Pages

Tuesday, June 17, 2014

Ceria Pagi Bersama Kaseh dan Awatif

Assalamualaikum.
Cerita anak-anak waktu pagi.
Since Kaseh da tadika, memang pagi-pagi Kaseh kena mandi and pakai baju sekolah la.
Tapi satu ketika dulu..
Dari nak kejut, buka baju, siram, pakai baju sampai ke masuk kete macam mimpi ngeri bagi mama..
Hahahaha..

Macam2 alasan dan ragam liatnya nak bangun.
Sejuk la..
Ngantuk la..
Siap di tanya kenapa kacau dia tido.
Hamboi.

Adik pulak seboleh mungkin saya taknak kejutkan sebab 1 hal pulak nak uruskan 2 budak.

Tapi saya silap.
Selepas beberapa kali kakak mengamuk kat katil sampai adik terjaga.
Bila adik jaga kena mandikan dan siapkan kedua-duanya.
Rupanya itu lagi senang.



Bila adik bangun kakak pun bangun la.
Kalau tak ada je alasan dia, "nak dok kat rumah nanti dia jaga adik la"

Adik.. kalau dia bangun ceria aje..
eluk-eluk.. iyum..iyum.. ajak turun mandi senang je.

Cuma yang tak tahan tang dia gedik-gedik tonggekkan bontot sebelum pakai pampers tu yang rasa nak gigit.

So sejak tu, rutin pagi memang akan kejut adik dulu.
Kacau adik dulu.
Bila kakak dengar dia bangun la.
Bahagia mak.


So i'm having a very good start every morning.
Mandikan.
Pakai baju ni ikut mood anak-anak.
Ada angin dia nak toncet.
Gini la jadinya.




Bila hari dorang nak pakai tudung.



Ada hari yang nak pakai stokin.


Bahagia sangat.
Jadi mak ni pun tak kisah la sampai opis lambat pun.
Janji dapat bercanda dengan dorang dulu.
Lambat pun takder sampai lepas 8.30 am.

Love both of you.
Sayang kamu berdua ketat2..




Thursday, June 5, 2014

6 Hijau 1996 SKCE - Kerana Pokok Sena

Kerana Pokok Sena.

Ermmm.. tak tau mana nak mula.
Ok.

Saya suka pokok sena.
Even pernah buat entry masa musim bunga sena tahun lepas.


Then tahun ni musim tu datang lagi.
Beberapa kali saya upload kat FB pasal sawan pokok sena ni.

Sampai ada blogger siap komen kat FB yang perasan kesukaan saya kat pokok ni.

Ni antara gambar-gambar pokok sena kesayangan yang di upload.






Sampai lah satu hari, wassap yang jadi penyebab segalanya.


Wassap dari kawan zaman kanak-kanak.
Rohana Saad.
Wahhhhh.. nama penuh aku letak Ana.
Dia antar gambar pokok sena.

"Untuk mu Ngah..huhu"

Aduihhh.. nasibaik dia kat perlis.
Kalau dekat-dekat memang aku gi cium dah.

Apa yang seronok sangat?
Yela. 
Giler tak sawan mak bila kawan y jauh disinun antar gambar bunga y ko suka.
Maksudnya dia ingat kita.

Terlalu seronok makcik snap shot terus up kat FB.

Part seterusnya aku dah tak faham.
Things happened so fast.

Begin with the snapshot,
kawan-kawan seangkatan dengan aku and Hana mula komen.

Long (Fairus)
Baiti
Rusydina
Sabariah
Pudin
Main sahut menyahut kat komen.

Makin lama makin berkembang.
Tu keje Long aka Fairus aka  Ketua Darjah.
Kumpul punyer kumpul hampir nak cukup 44 orang semua ahli kelas dikumpulkan melalui FB dan wassap.

Fairus admin group wassap
Kerana Pokok Sena - SKCE

Everything happened less then 48 hours.
Dasat tol dorang kumpul geng.
Korek habis-habisan.

Part paling tak tahan Fairus siap buat sketch kedudukan dalam kelas.
Dan part paling sedih aku tak ingat aku dok ngan sapa.

Laju berdesut wassap.
Rasanya dekat seminggu kot yang trafik tinggi je.
Bayangkan ko tinggal hp ni 1 jam Unread Message boleh cecah 1000.
Memang tak daya nak baca kalau ko tgl ko kejap.
Memang skip la.

Part yang tak tahan bahagian mengilai sengeh2 sorang2.
Mak aku pun naik heran.

Baiti siap cakap tak jadi keje.
Bos jeling.
Tapi Baiti ni ibu mithali, dia layan bila siang je. 
Malam memang diam dia.
Family time.

Mc Da siap left group lagi sebab tak tahan dia nak audit tp edicted kat group ni.

Rusydina - seawal kol 5.30 pgi dah mula siaran.

Pudin - Ada je memanjang. Aku pun heran dia takder keje lain ke.

Long / Fairus - masih bertindak sebagai ketua darjah. Mengawal topic supaya tak sesat ke laut.

Saiful - Bini dalam pantang memang ke laut je la topic dia.

Norihan - Cikgu ke Sabah sana.

Noriman/ Ime : Dari zaman skola aku memang tak tahan ngan dia.
Asik buat lawak je.
Tapi apsal skrg ko cun melecun?

Hajar - Geng hoki dan nasyid.
Kecik comey budaknya. Ehhh.. mak budak.

Gee - Rupanya dia dok kat area rumah aku je. Tapi tak pernah jumpa lagi. 
InsyaAllah ada jodoh kita jumpa.

Duwe - Yang ni kejenya menulis je la.

Sabariah - Abang dia ensem ooo.. Ehh.. dia bukan sekadar kawan kat sekolah. Tapi kawan main pondok2 kat rumah nenek.

Ana - kawan teristimewa dihati ku.
Kalau pasal Ana ni 1 entry pun blom cukup.

Pengsan makcik nak sebut semua.

Apa-apa pun Group Wasssap Kerana Pokok Sena memang fenomena sekarang.











Sorry kalau tak sebut semua.
Kepala dah jem.
Anak dok ajak main.

Kalau rajin makcik up lagi.

Kerana Pokok Sena - SKCE






Wednesday, June 4, 2014

Kisah Gelang Nikah

Fokus.
Bukan apa..
Bila banyak benda nak cerita, jadi tak tau nak tulis yang mana dulu, 
sudahnya close.
Pastu tak jadi update.

So saya nak fokus 1 cerita je.
Cerita si gelang nikah.
Antara barang kesayangan.
Nama pun gelang nikahkan.
Takkan ada beberapa jenis lak.
Mesti 1 tu je.

Walaupun dikatakan "kecik macam janggut udang" dek tukang urut kat kampung aku.
Tapi tetap disayangi sebab dengan titik peluh suami terchenta.

Setiap emas yang ada ditubuhku ini semuanya ada cerita walau sekecil mana sekali pun.

Ceritanya.. lepas raya tahun lepas (2013), di opis, ku perasan yang gelang tu dah xder kat lengan ni.
(Punyer la kecik sampai tak perasan)

Masa tu mmg blur tak tau bila kali terakhir tengok.
Dok fikir mungkin kat katil, jatuh time tido.
Dalam hati "percaya" gelang tu masih ada.

Balik rumah tak cakap banyak (masa tu bonda ada), terus naik atas kemas katil.
Cari celah-celah tilam, bawah katil semua-semua la.
Takder jugak.
Cuba fikir balik. 
Last ingatnya masa raya 2 minggu lepas ada lagi.
Dan since that macam-macam benda dan tempat dah ku pergi.

Masuk kebun cari durian kat Pahang.
Masuk mill pit R1 bersihkan scrap.
Macam-macam lah.

So redha.
Tapi hati kata masih ada. 
Dan mengharap.
Bagitau bonda.
Tapi tak bagitau en Suami.

Sooo.. masa berlalu.
Termasuk jugalah kejadian banjir kat R1 yang menyebabkan mill pit bersih dan licin.
Masa tu terfikir, ada tak orang jumpa gelang tu.

Takper la.
Redhakan aje.
Sampailah 2 bulan lepas.
Dalam bulan 4 kot.

Bonda dok rumah ku.
Pagi dalam kol 10, bonda call.
Dengan suara mengah.
Dah cuak dah.
Ada kejadian apa kat rumah.

"Mama, nenek jumpa gelang mama"
Macam blur.

"Nenek jumpa kat mana?"
"Dalam longkang"
"Longkang mana"
"Longkang depan rumah ni"

So syukur.
Masih tak dapat true story lagi dari bonda.

Balik tu bonda cakap yang dia tengah sodok sampah dalam longkang.
Pastu lumut and pasir tu tak boleh nak angkat sebab tersangkut.
Macam ada "benang" dok tarik lumut2 tu turun balik.
So bonda tarik la "benang" tu guna tangan.

Tu yang biji mata bonda besau tu.
"Ehhh.. ni gelang mama yang hilang tu kot"
Bonda masuk dalam rumah cuci ntah berapa kali.
Sebab gelang tu dah dekat setahun kot dalam tu.
Ada minyak itam semua.

Syukur.
Kalau difikir logik memang tak logik.
Dari camner gelang tu boleh ada kat situ.
Kenapa gelang tu tak dibawa arus.
Longkang tu longkang luar rumah kot.
Hujan ribut taufan, gotong royong, atapi gelang tu dijumpai disitu.
Camner nenek terfikir nak tarik pakai tangan.

Semua tu kuasa Allah.
Kunfayakun.
La haulawalakuwwataillah billah..



Dah gi polish dah gelang tu.
Dan melekat balik ditangan.
Tapi masih ada sedikit phobia.
Takut kejadian berulang lagi.

Sekian Terima Kasih

Monday, June 2, 2014

Random Story of why I love My Kids

Assalamualaikum.
Lama betull tak update cerita di sini.
Kadang-kadang teringin sangat nak macam dulu.
Setiap aktiviti dengan keluarga di update terus.

Tapi tu la.
Kekangan.
Banyak benda tak update disini.
Tapi di FB selalu juga update.

Ok anak-anak mama.
Miss lots of your story here.
And also my beloved Awatif just delete a folder of 3++ pictures.
Love you Awatif.



Ermmm.. Mula-mula ingat nak citer pasal benda-benda lepas.
Tapi macam tak fresh.
So barang yang lepas usah dikenang.
Heeee..

So nak cerita pasal sekarang dan masa depan.
Wahhh..

Yeee..
Sekarang..
Sekarang saya terlalu ingin nak WAHM.
Dok rumah.. tengok anak sambil menjana pendapatan.

Kenapa sekarang?
Sebab anak-anak dah besar.
Dan saya rasa mereka sangat menjadi kawan saya.
Saya gembira mereka jadi kawan saya.
Dan mereka happy bila saya melayan mereka.

Kaseh.


Secara tak sedar..
Dia adalah sangat pandai menghargai sebagaimana dia suka dihargai.
Dia pandai ucap "Terima kasih mama, belikan Kaseh ni.."
"Terima Kasih mama bawak Kaseh jalan-jalan"
Sebut pasal terima kasih and mulut manis ni teringat Zakwan, anak Nad.
Zakwan dan Kaseh sebaya kot. 
Membesar sama2 di alam maya.
Ada sekali Nad sebut yang Zakwan cakap "Terima kasih mama."
Masa tu Nad belikan dia apa ntah..
Saya terus terfikir.. bestnya dapat anak yang "manis mulut".
Pandai Nad ajar anak.

Tapi sekarang Kaseh pun pandai menghargai.
Pandai Mama ajar anak.
Hehehehe..

Dan dia juga pandai minta "seronok" dengan mama.
"Mama jom kita main gelak2 macam semalam"
Buat saya terfikir, dia sangat suka/menghargai/ingat aktiviti seronok kami.
Itu membuatkan mama lagi dihargai.

So Kaseh buat mama meronta-ronta untuk spend masa dengan Kaseh lebih lagi untuk mama lebih dihargai.

Awatif



Haaaa.. budak ni..
Sampai bila-bila akan buat mama tak keruan.


Senyum dia.. 
Mata dia..
Selamber dia..
Lembut dia..

Boleh buat mama cancel semua program..
semata-mata nak gentel budak ni..

Ayat yang paling buat mama rasa nak gam pipi dia kat idung mama
"Atif nak mama je"
"Atif nak eluk ama"
"Atif nak sikit boleh x?"

Lemah lembut tutur katanya.
Buat hati mama cair.

Menguruskan mereka berdua diwaktu pagi memang menyenangkan.



tapi pikir balik ada bagus jugak mama keje dan mereka gi sekolah.
Kalau tak memang tak gi sekolah la dorang.
Sebab mama asik nak berkepit je ngan dorang.
Home schooling atas katil la nampaknya budak2 ni ngan mama.

Memang random habis..
Sebab apa yang terlintas tu yang di taip.
I love you kids.