Pages

Monday, May 7, 2012

Kisah Kaseh Hari Ini..

Ini bukan merungut.
Bukan juga komplen.
Bukan juga mengeluh.

Dan yang pasti entry ini tidak mendatangkan apa-apa maklumat yang berfaedah kepada sesiapa sahaja.
Tapi refer kepada objektif asal blog kasehku-hidupku ini diwujudkan...
Sebagai diari mama dan catatan kisah perkembangan anak-anak.

Saya nak perasaan dan rasa ini "disimpan" disini.
Bila 1 hari nanti saya baca entry ini saya akan terkenang dan teringat rasa dan perasaan saya ketika ini.

Semasa entry sebelum ini ditaip 
Itu lah perasaan saya.
Itulah rasa saya.
Perasaan yang tertanya-tanya.
Perasaan bersalah.
Perasaan muhasabah diri.
Dan perasaan mencari petunjuk.

Hari ini.
Bangun pagi.
Cuba memujuk diri.
Cuba menerima yang keadaan ini mungkin sementara.
Dan mungkin juga perkara 'normal'.

Seawal 7 pagi, Kaseh terjaga semasa saya sedang memujuk Awatif yang terjaga.
Diminta susu dan saya berikan.
Kami bergurau seperti biasa.
itu lah salah 1 kenikmatan bila ada anak.
Ada sinar cahaya senyuman yang indah mengadap betul2 dihadapan wajah bila kita buka mata.

Tak lama lepas itu, Kaseh terlelap balik.
Sampai pukul 10 kaseh belum bangun.
Papa pergi beli sarapan pun papa tak kejut.
Dikejut untuk mandi dan sarapan.
Berat badannya.
Saya makan dulu sebab takut nanti Awatif terjaga saya tak sempat sarapan pulak.
Dipujuk untuk bangun dia baring malas je.
Tapi..
Bila papa cakap nak g rumah nenek tak..
Laju je dia bangun bukak baju.
** papa nak uruskan hal akikah Awatif**

Sampai sarapan pun tak nak sebab nak g rumah nenek.
Sempat saya pesan 
"Nanti Kaseh ikut papa balik ye sebab nanti Imaan nak datang" 
**Anak seorang sahabat yang nak datang melawat Awatif**

Saya juga pesan kat papa kalau Kaseh taknak balik,
ajak adik-adik ikut la datang sini mesti Kaseh nak balik.
Papa dan Kaseh pergi.

Mood saya masih "lesu"
Masih memikirkan Kaseh,
dimana silap saya dan apa yang patut saya buat.
Tapi masih gagahkan untk buat kerja rumah.
Tapi selera makan entah kemana.


Dengar bunyi kereta papa.
Dalam hati berdebar menunggu samada Kaseh ikut balik atau tidak.
Dari kerusi dalam rumah, saya namapk kerusi belakang kereta kosong.
Masih mengharap yang penglihatan saya terlindung.
Tapi betul.. Kaseh tak nak balik.
Rasa?
Sedih..

Tapi perlahan-lahan cuba menerima keadaan.
Memujuk hati "Walau apa pun dia tetap anak saya"
**Apa ke jauh sangat saya berfikir**
Kaseh cuma taknak balik sebab kat rumah nenek ada kawan.
Di rumah hanya ada mama yang menguruskan rumah dan 
Awatif yang masih belum tahu berkawan.

Rasa lebih baik.
Pujukan berjaya.
Selepas Lea balik.. kami terus ke rumah nenek.
Kaseh tido.
Rindunya.. Sangat rindu Kaseh walaupun hanya beberapa jam tak jumpa.
Rasa macam nak peluk cium tapi cuba kawal diri sebab memikirkan 
"macamlah aku sorang ada anak dalam dunia ni"

Hati ketika itu sudah makin menerima keadaan.
Jika malam ni pun kaseh tak nak balik, saya terima.
Hati semakin tenang (Bawak bertenang sebenarnya)
Kadang-kadang diacah juga ajak balik.
Jawapannya seperti yang disangka.
"Tak Nak Balik"

Dan tiba masa yang sebenarnya.
Kaseh sedang minum susu.. baring depan TV.
Diajak balik.
Taknak.
Kali ini saya sudah menerima jika Kaseh taknak balik saya tidak akan memaksa.
Saya terima.
Saya nak tengok sampai bila keadaan ini berlarutan.
Masih dipujuk dengan bantal mosh.
Masih taknak.

Ok lah.
Saya terima.
Kami masuk kereta.
Sempai cakap kat papa 
"Saya nak tengok sampai bila Kaseh akan berkeadaan begini"

Papa undur kereta.
Makjah keluar.
Dalam hati mengharap...
Rupanya dihulurnya bantal Awatif yang tetinggal.

Papa sambung undur kereta lagi..
Asyuuu keluar.
Mama kata "Tu kenapa pulak?"
Allah Huakbar.
Kaseh menyusul di belakang Asyuu.. dan dipakaikan selipar..
seronoknya tak terhingga mama.
Rasa mama nak keluar kereta dan timang-timang Kaseh.

Seronok.
Lega dan bahagia.
Bila balik mama kasi layanan istimewa untuk Kaseh.
Susu dibuat dengan secepatnya bila dipinta..
Tido didodoi.
Untuk pengetahuan semua saya jarang baring, peluk dan tido bersama Kaseh.
Kaseh tidak didodoi.
Hanya dibiarkan tido sendiri.
**Itu mungkin salah 1 kesilapan saya**

Malam ini saya berjanji akan membuatkan Kaseh seronok esok.

Sunday, May 6, 2012

Cuba Kaseh Luahkan..

Mood sedih..
Pilu..
Kecewa..
Risau..
Dan
.
.
.
.
Stress.

Kisah anak-anak.
Kisah ibu yang naif.
Kisah ibu yang cuba menjadi dan memberi yang terbaik.

Kenapa?
Kaseh..
Sejak ada adik.. sebelum ini tidak nampak "tekanan"nya.
jika dulu risau jika Kaseh berkecil hati.. atau rasa tersisih.
Tapi pada pandangan luar Kaseh nampak menyayangi Awatif.
Suke berkawan dengan Awatif.
Cium pipi.
Bangun pagi tercongok tongkat dagu depan Awatif sambil mengucapkan "Hai"
Suke baring sebelah Awatif.
Dan even pernah nangis bila dia bagun pagi tak nampak Awatif sebelahnya.

Jika di awal 2 minggu kelahiran Awatif, ada nenek yang melayan kerenahnya.
Mandi.. Makan dan even tido dengan nenek.

2 minggu kemudian hanya saya yang ada.
Dimana segala perhatian terbahagia 2.
Jika diminta susu.. Kena tunggu saya uruskan Awatif dulu samada nenenkan / tidokan Awatif.
Jika tengah makan.. disuruh cepat supaya mama dapat pujuk Awatif juka Awatif terjaga semasa kami tengah makan.
Melayan kerenah lain? Main.. Ambil itu ini.. Ikut kesempatan.

Dan terlalu banyak perkataan "JANGAN"
Jangan Kacau Awatif.
Jangan main basikal dekat Awatif.
Jangan bising nanti Awatif jaga

Jujur saya katakan sepanjang 2 minggu ini saya "nampak" tidak ada masalah.
Kaseh sangat behave. 

Tapi..
Hati ni mula sayu..sedih..gelisah..
Minggu ini Kaseh ditinggalkan 2x dirumah nenek Felda,
Malam ahad tinggal sebab isnin nak kena g checkup Awatif sebulan,
Isnin tengahari saya pun lepak umah nenek dan tido sana sampai hari selasa.
Petang selasa kami balik dan malam Rabu Kaseh dihantar lagi ke rumah nenek sebab Khamis nak kena g klinik lagi sebab nak amik sample taik mata Awatif sebab da sebulan masih belum elok.

Kalau diikutkan ku lebih suka Kaseh ikut tapi disebabkan papa nak kena masuk kerja selepas itu so kami kena masuk awal.
Kalau kaseh ada takut dia taknak bangun lak awal2 pagi.
khamis malam..
Papa nak g amik.
Hati saya dok kata sian Kaseh.
Mesti dia tunggu kami datang ambil.
Sebab sejak ada Awatif dia memang nak balik aje bila diajak.
Yang kali ini "ditinggalkan"

Saya tunggu dirumah.
Da pkul 9 lebih papa call.
Kata Kaseh taknak balik.
Ok la.. Saya kasi can.
Tapi macam tak boleh terima je Kaseh bagitau papa.
"Papa balik, kaceh tinggal"

Jumaat malam.
Saya ikut papa nak g amik kaseh dengan harapan bila dia nampak Awatif dia nak ikut balik.
Tau apa jawapan dia?
Masih sama.
"Kaceh tinggal"

Puas dipujuk, nak g jalan, nak g medang.. semua tak layan.
Papa umpan "nanti sok kita naik moto beca"
Baru dia salam semua orang dan ikut kami.
bila nampak kami buka pintu kereta terus patah balik.
Nangis jerit taknak balik..!!!!

Sedih hati ni.
Mama kasi isyarat kat papa suruh angkut masuk kete.
Dia menjerit..meronta..
Ya Allah..bergenang air mata ni.
Anak mama taknak balik rumah.
Sedih..

Hati ibu ini tertanya2..
Tak seronok kah dia di rumah?
Selama ni saya mengabaikan dia ke?
Tak dinafikan di rumah nenek memang ramai acik yang melayan.
Ramai kawan.
Dan dunia tiada sempadan "JANGAN".

Balik rumah.
Tersebut dekat papa "Yela. Kat rumah asyik kena marah je"
Nampak macam papa agak bersabar cuba melayan dia.
En Suami tu ok just bila dia kata JANGAN dia nak Kaseh faham.
Bila diajak tukar pampers, dia nak Kaseh ikut.
Tiada istilah memujuk.
Bila tak ikut mula la kata-kata pedas dan perit telinga seorang ibu mendengar.

Hari ini hari pertama setelah insiden Kaseh taknak balik.
Gelak ketawanya masih sama tapi..
dia seakan-akan memberontak.
Cuba menaikkan kemarahan kami.
Bila diajak.. buat tak tahu je.
Buat perkara-perkara yang mendorong perkataan "Jangan"
Sepanjang hari saya bersabar.
Papa bila dah petang.. hilang sabarnya.
Entah berapa kali naik tangan.
Mula-mula Kaseh dapat habuan, ditumpahkan air mandian Awatif.
Perlahan je.
Tapi Kaseh tak nangis.
Hati da mula risau.
Tak nangis tapi dia memerhati.

Bila papa tinggal sebab nak g tengok kambing Akikah Awatif,
dia menangis "lain".
Kasar dan memberontak.
hentak-hentak kaki.
Boleh dikatakan pertama kali dia menangis macam tu.

Bila malam..
Lagi macam-macam.
Papa asyik acah-acah angkat tangan.

Tahu apa jadi dikemuncaknya?
Kaseh dah berani pukul papa.
Papa marah tak dihiraunya.

Sudahnya.. Papa nyaris naik tangan yang betul tapi mama berjaya tenangkan papa. 

Ya Allah.
Sedihhhhhhh sangat.
Kenapa?
Kaseh cuba luahkan sesuatu ke?
Sebab Awatif ke?
Dia da mula rasa kekurangan sesuatu ke?

Memang bab naik tangan tu saya memang tak setuju dengan papa.
Budak 2tahun hanya mengikut.
Dia bukan tahu yang itu amaran.

Dan bab kata "Anak degil"
"Tak dengar cakap" pun saya tak setuju.
Selain dari seakan-akan doa, pada pendapat saya,
Kaseh tak faham apa yang diberitahu bukanya dia nak jadi "degil"

Sekarang ni masih lagi dengan perasaan :
"Kesiankan Kaseh"
"Saya dah mengabaikan Kaseh secara tak sedar ke?"
"Macamana saya nak betulakn keadaan ni?"
"Macamana saya nak berikan yang terbaik untuk kedua-dua anak ini?"
"Macamana saya nak luahkan hal ini kepada En Suami?'

Saya tak tahu perasaan ini bercampur aduk dengan berita yang baru saya terima.
Permohonan saya untuk extend cuti sampi 28 May tak lulus.
Hanya lulus sehingga 21 May.
Means selepas aje pantang, Awatif perlu dihantar ke nursery.
Seminggu awal sebelum saya mula bertugas sebagai waktu percubaan.

Luluh hati ini.
Walaupun ini pengalaman kali ke-2 menghantar anak ke nursery.
hati ibu ini masih hiba.
Masih kesihankan anak sekecil ini tidak dibelai dengan tangan ibunya.

Berbalik pada hal Kaseh.
Dapatkah situasi pemberontakan ini dapat dibetulkan bila Kaseh da balik ke nursery nanti?

Pendapat saya,
baik buruk tingkah laku anak adalah bergantung kepada orang sekeliling mereka.
Saya risau sikap Kaseh itu disebabkan saya.
Saya sendiri yang menjaganya sepanjang dia tak ke nursery.

Ya Allah.
Berikanlah aku kekuatan.
Berikah lah aku kebijaksanaan.
Berikan aku kesabaran.
berikanlah aku petunjuk dalam memikul dan mendidik amanah-Mu ini.

Kepada anak-anak mama,
Kakak Kaseh dan Awatif..
Jika diberi tawaran kuasa sakti apa yang mama mahukan.
Mama akan minta kebolehan untuk membaca hati dan perasaan kalian.
Supaya mama dapat berikan yang terbaik dan kalian merasa tenang.

Kakak Kaseh,
mama tahu gelaran "kakak" yang dipikul memang berat.
Mungkin tidak layak untuk usiamu.
Mama minta maaf jika mama terlebih membebankanmu.

Awatif,
Mama minta maaf sebab mama tidak dapat memberikan yang terbaik.
Mama cuba..


Berikan aku petunjuk Ya Allah dalam memberikan yang terbaik kepada 2 anugerahMu ini.
 
 

Friday, May 4, 2012

Perbandingan EBM Plastic Storage

Di entry ini [Link]
Saya ceritakan mengenai kaedah yang saya akan guna untuk menyimpan EBM.
Saya sudah beli 5 kotak Plastic storage Autumn dan
 Plastic Storage jenama Suri dan yang ikat pakai getah itu masih berbaki dari sesi penyusuan Kaseh.

Pada pandangan awal saya Jenama Autumn bagus sebab tebal 
dan rasa konfiden bila tuang susu.
Tapi bila masuk May saya terfikir nak habiskan yang jenama Suri
 dulu la.
Kalau tak kang tak guna lak nanti.
Yang jenama Autumn da habis 2 kotak.
 
Selepas 3 hari guna Suri,
saya dapat penemuan baru.

Iaitu Suri lebih kemas bila dibekukan dan susunan lagi teratur.

Disebelah kiri adalah Suri dan Kanan Autumn.

 


Tak nampak perbezaan sangatkan?
Jika ini?

Suri


Autumn
 
 Dibahagian tapak Suri lebih nipis. 

Dan structurnya lebih tegak dan sekata dari bahagian bawah ke atas.

Jika dibandingkan Autum agak kembang dibahagian bawah.

Jadi bila disusun didalam fridge, menggunakan Suri agak kemas.

Suri

Autumn

Fridge dah lapang sebab separuh stok da transfer rumah mertuaku.
Kira sewa bilik la.


Kiranya kalau guna Suri, mungkin saya boleh letak lagi banyak EBM.
So buat masa sekarang saya lagi suke guna Plastic Storage Suri untuk stok beku EBM saya.
Tapi mungkin untuk kegunaan ditempat kerja nanti Autumn lebih baik disebabkan plastiknya yang tebal so lagi selamat untuk travel.

Kalau dibanding dari segi harga pula.
Untuk 1 kotak ada 25 pcs

Suri : Rm 17.90
Autumn : Rm 12.90

Suri lagi mahal?
Kalau ikutkan ciri-ciri semua sama seperti Double Seal.
Just Suri agak nipis tahap kekonfidenan tu agak rendah berbanding Autumn.
kalau ikutkan stok storage banyak lagi.
Habiskan dulu yang mana ada nanti da habis baru konsider yang maner yang lagi baik.

Harap report ini dapat membantu ibu-ibu membuat keputusan dengan lebih baik.
 

Thursday, May 3, 2012

Tahniah Puan Norhafiza

Rentetan dari entry ini.
 
Tahniah kepada Puan Norhafiza dari Kuala Lumpur.
Puan berjaya mendapat set bersalin Amway yang tidak seberapa itu.
Diharap akan berguna kepada Puan.


 
Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya yang serba comot ni.

Saya Nak Kasi Free Set Bersalin Amway -- > Ditutup

TAWARAN SUDAH DITUTUP

Assalamualaikum.
Walaupun saya belum habis pantang.
(Hari ini hari ke 34)
Saya sudah tak berniat nak habiskan ada sedikit lagi barangan berpantang Amway.
Jangan salah sangka ye.
Bukan set penuh.
Tinggal sikit je lagi.
Tapi sah-sah la saya takkan guna da.
nak kasi kat kawan2 rasanya tiada yang tengah pegnen.
So ni kira rezeki pembaca blog ni la.
Tapi diharap digunakan untuk orang berpantang la.
Jangan lak buat koleksi dalam almari disebabkan barang free.




Yang tinggal :
Pilis - 6 Paket
Ubat Barut Perut - 5 Paket
Param - 6 Paket
 Nanti saya masukkan sekali buku panduan.

So kepada sesiapa yang sedang konsider nak beli set bersalin apa boleh juga jadikan pemberian saya ini sebagai trial pack.

Atau sesiapa y tak konfiden nak pantang dengan komitmennya boleh juga dijadikan pemberian saya ini sebagai set buat syarat je.
Kang beli set penuh mahal2 tak guna lak.

Siapa nak?
Angkat tangan.

Syarat-syaratnya?
Email je maklumat lengkap seperti nama, alamat dan no telifon ke

sitinorhas_linda@yahoo.com

Berserta slogan tidak lebih dari 2 patah perkataan.

Harga?
Freeeeeee / Percuma. 
Termasuk pos.

Siapa yang layak?
Siapa cepat dia dapat.

**Review set bersalin Amway ni? Nanti lah. Entry lain dilain waktu.**
**Email ye jangan tak email. Sapa cepat dia dapat**


Wednesday, May 2, 2012

Saya tidak pasti anak saya berapa orang...

Serius tak pasti.
Saya rasa anak saya...


Kaseh Melissa Lyana
dan

 
 
Hannah Damia Awatif

Tapi..
Kadang-kadang..


Ada ni.

Tapi yang pasti..
Kakak Kaseh je yang uruskan "adik-adik" nya yang lain tu.



Tukar pampers..
Mandikan..
Bawak naik basikal..
Dan even nenenkan..
 
Saya tak masuk campur.
Suke disusun adik-adiknya berderet sebelah Awatif.
Ramai betul anak mama.
Tak pasti berapa orang sebenarnya..
 

Kisah Perjalanan Breastfeeding Awatif

Kisah perjalan penyusuan susu ibu bagi Awatif agak mencabar pada awalnya.
Dan saya "tewas".

Menghitung-berkira untuk nak cerita atau tidak.
Tapi.. 
Cerita jela.
Yang tak elok mungkin boleh jadi teladan kat orang lain.
Ini dinamakan takdir.
Redha.

Seperti yang dikabarkan mengenai kisah kelahiran Awatif di entry ini [link]
Saya hanya dapat melihat Awatif hanay selepas 6 jam dilahirkan.
Da semestinya sudah dikasi formula milk.

Dan..Kisah benar..
Sumber dari adik saya yang bekerja sebagai jururawat di wad bersalin.
**Jika anak meragam dan ibu tidak "pandai" menyusukan, bayi itu akan diambil dan diberikan FM**

Itu yang terjadi.
Bila Awatif nangis jururawat akan ambil dan kembali dengan bayi dalam keadaan tenang.
Saya tahu..
Tapi redha je la.
Bila keadaan kurang lapar, Awatif nak je BF.

Tapi masalah timbul semasa hari pertama dirumah.
Sampai rumah pukul 6 petang,Awatif mula menangis.
Mula-mula nak je BF.
Tapi makin lama raungannya semakin teruk sampai ke pukul 10 malam.
Kenapa?
Dan apa terjadi sebenarnya?
Pada "andaian" saya, Awatif sudah biasa mendapat susu yang senang dan banyak semasa di wad.
So bila dia kena berusaha untuk mendapatkan susu dia tidak sabar.
Tambahan pula hari ke-3 alairan susu tidak selaju mane untuk mengeluarkan kolusterum.

Sudahnya setelah berapa jam berusaha dan sudah kesian melihat Awatif menangis.
Saya mengalah.
Awatif diberikan Formula Milk.
Pada awalnya diberikan dalan kuantiti yan sedikit supaya dia tenang dan boleh sambung BF sehingga tenang.
 Tapi mungkin sebab sudah kepenatan dia still refuce BF.
Dia hanya latch dan dalam beberapa ketika terus dilepaskan sebab dia nak hasil yang "segera".

Sudahnya, tewas la mama pada malam itu.
Tapi saya tiidak sanggup memegang botol susu itu sendiri.
Biarlah Papa dan Nenek yang buat.

Tapi jiwa tak tenang dikasi FM ni disebabkan :
1. Berapa ml sepatutunya newborn minum susu.
2. Tak tersedak ke nanti.
3. Bersih ke botol susu tu.

Saya memang tak buat reseach langsung pasal nak kasi FM ni.
Disebabkan kegusaran itulah saya nekad ini lah kali terakhir.
Esok saya akan usaha lagi untuk BF Awatif.

Alhamdulillah.
Walaupun mengalami nipple crack yang teruk,
saya tetap gagahkan juga.
Asal mama yang sakit takper jangan Awatif yang sakit.
Berjaya.

Kata-kata yang memujuk hati atas ketewasan saya adalah 
"Breastfeeding is a journey"
Maksudnya ia merupakan sebuah perjalanan.
Dan bukan sebuah rekod peribadi.
Walau apa pun yang jadi semasa dalam perjalanan kita tetap kena teruskan.
kalau kita anggap ia sebuah rekod, jika ia gagal, kita kan terus berhenti.

So perjalanan penyusuan susu ibu Awatif masih berterusan dan berjalan lancar.

So sekarang proses mengumpul stok.
Saya mula pam dan mengumpul stok di hari ke 11.
Walaupun hasilnya tidak la lumayan mana tapi Alhamdulillah.
Jadual mengepam saya tak tetap.
On demand jugak.
Disebabkan Awatif tido lama dalam 1-1 masa saya perlu mengepam bagi mengelakkan bengkak.

Stok sekarang ada lebih kurang 60pack x 6oz = 3600 oz.
Alhamdulillah.

Disebabkan fridge rumah saya da tak muat so saya da tumpang simpan kat rumah mertua ku.
Alhamdulillah masih ada space.

Yang menyeronokkan saya ada pembantu bila nak pam susu.
Kakak Kaseh.
Just bagi tahu " Mama nak pam susu"
Dia akan bukak fridge dan ambil peralatan pam.
Sya sangkut je corang kat nursing bra dia akan ON pam.
Nak matikan pun saya hanya cakap "Da siap"
Dia yang akan OFF.

Tapi Kaseh tak sebut pam susu.
"Mama nak TUMPANG susu"

Tapi malam tadi da ada improvement
"Mama nak PANG susu"
Mane2 la Kaseh.

Malam tadi sibuk dia "Kaceh nak PANG susu".
 
Ini lah jadinya.
Sibuk cari "Mane lagi sebelah?"


 Apa-apa pun perjalanan diteruskan dalam perjuangan yang terbaik untuk 2 permata hatiku ini.