Pages

Thursday, March 31, 2011

Perhatioan Kepada Peserta GA Lynd and Kids Collections

Perhatian..!!

First of all, terima kasih kepada yang menyertai GA Opening Lynd & Kids Collections.
Anda memang hebat.
Senarai peserta sedang di update.
Sori ye lambat sikit.
Tinggal lagi 4 hari sebelum tarikh tutup.

Bagi menghargai peserta, saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tawaran istimewa, bagi peserta GA ini. potongan harga akan diteruskan sehingga 23 April 2011
(sempena ulang tahun blog ini yang pertama)

Tapi jangan risau tarikh tutup GA ini kekal pada 04 April.
Pengisytihran pemenang adalah pada 5 April.

So nantikan ye 05 April nanti.

Wednesday, March 23, 2011

Kempen "SAY NO TO MEDANG"

Family suamiku jawa.
And ku quite close dengan dorang.
Kalau takde aktiviti mmg ke rumah mertua ku la.
So banyak istilah2 yang digunakan adalah perkataan jawa.
Ku takder la tau cakap jawa.
Tapi bila dorang ckp a few words tu aku paham la.
So smpi ada perkataan yang mmg ku gunakan bahasa jawa.
Dimelayukan itu cm lambat skit.
Salah satu perkataan tersebut adalah MEDANG.
Contoh ayat "Jom Medang"
Medang bermaksud minum/makan diluar.
Kalau WEDANG maksudnya AIR.
Contoh ayat "Amikkan wedang"

Apa yang ku nak ceritakan ini adalah aku addicted MEDANG.
Kalau dulu sebelum jadi suri rumah, takder la pelik sangat sebab ktrg mmg slalu makan luar je.
Jarang sangat la masak.
Tapi sekarang, even aku da masak dan makan kat rumah, asal malam ke petang ke mesti ku ajak En Suami medang.
Dapat minum teh ais pun jadi la.
Pandai2 la ku cari alasan nak keluar, g beli roti ke, g umah mak ke pastu singgah medang.
Heeee.

baru sekarang ku sedar sebab klu dlu mmg kuar untuk makan malam.
Tapi skrg ni ku rasa tekak ku berkarat kalau tak pekena teh ais kat kedai.
Buat sendiri tak datang feel tu.
Masa pegnen dulu lagi la.
Hari2 nak kena teh ais ngan roti telur.

Tempat lak tak memilih.
Macamana la aku nk ilangkan penyakit ni.
Nak kena test gak la.
Ermmmm..

Bila pikir balik bab kebersihan mmg hancus la makan kt kedai ni.
Bukan apa.
kita tak tau cmner drg handle makanan ni.
Klu kt umah bukan main aku, kejap2 basuh tangan kejap2 basuh tangan.
Tapi bila kat kedai....?
Kadang2 makanan tu ku suap gak kat Kaseh.
Selama ni ku cuba menafikan hal kebersihan ni.

Tapi tadiiii..
Bila berlaku depan mata...
Haaaaa...
Nyesal...

Orang ni tukang buat roti canai
.
.
Sebab takder order, dia nak g lap meje
.
.
Dia amik kain buruk
.
.
Disebabkan ku order roti telur
.
.
Kawan dia panggil
.
.
Dia letak kain tu
.
.
Ku perhatikan
.
.
Dia basuh tangan ke tidak
.
.
Dia ke tempat roti canai
.
.
TERUS PEGANG DOH ROTI CANAI!!!!!!
.
.
Waaaaa...
Keciwa akuuu
.
.
Ku diamkan lagi tak bagitau suami ku
.
.
Roti sampai
.
.
Dengan bongoknya ku bleh telan lagi.
.
.
En Suami cubit roti suap kat Kaseh
.
.
Waaaaa...
Bongok yang amat.
.
.
Ku diamkan lagi
.
.
Kenapa ke diam?
Tak kesiankan Kaseh ke?
Tak kembang tekak ke?
.
.
Sebabnya adalah, aku yang ajak En Suami so takut dia marah kalau aku tak makan.
**Pdhal En Suami takder la bongok suruh bini makan jugak tp pikir taknak kecewakan dia dengan bayk bunyi aku.**
Tapi ku nekad.
Lepas ni ku TAKNAK MEDANG SESUKA HATI.
Waaaa.
Sedih bila benda gitu jadi darah daging Kaseh.
Blom lagi citer bab y lebih detail.
Waaaa...
Tak sanggup nak pikir benda yang jadi darah daging aku n Kaseh ntah datang dari mane.

Dengan ini Siti Norhaslinda melancarkan kempen
"SAY NO TO MEDANG" selama seminggu
Hasilnya nanti la ku update.
Ni rasanya cam sama tahap nak brenti merokok ni.
Kna slow2.
Takleh drastik.
Langkah lain yang bleh diambil adalah
SILALAH CEREWET DALAM MEMILIH TEMPAT MAKAN.


**Kalau ikutkan badan aku ni da separuh terbentuk hasil medang**
**Ayat pujuk hati sendiri 'Late is Better Than Never'**


Monday, March 21, 2011

Moral Down

Hari ni moral agak down.
Ntah la. Nak kata Monday blues, apa ke henya klu dok kat umah je.
Tapi mungkin jugak la.
2 hari ni En Suami ada.
Hari ni lak dok ber2 je ngan Kaseh.
Nak masak cam malas.
Takder mood.

Huuu.
Tapi malam tadi da tanya En Suami dia nak makan apa hari ni.
Dia kata nak makan ikan sealar goreng garing2 ngan sambal belacan ngan ulam petai.
Sebabnya 2 hari ni asik dok makan makanan xperimen.
Heeee.
Sabtu ku masak lontong.
Ni praktis sbb tahun ni ku rasa kat Kg ku so En Suami kata kena blajar masak,
sebab dia nak rasa masakan macam kat umah dia walaupun beraya di rumah ku.
Heeeee.
Tak po.
Den ikutkan.
Hasilnya lontong tu?
Still need to improve.

Ahad lak, masak kari ikan.
Ermmm...kurang lemak dan cair.
Ku mmg fail nak budget santan ni.
Lagi pun...ikan kerapu leh masak kari ke?
Ikan tu cam keras je.
Heee.

Huuuu...
Kembali ke moral down.
Ada la kejadian y membuatkan ku agak down.
Tapi tk per.
Ku bleh atasinya.
Nak cari suntikan kafein kot ni.
Huuu.
Okkk.
Bye..
Salam membebel.

Thursday, March 17, 2011

"Kaseh Tak Nak Makan La Mama"

Ada sesiapa yang mengalami anak taknak makan?

Kaseh susah sangat makan.
Ikut mood dia.
Makan 2-3 suap dia luahkan.
Mulut nganga tapi dikeluarkan balik.
Memang risau la.
mau dok pikir, nanti kecut la anak aku.
terpikir jugak yang mungkin Kasih mengalami sindrom berlaih tahun. Heee.

Tukar2 resepi pun sama jugak.
Skrg ni Kaseh nenen direct je so ku takleh sukat banyak mana dia nenen.
Asal dia bunyi je aku kasi.
Sekarang da pandai mintak sambil tarik2 baju.
(Saat paling indah bagi ibu yang BF)

Aku pun baca la buku2 resepi kanak2.
belek punya belek, masak punya masak sume tak jalan.

Taaappppiiii...
Minggu ni ku jumpa puncanya.
**Apa da mama Kaseh ni**
Ku terbaca dari buku "Mama, Saya Lapar.." by Wardina,
Perut anak perlu dikosongkan dalam masa 2 jam sebelum waktu makan dia. Means no snack or milk.

Yang Mama Kaseh yang bijak pandai ni,
asal Kaseh bunyi je, g nenenkan pastu dok sibuk suap Kaseh makan.
Maunya dia nak makan.

Da 2 hari ku cuba menjalankan teknik terbaru ni.
Bila waktu lunch ku plan la kol berapa, so 2 jam sebelum tu ku tak kasi Kaseh makan or nenen.
Bila dia bunyik je ku cuba alih perhatian dia, gi tengok kucing ke, main basikal ke.
Pastu baru kasi makan.
IT'S WORK..
Kaseh makan.
Legaaaa sangat.

So, moral of the story ada 2 :

1. Ibu kena planning.
Kol berapa nak kasi anak makan, dan kalau boleh kena la fix waktu makan tu.
Contohnya kalau anak makan kol 12.oo pm, cuba kekalkan setiap hari antara kol 12.00 - 0100.
So, anak akan tahu it lunch time.

2. Ibu kena korek ilmu.
tak semua benda datang secara natural.
Tak kisah la melalui pembacaan buku, melalui blog, forum atau bertanya kepada orang lain.
Mungkin dalam banyak2 cadangan tu ada 1 yang tersangkut sebagai penyelesaian.

"Kaseh And Arfan yang bisa buat mama pusing"

Wednesday, March 16, 2011

1st : Birthday Buat Puteriku Kaseh

Agak lewat da.
Tapi takper la sayang mama.
Mama tetap nak buat N3 ni.


Buat Puteri hati mama, Kaseh Melissa Lyana.
Selamat Hari Lahir yang pertama.
Semoga Kaseh akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Mama nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab hadirnya Kaseh dalam hidup mama adalah anugerah terhebat untuk mama.
Tiada galang gantinya.

Kaseh la penghibur mama.
Kaseh penenang hati mama.
Kaseh pengubat hati mama.
Kaseh peneman mama.

Kaseh adalah teman yang menyayangi mama sepenuhnya tanpa sebab lain.
Walaupun ungkapan SAYANG itu belum keluar dari mulut Kaseh yang comel,
tetapi cukup lah dengan panggilan MAMA yang hanya Kaseh boleh ungkapkan sebegitu.
Hanya Kaseh yang mampu.

Kaseh,
Mama minta maaf jika mama tidak menjalankan tanggungjawab mama sebagai ibu dengan baik.
Mama tahu, mama masih lemah.
Mama masih belajar,
Kasehlah sumber kekuatan mama.

Mama Doakan semoga Kaseh membesar dengan baik, sihat, terlindung dari segala keburukan dan kejahatan.
Kaseh disinari dengan cahaya kerahmatan dan kebahagiaan.

Tahu lah wahai anakku, hidupku hanya untukmu, engkaulah ratu hatiku.
Mungkin disaat Kaseh membaca N3 ini,
Kaseh dah besar,
Kaseh sudah tahu membezakan baik dan buruk.
Ingatlah wahai anakku, mama hanya memikrkan yang terbaik untuk mu.

Ya Allah,
Berkatilah hidup anakku,
Lindungilah dia dari segala keburukan.
Sinarilah hidupnya dengan kebahagiaan,
Jadikan dia anak yang bijak, sihat dan bertingkah laku yang mulia.
Amin.

Psst : I Love U So Much My Princess

Tuesday, March 15, 2011

Skin To Skin

Credit to Mr Google

Seperti yang dijanjikan.
Ku akan cerita skit pasal skin to skin.

Apa itu skin to skin?
Seperti namanya, ia merupakan sentuhan kulit antara ibu dan anak sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Bagaimana ia dilakukan?
Sebaik sahaja bayi keluar TERUS diletakkan diatas dada emak.
Ia.. DIRECTLY.
Ibu dan bayi tanpa sebarang lapik.
So ibu kena buka baju dan letak bayi di dada dan kemudian di selimutkan kedua-duanya bersama.
Dan ia sejurus selepas dilahirkan,
so baby tak sepatutnya diangkut oleh nurse atau siapa sahaja untuk sebarang prosedur sejurus selapas kelahiran.
Baby dibiarkan diatas ibu selama SEKURANG-KURANGNYA setengah jam.
So sambil yang lain menyetelkan jahitan ibu atau apa sahaja baby dibiarkan bersama ibu.

Kepentingan SKIN TO SKIN?

1. Membina antibodi bayi.

Antibodi pertama bayi adalah melalui ibu.
Bila bayi diletakkan bersama ibu kuman/bakteria yang ada bersama ibu akan pergi kepada bayi so semasa itu lah antibodi bayi akan terbentuk.
Tapi jika bayi dibawa oleh nurse atau DR untuk prosedur2 lain seperti timbang atau pemeriksaan, bakteria dr orang yang pertama bersama dengan bayi akan melekat.
So antibodi lain akan terbentuk.
Anak perlu bersama dengan ibu selepas itu kan?
Bukan kakitangan hospital kan?

2. Memberi ketenangan kepada bayi.

Semasa didalam perut, bayi mendengan degupan jantung ibu,
bila keluar dia tidak dapat mendengarnya lagi dan membuatkan dia ketakutan.
So bila diletakkan di dada ibu, ini akan memberi tahu yang "IBU ADA DISINI SAYANG"

3. Untuk stimulate breastfeeding.

Tahukah anda, secara semula jadi bayi yang baru lahir boleh menjari payudara ibu untuk menyusu.
Bila bayi diletakkan di dada ibu, bayi akan mengenal bau ibu dan mencari nenen ibu.
Dan ibupun akan menghasilkan hormon yang menggalakan penghasilan susu.
Tetapi bila bayi tidak diperkenalkan dengan bau ibu sejurus keluar, maka bayi agak susah untuk "mengenal" ibu.

Itulah antara kebaikan skin to skin sebaik sahaja dilahirkan.
Ada jugak skin to skin yang biasa diamalkan untuk menengkan bayi.
yang dipanggil Kanggaro Stail.
Ia bagus untuk perkembangan bayi pra-matang.

Tetapi semua situasi diatas adalah untuk keadaan normal.
Jika ibu / bayi ada komplikasi atau masalah semasa kelahiran, mungkin taknik ini tidak dapat dilakukan.

Masa lahirkan Kaseh dulu, ku agak terkilan.
Kaseh dibersihkan dahulu dan dibungkus dengan selimut dan barulah diletakkan didada ku.
Tu pun kejap sangat.
Baru lah ku tahu hospital tu pernah ditarik balik status rakan bayinya.
Huuuu..
Terkilan la jugak bila dengar citer ada orang dapat tengok anak yang masih basah dan fresh selepas baby keluar.
Takper la.
Janji semua selamat.
Akan ku pastikan yang next baby ku akan dapat apa yang sepatutnya.


Wednesday, March 9, 2011

Hospital Rakan Bayi

Berikutan kursus 20 jam yang ku join hari tu.
Pada pandangan peribadiku,
kursus itu lebih menjurus kepada bagaimana hospital ingin mendapatkan status rakan bayi.
So kami yang tiada kaitan dengan mana2 pihak ni agak dipandang pelik la.
"Apa ke he minah2 ni datang?"
Aku rasa tu la antara soklan yang berlegar dalam kepala peserta2 lain.

Jangan main2 tau.
Kursus ni sangat berguna kepada ku.
Terutama kami ibu-ibu yang menggunakan hospital yang berstatuskan
RAKAN BAYI / BABY FRIENDLY.
Tak kisah la hospital swasta atau kerajaan.
So aku mengistiharkan aku adalah AGEN PERISIK dalam kursus tu.

Buat gaya nak mengumpat skit..
Hulur telinga....
Korang nak tahu takkkkk....
**Salah!!! Bukak mata.. hulur telinga kat monitor ni nanti korang tak dapat baca**

Ada 10 langkah untuk sesebuah hospital tu kalau nak dinobatkan sebagai
HOSPITAL RAKAN BAYI.
Jom kita check adakah pengalaman bersalin kita dulu / akan datang mempraktikkan semua ini.

1. Have a written breastfeeding policy that is routinely communicated to all health care staff.
Ni biasa kita tengok la kan.
Kat dinding2 klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Ni senang je setakat nak tampal.
Mempraktikkan tu yang susah.


2. Train all health care staff in skills necessary to implement this policy.

So staff yang berkaitan dengan kelahiran dan bayi sepatutnya tahu kaedah dan ilmu yang berkaitan dengan penyusuan.

3. Inform all pregnant woman about the benefits and management of breastfeeding.

Semasa ku dulu, ku di briefing semasa baru nak buka buku merah.
Kalau sesiapa yang bersalin di hospital bukan rakan bayi, boleh lah menggali ilmu di internet atau kelas2 persediaan penyusuan.


4. Help mother initiate breastfeeding within half an hour.

Yang ni menarik.
Adalah diwajibkan untuk hospital rakan bayi (HRB) melakukan skin to skin sebaik sahaja baby keluar.
Bila join kursus ni baru ku tahu hospital tempat ku bersalin hari tu GAGAL melakukan ini semasa ku bersalin dulu.
Waaaaa... Sedey dan terkilan.
Nanti ku buat 1 n3 berkenaan skin to skin ni, nnt panjang sangat lak n3 ni.

5. Show mothers how to BF and hor to maintain lactation even if they should be seperated from their infant.

Sepatutnya semasa di wad kita diajar cara manyusukan baby termasuk la posisi baby dan pengurusan EBM.
Ni tengok nasib la, kalau tempat y OK Alhamdulillah, ada tu dibiarkan kita terkial2 sendiri.

6. Give newborn infants no food and drinks other than breastmilk unless medically indicated.

Ku terkilan yang ni, masa Kaseh di NICU cik misi sendiri yang offer FM sebab dia kata baby tak kenyang.
Salah yer.
Tak boleh sama sekali.


7. Practise rooming in - allow mothers and infants to remain together - 24 hours a day.

So sepatutnya HRB tak perlukan nursery sebabnya baby kena sentiasa dengan ibu.
baru la boleh menyusukan ON DEMAND.
Even nak kasi imunisasi pun sepatutnya bersama ibu.
Kalau dipisahkan terlalu lama, ibu tak boleh belajar tanda2 baby nak susu.
Biasanya baby yang diletakkan di nursery tu akan dikasi formula.


8. Encourage BF on demand.

Dats y la step 7 diperlukan.
On demand tak bermaksud 2jam ke, 3 jam ke.
maksudnya asalkan baby nak.
Tu pentingnya baby perlu berada dengan ibu.

9. Give no artificial teats or pacifier to BF infants.

Ni bagi mengelakkan keliru puting.
Even baby yang bermasalah y tak dapat direct pun dikasi menggunakn cup.

10. Foster the establish of BF support groups and refer mothers to them on discharge from the hospital or clinic.

Setiap hospital ada support group sendiri.
Sebelum discaharge sepatutnya hospital kena berikan nama2 orang yang boleh dihubungi jika bermasalah dgn Bf apabila keluar dari hospital.
Ada yang dari kalangan kakitangan hospital dan ada juga ibu2 yang pernak brsalin disitu.

So kawan2, cuba semak kembali adalah hospital tempat anda bersalin dahulu mengamalkan semua ini.
Ini merupakan hak kita sebagai ibu jika anda bersalin di hospital berstatus rakan bayi.
Ku baru sedar yang ada step y ku tercicir.
**No wonder ku dengar citer hospital tu pernah ditarik balik status HRB**