Pages

Tuesday, July 31, 2012

Kakak Kaseh dah sihat

Semalam kisah Awatif, hari ni citer Kakak Kaseh.
Entry sebelum ni ada bgtau y Kaseh tak sihat.
Tapi ada beberapa episod lagi selepas itu which is i don't want to bring up the story.
Biar la ia berlalu dan hanya berdoa yang Allah terus berikan kesihatan yang baik kepada Kaseh dan kami sekeluarga.
Kejadian itu sangat memberi kesan bahawa kesihatan adalah yang terpenting.
Dan bila da jadi ibu kita akan lakukan apa sahaja demi anaknya.

Sejak sihat, Kaseh tersangat ceria sepanjang masa.
Bila nampak je kereta mama sampai di nursery,
terus dia berlari ke pintu sambil menjerit 
"Tu mama Kaseh"
Buat rasa bangga sebab saya nampak she very happy to see me.
Dah lama juga riaksi sebegitu terhenti satu ketika dulu.

Menyanyi sepanjang masa.
lagu feveret saya untuk suruh Kaseh nyanyi adalah :

Lama-lama terbang melata.
Isap madu, cium bunga,
Terbangnya cantik warni-warna,
Tapi cayang idup tak lama.

Lama-lama read as Rama-rama.

Saya tak pernah dengar lagu ni dimana-mana.
2-3 kali dia nyanyi baru saya dapat tangkap patah perkataannya.
Kaseh pelat ok di usia 2 tahun 5 bulan ini.
tapi saya rasa inilah lagu kanak-kanak paling sedih.
Sebab ia menyebut mengenai kematian.
Walapun hanya kematian rama-rama.

Rasanya lagu ni panjang lagi kot sebab kadang2 dengar jugak ayat
"kepompong pecah keluar rama-rama'
nak find out la the actual song dengan pengasuhnya nanti.

Selera makan?
Kussss semangat.
Bulan puasa ni dia makan sama bila berpuasa.
dari segi portion i think it's normal if the last meal the she get is during lunch.
But i think nursery give minum petang also.
but...
1 malam tu da buka puasa dengan nasi ayam suku bungkus,
sebelum tido belasah nasi setengah senduk dan seekor ikan keli.
lauk yang sepatutnya jadi lauk sahur mama nanti.

kadang-kadang, sebelum kami berbuka saya suap dia makan dulu.
mmg feveret kaseh ikan goreng ngan sayur brokoli.
And recently memang dia suka makan bersuap,
kalau tak nak makan dili (Sendiri)

Mungkin masa dia kurang sihat dulu dia sangat takder selera so sekarang dia nak recover balik la.
Apa-apa la anak.
Janji sihat.

Da pandai request makan.
Mama, nak...
Kodok (cekodok jagung)
Ici (KFC)
Sate
Nasi Ayam.
Pish (ikan)
Kuli (Brokoli)
Nasi lemak.
Jagung.
Kopok (keropok lekor)


Datang angin xnak bergambar dia,
saje je xnak pandang camere.
Ingat diva?
Gaya seorang diva ke ni?



Tengok tu.
Saje je pandang tempat lain.
Penat mama sengeh.

Seee?

Cobaan mengambil gamabr ber-4 gagal.

Mama ni tak habis lagi ke?


Dapat pun gambar kakak.


Tahap kesepahan rumah tidak dapat dikawal lagi sejak Kaseh pandai mintak tukar-tukar baju.
Jika mama pakai kain dia pn sibuk cari skirt.

Anak ohhhh anak.
pening macam mana pun mama menguruskan kamu,
tapi kamu berdua adalah anugerah terindah dalam hidup mama.

2 comments:

nurbijen said...

rasanya tu lagu rama-rama dan kepompong... mama boleh tengok link ni:
http://www.youtube.com/watch?v=EwbqJ5hH9ko

Unknown said...

Betul la kak. Terima kasih. Akhirnya dapat. Mmg sedy pun lagu ni. heeee