Pages

Tuesday, May 31, 2011

Mari Bercinta : I Love U Part 3

Drama bersiri bersambung lagi.
Mintak mangap le kepada y boring baca.
Sapa y xnk baca just ignore selagi tajuk bermula dengan Mari Bercinta : .........

Kepada ANAK2 mama, jangan tanya lagi macamana mama n papa kenal.
Baca je. Mama malas da nak cerita ulang2 tiap kali anak mama bertambah.
Kepada Kaseh, nanti tolong bacakan dekat adik2 ye.
**nota ini u bacaan 10 tahun lagi**
(^_^)v

Setelah Part 1 dan Part 2 jom kita sambung Part 3.
Selepas perjumpaan kali pertama.
Kami kontek cam biasa.
Dan perasaan pun xberubah.
Masih berkawan.
Nak ke perjumpaan kali ke-2,
mama ajak jumpa kat Klang.
mama g umah mak angkat mama
Dari bangi ke Klang mama naik komuter.
Sampai sana dalam kol 5.
tunggu papa kat komuter 1 jam ok.
1 Jam!!!!!
mama nak call tya kat mana takut nnt nmpk sgt terdesak.
Selepas mama da bengang mamat ni tak muncul2,
mama mmg yakin da mama mmg da kena kencing.
mama mmg da janji ngan diri mama da xnak kawan dengan dia lagi.
mama amik teksi g ke bustand klang.
Da smpi sana dia call mama kata da smpi komuter.
mama ckp la ak malas da nak tunggu, mama da kat bustand da.
Dia suruh tunggu.
Akhirnya tercongok dia kat situ.
mama mmg kna tggu kat bus satnd pun sbb mak aku dtg dr kampung turun situ nnt.
Ropa2nya tayar kete pancit dia xnak bgtau sbb takut ak cancel nak jumpa dia.
Ouhhh. rela buat mama sakit ati menunggu dari mama cancell eak.

Da perjumpaan diteruskan untuk kebeberapa kalinya selepas itu.
Masa dok kontek2 sms tu perasaan mula berubah.
hahahaha.
Tapi Papa Kaseh ni berlagak xnak bgtau direct.
Tapi dok main2 hint lak.
Rasa cam nak pang je.

Tapi y paling buat mama sasau adalah,
masa aku balik kampung.
masa tu aku guna line DIGI so still xder line kat kampung.
Mmg lama la ktrg xkontek.

Pada 1 malam.
mama terdengar lagu RelaKu Pujuk by Spider.
Mama inagt yang Papa pernah bgtau y dia suke lagu ni.
tapi mama xperasan sanagt la lirik dia.
Skli malam tu mama dapat dengar betul2.

Ku dikejar bayang2 resah,
bila hati mu masih tak berubah,
enggan dipunya dan dipenjara,
belaian cinta ku ini.

Memang sah papa syok kat mama.
Heheheheh.
Mama rasa cam nak g cari public phone je nak kompomkan benda ni.
heeeee.
Tapi apakan daya mmg xdapt la.

Bila mama da balik UKM balik papa xberterus terang lagi.
Mama pun simpan jugak lagi.
Tapi mama mmg cri idea nak buat papa berterus terang.
Sbbnya mama xnak melepas lagi.

Melepas lagi?
Heee. Sebenarnya mama pernah suke seseorang masa mama umur 18 tahun.
Tapi sbb play hard to get mama y melepas.
Padahal mama da sasau kat dia.
Bila kami da loose kontek, kawan budak tu ada bgtau y mamat tu mmg suke giler kat mama tp tu la mama berlagak sangat.
Hamikkk.

So kali ni mmg mama nak buat papa mengaku.
Apa mama buat?
Kejadian ni berlaku sehari sebelum 31 August 2004.
Papa ajak mama celebrate malam merdeka.
Mama tolak sbb xkan mama nk kuar malam2 ngan laki y baru mama kenal.
Sah2 la celebrate merdeka sampai tengah malam kan.
Pastu papa da xsms mama da.

Mama pun antar msg kononnya kawan mama y antar.
"kawan" mama ni konon2nya nak bocorkan rahsia mama.
"dia" bgtau y mama mmg syok kat papa,
tapi tunggu papa mulakan dulu je.
So "kawan" mama ni suruh papa ajak mama kuar siang 31 August tu.
Siap pesan lagi jangan reply sms tu takut nnt kantoi.
hahahahah.

Dan dengan tak malunya, pada malam tu papa ajak mama kuar.
Heeeee. **malunya**

So kami pun kuar la.
G makan kat food court metro Kajang.
Pas makan on da way balik tu dia bawak kete slow je.
Masing2 diam.
Masing berdebar kot.
Yang mama tunggu la papa say something.
Yang papa lak dok pikir nak buat ayat.

Sudahnya papa antar mama macam tu je.
xder ckap per2.
hampeh tol.
So takper la.
Pas papa antar mama, mama lepak kat bilik TV pastu g angkat kain jemuran.

Otw nak naik tangga nak ke bilik..
Tett..tet..tettt..

SMS Masuk..

"I Love U"

Huahuahuahua.

Terduduk kejap kat tangga.
**Xder la terkejut mana pun sbb ak da rancang..just terpikir akhirnya dia bgtau jugak**

Dok pikir apa mama nak jawab.
Jangan jawab lagi.
Nanti nampak gelojoh.
Lebih kurang 20
Mama jawab
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..................
Kaseh tanya mama sendiri ye.
Sebab nnt acik2 lain baca nnt muntah lak.
Hhahahaha.
Minta maaf. Terpaksa ditapis sbb maluuuuuu.
Heeee.

Begitu la ceritanya bercintan cintun mama n papa.
Sambungan?
Tengok la kalau mama rajin cari idea lagi.

Fakta2 lain mengenai cerita di atas :

1. Sume tipu helah tu sudah ku dedah setelah setahun kami bercouple.
Papa cakap dia pun mcam xnak percaya bab 'kawan' tu.
Tapi disebabkan nak meluahkan tu dia amik la peluang tu.
Cume y sampai sekarang dipertikaikan adalah "SAPA MULA DULU?"

2. Papa kata dia xder niat pun nak tuju lagu Relaku Pujuk tu kat mama.
Mama je y sasau sendiri.
Elehhhhh.. Tak ngaku.
**Kaseh nak caya mama ke papa?"

3. Bleh lagi taknak ngaku syok kat mama.
Papa tanya mama klu nk cat kete warna apa ye.
Mama kata la biru smart.
Alih2 pastu datang dengan kete y bersalin kulit jadi biru.
Haaaaa!!!!!!
Apa lagi nak dinafikan?

4. Papa xnak ngaku lagi y dia xsyok kat mama dulu?
Mama simpan tau segala sms papa y papa mmg da tungjuk sngat angau kat mama.
Siap taip balik lagi dalam word.
Time tu blom couple tapi da berbunga2 da.
Kaseh nak tengok?
Mintak ngan mama.

5. Perjumpaan 31 August tu perjumpaan kali ke - 6.
1st : McD Kajang
2nd : A&W Klang
3rd : Papa jemput mama balik Klang. Bawak mak Jah.
4 th : Jumpa kat Klang. Papa kata nak jumpa mama sblm mama balik kampung.
**Balik kampung y ni la dengar lagu Rela Ku Pujuk**
5th : Kuar makan kat seksyen 1 bangi ngan Aretie.
**Konon2 mama kena blnje papa sbb mama kalah teka teki, padahal cari sebab je nak jumpa mama**
6th : 31 August 2004.

Pssstt : Mama cerita je ni tapi jangan ikut tau.
Belajar dulu.
Mama bercinta ngan papa pun masa mama umo 20 tahun.
Papa "kekasih" pertama mama.
nak bercinta kena pandai.
Jangan cinta y melalaikan.
Kita kena pandai mempergunakan cinta untuk kebaikan kita.
macamana?
Nanti mama buat sambungan.




Monday, May 30, 2011

Mari Bercinta :Blind Date Part 2

Sambungan ye.
Dari part 1
Selepas berSMS agak lama jugak la,
just SMS. tak pernah jumpa.
Tapi agak rapat la jug la.
Dia pernah ajak jumpa tapi ak taknak.
Tak ready lagi.
Tak pernah jumpa beb. Takut la.
Lagi pun aku agak macam 'terpelihara' skit la bab2 ajak laki kuar ni.
Tapi klu mmb y da kenal Ok lak aku kuar.
Cakap tepon pun tak pernah just SMS sebetul2nya.
SMS pun pernah la dia naik bas dari Perlis, tak boleh tido,
aku pun tak tido jugak. 'Temankan la kononya'

Sampai la 1 insiden yang memusnahkan benteng prinsip "perempuan baik" aku.
Kejadian ni dalam bulan March 2004.
Dipendekkan citer ada orang sound aku sbb dia syok kat aku api aku taknak.
Orang tu kata
"Ingat Linda, kalau orang buat camtu kat orang nnt orang buat camtu jugak kat ko"
Lepas je kecoh hal ni, aku sms Redo, ajak dia kuar.
Aku pikir alang2 orang da anggap aku pompuan jahat biar la aku jahat betul2.
Dia pun setuju je.

So lepas set masa sume Ok.
Petang tu, ak tunggu dia datang amik kat Kolej Keris Mas.
Dia call bgtau dia da sampai.
Aku tanya naik kete warna apa?
Dia kata kete putih.
Ku turun aku tengok la sorang mamat ngan sunglass dia sangkut kat kolar belakang baju.
Dia ulur tangan nak salam.
Aku terus angkat tangan bagi isyarat menandakan xnak salam.
Heee. pas da couple dia cakap malu nya Ya Allah bila aku xnak salam.
Ni 1st time dia hulur tngan dulu tapi dimalukan plak.
Biasanya pompun ulur tangan dulu.
**Katanya**
Aku lak pikir mamat ni mmg xleh buat boypren, suke2 je ulur tngan nak salam.

Aku masuk kete dia ktrg g makan kat McD Kajang.
bongok tak bongokkan da la 1st time jumpa, ko da masuk kete dia.
Tapi u keselamatn ku da tinggalkan no telipon dia dan no kete kat roomate aku.
Klu in case aku tak balik.
heeee.. Still bahaya la.
Jangan amalkan.

Kejadian kat McD.
Aku order kentang je, malu la beb nak makan burger bukak mulut besar2.
Bila makan kentang lak aku penyekkan kentang tu ket kertas.
Buang minyak la dulu kataku.
Padahal nebes.
Y Redo lak, makan burger cubit.
Patahkan sikit2.
Aku dalam hati mengutuk. Nak cover la mamat ni.
Kejadian tu mmg jadi bahan kutuk ktrg sampai sekarang.

Itu la citer Blind Date kami.
Sambungan : I love u Too.

Fakta2 menarik sebelum blind date :

No 1 :
Redo pernah antar gambar ni melalui email.
Ak ada terima email 4 feb 2004.
Disebabkan aku tengok sumenya tak ensem aku pun abaikan je la email ni.
Aku langsung tak amik kisah pasal y mana 1.
Hahahahahah.
Bukan aku nak buat boypren pun.
So ada aku kesah pasal muke dia.
Hahahahah.
Jahat ko Lynd.
Da declare baru la ku jumpa balik email ni.

Fakta No 2:
seminggu sebelum ku decide nak jumpa dia,
ada sekali ku call dia guna public phone.
saje nak corak for the 1st time.
Tapiiii.. bila dia angkat dan aku da perkenalkan diri,
dia kata dia kat balai polis ni nanti dia call balik.

mastu tu aku pikir malunyeeee.
Da la 1st time call alih2 xleh cakap.
Pastu baru aku terpikir kenapa dia kat balai?
Ada kes apa?

Fakta 3:
Ingat tak pasal Huda?
Huda kata no Redo asyik dok kcu dia.
Sbnrnya kawan Redo guna hp dia sbb nak kcau huda.
Huda tu kawan sekolah dia.

Fakta 4 :
Pasal Linda y pada awalnya Redo ingt aku tu?
Betul. Ada Linda lain y aku tak kenal masa tu.
Linda tu knal aku dan dia da desribe aku ni ropanya mcmana kat Redo sblum kami jumpa lagi.


Fakta 5 :
Macamana aku leh layan je dia.
Sebab kami ada persamaan.
Kami masing2 xkan ckp dulu klu kami suke sesiapa.
So disebabkan persamaan tu la aku pikir y kami xkan bercintan cintun sbbnya sapa y nak mula dulu?
So sbb ku yakin hubungan kami no heart feeling so aku sonok layan.
bukan mcm kes mamat sorang tu.
layan skit da nak feeling2.





Mari Bercinta : How We Meet Part 1

Ok la.
Diz idea came when i read about one of the public figure.
**I don't want to mention who**
seronok bila dia bt N3 how she met her fiance.
So it is just a few days, genap lah 2 tahun perkahwinan kami.
So ku nak buat N3 ni.
Macamana Mohd Ridho dan Siti Norhaslinda berjumpa.

Lebih kurang 2003 dekat2 akhir tahun la.
Pada suatu hari, sepatutnya tengahri tu ku ada Exam AutoCad,
tapi lepas kelas pagi,
aku balik bilik di Kolej Aminuddin Baki, UKM.
Pada malam sebelum tu aku tak tido langsung, xtau sebab apa.
Aku lupa.
So bila balik tengahari tu, aku terlelap "kejap".
Ak rasa cam sekejap.
Bangun je, tengok jam da kol 2 lebih.
Exam tu kol 2.
Camner nak kejar?
Jarak kolej ke fakuti kejuruteraan klu jalan kaki setengah jam jugak.
masa tu sesumpah ijau belum wujud lagi dengan aku.
G la naik bas.

Cuba nak masuk y kol 4 tapi tak boleh sebab nama ak da register u kol 2.
So, balik la kolej.
Dalam kegilaan dan kebengongan tu, ku dapat masa dari DIGI,
yang menyatakan aku dapat kredit percuma RM62.00.

Gumbira la kejap.
Banyak tuuu.
Lepak kat bilik sebelah sambil mengenang kebengongan hari ni.
Tiba2 kawan aku yang bernama Huda, cakap nk pinjam hp sbb ada no dok kacau dia.
Alang2 kredit aku da banyakkan.
So dia mintak aku siasat no sapa y dok kacau ni.

So aku pun call la,

Aku : Hello, Hasanah ada?
Dia : Erkk.. Salah no kot.
Aku : Ouhh. Yeke? Sapa ni ?
Dia : Along
Aku : Along? Dari mane?
Dia : Perlis.
Aku : Ouhh. Sorry la saya salah no kot. Minta maaf ye.
Dia : Ok, takper.

Memang sah la kawan aku tu tak kenal dia.
Xtau la. Kalau dok mengacau tu xkan nak mengaku.

So sume benda tu terhenti disitu.
Memang ku xsave no dia.
Sampai 1 hari ku dapat 1 SMS.
' Hai. Apa Kabar? Buat apa tu?'

So aku time tu mmg ingat member2 la kan sebabnya biasa klu org y xknal SMS,
dorang akan tanya 'sapa ni?' ' kat mana ni?'
Tu y aku pikir la.
So apa y aku pikir mmg kawan2 lama la.
So aku reply la.
Aku tanya sapa ni?
Dia kat REDO.
Ak pun pikir la sapa Redo?
Ku terus teringat ku ada kawan nama Ridzuan.
Kawan2 panggil dia sebutannya bunyi Ri-DU.
So aku ingat dia la.

Tapi lama2 aku rasa cam lain macam.
Ak tanya dia betul2.
Dia bgtau la y hari tu ak ada tersalah call dia.
Cissss...cisss cissss
baru aku teringat.
masa tu aku ngtau la y aku Linda dan bljar kat UKM.

Sebonarnya, dia pun syak aku menipu sbb mmg ada orang nama Linda dari UKM dok msg ngan dia jugak.
So dia syak aku nak mainkan dia dengan tukar no.
Tapi nak jadi kebeltulan jiran sebelah bilik aku tu nama Linda dan dari fakulti y dia sebut jugak.
Aku g tanya la dia, dia bgtau bukan.
Dia tak kenal mamat tu.


So i just live it.
Tapi dia still sms.
Nak berborak la.
Aku jual mahal tapi layan.
Ak hanya akan reply pertanyaan dia dengan 1perkataan shj.
Smada 'Ye' 'tak' 'tak nak'
Dan aku xpernah tya dia soklan.
**Membazir betul**

Lama jugak la benda ni berlalu.
Dalan 2-3 bulan jugak la.

Pastu lama2 aku pun da kira OK jugak la.
BerSMS.
Aku pun tak tau apa y aku dok SMS ngan dia.
Sambung next N3 for our blind date.

Tuesday, May 24, 2011

New Planner

Lagi seminggu nak start keje tempat baru.
Fuhhhh..
Berdebar nak mula tempat baru pun ye,
Takut memikirkan macamana la life aku sbgai wanita, ibu, anak dan pekerja nnt pun 1 hal.
Pikir camner nak manage idup 1 hal.
Nak buat budget baru dengan new income 1 hal.

Waaaaa.
Kalau nak diimaginekan keadaan sel2 dalam otak ku ini umpama,
gear2 yang berkarat dan sedang berusaha keras untuk bergerak dengan smoothnya.

Nak kena polish dan organise 1 demi 1 supaya ia boleh berfungsi dengan lancar dan se optimum mungkin.
Waaaaa.
Target nak idup without stress.

Hidup ni susah kalau kita pikir susah.
Dan idup ni pun susah kalau kita gagal mengurus dan merancang dengan bijak.
Waaahhhh.
Lynd..Ganbatte.

Sunday, May 22, 2011

Balik Kampung

Kemas2 sawang skit la laman sesawang ni.
Heeee

Assalamualaikum
Almost 1 week ku meninggalkan dunia cyber ni.
Kemana?

Balik kampung.

Heee
Pas kompom je dapat keje hari tu,
terus book tiket,
maka terbang lah kami 2 beranak ke kg halaman ku.
Balik ber2 je..papa tinggal.
Sebabnya balik tanpa dirancang so papa xsempat apply coti.
Tambah lagi nak balik lama skit,
nak bayar "utang" sebelum mula berjuang untuk berkerjaya lagi.

Kat LCCT pagi2 bota.

Puas hati balik kampung kali ni sebab..
banyak benda.
Heee.

1. Sbb papa tak ikut so mama bleh melepak rumah kawan2 tanpa perlu tengok jam.
Puas hati la.
Dia antra kawan mama y rapat la masa zaman sekolah rendah lagi.
Even ngan family dia pun ku mmg rapat.
kami berkawan y jenis xder protokol.
Main belasah je.
Soooonoookkk sgt.
Slma ni ku balik kejap2 so mmg xsempat nk melapak ngan dia.

2. Jumpa cikgu y mmg ku takkan lupakan sampai bila2.
Cikgu matematik msa skolah rendah.
Cikgu Abdullah.
Jumpa secara tak sengaja.
Boleh tak masa berckp ngan dia tu air mata aku bergenang.
Sbb seronok sgt.
Cikgu ni mmg kelakar.
ingat lagi klu soklan penyelesaian masalah tu mmg bersungguh dia bercerita nak memahamkan kami.
Bila cuti hujung tahun dia still lagi buat kelas for "FREE".
Y datang berapa kerat je tapi dia still buat jugak.
Cikgu berhati mulia.
Jasa mu takkan ku lupa samapi bila2 Cikgu Abdullah.

3. Kaseh bukan main rapat lagi ngan nenek.
Mas ahri mula2 je Kaseh xnak ngan nenek.
pastu mmg melekat je.
Org tu nak mandi pun diketuk pintu bilik air.

Daaaa banyaakkk lagi.
Mmg agak pelik la aku cerita ni macam tak pernah balik kampung je.
Tapi jujur mmg balik kg kali ni paling seronok.
Dari zaman belajar Form4 ku bukan jenis y asik balik kg je.
Dalm setahun adalah apaling bayk pun 2 kali je aku balik.
Tu pun raya je.

Heeeee
Bila kdg2 balik tu la y seronok sgt.

Thursday, May 12, 2011

Bercampur Aduk

Haaaaa....
Jam kol 2.55 AM
Mata xleh lelap.
Kepala ni macam machine y still aktif berfungsi.
Huuuu...

Shut Down Laptop
.
.
Cube pejam
.
.
Tak bleh
.
.
Cium Kaseh
Wanginya dia.
Bau baby y kadang2 buat aku kecur air liur.
My princess
Apa aku pikirkan?
Huuu...

Ak g interbiu tadi.
2nd interbiu actually.
It can be consider as da dapat la.
Just bincang gaji n a few things.
Alhamdulillah.. Rezeki menyebelahi ku.
Gaji OK la.. Dapat lbhkrg cm ak mintak.
Alhamdullillah sgt.
Location pn OK, lagi dekat dr tmpt dulu.
Dkt ngan opis En Suami ku.
Pasal keje tu sume consider as OK.

BUT.
I'm thinking of my...
Haaaa.
Bl ku da start keje balik bermakna kaseh da kena g skool.

Ya Allah.
Ku xbleh bayang perasaan dia masa 1st day.
Dikelilingi oleh strangers.
Kaseh mmg agak choosy sejak stay ngan kau.
Dia mmg xnk langsung dgn org y dia xpernah nampak or jarang namapk.
Boleh dikatakan tahap sosial dia agak merudum la.
klu kat skool nnt?
Myb sementara je tp ouhhh..
hati ibu ini terus mcm disiat2 membayangkan kaseh ketakutan nanti.

Second thing is, bl da skool bila kaseh nk rasa air tangan masakan aku?
Malam je?
mampu ke ak nk masak u Kaseh malam bila da blik keje nnt?

3rd - Cukup kasih sayang kah Kaseh bl kat skool nnt?

Tapi ku pikir bukan aku sorang dalam dunia ni y hantar anak g nursery.
Ramai lagi.
Tapi hati ibu ini.....

ku pikir pilihan lain.
Antar ke umah MIL.
Tapi..
Sejak awal lg ku xpernah terpikir nnt suruh MIL jaga.
Cukup la 9 anak dan sorang cucu y dia jaga.
Biar la dia berehat.

Ku paham kadang dia kata boring lg2 sejak Epan da dijaga sepenuhnya oleh mama dia.
Tapi biar la dia menjaga orkid dan melayan kerenah anak2 nya.

Mungkin tidak adil bagi kaseh,
jika dia dijaga oleh nenek sendiri dia akan dikelilingi oleh Kaseh sayang.
Tiada belah baginya.
Tapi....
Hati ini masih memujuk yang bukan aku sorang yang hantar anak g nursery.

Kaseh..
Mama minta maaf,
Mama bukan mama yang sempurna untuk Kaseh,
Tapi percaya la sayang,
apa yang Mama buat hanyalah yang terbaaik untukmu, sayang.
Mama sayang Kaseh.



Tuesday, May 10, 2011

Di Sebalik Nur Kasih

Masih Ingat Cerita Ini?

NurKasih The Series.

For me i have another story about Nur Kasih.
Bleh dikatakan nama princess ku KASEH Melissa Lyana tercetus dari the series la.
Cite ni mmg glemer masa aku pegnen kan Kaseh.
Dok tengah pikir2 nama, tertimbul lak nama ni yang menepati ciri2 nama pilihan ku.

Ciri2 nama y aku nak ?

1. TIDAK bermula dengan huruf 'S' atau 'N' dan sebelum huruf tersebut.
Kenapa?
Jenuh beb. Nama gurl mmg banyak bermula dengan siti, nur, nurul.
Nama ku Siti so klu nk tggu turn nama kita tu jenuh.
klu nk cari nama dekat list pun da kat belakang2.
Kalau peksa pun mmg dok belakang dan dikelilingi wanita.

2. Unik
Nama KASEH unik dan simple didengar.

3. Jarang nama bermula dengan Huruf 'K'

Tapi mintak maap la. Nak letak nama simple je tapi berlaku konflik lak.
En Suami suka dengan nama 'Lisa' so msa peknen mmg dia panggil baby Lisa.
Lyana pulak, disebabkan Kaseh dan Melissa xder maksudnya dlm bhsa arab,
so bg melengkapkannya ku jumpa la LYANA yang bermaksud kelembutan.

Itu la cerita disebalik Nur Kasih.

Tapi sekarang orang sibuk memperkatakan mengenai..

Nur Kasih The Movie

Nak tengok tp xtau la.
Sejak ada anak ni susah nk tgk wayang.
Movie last y aku tengok cite 'WOLF"
masa tu aku pegnen 8 bulan.
Heeee

Monday, May 9, 2011

Racun Ulat Buatan Sendiri

Makcik ni ada la tanam pokok2 dalam pasu ni.
Cam pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan dll.
Pokok limau purut ni peberet aku.
Klu nk beli kena beli bnayk, tapi pakainya 2-3 lai je.
Kalau tanam sendri petik je la.

Tapi musuh utama dalam industri **1 pasu bleh kira industri ke?**
adalah....
Benda alah ini..
Iya.. En Ulat.

Bila melawat pokok je, daun2 muda sume botak.
Bawah pokok berterabur benda bulat2 cam biji sawi ynag merupakan
najis En Ulat.
Biasanya klu da begitu keadaanya,
cer jenguk cer jenguk,
mesti ulat tu da gedi2 **besar**
So bagi mengelak dari pencabulan keatas pokok2 kesayangn ku itu,
kita kena selalu menjengok pokok itu dan mencari anak2 ulat,
yang berwarna hitam dan kecik.
langkah pencegahan sebelum dia makan dan membesar seperti gambar 1st tu.

Klau ada En Anak Ulat, boleh la dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan2nya adalah,
Bawang Putih, Cili dan Sabun Basuh Pinggan.

Cara membuatnya,
Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama2.
Tumbuk dengan kulit ngan tangkai pun bleh.
bukannya nak makan pun.
Sukatan pun suke ati je, sesedap rasa.


Da lumat, masukkan dalam bekas,


Pastu campur air.
Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.

Pastu tapis dan masukkan dalam bekas y kita nak gunakan untuk spray.
Masukkan dalam 1 sudu besar sabun, dan koncang.

Boleh la di spraykan ke pokok2 kita.
Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan.
Ku jumpa rumusan ni kat majalah LAMAN.
Berkesan.
Dan jimat.
SELAMAT MENCUBA..!!!

Kaseh 14 Bulan


Time to talk about my Princess at 14 Month.

Gigi -
4 gigi geraham atas bawah kiri kanan.
4 atas depan
3 bawah depan.
Total 11, bila gelak nampak gigi yang hampir sempurna

Biskut Bantal.
Suke sangat makan kerepek pisang, kerepek ubi, maruku dan paling peberet biskut bantal.
Papa Kaseh suke beli biskut bantal,
dia tahu bekas mane ada biskut bantal tu,
diangkut terkedek2 suruh buka bekas.
Y tak tahan tu samapi taknak makan nasi.
Mama sorokkan bekasnya.
Mungkin sebab gatal gusi kot sebab tu Kaseh suke makan benda keras.

Pemakanan.
Da agak susah nak kasi makan.
Apa ku buat, ku kasi dia makan sendiri dan Kaseh nak makan kalau hanya dimeja makan.
Sepah pun sepah la.
Nak make sure kaseh dapat pegang ku potong sayur dan ayam besar,
so dia bleh pegang sendiri.
Peberet Kaseh, brokoli, tomato and carrot.

Penyusuan
Kaseh mmg reject minum guna botol.
So thanx to my MIL y melayan Kaseh minum guna cawan atau straw.
Mmg kena sabar la.
Klu sok Kaseh kena g Skool cmner?
Huu.. Risau mama.

Emosi.
Huuuu.. Mmg susah diramal.
Dia da mula ada perasaan "NAK"
yang tak tahan tu ku tak paham apa y Kaseh nak.
Bi datang hangin dia nangis pastu tarik2 tangan tu y main teka teki apa yang dia nak.
Senjata rahsia mama kadang2 takleh pakai.
Dulu dia nangis je angkat baju, terus je nenen.
Sekarang da pandai geleng kepala.

Bahasa.
Da paham gak la orang cakap.
Dan ikut orang cakap.
Bila nampak kucing je "Tet" = Cat
Da paham hulur tangan dan kaki untuk dibasuh pastu sapu kat mulut.
**Sampai air kat kolam ikan mama pun dicelup pastu sapu kat mulut..aduihh**
Lain-lain :

Da pandai ikut mama gosok gigi, gosokkan badan dengan span bila mandi.
Dan Kaseh da tak takut mandi shower, siap ulur kepala lagi.

Kalau mama masak, nak kena buat apa pun sambil dok kat bawah sbb klu berdiri kaseh tak sampai nk tengok mula la dia pegang kat kaki.

Dan pandai "menonton" laptop,
kalau dulu di"penyekkan" laptop.
Suke tgk video twinkle2 little star.

Kalau merengek nak nenen,
bila mama amik bantal nak baring je,
dia da mula gelak gatai.
Rasa cam taknak kasi sebab nak kaseh gelak camtu lama2.

Da pandai mintak pangku,
biasanya nenek ngan papa la y kena.
Bila dorang baring je, di tarik tngan suruh duduk.
Pastu dia parking kat pangku.

Da kurang la masukkan barang dalam mulut,
tak macam dulu.

Iklan Ribena yang musicnya ada "Auw..auww..auww"
pastu org menari kat vendor machine tu peberet skrg.
iklan tu start je dia da "aa..aaa..aaa" padahal music blom mula.
Dia tau iklan dia da nak mula.

Suke "bercerita" tapi tak paham.
"Paaa..petu petu petu petu"
Siap panggil lagi Paaaa.. Maaaa..
pastu membebel.

Acik peberet Kaseh MakSu Huda.

Suke kacau kalau maksu tido.
Maksu ni da la kerempeng,
nak angkat kaseh pun tak larat.

Acik y suke melayan Kaseh lak,
Cik Wawa,
kalau dok umah MIL Cik Wawa laa yang mandikan.
Kdg2 Kaseh xleh nak berenggang.
Org tu nak mandi pun nak ikut,
nak g skolah pun nak ikut.

Untuk Kaseh dapat makcik2 y sudi melayan Kaseh.

Kepada Kaseh,
Walaupun Kaseh tak tahu mengungkapkan Selamat Hari Ibu,
mama tahu Kaseh sayangkan mama.
Mama tahu Kaseh sayangkan mama hanya kerana mama adalah mama.
Bukan kerana paras rupa dan harta benda.
Mama sayang Kaseh.
Jika disaat Kaseh membaca rekod hidup Kaseh ini,
mama sudah tiada,
tahulah sayang, Kaseh adalah anugerah terindah dalam hidup mama.

Jika semasa Kaseh membaca ini,
mama sudah banyak melukakan hati Kaseh,
ketahuilah sayang, mama hanya mahukan yang terbaik untuk mu sayang.

Terima Kasih Ya Allah, kerana nikmat usia y Kau berikan untuk aku terus bernafas,
dan menumpang kebahagiaan di sisi anak ku.

Berikan lah dia kebaikan dan kebahagiaan walau dimana dan dengan siapa dia hidup
kerana anak itu telah membenarkan aku untuk merasai kebahagiaan dimasa hayat ku.

Amin..

Hari Sukan SK Bukit Cheraka

Apa kena mengena Cik Lynd dengan hari sukan sekolah org ni?
Kaseh da skolah ke diusia 14 bulan?
Cik Lynd jadi pengadilkah?
Jual air batu kah?
Tukang bagi hadiah kah?
Jual aiskrim kah?

Semuanya bukan.
Sabtu lepas ktrg g sekolah adik ipar aku ni.
Cik Huda ngan Mak Jah.
2 Ketui adik ipar ku y still skolah rendah.
Asalnya nak g tengok makjah menari pom pom,
skli da lewat daaa ktrg smpi.

Xsempat tgok.
So ktrg skdar berpicnik d ujung padang smbil makan.

Kaseh muke toye masa mula2 sampai.

Arfan lak muke ala2 orang besar datang melawat.


Tapi i lepas beberapa ketika, masing 'mengganas'
Padang luas so lepas je la.



Kaseh y terlepas dan dibebaskan.
Huuu.
Main panas. Sunburn anak mama.
Berbelang tangannya.
Heeee

Suke gambar ni.
Cute tol dak2 pra skola ni.
Numillllll.
Nak naik benda alah tu cikgu kena angkat.
Heeee.

Terror la Makjah lari dalam guni.
nasib baik nampak kepala keluar dr guni,
kalau tak nampak guni je y gerak kat tengah padang.

Apa2 pun best giler skli skla beraktiviti camni.
Tengok gelagat budak2.
Tapi lakan y makcik terkilan sangat tu,
nama makcik dapat cabutan bertuah tapi makcik da balik so xder rezeki la makcik nak berhemper.
Xper la acih, mama pikul acih je balik.

Psssttt : Dok bayang Hari sukan sekolah Kaseh nanti.
Mama akan kasi sokongan padu untuk Kaseh.
Muuuaaahhhh My Princess

Wednesday, May 4, 2011

Kami Merempit

Nak abadikan kenangan malam ni.
Tak sempat nk snap gambar sbb Kaseh da pengsan.

Heeee.
Kami 3 beranak slalu gak la merempit pusing2 taman, g pasar malam dan paling jauh pun g medang kat taman sebelah.
Tapi malam ni papa nak g cocok duit, isi minyak ngan pam tayar moto.
So petronas paling dekat pun mmg agak jauh.
Kena lalu pekan n trafik light.
Biasanya papa g sorang je sbb pkir jauh nak naik moto ngan Kaseh.

Tapi malam ni papa ajak lak.
So sbb jauh ku pakai helmet la.
Rasanya da lama giler ak xpki helmet.
Mmg sejak Kaseh lahir mmg xpernah la g jauh ngan moto samapi kena pakai helmet.
Kiranya malam ni pecah rekod la.

Besttt...
Xtau nape.
Heeee..
Kami 3 beranak naik moto menghirup udara malam.

Mama akan ingat saat malam ni.
Jika dulu peluk pinggang merempit ber2,
pastu merempit ngan perut memboyot
pastu ada si kenit dok tengah2 peluk pinggang papa jugak.
Kalau ada kenit 3,4,5,6,7..... nnt cmner nk rempit?

Apa y istimewa sgt malam?
Ntah.. Best..
Mungkin merasakan perbezaan dulu dan sekarang.
Dulu kuar makan mmg ngan moto je.
Tapi sekarang klu nk kuar jauh sikit da kna kuar ngan kete le.

Ruginya xsnap gambar.
kaseh da laloq masa da nak kuar tu.
Nak medang pun tak sempat.
Heeee...

Kay la.
Just update one of the sweet moment in my life.
Takut sok tak ingat.
Nak g iron baju papa.
Takut sok jadi mcm malam td, makcik terlajak tido pakcik kena iron bju sndr.
Ampun Wak Redo.

**Tengok suami n anak tergolek rasa cam nak g cium byk2 permata hati ku y 2 ketui**

Tuesday, May 3, 2011

Teknik Pemanduan Ketika Banjir

Segarrrrr lagi diingatan,
walaupun kejadian jumaat lepas.
Pagi tu hujan lebat giler.
Memang luar biasa lebatnya.

Tapi dalm kol 10 da renyai2,
ku kuar g makan kat Pak Li Kopitiam,
rindu la ngan mee goreng mamak dia.
Jalan2 kt Giant ngan sis in law.

Balik trus g umah MIl sbb nk jemput lagi 2 org adik balik dari sekolah.
Sbb MIL and Fil blk kg.
Sampai kat BT8 ku nampak air "menyeberang" jalan.
Ku tukar ke gear 2.
Sebab ku ingat pesan suami ku,

"Kalau drive time banjir, jangan kasi kete mati"

So ku xtau banjir cmaner kat depan,
ku bersedia ngan gear 2 siap2.

Pada awalnya, kira OK lagi,
sibuk tengok rumah orang yang banjir.
Kawasan tu mmg slalu banjir.
Tapi ku perasan y banjit ni lain macam skit.
jambatan2 yang menyeberang parit di seblah jalan tu pun tenggelam.

Samapi 1 tahap ku rasa kereta berat sangat.
Ya Allah.
Takutnya tuhan je la y tahu.
Banyak je kereta lain di depan blakang.
Ku tekan jugak minyak tu.
Doa supaya keta tak mati.

Lepas lbhkrg 100 meter,
kete da laju balik.
Da lega.
Tapi tak lama,
kami meredah banjir y dalam lagi sekali,
kete terasa berat.
Doa je y mampu sambil bertahan.
Kaseh pun cam paham je, dia pun membatu je.
Alhamdulillah. Kami berjaya lepas.

Perjalan macam tu 2-3 minit je tapi cuaknya samapi sekarang phobia.
Bila aku berjaya lepas banjir tu, ku mmg kasi lampu tinggi je kat mana2 kete y aku selisih.
kalau la kau bolh jerit "BANJIR KAT DEPAN" mmg aku buat dah.

Bila nak balik ku inagt myb da ok.Tp kete dr depan sik bump je.
Ku patah balik.
Ikut jalan jauh.

Ku citer kat En Suami,
dia cam perlekehkan je.

Bila malam kami lalu,
bila tengok banyak kete y tersadai,
rela pun da jaga da,
dia pun akui yang banjir ni lain dari y lain.

bila balik ikut jalan jauh lagi.
Soknya adik ipar ku citer dalm kol 10.00 am dia nk lalu,
jalan da tutup.
Dorang da tak kasi lalu.

So tips pemanduan semasa banjir,
jangan kasi enjin kete mati, sebab bila nak start kete balik,
jika ekzos kete tenggelam dalma air,
dikuatiri air itu akan terus masuk ke enjin semasa mula2 nak start enjin.
klau ekzos tak tenggelam ok.

So jika mati jugak la,
jangan terus start enjin,
minta tolong untuk tolak ke tempat y lebih tinggi dahulu.

**Cuaknya sampai masih terbayang lagi air y laju menyebarang jalan**