Pages

Sunday, May 6, 2012

Cuba Kaseh Luahkan..

Mood sedih..
Pilu..
Kecewa..
Risau..
Dan
.
.
.
.
Stress.

Kisah anak-anak.
Kisah ibu yang naif.
Kisah ibu yang cuba menjadi dan memberi yang terbaik.

Kenapa?
Kaseh..
Sejak ada adik.. sebelum ini tidak nampak "tekanan"nya.
jika dulu risau jika Kaseh berkecil hati.. atau rasa tersisih.
Tapi pada pandangan luar Kaseh nampak menyayangi Awatif.
Suke berkawan dengan Awatif.
Cium pipi.
Bangun pagi tercongok tongkat dagu depan Awatif sambil mengucapkan "Hai"
Suke baring sebelah Awatif.
Dan even pernah nangis bila dia bagun pagi tak nampak Awatif sebelahnya.

Jika di awal 2 minggu kelahiran Awatif, ada nenek yang melayan kerenahnya.
Mandi.. Makan dan even tido dengan nenek.

2 minggu kemudian hanya saya yang ada.
Dimana segala perhatian terbahagia 2.
Jika diminta susu.. Kena tunggu saya uruskan Awatif dulu samada nenenkan / tidokan Awatif.
Jika tengah makan.. disuruh cepat supaya mama dapat pujuk Awatif juka Awatif terjaga semasa kami tengah makan.
Melayan kerenah lain? Main.. Ambil itu ini.. Ikut kesempatan.

Dan terlalu banyak perkataan "JANGAN"
Jangan Kacau Awatif.
Jangan main basikal dekat Awatif.
Jangan bising nanti Awatif jaga

Jujur saya katakan sepanjang 2 minggu ini saya "nampak" tidak ada masalah.
Kaseh sangat behave. 

Tapi..
Hati ni mula sayu..sedih..gelisah..
Minggu ini Kaseh ditinggalkan 2x dirumah nenek Felda,
Malam ahad tinggal sebab isnin nak kena g checkup Awatif sebulan,
Isnin tengahari saya pun lepak umah nenek dan tido sana sampai hari selasa.
Petang selasa kami balik dan malam Rabu Kaseh dihantar lagi ke rumah nenek sebab Khamis nak kena g klinik lagi sebab nak amik sample taik mata Awatif sebab da sebulan masih belum elok.

Kalau diikutkan ku lebih suka Kaseh ikut tapi disebabkan papa nak kena masuk kerja selepas itu so kami kena masuk awal.
Kalau kaseh ada takut dia taknak bangun lak awal2 pagi.
khamis malam..
Papa nak g amik.
Hati saya dok kata sian Kaseh.
Mesti dia tunggu kami datang ambil.
Sebab sejak ada Awatif dia memang nak balik aje bila diajak.
Yang kali ini "ditinggalkan"

Saya tunggu dirumah.
Da pkul 9 lebih papa call.
Kata Kaseh taknak balik.
Ok la.. Saya kasi can.
Tapi macam tak boleh terima je Kaseh bagitau papa.
"Papa balik, kaceh tinggal"

Jumaat malam.
Saya ikut papa nak g amik kaseh dengan harapan bila dia nampak Awatif dia nak ikut balik.
Tau apa jawapan dia?
Masih sama.
"Kaceh tinggal"

Puas dipujuk, nak g jalan, nak g medang.. semua tak layan.
Papa umpan "nanti sok kita naik moto beca"
Baru dia salam semua orang dan ikut kami.
bila nampak kami buka pintu kereta terus patah balik.
Nangis jerit taknak balik..!!!!

Sedih hati ni.
Mama kasi isyarat kat papa suruh angkut masuk kete.
Dia menjerit..meronta..
Ya Allah..bergenang air mata ni.
Anak mama taknak balik rumah.
Sedih..

Hati ibu ini tertanya2..
Tak seronok kah dia di rumah?
Selama ni saya mengabaikan dia ke?
Tak dinafikan di rumah nenek memang ramai acik yang melayan.
Ramai kawan.
Dan dunia tiada sempadan "JANGAN".

Balik rumah.
Tersebut dekat papa "Yela. Kat rumah asyik kena marah je"
Nampak macam papa agak bersabar cuba melayan dia.
En Suami tu ok just bila dia kata JANGAN dia nak Kaseh faham.
Bila diajak tukar pampers, dia nak Kaseh ikut.
Tiada istilah memujuk.
Bila tak ikut mula la kata-kata pedas dan perit telinga seorang ibu mendengar.

Hari ini hari pertama setelah insiden Kaseh taknak balik.
Gelak ketawanya masih sama tapi..
dia seakan-akan memberontak.
Cuba menaikkan kemarahan kami.
Bila diajak.. buat tak tahu je.
Buat perkara-perkara yang mendorong perkataan "Jangan"
Sepanjang hari saya bersabar.
Papa bila dah petang.. hilang sabarnya.
Entah berapa kali naik tangan.
Mula-mula Kaseh dapat habuan, ditumpahkan air mandian Awatif.
Perlahan je.
Tapi Kaseh tak nangis.
Hati da mula risau.
Tak nangis tapi dia memerhati.

Bila papa tinggal sebab nak g tengok kambing Akikah Awatif,
dia menangis "lain".
Kasar dan memberontak.
hentak-hentak kaki.
Boleh dikatakan pertama kali dia menangis macam tu.

Bila malam..
Lagi macam-macam.
Papa asyik acah-acah angkat tangan.

Tahu apa jadi dikemuncaknya?
Kaseh dah berani pukul papa.
Papa marah tak dihiraunya.

Sudahnya.. Papa nyaris naik tangan yang betul tapi mama berjaya tenangkan papa. 

Ya Allah.
Sedihhhhhhh sangat.
Kenapa?
Kaseh cuba luahkan sesuatu ke?
Sebab Awatif ke?
Dia da mula rasa kekurangan sesuatu ke?

Memang bab naik tangan tu saya memang tak setuju dengan papa.
Budak 2tahun hanya mengikut.
Dia bukan tahu yang itu amaran.

Dan bab kata "Anak degil"
"Tak dengar cakap" pun saya tak setuju.
Selain dari seakan-akan doa, pada pendapat saya,
Kaseh tak faham apa yang diberitahu bukanya dia nak jadi "degil"

Sekarang ni masih lagi dengan perasaan :
"Kesiankan Kaseh"
"Saya dah mengabaikan Kaseh secara tak sedar ke?"
"Macamana saya nak betulakn keadaan ni?"
"Macamana saya nak berikan yang terbaik untuk kedua-dua anak ini?"
"Macamana saya nak luahkan hal ini kepada En Suami?'

Saya tak tahu perasaan ini bercampur aduk dengan berita yang baru saya terima.
Permohonan saya untuk extend cuti sampi 28 May tak lulus.
Hanya lulus sehingga 21 May.
Means selepas aje pantang, Awatif perlu dihantar ke nursery.
Seminggu awal sebelum saya mula bertugas sebagai waktu percubaan.

Luluh hati ini.
Walaupun ini pengalaman kali ke-2 menghantar anak ke nursery.
hati ibu ini masih hiba.
Masih kesihankan anak sekecil ini tidak dibelai dengan tangan ibunya.

Berbalik pada hal Kaseh.
Dapatkah situasi pemberontakan ini dapat dibetulkan bila Kaseh da balik ke nursery nanti?

Pendapat saya,
baik buruk tingkah laku anak adalah bergantung kepada orang sekeliling mereka.
Saya risau sikap Kaseh itu disebabkan saya.
Saya sendiri yang menjaganya sepanjang dia tak ke nursery.

Ya Allah.
Berikanlah aku kekuatan.
Berikah lah aku kebijaksanaan.
Berikan aku kesabaran.
berikanlah aku petunjuk dalam memikul dan mendidik amanah-Mu ini.

Kepada anak-anak mama,
Kakak Kaseh dan Awatif..
Jika diberi tawaran kuasa sakti apa yang mama mahukan.
Mama akan minta kebolehan untuk membaca hati dan perasaan kalian.
Supaya mama dapat berikan yang terbaik dan kalian merasa tenang.

Kakak Kaseh,
mama tahu gelaran "kakak" yang dipikul memang berat.
Mungkin tidak layak untuk usiamu.
Mama minta maaf jika mama terlebih membebankanmu.

Awatif,
Mama minta maaf sebab mama tidak dapat memberikan yang terbaik.
Mama cuba..


Berikan aku petunjuk Ya Allah dalam memberikan yang terbaik kepada 2 anugerahMu ini.
 
 

No comments: