Pages

Thursday, August 30, 2012

Alhamdulillah.. Up-Up to the sky

Apa kena la tajuk ni.

Assalamualaikum.
Tajuk tak dapat menggambarkan maksud entry ini.
Heeee.

Setelah luahan perasaan mengenai hasil tenusu di entry ini [Link]
Action Plan Power Pumping dan tambah sesi mengepam,
semua tak jadi.
Heee... Sebab?
2-3 hari lepas tu coti raya.
So saya direct feeding dengan Awatif.
9 hari Awatif mengempeng.
Tanpa mengeluh saya susukan Awatif bila dia berbunyi.
Padahal saya tau dia xder la nak menyusu sangat.
Anak ni kalau disua nak aje.
Just beza kejap atau lama je.

Saya susukan lebih kerap,
sampai saya rasa breast saya kosong.
Tak der isi.
Tapi bila Awatif berbunyi je memang saya suakan aje.
Kuasa Allah, walaupun Breast rasa kosong/lembik, bila ditekan dengan tangan,
Susu memancut keluar.
Itulah kuasa Allah.
Tanggapan tiada susu itu hanya psikology.
Minta maaf jika saya tersilap.

Lepas 9 hari direct feeding, kembalik bkerja minggu ni,
breast saya terasa bengkak ditempat keje.
Saya maintain jadual lama pukul 8.00pg, 01.30tghr dan
jika 1 ketika dulu pukul 4.30 breast terasa lembik tp skrg terasa bengkak.
Hari mula2 malas nak pam balik terus, sekali bengkak Awatif plak kenyang lg kot taknak nyusu sudahnya kol 7 kena mengepam jugak.

Sudahnya saya ambil keputusan saya kena tambah sesi petang.
Hari ni tetap jugak nak terus balik selepas watu keje.
So bagi tidak membuang masa saya mengepam semasa drive menggunakan spektra 3 kesanyangan hamba.


Guna power inverter y saya beli 2 tahun lepas memang untuk tujuan ini,
sebab dulu banyak keje luar.
Boleh didapati di kedai2 komputer pun ada.

Dengan Nursing Bra dan Nursing inner,
memang banyak memudahkan kerja2 mengepam.
Boleh dapatkan keperluan menyusu di littlewhiz.com
Kerete yang baru lepas tinted menambahkan kekonfidenan saya untuk setting berhandfree semasa memandu.
Memandu keta manual tau.
Apa2 pu keutamaan tetap diutamakan seat belt tetap pakai.


Para ibu boleh ikut kreativiti masing2 untuk cover guna tudung ke,
yang penting selesa semasa memandu dan keutamaan diutamakan.

So sampai rumah, 1 sesi mengepam selesai.

So mesti maintain supply and demand macam ni supaya hasil pengeluaran terus cukup demi yang terbaik untuk princess ku.

Wednesday, August 29, 2012

Ruang Aktiviti Untuk Anak-Anak

Seminggu full berada dengan anak-anak,
suprising sebenarnya banyak perkara yang saya baru tersedar.

Kaseh - Sudah pandai berimeginasi. Dia boleh susun barang dan katanya "kereta api"

Awatif - Sangat alert dengan bunyi. Plastik atau kertas.
Kalau kasi barang ni mmg dia diam.
Tapi kena monitor sbb sume benda dia masuk mulut.

Suatu hari yang tenang, borak2 pasal perkembangan anak-anak dengan Sang Suami. Dia pun perasan perkara ini.
Dan saya bgitau la permainan yang sesuai untuk umur2 Kaseh ni adalah lego.
Dia pun kata bagus tapi yang tak tahan nak mengemas la.
nanti bersepah 1 rumah.
Sekarang ni pun kami hanya letak toys yang besar kat luar, y kecil2 semua masuk kotak.

Then, Sang Suami cakap "Unless dia ada tempat khas untuk main"
Wahhh.. Makcik suke.
Serahkan pada Sang Isteri yang bijak sana ini.
sebelum ni nak buat pun takut En Suami kata membazir,
Tapi sekrang dia sudah berkata sedemikan rupa,
maksudnya ad peluang la.

Nak buat simple je and taknak beria sangat.
Objective of this activity space ni adalah :

Safety/Hygine -Sekarang Awatif tidak boleh dikawal lagi.
Dia bergolek tanpa dapat dikawal.
Bila ke simen / karpet mula la dihisapnya lantai.
Bila stuck dimana2 bucu dinding/ meja kat situ juga dia cobaan menggigit.
Kadang2 bila terlepas pandang kena "cari" Awatif kemana Awatif tergoleh.

Routine : Untuk mengajar anak2 space mana tempat bermain dan even bermain tahap kesepahan dalam keadaan terkawal.

Ada beberapa lokasi yang tengah konsider :
1. Ruang bawah tangga.
Sekarang jadi tempat letak barang.
So kosongkan area tu dan bentang playmat.
Tapi ruang tu agak gelap dan tiada lampu dan agak tertutup.

2. Area Work Station Mama.
Lokasi stategik tp laluan tak sesuai.
Saya tak suka playmat tempat Awatif bergolek dijadikan laluan dari dapur.
Tak hygiene.
Sama gak macam biarkan dia terdampar di lantai.

3. Preparation room.
Agak stategik tp kena susun atur perabut dan ruang supaya ergonomik.
Tengah cari idea lagi.

So mula la otak ni keluarkan senarai barang yang diperlukan.

1. PlayMat.
Nak yang jenis ni.



Tak nk jenis puzzle mcm ni.
Da ada masa zaman Kaseh dulu, tapi susah nak cuci sebab  engraving pada surface.

Yang Playgym da ada tapi kecik sangat.
So nak survey dulu.
Nak g jengah Littlewhiz.com ada beberapa pilihan yang menarik mata saya.

2. Table and Chair





Yang ni mmg leh guna lma dan saya tak rugi kalau beli pun.
Tapi blom survey lagi.

Dan perkara2 lain seperti storage box, dan rak buku.
Nak kena kenal pasti lokasi dulu baru bleh bari barang.
Tapi so far 2 barang di atas dah boleh survey terutama playmat.

Juga buat research aktiviti yang sesuai untuk umur Kaseh dan Awatif.

Bestnya kalau ada space begini.



Bilik atas kosong 2 tapi takkan saya buat keje kat bawah dorang main kat atas.
Patah pinggang mak ni nak ulang alik naik tangga.

Tuesday, August 28, 2012

Masalah Rambut

Masih Mood Raya.
So walaupun selepas raya, saya nak panggil sebagai rambut raya.
Raya ke-7, saya ambil keputusan untuk potong rambut saya yang bermasalah itu.
Apa masalah rambut saya?
Rambut Berbuah dan Rambut gugur (masalah biasa selepas bersalin. Yeke?)

Saya tak pernah potong rambut terlalu pendek.
Paling pendek pun takat ni je.


Tapi lepas 2-3 kali trim bahagian rambut yang berbuah tu tak dapat dibuang.
Sebabnya da banyak sangat kot.
Tambah lagi bila saya usap rambut saya, kelihatanlah segumpal rambut.
Rambut saya da la mmg jenis tak berapa nak subur,
makin teruk la jadinya.
Sudahnya saya mabil keputusan nekad.



Inilah rambut baru saya.
Heee.. saya balik dari saloon dan tanya sang suami, ada iras Julia Zigler tak?
Dia suruh saya pikir lagi skli.

Ok fine,


Sharifah Amani?
Dia kata saya rabun teruk.

Tak per la. 
I Faham takkan la you nak cakap "Fuyooo cun giler bini aku"
I tahu jauh dilubuk hati You itu yang U nak ckap kan?
Waaa.. Ok, jangan lempang I.

Dok cari idea cmner lanak buat dengan masalah rambut ni.
G tanya pakcik google, dia bagai macam bagai.
Santan, limau nipis, arang dll.
Dan semestinya ku tak terbuat.

So nak cari product senang dipakai.
so kena buat reaserch dlu.

Disamping itu terbaca kat majalah Hijabista Edisi Pengenalan.
Tip penjagaan rambut Bagi Yang Bertudung.
1. Cuci rambut secara teratur iaitu selang 2/3 hari sekali
Pastikan guna syampoo yang sesuai.

2. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan sebaik mungkin sebelum mengenakan tudung. Pemakaian tudung semasa rambut masih basah / lembab bukan sahaja menyebabkan rambut gagal bernafas dengn baikbahkan boleh mengakibtakan pening kepala.

3. Lakukan cream bath seminggu sekali sebagai langkah membekalkan nutrisi untuk rmabut dan dalam masa yang sama memastikan kulit kepla kekal sihat.

4. rawatlah rambut dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agak keharumannya kekal terjaga.

5. Pilih tudung dari material kapas yang baik supaya pengaliran udaranya baik.

6. Elakkan dari memakai tudung berlapis-lapis ketika sedang beriadah. Semakin tebal tudung dipakai semakin sukar kulit kepala bernafas.


Rambut da pendek so boleh mula dengan penjagaan dari awal supay ayng tumbuh nanti adalah rambut yang sihat dan bersinar.

Bukan macam rambut budak ni.


Mau potong jugak rambut budak ini?
(Sorry sayang mama, Kaseh mewarisi genetik rambut mama. tengok la Awatif sok cmner)

Monday, August 27, 2012

Corat Coret Raya 2012 Lagi

Masih belum hilang mood seronok balik kampung.
Kumpul semua adik beradik nan 2-3 ketui.

Kaseh manusia paling seronok.
Ramai y nak melayan kerenah dia.
Sangat terserlah keletah dia.
Mencuri hati semua orang.
Mood saya nak ambil gambar tertinggal kat rumah.
So masa balik kampung tu mmg kurang tangkap gambar.
Sekarang ni rasa menyesal.
Waaaa.. simpan dalam hati je la.
Sori anak-anak, mama tahu mama silap.
Tahun depan mama tangkap gambar banyak-banyak.







Ni keletah Kaseh dengan adik saya yang perempuan.
Nurse dan belum kawin lagi.
So dok mention 2-3 kali sambil main2 dgn anak-anak,
best ada anak ni. 
Cepat la kawin.

Kaseh cakap "Asyu, cepat kawin nanti kasi Kaseh kuku-kuku(Sepupu)"
--> tu saya yang ajar. Heee..

Ni la rupa travel dengan budak nan 2 ketui ni.
Kami memilih untuk travel malam untuk perjalanan jauh.
Just transit dekat2 je kami gerak siang.



Ini la rupa budak y tak berapa nak paham kenapa lama sangat nak sampai ke 1-1 destinasi.
Kenapa banyak sangat tempat nak kena singgah.
Sampai 1 tempat y ktrg "terpaksa" tido hotel, bila Kaseh bangun je dia tanya "Ni rumah sapa mama?"

Bila nak gerak balik je, dia akan beria lambai,
"Nanti Kaseh datang lagi"
Mula yang ditinggalkan sms bgtau y rindu Kaseh,
tiba2 rasa sunyi bila Kaseh xder.

Dan budak ini sentiasa denga ketenangan dia.
Asal masuk kete je tido.
Kalau tak pun kasi la apa2 yang boleh dimainkan dengan syarat ada bunyi.
Antaranya adalah ini.
Dapat plastik ni, diam lah dia.

Dan yang paling best gambar ni.



Awatif and papa menghirup udara segar kampung sampai tertido sepetang dipangkin.
(Saya skli sbnrnya tp sy tjga dulu so snap la gambar ni)


Banyak aktiviti sebenarnya.
tapi sebab tak ambil gambar so macam xbest nk crita.

Antara corat contengnya :

1. Untuk kali ke-2nya raya tahun ni kami suami isteri masak rendang daging, ketupat, kuah kacang, kuah lodeh, ayam masak merah dan nasi minyak untuk tetamu masa raya k-3. Sambutannya laris. Kembang 2-3 mangkuk kami.

2. Pegi pantai.
Beria bawak baju untuk Kaseh main air.
Sudahnya dia takut ngan ombak.
"Mama, Kaceh takut air datang'

3. Tak g beraya sangat sebab jalan jem.
ke bandar jem ke kampung pun jem.
So semangat nak kunjung mengunjung tu kureng la.
lagi pun ada baby ni cam malas nak berjalan.
bergolek dengan keluarga kat rumah lagi best.

4. Bonda ku dok sorang2.
Suke main mercun.
Orang keliling rumah tak berani nak marah sbb org tua yang main.
Sekali bila cucu balik and nak tido dia yang marah budak2 main mercun.
Apa da nenek.

5. Kaseh memahami erti perpisahan.
lepas je babai2 sume orang, dia diam je.
Saya ingat dia tido, rupanya dia termenung.
orang yang kat rumah plak dok SMS bgtau yang sunti tiba2.

6. Waaaa.. berebut dok kat depan dengan Kaseh.
Boring dok belakang sebab xder kawan nak borak.
Papa cakap hala ke depan tyak berapa nak dengar n tak belh pandang muka so xbest.
Tau apa kaseh cakap?
"Mama kecik lagi, kena dok bakang"

Waaa... bestnya balik kampung.
Nak raya 1 round lagi bleh x?

Sunday, August 26, 2012

Corat Coret Syawal 2012

Assalamualaikum.
Salam Syawal semua pembaca blog kecil ini.
Ampunkan segala salah silap jika ada penulisan saya yang mengguris rasa.
Walau dimana, bagaimana dan bila..
harap dimaafkan samada dalam sedar atau tidak saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala dosa saya.
Kita raikan Syawal dengan kehiduoan yang baru dan lebih fresh.
(Ada ke orang guna perkataan fresh?)

Saya rangkumkan kisah raya 2012 setakat hari ke 8 ini.

1. Tahun ni first time beraya ber-4.





Dengan kehadiran Hannah Damia Awatif.
Tahun pertama hari raya untuk Awatif.

2. Beraya dirumah mertuaku dihari raya pertama.
So istilah balik kampung hanya untuk jarak 8km sahaja.

3. Semua ahli keluarga di pagi raya cukup.



Kedua-dua ibu bapa, 9 adik beradik, 2 menantu dan 3 cucu.
 Jenuh menunggu makcik-makcik ni bersiap

 2 ketui penghuru-hara rumah.









Baju disponsor oleh Mak Ngah Nina.
Dari Bandung lagi.
Terima Kasih Mak Ngah Nina.
2 tahun lagi klau ada rezeki turn Mak Long Lynd plak sponsor.



4. Bergerak ke Sungai Besar selepas solat raya.
Rumah nenek kami / moyang Kaseh n Awatif.
Budak2 y jarang jumpa bendang



Keluarga besar tak terkira (Tak daya nak kira)
Jemnya jalan raya Ya Allah, rosak plan perjalan yang seterusnya.

5. Balik ke kampung halaman ku selepas asar raya pertama tu juga.
Jalan clear.
Al-maklum la orang berlemang ketupat kami ber Red Bull dalam kete.
 Keluarga separa besar..
 Keluarga kecil kami..
Adik-adik kembar ku..


Tahun ni raya sume ada.
Adik saya yang nurse dapat cuti.
Walaupun tak kumpul di pagi raya tapi at least sume ada.

6. Makhluk paling gembira dalam dunia adalah Kaseh.
Saya rasa raya tahun ni paling best.
Mungkin sebab Kaseh dah besar,
mungkin juga sbb kami dah ber-4.

Rindunya berada dikampung halaman.
Rindu celoteh Kaseh dengan Maksu, Ayah Su, Su Ayu, dan atuk.
Terima Kasih Allah keran memberi peluang untuk kami merasai nikmat ini.
Ada usia izinkan kami berkumpul lagi tahun depan.


Monday, August 13, 2012

Drama Melayu Yang Menakutkan

Bukan Citer hantu.



Tapi citer cinta-cintun melayu.
Tak berani nak komen lebih-lebih.
Tapi bila dipaparkan mengandungkan anak tanpa ikatan perkahwinan.
Tanpa segan situ, "menerima" keadaan itu seolah-olah tiada salahnya.
Bukan maksud saya anak itu perlu dipersalahkan.
Tapi kalau scrip

"You nak anak apa, girl ke boy?"
"Tak kisah lah asalkan anak ni sihat"
"Hi baby, ini daddy ni"

Sorry to say.
Rasa geli.
Ayat begitu hanya layak dilafazkan oleh orang yang ada ikatan suami isteri yang sah.
Ingat dulu ada cerita dari Indonesia.
Tak tau tajuk, memaparkan wanita yang sentiasa berdoa, bersolat kepada Allah.
Tapi mengandung.

Bukan soalnya orang yang solat, menuntup aurat itu tak buat dosa.
Tapi cuba bayangkan, kalau anak2 yang menonton.
Paparan sebegitu menunjukkan mengandungkan anak tanpa ikatan suami isteri adalah sesuatu yang tidak salah.
Hanya perlu kahwin sahaja selepas mengandung.
More worth, just bayar je.
Setel.

Teringat kisah Wardina Safiyyah.
Boleh cari kat Youtube video tu.

Atuk dia Ustaz, so mak dia hidup dengan landasan Islam.
Ayah Wardina adalah mualaf dari Australia.
Memilih untuk membesarkan anak-anak di Malaysia kerana risau akan pengaruh persekitaran diluar negara.

Adik beradik Wardina tak dibenarkan menonton TV tapi dibenarkan membaca buku tanpa kawalan.
So bahan bacaan Wardiana adalah tentang kehidupan luar negara.
So bila dia disuruh solat, dia tak faham kenapa harus solat.
Mungkin pada zaman ibunya, hanya menurut dan kemudian fikir kenapa.
Mereka lebih menerima.
Tetapi di zaman sekarang anak2 lebih perlukan jawapan "Kenapa"

So disebabkan bahan bacaan yang tidak menunjukkan life yang perlu solat,
kehidupan yang bebas dan happy (Kehidupan barat)
So dia lebih mengikut kepda pengaruh yang dibaca.

Sampailah disaat dia diberi hidayah.
Dia memahami kenapa perlu solat.
Disebabkan memahami itu lah menyuntik minat dia untuk mempelajari maksud bacaan dalam solat dan dan alQuran.

So nampak tak kesan kepada persekitaran.
Ini hanya dari segi bacaan.
Dari segi pengaruh TV yang dipampangkan.
Apa yang mereka tonton itu lah yang mereka belajar sebagai kehidupan.
Saya tidak la sampai tahap tak benarkan kaseh tak tengok TV.
Mungkin sebab dia masih belum faham, mungkin belum lagi.
Tapi bila tengok salah satu drama yang tengah ditayangkan sekarang ni buat saya risau dan takut.
Apa yang dipampangkan itu "kehidupan" sebenar ke?

Saya sendiri bukan ustazah, iman senipis kulit bawang,
bagaimana saya nak beri pendidikan kepada Kaseh dan Awatif.
Saya ingin Kaseh dan Awatif jadi muslimah sejati.
Saya nak mereka jauh lebih baik dari saya.

Mungkin drama sekarang perlu ditapis dari segi terlalu memaparkan perbuatan yang salah.
Kalau tidak, kita sebagai ibu-bapa perlu tapis.

**Nasib baik xder Astro, kalau tak banyak channel lagi nak kena tapis*





Balik Kampung oooo Balik Kampung, Hati Girang

Di sebalik kegirangan nak balik kampung halaman.
Yang ditinggalkan setahun lepas.
Yang kali ini pulang berempat.

Beraya di rumah mertua dahulu,
kemudian petang raya pertama baru gerak ke kampung halaman.
Antara y dok mencuit2 otak ni supaya difikirkan adalah,
macamana nak packing baju anak2 ni.
Kami akan menyinggah beberapa tempat sebelum gerak balik,
so camner nak packing supaya saya tak perlu nak seloongkar 1 bag untuk cari sekadar sehelai baju.

inilah peranan Home Organising mengambil tempat.
Rancang dan susun.



Tapi Mode balik kampung masih no 1.

Akhirnya.. Sampai juga waktu itu..

Assalamualaikum.
Sampai juga.
Akhirnya terjadi juga.

Apa ye?
Zaman kemerosotan hasil produktiviti susu ibu.
Awatif 4 bulan lebih.
Sampai juga saat itu.

Teruk sangat ke?
Yes, really bad.

How bad?
Bangun pagi - Tiada lagi istilah bengkak susu.
1st session pumping - less than 6 Oz (Dulu boleh cecah 10-12 Oz)
2nd session pumping - 6 Oz (Sblm ni boleh cecah 8 Oz)

Malam - Dapat rasa kelembikkan breast bila Awatif nenen lama.

Bagaimana ini boleh terjadi?
Ada beberapa sebab.

1. Awatif anak yang sangat baik. 
Tido malam sangat lena dan jarang sangat terjaga untuk menyusu.
So kalau dia tido 10 jam means 10 jam juga tiada demand.
Mama Awatif ini mengambil peluang sleep like a baby juga la.
Suppose to awak bangun untu create demand itu (Means mengepam)

2. Sesi mengempam yang tidak cukup untuk create demand yang sepatutnya.
Saya hanya mengepam 2 kali sehari.
Pukul 8 pagi di ofis.
Means kalau Awatif nenen dalam pukul 6 pgi which hanya sekejap dan dia tertido balik dan hanya dari sebelah breast.
So selain boleh bayang berapa lama tiada demand dari start Awatif tido.
Kalau ada pun sangat sedikit.

Next pukul 1.30 pm.
Gap 5 jam dari 1st session.
Too long honey.

Then bila da gi amik Awatif dalam kol 6.30 tu pun kadang dia still kenyang.
So dalam kol 7 is next demand.
gap another 5 hours?

seeee???
Demand yang sangat teruk.

Masa Kaseh dulu,
2-3 kali bangun untuk menyusu pada waktu malam.
So disitu sudah ada demand.

Pumping session :
9.00 am --> 12.00 pm --> 03.00 pm 
See? Gap every 3 hours.
Tapi ni masa keje tempat lama.
Working hours 8.00 am - 05.45 pm
Rutin keje tak fix.

Tempat sekarang, 08.30 am - 04.30 pm.
Rutin keje y fix.
Kol 8.30 - 9.30 : Plant tour.
9.30 -10.30 am : Daily report preparation.
10.30 am - 11.30 am : Meeting
11.30 am - 01.00 pm : depend on issue.
kalau ada yang kena banyak benda nk kena follow up time ni sgt pack.
Tapi klu nak curi masa pun time ni la.
Tpi da dekat sgt dgn lunch time.
So terus lajak pumping during lunch.

3.00 pm : Shift meeting.
3.30 - 4.30 pm : dah nak balik da pun.

Itu semua alasan ke?

I have to do something.
Nak kene kuar dengan action plan ni.

Antaranya :
1. Cik Lynd, let's only Awatif sleep like a baby not you.
Bangun mengepam at least sekali diwaktu malam hari.
Mybe make it at 2.00 - 3.00 am

2. Power Pumping.
Boleh refer entry satu ketika dulu untuk cara2 power pumping.
(Tiba2 teringat Kak Tini bila sebut power pumping. Beliau banyak support breastfeeding journey saya)

3. Tambah sesi di ofis.
Sekarang saya pumpu di surau.
So jika saya tambah sesi mengepam diluar waktu rehat saya akan lost time dari segi perjalan saya ke surau.
So saya ingat nak pump dimeja.
Dengan spectra 3 dan nursing bra,
(Boleh didapati disini dengan harga berpatutan)
Saya boleh ber "hand free" sambil buat daily report.
Pukul 10, time manager gi meeting kol 10 saya boleh mengempam,
dan kol 10.30 saya bleh masuk meeting.

Tapi maksudnya saya kena hangkut bag pum saya ke ofis pd waktu pagi.
Lunch time saya hangkut g surau plak.

Sbelum ni saya tinggal je di surau.
So berlenggang je masuk ofis, so bleh terus masuk plant dan xpayah singgah2 letak bag bagai.
Huaaa.. kena cari idea y lebih ergonomic ni.

Bagaimana dengan milk booster?
Sorry to say keyakinan saya pada pengaruh makanan terhadap pengahasilan susu ibu hanya 10%.

Keyakinan saya terbahagi kepada :
Demand and Supply : 70%
Emosi / Mood Ibu : 20 %
Pemakanan : 10 %

Terpulang kepada individu.
That why saya more focus on to create "demand"


Sumber : Sini
Maksudnya stimulasi.
Lagi banyak stimulasi, masej akan dihantar ke atak untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Biar pun masa awal2 sesi kita tidak namapk hasil dari segi kuantiti (terutama semasa power pumping) tetapi badan kitasedang menghantar isyarat yang kita perlukan lebih banyak susu.
It's how the body and breast milk works.

Ini satu lagi ilustrasi menarik mengenai penghasilan susu ibu dan kaitannya dengan emosi/ mood ibu


Sumber : Sini

Ada 2 hormon yang terlibat dalam breastfeeding.
Hormon Prolactin - Berfungsi dalam menghasilkan susu ibu.
Bila kita da stimulate breast tak kisah la melalui direct feeding / pumping,
otak akan memberi isyarat supaya hormon ini dihasilkan dengan lebih banyak dan menggalakkan penghasilan susu ibu.

Hormon Oxytocin - untuk mengeluarkan susu dari badan.
Juga dikenali sebagai motherhood hormone.
Bila hormon prolatin sudah menghasilkan susu,
Oxytocin akan ambil peranan untuk mengeluarkan susu dari breast.
Pernah jadi tak bila kita teringat dekat baby kita tiba-tiba susu menitik dari breast.
That why ia dipanggil motherhood hormone.
Perasaan keibuan ini lah yang menyebabkan susu itu keluar.
Dan hormone ini juga memberikan kita ketenangan.
(sebab hormon ni kot sya terlebih tenang semasa menyusukan Awatif sampai saya yang tertido)

So ini yang saya maksudkan emosi mempangaruhi penghasilan susu ibu.
Pernah jadi tak, breast rasa macam ada isi, tapi bila di pam susu tak keluar?
Means hormon ni kurang.
So, cuba bawak bertenang, kalau yang sibuk banyak keje nak mengepam pun nak cepat2 teringatkan keja yang menunggu,
cuba tarik nafas, tengok gambar / video anak.
Biarkan perasaan keibuan tu menggalakkan hormon oxytocin.

Kalau tengah sedih / marah  cuba istighfar dan tenangkan diri.
Ambil anak directfeeding, hormon itu akan membatu untuk kita lebuh tenang.
So ia berfungsi 2 hala.
(Wah.. yang ni saya pandai2 tambah ikut pemahaman saya)

Dari segi pemakanan saya tak dapat relatekan.
Tapi mungkin juga bila kita makan makanan yang sodap dan kita suke then kita akan gembira then oxytocin akan derembeskan so susu pun keluar dengan meriahnya.
(Mungkin lah)
dan mungkin juga dalam makan tu ada enzime2 yang menggalakkan penghasilan 2 hormone susu ibu ini?
Kena investigate ni.

Ouhhh.. Panjang sudah entry ini.
Da macam kelas biologi dah.
Apa-apa pun saya harap isu ni saya dapat setelkan dengan action plan y saya listkan tu.
Kepada ibu-ibu yang seangkatan dengan saya, jangan putus asa teruskan ikhtiar demi untuk memberikan yang terbaik untuk our little one.

Disclaimer ye :
Ini adalah penerangan melalui pemahaman saya sendiri.
Saya rujuk dari sumber google dan dari Kursus2 yang saya hadiri,
kemudian saya terangkan dalam kontek pemahaman "orang biasa" bukan orang2 "medical"
Jika ada yang tersilap saya minta maaf.
Saya ingin kongsikan pemahaman saya.
Dan masih banyak yang perlu saya perbaiki.