Pages

Friday, October 25, 2013

To Do List 2013

Banyak betul List Mama Lynd ni.
Mula-mula wish list the To Do pulak.
Tak per la, it is all about life.

Dah October.
Dah nak habis tahun dah.
Target nak bersihkan kepala ini dari senarai nak buat itu ini.

1. Penamaan KWSP.
Hari tu dah register tapi gagal sebab no IC penama tak cukup.
Hais.. kena gi lagi sekali.

2. Pengeluaran KWSP
Nak buat pengeluaran untuk rumah.

3. Kat Debit Maybank
Dah berkurun dah dok pakai kad itam kuning ni lagi.
Nak tukar kad ceri.
Hari tu dah g tapi off line pulak.

4. Bank In Tabung Haji.
Duit raya anak-anak belom bank in lagi.
Tambah lagi dah keluarkan duit dari ASB Kaseh.
Sume nak masuk TH je.
Tutup terus ASB.
Sebab?
Anda search dan tepuk dada tanya selera.

5. Dentist
Tahun ni belom gi dentist lagi.
Claim company ni, tak boleh terlepas.
Heeee...

6. Handphone.
Tak payah citer panjang.
Kena tunggu item 7 dulu baru boleh DONE item 6 ni.

7. Nak berada di keberatan badan 55kg
Tak payah citer panjang.

8. Tukar Nama untuk Akaun Indah Water.
Ada konflik sikit dengan 1 lagi rumah jiran.
Alamat rumah saya tapi account rumah dia.
Pening nak cerita panjang.

8. Nak update blog.
Waaaaa... sebab handphone takder atau erti kata lain camera takder so mood nak mengupdate belog dah ke laut.
Tak sabau nak cerita pasal taman mini somel saya.

Ok tu je so far.



I Wish..

Dah datang lagi dah..
Konflik Wanita Pertengahan Usia.
Kalau nak tau detail leh refer kat entry saya sebelum ini.


Kali ni mungkin disebabkan sindrom kemurungan sebelum masuk 3 series.
Pandai2 je la awak Mama Lynd oiii..

Kalau ikutkan macam2 benda bergelodak kat kepala ni.
Kalau ikut nafsu serakah ni memang semuanya tak cukup.

Jom kita tengok apa la yang Mama Lynd ni sesakkan.

Handphone.

Yang logik dek akal and termampu and menepati citarasa diri ini adalah Galaxy S3


Tapikan dah janji nak reward bila da achieve target berat badan yang saya nak.
Boleh refer kat sini untuk ikrar saya.


Masalahnya belom cecah lagi 55kg.
Sekarang ni semangat nak exercise tu da menurun sikit.
Start lepas raya haji kot jadi gini.

Sport Attire

So untuk menaikkan semangat exersice ni, ingat nak cari sport attire yang shomel.

Bukan nak apa sangat pun, nak seluar and baju yang saya semart bila saya pakai dalam rumah semasa exercise.




Boleh tak.. boleh x?
Haissss.. Tiba rasa shame-shame tunjuk apa yang diri sendiri berangan.

Mini Gymnasium

Bila semangat merudum ni, mula la cari alasan untuk menyalahkan faktor persekitaran kenapa saya dah kurang exercise.

Mula la pikir "Kan best kalau mini gym kat rumah"
Baru ada dumbell 1 set dah berangan nak buat gym.
Yang lengkap dengan threadmill yang dah lama saya mengidam dan cermin besar.


Indahnya.
Tapi persoalannya, kalau ada pun boleh jamin ke?

Bila cakap pasal I Wish.. memang ke bulan la nampaknya..
Tu pun belom tentu habis.


Thursday, October 24, 2013

What I Want In My Life

23 October 2013 baru berlalu.
Tak seperti tahun-tahun lepas.
Menghitung apa yang mau dibuat dan dibeli untuk memperingati tarikh itu.
Tapi kan.. Tahun ni tak buat apa pun.
Mungkin mengalami kemurungan..
Kemurungan apa?
Kemurungan the last 2..
Hehehehe..

Tahun depan da masuk 30-an..
Nak kata sedey tu xdernya..
Tapi fasa baru yang buat saya fikir siapa saya sekarang dan apa yang saya mahu dalam kehidupan saya.

Bukan tidak bersyukur, tapi saya tidak capai apa-apa yang membanggakan.
Ermmmm... tak jugak..

Tapi tak tau statement apa yang terbaik untuk saya describe apa yang saya fikir.
Mungkin saya berada dalam fasa Konflik wanita umur pertengahan.

Kalau direnung, saya mempunyai anak-anak yang cukup dan teramat buat saya bahagia.
Suami yang sangat penyabar dan sentiasa berada di sisi saya.
Rumah yang kukuh untuk berdiri bagi melindungi kami anak beranak.
Kenderaan yang cukup 4 tayar untuk membawa saya kemana-mana.
Pekerjaan yang selesa dan tidak membeban kan.

Kalau fikir gitu2 je memang buat saya rasa syukur.
Tapi adeeeeee je yang tak cukup.

Nak itu ini.
tu yang buat kita tak tenang.
Ermmm.. bila tak tenang mula la belasah makan apa sahaja.
Rosak program diet ku.
Bertabah lah Mama Lynd.

Jom balik excersice.
Heeee... Motif..

Apa Ada pada 23 Ocktober 2013

Assalamualaikum.

Apa saya buat 23 Oct 2013.

 Time slip.
Cocok Awatif 1 tahun 6 bulan.


Bekerja.
Saya bekerja pada 23 Oct



Mesin T3 scheduled maintenance.


Senarai MES yang pending.


Lepas lunch sakit perut.
Berangin.
Mungkin lambat makan.
So g amik ubat angin ngan Cik Misi.


Logsheet 23 Oct 2013




Saya cash out Nuffnang buat pertama kalinya.




Page google untuk 23 Oct 2013


Terasa comel date 23 Oct 2013.
Sekian.

Saturday, October 5, 2013

Kesan Diet Punyer Pasal

Assalamualaikum.
Ada yang tertanya-tanya tak status program diet saya?

Masih on dengan kentalnya.
Selain perubahan dari segi fizikal (nanti saya cerita lain kali), 
ada banyak perubahan dari segi cara hidup saya dan kehidupan saya setiap hari.

Antaranya, yang PALING ketara adalah,

Saya Masak Hampir Setiap Hari.

Tu yang paling besar yang saya rasa.
Macamana lewat sekali pun saya balik kerja saya mesti nak masak.
Kalau dulu kalau gerak kol 5.30 pun saya dah tak masak.
Alasannya tak sempat.
Tapi sekarang alasan tak sempat tu saya letak no 7.
Even kol 6.30 baru saya gerak pun saya masih balik masak.

Kenapa?
1. Kalau makan luar saya tak dapat kawal saiz hidangan yang saya makan.
Kalau kat rumah nasi saya makan dalam suku mangkuk.
Kalau kat luar membazir lak makan sikit dan buang.

2. Kat rumah saya dapat kawal penggunaan minyak dan bahan yang digunakan dalam masakan.
Sekarang kalau tumis sayur pun guna minyak yang sangat sedikit.

3. Dapat kawal dan balance nutrisi.
Kalau ayam saya goreng, sayur saya akan masak tanpa guna minyak.
Kalau saya stim ikan, sayur saya tumis.
Jadi saya tahu apa yang saya makan dan kawal.

Since da masak setiap hari ni, rutin pengurusan barang dapur pun bertukar la.
Dulu beli barang basah hari selasa kat pasar.
So selasa memang tak masak la.
Beli makanan kat pasar je.

Isnin pun ada pasar beli kat pasar jugak.
So boleh kata seminggu saya masak 3 kali je.
Weekend biasa kami lepak rumah mertua so samada makan kat luar atau makan kat sana.

Sekarang, beli lauk kat pasaraya NSK pagi sabtu atau ahad.
Beli stok seminggu dan tiada alasan lagi tiada bekalan bahan mentah atau nak kena gi pasar.

Kat sana pun banyak pilihan lauk "moden" dan harga pun murah jugak.

Perubahan lain sejak diet ni, 
Kos belanja setiap hari kurang.

Kalau dulu: Hari Bekerja
Breakfast kantin : Rm 2.00 (Nasi goreng + telur mata + kopi)
Lunch : Rm 6.00 (Nasi + Lauk + Buah + Ais krim / Dadih + Kopi)
Makan malam : Rm 20 (Makan luar biasa-biasa je)

Total : Rm 28.00

Weekend 
Breakfast : Rm 10.00
Lunch : Masak
Dinner : Rm 20.00

Total : Rm 30.00

Perbelanjaan Seminggu
2 Hari makan luar hari bekerja = Rm 28.00 x 2 = Rm 56.00
1 Hari Beli Lauk n Makanan kat Pasar = Rm 40.00
2 Hari weekend = Rm 30 x 2 =Rm 60
2 Hari Bekerja Masak = Rm 8.00 x 2 = 16

Grand Total = Rm 172

Sekarang

Hari bekerja
Breakfast : Rm 1.50 (Quaker oat + Buah)
Rm 0.80 (Telur separuh masak 2 biji)

(Oat 1 pek Rm 6.00 entah berapa kali makan baru habis.
letak anggaran)

Lunch : Rm 4.50 (No more kopi and ais krim and keropok dll)

Total : Rm 6.00

Weekend
Breakfast : Rm 10.00


Perbelanjaan Seminggu
Hari bekerja = 5 x Rm 6.00 = Rm 30.00
Weekend = Rm 20.00
Barang dapur stok seminggu = Rm 50.00

Grand Total = Rm 100.00

Rumusan 
Sebelum : Rm 172
Selepas : Rm 100

Tak jauh beza?
Yang kos sebelum tu, kalau makan luar yang biasa-biasa.
Kalau makan luar dah mestinya nak makan yang pelik-pelik sesekali.
Tang pelik sesekali tu yang membesarkan gap before and after tu.

Tu dari segi kasarnya.
Apa yang saya dapat rasa, aliran keluar cash money dari poket ni memang tak selaju dulu.
Kalau dulu pecahkan Rm 50.00 kejap je lesapnya.
Sedar sedar esok pecah lagi Rm 50.00

Walaupun kos yang saya tanggung hanya yang kat opis and jajan2 je, tapi yang rasa kesan paling besar sang suami la.
Dia kata duit keluar sekali seminggu je.
Kalau makan luar, hari2 laju je duit habis.

Hahahaha.. So papa, please love me more.

When we talk about makan kat rumah yang lain memang la banyak baiknya.
Tapi untuk saya yang masak kat rumah untuk kepentingan diri sendiri ni, memang baru sedar diri la.
Kalau la dari dulu start diet mesti percentage air tangan ibu yang membina tubuh badan anak-anak lebih besar berbanding makanan dari luar.

Seronok oooo.. tengok anak-anak hirup sup yang mama masak.
Lagi2 Awatif.
Rasa nak geget setiap kali dia angkat mangkuk dia untuk hirup sup.
Harap semangat ini berterusan.

Kakak Kaseh dan Why-Why Analysis

Chenta hati mama yang mama sayang sangat.
Maaf sangat sebab da lama tak cerita pasal anak-anak mama ni.
Bukan apa.
Banyak cerita tapi gambar takder.

Tanpa gambar otak mama stuck tanpa inspirasi.
Ouhhh.. gambar atas meja mama ada.
Mama tulis sambil tengok gambar ni je.
Nanti balik mama korek2 gambar kat handphone papa.

Ohh chenta hati mama dua-dua.
Sebab kalian mama dapat bakar lebih kalori setiap hari.
Sebab kalian mama bergelak ketawa setiap hari.

Kakak.
Memang dalam proses membentuk personality.
Keletahnya.
Percakapannya.
Sampai mengundang teguran jiran belakang.
Bahasanya bagai orang dewasa.
Tapi yang polite la.

"Anak-anak mama budak baik kan?"
"Kaseh nak makan banyak-banyak biar dapat dokong Awatif"
"Kalau kita nakal nanti Syaitan suke"
"Hais.. budak 2 beradik ni"
"Kalau Kaseh budak baik mama buat agak-agak ke?"
**Agar-agar**

Tu antara celoteh yang selalu keluar dari mulut yang becok tu.

Kakak Kaseh da kurang pelat tapi ada perkataan yang dia main bantai je.

Mama nak g PEMADAM 
*padang*

Mama nak sapu SATIMOL 
*minyak yuyi cap limau*

Mama Kaseh DEMANG 
*demam*

Mama Kaseh BESEME 
*selsema*

Kat OSPISTAL budak-budak tak boleh masuk.
*Hospital*

Kadang-kadang papa tak tahu pun apa yang dimaksudkan.

Yang menjadi ke "gerunan" kami suami isteri bila dia mula dengan "Kenapa".
Panjang la la ceritanya nanti.

"Mama kenapa kucing tu nangis?"
"Dia cari mama dia"
"Mama dia gi mana?"
"Mama dia merajuk"
"Kenapa mama dia merajuk?"
"Ye la sebab anak dia tak dengar cakap mama dia"
"Papa dia gi mana?"
"Papa dia g work"
"Kenapa papa dia gi work?"
"Ye la, nak cari duit nak beli makanan"
"Mama dia?"
"Kan mama dia merajuk tadi."
"Ouhh.."

Memang kami menunggu yang closing "Ouhh"  tu.
Tapi kadang-kadang ada gak dia kasi conclusion 
"Nanti bila mama da gaji mama belikan makanan kucing ye"

Situasi ni terjadi dimana sahaja dan bila-bila masa.
Tengok tv lagi teruk.
Tapi kadang-kadang dia tanya tak berenti tu bila dia ngantuk.
Dia da tak larat nak menggunakan fizikal sebab da ngantuk dapat gerak bibir pun takper la.
Tu la orang kata budak tak dok diam.

Apa-apa pun mama sayang kamu.
Next cerita adik Awatif pulak.