Pages

Tuesday, July 10, 2012

Awatif Si Tenang

Awatif sudah lebih 3 bulan.
Nk cerita sikit pasal si tenang ini.

Si tenang yang suka terkelip-kelip pandang mama.
Lepas tu menyeringai keluar gusi.
Tidak kira masa.
Terjaga sebab poopoo tengah malam pun sempat menyengeh lagi.
Tp bila dia buat muke selambe pun mama rasa macam nak terkam.

Masih tido di baby cot dengan lenanya.
Hanya pukul 6 pg sebelum saya bersiap nak ge kerja saya kejutkan untuk nenen.
Tak pernah tergambar yang saya memiliki tidur yang tenang  selepas ada new born.

Kalau dia nak tido dia tido je,
tak perlu dinenen atau di dodoi.

Kalau dibiarkan baring sendiri sudah tak boleh diletak atas tilam kekabu atau tilan yang tinggi.
Lebih selamat dibaringkan atas toto.
Sebab..
Dia boleh bergerak dengan lajunya ke lantai.
Gerakan ulat terbalik.
Kalau atas tilam kekabu nanti kepala dia boleh terhempas.

Okkk.. Diusia 3 bulan ada adegan susah pakaikan pampers.
Sebab gerakan  ulat dia tu la.
Kaki menolak bontot naik ke atas.  
Dan menjadikan tugas memakaikan pampers mencabar. 

Sudah boleh meniarap walaupun tak lancar.
Suke tido mengiring.
Awatif selalu buat mama kancing gigi sebab muka tenangnya seakan-akan melambai minta dikacau.
Mama boleh habiskan masa sejam semata-mata untuk merapu meraban mengerjakan Awatif.
Kalau nak buat keje, please la jangan pandang dia.
kalau dipandang memang tak jadi keje lain.

Kadang2 timbul rasa kesian kat Awatif.
Sebab ketenangan dia, selalu terbiar baring sorang2.
Bila mama pandang tengok dah terlelap sendiri.

Anak baik ini memang pencetus hormon adrenalin mama.
Boleh hilang pedoman bila tengok dia.
 


**Kasih sayang saya melimpah ruah sejak ada anak 2.**

2 comments:

Imaan09 said...

alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiii kamu comel.. bukan kamu ya mama!!
ehh.. kita sama laa.. tp my nouri dah 4bulan tu, sama ngan budak 3 bulan ni, apa cerrr

Fizah said...

anak kedua semua mmg baik2...ehem ;>