatif dah xnak BF.
Sekali diminta juga.
Tapi mungkin disebakan susu dah kurang sebab seminggu dah stop,
dia selalu mengigit.
Dekat seminggu jugak gitu.
Sampai lah petang 26 July tu, dia gigit dengan kuatnya.
Saya jerit la sebab sakit.
Dia nangis sebab terkejut.

Bila dah reda, dia "Nak.. Nak.."
Saya konon gurau la "Tak boleh nanti adik gigit"
Dia cebik, pastu nangis.
Memang saya tak kasi sebab masih sakit pun.
Ada lah dalm 3 kali dia mintak.
Saya cakap benda yang sama.
And since that dia da tak tarik2 baju saya.

Saya buatkan susu, dia minum.
Then sampailah malam.
Dia tido sendiri.

Hari berikutnya pun sama.
Dia da tak mintak.
Sampai lah sekarng.

Semudah itu?
Sian anak mama.
Tak sampai 2 tahun pun.



Hannah Damia yang semakin bijak.
Mama sayang kamu.
Kamu selalu buat mama kancing gigi menahan geram nak gigit kamu.
Sengeh Awatif buat mama hilang pedoman.



No comments: