Pages

Saturday, June 23, 2012

To Do List For This Weekend


Tuesday, June 19, 2012

Saya taknak jadi bos

Ok. Entry merungut.
Dan tak ilmiah.. sila close window ni..
Sebab saya terpaksa menaip untuk melegakan hati.
Diharap la..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dulu..
Orang kata jadi bos best.
Ada orang suruhan.
Tak payah buat keje berat.
yang hakikatnya.
.
.
.
.
Nampak n bunyi je senang.
Jadi bos.
Ketua.
Kalau bos untuk business sendiri lain eak.
Tanggungjawab besar dan pulangannya besar.
Tapi kalau jadi bos kecik dan hakikatnya ada bertingkat lagi bos kat atas.
Dan orang bawahan pun macam bos.

Dulu suami saya seorang jurutera yang keje berat.
Sampai berpeluh2.
Keje menjawab dan setelkan problem kat customer.
Sedih saya bila dengar customer call dan suami saya dok cakap "sorry"
Kadang2 sangat la.

Sekarang?
Dari segi nama memang mengundang "Waahhh"
Tapi hakikatnya?
Stress.
Jadi orang last balik sebelum branch tutup.
No telifon prsonal dijaja seluruh malausia jika ada customer complaint.
Bila cuti telifon mmg tak berhenti berdering.
Menjaga kerenah customer dan anak buah.
Belum lagi bab bos besar keje nak menarok je bila ada problem.
Belum lagi bab halal haram.
Kalau tak kuat iman mmg jatuh kelembah hina.

I want my life back.
Kami bergolek anak beranak selepas makan malam.
Suami saya menemani bila cuti dengan aman tanpa gangguan telifon.

Wlaupun orang kata belum usia 30 keje kuat la dulu.
Tapi maslahnya kami pernah memiliki kehidupan yang tenang.
Kalau susah dari awal mungkin boleh kami bertahan.

Serius sejak melihat suami saya,
saya tidak lagi mengejar pangkat yang tinggi.
Gaji tinggi saya nak.
Takut bila diberi tangggungjawab.

Duit boleh cari tapi hari yang tenang, masa bersama keluarga memang tak terbeli.

i I want my life back..!!!!!

Monday, June 18, 2012

Saya Mengandung.


Mengikut result kedua-dua pregnancy ni..
Positif.
Ya..
Saya telah mengandung..
.
.
.
.
.
satu ketika dulu.
Heeee..
Gatai ko Lynd..!!!

Kemas2 drawer.
Jumpa balik pregnancy test kit dolu2.
Yang atas semasa mengandungkan Kaseh.
dan 1 lagi Awatif.
Korang simpan x?
Sampai bila nak simpan?
Nak simpan kat mana?
Entah la.
Heeee..

Thursday, June 14, 2012

Home Organizing : Cabinet TV

Assalamualaikum..
Gigih nak setelkan hutang.
bukan hutang ngan sapa.
dengan diri sendiri je.
Tangkap gambar tapi tak terbuat entry ni.
Fokus tarak..

Ok, next project is (mini project je)
Cabinet TV.

 Antara perabut terawal di syurga kami ni.

Inilah hasil dan harta karun yang dijumpai dalam 2 drawer bawah.
  
Sebenarnya cabinet ni memang dah diperutukan untuk barang computer dan handphone.
As i mention dalam entry sebelum ni, sy jenis yang suka mengkategorikan barang which is part of the organising,
Tapi saya tak tersusun.
Tengok la segala benda yang saya campak ni.

Ini drawer yang telah di kosongkan.


Antara khazanah yang dijumpai,
yang boleh dikategorikan tak pakai tapi sayang nak buang begitu sahaja
adalah handfree handphone.
Setelah dileraikan yang bersimpul,
rupa-rupanya ada  7 handsfree yang 1 pun sy tak boleh pakai untuk handphone sekarang.


 
Sudah diasingkan dan diikat.
Seperti yang dinyatakan, 'sayang nak buang'
So simpan balik dalam 1 plastik transparent dan ikat supaya Kaseh tak boleh selongkar.

Antara harta lain yang dijumpai adalah CD.
Bekas CD ni dah diselongkar dek Kaseh.
Habis terkeluar.
 

So alang2 da bersepah dan CD2 ni tiada lable,
Saya pun jalankan sub-project,
iaitu membuat penapisan CD.

 

Nak mempercepatlan proses saya guna 2 laptop.
CD yang tiada label sy labelkan.
CD yang isinya sedikit sgt saya trnasfer dan CDnya saya scrap (buang)
Dulukan pendrive memori mana ada smpi 8, 16 dan even 32 Gigabite cam sekrang.
So yang mane xmuat dlm pendrive 526mega tu terpaksa la burn kat CD.

Hasilnya?
 

 Dari 32 CD,
11 CD saya scrap.

Yang bestnya sy jumpa banyak gamabr2 lama yang saya lupa pasal kewujudannya.
best giler tgk gambar2 lama.
Nanti bila berkesempatan saya share gambar2 yang best.

So hasilnya?
 
 Sebelum
 


Selepas
 

Da lapang.
2 lagi rak kiri dan kanan ada majalah lama je.
Tu project lain,
nak tapis majalah dan hantar recycle center.
 Tak urgent sebab saya tiada plan nak isi apa dalam tu.
Rumah saya tak banyak barang, jadi banyak space kosong dalam almari or drawer.

So jumpa lagi dilain project organising.

Tuesday, June 12, 2012

Home Organizing : Bilik Bersiap

Assalamualaikum.
Semangat berkobar-kobar nak update.
Terima email dari Siti Atikah Ashar.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya yang serba serabut ni.
Lepas je baca email kol 10:30 malam tu jugak saya sambung project mengalih barang.

Ok secara keselurannya sudah berada ditempatnya.
Saya ada ceritakan mengenai bilik bersiap keluarga disini.
Bila yang dijadikan tempat bersiap, bilik solat dan bilik iron baju.

Jika dari pintu, kita boleh lihat begini.


Lapangkan?
So kalau ada tetamu lalu nak g dapur mmg selamat la.

Tapi masuk dalam sikit.
Jumpa lah macam2.
Heee..

Bahagian kegemaran saya, yang dulunya begini.

Sebelum.






Dan selepas disusun-susun,
jadilah begini.

Selepas.

Ruang yang serba ada.
Saya tak perlu banyak bergerak terutama untuk bersiap pada waktu pagi.
Tempat sidai baju tu memang diperuntukkan untuk uniform kerja saya dan suami.
Inner untuk 5 hari pun saya susun sekali.
So pagi2 mmg sangat senang.
 


So hari isnin baju mmg full kat sini.
Hari jumaat je lapang sikit.
Tempat hang tudung pun dekat aje.
Cermin pun dialihkan ke situ sebab bila almari tu di alihkan,
tiada tempat untuk letak sikat dan bedak bagai.
So kena la alih cermin tu sekali.
Storage box tu ada baju lama2 Awatif and Kaseh.
Ada toto and bantal lama anak2.
Asalnya nak letak stor bawah tangga tapi nnt nak cri barang susah.
Baju anak2 capat "mengecil" so sebulan skali mmg kena pilih baju mana yang dah tak bleh pakai bleh masuk kotak ni.

Drawer2 tu pun tempat say simpan baju basahan kat rumah, kain batik dan ruang paling bawah tu stok sabun.

Percaya tak organising ni menjimatkan ruang.?
Bila disusun2 saya dapat kosongkan 1 rak, 2 bakul dan 1 tupperware besar.
sapa kata organizing mahal?
selain memudahkan ia jjuga dapat menjimatkan ruang.

Almari mari pakaian pulak disusun begini.
Sebelum
 


Selepas.
 

Almari tinggi adlah untuk pakaian harian.
Tshirt dan blouse.
Baju kurung and kemeja suami kat almari atas untuk baju yang jarang pakai.
Drawer bawah untuk towel.
Almari yang rendah tu untuk dress anak2.
Dan selepas disusun2 boleh jadi tempat letak conforter, bantal and toto.


Tapi yang paling saya tak berkenan adalah ini.
 
Nampak macam tempat lambak.
Nak kena cri idea cmner nak letak barang2 ni.

Tempat yang kena improve lagi adalah tempat letak barang2 bersiap ni.

Sebelum
 

Selepas.


 

Konon ada suntikan kreatif guna mangkuk kaca hadiah kawin yang tersadai dalam almari.
Susunan barang2 ni pun ikut penggunaan.
Yanga pakai hari2 letak paling dekat dengan cermin.
Pun masih boleh diperbaiki.

Next is tempat iron baju.

Sebelum

Selepas
 
Kalau dulu nak kena ali2 tiap kali nk guna sebab nak kedudukan iron di sebelag kanan.
So kena tolak sikit ketengah.
Bahaya bila Kaseh datang dari depan bleh terkena iron panas.
Tapi dengan kedudukan baru saya mengiron mengadap dinding siap2 so selamat dan tak perlua alih.

Tapi iron board ku ni sudah uzur.
Dah slanting pun.
 
Haruslah ditamatkan perkhidmatanya setelah bertugas lebih dari 4 tahun kot.

Ada ruang y perlu diperbaiki.
Terutama untuk meletakkan ciri2 bilik solat.
Karpet dan hiasan dinding mungkin boleh ditambah.

dan nak cari idea mana nak letak Conforter, matress dan bantal2 yang biasanya untuk tetamu.
Dulu letak dlam baby cot tapi sekarang babycot dah digunakan so kena cari lokasi yang sesuai.

Ada yang ingin dikongsi?
Jom Kongsi.
Email : sitinorhas_linda@yahoo.com
atau 
tinggalkan link anda.

Jom mulakan.
 
 

 
 
 

Thursday, June 7, 2012

Jom Kongsi Idea Organising Anda..

Dengan ini saya ingin menjemput rakan-rakan pembaca untuk berkongsi tips, idea dan cadangan dalam bagaimana anda menguruskan rumah anda.
Tak perlu la gempak2 atau mahal.

Idea-idea simple seperti :

1. Bagaimana anda meletakkan rak kasut supaya senang menyimpan kasut.

2. Bagaimana anda menguruskan rumah 2 tingkat?

3. Bagaimana anda menyusun barangan dapur bagi rumah yang tidak mempunyai cabinet dapur?

4. Bagaimana anda menyusun pakaian anak-anak?

5. Bagaimana anda menyusun jadual dalam menyelesaikan urusan rumah seperti memasak, basuh baju, iron baju dan lipat baju?

6. Bagaimana anda menyimpan dokumen peribadi seperti sijil kelahiran anak2, surat nikah dan dokumen pinjaman bank.

7. Bagaimana anda menyusun / menguruskan pakaian lama.

Jom Kongsi.
Samada anda buat entry dan tinggalkan link
atau
pada sesiapa yang tidak mempunyai blog, anda boleh emailkan cara anda dan sertakan gambar.
Nanti saya  akan kongsi dientry saya bagaimana cara anda.

Bagi yang tiada idea,
mulakan dari sekarang, cari idea bagaimana kita mahu pastikan rumah kita tersusun.
Dan kongsi dengan saya.

Saya ambil idea dari blog2 luar negara, mereka kongsikan idea2 menarik dan realistik para pembaca.
Jom mulakan cabaran.
Kita perlu mulakan.

Saya seronok bila 70% dari carian blog Kasehku-hidupku.blogspot ini melalui home organising.
Sebenarnya ramai yang cuba memperbaiki diri dan cuba mencari idea.
Jika anda sudah mempunyai idea, jom kongsi dan serta gambar.

Saya sekarang dalam proses menyelesaikan 2 project.

1. Bilik Bersiap dan bilik solat.
Baru selesai alih2 perabot hujung minggu lepas.
Weekend ni nak buat perincian.


Saya kongsikan sedikit gambar sebelum.

2. Cabinet dapur.
Sudah diselongkar dan telah mengenal pasti apa barang yang saya perlu beli.



Antara 2 rak ni, dari Cosway.
Wa cakap lu barang2 organising dari cosway mmg best.
Heeee..

Jom Kongsi.
Email saya : sitinorhas_linda@yahoo.com

 

Bila Anak Dengar Cakap - Kesian

Tak tahu la serba tak kena dengan mak Kaseh ni.
Masa Kaseh memberontak kira2 sebulan lepas,
jiwa kacau..
Makan tak lalu..
Asyik nak naik angin je ngan orang..
 
Sekarang ni pun anak dah Ok pun tak kena juga.
Saya tak tahu, ini adalah stage perubahan atau mungkin perasan melalut seorang ibu serba tak kena.
Sekarang ni Kaseh agak "mengikut kata"
 
Bila gi Giant dia tak mintak tapi dia berdiri sebelah kereta yang sekali naik 5 ringgit tu sambil pandang saya.
Saya kata tak payah la kita dah nak balik ni.
Dia pun tanpa membantah terus ikut kami jalan. 
Kesian. 
Kaseh tak pernah naik kereta tu bila dengan kami.
Tapi bila keluar dengan asyuu, pernah naik la.
Sebab tu mungkin dia tahu pasal kete tu.
Bukan tak mampu tapi taknak ajar.
Nanti lain kali bila tak di kasi mengamuk2 lak depan orang.

Gi jalan2 Tasik Biru Kundang di Sungai Buluh.
Dia minta nak mandi sbb ada je budak2 lain mandi.
Kalalu ikutkan saya nak je kasi, tapi En Suami tak kasi.
Dia diam juga.
Duduk aje dengan kami sambil makan keropok.
Kesiannnnn lagiii..

Sejak lepas pantang baru sekali Kaseh g kedai depan dengan saya.
Biasanya dia akan minta ais krim dengan papa.
Masa pegi ngan saya takder plak dia minta je ais krim.
Saya tunggu juga.
Tak minta pun.
Dia berdiri je depan kaunter, kebetualan ada mainan and gula-gula.
Saya dah nak bayar.. still dia tak minta apa2..
Sudahnya saya yang tanya.. Kakak nak apa..
Dia termenung je depan mainan tu melilau cari apa yang dia nak.
Sudannya dia amik la 1 mainan.
Saya tak pernah belikan mainan macamtu untuk dia.
Atas alasan yang sama, takut nanti lain kali minta tak dapat dan memberontak kat depan orang.
 
Tak dikasi menjerit, dikasi nanti dia kata dia menang 
dan cara mengamuk tu adalah cara yang betul untuk dapat apa yang dia nak.
So far alhamdulillah saya tak pernah menghadapai situasi begitu.
 
Bila dalam kereta, di panjat2 dan membebel je.
Bila kita cakap " Kakak duduk elok2"
Dia diam.. dan termenung..
Kesian lagi even saya cakap pun elok2 tak der marah2 pun.
 
Adakah Kaseh faham yang dia perlu dengar cakap mama dan papa?
Dan even semasa dia tido pun saya selalu pesan dengar cakap mama and papa.
Air wuduk disapukan ke muka Kaseh dan Awatif dan niat supaya mereka mempunyai hati yang lembut dan tenang.
 
Atau mungkinkah Kaseh tertekan?
Saya risau jika sebenarnya Kaseh tak happy, dan perkara ini akan memberikan kesan jangka masa panjang.
Harap-harap di jauhkan.
 
Atau saya hanya berlebih-lebih? 


 "Allah Huakbar" Angkat takbir setinggi alam.

Sujud

Da siap "bayang"

 
Bukak "bengkung". Telekung la kakak..!!
 

 Tenok kemera mama.
Tapi muka dia je yang dia ambil.
 
 Kepala mama pun kena potong.


 Da siap da...

 Terima Kasih Acik Lea hadiahkan "bengkung" ni untuk Kaseh.
Kakak da bleh "Bayang" dengan mama da.

 
Kalau nak solat dengan khusyuk, memang kena panggi dia dan tanya,
"Kakak nak bayang tak?"
Kalau tak masa kita solat tu dia nampak,
mesti dia nangis dan berdiri sambil "Mama, Kakak nak bayang"
Tunggang langgang nnt solat mama.

Tuesday, June 5, 2012

Petua Ketika Mengandung : Kelapa vs Kopi

Saya tidak tahu samada secara kebetulan sahaja,
atau memang ada kaitannya.

Semasa mengandungkan Kaseh, ada seorang kakak bagitahu petua,
supaya minum air kelapa banyak2 lagi2 bila dah masuk 7 bulan.
Ini adalah petua bagi mendapatkan anak kulit bersih.
Saya buat la.
Anak 1st la katakan semuanya buat.
Almost setiap hari saya akan minum air kelapa tanpa ais dan gula.
Balik keje naik moto ngan En Suami, cari air kelapa.

Untuk anak ke-2, minum jugak tapi tak kerap.
Yang hari2 wajib minum kopi.
Nescafe suam.
Tak pun Kopi Mahkota Dewa.

Awatif lahir kulit gelap, dan menggelupas.
Kaseh agak cerah dan kulit dia tak pernah menggelupas.
Itu yang saya perasan.
Saya tanya orang2, dia kata kulit cerah tu mungkin kebetulan tapi yang kulit menggelupas tu adalah tujuan minum air kelapa.
Tapi bila minum air kelapa kulit dia da dicuci masa dalam perut lagi.
Haaaa..!!! boleh percaya ke?
Up to You.
Janji tak memudaratkan.

Dan petua buah delima.
Masa mengandungkan Kaseh, kerap makan buah delima.
Katanya nak dapat anak bibir merah.
Ada cerita delima semasa mengandung ni.
Masa saya kerja kilang lama.
Saya beli delima ni, kira mahal jugak.
RM 8 sebiji.
Saya makan di ofis,
bila dah habis separuh baru teringat y isteri kawan tu mengandung.
Hati aku ni kuat nak kasi separuh lagi kat isteri dia.
Walaupun kami xberapa rapat.
So saya bungkus dengan tisu dan pas kat suami dia.
Masa tu pikir tak per la sahre separuh2.

Malam tu adik ipar datang rumah.
Bawakkan 4 biji buah delima dari kedai yang sama.
So saya tahu la harganya.
Syukur.
Betul janji Allah, jika kita bersedekah, Allah akan memberikan rezeki berlipat kali ganda.

Tapi masa pegnent kan Awatif 4 bulan pegi Korea,
masa tu belom mula lagi beli delima.
Bila jalan2 kat sana jumpa la delima,
Merah menyala dan besar memang mengiurkan.
So beli la 2 biji.
Harga tak ingat la sbb dalam Won tak kisah sangat.
Rasanya memang indah kabar dari rupa.
Masam yang amat, saya tak pernah makan delima semasam tu.

Tak lama lepas balik Mesia, jumpa buah delima rupanya sebijik macam yang kat Korea tu.
Katanya dari Mesir.
Rm 10 sebijik.
Beli la.
Suami da cakap nnt masam macam hari tu.
Tanya la peniaga tu manis ke tak.
Jawab peniaga tu "Takder la manis macam gula"
Kerek giler.
Tapi beli jugak.
Tu la tak dengar ckp suami.
Masam jugak...!!!!!
Tak baik peniaga tu menipu cam tu.
rasanya mmg spesis masam la delima tu.
Saya tak tahu la asalk delima yang dibeli dari negara yang berlainan tu di tanam di negara yang sama ke.
"Cuaca Korea boleh tanam delima ke?"

Sudahnya mmg saya serik beli delima sampai la bersalin.
Anda percaya petua2 ini?
Asalkan tak memudaratkan apa salahnya diamalkan.

Anak kelapa ke..
 


Anak Kopi Ke..
 


2-2 adalah bintang hati saya

Sunday, June 3, 2012

Happy Our 3rd Anniversary

Status Lilypie kat sebelah tu.
 

Harapan semoga "KAMI" yang sudah berkembang menjadi 4 insan ini,
akan terus mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan.

Bila sebut mengenai Kami.
Bilangan KAMI semakin bertambah.
Jika dulu, lebih sesuai menggunakan istilah 

Saya


Kemudian Kami Berdua
2009


Dan
Kami Bertiga
2010 / 2011



Seterusnya 
Kami Berempat.
2012


 **Kami tiada gambar berempat lagi????**

Kami adalah 1.
Tidak 2,3 atau 4.
Kemana sahaja kami bersama.

Bagi kami suami isteri, tiada istilah keluar dengan kawan-kawan.
Kalau keluar kami akan cukup 4 individu sekarang.

Kalau tidur, tiada istilah "awak tidur dulu"

And even kalau beli handphone,
jika pernah handphone saya hilang.
Ganti baru, secara tidak sengaja mesti untuk si suami juga diganti.
begitu juga sebaliknya.
Mungkin masing2 merasakan tak samapi hati tengok sorang lagi terkebil2 tengok kita ada hp baru.
Hahahahahah..

Jika saya perlu keluar untuk urusan kerja,
dan makan ditempat istimewa,
istilah kami "makan sedap"
Jika berpeluang saya akan bawa sebahagian dari "kami"
ke sana selepas itu.
Begitu juga sebaliknya. 
Biar sama-sama menikmati.

Saya tak perasan tentang "kami" sebelum ni.
Tapi bila terdengar rungutan isteri2 lain yang suami keluar beraktiviti dengan kawan2,
Baru lah saya perasan tentang ini.
Tiada urusan sendiri melainkan urusan kerja.

Saya tidak pernah menghalang.
Kadang2 menyuruh juga.
Supaya suami saya ni berkembang la sikit pengetahuan isu semasa.
Supaya ada input lain selain selain bebelan si isteri ini.
 
Saya pula?
Tidak terfikir meninggalkan sebahagian dari saya.
Sebab saya adalah mereka bertiga.
 
Kami bukanlah seperti pasangan romantik yang lain.
 Tidak pandai buat upacara / event2 romantik.
Tapi hari-hari adalah hari2 y istimewa.
Bunyi moto suami balik kerja hari-hari adalah yang ditunggu2.
Biasanya saya y jerit "Yeahh.. Papa balik"
Baru lah disusuli dengan Kaseh.
Heeee..
Diharap kebahagiaan kita berpanjangan.
 Diharap ujian yang diberikan dari Allah,
akan ditempuh dengan tabah.

Terima kasih Abang kerana menjadi suami yang cukup sempurna untuk saya.
Saya akan cuba menjadi wanita yang terbaik dalam hidup abang.

**Azam ulang tahun kali ni nak kembali panggil suami "abang". sejak mengandungkan Kaseh kami hanya papa/mama.
Nak mengembalikan nostalgia Abang / Sayang hehehe..**