Pages

Wednesday, January 30, 2013

Keburukan Teknologi

Setiap perkara ada kebaikan dan keburukan.
Begitu juga teknologi.
Mungkin sepatutnya untuk memudahkan segala urusan, pekerjaan atau apa2 je la objectifnya.

Mula-mula wujudnya 
Internet --> Memudahkan mencari maklumat
Pakcik Google yang sangat bijak.

Kemudian wujudnya,
Facebook --> Merapatkan silaturahim, mengetahui update rakan-rakan, announcement, sharing info or what ever it is.

Kemudian musim 
Smartphone --> IPhone, Galaxy S2, S3, Note, Camera, I Pad or what ever lah.
Memudahkan.
Internet dan Facebook dilayari dimana sahaja.
Jika dulu,





Sekarang,



You can see in restaurant.
Ada 4-5 orang on that table but no communication among them.
Terlampau sibuk dengan teknology sampai orang depan mata xnampak.
Kalau salah seorang dari mereka tertinggal gadget tu?
Tercongok sorang?

And Jika dulu,



Dan sekarang,


Aktiviti keluarga.
Seronok jika semua menumpu pada skrin yang sama, aktiviti yang sama.
Tap apa yang jadi sekarang, masing2 ada skrin sendiri.
So kalau tumpuan berbeza macamana nak have the communication?

It's so happened in my family now.
Yes, my small family.
Since Papa ada Note.
Saya jugak yang galakkan dia beli hari tu sebab dia merungut susah nak check email company bila dia keje kat luar.
Tapi sekarang itu yang saya paling menyesal berlaku dalam tahun 2012.

Bangun tido, ngadap tu.
Balik rumah, lepas makan,
Pantang ada masa terluang.
Apa yang ditengoknya?
Apa yang saya perasan video2 or blog yang share kat facebook.
Apa-apa je la issue semasa, politik ke, Ustaz Azhar Idrus ke.

Ngan anak? 
Main bola pun sambil duduk n sebelah tangan mengadap Note.
Anak tanya soklan?
Saya yang sakit hati tengok anak saya menagih perhatian.


Saya?
Ni baru lepas bagitau soh rendahkan volume TV sbb anak2 da tido.
Tak payah.. Memang tak dengar.
Kalau nak bercerita / mengadu / borak2, kalau dia tengah mengadap?
Tak payah, buat sakit ati je.
Bagi mengelakkan keadaan panas, baik saya pun bukak laptop, saya ke dunia saya sendiri.

Yes, it's happened now.
Dia asal duduk je mmg kat tangan ada je la note.
Saya buat keje sambil melayan anak-anak.
Kalau saya buat keje kat dapur pun, dia melayan anak-anak sebelah mata.

Bila anak-anak tido, saya ON laptop jugak.
Yela nak borak ngan sapa?
lagipun time anak tido saya boleh buat aktiviti sendiri.
Kadang-kadang saje ON laptop even tengok dia da letak note.
Ni time saya balas balik.

He is my best friend.
Tak pernah ada perasaan malas / tak penting untuk borak ngan En Suami saya.
Sekecil2 perkara ditempat keje pun saya bagitau.
Laporan detail.
Dia rakan mengumpat saya.
Walaupun tiada respond tapi saya tahu dia mendengar.
(Biasa terjadi tiada respond sbb apa yang saya ckp xder kaitan pun ngan dia)
Tapi hati ni rasa lega bila dapat cerita semunya pada dia.
Sebab saya tahu dia dengar.

tapi sekarang?
Waktu tumpuan dia saya perlu gunakan dengan bijak.
Hanya highlight perkara2 penting.
kalau tidak saya terlepas peluang.
(Tiba2 terasa sedih dan rasa nak baling je Note tu.)
Dan tiada lagi update2 kisah meraban dari saya sebab dia tak dengar.
Cuba cerita kat dia, then cuba tanya soklan.
Even jawapannya should be Yes or No je, dia akan tanya balik "Apa dia?"
So you have to repeat the whole story.
So conclusionnya, TAK PAYAH.
Sakit hati je.

Tak tahu la sampai bila hal ini akan berterusan.
Hubangan kekeluargaan semakin renggang sebab teknology.
And i know ramai juga yang senasib dengan saya.
Ku berdoa semoga En Suami baca entry ini.
(Which is mungkin tak terjadi. Sibuk baca update dunia blog isteri tak sempat jenguk. Ke ada yang nak tolong bgtau En Suami saya?)

Tuesday, January 29, 2013

Hantar Service Spectra 3

Assalamualaikum.
Beberapa minggu lepas ada seorang pembaca hantar email mengenai bagaimana nak hantar service Spectra 3 bila dalam TO-DO list saya da mention pasal hal ini.



Ok bagi yang ada tinggal disekitar lembah Klang mungkin boleh terus pegi ke 

Histopoint (M) Sdn Bhd
No 41, Jalan SS18/6,
47500 Subang Jaya,
Tel : 03 - 56717288

Pejabatnya sebaris dengam JM Beriani.
Charge untuk service biasa RM 40.00.
Dan kalau ada kerosakan lain atau ada susu dah termasuk dalam pam, lain pulak casnya.
Tengok tahap kerosakannya.

Dan kalau sesiapa nak pinjam pam sementara pam sendiri di diservice pun boleh.
Kena call dulu dan inform yang kita nak hantar pam dan anda perlukan unit loan.
Nanti pihak Histopoint bookkan unit tersebut untuk kita kalau unit loan masih ada.

So semasa gi hantar kita perlu sertakan deposit RM 100.
nanti bila kita ambil pam selepas diservis, jumlah akan dipotong dari deposit itu.
Kalau tak pinjam xperlu bayar deposit.

Masa diambil dalam 3-4 hari bekerja.
Lepas siap mereka akan call untuk collection.
Perlu diingatkan kepada yang mengambil unit loan, kita perlu collect pam dan pulangkan unit loan dalam masa 2 hari selepas pihak Histopoint call.
Jika lebih kita akan dipenalty Rm 3.00 sehari.
Ini kerana ada kemungkinan orang lain sedang menunggu unit loan tersebut.
So lepas dapat call terus g collect dalam masa 2 hari.

Kepada yang berada jauh dari Subang, boleh juga berurusan melalui pos.
Mungkin kita patut call dulu mengenai penghantaran unit pam.
Dan penghantaran dibuat ke alamat diatas.
Pihak Histopoint akan call bertanya mengenai masalah pam atau hanya service biasa.
Selepas service selesai mereka akan call untuk total bayaran termasuk urusan penghantaran kembali.
Kita perlu buat pembayarab, selapas confirm payment mereka akan teruskan dengan urusan penghantaran.

Keperluan penghantaran unit Spectra untuk servis.
1. Lakukan secara berkala, mungkin setiap 6 bulan.
(Saya tak amalkan pun)
Setahun sekali pun dah OK saya rasa.

2. Jika ada kerosakan.
Jika rasa suction dah tak kuat boleh lah hantar repair.
Masa 1st time dulu knob valve saya loose.
Saya hantar repair dan dapat tips supaya tidak terlalu kerap adjust valve tersebut.
Jika sudah selesa dengan suction tersebut tak perlu ON / OFF pun.
Tapi kalau dari Single <--> Double Pumping, perlulah dilaraskan kerana pressure adalah berbeza.

3. Jika bercadang berhenti menggunakannya.
Kalau selepas 2 tahun or sudah bercadang berhenti untuk pam, boleh lah hantar service sebelum Spectra direhatkan.
Mana lah tahu kalu ada kekotoran, kena lah bersihkan dulu maner tahu bila nak guna balik keadaannya semakin teruk.

Ada sebarang pertanyaan, boleh email saya di sitinorhas_linda@yahoo.com


Friday, January 18, 2013

BABY BEAR GETS SCOLDED

Brown bear's parenting method snapped in Ukraine 's
Simferopol Zoo.......What the lttle chap had done to
Incur his mother's wrath remains a mystery, but the
Chances are that he won't do it again!
A baby bear made his mother angry. She tried to explain
Something to him in the corner, and then shook him by the neck.
Wonderful pictures from the Zoo in Simferopol .




How many times have I told you not to do that?
She pins him in the corner for a dressing down.
First, the mother glares angrily at her son as he stands a few feet away
Looking guilty and sheepish.
Within seconds he is backed into a corner with a terrified expression
As she roars her disapproval.
Shortly afterwards he finds himself airborne after
She seizes him by the scruff of the neck and propels him from side to side.

Perhaps THIS will teach you a lesson: She picks him up by the scruff of the neck and swings him around.

A word in your ear: The crestfallen cub approaches his mother. Sorry Mom!!
Never mind Mommy loves you! He gets a bear-hug to show the row is over.
However, the fierce encounter at Simferopol Zoo in the Ukraine comes to a peaceful conclusion when Mummy, who weighs the best
Part of 550 lbs,
Gently hugs him to her chest to reassure him that all is forgiven. --> Ini yang saya tak pernah buat.


Ku Pujuk Hati Ku

Kata-kata semangat yang ku coba tiupkan dalam hati, minda dan jiwa

1. Cik Lynd, orang lain anak 4,5,6,7 cmner?
Awak baru 2.

2. Orang lain jumpa suami kadang-kadang weekend je.
Awak baru laki balik lambat.

3. Untung awak ada suami lagi.
(baru terbaca blog yang suami dia baru meninggal secara mengejut anak kecik2 lg. Even anak dia yang bongsu pun lagi kecik dari Awatif)

4. Tak per la bangun buat susu 2-3 kali pun.
Senaman, awakkan kata nak kurus.

5. Bila Kaseh merengek je yang awak dok kira,
bila dia senyum, dia chayang, dia menari n menyanyi untuk awak,
awak taknak kira?'
'
6. Orang lain anak ada berderet pun boleh menage kain baju. 
xder sampai anak ulang pakai baju kotor.

7. Orang lain kena bangun kol 5 pagi, nak masak, nak kemas rumah.
Awak? 
Bangun, siapkan diri hangkut anak terus jalan.
Ngam-ngam.

8. Bak kata sahabat, "pahala jadi ibu terus mengalir".
Yup never ending of flow kalau kita ikhlas.

9. Prof Muhaya " Anak itu bukan hak kita, tapi hak Allah yang didatangkan melalui kita. Itu amanah"

10. Allah Huakbar, Ujian-Mu ini akan ku tempoh.
Berikan aku kekuatan.


Thursday, January 17, 2013

Saya Tak Layak Jadi Ibu

Mode : Kecewa.. Sesal..

Yup. itu yang saya fikir.
Saya tak layak jadi ibu.
Beranak saya pandai.. Jaga or didik anak saya tak pandai.

Huhhh.. Itulah yang saya sedar 2-3 menjak ni.
Ingat senang nak jadi ibu?
Yup.. as long as u ada rahim and a baby come out it will consider you are "IBU' already.

Tapi untuk menjadi ibu yang menjaga, mendidik, menjadi teman, menjadi idola kepada anak, bukan suatu yang mudah........pada saya.
Pada orang lain mungkin tiada masalah.

Kenapa saya berkata demikian?
Recently my husband asyik balik lambat.
Biasanya maghrib dia da sampai rumah.
Sebelum ambil anak-anak saya da siap masak.
So gap antara kol 6.30 - 8.00 malam saya uruskan anak-anak sendiri.
tpi mostly berbaring2 sahaja dan layan anak-anak main.

Bila suami balik, dan siap mandi semua, kami makan malam.
Then baru lah samada saya kemas dapur, sidai baju, lipat baju.
Sambil2 tu layan anak-anak dibantu suami.
Dalam kol 10 baring2, tukar baju anak-anak dan tunggu masa untuk tido.

Tapi..!!!! 
Sekarang kol 10-11.30 mlm suami baru balik.
Sepanjang 4-5 jam saya dok dengan anak-anak.
Boleh tak saya rasa stress dalam tempoh berapa jam tu.
Kaseh la jd mangsa.
Minta susu saya marah.
Yela kalau dalam masa beberapa jam tu da 2-3 kali minta susu. 
Belum lagi bab dia reject botol susu yang saya nak guna. 
Nak botol gigi, botol Julaika, botol bear, botol mouse.

Blom lagi masuk kes kalau sume botol susu tu xberbasuh.

Bila da banyak minum susu kerap la kencingnya.
Kadang-kadang tak sempat ke toilet.
Nak dinner mmg susah.
Baby seat y beli untuk adik Kaseh y nak naik.
So makan sambil pangku Awatif.

Conclusionnya kalau saya sorang keje memang menguruskan anak je la.
Sakit mata ngan rumah tunggang langgang.

Apa yang saya rungutkan diatas tu membuatkan saya memang tidak layak jadi ibu.
Yang buat saya makin tidak layak bila Kaseh jadi mangsa.
Kena marah, kadang2 naik jugak tangan ni.

Allah.. Kalau la saya dapat tempuh semua ini dengan tenang mesti banyak pahala saya sebagai ibu.
Sebab tu la org kata IBU tu mulia sebab bukan senang nak jd IBU.

Setakat status sahaja, tapi tanggungjawab saya gagal pikul.
Saya memang tidak layak dijadikan orang kesayangan anak saya.

So "MAMA" hanya nama yang dipanggil oleh anak-anak kepada saya.
Hanya nama.
Bukan PERANAN.

**Tengah mengumpul semangat**
**Entry ini mungkin akan didelete supaya anak-anak saya tak tahu yang saya ni loser mom**

Wednesday, January 16, 2013

Lagu Top 5

Lagu feveret Kaseh.
Suka buat show kat rumah.

Lagu Gajah

Gajah berkaki 4, gedek-gedek
Hidungnya sangat panjang,
Telinganya sangat lebar tapi gajah tak makan orang.

Kalau adik, mahu tahu apa makanan gajah..
Lalalalalalalala..
Gajah makan tebu..

Kaseh pelat.
Tapi bila tang "Tapi gajah tak makan orang" kami bantai gelak.
First time dengar seumur hidup mama da 29 tahun ni.
Heeee...

Lagu Girafah

Girafah ohh girafah,
kaki panjang leher panjang,
Tingginya ohhh girafah..

Bila gi Zoo Melaka hari tu, Kaseh persembahkan lagu iti kat depan 2 ekor Ziraffah.
Mesti Kaseh lega dapat present kat depan zirafah yang sebenar.
(Eja Girafah ke Zirafah.. Oush xdapat pikir)

Lagu Fruit Salad

Watermelon.. watermelon,
Papaya, papaya..
Banananana... banananana..
Fruit Salad.. Fruit Salad..


Lagu ni kena sekali ngan gaya.
"Fruit salad" dekat 2 minggu untuk saya kenal pasti perkataan sebenar.
Kaseh asyik dok sebut "Puh Celet"
Lagu ni dipersembahkan depan sekumpulan burung parrot yang sedang makan PAPAYA.

Lagu : Hari

1,2,3 Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat dan Sabtu,
Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday

Lagu lain xder pulak dia kira dulu.
Lagu ni mesti kena kira 1,2,3 
Perkataan Saturday mama suka tukar jadi "Yennaday"
Kaseh mesti marah.
"Bukan Yennaday, saturday"
Upsss.. Sorry mama silap.

Lagu : Harapan

Harapan.. harapan setinggi gunong..
Ingin ku bahgia bersama..

Lagu kumpulan apa ntah ni. 
Heee..




Budak yang selalu menguji kesabaran mama,
tapi penghibur hati kami.


Masa Berlalu

Masa berlalu.
Senin hari tu g new lesen kat JPJ.
Gigih sangat renew kat JPJ instead of Post Office or MyEG sebab nak tukar alamat.
So kalau nak baut kat JPJ kena bawak sekali gambar passport.
Pikir punyer pikir, nak g amik gambar terbaru or nak guna je gambar lama.
Gambar ya dah guna bertahun adalah gambar ni.
 

Gambar tahun 2008.
5 tahun lepas la.
Amik gambar sebab nak masuk keje kat JVC.

Guna lama sebab ni gambar konon paling cun la and ada softcopy.
Gambar ni tipu..!!!!
Sebab kedai tu buat editing lagi.
Buang parut jerawat and even tanya nak buang ke tak tahi lalat.

Then nak join tempat keje sekarang ada g amik gambar.
Sebab gambar kat atas tu tak jumpa save katmaner soft copy.

Comot..!!!
Gi pun da last minutes sbb tu tak pakai elok2 pun.
Makcik mana la ni.

Then gambar tahun 2011 kot untuk passport.

Tapi da kena "makan' dengan Awatif.
Hancur sume.
Xder soft copy.

So tiada pilihan decide amik je gambar baru.



So bila korek2 gambar2 passport lama2 jumpa gambar ni.


Ni pulak untuk masuk UKM kot.
Wajah tulus seorang wanita belasan tahun.

Heeeee... Masa sekolah menengah kot ni.
Form 3 kot.
Hahahahahah... Selekeh..
Cermin mata amik suku dari saiz wajah.
Tahi lalat kecik je.
Dagu runcing menunjukkan bertapa slimnya saya.
Heeee.... 
(Entry semasa boring sbb MC kaki terseliuh)

Tuesday, January 15, 2013

Sudahkah Anda Daftar Haji?

Assalamualaikum.


Impian dan harapan setiap umat Islam adalah untuk menunaikan rukun ke-5 sebelum menutup mata.
Untuk menjadi tetamu Allah.

Seorang rakan pernah bgtau yang markah untuk ibadah haji kita bermula dari NIAT.
So semua orang ada niat untuk ke sana.
Tapi kena la buka akaun Tabung Haji dan kemudian Daftar Haji dan kemudian Cukupkan jumlah yang diperlukan dan seterusnya tunggulah jemputan Allah ke rumah-Nya.
(Lama betul merangka ayat untuk mukaddimah ni)

Saya sudah bukakan akaun untuk anak-anak.
Untuk buka akaun Tabung Haji minimum Rm 10 diperlukan.

Then untuk Daftar Haji minimum Rm 1300 diperlukan.
Maksudnya bila dalam akaun da ada RM 1300 kita boleh daftar haji samada di kaunter Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Maybank Islamic.
Daftar Haji ni macam untuk booking dan update status kelayakan kita untuk Haji (Dari segi financial sbnrnya)



 Tak cukup Rm 1300?
Sekarang dah boleh keluarkan KWSP untuk tujuan DAFTAR HAJI SAHAJA.
Bukan untuk pergi haji ye.
Means hanya untuk kita mencukupkan RM 1300 itu.





Lepas daftar haji, bolehlah teruskan usaha untuk menambahkan jumlah yang 
diperlukan untuk melayakkan kita termasuk dalam senarai org yang layak dipanggil oleh Tabung Haji untuk ke Tanah Suci.

Bila dah cukup.. Tunggulah jemputan itu.

Nak ceritanya, last week saya pergi Daftar Haji untuk saya dan suami.
And masa tu jugak dapat tahun anggaran bila kita akan menunaikan haji.
Tahu bila tarikhh yang tertera?
2057 Masihi.
44 Tahun lagi.
Umur saya 73 tahun.
Ermmmm... Lamanya.
Tapi saya ingat kata seorang rakan.
Haji ini jemputan.
Kalau Allah jemput maksudnya itulah masanya.
Kalau Dia tak jemput usah kecewa, itu hak Allah untuk memberi jemputan kep da siapa.

Nak daftar untuk Kaseh n Awatif tapi masih tak cukup.
Tiba2 masa menaip ni terfikir "Kenapa lah tak keluarkan jumlah yang ada pada saya masukkan dalam akuan anak2 dan saya guna kaedah KWSP tu"
So.. Sume dapat Daftar Haji.
Ooooohhhhh.. Frustnya.
Tapi takper itu mungkin percaturan Allah juga.

Harap dengan buat potangan gaji ke Tabung Haji ni, cepat Allah jemput saya.
Aku terlalu ingin menjadi tetamu-Mu Ya Allah.

So yang masih belum daftar, cepat2 lah berbuat demikian.

Monday, January 14, 2013

Cost Down Project

Assalamualaikum.
Salam Isnin.

Kita mulakan minggu ini dengan entry berinfo.
Tercetusnya idea untuk entry ini bila seorang sahabat yang nak buat "investment".
Bila sebut soal mampu atau tidak dia cakap 
"Nanti kena review balik la perbelanjaan yang perlu dan tak perlu"

Ya.. Pada saya langkah yang sangat perlu even bukan sebab kita perlukan budget baru.

Saya share tips penjimatan yang saya amalkan.
Dan ada antaranya saya review sempena akhir tahun hari tu.

1. Talian Telifon
Saya baru tukar talian telifon dari A ke B. 
Sebab untuk talian A saya perlu bayar fix minimum 8+.++ walau berapa banyak penggunaan pun.
So saya pilih talian B sebab saya bayar fix Rm 4+.++ dan tambahan untuk depend banyak mana penggunaan saya.
So bayaran saya setiap bulan dalam keadaan kawalan saya.

2. Unbill
Untuk sesetengah perkhidmatan cas akan dikenakan untuk jika kita request detail bill.
So gunakan bill online sahaja.
Jimat kos dan jimat ruang dan menyelamatkan alam sekitar dengan peperless.
Heee... So sila check sekarang yang maner boleh online sahaja.

3. Pay online
Ada sesetengah bpendapat tak save pun sebab ada cas antara Rm 1.50 - 2.00 untuk transaction inter bank. 
Hanya pembayaran bil dan bank yang sama sahaja free.
Kepada saya, online masih paling jimat sbb bank untuk bayar kereta, cash deposit selalu sangkut.
Pernah 3 kali gi bank untuk buat bayaran.
So kalau tolak campur mmg masih save dari segi masa, minyak kete dan tenaga.

4.  Petrol
Heee.. Tips ni mungkin berguna kepada saya sahaja.
Secara tak sengajanya kami ada 3 kete (2 utang 1 clear)
Tapi demi cost down juga, kereta peribadi (wahhh ayat.. kete pertama saya)
saya kasi adik guna dan dia bayar.
Walaupun dengan berat hati.

So sekarang ada 2 kete je la kat rumah ni.
1 kete suami saya yang boleh dikatakan kete formal.
Means y biasa kami gunakan untuk perjalanan jauh / or nak keluar weekend.

1 lagi kete kesayangan En Suami juga.
Kami panggil Si Biru.
Kete y mention kat atas Si Hitam.
Kete dia guna dari zaman belajar.
Kete tu pintu belakang hanya boleh buka dari luar.
Pintu 1 lagi xbleh bukak.
Kalau hujan lebat mesti bocor.
Pintu belah pemandu kena ada skill baru bleh bukak.
Hand Brake da x jalan so klu park kete On Gear.

Tapi apa kelebihan kete ni?
Jimat minyak..!!!

Kalau Si Hitam bergaya dan nampak gagah dijalan raya,
dengan RM 50 hanya bertahan 5 hari termasuk penggunaan weekend dlm keadaan budget2.

Kalau Si Biru boleh tahan 8 hari dengan penggunaan yang sama dengan Si Hitam.

So saya lebih rela menghentak2 pintu Si Biru demi menyelamatkan budget minyak dari bersenang lenang dengan Si Hitam tp asyik g petrol pam 2 kali seminggu.

Pernah minta kebenaran suami nak g keje  ngan moto tp dia tak kasi sbb dia kata saya bawak moto cam kayu.

So kepada yang lain mungkin boleh review kadar penggunaan petrol kenderaan anda. 
Ada beberapa tips untuk jimat petrol antaranya kada tekanan angin tayar.

5. Electrik
Range normal bil letrik kat rumah saya adalah antara Rm 30 - 35.
Lebih dari tu da kira tak normal.
Saya rasa tu kira rendah la tu.
Mungkin sebab takder aircond dan water heater.
Tp antara langkah yang saya ambil untuk kawal kadar elektik adalah, 
saya tak guna water dispenser untuk air panas.


Saya guna ini.

Bunyinya macam keretapi.
Saya pernah ada 3 water despenser hadiah kahwin.
1 saya kasi mertuaku, 1 saya jual, 1 lg simpan guna time memerlukan sahaja.
Untuk susu kaseh saya guna termos.
Boleh tahan 3 hari ooo..

Selain dari tu, En Suami pasang timer kat lampu porch.
So xder issue lupa matikan atau lambat matikan.

6. Air
Walaupun air tak bayar pun.
Tapi masih perlu jimatkan air.

So saya tukar semua paip getah kepada ini.


Kalau kaseh mandi memang air terbukak je so dengan paip gini selain organise ia juga menjimatkan air.
(Niat asal adalah sebab entry ini-->Link)

Saya review segala pembelajaan / bill secara keseluruhan.
Samapi sangkut.
Means sampai xder ruang lagi nak jimat.
Tp mungkin silap niat saya.
Berjimat sebab nak lebihkan budget kat tempat lain.
Heeee... Tak patut..

Jimat Rm 1.00 pun sudah berharga.
Apa cara anda..?