Pages

Wednesday, February 29, 2012

Persiapan Berpantang - Set berpantang

Setelah pemburuan dan pengkajian telah dibuat.
Akhirnya persiapan berpantang untuk set bersalin sudah selesai.

Ini lah semuanya.
Set Bersalin Amway + Beberapa bahan lain.

Kenapa Set Bersalin Amway?
Dilema antara Set Bersalin NR.

Sbb murah dan complete dengan pilis dan bengkung.
Ku beli disini.
Dengan harga Rm 275 + Rm 5 (Kos Penghantaran) = Rm 280
+
Tungku Bayi (Sampai skrg ku blom buat research lg cmner nak guna)

Da cukup sume da tapi xtau la tahap keberkesanannya camner.

Persiapan berpantang terbahagi kepada beberapa bahagian.

Bahagian Pertama : Pembersihan.

Ini 1 untuk pembersihan alat sulit dan 1 lagi untuk mandi herba.
Tapi ku still prefer nak jugak cari bahan2 semula jadi seperti,
Serai wangi + Daun Jambu + Daun Sireh + Daun Inai + Manjakani.
Tapi tengok kelapangan la, kalau ada sumber manusia untuk mencari bahan2 tersebut dihari kejadian kira boleh la merasa untuk 2-3 hari.
Untuk serai wangi ku da jumpa org yang ada tanam.
Ku nak beli tapi dia nak kasi je.
Tengok minggu depan camner klu sempat gi amik dan tanam dalam pasu.

Bahagian ke - 2 : Penggunaan Luaran

Bagi Set Amway ada pilis, param, ubat barut, minyak urut dan minyak bayi.
Bagi minyak urut ku suke baunya. Bau serai wangi.
Tapi tak panas. (So kureng skit la)
So bagi menyelesaikan masalah ini ku ingat nak consider untuk Minyak Herbanika NR.
(Katanya best dan panas)
Tapi dipikir2 balik nnt klu tak guna yang ni ku nak buat apa.
So kiranya cam tak jadi beli la kot.
Kalau rasa nak beli order je online sok.
SO bagi menyelesaikan isu minyak tak panas ku beli krim MOKYAH.
Heeee.. Tak tau la org pernah dengar ke tak.
Beli kat pasar (Tapi serius susah nak jumpa hanya org tertentu shja yang jual)
Memang panas klu sapu kat kaki.
Best.. Ni ilham dari ibu mertua ku.

Untuk bengkung plak.. Set amway ada dalam bentuk pes dan ilham dari Lea ku beli jugak la minyak cap wanita tu. Rm 6.50 je. Da jumpa beli je la.

Pilis pun ku harap ku akan guna.
Huuu..
Dalam botol merah tu ingat minyak panas tapi tak panas gak.
Masa mangandung ni mmg best sapu kat kaki minyak panas.
Ke lemak ku yang tebal..?


Bahagian Ke-3 : Pemakanan.

Set Amway ada 3 jenis yang untuk penggunaan dalaman.
untuk pemulaan kena minum yang teh uncang.
Dicadangkan campur dengan madu.
SO madu pun da beli.
Next is yang dalam bentuk pil.
ada 2 jenis tapi tidak digunakan secara serentak.

Tapi cam dulu En Suami belikan pati ikan haruan so this time tengok la.
Dan bagi menyelesaikan masalah sembelit, ku nak cari prune.
Huuu.. Serik rasanya.

Untuk penggunaan Set Amway, disertakan sekali jadual penggunaan bagi setiap product.
So xder la pening sangat.

Dan lain-lain :
Bengkung - Da ada 2, Amway and Mustika Ratu (lama punyer)
Tungku - Tungku Moden (Blom Beli lg)
Tukang Urut - Da book tapi masih survey2 lagi mana2 yang best.
Bertanggas - Tengah buat research

Semua barang2 ini sudah disusun mengikut kategori dan akan diletakkan ditempat yang senang dicapai dan ditempat penggunaan yang betul.
***Salah satu Home Organizing gak tu***

Yang lain semua da setel.
Diharap kali ini ku betul2 dapat berpantang supaya kesihatan dapat pulih dengan cepat dan badan seperti anak dara.
Huaaaa...
Impian Ibu Beranak Dua.


Kaseh.. Papa..Zzzzz

Suke mama "terambil" gambar Kaseh and Papa tido.
Masa ni dalam pantang lagi.
Kaseh umur 11 hari.
Masa ni papa tengah tunggu time nak keluar berjaga malam.
(Giliran untuk pusing taman)
Mama nak kejut papa tapi "ter"snap gambar ni.


Comel tol 2 beranak ni tido..
Kaseh da sebulan lebih da time ni.

Yang ni sehari selepas itu.
Kaseh memang mama tidokan meniarap diatas bantal dan kepala ditinggikan sedikit.
Tido cam ni Kaseh tido lama skit.

Yang ni papa berlakon.
Kaseh je yang tido ala2 manja ngan papa.
Papa tido konon bangga anak peluk dia.
Menyampah.
Masa ni Kaseh 2 bulan dan kat rumah tok ayah kat Pahang.

Ntah la nak cakap 2 beranak ni.
Macam2 gaya.
Time ni Kaseh da setahun lebih da..

Sekian saja dari mama untuk permata hati mama yang 2 ketui ini..

Tuesday, February 28, 2012

Mama, Ikan Keli dan Pembawakan Budak

Satu ketika dahulu..
Mama tak suke / tak gemar sebarang ikan darat.
Keli, puyu, haruan, sepat atau apa sahaja.

Bila da kahwin dengan papa,
mama makan la jugak puyu adn sepat bila atok g menjala dan nenek goreng garing2.
Haruan mama makan sekali je,
tu pun susah2 papa masakkan masa mama dalam pantang.
Mama jaga Kaseh kat NICU masa tu.
Papa bawakkan kat hospital.
Mama telan la jugak demi papa.

Tapi.. bagi si Cat Fish atau Keli ini..
Mama tengok pun mama geli.
dengan badannya yang licin.. dengan rupanya yang tak seperti ikan yang lain.
Pernah 1 ketika mama kata macam ikan yang kena pijak lori sebb kepalanya lain skit dari ikan lain.
Mama heran macam mana maksu boleh suke ikan keli sedangkan kami sekeluarga sebalah mama memang langsung xbleh terima ikan darat.
Even nenek klu ada orang makan semeja ngan dia makan ikan keli dia bleh ilang selera makan.

Tapi..... itu satu ketika dahulu..
Keajaiban dari Allah.
Lihat gambar dibawah..
.
.
.
.
Ini merupakan IKAN KELI..
Di dalam pinggan mama..
Ye.. Betul..
Dan buat beberapa ketika..
Rupanya jadi begini..
.
.
.
.
.
Ye.. Saya makan ikan keli..
Dan sampai ketika ini..
Penggemar ikan keli..
Asal ada ikan keli kat kantin..
Saya makan..
Even antara ikan yang menjadi stok dirumah untuk dimasak adalah ikan keli.

Kenapa ini terjadi..?
Apa yang boleh saya katakan adalah..
Pembawakan budak..

Dan antara pencetusnya adalah..

Ada perasan mamat chinese paling depan tu?
Saya mula rapat ngan dia bila trip ke Korea hari tu.
Sejak tu saya suka berkawan ngan dia.
Bila lunch kat opis.. dia antara rakan semeja saya.
Saya tengok apa yang dia makan hari2 dan dia makan APA SAHAJA.
Dan APA SAHAJA yang dia makan akan nampak sedap.
Walaupun hanya seketul karipap kantin.
Dia xcerewet makan.
Dia xseperti chinese guy yang lain yang lbh suka lunch kat luar sbb mungkin tak bleh terima makanan melayu setiap hari.
Tapi mamat ni lain.
Hari2 bleh jumpa dia kat kantin.
Means dia sgt biasa bila bab makan.

Antara feveret dia bila lunch adalah ikan keli.
As i mention just now apa sahaja yang dia makan akan nampak sedap.
Atas sbb itu la membuatkan saya teringin nak rasa ikan keli tu.
Dan disebabkan itu bila pertama kali rasa terus suka.

Tapi seperti yang dinyatakan mula2 tadi.
Ini adalah antara perkara PELIK yang berlaku semasa mengandungkan baby yang ke-2 ini.
Walaupun papa penggemar keli tap tak berjaya membuatkan saya ingin mencuba.
Tapi masa mengandung 6 bulan saya boleh tercuba dan tersuka.
Kalau betul pembawakn budak..
Saya nak tengok selepas bersalin nanti.. adakah habit ini masih melekat.
Atau babai ikan keli buat selama2nya.

Kita tunggu dan lihat..

Kaseh.. Bantal Mause.. Dan Baby

Dalam beberapa hari lagi Kaseh akan berusia 2 tahun.
So mama ada list yang agak panjang untuk buat entry mengenai princess mama yang 1 ini.
Mama akan cuba selesaikan dan setelkan update mengenai Kaseh sebelum besday Kaseh Jumaat nanti.
Mama nak abadikan segala kenangan 2 tahun anugerah Allah ini bersama mama.
Minggu ni is all about Kaseh Melissa Lyana..

Antara yang barang kesayangan Kaseh adalah..
Bantal Mouse..

Sarung bantal berwarna merah ini dan ada gambar mouse (Kaseh sebut MOSH)
Kalau tengah malam Kaseh terjaga mesti dia duduk dan melilau cari bantal ni.
Even kalau papa terambil pun mesti dia tarik sambil sebut "antal mosh"
Apatah lagi dalam sedar..
Memang dia amik bantal ni kalau nmpak org lain baring.
G Skolah pun Kaseh bawak tau.
Kalau mama lupa / buat2 lupa nak amik masukkan dalam kete,
mesti Kaseh ingat dia sebut suruh ambil.
Petang nnt hangkut bawak balik lg.
Sedikit sejarah mengenai Sarung bantal ini :
Ini merupakan sarung bantal Ayah Su.
Adik bongsu ku yang lelaki (Adik ku kembar laki pompuan)
Dia pernah dok ngan mama and dia tinggal bantal ni.
Bila mama nak pujuk Kaseh mama "perkenalkan" mouse kat bantal ni.
Terus Kaseh melekat.

Barang kesayangan Kaseh yang ke-2 adalah..

Baby..
Huuu.. patung tiger.
Ini je baby bagi Kaseh.
Ada je beberapa patung lain.
Even mama beli sama patung tiger just besar skit je.
Tapi yang ini jugak yang melekat.

Mama pernah nak basuh masukkan dalam washing machine,
Kaseh menangis xhengat punyer.
Xboleh dipujuk..
Mama terpaksa amik balik dalam keadaan yang basah kuyup da.

Nak naik tingkat atas, diangkut disusun atas tangga disurunhnya baby tu naik sendiri.

Kalau baby terjatuh.. dipujuk..
"Syyyyy..dah..bibi..diam"

Kalau ada bunyi bising..
Dikata baby takut.. Dipujuk suruh diam..

Kadang2 baby Kaseh Uk-Uk..
Kaseh basuhkan..

Sejarah Baby :
Kaseh tau tak... Baby ttu Arfan punyer..!!!!
Baby Kaseh Tiger besar..
Tapi melekat jugak yang tu.

Minta maaf ye Arfan..

Monday, February 27, 2012

Home Organising - Mama Work Space 3

Assalamualaikum..
Mungkin ada yang tertanya2 apa da jadi dengan organising saya ini.
Jawapan saya..
Masih ON.

Cuma lebih tertumpu kepada persiapan berpantang,
dimana merupakan salah 1 bidang organising juga.
Tapi untuk entry ini, saya nak update skit pasal Mama Work Space ni.

Jika di entry pertama,
saya lebih bercerita mengenai idea yang tercetus dan inspirasi.

Dan entry yang kedua,
mengenai kewujudan work space mama setelah membuat perpindahan yang besar.

Dan entry ini lebih bercerita mengenai progress, dan issue2 yang tercetus.
Totally rupa rak adalah macam ni sekarang.
Perasan x printer y kat atas.
Asalnya dibahagian bawah dan lokasi tu mmg sesuai sbb ku tak payah pindah2 bila nak guna printer just on suiz aje.
tapi anak comot kami itu telah menjadikan printer tu sebagai tabung.
Asal jumpa duit aje sume masukkan dalam tu.
So papa pindah naikkan kat atas.

Entry yang kedua ada sebut mengenai, rak ini adalah landing space papa.
Nampak tak bakul putih kiri dan kanan tu?

Sebelum ni, rupanya begini..
Macam2 ada.
Dan ropanya xberapa santek..
Saya beli la bakul putih tu.
Sebelah kiri untuk mama dan sebelah kanan untuk papa.
Even untuk filing pun bagi separuh.

Agak tak puas hati sebab,
bakul tu kecil dan untuk papa, tak muat.
Sebab even surat n diari pun papa letak kat situ.
Saiznya pun kecil so bila tak muat papa tolak je bakul tu ke dalam dan letak barang lain kat luar.
Da tak santik lagi.

Kotak yang kat tengah lak untuk stationary.
Kotak tak seragam so lagi skali tak santik.

Soo.. sekarang ni dalam mode mencari storage yang organise, padan dan cantik.
Sumber dari Sini

Next is mengenai Filling.
So far rupanya begini.
LinkDalam magazine holder tu adalah untuk file yang tidak seragam bentuknya, tapi organise.
Just nak cover ketidak seragaman je.

Yang masih membuatkan system filling ini blom sepurna adalah sistem labeling yang tidak santek..!!
Dan macamana nak cover file yang ala2 ofis tu.
Ini bukan pejabat lawyer ye.

So jumpa la entry pasal How to create the label.
Guna excell je pun.
Sibuk saya dok pikir nak tempah bagai.
Heee..
So nanti saya design dan print samada pada kertas gambar atau kertas A4 dan kemudian laminate.
Da siap nanti saya update.

Dan mengenai mencantikkan file, ilham dari sini sangat membantu.

Cantikkan.
Saya memang agak kureng bab mencari ilham untuk mencantikkan ni.
Da buat baru leh nampak.
Bila nak imagine ni rasa cam blom sampai lagi ilham.

So far ini upadate untuk workspace mama.
Jom cari idea lagi.

Mari Belajar Bahasa Kaseh

Situasi 1 : Kalau kita ikut apa yang dia nyanyi..
Ebok..Engki..Ooooo..Aceee..Awan..Anak Udah..
(Sebuk.. Dengki.. Oooo.. Biasa.. Tak nak kawan.. Taknak sudah..
Situasi 2 : Minta Susu..
Mama.. A – cucu
(Mama.. Nak Susu)
Situasi 3 : Lagu Baju Baru
Aju aru..aju aru..
antik eee..antik eee..
Aceh dapat 1.. Mama dapat 1..
Antik eee..Antik eee..
(Baju Baru..Baju Baru..
Cantiknya..Cantiknya..
Kaseh dapat 1.. Mama dapat 1..
Cantiknya.. Cantiknya..)
Situasi 4 : Nak Didit - Nak naik Moto
Situasi 5 :
Amik Intu -
Ambil Kunci (Intu yang dimaksudkan adalah pintu, pintu yang bermaksud..KUNCI)
Situasi 6 : Nak popok = Nak keropok
Situasi 7 : Nak pish = Nak fish (biasanya semasa makan nasi)
Situasi 8 :
Nak Akan = Nak makan
(Biasanya klu keluar g kedai ke g mana2 la pada waktu malam dia akan minta makan maksudnya medang / lepak kedai makan)
Situasi 9 :
Nak Antal Mosh = Nak Bantal Mouse (Bantal yang ada gambar mouse yang diangkut kemana-mana sahaja)
Situasi 10 :
Nak bibi = Nak baby (Patung Tiger)
Situasi 4 : Minta Video di YouTube
1. Nak Atak (Nak katak)
Ada Beberapa kemungkinan : Crazy Frog atau If You Happy
2. Nak Inkel-Inkel (Nak Twinkle-twinkle)
Maksud : Twinkle-twinkle little star
3. Nak kakayam (Nak rasa sayang)
Maksud : Lagu rasa sayang
4. Nak e-o-e-o
Maksud : Lagu Old Mc Donald Had A Farm
5. Nak pin (Nak upin-ipin)
Maksud : Mana2 la citer upin-ipin
6. Nak Boboy (Nak Boboi Boy)
Maksud : Mana2 video boboi boy.
7. Nak Kaceh (Nak Kaseh)
Maksud : Tengok video diri sendiri.
8. Nak Papa (Nak Papa)
Maksud : Lagu Papa Ku Pulang

Sunday, February 26, 2012

Persiapan Berpantang - 98% DONE

Rentetan dari N3 ini..
Yang berceritakan mengenai Dateline untuk 2 benda besar yang kena completekan.
Deadline 26 Febkan?

Hari ni 26 Feb kan?

Status.. COMPLETE.
2 benda itu adalah

1. Set Bersalin AMWAY
Sudah.. Ku sambar denga harga RM 280 ++ Free Gift.
Khamis sampai kat opis.

2. Chest of Drawer untuk anak-anak.
Sudah juga.
Ku beli baru dengan harga RM 400 dan dapat more than expected.
Pun puas hati la.

Ada skit2 cam barut adn bedung pun ku setelkan last week dengan order online.
Tak payah tunggu2 nak survey.
Just cari, kompomkan , transfer duit dan tunggu barang.

2% lagi tu adalah tungku electric.
Ku nak order online, apa yang ku peratikan harga pos yang membuatkannya mahal.
Info dari sumber google bersuara ku, kat GM Klang bleh didapati dengan hargaserendah RM 10
So tengok la kesempatan.
Esok g kot.

Yang lain nnt ku update lain.
Ku ada lebih kurang 10 entry yang dirancang dan siap dengan list.
Tunggu masa untuk jari ini menari di keyboard ini.


Saturday, February 25, 2012

Kaseh dan Insan Yang Bernama Su..

Mak Su..Asyuu..
Kaseh ada 2 maksu.. 1 maksu kecik dan 1 maksu besar.
1 adik papa 1 adik mama..

2 insan ini sangat istimewa dimata Kaseh..
Ini Asyuu Besar..
Adik mama bekerja sebagai Misi kat Hospital di utara tanah air.
Kaseh mmg jarang jumpa dia.
Last jumpa lbhkrg setahun lepas and minggu lepas baru Asyuu datang rumah..
sbb nak jumpa Kaseh.
Serius walaupun jarang jumpa Kaseh senang lekat ngan asyuu.
And masa asyuu nak balik keje pun asyuu hampir nangis sbb tengok Kaseh nangis.
Heee..
Gambar atas tu masa pagi sebelum Asyuu antar Kaseh g skolah and mama antar Asyuu naik bas.


Tengok la gelagat budak 2 ketui ni.
Geram betul.

Asyu kecik pulak yang ni..
Asyuu Huda..
Darjah 2..
Keding je budaknya..
Kalau balik umah nenek mmg dia ikut je la asyuu ni.
Tapi Asyuu xlarat dokong Kaseh sbb Kaseh lg gendut dari Asyuu..

Sekian sahaja memperkenalkan permata hati Kaseh yang 2 ketui ni..

Wednesday, February 22, 2012

Persiapan Berpantang - Bag Hospital

Assalamualaikum..
Episod yang seterusnya adalah..
Bag Hospital.

Masa Kaseh dulu, saya buat asing bag mama and baby.
Sudahnya suami saya yang pening.
Sbb dia yang tukang angkat nnt.
Soo.. untuk kali ini ada beberapa improvement telah dibuat,
dan briefing kepada En Suami juga telah dibuat.

Bahagian Pertama :
Kelengkapan Mama:
Sabun Mandi.
Berus dan Ubat Gigi.
Facial Wash.
Deodorant
Sikat dan Getah Rambut.

Disposal Panties -
Dulu Beli tapi tersilap sbb beli saiz yang tak sesuai (Kecik)
So untuk kali ni tak berani beli banyak.
Beli 1 paket je RM 6.90/6pcs.
Beli kat Tesco, balik tengok saiz Ok, rasanya bleh topup lagi ni.

Kotex Over Night -
Sebonarnya, ni stock yang ada kat rumah.
Baru Beli Double Pack, tetiba pegnent plak.
So stok pad banyak gak la.
Pasni ntah bila lak period balik.
So dari beli yang maternity pad baik guna yang ni aje.
Aci x?
Sama jekan penggunaanya.

Kertas Surat Khabar-
Yang i untuk membungkus pad sebelum dibuang.
Potong siap2 ikut saiz yang dikehendaki.

Sume barang ni sebenarnya, ku jumpa masa mengemas hari tu.
Kadang2 dari free sample.
So mostly bukan yang beli.
Tinggal masuk dalam bag je.

Bahagian Ke 2 :
Kelengkapan Baby:
Pampers
Baby Wipe
Nappy Cream Sabamed -
Adik aku y nurse tu rekemen sbb dia kata rekemen by kementerian kesihatan.

Baby Oil
Minyak Yu Yi
Barut
- Rasanya 3 ni tak guna sangat kot kat hospital nnt.
Tapi standby je.

Bahagian ke-3:


Baju Pertama Baby.
Dulu masa bersalinkan Kaseh,
Papa bagitau bila nurse panggil papa and mintak baju and bedung baby,
papa cam kelam kabut nak cari sbb Papa terkejut sbb ingat blom bersalin,
sekali ropanya da selamat da semua.
So mama da asingkan siap2 sepasang baju, 2 helai pampers dan bedung.
So papa tinggal tarik je dan pass kat nurse.
Ni kena kasi taklimat dulu kat papa.
Mama pilih baju ni sbb cute dan warna oren.
So xkisah la baby girl ke boy ke, bleh pakai je nnt.
Tiada conflict disitu.
Heeee..

Next..
Semua itu dipacking secara berasingan.
Dan dimasukkan semua dalam bag besar.

Susunan dalam bag plak lebih kurang macam ni.


Bag oren tu baju mama yang mengandungi,
Kain batik - 2 helai.
Tshirt dan baju berbutang - 2 Helai
Stokin - 2 helai.
Nursing Bra - Mmg sejak lahirkan Kaseh nursing bra je yang ku ada.
Bag tu akan digunakan sebagai bag baju kotor bila kuar hospital sok.

Lain kelengkapan baby.
Baju,
Towel,
Mitten and Booties
Lampin Kain

Semuanya dimasukkan dalam 1 bag.
Maka jadilah begini.

Barang lain yang tak diambil gambar adalah, selipar, sweater, minyak panas, biskut dll.


Dan janga lupa disaat2 akhir begini,
buku rekod pemeriksaan hospital da macam IC ye.
(Buku Merah)
Bawalah kemana sahaja.

Bonet kete dah kemas dan divacuum so bleh hangkut ini bag masuk kete.
Sekian Terima Kaseh.


**Baby Mama, Kita akan saling tenung menenung di hospital nanti**

Tuesday, February 21, 2012

Persiapan Berpantang - Breastfeeding

Assalamualaikum.
Mungkin entry2 akan datang akan lebih update more to persiapan bersalin / Persiapan Berpantang dan Persiapan Menyambut Baby Baru.

Agak excited nak menyelesaikan semuanya dalam minggu ni.
Supaya di minggu ke-36 hingga ke 40, saya lebih banyak bawak bertenang.

Ok. untuk siri ni saya fokuskan ke arah Persiapan BreastFeeding.

Ini semua persiapan saya.
Dari pembacaan dan rujukan kaedah2 yang ibu2 lain gunakan.
Seronok dan memberi idea.

Ini bahagian pertama.
Satu bekas besar yang memuatkan :
Pam Spectra -
Diperturunkan dari Kaseh.

Storage Bag, Botol -
Terpulang pada ibu2 nak simpan guna botol atau plastic.

Marker Pen dan Masking Tape -
Untuk Tandakan Tarikh dan nama baby.

Bekas ini akan diletakkan berhampiran dengan tempat ibu dan baby beradu semasa pantang nnt.
Semua da prepare 1 bekas so jangan usik dan tak perlu cari2 lagi.
**Kan kita kena kurangkan pergerakan semasa dalam pantang**

Bahagian Ke-2,
Bekas kecil yang memuatkan corong pam.
Untuk pengetahuan semua, corong dan botol tidak perlu dibasuh setiap kali digunakan.
Just simpan dalam fridge / cooler bag.
Kekalkan pada suhu yang rendah.
Suke bekas ni sbb agak2 je masa beli ni, skali masuk sume ngam2 je.
Beli kat tesco je tadi.
So yang ni bleh mintak tolong Kaseh amikkan bila nak guna.
Kasehkan nak jadi Kakak.
Kalau agak2 susah nak bangun tiap kali nak guna, tukar je guna cooler bag je nanti.

Bahagian Ke 3.
Storage.
Ini sume yang beli baru.
Autumnz Breastmilk Storage Bag RM 10.00 1 kotak/25pcs.
Kalau harga biasa RM12.90.
Mintak tolong kawan beli, ntah kat mana dia beli.
Ku rembat 5 kotak.
So far ku tengok plastic ni paling tebal dan ada double seal.
Disamping itu, ku still ada Suri Storage Bag, da lama beli ke dapat free ke.
Lupa.
Tapi Suri ni lembik skit plasticnya and tinggi.
Tapi apa salahnya habiskan stock yang ada.

Begitu juga storage bag yang gulung2
Ada masih berbaki yang lama dulu.
So boleh habiskan juga.

Ok. Kaedah penyimpanan.


Sumber Google.

Jadi ibu mmg kena creative.
Terima kasih kepada semua yang berkongsi di blog masing2.
Kaedah begini menjimatkan space dalam fridge.

Dan seterusnya, 2 kotal Storage Bottle Bumble Bee.
So far brand ni paling best sebab botolnya clear, tegap dan cap tak senang tertanggal.
Beli 20 pcs dengan harga Rm70 kot.
Tak ingat.
Ni paling murah la.
Terima kasih Puan Lea yang rekemen website itu untuk pembelian yang berbaloi.

And terakhir..

Sumber Google

Semoga perjalanan breastfeeding mama and adik baby berjalan lancar.

Sunday, February 19, 2012

DiLuahkan..

Hopefully dengan terpostnya entry ini..
mama akan lebih bersedia.. dan lebih redha..
Mama nak anak-anak2 mama tahu apa yang mama rasa dan apa yang jadi pada keluarga kita sekarang.

Rentetan dari Entry ini.

Papa..
Setelah 4 bulan bekerja ditempat baru..
3 bulan training..
Selama itu juga berdebar.. kemana papa akan dihantar nanti.
Jumaat lepas..17 Feb..
Papa da tau dapat mana..
TEMERLOH..

Masa papa bgtau dalam telifon, mama masih mengharap yang papa hanya nak buat lawak.
Sbb masa interbiu habis traning tu papa da inform yang "Isteri saya tengah mengandung"
Tapi atas sbb2 tertentu papa still dihantar ke luar lembah Klang.

Balik rumah..
Diskuss..
Disaat mama minggu ke 36 papa start ditempat baru pada 27 Feb.

Hati.. Ya Allah..
Hanya dia yang tahu.

Pilihan yang ada:
1. Just accept it.
Papa cari rumah sewa dan balik seminggu skli dengan perjalanan 2 jam setengah.
Bila dekat ngan due, mama akan ke Temerloh dan pantang disana.

2. Papa berhenti kerja dan cari kerja lain.
Ini mmg risiko tinggi.

Masa ni mama rasa dunia mama gelap gelita.
Jika hanya mama sahaja yang ada mama rasa mama lebih rela koma seminggu dan tunggu papa balik seminggu skli.
Tapi mama ada Kaseh.
Mama perlu kuat..


Lepas solat maghrib.. Papa turun..
Datang pilihan ke - 3.
Papa beli motor yang agak berkuasa tinggi dan ulang alik.
Papa cakap dia tak sanggup tak jumpa anak-anak sampai seminggu.

Mama lega.. Sikit..
Fikirkan keselamatan papa berada dijalan raya terlalu lama..
Pikirkan kesihatan papa yang tak cukup rehat.
5 jam hanya untuk travel.

Pada pendapat papa :
Rumah perlu disewa disana, duit minyak ulang alik seminggu skli, duit makan da terbahagi 2 juga.
Itu semua kos juga.
Jika beli motor pun kos, tapi dengan pengorbanan yang tak dapat dinilai dengan duit untuk melihat anak-anak membesar didepan mata tidak ternilai dengan wang ringgit.

Mama lega.. Mama nampak sedikit cahaya..
Tapi mama masih tak menaruh harapan yang tinggi.
Sbb lokasi sebenar tempat tu tak diketahui lagi.
Kalau perjalanan lebih jauh.. Macamana..
Mama masih dalam mood membina kekuatan diri dan membayangkan situasi yang paling buruk..
Supaya bila diberi kesenangan mama lebih menghargainya.

So far.. Ini plan kami..

Seperti entry sebelum ni..
Kami baru sahaja menyelesaikan "sesuatu" yang boleh dikira sebagai berita baik untuk masa depan kami.
Pagi mama setelkan berita baik itu.. dengan membawa sinaran dan perubahan dan impian.
Petang.. mama terima berita papa.
Hari yang sama..

Tapi berita baik itu digunakan kearah yang lain.
Walaupun agak frust sbb impian terpaksa di divertkan ke arah yang lain..
Tapi itu still berita baik.

Kalau mama tak uruskan berita baik itu dari awal apa yang jadi pada kami sekarang?
"Nasib baik...." ayat itu yang terluahkan membuatkan kami still bersyukur.
Bersyukur setiap langkah yang kami buat atas keizinan Allah...
Memberi maksud yang baik walaupun bukan dari apa yang kami angan-angankan.

Tapi untuk langkah yang ini.. kami masih menunggu apa hikmah yang Allah berikan.
Kami redha.. Kami masih mampu senyum.. Kami masih mampu gelak..

Papa..Mama akan setia dan tabah menempuh ujian untuk kita..
Mungkin Allah nak melihat bagaimana setianya mama disisi papa walau susah atau senang..

Untuk Kaseh dan adik..
Kalian berdua sumber kekuatan mama.
Mama mampu berdiri sebab kalian.
Mama mampu menahan air mata ini sebab kalian.
Mama mampu tersenyum sebab kalian.

Ya Allah..
Jika Kau tarik segala harta benda didunia ini..
Aku redha..
Tapi jangan Engkau tarik sumber kekuatan ku.
Aku redha dengan ujian-Mu.

Hidup Umpama Catur

Mungkin ada yang tahu apa yang akan ku hadapi.
Dugaan dan ujian dari Allah.
Hidup umpama catur.
Setiap langkah..ada tindak-balas untuk langkah yang seterusnya..
Kita hanya mampu merancang..
Tapi apa yang akan kita hadapi yang sebenarnya semuanya di tangan Allah.
Apa yang menunggu kita di depan pun hanya Allah yang mengetahui.

Kadang-kadang kita akan terfikir "nasib baik aku... kalau tak tak tahu la apa nak buat.."
Masa kita dalam keadaan "nasib baik itu.." kita tahu tak apa yang kita akan hadapi.
Mungkin di saat itu kita merancang benda lain..
Tapi disebabkan ujian Allah.. benda lain yang jadi..

Sebagai hambaNya..
Kita sedar tak yang kita telah "bernasib baik.."
Atau..
Kita mempersoalkan "kenapa nasib aku begini..?"

Aku..?
Ku fikir da lama ku tidak ditimpa ujian sebegini besar..
Mungkin ini la masanya untuk ujian Allah..
Allah hanya menguji hambaNya yang mampu..
Aku redha..
Aku harus tabah untuk mengetahui hikmah disebalik ini semua.
Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik hasil dari ujian Allah..
Akan ku tempuh..
Demi menunggu langkah Allah yang seterusnya.

Ya Allah..
Berikan aku kekuatan.. Demi keberkatan dan kebahagiaan kami di masa hadapan.
Kini ku yakin, Engkau Maha berkuasa mengatur setiap langkah di pentas dunia ini.



Friday, February 17, 2012

Kisah Minggu Ini

Minggu lepas bukan main lagi idea yang melimpah ruah nak update blog.
Tapi minggu ni, da jumaat baru la timbul 1.
Heee..
Kisahnya saya da sembuh dari penyakit "Rasa rugi tido"
Balik keje diz few day balik lewat skit, kol 5.30 br smpi umah dan ada 1 hr tu kol 6 lbh gak.
Terus masuk dapur.. Kaseh papa yang amik..
Ketung ketang smpi kol 7.
Layan anak kenit saya, mandi, solat dan makan..
Pastu tengok la apa aktiviti y blom setel..
Sidai baju ke.. lipat baju ke..
Si kenit saya ni sekarang selalu menunjukkan tanda2 mengantuk awal.
Kol 9 lbih da mula nak itu ini.
Nak susu la.. nak biskut la.. nak suruh dok ngan dia kat tangga la.. nak baca buku la.. nak bedung ala2 baby la..
Da give up melayan mama n papa angkut barang
" Jom naik atas, tido"

Sejak kami berjaya tido di tingkat atas selam 2 bulan ni,
Kaseh mmg susah nak lelap selagi tak naik.
Kalau da naik, kasi susu pastu gerenti pengsan.
Tak kisah la pukul brapa pun.
Dlu klu dia tido kol 10 mmg sgt menghairankan la.
Mungkin betul tips yang mengatakan temapt tido mestilah tetap dan tak boleh buat aktiviti lain di temapt tido.

Dan bagi kami suami isteri tiada istilah "Awak naik dulu la"
Kami akan naik sama2.
Paling lama pun gap 15 minit.
Kalau lambat nanti, anak busyuk kami akan berbunyi
"Papa..Aik..Tido..Cepat.."
Mmg bingit bunyinya.

Dan bila menunggu sementara si kenet terlelap..
Ibu bapa dia pun terlelap jugak.
Heee.. So sbb itu lah saya tidak banyak beraktiviti dialam maya ini di minggu ini.
Heeee..



Thursday, February 16, 2012

FM Week 2 : Menetapkan Matlmat Kewangan

Masa untuk menyelesaikan janji.

Selepas langkah pertama : Menentukan Kedudukan Kewangan Sekarang

Kita ke langkah yang kedua iaitu Menetapkan Matlamat Kewangan.
Mungkin ramai yang tak sedar.
Tapi mungkin juga rama yang hanya "Terlintas" difikiran tapi tidak pernah menulisnya.

Cuba anda tulis.
**Saya pun baru nak mula sebenarnya**
Kita boleh renungkan apa yang kita nak buat dimasa hadapan.
Atau berdasarkan senarai di Langkah 1, apa yang boleh kita perbaiki.
Melalui matlamat yang kita nampak dan ditulis,
kita boleh merangka langkah / strategi dlam mencapai matlamat kewangan kita.

Mari saya kongsikan apa yang saya impikan dalam matlamat kewangan.
Kita bboleh kategorikan mengikut jangka masa panjang, sederhana dan pendek.


1. Menyelesaikan Hutang Kad Kredit - Dan hidup bebas tanpa kad plastik itu.
Selain interest yang tinggi dimana antara 16 - 18 % (Siapa y tahu ada yang lagi rendah ke?)
Ia juga memupuk tabiat berbelanja diluar kemampuan dan diluar kesedaran diri.
Jika sudah TERjerumus, untuk melangsaikannya agak susah, dan setiap bulan interest y banyak dibayar tanpa sedar.


Action : Tinggal beberapa langkah lagi untuk merealisasikan matlamat ini.
Nanti sudah berjaya ku akan kongsikan.

2. Mempunyai tabungan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapat sekarang.
Action : Tengah pikir camner nak merealisasikan.

3. Membuat pelaburan.
Pelaburan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi dan tidak mencuri masa berharga ku bersama keluarga.
Biarlah sedikit, janji dapat mempercepatkan matlamat no 2 ku.

4. Anak-anak yang bebas dari pinjaman tabung pendidikan.
Tak kisah la apa jenis tabung skli pun.
Biasiswa tak per.
Tapi tak nak pinjaman yang bila da habis belajar esok anak-anak kena membayarnya.
So far ku da buatkan Insurance Pendidikan untuk Kaseh.
So at least untuk cover yuran Kaseh kat Universiti nanti da ada la sumber.
Tinggal kasi duit belanja setiap bulan je la kot.
Diharap dengan duit alaun dari parents membuatkan anak2 lebih menghargai duit itu.
Berbanding duit yang tiba2 masuk dalam akaun sendiri tanpa dipinta2 kepada ibu bapa.
Untuk bakal anak2 mama, untuk kalian pun insyaAllah tiada bezanya.

4. Mempunyai aset hartanah.
Fuhhh... bunyi cam Donald Trumph punyer empayar.
Tapi tak salahkan?
Antara bidang yang paling meningkat sekarang adalah hartanah.
Tak kisah la perumahan ke, perladangan ke and even sekeping tanah kosong yang muat sebijik pondok.
Dalam masa lebih kurang 5 tahun 2 kereta kami akan habis dibayar.
So diharap kami akan terus hidup dengan apa yang ada sekarang supaya peruntukan itu dapat digunakan untuk merealisasikan matlamat kewangan kami yang ini.

5. Syurga Impian Kami
En Suami mempunyai impian untuk mempunyai sebidang tanah yan akan dibina rumah yang sederhana besar. Pondok pun tak per asalkan ada ciri2 kat bawah :
Dikelilingi dengan pokok buah-buahan (terutama durian).
Kawasan yang cukup untuk park kereta anak-anak dia.
(Yang ni dia slalu merungut nak park 3 kete sndr pun da berebut ni kan pulak nak tambah kereta Kaseh dan adik2)

Tu antara impian kewangan saya.
Disusun mengikut jangka masa pendek ke jangka masa panjang.
Bila da list macam ni da buat saya beringat, jangan berangan nak tukar kereta la.
Capai dulu impian yang lebih berharga untuk hari tua.

Apa impian anda?

Sunday, February 12, 2012

Saya Tak Minat Kucing..

Sumber Google


Comel kan?
Kucing dan saya..
Saya tak xder elergy ngan kucing.
Kalau kucing ni ada pun xper asalkan tak mengganggu hidup saya.
Saya bukan jenis yang nampak kucing, rasa sayang.
Dan even bila kucing ni ada pun xder la sy nak sepak.
Saya menghormati makhluk Allah yang satu ini.
Jika dia ada.. kami hidup bersama..
Tapi jika dia menyusahkan saya.. Saya minta maaf..
Saya tak rela disusahkan..

Saya tahu orang belakang rumah saya suke kucing.
Dia selalu kasi kucing2 yang ntah dari mana makanan.
Ada yang dari kecik sampai sekarang da besar pun ada.
And even kalau ku tahu Puan Jiran Belakang tu takder,
kalau ada nasi lebih ku kasi gak makan kat kucing2 tu.
Ada la 2-4 ekor yang selalu berlegar kat belakang rumah ni.
Saya tak kisah sangat bila kucing 2 tu berlegar kat dalam ruang belakang rumah.
Tempat ku letak mesin basuh, tempat sidai baju and temapt ku tanam pokok pandan, limau kasturi, cili dll dalam pasu.
Saya tak kisah...

Tapi... Bila kucing2 tu jadikan tempat ku letak pasir tu sebagai toilet dorang.
Even luar pagar, tapi bau bleh masuk sampai ke tempat sinki dlam rumah.
Saya sabar..

Saya masukkan pasir dalam polybag dan tutup elok2.
Ku sapu sisa buangan mereke dan buang.
Saya lega...

Tapi seketika..
Sampai la datang ada satu lagi makhluk Allah yang bernama kucing ini.
Ntah dari mana juga..
Berkeluaran dibelakang rumah.
Sikap yang seekor ni lain skit.

DISELONGKAR TANAH KAT DALAM PASU POKOK HALIA KU..
DIA MEMBUANG DISITU DAN DISEPAHKAN..
DALAM KAWASAN PAGAR..
DALAM KAWASAN KASEH MENEMANI SAYA JEMUR BAJU.
TAHAP TEMPERATURE NAIK 2 TAKUK..

1st Time : Saya sabar.. En Suami Merungut
(2-3 menjak ni mmg selalu dia tolong saya jemur baju, menghidu bau-bauan)

2nd Time : Saya menjerit dan membebel.. En Suami menyatakan hasrat hati untuk tangkap dan buang.

3rd Time : Saya "Papa..!!!! Tangkap kucing ni dan buang jauh2 tapi letak elok2 jangan dicampak"

Berakhir lah kisah kucing hitam si penyelongkar pasu itu..

Tapi bermula kisah baru.
Seminggu lepas..ku tengok Puan Jiran belakang melayan "sesuatu" di dalam kotak.
Hati terdetik..Kucing ke?
Mane lak dia dapat..
Selalu tengok dia kasi kucing tu makan.

Tapi bermula semalam.. Kucing tu dilepaskan.
Berlegar2 dibelakang rumah..
Tengokkan gaya ia merupakan seokor kucing jalanan yang dikutip.
Ok.. tak per..Jangan buat onar sudah..

Tapi hari ni..?
Pantang bukak pintu belakang.. laju je dia masuk tanpa segan silu.
Tanpa cakap banyak dan pikir panjang..
En Suami tangkap dan masukkan dalam kotak.

Sebelum kami keluar pada waktu petang,
saya nampak Puan Jiran Belakang melilau mencari "sesuatu"
Pada tanggapanku.. apa lagi yang nak dicari selain kucing itu.

Ermmm.. Ckap kat En Suami..
En Suami tetap dengan pendirian untuk membuang kucing itu di tempat lain.
Sebab kucing itu telah mengganggu ketenteraman hidup kami.
jadi hasrat itu diteruskan.

Tapi hati wanita ini masih tak senang.
Salahkah tindakan kami?
Kejam kah kami?

Kami tidak menyiksa dia..
Kami tidak membenci mereka..
Kami cume ingin hidup tenteraman dan kami juga mengharap kucing2 itu aman ditempat baru.

Ada candangan lain ke?

Persiapan Berpantang - Tidak Mahu pikir panjang Lagi

2 perkara yang masih pending tentang persiapan bersalin adalah..

1. Set Berpantang.
Sori la kawan2 sekelian alam.
Masih berkira-kira.
Da bebarapa kali dok up and down kan pasal set bersalin ni.
Da merapu benda yang sama disini

Dengan ini ku da kasi deadline untuk diri sendiri.
My next check up will be 22 Feb which is during my 36 Weeks.
So.. the next week end which is 26 Feb will be the date of MUST BUY.
So.. Lepas tu da tak mau pikir2 lagi.

So at this moment the best offer is here.
So during that time kalau nasib tu masih menyebelahi ku, so rezeki tu kat situ la.
So at this moment still buat survey dan melayan hati yang dok berbelah bagi.

2. Chest Of Drawer for Kids
Pun still menunggu offer yang terbaik.
still buat research.
Tapi apa yang pasti deadline masih sama seperti diatas.
on 26 Feb is MUST BUY date.

Dan buat masa sekarang offer terbaik adalh kedai perabot sebelah petronas.
Beli baru lagi jiwa tenang, xpayah pikir pasal nak transport dan condition barang.
Pilih, Bayar dan tunggu dirumah.
Heeeee..

Barang2 lain macam tak menghantui hidup sanagt sbb budget tak besar.
So untuk semua persiapan dikatakan DONE.. ku kasi due date 4 March.

Friday, February 10, 2012

Mengurangkan Bahang Matahari Didalam Rumah

Bukan sebarang mengidam tau.
Mengidam berfakta.
Rumahku Syurgaku ni ada masalah skit la.
Master bedroom mengadap matahari.
Dari pagi sampai la ke petang sbb matahari lalu hampir selari dengan kedudukan rumah.
Soo.. bilik atas memang sangat berbahang sampai ke pagi.
Ini disebabkan konkrit yang menyimpan/ menyerap haba pada waktu siang
dan membebaskannya pada waktu malam.
Dan kami macam berada di sauna.
Kat tingkat bawah xder masalah ini sbb garage ada awning.
So kat bawah memang rumahku syurgaku la.
Gi la mana2 pun bila balik rumah mmg rasa lega dengan kenyamanan rumah kami.


Air Cond?
Itu penyelesaian terakhir.

Kenapa?
Selain mengelakkan peningkatan kos bil electric, antara faktor lain adalah,
ku memang mengelakkan untuk terlampau selesa.
Ye la.. bila da biasa dok ber aircond aje bila g tempat takder aircond mula la rasa tak boleh nak survive terutama kepada anak-anak.
Bukan taknak memberikan keselesaan kepada anak2 tapi biar la bersederhana supaya kita dapat survive walau apa pun keadaan.

Ku pun menggunakan khidmat Pakcik Google.
Terjumpa forum yang membincangkan permasalahan ini di sini.

Ada beberapa idea yang mungkin boleh digunapakai.

1. Menggunakan cat solar reflect.
Mengelakkan penyerapan haba ke dinding rumah.
Tak sure belah dalam ada ke tak.
Yang ku biasa dengar untuk cat luar je.

Kalau belah dalam da terpikir la warna idaman tapi kat luar tak tau la nak buat warna apa.
Tapi adakah benar2 berkesan untuk rumah teres?



2. Tinted Tingkap
Tingkap atas rasanya da tinted tapi blom cukup berkesan kot.

3. Langsir
Nak kena cari langsir yang menebat haba dari masuk ke dalam rumah ni.
Pernah dengar blackout curtain?
Nak kena search ni.
Tapi ni nak kena matching ngan warna dinding lak.

4. Ventilation Fan
Yang ni nak kena buat kerja2 pertukangan ni.

Dalam keempat2 pilihan ku suke yang pertama dan ke 4.
Lebih effective.
Cat dapat mengelakkan dinding dibakar matahari, ventilation dapat membuang haba dalam rumah.

Nak kena buat research demi kesejahteraan hidup kami sekeluarga.

Thursday, February 9, 2012

Kaseh.. Chicken Pox dan Potty Training..

Tidak ku update dimana-mana samada di pesbuk atau blog.
Semenjak sabtu hari tu Kaseh kena chicken Pox dan ku da 2 hari masih menyambung cuti.
Tunggu Kaseh pulih sepenuhnya baru leh antar gi skolah.

Cerita chicken pox ni bermula pada hari sabtu bonda ku kata badan Kaseh panas,
macam demam.
Memang ye.
Da lama Kaseh da tak demam.
Selsema dan batuk xder just panas skit je badan dia.
Temperature pun xder la sampai 37 degree pun.

Tapi bila malam kami perasan yang tangan and mulut Kaseh ada bintik merah.
Dia pun kadang xnak menyusu katanya sakit.
jenguk2 dalam mulut cam xnampak apa2.
Kol 10.30 pm g klinik depan, ku risau HMFD je.
So Dr pun kata HMFD gak.
Di kasi antibiotik dan ubat demam.
Dr kata HMFD xder ubat khusus, just make sure dia minum air yang banyak.
Sbb klu bwk g hospital pun dorang masuk air je sbb xnak dehidrated.

So balik ku search la pasal HMFD ni.
Tapi bila nak tukar pampers Kaseh,
ku perasan kat bontot dia ada lagi banyak bintik2.
Lagi besar.
Dan dia refuce untuk basuh.
Agak teruk gak merah.

Sebenarnya ku tengah buat potty training untuk Kaseh.
Sabtu tu mmg ku tak pakaikan pampers.
Memang keje mengemop je la.
Ku ingat sebab tu la montot dia merah.
Bila Ahad potty training masih diteruskan,
pagi je 2 x dia terlepas, bila da ke tengahari dia akan tiba2 bangun bukak suar dan terus ke toilet.
Mintak mandi.
So ku konsider sebenarnya dia nak kencing sbb lepas tu da xder adegan mengemop da.
Ku ingat potty training da berjaya just tak tahan melayan dia nak mandi je la memanjang.
Tapi kenapa montot dia bintik2.

Ahad tu jugak la ragam dia memuncak.
Nak naik moto, nak main taman, nak naik kete.
menangis tahap lari2 keliling rumah.
Memang tekanan berada pada tahap maksimum.

Bila malam tido pun asyik nangis je mintak itu ini.
Pagi isnin, naluri keibuan ku ajak Papa g jumpa Dr lg skli.
Biasanya isnin Dr yang best dekat klinik depan tu.
Bila tanya Dr mana hari ni, adik kat kaunter tu kata Dr lain.
Tanya papa nak jumpa juga ke.
papa kata ikut mama la.
Naluri keibuan ku berkata lagi.
" Jumpa je la"

Doktor y malam sabtu hari tu.
kasi dia tengok kat tangan.
" Eh..Ni chicken pox"
Pulak..(Lega gak la bukan HMFD)

So Dr kasi ubat untuk Chicken Pox.
Nasib baik tak lama.
Selasa da start kering.
Rabu n Khamis mama sambung coti lagi.
So potty training terbantut la.
Sambung nanti je la.

Walaupun tak sihat saya tetap dengan dunia sy yang sentiasa lasak.
Tapi sy xnak pakaai suar.
Jom mama kita naik didit.

Saya tak suke makan ubat.
Tapi nak buat camner..Papa kata nak cepat sihat punyer pasal.



**Entry ni da 3 kali dikarang dan di save draft..**

Shopping Fabric Online

Saya dengan ini mengaku yang saya ini sangat tidak terdedah.
Jangan salah faham.

Saya baru tahu bahawa :
1. Ada orang jual fabric secara online.
2. IKEA ada jual fabrik..?

Ada apa lagi yang saya taktahu wahai dunia?
Yang ku tahu, kalau nak beli kain kena g kedai kain.
Tapi corak cam untuk kain flannel ni biasanyanya cam sama je xkisah la Nagoya ke, Kamdar ke, Kedai Bunga Raya ke.
Dan corak tak lawa.
Heran mana la orang dapat kain cantik2 buat sarung bantal la, beg la, CP la.

Ok..Tolong la..

Nursing Pillow Buatan Sendiri

Assalamualaikum.
Hadirin yang dihormati sekelian,
dengan ini saya ingin membuat pernyataan yang bahawa sanya,
saya berjaya menyiapkan Nursing Pillow Buatan Mama Lynd.

Sebagai pembuka kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan empunya blog

http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/

Puan Hayatie kerana sy dengan niat yang sangat disengajakan search mengenai pembuatan NP ini di blog beliau.
Sy tahu beliau sangat suke product2 DIY ini. dan terjumpa la entry ini.

Ada link yang boleh kita download free patern nursing pillow.
Just download, print dan combine.
Hasilnya adalah ini,

Sorry, ku tak buat step by step sbb patern ni da lama download just terperap kat dalam PC.
Tiba tanggal 8 Feb pada pukul 7pm datang ilham nak print dan try buat.
Bila da tengok polar tu da dicombine datang satu perasaan
"eeeee..tak sabar nak tengok hasil"
Selongkar2 kain lama, jumpa sekeping kain putih lebih buat tilam 2 tahun lepas,
tray matchkan dengan polar, xcukup kain.
selongkar lagi..jumpa kain lebih buat langsir warna hitam.

Berlaku konflik didalam jiwa dengan kedengaran beberapa konflik..

Ermmm.. Esok la beli kain lain...
Or
Blasah la.. Bukan orang nampak.. nanti buat sampul luar cover la warna warni ni
Or
Korbankan Cotton Flannel yang sepatutnya untuk cadar adik baby.

Sudahnya bisikan yang ke-2 yang menang.
Maka terhasillah nursing pillow dwi warna.

Da minta Bonda try kat pinggang
(Almaklum la saiz pinggang sendiri tak mengizinkan)
Cantik.. matching..
Aplikasi xsure lagi.
So sok misi g kedai kain untuk buat set yang kedua memandangkan baki kekabu ada lagi dan cari kain flannel lg untuk sarung luar.

Sangat best hari ni..
Modal hanya apa yang ada kat rumah dan hasil menyelongkar barang kat rumah aje..

Wednesday, February 8, 2012

Home Organizing - Store

Haa.. layakkah dipanggil store?
1 ruang dibawah tanggal ku jadikan tempat letak kotak barang2 lama.

Ada beberapa sebab knpa ku menyelongkar bahagian ini selama coti hari tu.

1. Nak carikan buku yang direquest oleh seorang rakan.
Tapi xder nmpknya.

2. Nak coba buang sgla benda yang boleh dibuang dan menyusun segala benda mengikut keutamaan.
Barang yang guna ku letak paling atas dan barang yang takkan guna ku letak paling bawah.

3. Label sebenarnya da ada bagi setiap kotak just nak mengkemaskannya.

Dan bila dibandingkan antara gambar before and after, resultnya nampak macam
TAK ADA BEZA..!!!

Before


After

Haaa.. nampak macam kerja sia2.
Tapi tidak..

1. Ku berjaya membuang 1 plastik besar barang yang dikategorikan sebagai "Sampah"

2. Ku berjaya kumpulkan baju yang boleh "Didermakan"
Kebetulan bonda ku ada nanti dia bawak balik kampung dan kasi kat orang.
Kat sini susah nak cari orang "Susah"
Baju tu sume elok lagi just baju tu da mengecut
"Da tak muat ku pakai"

3. Ku dapat menyingkirkan / mengosongkan 2 kotak dimana yang mana boleh kumpul masukkan dalam 1 kotak.

4. Ada barang2 yang patut ku pulangkan kepada tuannya.

Alieya Farah - Rakan rumah sewa masa zaman bujang dulu. Dia pindah dulu and bila ku nak pindah ada barang2 dia yang tertinggal. So ku hangkut skli. Tapi sampai sekarang tak dipulangkan. Lopa / tak jumpa.

Zaliha Wahid - Ada sijil derma darah, baju teddy bear dan beberapa helai baju dan tudung.
(klau ko nak masukkan dlm kategori "derma" ku bleh pass kat bonda ku. nanti ku snap gambar dan send kat ko)

Adik Ku - Barang2 ntah apa2 1 plastik. Asyik lupa nak pass bila dia datang.

Kamaliana - Ku tak ingat macamana beg balik kampung ko ada ngan aku.
Pun lupa nak pass balik kat ko.

Barang2 diatas sudah ku asingkan di 1 bahagain so bila rasa cam akan jumpa orang2 berikut akan ku tarik dan kasi.
(tertakluk kepada daya ingatan ibu bakal beranak 2 ini)


Ada beberapa barang yang ku kategori sebagai "tak tau nak buat apa".

1. Barang Hantaran

Huuu.. Tempat cincin dan bunga2.
Nak buang sayang. Nak simpan bukan ada org nak pakai pun. Huuu.

2. Buku Nota di UKM
Sama. Nak buang sayang. Ilmu tu.
Nak derma, Kat sapa?

3. Stroller.
Perasan tak ada stroller kat dalam gambar keseluruhan tu.
Da xleh pakai sbnrnya.
Da roboh.
Tapi cam biasa.
Nak buang sayang.

Da tak tau nak kemas camner lagi da ruang ni.
Kalau nak lapangkan bleh je hangkut naik bilik atas.
Tapi taknak la mengishtiharkan bilik tu sebagai store.
Makin besar ruang makin best la sepah.
Ruang bawah tangga ni klau buat pintu dan letak lampu kira ok gak la sebagai store secara rasminya.

Tapi dengan berlangsungnya project ini,
ruang ini tidak perlu diusik untuk setahun 2.
(Huwaaaa... Berangan ko Lynd)
Silap hari bulan minggu depan ko selongkar lagi.

Sekian, terima kasih.