Pages

Monday, July 29, 2013

Konflik Anak dan Papa Beli Kasut Raya

Salam Isnin.
Saya rasa agak kesuntukan masa nak buat persiapan raya.

Konon berangan nak buat kuih raya sendiri tahun ni.
Tapi memandangkan langsir yang belom terusik so simpan dulu hasrat ke tahun depan.

Last weekend dah mula cari2 baju untuk anak2.
Maknya masih belom ada mood nak berayakan diri sendiri.
Pakai apa yang ada je.
Kalau datang taufik dan hidayah nak baru lah beli.

Al kisahnya persiapan anak-anak la.
Tiada hati nak ke shopping mall besar2.
Stakat g tesco dan kedai2 dekat ngan rumah je lah.

So anak pun sekarang dah pandai mintak kasut raya, baju raya bagai.
Mana la dia belajar all about the term tu.
Heee..
Pantang gi pasar mintak kasut.
Tapi yang dia nak kat pasar tu xsesuai dengan tema raya.
So macam2 alasan la mama kasi.

Antara alasan yang memakan diri adalah :
MAMA BELOM GAJI SO MAMA XDER DUIT.

Tau apa jawapan anak bijak itu?
"Kan hari tu mama da gi work jauh-jauh, banyak la duit mama"

Gedebuk.
Iya.. alasan yang saya nak gi Korea hari tu 
"Mama nak gi work jauh-jauh sebab mama nak cari duit banyak2"

So memang terbukti, anak memang SAVE segala maklumat dan sekarang dia da boleh relatekan dan gunakan untuk situasi bersesuaian.

Sudahnya jumaat malam hari tu gi la kedai kasut kat area rumah je.

Sampai2 je saya cubakan 1 kasut warna putih.
Terus dia berkenan.
"Kaseh nak kasut putih"

Konfliknya timbul bila sang papa tak berkenan.
Tak cantik katanya.
Pusing cari kasut lain.
Tak layan.

Sudahnya mama pening nak tunggu salah sorang mengalah.
Sudahnya papa tanya mama "Nak kasut tu ke"
Saya jawab "Ok je kasut tu"
Masih berkira2 lagi tu si papa.
Tapi si anak masih berkeras nak kasut putih tu.

Si mama dok tunggu sapa yang nak mengalah.
Sudahnya......



Kaseh dapat yang pilihan hati.
(Lepas beli kasut, singgah minum kejap, keluar dari kereta dah pakai)

BAru 3 tahun ok.
Tahun depan cabaran lebih besar bila Awatif pun da pandai buat pilihan.
Si kecik sekarang ni pun pandai minta test baju kat badan dia.
Haiss.. Cabaran anak dara 2 ketui dan papanya.



5 comments:

Umialya said...

cantikpun kasut pilihan Kaseh..

Han Hanni said...

Kasut cantek..mcm princess..
Putih cpt kotor xpe..jnji ank suka pilihan tu

Fizah said...

bapak eh nk belikn kasut yg macamane..?

Unknown said...

Bapaknya nak stail ada bunga-bungaan.
Heee... Kelakau 2 beranak ni..

me.ronazil.ab said...

kalah kasut mokcik....hehehhehe